Resepi masakan ikan

Author Topic: Resepi masakan ikan  (Read 78580 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

umsha

  • *
  • Be yourself & always remember ALLAH
    • View Profile
02 July, 2007, 09:47:30 AM
Ikan Bawal Hitam Sweet & Sour

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan bawal hitam

1 labu bawang besaq - dipotong bulat

3 ulas bawang putih

1 cm halia

sos tomato - 2sudu besar

sos cili - 2sudu besar

1 potong nenas

garam secukup rasa

Cara memasak:

1.        Ikan tu sianglah dulu kemudian dibasuh seterusnya gaul garam & kunyit kemudian goreng hingga masak.  Minyak goreng ikan tadi tuang ke dalam bekas lain, tinggal sedikit dlm kuali tadi

2.       Tumis bawang besar & putih serta halia.  Masukkan sos tomato & cili jika pekat masuk sedikit air. 

3.       Setelah mendidih masukkan nenas serta garam secukup.kemudian masukkan ikan goreng tadi. 

4.       Setelah masak, angkat dan hidangkan, hias dengan hirisan cili merah, daun bawang.

Selamat mencuba



Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dghn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga....

umsha

  • *
  • Be yourself & always remember ALLAH
    • View Profile
Reply #1 02 July, 2007, 09:48:57 AM
Ikan Jenahak Masak Lemak Jintan

Bahan-bahannya:

600 gram ikan jenahak

5 keping asam gelugur

2 cawan santan kelapa

15 gram jintan manis

15 jintan putih

4 sudu makan biji sawi

5 biji kacang bendi

garam,gula & serbuk perasa secukup rasa

BAHAN GILING :

3 tangkai cili kering

10 gram halia

10 gram kunyit hidup

10 gram bawang putih

10 gram bawang merah

Cara menyediakan:

1.        Ikan digoreng hingga masak tetapi tidak terlalu kering.

2.       Tumiskan bahan giling bersama jintan manis, putih, biji sawi hingga naik bau.

3.       Kemudian masukkan sedikit air asam gelugur, biar mendidih.

4.       Masukkan santan, kacau hingga masak.

5.       Bila mendidih, masukkan bendi diikuti dengan cili kering yang digoreng.

6.       Kemudian masukkan ikan, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.




umsha

  • *
  • Be yourself & always remember ALLAH
    • View Profile
Reply #2 02 July, 2007, 09:50:15 AM
Ikan Keli Berlada

Bahan-bahannya:

2 ekor ikan keli (sederhana besar) - dikelar badannya

Asam jawa atau limau (utk menghilangkan lendir pada badan ikan keli)

Serbuk kunyit & garam

Minyak utk menggoreng

4 biji cili masak

(boleh juga ditambah dgn Cili api kalau suka extra pedas)

3 biji bawang merah

2 biji bawang putih

1 labu bawang besar

sedikit halia

asam jawa, gula, garam & serbuk perasa (ajinomoto la biasanya) secukupnya

Cara menyediakannya:

1.       Basuh ikan keli dengan limau atau asam jawa sampai hilang lendir.

2.      Gaulkan ikan keli dgn kunyit & garam dan kemudian digoreng sampai gareng.

3.      Blendkan cili masak, bawang merah & putih juga halia. Tumiskan sampai naik bau.

4.      Masukkan Air asam jawa, gula, garam & ajinomoto secukupnya. 

5.      Kalau suka dgn sambal yg agak berkuah tambahkan air & biarkan menggelegak.

6.      Masukkan pula bawang besar yg dihiris sampai layu.

7.      Akhir sekali masukkan la ikan keli yg dah digoreng & terbalik2kan.  Cepat2 la tutup api nanti ikan jadi lembik.



 


umsha

  • *
  • Be yourself & always remember ALLAH
    • View Profile
Reply #3 02 July, 2007, 09:51:22 AM
Ikan Keli Masak Lemak Cekur

Bahan-bahannya:

2 ekor ikan keli (sederhana besar) - dipotong menjadi 2 bahagian

Asam jawa atau limau (utk menghilangkan lendir pada badan ikan keli)

Serbuk kunyit & garam

10 biji cili api (ikut suka)

3 biji bawang merah

1 biji bawang putih

Biji Cekur ikut suka, lagi byk lagi sedap rasanya.

4 helai daun limau purut

asam jawa, garam & serbuk perasa (ajinomoto la biasanya) secukupnya

1 mangkuk santan kelapa

Cara menyediakannya:

1.       Basuh ikan keli dengan limau atau asam jawa sampai hilang lendir.

2.      Gaulkan ikan keli dgn kunyit & garam dan kemudian masukkan kedlm periuk yg berisi santan.

3.      Cili api, bawang merah, putih & cekur diblend & dimasukkan sekali ke dlm periuk tadi.

4.      Tambahkan garam, asam jawa & serbuk kunyit sekiranya perlu juga serbuk perasa.

5.      Masukkan daun limau purut & masak di atas api sampai menggelegak.

Note :

Pada sesiapa yang rajin sikit, Ikan keli tersebut di panggang dulu.  Dan dimasukkan kedalam kuah sekiranya kuah dah menggelegak.  Tak perlu dimasukkan awal2 nanti ikan tu hancur.  Cara ni lagi menyelerakan.

Selamat mencuba.



 


umsha

  • *
  • Be yourself & always remember ALLAH
    • View Profile
Reply #4 02 July, 2007, 09:53:16 AM
Ikan Kukus Asam Limau

Bahan-bahannya:

500 gram ikan kerapu atau siakap ataupun yg sewaktu ngan nya

10 gram cili api di cincang halus

50 gram bawang putih dicincang halus

1 tangkai akar ketumbar jugak di cincang halus

½ cawan air limau nipis

¼ cawan kicap cair

gula dan garam secukup rasa 

(campurkan kesemua bahan2 dan kacau hingga sebati)

Cara menyediakannya:

1.        ikan dibersihkan lalu dikukus selama 15 minit

2.       angkat dan tuangkan sos yg telah disediakan tadi diatas ikan lalu dikukuskan semula selama 3 minit

3.       angkat dan hidangkan.  Enak dimakan dengan nasi panas2.


umsha

  • *
  • Be yourself & always remember ALLAH
    • View Profile
Reply #5 02 July, 2007, 09:54:27 AM
Ikan Kukus Kasturi

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan Siakap dikelar sedikit

6 ulas bawang putih di cincang halus

8 batang daun bawang dihiris nipis

10 biji cili padi

3 urat daun ketumbar

1/2 cawan ketumbar

3 batang serai dihiris nipis

2 helai daun limau purut

2 cm lengkuas di hiris

2 camca lengkuas di hiris

2 camca besar minyak sawit

Air perahan dari 8 biji limau kasturi

1 camca teh gula

2 camca besar sos ikan

1/4 biji nenas didadu kasar

1 biji tomato didadu

Cara menyediakannya:

1.       Letakkan ikan di dalam pinggan untuk mengukus dan letakkan semua bahan-bahan di atas dan seratakan.

2.      Kukus selama 20 minit sampai ianya masak.  Sajikan segera.


umsha

  • *
  • Be yourself & always remember ALLAH
    • View Profile
Reply #6 02 July, 2007, 09:55:45 AM
Ikan Tenggiri Berlada

Bahan-bahannya:

2 ekor ikan tenggiri (digoreng)

10 biji cili merah                  ]

5 ulas bawang merah           ]    dikisar

5 ulas bawang putih             ]

5 kuntum bunga lawang

Sedikit halia, minyak untuk menumis dan sedikit

gula dan garam.

Cara menyediakannya:

1.        Tumiskan bahan dikisar tadi.  Kemudian masukkan cili dan kacau sentiasa.  Masukkan ikan, bunga lawang, gula dan garam untuk menambah rasa.

2.       Hias sebelum dihidangkan dengan nasi putih.







sutera_kasih85

  • *
  • + Human Is Not PeRfecT +
    • View Profile
Reply #7 09 December, 2007, 09:36:05 PM
jika diserta kan dengan gambar
menarik... >:(
Success Through Endeavour
<img src="http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/banner12.gif?v=0" border="0">

an.nashruum

  • *
  • Juba, the baghdad sniper
    • View Profile
Reply #8 31 December, 2007, 10:54:32 PM
tertinggal 1 lg resipi(resipi orang bujang ^_^)

Ikan Goreng

1 ekor ikan (Ikutla ikan ape pn,asal ikan)
>>ikan 2,wat la mcm mne pn,nk letak garam ke,kunyit ke,bawang ke..tp,pebret ana,ana goreng ikan 2 ngn bawang..

cara goreng style ana.. :)
mle2..siang la ikan 2.. :)
pas 2..ltak garam kunyit..
pas 2..goreng!:senyum:,kan mudah jadi bujang :)
tp,mse goreng,ana ske ltak bawang..n goreng pkai marjerin :)
ble dh slesai goreng..pe lagi,mkn la..ops lpe,ikut adab org bujang,msti ada nasi ye,n klu nk kuah,ngn kicap pn jadi..
nape kicap??berkhasiat ape kicap,dulu kicap dibuat ubat tau,jgn lpe..:senyum:..jgn remehkan resepi org bujang..:senyum:..

wassalam..cuba tau(ana ykin rmai da cbe sblm ana taip resepi lg..:senyum:)
Live as a real Khalifa..

Reply #9 16 January, 2008, 11:08:37 AM
Ikan Kembung Masak Gulai Darat


bahan-bahan :

5 ekor ikan kembung

sedikit minyak

3 ulas bawang merah + 2 ulas bawang putih + 1 inci halia ditumbuk

3 sudu makan cili kering di blender

3 sudu serbuk kari

1 batang serai dititik

1/2 cawan air asam jawa

2 cawan air

garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga layu
2. Masukkan cili blender
3. Masukkan serbuk kari
4. Maukkan serai
5. Masukkan garam dan gula
6. Masukkan air asam jawa + air
7. Tunggu sehingga agak mendidih
8. Masukkan ikan, sampai masak.
9. Boleh dihidangkan...

-----Selamat Mencuba-----

jaga diri hiasi peribadi
[/font]

Reply #10 02 March, 2008, 10:17:04 AM
saya suka masakan ikan, sebab tak suka ayam....
salunya ikan ni boleh di buat masak
sambal tomeh, kari,asam pedas, singgang, sweet sour
any ideal?
sape nak tambah sila-sila....

Reply #11 13 July, 2009, 07:34:00 PM
Filet Siakap Masak Karamel
Bahan
300 gm kepingan ikan Siakap
2 sudu besar perahan limau nipis
2 ulas bawang putih diketuk
2 ulas bawang merah cincang halus
2 cm halia diketuk
150 ml air
1 sudu teh lada hitam digoreng tanpa minyak-ditumbuk kasar
1 sudu besar majerin
1 helai daun limau purut
2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh serbuk cili

cara membuatnya
Potong kepingan ikan memanjang,lumur ikan dgn air limau nipis,perap sebentar
Panaskan majerin,tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi
masukkan halia dan gula pasir,kecilkan api,masak hingga gula cair dan berwarna choklat
masukkan air,kacau rata,masukkan lada hitam,daun limau purut.
masukkan ikan,masak hingga pekat.
sajikan.

Reply #12 12 November, 2014, 02:15:27 PM
Ikan Singgang (stail perak)

6 ekor ikan kembong
3 biji cili hijau atau 5 biji cili padi hijau belah 2 setiap satu
2 keping asam gelugor (letak 1 pun ok)
1 biji bawang besar, potong bulat2
3 ulas bawang putih dibelah2
1 mangkuk Air
1/4 camca teh serbuk kunyit
1 kiub pati ikan bilis "Maggi" (optional)
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

1.Ikan kembong batu, disiang, cuci bersih dan toskan. Tuang air secukupnya dalam periuk,  masukkan hirisan bawang, bawang putih, serbuk kunyit, kiub ikan bilis, asam gelugor dn juga cili hijau. Masak hingga mendidih.
2.Masukkan ikan, tambah garam secukup rasa dan jika suka boleh juga renjiskan sedikit serbuk perasa (mat tak guna sebab dah ada kiub ikan bilis). Masak hingga ikan masak, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tara..siap! simple bangat....

Reply #13 12 November, 2014, 04:05:43 PM
Ikan Singgang (stail perak)

6 ekor ikan kembong
3 biji cili hijau atau 5 biji cili padi hijau belah 2 setiap satu
2 keping asam gelugor (letak 1 pun ok)
1 biji bawang besar, potong bulat2
3 ulas bawang putih dibelah2
1 mangkuk Air
1/4 camca teh serbuk kunyit
1 kiub pati ikan bilis "Maggi" (optional)
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

1.Ikan kembong batu, disiang, cuci bersih dan toskan. Tuang air secukupnya dalam periuk,  masukkan hirisan bawang, bawang putih, serbuk kunyit, kiub ikan bilis, asam gelugor dn juga cili hijau. Masak hingga mendidih.
2.Masukkan ikan, tambah garam secukup rasa dan jika suka boleh juga renjiskan sedikit serbuk perasa (mat tak guna sebab dah ada kiub ikan bilis). Masak hingga ikan masak, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tara..siap! simple bangat....

Mei lupa snap gambar pinggan untuk letak ikan ni.

Apa-apa pun terima kasih sebab share resipi ni Insya Allah tak lama lagi saya akan guna pakai menu ni.

maliki

  • *
  • LAILLAHAILLAHAH-TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
    • View Profile
Reply #14 12 November, 2014, 04:09:27 PM
Ikan Singgang (stail perak)

6 ekor ikan kembong
3 biji cili hijau atau 5 biji cili padi hijau belah 2 setiap satu
2 keping asam gelugor (letak 1 pun ok)
1 biji bawang besar, potong bulat2
3 ulas bawang putih dibelah2
1 mangkuk Air
1/4 camca teh serbuk kunyit
1 kiub pati ikan bilis "Maggi" (optional)
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

1.Ikan kembong batu, disiang, cuci bersih dan toskan. Tuang air secukupnya dalam periuk,  masukkan hirisan bawang, bawang putih, serbuk kunyit, kiub ikan bilis, asam gelugor dn juga cili hijau. Masak hingga mendidih.
2.Masukkan ikan, tambah garam secukup rasa dan jika suka boleh juga renjiskan sedikit serbuk perasa (mat tak guna sebab dah ada kiub ikan bilis). Masak hingga ikan masak, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tara..siap! simple bangat....

Mei lupa snap gambar pinggan untuk letak ikan ni.

Apa-apa pun terima kasih sebab share resipi ni Insya Allah tak lama lagi saya akan guna pakai menu ni.
sudu mana sudu
Nama diberi Ahmad Maliki.ukwah fillah senyum*
Ape yang baik itu semuannya dari Allah taala,dan ape yang buruk itu datangnya dari kelemahan ana sendiri.Maaf.

Reply #15 12 November, 2014, 05:06:20 PM
Ikan Kerapu Masak Sweet & Sour

Bahan-bahannya:-
1) Ikan Kerapu seekor (yang dah direndam dengan air asam jawa dan digomol dengan garam & serbuk kunyit)
2) 1 biji bawang besar (dihiris)
3) 2 biji bawang putih (dihiris)
4) 1 inci halia (dihiris)
5) 2 biji tomato (dipotong dadu) / sos tomato (3 sudu beso kot)
6) 2 sudu besar sos cili
7) 1 susu kecil sos ikan (optional)
8) Minyak untuk menggoreng & menumis
9) Garam secukup sedap
10) Air setengah cawan (untuk jadikan kuah)
11) Gula sikitttt je (optional juga sebagai bahan perasa sebab saya tak guna ajinomoto)

Cara-caranya:-
a) Goreng separuh masak dahulu ikan tersebut dan toskan
b) Tumis bawang besar, halia dan bawang putih sehingga naik bau
c) Masukkan tomato dan tambahkan air. Biarkan sehingga tomato tersebut mencair & mendidih
d) Masukkan sos ikan dan ikan talapia dan pasang api perlahan
e) Setelah mesra sumenya boleh la dihidangkan dengan nasi panas.

Nyam...nyammm...
halaqahforum4

afiQoh

  • *
  • bakal jenazah
    • View Profile
Reply #16 11 September, 2015, 04:05:06 PM
Ikan masak pendang.

Masakkan ini dikongsi oleh besan mak, sejak tu jadi igauan saya..:senyum:


5ekor ikan kembong
3ulas bawang putih
Seinci halia
Sehelai daun kunyit
2batang serai
2keping asam keping
Garam secukup rasa
Air.

Ni saya bantai ja nak buat..:senyum: check resepi saja teringat ikan cara bak masak ikan rebus.


Masukkan air, dalam periuk kasi dia sampai didih.
Sementara tu ketuk serai dan halia.
Masukkan semua bahan tadi..tu je..senangkan..

Selamat mencuba
~kurangkan bicara soal hati,pasti jiwa mu mati tapi banyakkan bicara dalam soal mati pasti hatimu sentiasa hidup~

divider3
halaqahforum4