Tawar Hati Pada Suami, Bagaimana Mengatasi?

*

Author Topic: Tawar Hati Pada Suami, Bagaimana Mengatasi?  (Read 15450 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

NARZIA

  • *
  • Posts: 25
    • View Profile
22 November, 2010, 04:53:59 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum..

    Para halaqian saya ingin meminta pandangan atau sebarang doa yang boleh saya amalkan. Bagaimana untuk memupuk semula perasaan cinta pada suami?Sebelum ini saya pernah bercerai dengan suami atas sebab2 tertentu.Dan saya rujuk semula kerana pujukan ibu mertua. Hampir setahun lebih saya kembali padanya. Namun begitu, hati saya seakan tawar padanya.Setiap kali berdua dengannya saya rasa canggung bagaikan dia orang asing dalam hidup saya.Saya bertahan hanya kerana anak saya. Namun begitu, tidak lah pula saya mengabaikan tanggungjawab saya sebagai isterinya.Saya rasa bimbang lantaran..kasih yang kian hilang dari hati saya,dalam masa sama beberapa lelaki cuba melamar saya walau menyedari saya isteri orang, ibu pada seorang anak...Saya tidak mahu terjerumus kepada kancah dosa dari pelbagai aspek pun jua... Suami cuba membeli hati saya semula dengan pelbagai cara..tapi masih saya terasa sama...Mohon para halaqian membantu saya.

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2403
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #1 16 December, 2010, 02:27:01 PM
  • Publish
  • Banyakkan beramal:

    1. Astaghfirullahhal'azhiim, allazi....wa atubu ilaih (yang panjang), yang pendek astaghfirullahhal'azhiim, wa atubu ilaih (100x/1000x)..istiqamah setiap hari...sambil beristighfar, kena ingat akan semua dosa-dosa terhadap Allah dan manusia..sejak akil baligh sampai sekarang.
    2. Selawat..Allahumasolli'ala muhammad (100/1000x)..istiqamah...Bila beramal selawat, jaga aurat baik-baik, seluar panjang pun pakai di dalam aje.. jangan mandi telanjang, jangan marah kecuali marah yang hak..
    3. Lahaulawalaquwwataillabillahil'aliyyil'azhiim (100x)..istiqamah kan..tertutup banyak pintu bala bencana..
    4. Mandi taubat setiap hari, baca istighfar sambil menjirus air atas niat dosa-dosa anggota zahir dan batin..8 anggota-mata,telinga,hidung,mulut,tangan,perut,kemaluan,kaki, anggota batin-hati,akal fikiran, nafsu..istiqamah..
    5. Solat sunat taubat..juga setiap hari..
    6. Tadarus quran...paling kurang 1 'ain..pun kena istiqamah..
    7. Buat solat hajat setiap hari, lepas salam terus sujud dan mohon kepadaNya..(nak cantik, buat semua solat sunat yang hukumnya muakkad)..pun kena istiqamah...

    Insya Allah...
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    chantek taaj

    • *
    • Posts: 149
      • View Profile
    Reply #2 16 December, 2010, 02:41:08 PM
  • Publish
  • ingatlah saat manis masa bercinta.dulu takut sgt nak nikah.dialah lelaki yg terima kita tanpa syarat.segalanya, 100% dia terima pasal kita.ada ke org lain nak terima kita mcm dia terima dulu? mungkin inilah satu2nya. lainla kalau puan 100% sempurna

    amYunus

    • *
    • Posts: 258
      • View Profile
    Reply #3 16 December, 2010, 02:44:56 PM
  • Publish
  • ingatlah kasih sayang suami yang dicurahkan selama ini...
    dulu kenapa bercerai?
    masalah peribadi ke masalah daripada luar?
    narzia terasa tawar hati sebab penceraian dulu ke?
    Ikhlaskan hati menerima suami kerana Allah swt...bukan kerana anak.
    tiada makna sebuah perkahwinan itu kalau ia bertahan hanya keran seoramg anak.

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1063
      • View Profile
    Reply #4 16 December, 2010, 03:04:14 PM
  • Publish
  • perempuan payah untuk merajuk tahap ini sehinggakan tidak merasai apa-apa di sisi suaminya melainkan sudah ada pengganti

    chantek taaj

    • *
    • Posts: 149
      • View Profile
    Reply #5 16 December, 2010, 03:06:08 PM
  • Publish
  • mungkin benar kata mohdazri. puan cuba tidak menghubungi lelaki lain, status puan masih isteri kpd suami puan.

    intifada08

    • *
    • Posts: 43
      • View Profile
    Reply #6 16 December, 2010, 03:18:59 PM
  • Publish
  • cube g check dgn pengamal perubatan Islam kot2 ade unsur2 sihir...
    CETAK T-SHIRT, CENDRAHATI DAN KURSUS PRINT T-SHIRT : http://www.t-shirtprinting2u.com 
    http://myfabricshop.blogspot.com (pashmina shawl)

    chantek taaj

    • *
    • Posts: 149
      • View Profile
    Reply #7 16 December, 2010, 04:22:11 PM
  • Publish
  • jangan lupa ya puan, kalau di pihak kita ada hubungi lelaki lain yg tidak dlm pengetahuan suami, allah boleh balas dgn perkara yg sama berlaku pada suami kita. jadi berusahalah untuk menyayanginya. belajarlah kembali untuk bergurau senda.

    NARZIA

    • *
    • Posts: 25
      • View Profile
    Reply #8 16 December, 2010, 04:56:37 PM
  • Publish
  • terima kasih pada semua..

    nazri:terima kasih..memang zia cari amalan yang boleh perbaiki.insyallah zia cuba.zia ilmu agama cetek.

    chantek taj; saya tidak bercinta dengan suami sebelum kawin..hubungan sebelum berkahwin
     hanyalah kawan biasa.perkahwinan kami terjalin atas rasa kasihan suami pada saya kerana kejadian
    tertentu.saya hanya jatuh cinta dengan suami setahun selepas berkahwin.

    amyunus;sebab perceraian lalu itu..xperlulah zia ceritakan untuk jaga aib individu tertentu.mungkin juga
     zia tawar hati kerana perceraian dulu.zia sudah maafkan..tapi tak mengapa zia tawar hati selepas itu.zia
    cuma ingin jadi isteri yang terbaik buat suami.sehingga kini..zia sentiasa cuba untuk mekarkan kembali
     perasaan kasih dalam hati..zia cuba perbaiki diri zia.zia buat checklist diri zia sendiri..kelemahan yang zia
    ada untuk diperbaiki agar zia boleh jadi isteri yang menyenangkan suami bukan setakat dimata tapi dihati.

    memang ramai yang cuba mendekati walaupun tahu zia berstatus isteri.tapi zia tidak melayan.jauh sekali untuk
     jatuh cinta.zia mohon bertukar tempat keja ke tempat kerja sekarang ni pun kerana nak elak gangguan dari
     suami orang iaitu bos zia.zia sering menukar no telefon apabila zia sedar ada insan yang meminati atau memburu
    zia.zia sendiri tidak tahu mengapa zia boleh jadi tawar hati padanya..jika kerana perceraian lalu..memang zia dah
     maafkan kerana bagi zia tiada individu yang perfect.


    chantek taaj

    • *
    • Posts: 149
      • View Profile
    Reply #9 16 December, 2010, 05:10:40 PM
  • Publish
  • baguslah kalau puan tak berhubungan dgn lelaki lain. puan pernah cuba menyintai suami puan dulu kan, maknanya puan berusahalah sekali lagi untuk menyintainya. layanilah suami selayaknya, di waktu malm dan waktu biasa
    letakkan suami di tempatnya, syurga di tapak kakinya bukan?
    curahkanlah masalah puan kepadanya, ceritakanlah kpadanya puan kecil hati dengannya, biar bila diluah puan tak memndam lagi daripadanya.

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2403
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #10 16 December, 2010, 05:16:35 PM
  • Publish
  • Bagi saya tak semestinya, perasaan cinta kasih puan zia terhadap suami jadi begitu kerana puan zia ada perasaan terhadap lelaki lain.

    Tapi sememangnya perasaan berubah arah itu ada asbab tertentu. Jika puan zia terus merenung dalam-dalam, insya Allah jumpa, syaratnya terus beramal. Nanti datang ilham.

    Yang terbaiknya cintailah suami kerana Allah, kerana mengharap redaNya. Insya Allah, cinta suami terhadap puan zia pun kelak kerana Allah jua, kerana mengharap reda Allah juga.

    Ada kemungkinannya, kasih dulu barangkali bersebab yang lain, lalu terjadi sesuatu yang amat membuatkan hati puan zia benar-benar terluka. Ada sebabnya Allah jadikan puan zia begitu. Untung juga jadi begitu, Allah nak puan zia terus merenung untuk mengenal siapa diri puan zia yang sebenarnya....Kata orang, luka di jari nampak parutnya, luka di hati siapa yang tahu. Setuju tak, puan zia?

    chantek taaj

    • *
    • Posts: 149
      • View Profile
    Reply #11 16 December, 2010, 05:22:48 PM
  • Publish
  • saya memberi kemungkinan sahaja nazri.

    saya penah terbaca nath kat mana, kalau bergaduh dgn suami, bila nak berbincang balik, kenelah fokus pada masalah itu. contonhnya

    saya = abang saja nak sakitkan hati saya. abg memang sengaja tumpahkan kuah tu kan
    suami = mana ade. abang tak sengaja la. awak ni yg baran ntah apa2
    saya = saya baran? eh, awak tu yg cepat naik marah !! yg hari tu abg marah saya depan org kat tesco , abang tak ingat?

    berdasarkan dialog di atas, masalah utamanya islah tumpah kuah namun telah berpindah ke marah org di tesco. sepatutnya suami isteri harus fokus pada masalah itu dan menyelesaikannya tanpa mengaitkan dgn masalah lain.


    nazri0070

    • *
    • Posts: 2403
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #12 16 December, 2010, 06:01:24 PM
  • Publish
  • Ya. Setuju. Lebih kurang macam tu la chantek taaj.

    Kadang-kadang, seseorang berubah perasaan terhadap pasangannya kerana sikap, atau perbuatan yang pasangannya memang tak suka malah membencinya. Bila berterus-terang, bertambah panas pula hati pasangan tu. Malah ditambah dengan kata-kata yang teramat menghiris hati!

    Perkara yang kecil, akhirnya terungkit-ungkit bercampur dengan perkara lain. Jadi bertambah besar. Asalnya kudis di jari yang hanya boleh disapu ubat, akhirnya membarah dan merebak lalu merosakkan keseluruhan tubuh!!

    Kemarahan atau rasa kekecewaan yang amat tinggi, terpendam menanah membusuk, lama-kelamaan, membusung, membuak-buak, mencipta satu kemusnahan. Kemarahan akhirnya pecah mengeluarkan apa yang terbuku..Kekecewaan pula yang terpendam hari demi hari akhirnya menjadi seperti bisa yang membius seluruh tubuh yang memang hampir koma!

    Nabi saw ada pesan..sebenar-benar wira ialah orang yang dapat menahan marahnya...Yang merasa kecewa, terluka. Cubalah pujuk hati sendiri. Lagukan irama yang penuh harapan kepadaNya dalam hati, jadilah orang yang bersegera memaafkan kesalahan orang lain hatta orang tersebut tak sedar akan kesalahannya terhadap kita atau belum sempat dia meminta maaf, terlebih dahulu dia telah dimaafkan...Itulah antara akhlak mulia, jalan kenabian dan para solehin...

    NARZIA

    • *
    • Posts: 25
      • View Profile
    Reply #13 16 December, 2010, 08:01:02 PM
  • Publish
  • Ada kemungkinannya, kasih dulu barangkali bersebab yang lain, lalu terjadi sesuatu yang amat membuatkan hati puan zia benar-benar terluka. Ada sebabnya Allah jadikan puan zia begitu. Untung juga jadi begitu, Allah nak puan zia terus merenung untuk mengenal siapa diri puan zia yang sebenarnya....Kata orang, luka di jari nampak parutnya, luka di hati siapa yang tahu. Setuju tak, puan zia?

    mungkin betul kata en nazri.kasih dulu tertumpah lebih kerana terhutang budi..soal kecewa atas hal2 remeh tu zia rasa tak kot.zia sering berbincang dengan suami hati ke hati jika ada sesuatu yang tidak menyenangkan hati masing2 sejak mula kawin dari perkara kecil hingga ke perkara sensitif dan besar seperti poligami,nafkah zahir dan batin.kami berbincang dengan fikiran yang terbuka.mungkin benar kata en nazri Allah nak zia kenal siapa diri zia sebenarnyer..nak zia kembali padaNYA dan bangkit semula.sebagai permulaan,zia cuba dengan amalan zikir untuk menyucikan kekotoran hati ni..mudah-mudahan rumahtangga zia kali terpelihara...

    hakimi001

    • *
    • Posts: 17
      • View Profile
    Reply #14 16 December, 2010, 10:28:01 PM
  • Publish
  • salam,

    Mudah-mudahan keluarga Zia bahagia di rahmati Allah s.w.t.

    Pada saya kalau dapat diterima pandangan saya, ialah NIAT KITA dalam mengemudi bahtera rumah tangga .

    Sejak mula sebelum kahwin sehinggalah selepas kahwin berumah tangga bahagia kalau boleh sampai ke akhir hayat, niat kita kena betul, suci luhur, disaksikan Allah s.w.t kepada suami kalau Zia.

    Niat kita kena baik dipandang tinggi oleh ALLah s.w.t dan para malaikat. Niat tidak meruntuhkan rumah tangga sampai bila-bila, niat membahagiakan suami serta anak-anak selama-lamanya.

    Tidak sesekali menyesal dengan perkahwinan yang sedang dilalui sekarang ini...


    Yelahkan kita nikan manusia, bukan malaikat jadi tidak sempurna. Terpesong sedikit niat sama ada suami atau isteri kesannya akan kita lihat dalam perhubungan rumah tangga.

    Soalnya Niat hati kita, kita mulakan dari mula, semula bahagiakan rumah tangga, blok semua imaginasi ramai lelaki minat kat Zia, fokus pada suami, sebab syurga isteri ditelapak kaki suami.

    Banyakkan amalan zikir seperti yang diberikan oleh rakan kita nazri, minta sama ustaz apa surah dalam al-Quran yang boleh menenangkan hati, saya cadang baca buku "riwayat bidadari syurga". Banyak pengajaran di sana.


    sedap mulut saja saya cakap ni...

    wallahualam-abaikan kalau tiada guna pandangan saya ni.

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1372
      • View Profile
    Reply #15 16 December, 2010, 10:41:31 PM
  • Publish
  • Sejahtera jua hendak-NYA ke atas kalian ....

    sila tawarkan hati kepada suami kerana Allah, kerana itulah cara mengatasi masalah dgn baik .....

    Jadilah manusia yg berani menghadapi serta menyelesaikan masalah sebaik mungkin dalam menghadapi berbagai cubaan & hiasilah dirimu dgn sifat ramah & setia dalam menjalani ketentuan-NYA.

    songkok_aji02

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Reply #16 17 December, 2010, 12:08:29 AM
  • Publish
  • saya cadangkan zia dan suami pergilah bercuti...mungkin masa bercuti tu boleh berbincang jika ada masalah... tingkatkan amal dan mudah-mudahan zia dan suami lebih mengenali dan menghargai antara satu sama lain.. carilah peluang untuk merapatkan hubungan. Jika ada satu masalah cuba fokus kepada penyelesaian masalah tersebut dan jgn disimpan dan dipendam. yang telag berlaku jadikan sempadan dan jangan toleh kebelakang...banyakkan berdoa untuk keluarga .....all the best....

    keju

    • *
    • Posts: 959
      • View Profile
    Reply #17 17 December, 2010, 12:37:07 AM
  • Publish
  • Nak buat macam mana kalau dah rasa lagu tu.

    Hati dan perasaan itu terjadi kemungkinan besar kerana sifat pasangan itu sendiri.

    Kalau dah tawar, terus terang jer, cakap engkau tawar hati dan senaraikan sifat2 yang meloyakan tekak awak itu.

    kirim senarai itu: agar suami puan cuba baiki. kalau buntu juga, doa kan ajer.

    Kalau semua dah tak nampak jalan.....  maka ada 2 pilihan

    1) diam kan saja, bersabar sehingga habis sisa sisa hidup yg sedikit ini.

    2) cari jalan selesaian atas persetujuan dua dua belah pihak. Berpisah dahulu dari kamar tidur sebelum
    bercerai talak.  Separate dulu, baru lah tanya semula hati n perasaan samada nak divorce atau berbaik semula.

    NARZIA

    • *
    • Posts: 25
      • View Profile
    Reply #18 17 December, 2010, 10:41:27 AM
  • Publish
  • Suami tahu zia sudah tawar hati padanya tanpa zia tahu apa sebabnya.dah lama zia beritahu dan dia memang bagi masa pada zia untuk kembalikan perasaan kasih pada dia semula.3 hari lepas zia dan suami buat flashback dari a sampai z segala kesalahan yang kami sedar kami buat sejak akil baligh. Ada yang Allah dah bayar cash pun kat zia...malam zia dan suami flashback tu, memang zia menangis sepuas2nya dalam pelukan suami. Selepas terjadinya suatu kejadian yang membuat suami simpati dan kawin dengan zia,zia tak menitiskan airmata walau diduga macam2 ujian. Zia terlalu tertekan kerana zia cuba sebaik mungkin untuk mekarkan semula perasaan...tapi masih tak nampak hasilnya.

    Ternyata zia bukanlah bersifat seperti gelaran yang sahabat-sahabat berikan iaitu "iron lady". Baru zia sedar, sudah terlalu lam zia tidak menitiskan air mata. Zia cadangkan pada suami agar cari istri no 2 untuk kebahgiaannya kerana zia takut zia berdosa pada suami dengan perasaan yang begini...tapi suami suruh zia tabahkan hati..katanya untuk melakukan sesuatu benda yang baik memang akan diduga dan bukan mudah untuk berubah jadi baik serta merta apabila kita pernah terpesong. Suami juga minta maaf pada zia sekiranya dia ada mengecilkan hati atau buat zia terluka sejak kami rujuk semula dulu..suami memang tiada buat zia kecil hati atau terluka sejak rujuk. Dia memang sudah berubah.itu yang buat zia tak tahu mengapa zia boleh jadi tawar hati suami..everyday hati zia berkata "Ya Allah sabarnya lelaki yang ada disisi aku ini,dia melayan aku dengan baik penuh kasih sayang. Tapi mengapa aku tidak dapt semai perasaan kasih aku padanya? Sampai bila aku nak macam ni?"

    Zia ada berubat dengan pengamal perubatan islam. Dia menyatakan zia disihir oleh dua orang tanpa menyebutkan nama mereka. Ustaz tersebut telah membantu zia membuang segala sihir dan anasir buruk (saka) yang ada pada zia dan suami..seperti mana zia begitu juga suami,memang suami berharap sangat rumahtangga kami terpelihara..berada dalam landasan agama sentiasa..zia amat2 berharap hati zia berubah semula..menyintai suami kerana Allah..rumahtangga kami dalam redha Allah.

    ummu_dania

    • *
    • Posts: 41
      • View Profile
    Reply #19 17 December, 2010, 05:29:44 PM
  • Publish
  • Salam...
    Bykkan berdoa puan Zia. Doa sebagai ubat hati. Doa dengan jelas dan ikhlas. Ia sama dengan matlamat, kena jelas. Saya rasa puan Zia sudah jelas apa yg puan inginkan. Doa boleh dengan apa2 bahasa asalkan kita faham dan jelas maksud doa kita itu. Lebih baik jika doa itu adalah doa2 yg dtg dari ayat Al-quran atau doa para nabi dan salihin. Saya kongsikan satu doa yang baik untuk kita amalkan.

    " Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini menyintai orang yang beriman dan jadikanlah org yang beriman menyintai aku"- Riwayat Muslim no 2491

    Puan boleh cari dan baca buku "Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari" tulisan Ustaz Zahazan  Mohamed, terbitan Telaga Biru.  Dalamnya byk doa2 dan tips untuk bina rumahtangga yg bahagia dan diredhai oleh Allah.

    Yang penting Pn Zia, dalam membina rumahtangga yang bahagia, solat adalah kunci utamanya. Jaga solat 5 waktu, solat di awal waktu dan memahami pengertian solat yang sebenar. Solat berjemaah selalu, Insyaallah ia juga salah satu pengikat kasih sayang antara keluarga.

    semoga kita semua istiqamah melaksanakannya. Peringatan ini untuk diri saya juga...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    1692 Views
    Last post 11 March, 2011, 05:10:15 PM
    by anasameen
    16 Replies
    21979 Views
    Last post 01 July, 2012, 01:21:27 AM
    by anamualaf
    7 Replies
    8001 Views
    Last post 22 February, 2012, 09:34:29 AM
    by matahari33