Status Hadith: Sahabat Minum Darah dari Bekam Rasulullah SAW

Author Topic: Status Hadith: Sahabat Minum Darah dari Bekam Rasulullah SAW  (Read 4891 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

hembusankasturi

  • *
  • Posts: 52
    • View Profile
21 November, 2010, 07:32:37 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    saya ada soalan .. pesakit saya di hospital, ada bagitau kepada saya, mengenai satu hadis ini yang dikatakan olehnya hadis sahih:

    di zaman rasulullah saw, nabi pernah membuat bekam dan darah dari bekam itu disuruh kepada sahabat baginda untuk buang, sebaliknya sahabat baginda telah meminum darah tersebut. apabila di tanya kemana pergi darah itu, sahabat itu pun bagitau yang dia dh minum darah rasulullah saw. lalu baginda pun bagitau, sahabatnya itu takkan dekat dengan api neraka kerana telah meminum darah baginda...

    persoalan saya di sini, adakah kisah ini benar dari hadis sahih? wallaualam

    bluE_bErrY

    • *
    • Posts: 13
      • View Profile
    Jawab #1 21 November, 2010, 08:25:50 PM
  • Publish Di FB
  • Tak pernah dengar la pula hadis nie..
    emm..
    Dari mana pesakit hembusankasturi tahu pasal hadis ni erk??


    [warning]Ulasan Moderator
    Tulisan anda telah diedit. Harap selepas ini tidak menggunakan singkatan ejaan lagi apabila memberi kiriman di forum. Terima kasih.[/warning]

    hembusankasturi

    • *
    • Posts: 52
      • View Profile
    Jawab #2 21 November, 2010, 08:31:36 PM
  • Publish Di FB
  • saya pun tak tau dari mana dia dengar.. tibe2 je bila suruh dia amik darah, dia sebut pasal hadis ni.. dan dia kata hadis ni hadis sahih.. so saya pun nak tau la betul ke sahih ke tak..

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2264
      • View Profile
    Jawab #3 21 November, 2010, 08:52:59 PM
  • Publish Di FB
  • Memang ada hadith ni, tapi saya pun tak pasti statusnya. Takpe, kita tunggu pada yang pakar.
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    rahmanw

    • *
    • Posts: 1154
      • View Profile
    Jawab #4 21 November, 2010, 09:14:55 PM
  • Publish Di FB
  • ustaz saya kata...apa2 yang keluar dari tubuh badan RASULULLAH bukan najis...

    Abd Hadi

    • *
    • Posts: 397
      • View Profile
    Jawab #5 21 November, 2010, 10:09:53 PM
  • Publish Di FB
  • Al-Mubarakfuri menulis bahwa :

    "Malik bin Sinan ayah Abu Said Al-Khudri telah menyedut darah dari pipi Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam sampai menelannya. Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Ludahkanlah itu!" Malik bin Sinan menjawab,"Demi Allah, aku tidak akan meludahkannya." Kemudian dia berbalik dan berperang. Berkatalah Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam ,"Barangsiapa ingin melihat seseorang dari penduduk surga, hendaklah ia melihat orang ini," Malik bin Sinan kemudian mati syahid." (Shafiyurrahman Al-Mubarakfuri, Ar-Rahiqul Makhtum, hal. 219)

    Bagaimana hukum menelan darah Rasulullah? Menelan darah Rasulullah hukumnya boleh (mubah), kerana darah Rasulullah adalah suci, bukan najis sebagaimana darah manusia umumnya. (Mahmud Abdul Lathif Uwaidhah, Al-Jami' li Ahkam Ash-Shalah, 1/74). Hal ini termasuk dalam khususiyat yang hanya dimiliki Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam , tidak dimiliki oleh manusia lainnya.

    Imam Qadhi Iyad dalam kitabnya Asy-Syifa bi-Ta'rif Huquq Al-Mushthafa, hal. 39 telah membuat satu pasal berjudul : "Fasal Mengenai Kebersihan Tubuhnya, Kewangian Bau Badannya, dan Kebersihannya dari Kotoran-Kotoran dan Cacat- Cacat Tubuh." Dalam fasal itu Imam Qadhi Iyad menyatakan salah satu khususiyat Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam sebagai berikut :

    "Adapun kebersihan tubuhnya, kewangian bau badannya dan keringatnya dan kebersihannya dari kotoran-kotoran dan cacat-cacat tubuh, maka Allah telah mengkhususkan Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam dalam hal-hal tersebut dengan khususiyat- khususiyat yang tidak dijumpai pada selain beliau." (Qadhi Iyad, Asy-Syifa bi-Ta'rif Huquq Al-Mushthafa, hal. 39).

    Dalam fasal inilah, Imam Qadhi Iyad menukilkan banyak riwayat-riwayat sebagai dalil bagi bab tersebut, di antaranya adalah riwayat bahwa Malik bin Sinan yang menelan darah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam dalam Perang Uhud. Qadhi Iyad berkata :

    "Di antaranya riwayat mengenai ini adalah tindakan Malik bin Sinan meminum dan menyedut darah Rasul sallallahu 'alaihi wa sallam saat Perang Uhud, dan adanya izin Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam baginya melakukan itu, dan sabda beliau : "Dia tidak akan terkena api neraka." (Qadhi Iyad, Asy-Syifa bi-Ta'rif Huquq Al-Mushthafa, hal. 40).

    Riwayat lain yang dinukilkan Imam Qadhi Iyad adalah tindakan Abdullah bin Zubair yang meminum darah bekam Rasulullah dan tindakan ini tidak diingkari oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam .

    Diriwayatkan pula bahwa ada seorang wanita telah meminum air kencing Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam , maka Rasululah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda kepada wanita itu : "Kamu tidak akan pernah lagi mengeluhkan sakit perutmu selama-lamanya." .

    Imam Qadhi Iyad menyatakan bahwa hadits wanita yang meminum air kencing Rasul sallallahu 'alaihi wa sallam adalah hadits sahih, yang menurut Ad-Daruquthni hadits ini dikeluarkan oleh Al-Bukhari dan Muslim. Nama wanita itu adalah Barakah .(Qadhi Iyad, Asy-Syifa bi-Ta'rif Huquq Al-Mushthafa, hal. 40).

    Dengan demikian, jelaslah bahwa menelan darah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam adalah mubah, karena darah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam tidak najis. Ini merupakan salah satu khususiyat Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam yang tidak dimiliki oleh orang lain.

    sumber dipetik dari al-ahkam.
    Menuntut ilmu lebih mulia daripada ibadah sunat
    Siapa yang inginkan dunia maka hendaklah dia berilmu,
    Dan siapa yang inginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu
    Ibadah yang paling hampir kepada Allah selepas perkara wajib ialah menuntut ilmu.

    syarqowy

    • *
    • Posts: 172
      • View Profile
    Jawab #6 03 December, 2010, 03:49:50 PM
  • Publish Di FB
  • :)

    saya ada soalan .. pesakit saya di hospital, ada bagitau kepada saya, mengenai satu hadis ini yang dikatakan olehnya hadis sahih:

    di zaman rasulullah saw, nabi pernah membuat bekam dan darah dari bekam itu disuruh kepada sahabat baginda untuk buang, sebaliknya sahabat baginda telah meminum darah tersebut. apabila di tanya kemana pergi darah itu, sahabat itu pun bagitau yang dia dh minum darah rasulullah saw. lalu baginda pun bagitau, sahabatnya itu takkan dekat dengan api neraka kerana telah meminum darah baginda...

    persoalan saya di sini, adakah kisah ini benar dari hadis sahih? wallaualam

    Lafaz hadis tersebut adalah:

    ) قَالَ  أَبُو يَعْلَى  :  ثَنَا   مُوسَى بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ حَيَّانَ  ،  ثَنَا   مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ  ،  ثَنَا   هُنَيْدُ بْنُ الْقَاسِمِ  ، قَالَ : سَمِعْتُ  عَامِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ  ،  يُحَدِّثُ  ، أَنَّ  أَبَاهُ حَدَّثَهُ ، أَنَّهُ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَحْتَجِمُ ، فَلَمَّا فَرَغَ ، قَالَ : " يَا عَبْدَ اللَّهِ ، اذْهَبْ بِهَذَا الدَّمِ ، فَادفنهُ حَيْثُ لَا يَرَاكَ أَحَدٌ " ، فَلَمَّا بَرَزَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، عَمَدَ إِلَى الدَّمِ فَشَرِبَهُ ، فَلَمَّا رَجَعَ ، قَالَ : " يَا عَبْدَ اللَّهِ ، مَا صَنَعْتَ " ؟ قَالَ : جَعَلْتُهُ فِي أَخْفَى مَكَانٍ عَلِمْتُ أَنُّهُ يَخْفَى عَنِ النَّاسِ ، قَالَ : " لَعَلَّكَ شَرِبْتَهُ " ؟ قَالَ : نَعَمْ . قَالَ : " وَلِمَ شَرِبْتَ الدَّمَ ؟ وَيْلٌ لِلنَّاسِ مِنْكَ ، وَوَيْلٌ لَكَ مِنَ النَّاسِ "  . قَالَ أَبُو سَلَمَةَ : فَحَدَّثْتُ بِهِ أَبَا عَاصِمٍ ، فَقَالَ : كَانُوا يَرَوْنَ أَنَّ الْقُوَّةَ الَّتِي بِهِ مِنْ ذَلِكَ الدَّمِ ، وَقَالَ  الْبَزَّارُ  : ثَنَا  مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى  ، ثَنَا  مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ  بِهِ .


    Abu Ya'la berkata: Musa bin Muhammad bin Hayyan mengkhabarkan kepada kami, Hunaid bin Al-Qasim mengkhabarkan kepada kami bahawa beliau berkata, Amir bin Adbillah bin Az-Zubair berkata yang mana meriwayatkannya daripada ayahnya (Abdullah bin Az-Zubair) bahawasanya beliau (Abdullah bin Az-Zubair r.a.) mendatangi Rasulullah s.a.w. sedang Baginda sa.w. sedang berbekam. Setelah selesai, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Wahai Abdullah. Pergilah kamu membawa darah ini lalu tanamkan ia di tempat yang tidak dilihat oleh sesiapapun". Setelah beredar daripada Rasulullah s.a.w. lalu beliau mengambil darah tersebut lalu beliau meminumnya. Setelah itu, beliau kembali. Maka, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Wahai Abdullah. Apa yang telah kamu lakukan?" Beliau menjawab: "Aku telah menyimpannya (darah tersebut) di tempat yang paling tersembunyi daripada manusia, yang aku tahu."  Rasulullah s.a.w. bertanya: "Boleh jadi kamu telah meminumnya?" Beliau menjawab: "Ya" Rasulullah s.a.w. bersabda: "Wail linnas minka wa wail laka min an-nas (ungkapan takjub dan belas kasih)

    Ia diriwayatkan oleh Al-Hafiz Al-Asqolani dalam Al-Mathalib Al-'Aliyyah (no: 3951). Ia diriwayatkan juga dalam Al-Ishabah (2/310), Al-Mustadrak oleh Al-Hakim (3/554) dan At-Tabrani. Imam Al-Haithami berkara (Al-Majma': 2/310): Imam At-Tabrani dan Al-Bazzar meriwayatkannya secara ringkas. Perawi Al-Bazzar adalah sahih selain Hunaid bin Al-Qasim yang merupakan thiqah.  Ia juga diriwayatkan oleh Imam Ibn 'Asakir sebagaimana disebutkan dalam Al-Kanz (7/57).

    Imam Abu NU'aim menyebut hadis ini dalam Al-Hilyah (1/33) dari Kisan, khadam kepada Abdullah bin az-Zubair dengan penambahan sabda Rasulullah s.a.w.:

     وقال: ويل لك من الناس وويل للناس منك، لا تمسك النار إلا قسم اليمين))..

    Maksudnya: "Wai laka min An-Nas wa Wail An-NAs min ka (ungkapan takjub, hairan dan belas kasihan). Neraka tidak akan menyentuhmu kecuali sumpah"
     
    Imam Ibn Asakir mengeluarkannya daripada Salman dan sebagainya secara ringkas dengan sanad perawi yang kuat.

    hairilnua

    • *
    • Posts: 1058
    • Allahuakbar....!!
      • View Profile
    Jawab #7 03 December, 2010, 04:30:30 PM
  • Publish Di FB
  • so,,, dari cerita kisah hadis nabi ni,, ape kesimpulannye? lelaki tu tak akan masuk neraka ke?
    Aku insan yg agak selambe..
    X pndai jaga hati orang..
    Suke cari pasal..

    Jangan call @ sms :  0193587327(hehehhe)
    http://hairilnua.blogspot.com
    Ada Brani?

    syarqowy

    • *
    • Posts: 172
      • View Profile
    Jawab #8 03 December, 2010, 05:33:32 PM
  • Publish Di FB
  • so,,, dari cerita kisah hadis nabi ni,, ape kesimpulannye? lelaki tu x kan masuk neraka ke?

    Ya... Lelaki itu adalah sahabat Nabi s.a.w. yang bernama Abdullah bin Az-Zubair.

    tanah

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Jawab #9 13 December, 2010, 05:50:33 PM
  • Publish Di FB
  • Alhamdullilah! Ilmu!

    Secara logiknya berkemungkinan benda-benda itu seakan/kelihatan kotor pada zahir dan sebagainya tetapi mungkin Allah s.w.t menyelamatkannya kerana hati mereka yang menyayangi Rasul s.a.w?? lagi satu, Nabi Muhammad s.a.w juga telah dibedah oleh malaikat-malaikat drpd sebarang kekotoran.

    Juga petua menyapu air kencing pada waktu pagi pada muka boleh menghilangkan jerawat dan menghindar segala masalah kulit dikatakan amat berkesan(saya tak cuba lagi, baru jumpa di internet). Pendapat saya beginilah baru manusia boleh merendahkan diri agaknya.

    Wallahualam.

    SH

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Jawab #10 13 December, 2010, 06:30:44 PM
  • Publish Di FB
  • Sejahtera ke atas kalian

    Neraka tidak akan menyentuhmu kecuali sumpah  .....  dalam menjalani kehidupan jika diberi kenikmatan bersyukurlah dan bila diuji tu jgn plak sumpah seranah dgn kata2 yg bukan ..... insyaAllah dijauhi dari azab didunia ... pasti berbahagia hendak-NYA didunia menuju akhirat.
    Maka bila diuji dan tersumpah seranah tu ..... mohon ampun kerana memaki ketentuan-NYA dan berdoalah agar diperbaiki amal dan akhlak semua dan diri sendiri dan belajarlah beramal dalam amal soleh.
    Silalah merendah diri pada sesama makhluk-NYA dalam meniti kehidupan ke akhirat .... kerana-NYA

    cyrosis

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Jawab #11 10 February, 2012, 10:40:35 AM
  • Publish Di FB
  • Kisah sahabat Nabi meminum darah Nabi selepas nabi berbekam - Kisah hadis-hadis dhaif ijtihadnya yang lemah hingga mencapai tahap hadis maudhu atau hadis mumkar. Kisah Bertabaruk Dengan Darah Nabi Muhammad adalah kisah yang jarang didengari dan jarang ditemui kerana periwayatan hadis ini dikumpul di dalam kitab hadis dari Imam yang tidak biasa didengari oleh masyarakat awam, antaranya Al-Hakim, al-Bazzar, Al-Isobah, al-Haithami, Al-Qustallani, Ibnu Hajar, al-Sayuti, dan Nasa'i. Hadis ini adalah antara hadis yang dianggap maudhu oleh Imam Bukhari dan Muslim, hingga tidak dicatatkan ke dalam kitab sahihnya.

    http://klinik-muallij.blogspot.com/2011/01/diari-9-jan-2011.html

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #12 14 February, 2012, 09:56:59 AM
  • Publish Di FB
  • Kisah sahabat Nabi meminum darah Nabi selepas nabi berbekam - Kisah hadis-hadis dhaif ijtihadnya yang lemah hingga mencapai tahap hadis maudhu atau hadis mumkar. Kisah Bertabaruk Dengan Darah Nabi Muhammad adalah kisah yang jarang didengari dan jarang ditemui kerana periwayatan hadis ini dikumpul di dalam kitab hadis dari Imam yang tidak biasa didengari oleh masyarakat awam, antaranya Al-Hakim, al-Bazzar, Al-Isobah, al-Haithami, Al-Qustallani, Ibnu Hajar, al-Sayuti, dan Nasa'i. Hadis ini adalah antara hadis yang dianggap maudhu oleh Imam Bukhari dan Muslim, hingga tidak dicatatkan ke dalam kitab sahihnya.

    http://klinik-muallij.blogspot.com/2011/01/diari-9-jan-2011.html


    Perlu difahami, status dhaifnya hadis tidak menjadikan hadis jatuh ke darjat maudhu' dan munkar. Imam-imam hadis ada penetapan mereka dalam bab ini. Adapun hadis yang darjatnya dhaif boleh dipakai dalam bab fadhail 'amal!, tidak boleh digunakan sebagai hadis-hadis hukum..

    Mereka ini( Al-Hakim, al-Bazzar, Al-Isobah, al-Haithami, Al-Qustallani, Ibnu Hajar, al-Sayuti, dan Nasa'i ) adalah imam-imam muktabar, ada yang berdarjat mujtahid dan wali Allah.

    Imam Bukhari dan Muslim tidak meletakkan dalam kitab sahih mereka, bukanlah bermakna hadis itu tertolak. Masih banyak lagi imam-imam hadis meriwayatkan dari banyak jalan dan sanad.

    Banyak sebenarnya khususiyat untuk Rasulullah saw yang tidak ada sesekali pada orang lain, bahkan banyak lagi khususiyat untuk Rasulullah saw yang tiada di sisi para Nabi dan Rasul Allah 'alihimussolatuwassalam yang lain!!!

    Begitu juga kelebihan terhadap umat Muhammad saw yang tiada pada umat-umat Nabi lain, sehingga Nabi Musa as pun pernah berdoa untuk menjadi umat Muhammad saw!!
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    8 Replies
    4700 Views
    Last post 12 February, 2010, 06:23:59 PM
    by iman_nuur
    7 Replies
    14531 Views
    Last post 15 February, 2012, 04:01:43 PM
    by nazri0070
    0 Replies
    380 Views
    Last post 14 October, 2013, 09:49:08 AM
    by Mei