Hukum Mengambil Duit Yang Dijumpai Di Tepi Jalan

Author Topic: Hukum Mengambil Duit Yang Dijumpai Di Tepi Jalan  (Read 5711 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

hembusankasturi

  • *
  • Posts: 52
    • View Profile
19 November, 2010, 02:08:39 PM
  • Publish Di FB



  • assalamualaikum .. saya ada persoalan

    1. apakah hukum mengambil duit yang dijumpai tepi jalan, tak kisah beraapa pun jumlahnya.. sebab tak silap saya, pernah saya terbaca dlm majalah agama kanak2 (tak ingat nama majalah), ada ckp kita tak boleh mengambil duit yang dijumpai kerana kadang2 itu adalah ujian dari syaitan yang nak tengok keikhlasan kita

    2. apakah hukumnya sekiranya duit yang dijumpai tu, saya ambil dan masukkan ke dalam tabung2 kebajikan atau tabung masjid.

    harap ustaz dpt memberi pandangan.. jazakallah

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2264
      • View Profile
    Jawab #1 19 November, 2010, 02:21:23 PM
  • Publish Di FB
  • Em, duit saya baru tercicir tadi.. Nak bayar barang yang dibeli, baru perasan, duitnya enggak ada..
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    Nur^ Iman

    • *
    • Posts: 690
    • I am proud to be a MUSLIM
      • View Profile
    Jawab #2 19 November, 2010, 02:24:38 PM
  • Publish Di FB
  • Kepada seseorang yang percaya amanah dirinya dia boleh ambil duit yang ditemui terbiar
    dia boleh memilikinya dengan syarat dia mengiklankan selama setahun. Jika dapat dikesan tuannya hendaklah harta tu diserahkan kepada tuannya. Jika selepas setahun tidak didapati tuannya bolehlah dia memiliki harta tersebut.

    2.Ada ulamak yang mencadangkan harta yang tidak boleh diserahkan kepada tuannya hendaklah disedekahkan dengan niyat sedekah bagi pihak tuannya. Seolah-olah kita bertindak sebagai wakil.

    http://al-madrasah-a...ember-2010.html
    I am proud to be a MUSLIM

    Nur^ Iman

    • *
    • Posts: 690
    • I am proud to be a MUSLIM
      • View Profile
    Jawab #3 19 November, 2010, 02:26:16 PM
  • Publish Di FB
  • Dalam kehidupan seharian kita lebih-lebih lagi bila duduk asrama, seringkali kita terjumpa barang hilang/barang orang tinggal. Boleh tak kita guna barang tersebut?

    1. Saya pernah dgr ada ustaz kata jika tinggal di tempat waqaf, boleh pakai, tapi mesti niat untuk pulang?
    2. Saya juga ada baca dalam hadith sahih bukhari muslim, boleh pakai selepas setahun. Tapi ada ustaz kata untuk 3 hari bahkan sehari pun ada?

    Jawapan:

    الحمد لله

    Soalan ini berkaitan dengan luqatah iaitu barang yang hilang dari empunyanya .Salah satu dari matlamat syariah (maqasid syariah) adalah menjaga harta lebih-lebih lagi kalau harta itu kepunyaan orang Islam .Dan harta tidak boleh dimusnahkan begitu sahaja.

    Apakah tindakan kita apabila kita terjumpa barang-barang di tengah jalan atau di tempat kita tinggal dan sebagainya?

    Ulama’ telah memberi panduan kepada kita berdasarkan hadith-hadith Rasulillah SAW tindakan yang perlu kita lakukan. Antara perkara yang penting yang kita perlu ambil perhatian ialah kita menilai “barang “yang kita jumpa itu .

    i.          Jika barang yang kita jumpa itu ,barang yang remeh dan tidak menjadi tumpuan penduduk setempat  seperti    roti ,buah-buahan ,kayu  maka orang yang menjumpainya boleh mengambil menafaat daripadanya tanpa perlu untuk mengiklankan penemuannya.Ini berdasar hadith Rasulillah SAW

    لما روى جابر قال : ( رخص رسول الله صلى الله عليه وسلم في العصا والسوط والحبل يلتقطه الرجل ) رواه أبو داود .

    Jabir meriwayatkan bahawa Rasulillah SAW memberi rukhsah untuk mengambil kayu rotan,tali yang dijumpai oleh seorang lelaki.

    ii.         Jika barang-barang yang dijumpai itu barang-barang yang besar seperti kereta,tong sampah yang besar dan lain-lain  ataupun haiwan-haiwan yang mampu mempertahankan dirinya sendiri dan mampu mencari kehidupannya sendiri seperti lembu ,kuda dan sebagainya ,maka haram bagi orang yang menjumpainya untuk mengambilnya berdasarkan hadith nabi SAW 

    ( مالك ولها ؟! معها سقاؤها وحذاؤها ترد الماء ، وتأكل الشجر ، حتى يجدها ربها ) متفق عليه ،

    Biarkanlah ia ! apa pula urusan kamu .Ia mampu mencari air sendiri an mencari makan sendiri sehingga ia bertemu dengan tuannya.

    وقال عمر : ( من أخذ الضالة فهو ضال )

    Barangsiapa yang mengambil haiwan yang sesat ssunggunya ia telah bersalah .

    iii.        Jika barang yan ditemui itu berupa barang-barang yang tidak remeh di mata masyarakat setempat dan tidak pula barang-barang yang besar seperti kategori di atas maka ada tiga keadaan :-

    a)         Jika ia termasuk haiwan yang boleh dimakan seperti ayam dan lain-lain ,orang yang menemuinya hendaklah menimbang langkah yang paling menguntungkan empunya haiwan itu samada

       1. Memakan dengan berhutang  kos nya apabila empunya nya ditemui.
       2. Menjual dan simpan wang jualannya untuk diserahkan kepada empunyanya selepas disimpan rekod spesifikasi barang tersebut
       3. Menjaga barang berkenaan termasuk menanggung kos jagaan (jika ada) tanpa memiliki haiwan  berkenaan ,apabila empunya menuntut semula , kos penjagaan itu dituntut semula daripadanya.

    ( خذها ، فإنما هي لك أو لأخيك أو للذئب ) متفق عليه

    Bermaksud :Ambillah kerana haiwan itusamada untuk kamu , atau saudara kamu ataupun untuk serigala.

    b)         Barang-barang yang mudah rosak dan tidak tahan lama seperti buah-buahan ,langkah yang perlu diambil seperti langkah-langkah di atas.

    c)         Barang-barang yang ditemui itu tidak termasuk kategori barang a dan b di atas , hendaklah diambil atas dasar sebagai menyimpan amanah orang lain dan hendaklah dihebahkan di tempat ramai manusia .Berdasarkan hadith :

    حديث زيد بن خالد الجهني رضي الله عنه ، قال : سئل النبي صلى الله عليه وسلم عن لقطة الذهب والورق ؟ فقال : ( اعرف وكاءها وعفاصها ، ثم عرفها سنة ، فإن لم تعرف ، فاستنفقها ، ولتكن وديعة عندك ، فإن جاء طالبها يوماً من الدهر ، فادفعها إليه ) ، وسأله عن الشاة ؟ فقال : ( خذها ، فإنما هي لك أو لأخيك أو للذئب )، وسئل عن ضالة الإبل ، فقال : ( مالك ولها ؟! معها سقاؤها وحذاؤها ترد الماء ، وتأكل الشجر ، حتى يجدها ربها ) متفق عليه

    Berdasar hadith di atas langkah berikut perlu diambil

    1.Rekodkan spesifikasinya

    2.Hebahkan selama setahun .Ulama member panduan pada minggu-minggu awal dihebahkan setiap hari dan pada minggu-minggu berikutnya dihebahkan mengikut kesesuaian.Tujuan utamanya adalah untuk mencari empunyanya Maka paza zaman ini bolehlah gunakan teknologi yang ada untuk mencapai maksud berkenaan.

    3.Jika cukup setahun empunyanya tidak menuntut , maka bolehlah dimiliki atau dijual tetapi hasilnya itu berstatus wadi’ah pada jagaan orang yang menemuinya .

    4.Jika empunyanya menuntut pula selepas itu maka hendaklah diberikan selepas kita berpuas hati terhadap padanan antara spesifikasi barang berkenaan dengan maklumat yang diberi oleh empunyanya.

    والله اعلم

    وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

    Ustaz Zamri Hashim
    Sekretariat MUIS

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    10 Replies
    5710 Views
    Last post 03 December, 2011, 09:33:04 PM
    by aisysyiffa
    10 Replies
    11948 Views
    Last post 27 February, 2011, 10:23:20 AM
    by IbnuNafis
    2 Replies
    3057 Views
    Last post 23 November, 2011, 11:08:25 AM
    by 5zul