40 Nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib

Author Topic: 40 Nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib  (Read 2969 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

umsha

  • *
  • Posts: 695
  • Be yourself & always remember ALLAH
    • View Profile
30 June, 2007, 12:23:32 PM
  • Publish Di FB
  • Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Saiyidina Ali Ibn Abi Talib dan kitab Al Bayan Wattabyeen oleh Al Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al Jaahidh r.a.

    1. Pendapat seorang tua adalah lebiih baik daripada tenaga seorang muda.

    2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.

    3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.

    4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.

    5. Jagailah ibubapamu, nescaya anak anakmu akan menjagai kamu.

    6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah swt.

    7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.

    8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan.

    9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu.

    10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.

    11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.

    12. Mengajar adalah belajar.

    13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.

    14. Insan terbahagi kepada 3 : mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.

    15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.

    16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.

    17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.

    18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.

    19. Manusia sebenarnyasedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.

    20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.

    21. Allah s.w.t merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya.

    22. Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya.

    23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.

    24. Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi tidak tidur diatas kehilangan hartanya.

    25. Barangsiapa yang mencari qpq yqng tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.

    26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.

    27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.

    28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.

    29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.

    30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.

    31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.

    32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.

    33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.

    34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.

    35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.

    36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.

    37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura pura.

    38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.

    39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.

    40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerapa perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.
    Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dghn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga....

    aye

    • *
    • Posts: 26
    • Mardhatillah Lestari Selamanya......
      • View Profile
    Jawab #1 05 July, 2007, 02:35:01 PM
  • Publish Di FB
  • Mutiara Syair Sayyiduna Ali bin Abi Thalib

    بكيت على شباب قد تولى * فيا ليت الشــباب لنا يعـود
    لو كان الشــباب يباع بيعا * لأعطيت المــبايع ما يـريد
    ولكن الشـباب إذا تــــولى * على شـرف فمطلــبه بعـيد

    Aku menangis atas masa mudaku yang telah berlalu. Aduh! alangkah enaknya kalau masa muda itu dapat kembali lagi kepada kita

    Seandainya masa muda itu bisa diperjualbelikan pasti aku kan berikan kepada penjualnya apapun yang ia inginkan

    Akan tetapi jika masa muda itu sudah berlalu jauh dari kemuliaan maka memintanya untuk kembali lagi adalah sesuatu yang mustahil
    "kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan islam. Maka sekalipun kita mcari kemuliaan selain dengan apa yang Allah muliakan pada kita, maka Allah akan mghina kita"

    lily_mawar

    • *
    • Posts: 149
      • View Profile
    Jawab #2 12 January, 2011, 11:21:34 PM
  • Publish Di FB
  • Menurut Ali bin Abi Thalib, orang-orang yang bertakwa itu ialah :

    ** Orang yang berfikiran benar

    ** Berpakaian sederhana

    ** Jalannya penuh tawaduk

    ** Menundukkan pandangan dari yang diharamkan Allah

    ** Menggunakan telinga untuk mendengarkan ilmu yang bermanfaat

    ** Hatinya tenang dalam menghadapi bencana saperti di saat senang

    lily_mawar

    • *
    • Posts: 149
      • View Profile
    Jawab #3 12 January, 2011, 11:37:07 PM
  • Publish Di FB
  • Menurut Ali bin Abi Thalib lagi ...

    ** Sentiasa rindu kepada Allah

    ** Allah sangat Agung dalam pandangannya sedangkan yang lainnya kecil

    ** Sentiasa menahan diri dari berbuat jahat

    ** Keperluannya sederhana

    ** Sentiasa memelihara kehormatan diri

    ** Dunia mengejarnya, tetapi ia tidak terpedaya dengan tipu daya dunia


    lily_mawar

    • *
    • Posts: 149
      • View Profile
    Jawab #4 13 January, 2011, 09:48:41 PM
  • Publish Di FB
  • Dan menurut baginda lagi orang yang bertakwa :

    ** Bersikap sabar

    ** Di waktu malam hari ia sentiasa melaksanakan qiyamullail

    ** Sentiasa membaca Al-quran

    ** Ketika membaca Al-quran apabila bertemu dengan ayat2 yang berisikan berita gembira jiwanya bergelora untuk mendapatkan apa yang telah dijanjikan Allah itu.  Akan tetapi apabila bertemu dengan ayat2 yang berisikan ancaman Allah, ia merasa takut.

    ** Pada siang siang hari rajin berusaha.

    ** Tidak merasa puas dengan amal yang sedikit dan tidak menganggap banyak amal yang telah dikerjakan.

    ** Selalu memandang diri bersalah dan belum berbuat apa2.


    hani muslim

    • *
    • Posts: 848
      • View Profile
    Jawab #5 27 May, 2011, 10:55:46 PM
  • Publish Di FB
  •  :)
    :senyum:..terima kasih atas informasinya..:senyum:,,best...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    12 Replies
    2478 Views
    Last post 20 March, 2010, 01:05:33 PM
    by Eyda Aam
    0 Replies
    769 Views
    Last post 04 January, 2010, 09:37:24 AM
    by alhaqier
    6 Replies
    2028 Views
    Last post 28 February, 2011, 07:05:53 AM
    by al_ahibbatu