Menentukan arah Kiblat

Author Topic: Menentukan arah Kiblat  (Read 8059 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14510
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
19 February, 2010, 12:22:20 PM
  • Publish Di FB

  • Menentukan arah Kiblat ketika Mendirikan Solat Di Dalam Kenderaan



    Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Umar r.a meriwayatkan, “Rasulullah saw ditanya tentang solat di atas perahu (as-safinah). Baginda saw menjawab, ‘Lakukanlah solat sambil berdiri, kecuali jika takut tenggelam.’ Anas bin Sirin berkata, “Aku pernah pergi bersama Anas bin Malik. Ketika kami sampai di Dajlah, tibalah waktu solat Zohor. Ia mengimami kami sambil duduk di atas permaidani di dalam perahu. Ketika itu perahu sedang bergerak laju membawa kami.”

    Imam an-Nawawi berkata, “Jika seseorang itu melaksanakan solat fardu di atas perahu, ia tidak boleh meninggalkan kewajipan berdiri jika ia berkemampuan untuk berdiri sebagaimana ketika ia berada di daratan. Akan tetapi, jika ia uzur (ada halangan) seperti pening kepala dan sebagainya, maka boleh melakukan solat fardu sambil duduk kerana ia dianggap lemah. Jika angin bertiup dengan kencang sampai mengubah arah perahu, sehingga wajahnya tidak menghadap kiblat, maka ia hendaklah kembali menghadap kiblat sambil tetap dalam solatnya – iaitu menyempurnakannya dan tidak perlu mengulanginya lagi. Perkara itu berbeza dengan seseorang yang sedang mendirikan solat di darat. Jika ia mengubah dengan sengaja wajah atau dadanya dari arah kiblat secara paksa, maka batallah solatnya.”

    Dalam keterangan di atas, jelaslah hukum solat di atas perahu. Solat di dalam pesawat dan kapal terbang dianggap sama dengan bersolat di dalam perahu. Jika seseorang di dalam kapal terbang boleh berdiri dalam melakukan solat dan menghadap kiblat seperti yang yang dilakukan di daratan atau di dalam perahu, maka ia wajib melakukan yang sedemikian itu. Akan tetapi, jika perkara itu tidak membolehkan, maka solat boleh dilakukan mengikut kemampuannya.


    Solat sunat pula boleh dilakukan di dalam apa jua kenderaan dalam keadaan duduk, dengan melakukan rukuk dan sujud dengan sesuatu gerakan (isyarat). Sujud dibuat lebih rendah daripada rukuknya.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 19 February, 2010, 12:36:14 PM
  • Publish Di FB

  • Dah kebetulan bincang berkaitan solat wajib menghadap ke arah kiblat, ingin ummi berkongsi juga bagaimana penentuan arah kiblat dilakukan.

    Penentuan arah kiblat

    Oleh Hazirah Che Sab

    Kaedah melihat matahari terbenam tidak tepat

    SUDAH semestinya umat Islam perlu menghadap Kaabah yang menjadi kiblat apabila mendirikan solat dan ketika dikebumikan selepas meninggal dunia.

    Walaupun dengan kedudukan Kaabah di Makkah menjangkau ratusan ribu kilometer, menetapkan arah kiblat sebenarnya tidak menjadi persoalan kerana ilmuwan Islam benar-benar menguasai ilmu falak untuk menyelesaikan masalah itu sekadar berpandukan kedudukan cakerawala seperti bintang dan matahari.

    Bagaimanapun, kekurangan orang Islam yang benar-benar memahami ilmu falak ketika ini menimbulkan persoalan bagaimana untuk menentukan arah kiblat yang tepat.

    Ini kerana, ada umat Islam masih menggunakan kaedah menentukan kiblat berpandukan arah matahari terbenam, sedangkan cara itu tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya dua hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada arah matahari terbenam.

    Menyedari kesilapan itu, sewajarnya umat Islam di seluruh dunia tidak lagi menentukan jadual atau takwim solat, waktu berbuka puasa dan hari raya berpandukan kaedah matahari terbenam. Malaysia sudah tidak lagi menggunakan kaedah ini, sebaliknya berpandukan ilmu falak syarie seperti yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

    Arah kiblat menggunakan matahari boleh diukur dua kali setahun.


     Dengan kepesatan teknologi, perkara sebegini tidak sepatutnya menjadi masalah sehingga membawa kepada timbulnya pertelingkahan kerana sudah ada pelbagai peralatan canggih yang boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat.

    Ketua Penolong Pengarah Cawangan Falak, Bahagian Penyelidikan Jakim, Che Alias Che Ismail, berkata penentuan arah kiblat yang tepat amat penting terutama dalam pembinaan masjid atau surau bagi memastikan ia tidak tersasar.

    Beliau menegaskan, ketepatan arah kiblat bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana biarpun cuma satu darjah terpesong ia bersamaan kira-kira 125 kilometer tersasar dari arah Kaabah.

    Bagaimanapun, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan had berpaling yang dibenarkan tidak melebihi tiga darjah dan ia tidak perlu difatwakan tetapi boleh dijadikan garis panduan dalam pembinaan masjid dan surau baru.

    Katanya, dua alat digunakan untuk menentukan arah kiblat iaitu kompas Ushikata dan Teodolite tetapi ia juga berpandukan kepada keadaan tertentu seperti diletakkan di tanah rata untuk mendapatkan ukuran tepat.

    “Peralatan itu selalunya digunakan untuk menentu arah kiblat untuk tujuan pembinaan masjid atau surau. Bagi orang perseorangan atau ingin menentukan arah kiblat di rumah, cara tradisional masih boleh digunakan.

    “Setiap tahun, ada dua keadaan yang boleh digunakan umat Islam menentukan arah kiblat iaitu ketika matahari berada betul-betul di atas Kaabah. Ia berlaku pada 28 Mei jam 5.16 petang dan sekali lagi pada 17 Julai jam 5.28 petang.

    “Caranya dengan meletakkan tiang atau sesuatu yang lurus di tanah lapang pada waktu berkenaan dan perhatikan bayang objek itu. Oleh kerana di Malaysia ia berlaku pada waktu petang, arah kiblat diukur dari hujung bayang hingga ke pangkal tiang ,” katanya.

    Sementara itu, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin, berkata falak ialah disiplin ilmu astronomi Islam yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu falak takwim membabitkan pengiraan hari, bulan bagi menentukan puasa dan hari raya.

    “Kedua ialah falak waktu solat iaitu menentukan masuknya waktu solat berdasarkan kedudukan matahari dan ketiga, yang paling besar dan penting falak penentuan arah kiblat.

    “Arah kiblat diukur menggunakan kompas Ushikata atau Teodolite. Caranya tidak banyak berbeza tetapi penggunaan Teodolite lebih tepat kerana kadang-kadang bacaan kompas dipengaruhi unsur lain seperti besi dan sebagainya,” katanya.

    Zamihan berkata, cara tradisi masih boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat dengan berpandukan arah matahari yang membabitkan dua hitungan.

    “Pertama, berdasarkan kedudukan matahari di atas Kaabah yang berlaku pada Mei dan Julai setiap tahun. Seluruh dunia boleh menyemak kedudukan kiblat berdasarkan fenomena itu.

    “Cara kedua ialah dengan menghitung waktu matahari setiap hari. Kaedah kedua banyak risiko kerana kedudukan matahari berubah setiap hari terutama di kalangan mereka yang tidak mahir dalam ilmu falak. Cuma pakar falak yang dapat berbuat demikian kerana ia membabitkan kaedah separa hitungan,” katanya.

    Beliau berkata, masalah yang timbul sekarang ialah umat Islam tidak menguasai ilmu falak sepenuhnya dan pada masa sama masih tidak terlatih menggunakan teknologi moden.

    “Justeru, ILIM berperanan melatih pegawai Islam untuk menggunakan alat ukur ini dengan mahir dan menjemput pakar dari universiti tempatan bagi tujuan itu,” katanya.

    Penentuan arah kiblat boleh dicari dari pelbagai sudut dalam kehidupan serba canggih ini dan ia bergantung kepada ‘mahu atau tidak’ berusaha mencari ketepatan yang menjadi syarat sah solat, seterusnya membentuk peribadi menjadi Muslim sejati.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #2 19 February, 2010, 12:39:30 PM
  • Publish Di FB


  • Arah kiblat menggunakan matahari boleh diukur dua kali setahun.

    INFO: Cara mengukur arah kiblat

    * Hanya boleh menggunakan kaedah matahari terbenam pada 28 Mei jam 5.16 petang dan 16 Julai jam 5.28 petang setiap tahun
    * Dirikan objek lurus seperti tiang di tanah lapang dan rata
    * Pastikan ia tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakan tiang, letakkan tali yang diikat pemberat pada hujung tiang
    * Tempat yang dipilih tidak terlindung sinaran matahari
    * Semakan perlu dibuat tepat mengikut waktu yang ditetapkan Sirim seperti waktu televisyen dan radio. Oleh kerana fenomena itu berlaku pada waktu petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap barat.

    aini zinnirah

    • *
    • Posts: 479
    • Indah senyuman pengubat kedukaan...Insya-Allah..
      • View Profile
    Jawab #3 14 November, 2010, 07:37:23 AM
  • Publish Di FB


  •  :) marilah sama-sama kita berkongsi








    Sedikit perkongsian tentang kaedah yang digunapakai dalam penentuan arah kiblat ini. Ini adalah kaedah tradisional yang paling sering menjadi pilihan dalam menentukan arah kiblat. Ini kerana kaedahnya lebih mudah berbanding penggunaan peralatan-peralatan lain seperti kompas dan sebagainya. Walaubagaimanapun, seorang ustaz dari Jabatan Mufti Selangor ada mengingatkan bahawa kaedah ini hanya untuk masjid sahaja, dan bukan untuk rumah persendirian. Saya tidak pasti mengapa kerana saya belum membuat kajian lagi (minta maaf, tetapi jika saudara rajin, boleh buat kajian sendiri). Kaedah tradisional yang dimaksudkan adalah seperti di bawah :

    1. Pacakkan kayu atau apa-apa sahaja yang berfizikal lurus di bawah cahaya matahari yang tidak terlindung. Oleh kerana matahari akan terbenam di sebelah barat, maka bayang-bayang kayu tersebut akan menghala ke sebelah timur.

    2. Tunggu sehingga jam 5.28 petang. Tepat jam 5.28 petang, saudara lihatlah jarak dari timur bayang-bayang ke arah pangkal kayu. Jarak itulah dikira sebagai arah kiblat yang betul.



    Ilmu falak Syarie amat penting diketahui oleh umat islam kerana signifikannya sangat relevan dengan kemajuan ummah di seluruh dunia. Ketamadunan dunia dibina oleh banyak cabang ilmu, dan salah satunya ialah ilmu falak ini. Malah, ilmu falak juga membantu memantapkan ibadah dan amalan kita. Pernah dengar cerita, seorang pemuda yang bertahun-tauhun sembahyang berkiblatkan arah yang salah hanya kerana tidak pernah mengambil berat tentang arah kiblat di rumahnya selama ini? Na'uzubillahi min zhalik.


    Ilmu falak dan Astoronomi adalah ilmu Allah yang sangat memukau. Tidak takjubkah saudara melihat betapa teraturnya peredaran bumi dan planet-planet di galaksi, dan betapa patuhnya matahari dan bulan berganti tugas hanya kerana Allah? Maha Suci Allah yang mencipta seluruh alam malakut!

    " Maka apakah mereka tidak melihat langit yang ada diatasnya, bagaimana kami meninggikan dan menghiaskan langit itu, tanpa suatu keretakan sedikit pun ?. - ( Surah Qaf. 50. 6 )


    ”Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkanNya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan waktu.” (QS. Yunus : 5)

    " Maha Suci ( Allah ) yang menjadikan gugusan bintang di langit dan Dia menjadikan pula padanya matahari dan bulan yang bercahaya " - ( Surah al-Furqan. 25. 61 )

    “Dan telah Kami tetapkan tempat peredaran bagi bulan, sehingga (setelah ia sampai ke tempat peredaranyang terakhir) kembalilah ia seperti bentuk tandan yang tua. Tidaklah mungkin bagi matahari mengejar bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Masing-masing beredar pada garis edarnya.” (QS. Yasin : 39-40)


    Ilmu Falak Syarie adalah salah satu ilmu dari Allah yang saya cintai dan minati. Walaupun saya sangat amatur dalam bidang ini, namun sering juga saya singgah masuk ke laman-laman web berkaitan seperi Jabatan Mufti Negeri, Astromas, Persatuan Falak Syarie Malaysia, NASA, dan Falak Online.


    Gambar Teleskop Hubble NASA

    Tinggal tiga perkara sahaja lagi yang belum saya buat, iaitu membeli sebuah teleskop/binokular, membuat cerapan dan merekodkan hasilnya di dalam blog, dan mengikuti aktiviti-aktiviti Kelab Falak Syarie setiap kali ada fenomena langit yang kecil atau besar berlaku. Jika saudara bermurah hati hendak menghadiahkan sebuah teleskop yang canggih kepada saya, silakanlah, saya akan terima dengan sepenuh hati. Walaupun ia tidak secanggih Hubble, Jupitern pun jadilah, :senyum:.

    Ilmu Allah itu tersangatlah luas. Jika hendak dibandingkan, ilmu yang ada pada kita sekarang ini, ibarat sebutir mutiara yang kita jumpa di pesisir pantai. Itulah sebiji mutiara yang kita ambil dengan penuh bangga tanpa kita sedari, di dasar laut sana terdapat lebih banyak mutiara yang besar dan cantik. Subhanallah. Sesungguhnya manusia yang berilmu itu sangat berbeza dengan manusia yang tidak berilmu. Wallahua'lam.
    "Saat (hari kiamat) semakin dekat, bulan pun terbelah.” (QS. Al Qamar : 1)

    ”Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar. Dia memasukkan malam atas siang dan memasukkan siang atas malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Ingatlah! Dialah Yang Mahamulia, Maha Pengampun.” (QS. Az Zumar : 5)
    « Last Edit: 14 November, 2010, 07:40:16 AM by aini zinnirah »
    ya allah pelihara lah diriku sepertimana Engkau pelihara kekasih-kekasih-Mu yang lain..

    azrinkun

    • *
    • Posts: 1659
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Jawab #4 14 November, 2010, 07:38:51 AM
  • Publish Di FB
  • Arah kiblat menggunakan matahari boleh diukur dua kali  setahun.


    “Setiap tahun, ada dua keadaan yang boleh digunakan umat  Islam menentukan arah kiblat iaitu ketika matahari berada betul-betul di atas  Kaabah. Ia berlaku pada 28 Mei jam 5.16 petang dan sekali lagi pada 17 Julai  jam 5.28 petang.

    “Caranya dengan meletakkan tiang atau sesuatu yang lurus di  tanah lapang pada waktu berkenaan dan perhatikan bayang objek itu. Oleh kerana  di Malaysia ia berlaku pada waktu petang, arah kiblat diukur dari hujung bayang  hingga ke pangkal tiang ,”

    Cara mengukur arah kiblat
    Hanya boleh menggunakan kaedah matahari terbenam pada 28 Mei  jam 5.16 petang dan 16 Julai jam 5.28 petang setiap tahun
    Dirikan objek lurus seperti tiang di tanah lapang dan rata
    Pastikan ia tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakan tiang,  letakkan tali yang diikat pemberat pada hujung tiang
    Tempat yang dipilih tidak terlindung sinaran matahari
    Semakan perlu dibuat tepat mengikut waktu yang ditetapkan  Sirim seperti waktu televisyen dan radio. Oleh kerana fenomena itu berlaku pada  waktu petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu,  arah kiblat ialah yang menghadap barat.
    Syahadah no.1 ..  Ikut Rasulullah saw..
    jalan islam itu tauhid. jalan mukmin itu syahadat

    Fakir Billah

    • *
    • Posts: 851
      • View Profile
    Jawab #5 21 January, 2013, 10:08:04 AM
  • Publish Di FB
  •  Soalan saya :-
     
    Bagaimana jika mengerjakan solat sebelum waktunya?
    Bagaimana hendak mempastikan waktu magrib yang sebenar benarnya?

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4918
      • View Profile
    Jawab #6 25 January, 2013, 07:23:32 AM
  • Publish Di FB
  • Jika Gerak dan Diam mu daripada Allah
    mengapa kamu tersalah waktu?

    subhanallah, kemanapun kamu menghadapkan wajahmu, di situlah AKU

    ketepatan 'masuk waktu' itu di alam makhluk, Dia puula adalah masa, maka tentu saja Dia memipin diri yang ikhlas kepadaNYa

    maksudnya dari Dalam diri, di dasar hatimu, adak niat, adakah kehendak untuk melakukan kebaikan
    atau masih berbolak balik antara kejahatan dan kebaikan, subhanallah

    mohonlah

    pasti
    yakin

    adalah kerja Hati, satelah berilmu dan Ingati Allahu

    inshallah
    kepada siapakah kita berserah
    kita di suruh, menyembahNya dengan kesucian, tulus mulus, sepenuh hati Allahu mengizinkan

    inshallah

    subhanallah wahdahu laa syrikalah

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    57 Replies
    21923 Views
    Last post 10 December, 2012, 08:04:38 PM
    by Air Mata Kasih
    24 Replies
    3533 Views
    Last post 21 April, 2010, 02:33:55 AM
    by khaira_umairah
    1 Replies
    726 Views
    Last post 19 November, 2010, 08:13:19 PM
    by al_ahibbatu