Tekanan Darah Rendah

*

Author Topic: Tekanan Darah Rendah  (Read 16890 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

SiNaR aBaDi

  • *
  • Posts: 748
    • View Profile
12 November, 2010, 03:23:16 PM
  • Publish
  • Bismillah
    Assalamualaikum


    Mohon perkongsian info mengenai tekanan darah rendah daripada halaqian sekelian. Bimbang melihat adik, sering mengalami tekanan darah rendah, kemudian datang rasa nak pitam. Semalam dia beritahu.. 2 hari ni dia rasa macam nak pergi. Pergi mana.. dia beritahu mungkin sampai masa dah.

    Apakah rawatan yang terbaik dan cara memulihkan tekanan darah ini ya. Ada yang berpendapat makan hati @ limpa ayam/daging.. tetapi itu bukanlah alternatif terbaik ana fikir untuk cegah penyakit ini. Mohon perkongsian kalian..

    Jazakallah.
    SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.;-)

    syuhada_2811

    • *
    • Posts: 128
      • View Profile
    Reply #1 12 November, 2010, 03:36:08 PM
  • Publish
  • Bismillah
    Assalamualaikum


    Mohon perkongsian info mengenai tekanan darah rendah daripada halaqian sekelian. Bimbang melihat adik, sering mengalami tekanan darah rendah, kemudian datang rasa nak pitam. Semalam dia beritahu.. 2 hari ni dia rasa macam nak pergi. Pergi mana.. dia beritahu mungkin sampai masa dah.

    Apakah rawatan yang terbaik dan cara memulihkan tekanan darah ini ya. Ada yang berpendapat makan hati @ limpa ayam/daging.. tetapi itu bukanlah alternatif terbaik ana fikir untuk cegah penyakit ini. Mohon perkongsian kalian..

    Jazakallah.

     :ws:
    akak...cuba akak suruh adik akak minum air putih banyak2 dan jangan minum minuman yang bercafein dan teh....

    itu sahaja yang mampu saya bagi petua selain dari makan makan hati @ limpa ayam/daging...

    ana_muna141

    • *
    • Posts: 250
      • View Profile
    Reply #2 27 November, 2010, 11:22:50 AM
  • Publish
  •  :)
    cube dapatkan HB dari HPA. harge rm 18. sebaiknye mkn dgn madu. (dapatkan nasihat dari pengamal yg bertauliah)

    saya mkn HB tu memang bagus. sbb saya pun darah rendah.

    lagi satu ummu fatimah ada ajar saya guna jintan hitam. kalo nk jimat, beli yg juai paket2/ timbang je.. saya cari kat kedai2 mamak/india ada jual.

    sangai jintan, then blend jadikan serbuk. tiap2 pagi ambil 1 sudu + madu+ air ;minum hari2. saya sdg cube cara ummu fatimah tu. baru 2 minggu, rasa gak kurang letih lesu tu..

    D_humaira

    • *
    • Posts: 251
      • View Profile
    Reply #3 27 November, 2010, 11:42:25 AM
  • Publish

  • darah rendah???
    fuhh tak boleh lupa mase sekolah dulu asyik masuk hospital je sebab darah rendah..
    cikgu pon dah malas nak hantar..
    jemu dah makan hati ayammmm je dalam wad...tawar pulak tu...
    simptom darah rendah ni, kalau berdiri lama, atau duduk bawah matahari terlalu lama, rasa pandangan gelap habis dan nak pengsan..takde nak nak dah..pengsan terus...
    antara penyebabnye adalah dehidrasi...kerana kurang minum air..jadi banyakkan minum air masak..
    pastikan adik akak bawak bekal air ke mana saja die pergi...bangun2 pagi dah minum segelas air masak..
    tips lain...
    jangan berdiri terlalu lama..so kalau adik akak tu masih sekolah, mintak disediakan kerusi untuk dia duduk masa perhimpunan pagi..kalau ade perbarisan rumah sukan ke ape ke tak payahlah join..jadi tukang ambik gambar sudah..
    jangan lama sangat duduk bawah matahari..bawakla payung bila tengok matahari terik..
    yg ni pon penting jugak..masa bangun dari duduk atau baring, gerakan perlahan2..kalau bangun secara drastik, boleh jadi renjatan kat kepala..yg ni memang sakit ler tak payah cakap...jangan gelojoh..
    tu jelah amalan saye..alhamdulillah dah kurang banyak dah..yg lain tu macam biase..bersenam..diet rendah karbohidrat..
    ~* Tuhan leraikanlah dunia,Yang mendiam di dalam hatiku.Kerana di situ tidak ku mampu,Mengumpul dua cinta..Hanya cinta-Mu Ku harap tumbuh,Dibajai bangkai dunia yang kubunuh*~

    wana1987

    • *
    • Posts: 95
      • View Profile
    Reply #4 27 November, 2010, 11:50:06 AM
  • Publish
  • Bismillah
    Assalamualaikum


    Mohon perkongsian info mengenai tekanan darah rendah daripada halaqian sekelian. Bimbang melihat adik, sering mengalami tekanan darah rendah, kemudian datang rasa nak pitam. Semalam dia beritahu.. 2 hari ni dia rasa macam nak pergi. Pergi mana.. dia beritahu mungkin sampai masa dah.

    Apakah rawatan yang terbaik dan cara memulihkan tekanan darah ini ya. Ada yang berpendapat makan hati @ limpa ayam/daging.. tetapi itu bukanlah alternatif terbaik ana fikir untuk cegah penyakit ini. Mohon perkongsian kalian..

    Jazakallah.



     :)
    sinar...tekanan darah rendah banyak kan makan sayur bayam,kerang,ati lembu...
    makanan ni boleh tambah darah... :ins:

     :)

    D_humaira

    • *
    • Posts: 251
      • View Profile
    Reply #5 27 November, 2010, 11:51:57 AM
  • Publish

  • Dan yakinlah dengan khasiat MADU
    amalkan setiap pagi dan petang...

    Rasulullah ada bersabda..
    “Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.”

    Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ...

    sakitlah apa2 pun, amalkan madu..insyaAllah baik..DENGAN IZINNYA..

    Nurul Nawar

    • *
    • Posts: 1379
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Reply #6 24 June, 2012, 05:20:24 PM
  • Publish
  •  :)

    TEKANAN DARAH RENDAH (HYPOTENSION)

    Apakah Tekanan Darah Rendah?

    Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

    Tekanan darah ditunjukkan dalam dua bacaan.

    *Bacaan pertama mempunyai nilai lebih tinggi daripada bacaan kedua menunjukkan ukuran tekanan sistolik, atau tekanan dalam arteri apabila jantung berdegup dan mengisi mereka dengan darah.

    *Bacaan kedua mengukur tekanan diastolik, atau tekanan dalam arteri apabila jantung terletak di antara denyutan (keadaan rehat).

    Untuk orang dewasa,
    ~Tekanan darah yang normal biasanya 120/80 mmHg.
    ~Tekanan darah rendah berlaku bila kurang daripada 60/90 mmHg.
    ~Tekanan darah tinggi ialah apabila melebihi 140/90 mmHg.

    Ataupun julat (range) untuk sistolik : 90-120 mmHg                 
                                            diastolik: 60-80 mmHg

    *Ada orang yang mempunyai tekanan darah 90/50 dan tidak mengalami masalah kerana ini adalah keadaan normal untuknya.

    Pemahaman asas pada tekanan darah rendah.

    Tekanan darah rendah kronik dengan tidak menunjukkan sebarang gejala adalah hampir tidak serius. Tetapi masalah-masalah kesihatan boleh terjadi apabila tekanan darah menurun secara tiba-tiba, dan otak kekurangan bekalan darah yang mencukupi. Ini boleh membawa kepada pening atau kepala terasa berpinar-pinar.

    Kejatuhan mengejut tekanan darah yang paling biasa berlaku pada seseorang yang bangun dari kedudukan duduk untuk berdiri. Ini jenis tekanan darah rendah dikenali sebagai hypotension postur, hypotension orthostatic, atau neurally mediatedid orthostatic hypotension.

    Hypotension postur (postural hypotension/orthostatic hypotension)

    ~dianggap kegagalan sistem saraf automatik - sebahagian daripada sistem saraf yang mengawal tindakan involuntary yang penting, seperti denyutan jantung - untuk bertindak balas dengan sewajarnya kepada perubahan secara tiba-tiba.

       Biasanya, apabila anda berdiri, darah akan berkumpul di saluran-saluran bahagian badan bawah (lower extremities) biasanya kakila. Keadaan ini akan menyebabkan tekanan darah jatuh. Tetapi badan anda biasanya bertindakbalas dengan menghantar mesej kepada jantung, untuk berdenyut lebih cepat dan saluran darah anda untuk mencerut. Ini akan menghalang penurunan tekanan darah. Jika ianya tidak berlaku, atau ianya berlaku terlalu perlahan-lahan, maka hypotension postur akan terjadi.

        Jika anda mengalami rasa pening atau hendak pitam bila bertukar kedudukan seperti penjelasan di atas dan tidak mengalami apa-apa masalah yang lain, anda mempunyai keadaan yang dipanggil tekanan darah rendah ortostatik ('orthostatic hypotension' atau ia juga dikenali sebagai 'postural hypotension'). Keadaan ini tidak ada rawatan kerana tekanan darah akan pulih bila anda duduk atau baring kembali. Cuma anda harus berhati-hati - jangan bangun dengan cepat, lakukan ia dengan perlahan-lahan supaya badan dapat menyesuaikan tekanan darah kepada posisi yang baru.

    Jadi,bila berdiri statik buat iangka masa lama ketika bekerja contohnya,perlulah gerak-gerakkan sedikit kaki,jari-jari kaki supaya darah dipamkan ke jantung.

    Faktor yang mempengaruhi tekanan darah

    Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-

    ~usia
    ~aktiviti seharian
    ~perasaan
    ~ubatan
    ~pendarahan
    ~infeksi (jangkitan)

    Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka kurang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-

    ~stroke
    ~penyakit jantung
    ~penyakit pada mata
    ~pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah


    Apa yang menyebabkan Tekanan Darah Rendah?

    Ia boleh dikaitkan dengan yang berikut:

    ~Kehamilan
    ~Masalah hormon seperti tiroid yang begitu aktif (hypothyroidism),kencing manis, atau gula darah yang rendah (hipoglisemia)
    ~Ubat over-the-counter
    ~Terlebih dos dari ubat tekanan darah tinggi
    ~Kegagalan jantung
    ~Jantung aritmia (irama jantung yang tidak normal)
    ~Pelebaran atau pengembangan, saluran darah
    ~Keletihan haba atau strok haba
    ~Penyakit hati

    Apa yang menyebabkan kejatuhan tekanan darah secara tiba-tiba?

    Kejatuhan mengejut tekanan darah boleh mengancam nyawa.

    ~Kehilangan darah dari pendarahan
    ~Suhu badan yang rendah
    ~Suhu badan yang tinggi
    ~Penyakit otot jantung yang menyebabkan kegagalan jantung
    ~Sepsis, jangkitan teruk darah
    ~Dehidrasi yang teruk daripada muntah, cirit-birit, demam atau
    ~Tindak balas kepada ubat atau alkohol
    ~Tindak balas alahan yang teruk, yang dipanggil anafilaksis (anaphylaxis)

    Gejala Tekanan Darah Rendah

    Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-

    cepat lelah
    pening kepala ketika posisi badan berubah
    sukar untuk berkonsentrasi
    mata berpinar-pinar
    mual
    kulit berasa dingin, pucat dan lembap
    pernafasan cepat dan pendek
    defresi
    cepat haus

    Kesan Tekanan Darah Rendah

    Jika tekanan darah rendah berlaku, darah tidak dapat dipam ke organ badan dengan efektif. Sebagai contoh, jika tekanan darah tidak sampai ke otak dengan secukupnya, otak tidak menerima oksigen dan nutrien yang ia kehendaki menyebabkan seseorang itu terasa pening, melayang dan hendak pitam. Ini sering dialami bila seseorang itu bangun dari duduk atau baring kerana kebanyakan darah berkumpul di bahagian bawah badan. Kebiasaannya, badan akan terus menyesuaikan keadaan ini sehingga kita tidak akan merasai apa-apa perbezaan. Tetapi seseorang yang sudah rendah tekanan darah tidak dapat memberi respons yang sepatutnya dan akan mengalami simtom yang tersebut diatas.

    Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.

    ~Tekanan darah rendah (hypotension) berbeza dengan kekurangan darah sel darah merah(anemia).
    ~Makan hati,limpa tu adalah sumber zat besi (iron) untuk anemia disebabkan kurangnya zat besi.
    ~Bila berdiri lama,terlalu penat,dehidrasi,kurang darah juga boleh menyebabkan pitam.
    ~Sebab yang sama boleh menyebabkan kedua-dua hypotension dan anemia,contohnya bila kehilangan darah yang banyak,tekanan darah kurang dan sel darah merah hilang


    wallahualam.

    sumber
    http://www.thetole.org/MalayHerbalMedicine/LowBloodPressureTreatmentCure.html
    http://mylab2u.blogspot.com/2011/07/apakah-tekanan-darah-rendah.html
    http://map-bms.wikipedia.org/wiki/Darah_rendah
    « Last Edit: 14 July, 2012, 11:18:32 PM by Nurul Nawar »

    rabbitah

    • *
    • Posts: 606
      • View Profile
    Reply #7 24 June, 2012, 05:33:53 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum..

    Kalau kurang zat besi dan berat tak ideal pula..
    Perlu makan apa?
    Hidup di dunia bukan sekadar suatu kembara yang akan berakhir tatkala nafas terakhir terhela. Jua bukan bermakna kehidupan seseorang manusia itu akan ternoktah tatkala nyawa terpisah dari jasad. Sebaliknya, tatkala jasad ditinggalkan roh, hidup baru bagi seseorang manusia itu bermula.

    Nurul Nawar

    • *
    • Posts: 1379
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Reply #8 24 June, 2012, 05:48:07 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum..

    Kalau kurang zat besi dan berat tak ideal pula..
    Perlu makan apa?

    ~Kurang zat besi makanla makanan yang kaya dengan zat besi.Kalau anemia berlaku disebabkan kurang zat besi yang dan menyebabkan simptoms-simptomsnya muncul seperti sesak nafas, cepat penat, letih, tak bermaya,berdebar-debar,pitam kenalah jumpa pakar perubatan yang berkaitan.Mungkin kena masuk darah,atau dapat ubat iron (zat besi), bergantung kepada tahap keseriusan anemia tu. Kalau tak teruk,hanya perlu tambah diet kaya zat besi sajala..:senyum:

    ~Berat tak ideal tu sebab apa?sebab kurang berat badanke,terlebih ke.Kalau lebih kita pun tahula kena control makan exercise semua tu,kalau kurang berat tapi sihat dengan berat itu kekalkan saja dengan diet yang ada,maksudnya diet yang sihatla.Exercise semua maintain.Mungkin dah genetik badan bersaiz kecil atau kurang berat.

    Pendapat saya,salah betulkan..

    wallahualam.
    « Last Edit: 24 June, 2012, 05:50:04 PM by Nurul Nawar »

    rabbitah

    • *
    • Posts: 606
      • View Profile
    Reply #9 24 June, 2012, 05:55:58 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum..

    Terima kasih kak nurul..
    Tapi masa itah check tekanan darah dekat hospital serdang..
    Doktor tu kata ok..
    Tapi masa nak derma darah..doktor tu kata adik kurang zat besi..:sedihnya:..
    Sekarang berat badan pula tak naik-naik..:sedihnya:..

    rabbitah

    • *
    • Posts: 606
      • View Profile
    Reply #10 24 June, 2012, 10:33:57 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum..

    Tekanan darah rendah ini bahaya tak?

    Nurul Nawar

    • *
    • Posts: 1379
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Reply #11 11 July, 2012, 06:02:13 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum..

    Tekanan darah rendah ini bahaya tak?

    Bahaya,itu bergantung kepada sebab kenapa tekanan darah tu rendah,cuba tengok sebab-sebab kat atas dan kesan bila tekanan darah itu rendah.Ada tak antaranya.Mungkin juga kalau penat,kurang makan,tak menentu, tekanan darah boleh jatuh.Jika tak ada sebab-sebab yang diketahui,teruskan dengan diet,kehidupan yang sihat.Jika masih kekal rendah,mungkin tekanan darah jenis yang rendah saja,:senyum:.

    Saya baru-baru ni tengok cerita Jewel In The Palace,tentang Changjin atau Janggeum tu..ada kat TV Hijrah pula.:senyum: Kan Changjin berubah dari Tukang Masak Istana kepada Jururawat dan Tabib kan.Jadi sekali tu ada salah diagnosis kerabat diraja.Salah diagnosis antara tekanan darah rendah dan kurang darah (anemia),punyalah macam besar masalah tu..kecoh jugaklah,maklumlah kerabat istana kan..Jadi nak cakap kat sini,kurang darah dan tekanan darah rendah lain.Tapi kurang darah yang banyak seperti kehilangan darah boleh menyebabkan tekanan darah rendah..

    wallahualam..

    elsanxs

    • *
    • Posts: 902
      • View Profile
    Reply #12 13 July, 2012, 10:49:10 AM
  • Publish

  • Kesan Tekanan Darah Rendah

    Jika tekanan darah rendah berlaku, darah tidak dapat dipam ke organ badan dengan efektif. Sebagai contoh, jika tekanan darah tidak sampai ke otak dengan secukupnya, otak tidak menerima oksigen dan nutrien yang ia kehendaki menyebabkan seseorang itu terasa pening, melayang dan hendak pitam. Ini sering dialami bila seseorang itu bangun dari duduk atau baring kerana kebanyakan darah berkumpul di bahagian bawah badan.


    Patulah..kalau duduk lama-lama atau baring lama-lama, tak boleh bangun secara mendadak. Kalau baring, kena duduk kejap dalam beberapa saat kemudian baru boleh bangun. Nak bangun pun tak boleh kelam-kabut. Kena perlahan-perlahan juga perbuatan. Ala-ala slow motion gitu. Kalau tak memang peninggg..

    Jika berdiri lama sangat pun tak boleh tanpa berbuat apa-apa. Contoh kalau sertai perhimpunan pagi kat sekolah dulu.. Selalu je rasa nak pitam. Tapi setakat ni alhamdulillah tak penah nyusahkan orang. Sebab dah tau limit body camna.. senyum*
    halaqahforum4

    robhunhayati

    • *
    • Posts: 1068
    • anak-anakku permata hatiku... Syukran ya ALLAH..
      • View Profile
    Reply #13 13 July, 2012, 12:53:14 PM
  • Publish
  • baru je last week cek up..

    doc ckp "tekanan darah u terlalu rendah n u boleh pitam anytime. do u know about dis?' angguk n jwb "yes doc".. doc ckp lagi "u terlalu penat smp darah u rendah. n bila u selalu skip makan, gastrik u jadi teruk. so, it effect kpd u punya kesihatan. so, nasihat sy, u kena jaga pemakanan, jangan terlalu stress n u kena pandai untuk manage time. if u x able utk manage semuanya, u akan sakit. ok?" "ok doc. thank doc"...

    so, kena cari solution yang badan boleh adapt untuk bantu masalah tekanan darah rendah ini. ada yang gunakan pendekatan memakan organ dalaman, ada yg gunakan pendekatan makan sayur2 yang boleh bantu tambah darah especially bayam merah dan ada yg gunakan pendekatan by taking supplement...

    apa jua method yg digunakan, ia akan bertindakbalas jika badan kita blh adapt...

    syahrul

    • *
    • Posts: 9
      • View Profile
    Reply #14 13 July, 2012, 04:17:18 PM
  • Publish
  • SUMBER DARI LAMAN EMJAY
    MENARIK UTK PENGETAHUAN ...HAYATILAH !!!

    Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu. Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikan Nya.   

    Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain.

    Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan .

    Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang. Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh.

    Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman" . Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:   
    1. Hati
    2. Paru-paru
    3. Perut
    4. Hempedal
    5. Buah pinggang
    6. Jantung
    7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
    8. Telur ikan
    9. etc. 

    Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini . Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?   

    Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.   

    Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah . Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam . Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut.   

    Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya . Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot . Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

    Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya . Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas . Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia.

    Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun . Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?   Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7. Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun . Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.   

    Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.   

    Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital .   

    Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama . Arwah guru saya menasihati agar:

    1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya
    2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya 3. Elakkan minuman bergas
    4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
    5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
    6. Makan buah delima
    7. Makan epal hijau   

    Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata , akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah .

    Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.   

    Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia .

    Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).   

    Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat .

    Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya.. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja .

    Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati .. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan .   

    Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul Nya saja yang mengetahui dengan tepat .

    Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun . Subhanallah.   

    Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati .

    Nurul Nawar

    • *
    • Posts: 1379
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Reply #15 13 July, 2012, 04:32:41 PM
  • Publish
  • Perkongsian yang menarik..Organ-organ dalaman makruh kan,tak elok untuk otak juga kan.Tapi yang dipelajari macamtu.Adakah perkara itu terjadi pada seorang anak itu saja atau orang lain..sudah dikaji ke kenapa tindakan begitu terhadap badannya setelah makan hati banyak-banyak?Ada allergi ke,atau ape-apelah...Apa kata dan pendapat orang lain,pernahkah jumpa situasi sebegini..

    orang putih tak makan hati ayam erk?
    apa lagi yang dia tak makan tapi dia ajar orang makan?


    hmm..otak saya sudah biul sikit..Fakta Sains dan Perubatan moden ni..yang agak bertentangan dengan saranan dalam Islam..kena kaji lebih,biar banyak evidence dan bukti..sebab sekali kita salah berkata,ramai orang yang mendengar akan mengikut..Itu jika orang itu tidak tahu,dan tidak mengkaji kesahihan sesuatu ilmu/maklumat..

    minta maaf jika saya tersalah kata selama ni,

    wallahualam.

    Sejadah_Usang

    • *
    • Posts: 727
      • View Profile
    Reply #16 14 July, 2012, 10:59:22 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum

    Me pernah kena penyakit darah rendah. Sampai tak boleh bangun, berhari hari juga. Masa tu  ayah mertua beri saya makan bayam merah dan kerang. Tapi kerang kurang elok kerana boleh mengotorkan darah kita... Nasihat saya banyak minum air putih, jangan minum minuman mengandungi kafein dan banyakkan makan bayam merah dan hati... InsyaALLAH mudah mudahan pulih

    rabbitah

    • *
    • Posts: 606
      • View Profile
    Reply #17 14 July, 2012, 11:06:20 PM
  • Publish
  • Assaalamualaikum..

    Bagaimana nak tahu darah kita rendah?
    Berapa bacaan normal dan tak normal?
    Terima kasih..

    Nurul Nawar

    • *
    • Posts: 1379
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Reply #18 14 July, 2012, 11:15:15 PM
  • Publish
  • Assaalamualaikum..

    Bagaimana nak tahu darah kita rendah?
    Berapa bacaan normal dan tak normal?
    Terima kasih..

    ~Tekanan darah yang normal biasanya 120/80 mmHg.
    ~Tekanan darah rendah berlaku bila kurang daripada 60/90 mmHg.
    ~Tekanan darah tinggi ialah apabila melebihi 140/90 mmHg.

    Ataupun julat (range) untuk sistolik :90-120 mmHg                 
                                             diastolik   :60-80 mmHg


    Bacaan atas-sistolik
    Bacaan bawah-diastolik
    « Last Edit: 14 July, 2012, 11:17:40 PM by Nurul Nawar »

    rabbitah

    • *
    • Posts: 606
      • View Profile
    Reply #19 14 July, 2012, 11:17:41 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum..

    Terima kasih kak nurul nawar..
    Sebab sudi membantu saya...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    4448 Views
    Last post 24 December, 2009, 05:12:02 PM
    by 123456
    1 Replies
    733 Views
    Last post 06 June, 2012, 08:41:37 PM
    by Syafiq19
    2 Replies
    687 Views
    Last post 04 July, 2013, 09:52:55 AM
    by zhanaziz