Hukum Tuhan Tidak Relevan Lagi?

Author Topic: Hukum Tuhan Tidak Relevan Lagi?  (Read 1986 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

abuzulfiqar

  • *
  • Posts: 786
    • View Profile
30 June, 2007, 11:36:08 AM
  • Publish Di FB
  • HUKUM TUHAN TIDAK RELEVAN LAGI?

    Dr .Mashitah memang terkenal. Idea-ideanya banyak yang baik, ada juga yang tidak sesuai. Yang baik kita sokong, yang tidak sesuai kita tolak. Seperti juga Dr. Asri, idea-idea mereka yang tidak sesuai mendatangkan masalah kepada umat Islam khususnya di negara ini. Mereka seolah-olah berpasangan dalam memundurkan umat Islam ke belakang melalui idea-idea mereka yang tidak sesuai. Begitulah penangan dua orang Dr.

    Dulu Dr. Mashitah menimbulkan kontroversi apabila menghukum halal pekerjaan melacur sekiranya darurat. Dikatanya boleh pula wanita bercukur kening. Kini timbul pula isu hudud. Tamat cerita Dr. Mashitah.

    Memang ada pihak yang pertikaikan hukum Tuhan. Seluas manalah agaknya ilmu mereaka hendak pertikaikan keputusan Tuan Punya Ilmu yang ilmunya luas tidak bertepi meliputi seluruh penjuru langit? Padahal si tukang pertikai itu, ilmu tentang kulit badannya sendiripun tidak sampai ke mana. Kalau ditanya hal ehwal biji matanya, sehelai rambutnya ataupun sebatang giginya pun dia tidak mampu untuk menceritakan kesemuanya. Doktor telinga sendiri tidak tahu 100% tentang telinga manusia.

    Dalam salah satu program dakwah, saya menyampaikan satu slot bertajuk REMAJA: CABARAN & PENYELESAIANNYA http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=69&mode=&order=0&thold=0 . Saya petik satu bahagian yang berkaitan dengan hal yang sedang kita renungkan ini.

    MULA PETIKAN

    Allah SWT sangat hebat, Maha Hebat. Ketika ini ... Allah sajalah yang tahu daun-daun manakah yang sedang gugur di seluruh pelusuk dunia ini dan berapa jumlahnya. Allah sajalah yang tahu air sungai manakah ketika ini sedang berlanggar dengan batu lalu terpercik bersama jumlah titis air yang terpercik itu, di seluruh dunia. Ketika ini... hanya Allah sajalah yang tahu batu-batu manakah di dasar lautan sana yang sedang bergeseran sesama sendiri beserta dengan jumlahnya sekali. Ketika ini ... Allah sajalah yang tahu bintang manakah di langit sana yang sedang meletus hancur musnah, dan bintang-bintang manakah pula yang baru muncul bersama dengan jumlahnya sekali.

    Begitulah Maha Hebatnya ilmu pengetahuan Allah. Sehebat mana pula ilmu kita? Sama-sama kita nilaikan sekarang.

    Alam semesta ini sangat luas. Sudahlah luas, semakin hari semakin berkembang, macam belon yang ditiup- semakin lama semakin membesar dan tidak ada tepinya. Di manakah bumi? Bumi hanyalah satu titik atau satu habuk yang terapung-apung di alam semesta ini. Itulah nilai bumi, hanya habuk kepada kerajaan Allah.
    Di manakah kita? Cuba bandingkan diri kita dengan bumi. Di manakah kita berbanding bumi? Kita hanyalah satu titik atau sebutir habuk saja di tengah-tengah bumi ini. Itulah nilai kita.

    Kalau bumi dibandingkan dengan alam semesta maka bumi hanya sebesar habuk, kita pula kalau dibandingkan dengan bumi maka kita hanya sebesar habuk, maka bandingan kita kepada alam semesta hanyalah habuk kepada habuk sahaja. Yang di depan saya sekarang ini adalah habuk-habuk belaka.
    Itulah nilai kita, tak ada apa-apa nilai sangatpun di sisi Tuhan. Dalam keadaan begitupun, masih banyak manusia yang menentang hukum-hukum Tuhan.
    TAMAT PETIKAN

    Begitulah… ada “habuk-habuk kepada habuk” yang merasakan keputusannya lebih bijak daripada keputusan Tuan Punya Alam Semesta.

    Dalam satu program lain, slot saya bertajuk MENCINTAI NABI.
    http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=8&mode=&order=0&thold=0
    Saya petik sedikit:

    MULA PETIKAN
    Benarkah kita mencintai Nabi? Bagaimana cara untuk melahirkan kecintaan kepada baginda? Apa buktinya kita cinta akan dia? Antaranya kita mestilah mencintai:
    1. Al Quran
    2. Hukum-hukum yang dibawa olehnya
    3. Sunnah-sunnahnya
    4. Para ulama iaitu pewaris-pewarisnya
    5. Bahasa Arab- bahasa pertuturannya
    6. Jihad- jalan yang dirintisnya

    Banyak lagi, cuma pada hari ini cukuplah sekadar ini yang kita tampilkan sesuai dengan masa yang kita ada.

    Bagaimanakah cara kita mencintai Al Quran? Tak lain ialah dengan cara mempelajarinya, selalu membaca dan menelitinya… dan kalau mampu kita menghafaznya. Dan kalau mampu lagi, kita ajarkan pula kepada orang lain.

    Mencintai hukum-hukum yang dibawanya. Apabila seseorang itu mencuri, dan sabit kesalahan, cukup syarat-syaratnya maka tangannya hendaklah dipotong. Kita faham, bukanlah mudah-mudah untuk pihak berkuasa memotong tangan orang yang mencuri, banyak sekali syarat-syarat yang mesti dipenuhi. Tapi apabila pencuri-pencuri lain atau bakal-bakal pencuri melihat atau mengetahui yang tangan seorang pencuri telah dipotong, adakah mereka akan mencuri? Sebahagian besarnya pasti akan membatalkan niat mereka untuk mencuri. Inilah cara Islam menjaga manusia.

    Tapi kita lihat hari ini, seorang pencuri atau perompak besar yang berjaya mencuri jutaan ringgit, disimpannya di tempat tersorok atau di bank negara-negara tertentu. Walaupun mereka ditangkap dan dipenjarakan, namun wang curian mereka masih ada. Tamat tempoh hukuman penjara, mereka akan keluar sebagai jutawan. Manusia tidak takut untuk mencuri.

    Begitu juga dengan kes zina. Orang yang ditangkap berzina hanya perlu membayar sejumlah kecil wang yang boleh dibayar pada bila-bila masa. Dapatkah hukuman sebegini mengurangkan jenayah zina? Cuba kita jalankan hukuman sebat. Sudah tentu bnayak para penzina atau mereka yang berniat untuk berzina membatalkan hasrat buruk mereka.

    Tuhan adalah pencipta manusia. Jadi Tuhan lebih tahu apa yang paling sesuai untuk manusia. Tuhan lebih tahu apa hukuman yang paling baik untuk manusia. Maka siapa kita untuk mengatakan hukum-hukum Tuhan ini tidak sesuai, hukum-hukum fikiran kita yang lebih sesuai?

    Kita membuat bangku, maka kita tahu apa keupayaan bangku dan hukum yang sesuai untuknya. Bangku tempat untuk manusia duduk. Tapi kalau diletakkan gajah di atas bangku, maka bangku akan pecah. Maka kita tetapkan hukum bahawa bangku hanya untuk kegunaan makhluk-makhluk yang ringan sahaja.

    Kita mencipta steamroll, maka kita tetapkan hukum- ia digunakan untuk apa. Steamroll digunakan untuk meratakan jalan. Oleh itu ia tidak sesuai untuk dibuat pergi hantar utusan meminang. Takkan nak naik steamroll pergi ke rumah tok besan, kena pula yang duduk jauh.

    Yakinlah kita bahawa Tuhan yang menciptakan kita itu lebih tahu hukum-hukum apakah yang paling relevan dengan kita.
    TAMAT PETIKAN

    Isi kandungan petikan-petikan di atas pastinya para pembaca lebih maklum.

    Kita terus kepada hujah pihak yang membangkang. Katanya kalau tangan pencuri dipotong, umat Islam akan kerugian besar. Lebih baiklah tangan-tangan itu digunakan untuk bekerja di kilang. Lebih baik tangan-tangan itu digunakan untuk memajukan umat Islam.

    Pelik juga. Kalau kita gunakan formula ini, mengapa kaki pukul dipenjarakan? Bukankah bakat lasak dan berani mereka lebih baik diserapkan dalam perkhidmatan polis, FRU ataupun tentera?
    Mengapa pembunuh dihukum bunuh? Bukankah lebih baik kemahiran membunuh mereka diserapkan ke dalam pasukan komando?

    Mengapa pengedar pil khayal dan dadah dihukum gantung sampai mati? Bukankah bakat keberanian mereka berniaga dan mencari peluang boleh digunakan untuk memajukan perniagaan umat Islam?

    Mengapa penjual dadah dihukum penjara dan hukum mati, tetapi pengedar arak diberi lesen?

    Mengapa anggota al-Maunah dihukum mati ataupun dipenjarakan? Bukankah bakat rawatan tradisional mereka boleh disalurkan untuk berkhidmat kepada orang ramai?

    Mengapakah para perogol dihukum sebat, yang memungkinkan mereka mati pucuk? Bukankah sepatutnya “bakat” mereka disalurkan untuk meramaikan umat Islam dan mengatasi masalah ibu-ibu tunggal?

    Nampak macam ada “double-standard” pula. Pihak-pihak ini menggunakan akal fikiran tanpa berpaksikan sumber-sumber sahih. Saya khuatir juga, benarkah dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan inilah “muktazilah”!?

    Wallahulam.

    “PADANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT”

    Alexanderwathern
    17 MEI 2007

    http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=158&mode=&order=0&thold=0
    Pandang Global, Bergerak Sebagai Satu Umat.
    BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw.

    assujak

    • *
    • Posts: 35
      • View Profile
    Jawab #1 16 November, 2007, 03:36:46 AM
  • Publish Di FB

  • Ya...itulah manusia zaman sekarang yang merasakan dirinya lebih bijak
    dari yang lain...
    Moga Allah celikkan mata dan hati mereka satu hari nanti....
    Dan semoga allah celikkan matahati aku jua...amin.

    al_haq

    • *
    • Posts: 385
    • ~Hidup & Mati hanya untuk Islam~
      • View Profile
    Jawab #2 16 November, 2007, 04:09:31 AM
  • Publish Di FB

  • Ya...itulah manusia zaman sekarang yang merasakan dirinya lebih bijak
    dari yang lain...
    Moga Allah celikkan mata dan hati mereka satu hari nanti....
    Dan semoga allah celikkan matahati aku jua...amin.

    Amin yarabb
    "Semua manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan,yang penting kembali dan bertaubat kepadanya,(aku mengharapkan keredaanmu ya Allah)(",)"

    syah_apium

    • *
    • Posts: 105
      • View Profile
    Jawab #3 16 December, 2007, 10:50:43 AM
  • Publish Di FB
  •  :)

    kalau hukum Tuhan tidak relevan lagi,
    adakah hukum ciptaan manusia ni relevan

    contohnya, kita semestinya diberikan manual jika membeli sesuatu barangan
    kalau kita tidak ikutinya, nescaya barang yang kita beli itu akan rosak

    begitulah dengan kita, sudah diberikan Al-Quran dan al-Hadith untuk dijadikan panduan
    tapi dijadikan hukum ciptaan manusia sebagai panduan
    lihatlah kerosakan yang akan berlaku
    nauzu bilLah

    al_haq

    • *
    • Posts: 385
    • ~Hidup & Mati hanya untuk Islam~
      • View Profile
    Jawab #4 17 December, 2007, 09:20:16 PM
  • Publish Di FB
  • :)

    kalau hukum Tuhan tidak relevan lagi,
    adakah hukum ciptaan manusia ni relevan

    contohnya, kita semestinya diberikan manual jika membeli sesuatu barangan
    kalau kita tidak ikutinya, nescaya barang yang kita beli itu akan rosak



    begitulah dengan kita, sudah diberikan Al-Quran dan al-Hadith untuk dijadikan panduan
    tapi dijadikan hukum ciptaan manusia sebagai panduan
    lihatlah kerosakan yang akan berlaku
    nauzu bilLah


    Aiwah sah...betul sekali

    syah_apium

    • *
    • Posts: 105
      • View Profile
    Jawab #5 18 December, 2007, 09:49:20 AM
  • Publish Di FB
  •  :)

    teruk betul kalau ada orang yang mengatakan sedemikian
    tambah2 lagi orang yang belajar agama
    adakah al-Quran itu sekadar untuk dibaca sahaja dan dipertandingkan setiap tahun?
    bukan untuk diambil isi pengajarannya?
    berbangga dengan hukum ciptaan manusia
    yang menjadi orang mudah dan berasa bangga bila berbuat dosa
    diaorg xsedarkah bahawa kita akan menemui Tuhan pada kemudian nanti
    akan mendpat balasan yang setimpal
    tidak takutkah nanti bila di Akhirat ditayang segala dosa yang dilakukan oleh mereka?

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    72 Replies
    14514 Views
    Last post 28 January, 2009, 01:23:58 AM
    by najwa_hamali
    1 Replies
    1215 Views
    Last post 15 June, 2009, 12:37:55 PM
    by lipan13
    13 Replies
    3011 Views
    Last post 17 June, 2011, 11:10:21 AM
    by ezane