Akikah dan Kurban mana dahulu

*

Author Topic: Akikah dan Kurban mana dahulu  (Read 6649 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

09 November, 2010, 01:03:30 PM
  • Publish
  •  :)

    Terdapat sesetengah orang mengatakan kena buat ibadah akikah dahulu sebelum boleh membuat Kurban. Adakah betul pendapat ini?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 09 November, 2010, 01:09:06 PM
  • Publish
  • :)

    Terdapat sesetengah orang mengatakan kena buat ibadah akikah dahulu sebelum boleh membuat Kurban. Adakah betul pendapat ini?

    Akikah dilakukan oleh ibu bapa kepada anaknya yang baru lahir. Sebaik anak itu berusia 7 hari,diberikan nama, dicukur rambutnya dan diakikahkan.

    Kurban pula dilakukan untuk diri sendiri apabila berkemampuan.

    Kedua-duanya 'sunat muaakad'.

    Jadi untuk menjawap mana yang dahulu, melihat kepada masa dan ketikanya  dan siapa yang melakukan.

    ‘Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Isma‘il.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim

    Reply #2 09 November, 2010, 01:10:31 PM
  • Publish
  • Ummi bolehkan kalau kita yang sudah dewasa ini belum lagi buat akikah, buat akikah dahulu lepas itu baru korban?
    لا إله إلا الله

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #3 09 November, 2010, 01:17:27 PM
  • Publish
  • Ummi bolehkan kalau kita yang sudah dewasa ini belum lagi buat akikah, buat akikah dahulu lepas itu baru korban?

    Ibadah akikah ini hukumnya sunat muakkad (yang dituntut) bukan wajib seperti yang dipercayai oleh sesetengah orang. Ibu bapa diberi kemudahan untuk melaksanakannya pada bila-bila masa dalam tempoh selepas tujuh hari lahir sehingga baligh.

    Jika anak-anak sudah baligh tetapi mereka masih juga tidak mampu tidak mengapa tidak melakukannya kerana tuntutan ke atas wali telah gugur dan sunat bagi diri anak-anak itu sendiri melaksanakan akikah untuk dirinya sendiri seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW kepada diri baginda sendiri setelah diangkat menjadi Rasul (riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani).

    Ya,buat akikah dahulu dan tahun berikutnya  buat  kurban. Akikah cuma sekali , kurban boleh tiap tahun.

    Reply #4 09 November, 2010, 01:21:11 PM

    Ummi, betulkah jika ibu bapa blum buat akikah, kena dahulukan akikah untuk ibu bapa tersebut kemudian baru anaknya?

    Reply #5 02 February, 2011, 05:24:37 AM
  • Publish
  •  :)

    uMMI, nak tanya berapa bahagian untuk akikah bagi seorang anak lelaki dan untuk anak perempuan ye?
    Dan satu lagi soalan , mungkin tak berkaitan dengan soal qurban dan akikah ni tapi berkaitan dengan cukur .
    Ada sesetengah orang memberitahu yang bayi yang baru lahir dan kemudian dicukur rambutnya, perlu di timbang mengikut sukatan timbangan emas semasa dan kemudian jumlah timbangan tersebut perlu disedekahkan dalam bentuk makanan kepada fakir miskin. Betul ke ianya perlu dilakukan dan apakah hukumnya?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #6 02 February, 2011, 08:07:57 AM
  • Publish
  • Ummi, betulkah jika ibu bapa blum buat akikah, kena dahulukan akikah untuk ibu bapa tersebut kemudian baru anaknya?

    Kalau ikut Rasullulah,tak ada pula buat akikah untuk ibu bapanya. Yang ada hanya Rasullulah buat akikah untuk diri sendiri dan seterusnya untuk anak-anak dan cucu-cucu baginda.

    Jika kita ikut sunnah, yang dianjurkan akikah itu dilakukan bermula bayi berumur 7 hari. Maka sunnah mengakikahkan  ketika dia masih bayi. Akikah adalah sunat muaakd ketika masih bayi sehingga mumaiz.

    Antara ibu bapa dengan anak, ikutlah sunnah,  akikah anak bermula bayi berumur 7 hari.Ambil sunnah yang dianjurkan.Jika mendahulukan ibu bapa,ibu bapa itu sudah terlebih tempoh masa yang dianjurkan berakikah. Jika mahu lakukan juga untuk ibu bapa, lakukan bila-bila masa yang lain.
    [okay]
    PENGERTIAN ‘AQIQAH

     ‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala.

     WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH

    * Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.

    * Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:

    كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .

    Maksudnya:
    "Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama." (Riwayat Abu Daud)
    [/okay]

    Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya
    dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.

    Berdasarkan dari penerangan di atas maka tuntutan mengakikahkan ibu bapa gugur dan kenapa lebih baik mengakikah anak yang masih belum baligh.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #7 02 February, 2011, 08:43:00 AM
  • Publish
  • :)

    uMMI, nak tanya berapa bahagian untuk akikah bagi seorang anak lelaki dan untuk anak perempuan ye?
    Dan satu lagi soalan , mungkin tak berkaitan dengan soal qurban dan akikah ni tapi berkaitan dengan cukur .
    Ada sesetengah orang memberitahu yang bayi yang baru lahir dan kemudian dicukur rambutnya, perlu di timbang mengikut sukatan timbangan emas semasa dan kemudian jumlah timbangan tersebut perlu disedekahkan dalam bentuk makanan kepada fakir miskin. Betul ke ianya perlu dilakukan dan apakah hukumnya?

    HUKUM AQIQAH

    *      Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

    *      Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.

    *      Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.

    *      Anak zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.

    *      Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

    SYARAT ‘AQIQAH

       1. Berniat ‘aqiqah ketika menyembelih.

       2. Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.

     PERKARA SUNAT SEMASA ‘AQIQAH

       1. Berdoa semasa hendak menyembelih:

           بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ ... (sebut nama anak)
          Maksudnya:
          "Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini ‘aqiqah…".

       2. Menyembelih ketika matahari sedang naik.

       3. Daging ‘aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.

       4. Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.

       5. Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.

       6. Memasak daging ‘aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.

     PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK

       1. Mengazankan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir.

       2. Membaca iqamah di telinga sebelah kirinya.

       3. Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas.

       4. Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang.

       5. Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya.

       6. Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.

       7. Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih ‘aqiqah untuknya.

       8. Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu atau wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut.

    Betul ke ianya perlu dilakukan dan apakah hukumnya?

    Perkara ini hanyalah perlu,maksudnya sunat dilakukan.  Jika tidak  berupaya seperti tidak mempunyai wang untuk melakukan ,maka tidak berdosa.

    Reply #8 11 March, 2011, 07:32:53 AM
  • Publish
  • Boleh ka makanan dari daging aqiqah ni dihidangkan pada bukan muslim?

    Reply #9 08 June, 2011, 02:15:43 PM
  • Publish
  •  :) Ummi,

    Dari pemahaman saya di atas, saya inginkan penjelasan sedikit, dimana ada yang mengatakan akikah itu kebiasaannya, kita menyembelih kambing, tetapi ada yang mengatakan yang boleh ditukarkan kepada lembu. So bagaimana kah hukumnya..adakah benar kita boleh menukarkan kambing kepada lembu itu?

    Terima Kasih

    Reply #10 08 June, 2011, 02:39:30 PM
  • Publish
  • Boleh ka makanan dari daging aqiqah ni dihidangkan pada bukan muslim?

    Assalamualaikum, sila rujuk link ini.
    http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13376.0

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #11 28 November, 2012, 01:41:11 PM
  • Publish
  • :) Ummi,

    Dari pemahaman saya di atas, saya inginkan penjelasan sedikit, dimana ada yang mengatakan akikah itu kebiasaannya, kita menyembelih kambing, tetapi ada yang mengatakan yang boleh ditukarkan kepada lembu. So bagaimana kah hukumnya..adakah benar kita boleh menukarkan kambing kepada lembu itu?

    Terima Kasih
    :ws:

    Boleh akikah dari seekor kambing ditukar kepada seekor lembu dan dikongsikan kepada 7 bahagian. Jika anak lelaki, ambil dua bahagian lembu dan anak perempuan 1 bahagian lembu.

    Jika nak seekor lembu sendirian pun boleh.

    Reply #12 28 November, 2012, 03:02:59 PM
  • Publish

  •       Apa sebenarnya seekor lembu dibahagi kepada 7 bahagian.  Ada tak dalil nuhro atau mutail mengenainya.

    divider3
    halaqahforum4