Hukum Perempuan Solat di Masjid

*

Author Topic: Hukum Perempuan Solat di Masjid  (Read 12615 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

rabbitah

  • *
  • Posts: 606
    • View Profile
Reply #20 04 February, 2011, 04:56:33 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum wbt..

    Rasanya tak salah kalau perempuan nak pergi solat dekat masjid...
    Asalkan ad muhrim yang temankan.yang penting niat kita nak ke masjid tersebut...
    maafkan ita..ini hanya pendapat ita sahaja...Assalamualaikum..
    Hidup di dunia bukan sekadar suatu kembara yang akan berakhir tatkala nafas terakhir terhela. Jua bukan bermakna kehidupan seseorang manusia itu akan ternoktah tatkala nyawa terpisah dari jasad. Sebaliknya, tatkala jasad ditinggalkan roh, hidup baru bagi seseorang manusia itu bermula.

    rabbitah

    • *
    • Posts: 606
      • View Profile
    Reply #21 04 February, 2011, 05:26:16 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum wbt..

    Adakah wanita diberatkan berjemaah di masjid seperti lelaki?

    Wanita lebih baik solat di rumah. Namun Rasulullah bersabda, "Jangan melarang jika isteri hendak ke masjid." Tiada hadis yang melarang wanita keluar ke masjid untuk berjemaah, bahkan dilarang menegah wanita ke masjid untuk solat berjemaah. Rasulullah menyarankan supaya memberi keizinan kepada wanita ke masjid apabila mereka memohon keizinan.

    Bagi wanita bujang, bolehlah lebih kerap ke masjid berbanding yang telah berkahwin.Walaupun begitu, ulama bersependapat bahawa solat orang perempuan di rumah adalah lebih baik daripada bersolat di masjid bersandarkan hadis Rasulullah SAW: "Janganlah kamu melarang hamba-hamba Allah di kalangan wanita untuk ke masjid-masjid Allah. Dan rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka".

    Dan dalam hadis lain daripada Abu Hurairah, Baginda bersabda: "Janganlah kamu melarang hamba Allah di kalangan wanita untuk ke masjid-masjid Allah. Hendaklah mereka keluar tanpa berhias-hiasan dan berwangi-wangian." Manakala Ibnu Umar meriwayatkan daripada Rasulullah SAW: "Sekiranya isteri kamu meminta izin daripada kamu pada waktu malam untuk ke masjid, maka berilah keizinan kepada mereka." Riwayat yang lain mengatakan bahawa Baginda bersabda: "Sekiranya ada antara kamu yang diminta izin oleh isterinya untuk ke masjid maka janganlah dia melarangnya".

    Walaupun demikian, Rasulullah SAW menekankan kaum wanita digalakkan dan diutamakan berada di rumah dan sebaik-baik masjid bagi kaum wanita ialah rumah mereka sendiri, kecuali bersolat di Masjid al-Haram seperti yang diriwayatkan Abu Amru asy-Syaibani yang bermaksud: "Daripada Abi Amru asy-Syaibani, Abdullah bin Mas'ud berkata; Tidak ada bagi seseorang wanita lebih baik (afdal) daripada solatnya di rumah melainkan di al-Masjid al-Haram".

    Ini kerana solat di Masjid al-Haram mempunyai kelebihan beratus ribu ganjaran pahalanya. Daripada 'Atha' daripada Jubari bahawa Rasulullah SAW bersabda; "Solat di dalam masjidku (Masjid an-Nabawi) adalah lebih baik (afdal) daripada masjid-masjid lain kecuali al-Masjid al-Haram. Dan solat di al-Masjid al-Haram lebih baik (afdal) daripada seratus ribu masjid selainnya."

    Sebaliknya, kalau dikhuatiri bahawa pemergian ke masjid boleh menimbulkan fitnah, lebih baik bersolat di rumah sahaja. Ummul Mukminin Saidatina 'Aisyah pernah berkata: "Sekiranya Rasulullah SAW melihat hal-hal wanita sebagaimana yang kami lihat, nescaya Baginda akan melarang mereka daripada ke masjid sebagaimana Bani Israil telah melarang wanita mereka."

    Juga diriwayatkan bahawa Ummu Humaid AI-Sa'diyyah telah datang kepada Rasulullah lalu berkata; "Wahai Rasulullah! Aku suka bersolat bersamamu." Lalu Baginda berkata:"Kamu telah pun melakukannya. Dan solatmu di rumahmu adalah lebih baik daripada solatmu di bilik-bilik kamu, dan solatmu di perkarangan rumahmu lebih baik daripada solatmu di masjid kaummu, dan solatmu di masjid kaummu lebih baik daripada solatmu di masjid besar."

    Lelaki diberatkan supaya solat di masjid kecuali sakit atau keuzuran. Sibuk dengan tugas bukan alasan tidak dapat berjemaah. Sebagaimana yang tercatat dalam Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan Ibnu Majah dan Musnad Ahmad, Rasulullah pernah bersabda; "Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik ialah solat Isya' dan Solat Fajar (Subuh). Andai kata mereka tahu apa yang terkandung dalam kedua-dua solat itu nescaya mereka akan mendatanginya walaupun terpaksa merangkak. Sesungguhnya aku telah berhasrat untuk memerintahkan solat agar didirikan. Kemudian aku memerintahkan seorang lelaki untuk (mengimamkan) solat bersama-sama orang ramai. Kemudian aku akan keluar bersama beberapa orang yang membawa bersama mereka berkas-berkas kayu api menuju kepada kaum yang tidak datang solat bersama-sama. Lalu aku akan bakar rumah-rumah mereka".

    Dalam Sunan Ahmad ada penambahan; "Andai kata tiada wanita dan anak kecil di dalam rumah-rumah itu nescaya aku akan bakar semuanya".Berjemaah di masjid memperkukuh hubungan sesama Islam juga menghidupkan masjid. Masjid sepatutnya menjadi pusat masyarakat Islam yang di sekitarnya menjadi tempat orang Islam menjalankan kegiatan harian sperti berurus niaga. Lantas masjid akan berada berhampiran kita dan tidaklah terpencil mahupun tersorok.
    Wajarlah ia dibina di tengah-tengah pusat komersil dan di tengah-tengah kawasan perumahan. Sepatutnya setiap hari masjid kita meriah seperti solat Jumaat. Malangnya kita ada lima waktu sehari semalam namun masjid suram dan sukar mendapat satu saf kecuali Jumaat. Akhirnya masjid menjadi asing dan bertukar jadi perhiasan.

    Mengapa Islam memberatkan wanita bersolat di rumah?
    Banyak sebabnya. Antaranya untuk jaga rumahtangga, keluarga dan anak-anak. Jika hanya suami ke masjid dan dia tahu keadaan anak-anaknya terjaga dan selamat di rumah bersama isteri maka suami akan lebih tenang beribadat.Jangan fikir sebab terpaksa terbeban dengan tanggungjawab rumahtangga, wanita tidak dapat mengumpul pahala. Menjaga anak, menguruskan rumahtangga, mendengar cakap suami dan setiap satu pekerjaan yang wanita lakukan di rumah kerana Allah tetap mendapat pahala. Kadang-kadang wanita lupa pada perkara-perkara kecil seperti menyediakan pakaian suami untuk ke masjid juga mendapat pahala.

    Wanita juga boleh solat jemaah di rumah bersama anak-anak misalnya dan mendapat pahala jemaah sama seperti di masjid. Wanita kena tahu yang mana harus dilebihkan pada waktu sama masih mendapat pahala. Paling penting sebagai isteri galakkan suami berjemaah di masjid.Semoga anda turut mendapat pahalanya. Rasulullah bersabda:"Orang yang menunjuk kepada sesuatu kebaikan adalah seperti orang yang melakukan kebaikan itu." Isteri layak mendapat pahala ke masjid dengan hanya mendorong suami mereka berjemaah di masjid.

    laman web asal:  http://ibrahim-jihan.blogspot.com/2009/08/wanita-solat-di-masjid-atau-rumah-mana.html

    Wallahu'alam...:)
    « Last Edit: 04 February, 2011, 05:28:19 PM by rabbitah »

    izzahimtiyaz

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Reply #22 25 February, 2011, 03:41:23 PM
  • Publish
  • Bagus info perbincangan ni. Saya setuju perempuan tidak digalakkan solat di masjid. Banyak fitnahnya. Pengalaman itu pernah saya lalui. Cukup perit. Walaupun ketika itu ditemani AJK perempuan yang lain, tapi fitnah tetap berlaku.

    Cuma kalau bermusafir kenalah juga cari tempat solat yang ada kemudahan kan.

    alief

    • *
    • Posts: 80
      • View Profile
    Reply #23 25 February, 2011, 05:06:04 PM
  • Publish
  • pada pandangan ambe dalam masyarakat malaysia kini yang kehidupannya aman dan kemudahan asas yang baik, tiada timbul istilah fitnah untuk wanita solah berjemaah di masjid.

    yang peliknya bila membicarakan soal ibadah, banyak terjemahan dan kekuatiran ditimbulkan atas alasan fitnah. tetapi sebaliknya bila dipasaraya, di tempat bekerja, di kuliah, di dalam kemudahan awam (bas/LRT/dll) tidak pula bincangkan pasal fitnah/tegahan utk para wanita, sedangkan situasi ini lebih mengundang banyaknya unsur fitnah, malah berhimpit-himpit/ berjabat tangan antara wanita dan lelaki banyak terjadi.

    jadi Fitnah itu apa? siapa sebenarnya yg mencetuskan fitnah? nah jika diteliti, tidakkan diri sendiri yang mendedahkan/ membenarkan fitnah itu berlaku?
    contoh paling dekat unsur fitnah ialahdengan memakai minyak wangi bila berada dikhalayak ramai.

    jadi fitnah apa sebenarnya yg menegah wanita ke masjid? cuma takut cantik je, kan cantik itu (muka) boleh tutup, tapi kalau pakai wangian camne nak tutup? nah janganlah wat andaian fitnah itu secara keseluruhan dengan alasan nak lepaskan diri, sedangkan usaha utk bendung tidak kita lakukan.

    sesungguhnya menegah orang yang menimpang dari maksud hadis boleh merosakkan ummah. apatah lagi jika kita pandai-pandai buat tafsiran tberdasarkan ilmu yg sekadar kita ada dan main cedok ucapan orang lain untuk memanjangkan sebaran.

    bila ditelitikan hadis nabi yg disiarkan ditv3, tak khususpun utk lelaki/p'puan

    hadis lain berkenaan solah berjemaah yang dapat dikongsikan seperti berikut;
    maka pakat-pakat la nilaikan.

    Dari Abdullah bin Umar r.a. katanya : "Saya dengar akan
    sabda Rasulullah s.a.w. katanya : "Janganlah kamu larang wanita
    berjamaah ke masjid jika mereka minta izin lebih dahulu kepadamu".
    Hadis sahih riwayat Muslim

    Dari Zainab isteri Abdullah katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
    "Kalau wanita hendak ke masjid , maka janganlah memakai
    harum-haruman".
    Hadis sahih riwayat Muslim

    Dari Abu Hurairah r.a. berkata :
    "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
    "Wanita mana saja yang memakai harum-haruma,
    maka janganlah ia hadir bersama-sama kami menunaikan sembahyang Isya'
    Hadis sahih riwayat Muslim

    Dari Ibnu Umar r.a. katanya
    Bersabda Rasulullah s.a.w. :
    Solat berjamaah lebih baik daripada solat sendirian dua puluh tujuh darjat
    Hadis sahih riwayat Muslim

    Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w. :
    "Sesunggunhya solat yang terberat bagi orang munafiq ialah solat Isya' dan Subuh
    sekiranya mereka tahu akan besarnya pahala yang ada pada kedua solat tersebut
    nescaya mereka itu akan mendatanginya untuk berjamaah walaupun merangkak
    Sesungguhnya hampir aku perintahkan kepada orang lain untuk mengimamkan solat,
    sedangkan aku sendiri pergi menuju ke tempat orang-orang yang tidak turut solat berjamaah
    lalu membakar rumah mereka dengan api
    Hadis sahih riwayat Muslim

    Dari Abu Barzah Al Salami katanya
    Rasulullah sa.w. melambatkan solat Isya' sampai lewat sepertiga malam
    dan beliau membenci tidur sebelumnya, dan membenci berkata-kata sesudahnya
    beliau membaca ayat dalam solat subuh antara enam puluh ayat dan seratus
    dan beliau bubar dari solat ketika satu sama lain telah dapat kenal muka masing-masing
    Hadis sahih riwayat Muslim

    Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
    "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
    "Membaca Subhanallah untuk lelaki, bertepuk tangan untuk wanita"
    Hadis sahih riwayat Muslim

    Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
    "Bersabda Muhammad s.a.w. :
    "Tidakkah takut orang yang mendahului imam mengangkatkan
    kepala sebelum imam, bahawa Allah akan mengubah kepalanya
    menjadi kepala keldai?"
    Hadis sahih riwayat Muslim

    Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
    "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
    "Kalau orang Islam tahu keutamaan azan dan saf yang pertama,
    kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan undian
    nescaya mereka pergi mengambil undian,
    dan kalau mereka tahu keutamaan bersegera pergi untuk hadir
    jamaah Zuhur, nescaya mereka berlumba-berlumba untuk mendapatkannya
    daan kalau mereka tahu kebaikan berjamaah pada sembahyang
    Isya' dan subuh nescaya mereka menghadirinya meskipun merangkak.
    Hadis sahih riwayat Muslim

    Dari Abdullah r.a. katanya :
    "Barang siapa yang ingin berjumpa dengan Allah Taala
    dengan gembira dan sejahtera, hendaklah ia rajin datang
    sembahyang berjemaah lima waktu tiap-tiap didengarnya azan.
    Sesungguhnya Allah telah memberikan jalan petunjuk kepada
    Nabimu , dan berjamaah pada sembahyang lima waktu itu,
    adalah sebagian dari petunjuk. Jika kamu sembahyang dirumahmu
    masing-masing seperti diperbuat sipulan yang tidak datang ini
    bererti kamu telah meninggalkan petunjuk Nabimu, dan jika
    meninggalkan petunjuk Nabimu, nescaya kamu tersesat.
    Tiap-tiap sesorang yang mengambil wudhu dengan sempurna
    kemudian pergi ke salah satu masjid, maka Allah akan menuliskan
    baginya untuk tiap-tiap langkah satu kebajikan dan meninggikannya
    satu derjat pula dihapuskanNya satu kejahatan.
    Sesungguhnya kami masih ingat (pada zaman nabi)
    bahawa tidak ada orang yang meninggalkan berjamaah,
    kecuali orang yang telah terkenal munafiq, bahkan ada orang
    yang dibawa ke masjid sambil di apit dua orang lelaki,
    lalu ditegakkan dalam saf ma'mum
    Hadis sahih riwayat Muslim

    Ganjaran Solat Isyak dan Subuh Berjemaah

    Daripada Uthman bin Affan r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang menunaikan solat Isyak berjemaah, ia mendapat ganjaran seolah-olah ia melakukan qiamulail separuh malam. Siapa yang solat Subuh berjemaah, ia mendapat ganjaran seolah-olah ia melakukan qiamulail sepanjang malam."
    ( Riwayat Muslim )

    Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Tempat yang paling disukai Allah ialah masjid. Tempat yang paling dibenci Allah ialah pasar."
    ( Riwayat Muslim )

    Daripada Abu al-Darda’ r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah ‘Azzawajalla memberi jaminan kepada orang yang menjadikan masjid seperti rumahnya  akan keamanan dan melepasi titian Sirat pada hari kiamat."
    ( Riwayat al-Bazzar )

    Daripada Buraidah bin al-Husaib al-Aslami r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Berilah khabar gembira kepada mereka yang berjalan di dalam gelap menuju  ke masjid, dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat."
    ( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )

    Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang keluar ke masjid pada waktu pagi atau petang Allah akan sediakan kepadanya di syurga tempat berteduh pada setiap kali ia keluar."
    ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )

    “Dari Ibnu Mas’ud Radhiallaahu anhu, ia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam mengajari kami sunnah-sunnah (jalan-jalan petunjuk dan kebenaran) dan di antara sunnah-sunnah tersebut adalah sembahyang di masjid yang dikumandangkan azan di dalamnya.” (HR. Muslim)

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #24 15 June, 2012, 12:25:20 PM
  • Publish

  • apa hukum wanita ke masjid?

    Daripada Ibnu Umar r.a., katanya:
    Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Janganlah kamu menegah para wanita keluar ke masjid-masjid, dan (sedangkan) rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka.
    (HR Ahmad & Abu Daud)

    Hadis di atas, Rasulullah secara umum menyatakan bahawa para suami tidak boleh menghalang isterinya dari pergi berjamaah di masjid tanpa mengira waktu sembahyang manapun Pada waktu siang ataupun malam.

    sumber: http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id129.html

    terlalu banyak huraian, dan berbeza hukum wanita ke masjid.
    namun apa yang aku dapat dari ceramah semalam, begini...
    menurut ustazah, wanita tempatnya lebih afdal di rumah.
    hukum wanita ke masjid adalah harus.
    wanita tidak patut dilarang ke masjid.
    menurut ustazah, dari pembacaan beliau...wanita haram ke masjid apabila didatangi haid atau junub.
    kata ustazah, wanita hanya boleh melalui masjid. melalui sahaja ye kawan2.
    tapi wanita haid boleh masuk ke masjid jika dalam keadaan darurat.maka, boleh bagi wanita tersebut.
    bagaimana keadaan darurat?
    sebagai contoh, dikejar orang jahat, dan satu satunya tempat berlindung ialah masjid.
    menurut ustazah, walaupun wanita tidak boleh ke masjid ketika mana dia dalam keadaan uzur, namun mereka boleh ke tempat2 menuntut ilmu, surau..dengan syarat darah haid tadi tak menitis.
    fahamkan kaum hawa?
    ustazah juga ada mengulas tentang satu isu..
    kata ustazah, ada pelajar wanita yang mengadu ''ustazah, waktu solat terawih..kami tiada tempat untuk solat di masjid. kaum adam dah penuh.kami terpaksa solat di tepi2''
    apa yang ustazah respon?
    ''awat kalut sangat? solat lah di bilik. wanita kan lebih afdal solat di rumah. kalau nak kan pahala berjemaah, solatlah berjemaah dengan rakan. 2 orang pun sudah kira berjemaah''
    ustazah juga ada mengulas isu wanita ke masjid.
    kata ustazah tidak boleh wanita pergi ke masjid dengan memakai solekkan di muka, wangi wangian yang kuat. umumnya, tidak boleh menarik perhatian orang bukan muhrim.

    itu sahaja perkongsian kita kali ni. kalau ada salah silap maaf.
    sesungguhnya yang buruk dtg dari manusia dan yang baik dariNYA

    http://aiyashukashuki.blogspot.com/2012/05/wanita-dan-masjid.html

    faa zahra

    • *
    • Posts: 1036
    • pimpin daku menuju jalanNya
      • View Profile
    Reply #25 15 June, 2012, 01:20:24 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum wbt..

    Adakah wanita diberatkan berjemaah di masjid seperti lelaki?

    Wanita lebih baik solat di rumah. Namun Rasulullah bersabda, "Jangan melarang jika isteri hendak ke masjid." Tiada hadis yang melarang wanita keluar ke masjid untuk berjemaah, bahkan dilarang menegah wanita ke masjid untuk solat berjemaah. Rasulullah menyarankan supaya memberi keizinan kepada wanita ke masjid apabila mereka memohon keizinan.

    Bagi wanita bujang, bolehlah lebih kerap ke masjid berbanding yang telah berkahwin.Walaupun begitu, ulama bersependapat bahawa solat orang perempuan di rumah adalah lebih baik daripada bersolat di masjid bersandarkan hadis Rasulullah SAW: "Janganlah kamu melarang hamba-hamba Allah di kalangan wanita untuk ke masjid-masjid Allah. Dan rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka".

    Dan dalam hadis lain daripada Abu Hurairah, Baginda bersabda: "Janganlah kamu melarang hamba Allah di kalangan wanita untuk ke masjid-masjid Allah. Hendaklah mereka keluar tanpa berhias-hiasan dan berwangi-wangian." Manakala Ibnu Umar meriwayatkan daripada Rasulullah SAW: "Sekiranya isteri kamu meminta izin daripada kamu pada waktu malam untuk ke masjid, maka berilah keizinan kepada mereka." Riwayat yang lain mengatakan bahawa Baginda bersabda: "Sekiranya ada antara kamu yang diminta izin oleh isterinya untuk ke masjid maka janganlah dia melarangnya".

    Walaupun demikian, Rasulullah SAW menekankan kaum wanita digalakkan dan diutamakan berada di rumah dan sebaik-baik masjid bagi kaum wanita ialah rumah mereka sendiri, kecuali bersolat di Masjid al-Haram seperti yang diriwayatkan Abu Amru asy-Syaibani yang bermaksud: "Daripada Abi Amru asy-Syaibani, Abdullah bin Mas'ud berkata; Tidak ada bagi seseorang wanita lebih baik (afdal) daripada solatnya di rumah melainkan di al-Masjid al-Haram".

    Ini kerana solat di Masjid al-Haram mempunyai kelebihan beratus ribu ganjaran pahalanya. Daripada 'Atha' daripada Jubari bahawa Rasulullah SAW bersabda; "Solat di dalam masjidku (Masjid an-Nabawi) adalah lebih baik (afdal) daripada masjid-masjid lain kecuali al-Masjid al-Haram. Dan solat di al-Masjid al-Haram lebih baik (afdal) daripada seratus ribu masjid selainnya."

    Sebaliknya, kalau dikhuatiri bahawa pemergian ke masjid boleh menimbulkan fitnah, lebih baik bersolat di rumah sahaja. Ummul Mukminin Saidatina 'Aisyah pernah berkata: "Sekiranya Rasulullah SAW melihat hal-hal wanita sebagaimana yang kami lihat, nescaya Baginda akan melarang mereka daripada ke masjid sebagaimana Bani Israil telah melarang wanita mereka."

    Juga diriwayatkan bahawa Ummu Humaid AI-Sa'diyyah telah datang kepada Rasulullah lalu berkata; "Wahai Rasulullah! Aku suka bersolat bersamamu." Lalu Baginda berkata:"Kamu telah pun melakukannya. Dan solatmu di rumahmu adalah lebih baik daripada solatmu di bilik-bilik kamu, dan solatmu di perkarangan rumahmu lebih baik daripada solatmu di masjid kaummu, dan solatmu di masjid kaummu lebih baik daripada solatmu di masjid besar."

    Lelaki diberatkan supaya solat di masjid kecuali sakit atau keuzuran. Sibuk dengan tugas bukan alasan tidak dapat berjemaah. Sebagaimana yang tercatat dalam Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan Ibnu Majah dan Musnad Ahmad, Rasulullah pernah bersabda; "Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik ialah solat Isya' dan Solat Fajar (Subuh). Andai kata mereka tahu apa yang terkandung dalam kedua-dua solat itu nescaya mereka akan mendatanginya walaupun terpaksa merangkak. Sesungguhnya aku telah berhasrat untuk memerintahkan solat agar didirikan. Kemudian aku memerintahkan seorang lelaki untuk (mengimamkan) solat bersama-sama orang ramai. Kemudian aku akan keluar bersama beberapa orang yang membawa bersama mereka berkas-berkas kayu api menuju kepada kaum yang tidak datang solat bersama-sama. Lalu aku akan bakar rumah-rumah mereka".

    Dalam Sunan Ahmad ada penambahan; "Andai kata tiada wanita dan anak kecil di dalam rumah-rumah itu nescaya aku akan bakar semuanya".Berjemaah di masjid memperkukuh hubungan sesama Islam juga menghidupkan masjid. Masjid sepatutnya menjadi pusat masyarakat Islam yang di sekitarnya menjadi tempat orang Islam menjalankan kegiatan harian sperti berurus niaga. Lantas masjid akan berada berhampiran kita dan tidaklah terpencil mahupun tersorok.
    Wajarlah ia dibina di tengah-tengah pusat komersil dan di tengah-tengah kawasan perumahan. Sepatutnya setiap hari masjid kita meriah seperti solat Jumaat. Malangnya kita ada lima waktu sehari semalam namun masjid suram dan sukar mendapat satu saf kecuali Jumaat. Akhirnya masjid menjadi asing dan bertukar jadi perhiasan.

    Mengapa Islam memberatkan wanita bersolat di rumah?
    Banyak sebabnya. Antaranya untuk jaga rumahtangga, keluarga dan anak-anak. Jika hanya suami ke masjid dan dia tahu keadaan anak-anaknya terjaga dan selamat di rumah bersama isteri maka suami akan lebih tenang beribadat.Jangan fikir sebab terpaksa terbeban dengan tanggungjawab rumahtangga, wanita tidak dapat mengumpul pahala. Menjaga anak, menguruskan rumahtangga, mendengar cakap suami dan setiap satu pekerjaan yang wanita lakukan di rumah kerana Allah tetap mendapat pahala. Kadang-kadang wanita lupa pada perkara-perkara kecil seperti menyediakan pakaian suami untuk ke masjid juga mendapat pahala.

    Wanita juga boleh solat jemaah di rumah bersama anak-anak misalnya dan mendapat pahala jemaah sama seperti di masjid. Wanita kena tahu yang mana harus dilebihkan pada waktu sama masih mendapat pahala. Paling penting sebagai isteri galakkan suami berjemaah di masjid.Semoga anda turut mendapat pahalanya. Rasulullah bersabda:"Orang yang menunjuk kepada sesuatu kebaikan adalah seperti orang yang melakukan kebaikan itu." Isteri layak mendapat pahala ke masjid dengan hanya mendorong suami mereka berjemaah di masjid.

    laman web asal:  http://ibrahim-jihan.blogspot.com/2009/08/wanita-solat-di-masjid-atau-rumah-mana.html

    Wallahu'alam...:)

    situasi sekarang..kalau wanita pergi jalan2..keluar pi mai pi mai..pi pasar tak kisah plak kan??
    bile bab ibadah nak pi masjid nak berjemaah kenapa sibuk mengaitkan dengan fitnah?? yang lain tu tak datang fitnah ke?
    patutnya dah tau tu tempatnye ibadat masing2 jaga diri la..tundukkan pandangan...
    bukan menunding jari pada satu pihak..
    kat rumah pun bukan selamat sangat..sebab banyak kotak sihir..lalai jugak..pi masjid kurang2 dapatlah elakkan sambil dapat kauk ilmu kat sana..

    yang dah kawin elok datang dengan suami or family
    yang bujang bawak la mahram...datang berkumpulan..
    ..jAdIkAn aKu mEncIntAi sEsuAtu yAng mEmbAwA kEpAdA kEcIntAanMU..
    ..salamesrakuntukmuselamanya..

    miszniena

    • *
    • Posts: 549
      • View Profile
    Reply #26 15 June, 2012, 01:23:55 PM

    setuju faa
    minggu depan kita pegi lagi ye faa
    banyak ilmu yang kita dapat.
    tak make up tak pakai perfume
    insyaAllah...niat allah tahu

    Sireh Kasturi

    • *
    • Posts: 39
      • View Profile
    Reply #27 15 June, 2012, 01:31:28 PM
  • Publish
  • Boleh nak ke masjid, ikut cara ni...

    "Daripada Abu Hurairah, Baginda bersabda: "Janganlah kamu melarang hamba Allah di kalangan wanita untuk ke masjid-masjid Allah. Hendaklah mereka keluar tanpa berhias-hiasan dan berwangi-wangian."

    Jadi pastikan ini dipatuhi.

    Tak payah lah ulas , pasal pergi pasaraya, shopping komplek tak timbul fitnah. Buat apa nak bandingkan antara ke masjid dengan ke pasaraya. Sebab kita balik pada hukum. Memang tak ada larangan perempuan ke pasaraya atau ke shopping kompleks, sebab hukum asalnya perempuan tu duduk di rumah kecuali darurat untuk mencari rezeki dan membeli keperluan hidup, bukan window shopping.

    al-ariffin

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #28 05 November, 2012, 12:18:08 PM
  • Publish
  • Kalau dalam hal solat berjemaah.. sebenarnya tidak ada satu ayat quran maupun hadis yang menyuruh wanita berjemaah di masjid sebaliknya yang kedapatan hanyalah hadis2 yang menggalakkan agar kaum wanita sekadar berjemaah atau bersolat di rumah sahaja.

    Namun sekiranya kaum wanita tersebut ingin ke masjid maka janganlah dilarang.. Hadis2 ini cuma menegah dari dilarang kaum wanita yg ingin ke masjid tetapi bukanlah menyuruh maupun menggalakkan kaum wanita utk berjemaah di masjid.

    Boleh jadi tujuan mereka ke masjid adalah untuk menghadiri majlis ilmu, kuliah2 ataupun atas tujuan yg selain dari solat berjemaah. Kerana atas tujuan itulah maka mereka dibenarkan dan tidak dihalang untuk ke masjid.

    Timbul fitnah..? Wallahua'lam. tapi mungkin klu perempuan dah berkumpul ramai2 nanti biasalah.. mulalah nak menganyam ketupat..! :)

    halawah

    • *
    • Posts: 2589
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #29 05 November, 2012, 04:07:13 PM
  • Publish
  • Tiada larangan bagi wanita mahu solat di masjid
    yang tidak bolehnya biarkan masjid itu tiada penghuni yang solat di dalamnya...
    ni waktu asar sudah hampir..
    takkan nak tungu dipanggil baru mahu berudhuk..

    Adakah Allah yang mahu tunggu hambanya,sedangkan Allah mahu dengar apa yang mahu dari hambanya...

    Ibubapa panggil anak...lalu anak sahut jap jap maak...isy isy lambatnya..marah taak?
    Ini pula Allah swt tempat disembah dan tempat meminta!!!

    mana ikrarnya dalam Fatehah....???
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    8 Replies
    3365 Views
    Last post 29 January, 2009, 12:03:44 PM
    by mooks
    19 Replies
    5701 Views
    Last post 29 May, 2013, 09:48:47 PM
    by RNLQ
    4 Replies
    2388 Views
    Last post 09 September, 2009, 01:11:32 AM
    by SakaratulMaut