Munakahat - Persoalan Talak.. Penyelesaiannya

Author Topic: Munakahat - Persoalan Talak.. Penyelesaiannya  (Read 4382 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14528
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
07 November, 2010, 01:01:55 PM
  • Publish Di FB

  • SOALAN PERTAMA

    Seorang suami melafazkan talak seperti mengucapkan : Aku ceraikan kau..aku ceraikan kau..aku ceraikan kau..aku ceraikan kau..dan kesemuanya disebutkan di dalam satu majlis..dengan perasaan marah...adakah lafaz lebih daripada 3 kali itu jatuh kepada talak 1 atau 3?

    JAWAPAN :

    Talak telah terjadi dengan melafazkan lafaz talak secara jelas seperti “Aku Ceraikan Engkau”. Manakala masalah melafazkan talak secara berulang-ulang kali di dalam satu majlis adalah dikira mengikut bilangan lafaz tersebut berdasarkan mazhab al-Imam Syafie radhiyallahu anhu. Jika seorang suami melafazkan talak secara jelas sebanyak lebih daripada 3 kali maka yang dikira hanyalah tiga sahaja manakala yang selebihnya dianggap sia-sia.

    Perasaan marah ketika melafazkan talak tidaklah diambil kira. Ini kerana kebiasaannya, talak akan dilafazkan sememangnya ketika marah.

    Seseorang pernah bertanya kepada Saidina Uthman bin Affan radhiyallahu anhu : “ Aku telah mentalakkan isteriku sebanyak 100 kali, bagaimana Ya Amirul Mukminin?” Maka Saidina Uthman radhiyallahu anhu menjawab : “ Tiga talak yang pertama telah mengharamkan hubunganmu dengan isterimu manakala 97 yang selebihnya hanyalah permusuhan di antara dirimu dan isterimu” .

    Perkara yang sama pernah ditanyakan kepada Saidina Ali bin Abi Talib radhiyallahu anhu wa alaihi al-salam.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 07 November, 2010, 01:03:10 PM
  • Publish Di FB
  • SOALAN KEDUA

    Apabila suami sedar dan ditanya tentang lafaz tersebut..maka suami mengatakan bahawa dia tidak melafazkan apa-apa lafaz talak pun..jadi adakah jatuh talak tersebut?? dan apabila dibawa permasalahan di hadapan qadi..suami tidak mengaku bahawa dia ada menyebutkan lafaz talak..jadi macamana ye Ustaz?


    JAWAPAN

    Jika si isteri mendengar dengan jelas bahawa si suami telah mentalakkan dirinya sebanyak 3 kali tetapi si suami tetap mengingkarinya maka pendapat yang diterima adalah pendapat si suami. Maka si suami perlu mengakui di hadapan Qadhi bahawa dia tidak melafazkan cerai dan perlulah bagi si suami untuk bersumpah di hadapan qadhi.

    Namun para ulama Syafieyah mengatakan bahawa si isteri yang mendengar perkataan tersebut secara jelas perlulah menjauhkan diri daripada suami sekadar kemampuannya dan tidak membenarkan dirinya disentuh oleh suaminya untuk disetubuhi.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #2 07 November, 2010, 01:04:34 PM
  • Publish Di FB

  • SOALAN KETIGA

    Isteri ditalak sewaktu hamil..haram hukumnya..tapi apabila dia rujuk kembali..adakah berkurang 1 koata talak suami apabila lahirnya anak itu?


    JAWAPAN

    Pertamanya : Perlu diperbetulkan, talak ketika seseorang perempuan tersebut di dalam keadaan hamil tidaklah haram. Malah kata para ulama talak kepada seorang perempuan hamil , kanak-kanak serta perempuan yang sudah terlalu tua tidak langsung termasuk di dalam kategori talak sunni atau bid’ie.

    Kedua : 1 koata talak suami tetap akan berkurang apabila lahirnya anak tersebut.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #3 07 November, 2010, 01:05:28 PM
  • Publish Di FB

  • SOALAN KEEMPAT


    Isteri ragu-ragu tentang lafaz suami..selalu sebut lafaz.. “Apakata kita bercerai talak 1?atau..nak ke kita bercerai talak 1?”Adakah jatuh talaknya ustaz?


    JAWAPAN

    Ini disebutkan oleh para ulama sebagai talak ta’liq. Maka jika si isteri bersetuju dengan mengatakan “ Nak” maka akan jatuhlah talak satu tersebut. Jadi janganlah bermain-main dengan lafaz talak tersebut.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #4 07 November, 2010, 01:06:47 PM
  • Publish Di FB

  • SOALAN KELIMA

    Di dalam telefon..suami sedang marah..isteri seperti mendengar kata-kata suami seperti menceraikannya..tapi apabila ditanya pada suami ..suami mengatakan bahawa dia tidak melafazkan talak..jadi macamana ustaz?kerana hati si isteri ragu-ragu..

    JAWAPAN

    Persoalan ini juga berkaitan dengan perbezaan pendapat di antara suami isteri adakah si suami melafazkan talak atau tidak kemudiannya dinafikan oleh si suami.

    Para ulama mengatakan bahawa , di dalam permasalahan sebegini pendapat yang diterima adalah pendapat di bahagian suami dan suami tersebut perlulah bersumpah bahawa dia tidak melafazkan talak ketika berbicara di dalam telefon tersebut.

    Berkemungkinan si isteri hanya menyangka bahawa ianya terdengar lafaz talak namun hakikatnya adalah sebaliknya. Maka perkahwinan tersebut adalah seperti biasa.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #5 07 November, 2010, 01:09:44 PM
  • Publish Di FB

  • SOALAN KEENAM


    Suami pernah melafazkan talak..tetapi lupa sudah berapa kali melafazkannya..dihadapan qadi pun masih tidak ingat berapa kali..jadi talak itu jatuh kepada talak berapa?adakah kembali kepada yang sedikit?


    JAWAPAN

    Berdasarkan persoalan ini, jelas menunjukkan bahawa si suami pernah melafazkan talak tersebut namun selepasnya terlupa bilangan talak yang diucapkan.Maka kata para ulama al-Syafieyah , jika berlaku sedemikian ianya akan dikembalikan kepada bilangan yang paling sedikit. Maksudnya jika si suami keliru sama ada pernah menjatuhkan talak satu atau dua maka diambil kira talak satu tersebut.

    Namun wara’ di dalam permasalahan ini adalah lebih baik untuk menjaga agama dan maruahnya. Jika mengikut hukum wara’ maka si suami perlulah mengambil kira yang paling banyak bilangannya.


    Permasalah talak soalan 1 hingga 6  diambil  rujukan dari  http://nazrulnasir.blogspot.com/2010/05/persoalan-talak-penyelesaiannya.html

    mohd amri

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #6 27 April, 2011, 04:22:32 PM
  • Publish Di FB
  • saya ingin bertanya ...jika suami itu hanya lafazkan cerai didalam hati sahaja tanpa melafazkan pd si istri.dan pd waktu itu si suami jahil tentang hukum cerai ini adakah sah cerai atau talak itu?....

    nfn2809

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #7 08 August, 2011, 09:12:57 AM
  • Publish Di FB
  •  Assalamua'laikum,

    Saya ingin bertanya..

    Pada tahun 2010..tidak ingat akan tariknya suami pernah berkata :

    "Akan jatuh talak sekiranya abang telefon perempuan itu"

    Kemuadia suami telah sms perempuan itu dan katakan dia tidak akan berhubung lagi kerana akan jatuh talak.

    Pada tahun 2011 bulan Februari

    Terdapat miss call pada telefon bimbit suami, dan suami call kembali, nombor itu adalah milik perempuan itu.  (ini secara tidak sengaja)..

    Kemudian selang beberapa hari, suami telefon perempuan itu kerana tidak ingat langsung tentang talak.

    (Adakah jatuh talak yang ketika itu isteri sedang mengandung?)

    Kemuadian, adakah kira rujuk jika suami ada mencium isteri serta pegang isteri tanpa bersetubuh dalam tempoh mengandung? 

    * untuk makluman suami isteri ini baru teringat tentang hal talak setelah isteri melahirkan anak.

    Mohon jawapan.




    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4917
      • View Profile
    Jawab #8 08 August, 2011, 09:27:47 AM
  • Publish Di FB
  • perkara talak mana boleh buat main main

    begitulah perdaya syaitan bila sudah melakukan permainan

    syarat yang Islam adakan sudah memadai

    kenapa lah buat buat, syarat demikian, di dugalah akal, tak ingat,
    mengingat Allah pun susah melekat, inikan pula kecintaan nafsu

    silakanlah bertaubat, lakukan pembaikan, cerai ke idak, silakan rujuklah kembali, jika belum talak 3

    selepas itu janganlah ikut kemarahan , marah itu dari syaitan

    semuga boleh sabar, dan bersyukur
    jangan cari pasal dengan Tuhan

    inshallah

    nfn2809

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #9 08 August, 2011, 09:55:14 AM
  • Publish Di FB
  • Assalamua'laikum,

    Saya ingin bertanya..

    Pada tahun 2010..tidak ingat akan tariknya suami pernah berkata :

    "Akan jatuh talak sekiranya abang telefon perempuan itu"

    Kemuadia suami telah sms perempuan itu dan katakan dia tidak akan berhubung lagi kerana akan jatuh talak.

    Pada tahun 2011 bulan Februari

    Terdapat miss call pada telefon bimbit suami, dan suami call kembali, nombor itu adalah milik perempuan itu.  (ini secara tidak sengaja)..

    Kemudian selang beberapa hari, suami telefon perempuan itu kerana tidak ingat langsung tentang talak.

    (Adakah jatuh talak yang ketika itu isteri sedang mengandung?)

    Kemuadian, adakah kira rujuk jika suami ada mencium isteri serta pegang isteri tanpa bersetubuh dalam tempoh mengandung? 

    * untuk makluman suami isteri ini baru teringat tentang hal talak setelah isteri melahirkan anak.

    Mohon jawapan.

    Ada sesiapa boleh bagi jawapan? adakah jatuh talak atau tidak? Jika jatuh, adakah dalam waktu iddah, sekadah bercium dikira rujuk?


    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    194 Replies
    20854 Views
    Last post 14 June, 2009, 10:27:00 AM
    by Abi Naim
    2 Replies
    2822 Views
    Last post 09 February, 2010, 10:46:22 PM
    by abuzulfiqar
    5 Replies
    3479 Views
    Last post 12 September, 2011, 10:58:59 AM
    by mohdazri