Bantulah Saya Menghadapi Suami Curang

*

Author Topic: Bantulah Saya Menghadapi Suami Curang  (Read 44719 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Cahaya_Mu

  • *
  • Posts: 35
    • View Profile
Reply #100 22 November, 2010, 02:17:01 PM
  • Publish
  • Syurga suami yang soleh & beriman tidak bergantung pada isterinya, asalkan suami telah berusaha membimbing & menyeru. Ini teladan yang diambil dari kisah Nabi Nuh & Nabi Luth. Syurga isteri yang solehah & mukminah juga tidak bergantung pada suami. Ini teladan yang diambil dari kisah Firaun. Sejahat-jahat suami pernah dihasilkan sejarah adalah Firaun kerana dia mengaku dia Tuhan. Namun begitu Asyiah tetap beriman dan melayaninya sebagai suami sehingga Asyiah dijanjikan Allah sebuah rumah dalam syurga.

    Berdepan masalah sebegini, cara paling mudah adalah menghakimi, mengadili & menghukumi. Jika memilih bahagia di hati sendiri, tidak kisahkan anak-anak, maka perpisahan adalah jalannya dengan Puan usahakan fasakh.

    Cara yang lebih sukar adalah memperbaiki. Tetapi Puan kena tolak ketepi segala emosi rasa terluka, usahakan agar suami dapat menikah teman wanitanya. Soal suami Puan mampu ke tidak mampu itu usah difikirkan sangat, asalkan Puan mampu menyelamatkannya dari terusan berzina.

    Terserah pada Puan nak pilih jalan bahagia yang mana.

    Bertambah besar iradah (kemahuan), bertambah dekat bahagia. Bertambah lembik iradah, bertambah jauh bahagia.

    Bertambah luas akal, bertambah luaslah hidup, bertambah datanglah bahagia. Bertambah sempit akal, bertambah sempit pula hidup, bertambah datanglah celaka.

    Di atas bukan kata-kata saya tetapi saya memetik kata-kata Pak Hamka.

    Jika Puan terus-terusan melayani emosi tidak sanggup berkongsi kasih maka iradah untuk cari bahagia akan malap dan potensi akal yang celik terbiar.

    "Orang rindu pada sesuatu sebelum ada padanya, tetapi bila telah ada, hilanglah kerinduannya sebab segala isi dunia ini indahnya sebelum ada di tangan.", Pak Hamka.

    Suami Puan tengah kemaruk 'daun muda' walau hakikatnya daun muda itu telah dimamah ulat kerana ulatnya adalah suami Puan sendiri. Beri peluang suami Puan meletakkan daun muda itu di tapak tangannya, lihat berapa lama dia mampu menyanjung daun muda. Bila suatu masa dia sedari hakikat daun tua yang telah lama dimiliki jauh lebih berharga, maka ketika itu daun muda tiada harga lagi buatnya.

    "Ramai manusia yang diperdayakan oleh cahaya samar ketika dia dalam gelap, perasaannya didahulukan daripada pertimbangannya. Dia datang kepada cahaya yang baru itu, sampai di sana yang dicarinya tak ada sama sekali. Akan kembali ke tempat asalnya, jalan yang lebih gelap dari dahulu, lantaran ia tak sabar menunggu cahaya sejati.

    Memang sebab-sebab buat mencapai bahagia amat banyak, tetapi kita manusia mencari juga yang lain. Dia ada dalam tangan kita, tetapi kita cari yang ada di tangan orang lain kerana yang ada di tangan orang itu kelihatan indah", Pak Hamka.

    Cukuplah suami Puan seorang melihat bahagia dirinya pada daun mudanya. Jika Puan ikut caranya dengan pilih jalan menjanda berharap ketemu suami lain yang lebih baik, mungkin Puan ketemu bahagia, mungkin juga tidak jika ditakdir Puan mendapat suami yang curang lagi.

    "Orang yang redha dan sukacita bilamana ia melihat alam sekelilingnya, timbulah kesenangan dan kegembiraan. Kesenangan dan kegembiraan hati itu adalah pangkal jalan menuju bahagia. Redha menghilangkan cela dan aib. Lantaran redha telah lekat di hati, kalau ada cela itu akan lupa dalam fikiran; kalau ada cacat, cacatnya tidak disedari. Hal itu bukannya disebabkan kebodohan dan gila, tetapi sudah dasar 'redha' demikian adanya. Redha tabiatnya pemaaf dan benci tabiatnya tidak adil.

    Berhadapan dengan Hati yang dukacita, tegaklah perasaaan redha.
    Berdekatan dengan Hati yang Duka, tegak pula rasa benci"
    , Pak Hamka.

    Terserah pada Puan nak tegakkan rasa redha atau benci.

    Jika Puan pilih benci, usahakan agar suami diadili oleh hakim Mahkamah Syariah, bukan oleh kami di Halaqah.net ini.

    Jika Puan pilih redha, pertama-tamanya hentikan menghakimi & menghukum suami Puan. Bermunajat padaNya agar dipermudahkan Puan untuk usaha memperbaiki  keadaan & kesusutan.

    Alhamdulillah, diharap dapat membantu rakan2 yang mengalami masalah yang sama dengan membaca artikel ini..terima kasih kepada RS..

    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 816
      • View Profile
    Reply #101 09 December, 2010, 10:09:51 PM
  • Publish
  • Saya ada satu kisah. tentang isteri penyabar.
    Dia seorang muallaf, cina masuk Islam.Islam krana berkahwin dgn suaminya. Dan dalam menempuh alam rmh tgga, si suami cari masalah, suka menjalinkan hubungan dgn perempuan lain di luar. Saya sedih sebab si suami berkelakuan begitu, tak menghargai isteri dan semestinya isterinya memerlukan bimbingan darinya setelah masuk Islam. Saya slalu takut si isteri tu terfikir nak balik ke agama asalnya sekiranya dia merasakan tiada kebahagiaan yg dia temui dalam agama baru yg di anutinya itu.
    Suatu hari, si isteri tahu bhwa suami dia nk keluar, pegi ke tempat yg agak jauh, untuk berjumpa si kekasih hati. Memang lama dah dia tahu suami dia ada perempuan lain. yg lebih muda dan cantik darinya. Sebelum suaminya berangkat pergi, dia berpesan :"abang, cepat la pegi. Nanti terlewat pulak, kesian kat org  tunggu lama2."
    Skali lagi dgn penuh kesabarannya dia berpesan sebelum suami dia keluar, "Bang, hati2 bawak kereta ya? Takut apa2 berlaku dengan korang pulak."
    Si suami yg mendengar pun rasa tersentuh. memandang wajah isterinya dgn penuh kesian dan terharu...Dia mula terfikir kenapa la dia sanggup memperlakukan isterinya begini? Dia mula merasa serba salah.
    Masa tu jugak la dia membatalkan hasrat untuk keluar dgn kekasih hatinya. Baru dia tahu betapa besarnya pengorbanan isterinya yg slama ini menahan sabar dgn kerenahnya. Tidak pernah skalipun isterinya merungut atau marah dgnnya. Malah mendoakan kesejahteraanya sentiasa walaupun si suami tengah keluar dgn kekasih hatinya.

    (Situasi ini berbeza pulak dgn isteri yg kurang penyabar, yg menyumpah suaminya, yg mendoakan kecelakaan ke atas suaminya bila dia tau suaminya bermain kayu tiga. Suami ni, makin di sumpah, makin di kasari, smakin ego hatinya, smakin jauh hatinya utk kita. Coba tangani masalah dgn sabar, dgn penuh hikmah. Bukan dgn cara menderhaka. )
    Thabit bin Qurrah berkata: "Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan."

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2160
      • View Profile
    Reply #102 09 December, 2010, 10:49:09 PM
  • Publish
  • Saya setuju dengan Iffah.. Selalu kita dengar, kelembutan wanita meruntun naluri kelelakian.. Suami boleh kalah dengan pujukrayu isteri. 

    Wallahua'lam.
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    jamilaripin

    • *
    • Posts: 67
      • View Profile
    Reply #103 23 January, 2011, 06:27:47 PM
  • Publish
  •  :) apa yang Tuhan ciptatidak lah dengan sia2 bagi orang2 yang beriman,kisah puan memang sedih...tapi didunia saja tidak di akhirat nanti..kita jangan lupa tujuan Allah mencipta kita....untuk di uji  kemudian dikembalikan kepada Dia untuk dihisab kalau Allah tak bagi kita kerja macam mana Dia nak bagi pahala kepada kita...contohnya Allah bagi suami yang curang kepada kita untuk ujian kepada puan ,puan kena sabar redha dan berusaha mengubah sikap suami puan itu,tak boleh kita menceritakan kepada sebarangan orang takut jadi fitnah...dan kita di-bolehkan mengumpat hanya yang di-benarkan syarak saja...contohnya puan hanya boleh menceritakan kepada pihak yang berwajib....kena lah puan bertanya kepada orang2 yang arif didalam hal2 ini....walLahuaqlam :ins:

    ShirlyShaari

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Reply #104 06 February, 2011, 12:03:00 AM
  • Publish
  •  :)
    adikku, saya dah lebih 5 tahun menghadapi keadaan sebagaimana adik lalui. Situasinya sama & permasalahannya juga sama.

    Cuma satu sahaja nasihatnya : 1)SABAR, 2) SABAR, 3)dan SABAR LAGI.

    Betul kata orang, halangi perkahwinan itu sebelum ia terjadi kerana jika tidak, iainya menjadi satu dosa besar meruntuhkan sebuah 'masjid'. Dan dlm kes saya, masalahnya masih berlarutan & berpanjangan serta masih belum nampak penyelesaiannya.

    Apa juga yang adik fikir utk lakukan, sudahpun saya buat. Apapun tindakan yang adik rasa perlu adik ambil, sudah juga saya jalankan. Emaillah saya jika mahu berbincang kerana di forum ini, terlalu terbuka.  :ins: kita akan bersama-sama melalui keadaan ini.

    « Last Edit: 06 February, 2011, 12:06:21 AM by ShirlyShaari »

    locume

    • *
    • Posts: 19
      • View Profile
    Reply #105 12 April, 2011, 10:49:32 PM
  • Publish
  •  :)
    Puan, saya ingin berkongsi pengalaman dan petua yang diberikan oleh Ibu Mertua saya.

    Puan cuba amalkan baca ayat 31 dari surah Al-Imran. Dalam setiap perbuatan yang berkaitan dengan suami puan, contohnya basuh baju dia, gosok baju dia, sediakan air mandi, makan minum dia dan waktu dia tidur. Caranya, puan baca ayat tersebut dan niatlah agar kasih sayang suami hanya tumpah pada puan, anak2 dan ibu bapa (jika ada). Sepanjang perbuatan, bacakan ayat tersebut berulang kali dengan niat yang sentiasa terpasang.

    Jika tidur malam, bacakan dan hembuskan di ubun2 suami, hembuskan sewaktu suami tarik nafas ketika tidur. Pandanglah suami dengan pandangan dan perasaan penuh kasih dan sayang walaupun suami ada buat salah dengan kita. Hembuskan di telinga suami dan last skali hembuskan hingga ke hujung kaki suami.

    Dalam pada itu, cubalah perbaiki kekurangan diri kita. Kadang2 suami berubah adalah kerana sikap atau perlakuan kita yang dah berubah dan tanpa kita juga sedar. Cuba cari kelemahan kita dan perbaiki. Insya-Allah, Allah akan bantu kita. Ayat dari surah Al Imran ni adalah ayat pengasih sebenarnya. Ibu mertua saya yang ajarkan ketika suami saya buat perangai xlekat kat rumah. Dan lantaran dari masalah rumah tangga yang saya hadapi, Ibu Mertua tempat mengadu, saya banyak belajar dari kesilapan. Alhamdulillah, hingga sekarang suami dah tak habiskan masa di luar. Saya juga mengambil pendekatan bersikap terbuka dan berterus terang dengan suami.

    Di program Halaqah yang saya tonton hari ni, Dato' Siti Nurbahyah ada beri beberapa tip yang boleh kita amalkan:
    1. Baca Surah Yunus, ayat 81
    2. Baca Surah Al-Najmi, ayat 58
    3. Baca Surah Al-Hadid, Ayat 8

    Ketiga-tiga ayat tersebut dapat menghindarkan rumahtangga kita dari terkena sihir dan dalam usaha untuk mengekalkan hubungan suami isteri kekal aman harmoni dunia akhirat, Insya-Allah

    Puan, redha dengan ujian Allah ye...

    keju

    • *
    • Posts: 959
      • View Profile
    Reply #106 12 April, 2011, 11:21:23 PM
  • Publish
  • semua ayat2 quran baik2 belaka.

    Namun , andai ada saranan untuk masalah khusus pada ayat2 tertentu kita gunakan sebagai satu jalan iktiar

    ummu_dania

    • *
    • Posts: 41
      • View Profile
    Reply #107 18 April, 2011, 09:39:13 PM
  • Publish
  • Alhamdulillah, setelah hampir setahun saya berperang dengan emosi, melalui pelbagai episod duka akhirnya Allah buka pintu hati saya untuk menerima kehadiran Y dalam hidup saya. Kami semua telah bersemuka, berbincang dari hati ke hati.. dan akhirnya saya dan Y berpelukan dalam tangisan.

    Dan sekarang bermula pula episod baru dalam kehidupan saya, membuat persiapan menerima kehadiran seorang 'adik' baru. Terima kasih sahabat2 halaqian semua diatas pandangan, nasihat, doa, teguran dan galakan. Hanya Allah yg dapat membalasnya.

    Doakan agar saya terus tabah menghadapi ujian Allah seterusnya. Sejujurnya saya betul2 rasa bersyukur kerana terpilih untuk melalui ujian ini. Saat ini terasa rahmat kasih sayang Ilahi yang tiada sempadan. Semoga kisah saya ini menjadi iktibar dan panduan buat semua...

    Duratul_Mujahid

    • *
    • Posts: 608
      • View Profile
    Reply #108 18 April, 2011, 09:47:27 PM
  • Publish
  • Betul kata ummi.. saya sokong.. Kat sini saya petik kata-kata Ustz Pahrol Juoi..

    Bagi suami atau isteri yang ditinggalkan… sedarkan dia. Doakan dia. Berusahalah sedaya mungkin untuk ‘mengembalikan’ dia kepada cinta yang nyata. Namun kalau dia berdegil, biarlah dia pergi. Hidupmu terlalu singkat untuk ‘dirosakkan’ oleh dia seorang. Ingat dia itu bukan cinta nombor 1!   

     

    Nombor 1 Allah. Nombor 2 Rasulullah. Nombor 3, suami). Itulah turutan cinta seorang wanita bernama isteri, (jika  pada lelaki, nombor 3 itu ibu, no 4 itu apa, no 5 baru isteri). Agar tidak menderita, jagalah turutan cinta ini. Yang dahulu, wajar didahulukan. Yang kemudian, mesti dikemudiankan. Jangan disusun cinta itu begini… Nombor 1 suami. Nombor 2 suami. Nombor 3 pun suami. Ini tindakan yang bakal mengundang kecewa.

    Jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta. Jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang memberi panduan untuk bercinta. Ingat pesan Rasulullah melalui sabda Baginda dalam hadis riwayat al-Tirmizi yang bermaksud: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang, tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.”

    “Jika” hanya “jika”. “Jika” akan kekal sebagai “jika”. Ia tidak pernah berlaku. Seorang wanita tidak boleh menyembah manusia lain sekalipun suaminya sendiri. Sebaiknya, cintailah suami dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah kerana Allah. Itulah resepi untuk bahagia dalam bercinta!

    Betapa ramai isteri yang kecewa akibat ditinggalkan suami yang dicintai. Sama ada dipisahkan oleh mati atau oleh sikap suami yang tidak mencintainya lagi. Bayangkan apabila segala-galanya untuk dan kerana suami, apabila suami tidak ada lagi, putus harapan dan berserabutlah fikiran. Ramai yang sudah menerima nasib begini… Bayangkan setiap 15 minit, berlaku satu perceraian. Siapakah yang menempuh gerbang perkahwinan dengan harapan untuk bercerai? Tidak mungkin ada!

    Perkahwinan dibina dengan harapan. Untuk mencapai harapan, tidak cukup dengan rasa cinta. Ia perlukan tanggungjawab. Kata bijak pandai, sesuatu akan berakhir mengikut bagaimana ia bermula. Mukadimah banyak menentukan natijah. Untuk mengekalkan cinta sampai ke hujung (hujungnya di syurga), mesti diperkukuh dari pangkalnya. Perkahwinan dimulakan dengan percintaan, tetapi disempurnakan dengan tanggungjawab. Dan sebaik-baik cinta ialah cinta yang didasarkan oleh tanggungjawab. Sebab itu ahli bijaksana mendefinisikan cinta sebagai “rasa ingin bertanggungjawab kepada seseorang”.

    Janganlah hendaknya cinta dan rumah tangga dibina hanya sekadar untuk memenuhi kehendak fisiologi dan biologi. Itulah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan untuk haiwan (demikian kata al-Farabi). Juga bukan untuk mengejar status sosial. Jika rumah tangga hanya dibina untuk makan minum, perlindungan (rumah), pengangkutan (kereta), berkelamin (seks), kawan (sosial), kesihatan dan penghargaan diri (ego), apa bezanya cinta kita dengan cinta haiwan. Itu cinta kelas kedua.

    Jika itulah bentuk cinta kita, itu hanya cinta alat bukan matlamat. Cinta kelas kedua mesti dibawa kepada cinta kelas pertama. Pandang wajah suami kita, bolehkah dia membawa kita kepada cinta Allah? Renung mata isteri kita, apakah dia teman kita menuju Allah? Jika ya, alhamdulillah, syukur. Kita sudah berada di jalan yang betul. Maka melangkahlah dengan yakin walau terpaksa menempuh pelbagai kesusahan.

    Jika belum, berusahalah, berdoalah… agar dia mampu juga. Jika tidak hari ini, esok. Jika tidak esok, lusa. Teruskan berusaha dan berdoa.     
    Menterjemah Apa Yang Tersirat DI MInda
    http://durratulmujahid.blogspot.com/

    Ashraf Ramli

    • *
    • Posts: 47
    • Syukur! Buku "AYAT-AYAT KAHWIN MUDA" Sudah Siap!
      • View Profile
    Reply #109 26 April, 2011, 11:40:45 AM
  • Publish
  • masyaAllah. Tiada apa yang mampu saya kongsikan di sini melainkan hanyalah cuma berkata :

    Sabarlah... dan teruskan lagi bersabar...
    Alhamdulillah, syukur kpd Allah krn buku "Ayat-ayat Kahwin Muda" sudah siap dan berada dipasaran. Sesuai bg mereka yg ingin mendirikan rumahtangga @ baitul muslim diusia muda terutamanya bagi Mahasiswa dan Mahasiswi.
    Untuk maklumat lanjut, lawati : http://Www.KahwinMuda.com atau http://hujjati.blogspot.com

    hani muslim

    • *
    • Posts: 847
      • View Profile
    Reply #110 26 April, 2011, 12:18:20 PM
  • Publish
  •  :)
    indah sungguh hati kakak..........semoga akak akan memperoleh kebahagiaan yang akak inginkan..........huhy

    kuntuman ummi

    • *
    • Posts: 255
      • View Profile
    Reply #111 29 June, 2011, 04:12:41 PM
  • Publish
  • Tadi terdengar satu criter di radio. Luahan hati seorang suami. Sisuami ni sering curang ngan istrinya. Tak kira ngan sapa saja, denganbangsa indon, bangsa philipine semuanya dia pernah berskandal. Dan disetiap kali dia curang, istri nya pasti dapat mengetahuinya. Dan setiap kali itu jugalah dia akan meminta maaf pada istrinya dan istrinya akan memaafkan.

    Cuma satu kali tu, istri nye pernah berkata padanya, jangan sampai satu hari nanti ada seorang lelaki yang dpat mencuri hatinya membuat dia gembira, istrinya akan tinggalkan dia. Tapi kata2 istrinya itu tak diendahkannya. Baginya tak mungkin istrinya akan melakukan begitu.

    Dan ada satu hari tu, (setelah banyak kali kejadian curang dia pada istrinya) dia dapati istrinya tak pulang umah langsung. Telefon hp tak diangkat, dan akhirnya dia cuba hubungi ofis istrinya dan mendapati istrinya tak bekerja disitu lagi. Dan kawan istrinya beritahu dia yang istri nya telah mengikut seorang lelaki brbangsa asing yang telah membuat dirinya gembira.

    Terperanjat jugak si suami ni kerana tak sangka kata2 istrinya bukan lah sesuatu yang dimain2kan. Kini, ketiga2 anak2nya menyalahi dirinya. Suasana rumah tak terurus. Anak2 ntah pergi main ke mana saja, apatah lagi anak perempuannya yang sulung yang sudah berusia 15 tahun, semenjak permergian ibunya, dia sering melekat di komputer dan sering kedengaran lagu.. semenjak kau pergi...

    Hannah Iman

    • *
    • Posts: 13
    • Ku pohon redhaMU dalam setiap langkah perjuanganku
      • View Profile
    Reply #112 13 November, 2011, 01:01:33 PM
  • Publish
  • Dah setahun berlalu dari tarikh mula-mula Ummu Diana meluahkan masalahnya...
    Dalam tempoh setahun ni,saya harap semuanya berlalu dengan baik berkat sabar dan doa..
    Walau apapun yang berlaku hari ini,sama ada ia lebih baik atau sebaliknya,bersyukurlah,
    kerana, takdir hidup ummu diana menjadikan ummu lebih kuat dan redha...
    ::Aku cinta ALLAH::

    Asmanurhusna

    • *
    • Posts: 112
      • View Profile
    Reply #113 13 November, 2011, 02:28:23 PM
  • Publish
  • Saya pernah melalui era ini. Namun ia nya sudah berlalu. Alhamdulillah.

    Saya hanya perlu membantu diri saya dalam kes begini. Saya perlu mendapatkan rawatan untuk mengubati penyakit kelamin. Alhamdulillah. Saya terpelihara dari Aid. Dan sekarang saya bersih dari penyakit itu semua.
    Rawatan dan suntikkan yg mahal seringnya di biayai kakak saya. Ini kerana , saya tidak di beri belanja untuk kos perubatan.

    syukur. Pada Allah. Saya bernasib baik mempunyai keluarga yg mampu. Kalau di bandingkan dengan kakak ipar saya yang terpaksa mendapat rawatan percuma di pusat rawatan pelacur di hospital kerajaan. Ini lebih menyedihkan kerana ia tidak mampu menanggung kos perubatan yg mahal !!!!

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2403
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #114 13 November, 2011, 10:21:58 PM
  • Publish
  • Antara ubat terbaik merawat oelbagai penyakit ialah banyakkan beristighfar serta selawat....Mana taknya? Kalam-kalam istighfar dan selawat mampu memadamkan nyalaan api neraka buat pengamalnya. Dengan syarat yang fardhu tu laksanakanlah dengan sebaik-baiknya... :ins:
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1372
      • View Profile
    Reply #115 13 November, 2011, 10:30:00 PM
  • Publish
  • Sejahtera hendak-NYA ke atas kalian .....

    tak teringin ke nak jadikan sesama keluarga seperti mana baik sungguh dgn saudara2 kat luar ?

    harap2 tu dah ada usahalah .......... insyaAllah

    Asmanurhusna

    • *
    • Posts: 112
      • View Profile
    Reply #116 13 November, 2011, 10:46:53 PM
  • Publish
  • Antara ubat terbaik merawat oelbagai penyakit ialah banyakkan beristighfar serta selawat....Mana taknya? Kalam-kalam istighfar dan selawat mampu memadamkan nyalaan api neraka buat pengamalnya. Dengan syarat yang fardhu tu laksanakanlah dengan sebaik-baiknya... :ins:

    assalamualaikum....

    semuga saudara Nazri mendapat ganjaran yg besar dalam membantu mangsa yg teraniaya. Tolonglah berselawat banyak banyak.

    Carreno

    • *
    • Posts: 141
      • View Profile
    Reply #117 13 November, 2011, 10:55:51 PM
  • Publish
  • Mak pernah 'dimadukan' oleh bapa tiri saya...apa mak buat, sabar, sabar dan terus bersabar...so, puan pun kena sabar, sabar dan terus bersabar...

    Saya pun kena sabar, sabar dan terus bersabar terhadap dugaan yang menimpa diri...

    Sabar itu kan balasannya syurga. Syurga itu kan manis isinya....=)

    Asmanurhusna

    • *
    • Posts: 112
      • View Profile
    Reply #118 13 November, 2011, 11:00:57 PM
  • Publish
  • Untuk pengetahuan semua - rawatan untuk penyakit kelamin mempunyai kesan yg teruk.
    Pesakit akan - mengalami alahan yg teruk akibat kesan ubat tersebut . Mungkin akan muntah2 , loya,
    dan panas badan serta demam yg teruk.

    Saya tinggal dgn mertua tika mengalami saat2 tersebut. Saya di maki seperti seekor anjing kerana terbaring seharian suntuk akibat keletihan kerana menerima suntikkan .

    Suami menasihati saya secara lembut untuk bangun membereskan kerja2 rumah. Saya di ugut agar menjadi isteri yang taat kepada suami dengan hujah2 agama. Hukum hakam wanita yg membuka aib malu suami dan keluarga nya. Saya enggan melakukan hubungan sexual dengan suami kerana suami saya enggan berjumpa doktor untuk mengambil suntikkan untuk penyakit tersebut. Saya bimbang saya akan di jangkiti virus semula kalau melakukan hubungan sex. Dalam keadaan tertekan dan bersalah, saya hanya mampu berdiam diri. Saya seorang pelajar pintar semasa di sekolah dan memang amat berpengetahuan tentang selok belok penyakit ini. Saya bernekad untuk membaiki kehidupan saya dan suami -  agar kembali ke jalan yg di redai Allah. Dalam tempoh itulah saya hilang - dan tidak kenal siapa diri saya. Saya nekad membaiki suami saya......

    Carreno

    • *
    • Posts: 141
      • View Profile
    Reply #119 13 November, 2011, 11:17:58 PM
  • Publish
  • Untuk pengetahuan semua - rawatan untuk penyakit kelamin mempunyai kesan yg teruk.
    Pesakit akan - mengalami alahan yg teruk akibat kesan ubat tersebut . Mungkin akan muntah2 , loya,
    dan panas badan serta demam yg teruk.

    Saya tinggal dgn mertua tika mengalami saat2 tersebut. Saya di maki seperti seekor anjing kerana terbaring seharian suntuk akibat keletihan kerana menerima suntikkan .

    Suami menasihati saya secara lembut untuk bangun membereskan kerja2 rumah. Saya di ugut agar menjadi isteri yang taat kepada suami dengan hujah2 agama. Hukum hakam wanita yg membuka aib malu suami dan keluarga nya. Saya enggan melakukan hubungan sexual dengan suami kerana suami saya enggan berjumpa doktor untuk mengambil suntikkan untuk penyakit tersebut. Saya bimbang saya akan di jangkiti virus semula kalau melakukan hubungan sex. Dalam keadaan tertekan dan bersalah, saya hanya mampu berdiam diri. Saya seorang pelajar pintar semasa di sekolah dan memang amat berpengetahuan tentang selok belok penyakit ini. Saya bernekad untuk membaiki kehidupan saya dan suami -  agar kembali ke jalan yg di redai Allah. Dalam tempoh itulah saya hilang - dan tidak kenal siapa diri saya. Saya nekad membaiki suami saya......

    kak, boleh tanya sikit. Kalau suami@isteri ada aids, then buat hubungan kelamin, zuriat yang terhasil tu memang confirm ke akan dapat Aids?

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    1696 Views
    Last post 22 April, 2009, 01:52:05 AM
    by zawq
    4 Replies
    2467 Views
    Last post 03 May, 2010, 04:32:48 PM
    by noriz
    67 Replies
    9102 Views
    Last post 02 March, 2014, 01:45:20 PM
    by mencariREDHA_Allah