Misteri Kuburan Lama Di Lebuh Raya Utara-Selatan

*

Author Topic: Misteri Kuburan Lama Di Lebuh Raya Utara-Selatan  (Read 4702 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

04 November, 2010, 09:59:29 PM
  • Publish
  • Salam buat semua...kisah ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar yang aku alami semasa dalam perjalanan pulang ke kampung ku di Bagan Serai, Perak melalui hiway utara-selatan dengan menunggang motosikal.

    Kisahnya begini..malam Jumaat itu selepas pulang dari kerja..aku rasa amat bosan dengan Kuala Lumpur. Dalam jam 10 malam selepas berehat seketika..aku memutuskan untuk pulang menziarahi ibubapaku di kampung. Seperti selalu..aku sering bertolak dari KL sendirian dalam jam 12.00 mlm.

    Selepas mengemas pakaian..dan memeriksa motosikal ku,aku memulakan perjalanan dari Kg.Baru dan memasuki hiway di Kepong. Lebih kurang 2 jam perjalanan aku singgah sebentar di tapah untuk mengisi minyak.Jam menunjukkan jam hampir pukul 3.00pagi. Malam itu jalan sunyi tak seperti biasa. Kedua-dua hala kenderaan sgt kurang. Bulan cerah, sejuk dan berkabus. Selepas mengisi minyak aku teruskan perjalanan ...sampai di ulu behrang...aku berhenti di tepi jalan selepas exit Ulu behrang. Aku memaatikan enjin motosikalku di bawah deretan lampu sorot berkuasa tinggi di tepi jalan masukke lebuhraya dari Ulu Behrang.

    Semasa aku berhenti..aku merasa tenang dan damai kerana jalan sgt2 sunyi..dan lengang...kiranya aku boleh memecut motosikal ku tanpa risau. Aku mengeluarkan sebatang rokok dan duduk di atas pembahagi jalan tepi hiway mengadap jalanraya dan motosikalku. Jam di tgn menunjukkan lebih kurang pukul 3.40 pagi. CUaca semakin sejuk walaupun aku memakai jaket kulit. Sesekali dalam di sebelah sana menghala ke KL..kereta melintasiku. Jalan raya mulai berkabus..seolah2 aku sudah melepasi terowong menora di Ipoh,

    Habis sahaja sebatang rokok utnuk menghilangkan mengantuk..aku campakkan ke jalan...aku menoleh ke belakang... ketika itu aku seolah2 tidak percaya dengan apa yang aku lihat.Aku tergamam seketika..seolah2 terpaku dengan apa yang aku lihat. Aku kejipkan mata, menggosok wajahku dengan kedua2 telapak tangan..ia masih di situ..

    Dalam cahaya bulan dan limpahan lampu sorot di tepi hiway itu aku melihat sebuah kawasan perkuburan lama memenuhi bukit-bukit di hadapan ku. Tidak ada sebatang pokok yang ada pada bukit tersebut..yang aku nampak hanyalah ribuan tiang batu nisan yang diperbuat dari kayu usang berceracak memenuhi bukit2 di hadapan ku. AKu nampak jelas dgn bantuan cahaya bulan dan lampu jalan ada 3 bukit yang dipenuhi batu2 nisan lama....

    Aku tak merasa seram atau takut ..yang aku rasa hanyalah pelik kerana setahu aku tidak pernah ada kawasan perkuburan seluas itu di kawasan ini. Bukan sekali dua aku menggunakan jalan ini. Pertanyaan demi pertanyaan menerobos benak minda ku..apakah ini khayalan aku atau realiti. AKu memerhatikan ke segenap ruang yang mataku mampu melihat..sungguh ia ada lah perkuburan yang berusia dan penuh dgn batu nisan yang senget2 dan berceracak ke sepelosok bukit. Dalam 10-15 minit aku terpaku di situ..memang aku sedar..tak ada sebarang kenderaan yang lalu. Selepas itu aku perlahan2 berundur ke arah motosikal ku..mengambil helmet dan menyarungkan sarung tangan ku sambil mata ku tidak lepas memerhatikan kawasn perkuburan Islam tersebut. Ketika itu aku terasa seram sejuk ..dan bulu tengkuk ku menegang...aghhh tanda ianya bukan realiti...aku start moto dan tnapa menoleh lagi..aku bergerak..sepanajng jalan...tak putus2 soalan demi soalan dalam pikiran aku.

    Setelah tiba di rumah aku tidak bercerita apa2 pada ayahku.keesokan paginya aku bertanya..dia pun terkejut dan menegaskan memang tak ada perkuburan Islam begitu di tepi lebuhraya. Oleh itu aku yakin..aku diberi peluang oleh Allah melihat dunia lain buat sementara waktu.Sehingga kini setiap kali tiba di tempat tersebut aku mengingatinya.Apa yang aku nampak..perkuburan siapa..Hanya Dia yg lebih mengetahui.

    sumber: carigold.com


    Reply #1 05 November, 2010, 01:03:27 AM
  • Publish
  •  :msya:
    kalau saya la....dah seram sejuk dibuatnya..
    mau kut pengsan..:sedihnya:..

    hazanutz

    • *
    • Salam ukhuwah
      • View Profile
    Reply #2 05 November, 2010, 01:03:58 AM
  • Publish
  • :msya:
    kalau saya la....dah seram sejuk dibuatnya..
    mau kut pengsan..:sedihnya:..

    seram sejuk sebab kena aircond ae kak?
    Abdullah Faqir

    Reply #3 05 November, 2010, 01:05:56 AM
  • Publish
  • :msya:
    kalau saya la....dah seram sejuk dibuatnya..
    mau kut pengsan..:sedihnya:..

    seram sejuk sebab kena aircond ae kak?

    itu penyebab utama..dengan angin malam yang seram tu..:sedihnya:..lagi la..
    memang lemah semangat dibuatnya..:sedihnya:..

    cahaya pencinta

    • *
    • Dalam pahit hidup, aku merasa manisnya~
      • View Profile
    Reply #4 05 November, 2010, 06:50:23 AM
  • Publish
  •  :)

    orang macam saya pertama sekali, takkan naik motor sorang2 di kala dan waktu tu kot. kalau ada kat situasi tu, wallahua'lam la ape saya buat.  okaja*

    tapi, bila fikir2 balik. mungkin nak diperingat tentang kematian yang bila2 je boleh datang. kita yang baca ni pun.  senyum*

    Reply #5 18 February, 2011, 02:32:54 PM
  • Publish
  • Bismillah Wa Syukrillah

    Agak-agaknya kalau kita alami situasi begitu, bagaimana dan apakah tindakan kita? Allah swt menimpakan sesuatu kepada kita mengandungi dua perkara iaitu hikmah dan peringatan. Dua perkara ini saling bersangkutan agar kita tidak leka dan sentiasa bersyukur.. Allahu a'lam..
    "Alang-alang hidup, hiduplah sebagai da'ie. Alang-alang mati, matilah sebagai syuhada".

    5zul

    • *
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #6 18 February, 2011, 03:20:41 PM
  • Publish
  • Alhamdulilah...
    kamu ada hadiahkan Al-Fahtihah....
    Insyallah kalau belum sudahi lah akan Nya....
    (Senyum)
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    divider3
    halaqahforum4