Minta Cerai dari Suami?

*

Author Topic: Minta Cerai dari Suami?  (Read 16506 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

pinkpurple

  • *
  • Posts: 1
    • View Profile
01 November, 2010, 05:32:40 PM
  • Publish
  •  :)
    SAYA NAK TANYA APAKAH HUKUMNYA WANITA MEMINTA CERAI DR SUAMI?
    TAK SILAP SAYA PERNAH DGR MANA2 PEREMPUAN YANG MINTA CERAI TIDAK AKAN BAU SYURGA DAN PERJALANAN KE SYURGA DAH HILANG SEPARUH...(CORRECT IF I AM WRONG)....BAGAIMANAKH KIRANYA ISTERI MINTA CERAI KERANA TIDAK TAHAN DGN SIKAP SUAMI YANG PANAS BARAN DAN KADANG2 NAIK TANGAN PADA ISTERI DAN SUKA MEMAKI ISTERI?ADAKAH TIDAK AKAN BAU SYURGA JUGA JIKA WANITA TERSEBUT DI DALAM KEADAAN BEGITU JUGA JIKA MINTA CERAI DR SUAMINYA TIDAK AKAN BAU SYURGA?





    [warning]Ulasan Moderator
    Sila gunakan huruf kecil, hanya gunakan huruf besar di permulaan ayat atau di mana perlu sahaja. Sila edit kiriman anda. Terima kasih.
    [/warning]


    khalila

    • *
    • Posts: 957
      • View Profile
    Reply #1 01 November, 2010, 05:46:16 PM
  • Publish
  • :)
    SAYA NAK TANYA APAKAH HUKUMNYA WANITA MEMINTA CERAI DR SUAMI?
    TAK SILAP SAYA PERNAH DGR MANA2 PEREMPUAN YANG MINTA CERAI TIDAK AKAN BAU SYURGA DAN PERJALANAN KE SYURGA DAH HILANG SEPARUH...(CORRECT IF I AM WRONG)....BAGAIMANAKH KIRANYA ISTERI MINTA CERAI KERANA TIDAK TAHAN DGN SIKAP SUAMI YANG PANAS BARAN DAN KADANG2 NAIK TANGAN PADA ISTERI DAN SUKA MEMAKI ISTERI?ADAKAH TIDAK AKAN BAU SYURGA JUGA JIKA WANITA TERSEBUT DI DALAM KEADAAN BEGITU JUGA JIKA MINTA CERAI DR SUAMINYA TIDAK AKAN BAU SYURGA?

    benar ya Saudari..
    Berdosa jika seorang isteri minta cerai dari suaminya..
    Kitab Muhimmah ada menyatakan antaranya
    i)(Dan) derhaka pula sebab minta akan talaknya
    ii)(Adapun) seksanya pada hari kiamat jikalau derhakanya perempuan itu sebab minta thalaq kerana tiada suatu kesakitan yang diharuskan oleh syara' nescaya haramlah atas perempuan itu mencium bau syurga..
    iii)(Dan telah ) mengeluarkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi:"Di mana-mana  perempuan-perempuan yang meminta akan suaminya akan thalaq daripada tiada suatu kejahatan,maka haramlah atasnya mencuim bau syurga"

    Wallahu a'lam


    khalila

    • *
    • Posts: 957
      • View Profile
    Reply #2 01 November, 2010, 05:51:05 PM
  • Publish
  • Kalau naik tangan kaki,repot polis pergi mahkamah tuntut fasakh...

    satriabiru

    • *
    • Posts: 19
      • View Profile
    Reply #3 01 November, 2010, 06:49:09 PM
  • Publish
  • penceraian itu halal tp dimurkai Allah
    jika suami sudah menganiaya isteri serta memberikan tekanan jiwa
    maka seorang isteri mempunyai hak utk kehidupannya

    sebagai suami, adalah menjadi tanggungjawap utk menjaga dan membahagiakan isterinya
    kerana isteri itu adalah amanah Allah dan jgn dipersia-siakan...

    urmmm...

    • *
    • Posts: 14
      • View Profile
    Reply #4 25 November, 2010, 11:54:39 AM
  • Publish

  • benar ya Saudari..
    Berdosa jika seorang isteri minta cerai dari suaminya..
    Kitab Muhimmah ada menyatakan antaranya
    i)(Dan) derhaka pula sebab minta akan talaknya
    ii)(Adapun) seksanya pada hari kiamat jikalau derhakanya perempuan itu sebab minta thalaq kerana tiada suatu kesakitan yang diharuskan oleh syara' nescaya haramlah atas perempuan itu mencium bau syurga..
    iii)(Dan telah ) mengeluarkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi:"Di mana-mana  perempuan-perempuan yang meminta akan suaminya akan thalaq daripada tiada suatu kejahatan,maka haramlah atasnya mencuim bau syurga"

    Wallahu a'lam

    bagaimana pula jika isteri yg selalu di dera suami..adakah berdosa jika isteri itu minta cerai krn tidak tahan dgn pernderaan yang meninggalkan kesan lebam2 pada badan....juga memberi kesan emosi dan mental isteri yang menderita akibat perbuatan suami?adakah juga hukumnya berdosa?

    cahayalurus

    • *
    • Posts: 1291
      • View Profile
    Reply #5 25 November, 2010, 11:57:27 AM
  • Publish

  • benar ya Saudari..
    Berdosa jika seorang isteri minta cerai dari suaminya..
    Kitab Muhimmah ada menyatakan antaranya
    i)(Dan) derhaka pula sebab minta akan talaknya
    ii)(Adapun) seksanya pada hari kiamat jikalau derhakanya perempuan itu sebab minta thalaq kerana tiada suatu kesakitan yang diharuskan oleh syara' nescaya haramlah atas perempuan itu mencium bau syurga..
    iii)(Dan telah ) mengeluarkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi:"Di mana-mana  perempuan-perempuan yang meminta akan suaminya akan thalaq daripada tiada suatu kejahatan,maka haramlah atasnya mencuim bau syurga"

    Wallahu a'lam

    bagaimana pula jika isteri yg selalu di dera suami..adakah berdosa jika isteri itu minta cerai krn tidak tahan dgn pernderaan yang meninggalkan kesan lebam2 pada badan....juga memberi kesan emosi dan mental isteri yang menderita akibat perbuatan suami?adakah juga hukumnya berdosa?


    Islam sangat menjaga wanita, dalam kes begini,setiapkali dipukul dibelasah sampai lebam, buat report police dan pergi klinik utk pemeriksaan lanjut, bukannya biarkan sahaja suami bertindaksesuaka hati,laporan polisdan pemeriksaan kesihatan itu pentinguntukdijadikan bukti dalammahkamah masatuntut fasakh nanti, jangan minta cerai taoi tuntut fasakh di mahkamah,dengan bukti2 yang ada fasakh insya Allah dbenarkan
    Mrs. Ikan Pari

    Hj Naim

    • *
    • Posts: 714
      • View Profile
    Reply #6 25 November, 2010, 12:04:13 PM
  • Publish
  • Cerai adalah perbuatan halal tetapi sangat dibenci Allah, kerana talaq hanya digunakan sebagai pintu darurat yakni apabila rumah tangga sudah tidak mungkin lagi memperoleh daripada tujuan perkawinan yaitu rumah tangga yang bahagia dan sejahtera.

    Rasulullah SAW melarang kepada suami yang menceraikan istrinya kecuali karena kesalahan yang tidak dapat dima`afkan lagi seperti halnya berbuat zina.

    Sabda Rasulullah SAW : "Janganlah kamu cerai (talaq) wanita-wanita (istri-istrimu) kecuali kerana kesalahan (yang tak dapat diatasi lagi)."

    Sabda Rasulullah SAW : "Siapapun wanita yang minta kepadanya suaminya supaya di talaq, tanpa alasan, haram atasnya mencium bau-bauan surga" (Riwayat Abu Daud).

    Wanita yang minta cerai kepada suaminya tanpa alasan yang sah menurut agama dicap sebagai orang munafiq.

    Sabda Rasulullah SAW : "Wanita-wanita yang minta cerai suaminya tanpa alasan adalah munafiq".

    http://irdy74.multiply.com/journal/item/36

    stronggirl

    • *
    • Posts: 2
    • Mengharap redha Allah
      • View Profile
    Reply #7 14 February, 2011, 06:59:07 PM
  • Publish
  • bagaimana pula jika si suami itu solat pun ntah ke mana, malah melakukan maksiat di luar...mampukah dia berpoligami dan menjadi ketua keluarga?

    KaNaaH.MuKmiN

    • *
    • Posts: 22
      • View Profile
    Reply #8 14 February, 2011, 09:33:04 PM
  • Publish
  • Haram isteri minta cerai

    1. Apakah hukumnya isteri selalu meminta diceraikan. Adakah seseorang suami itu dayus jika tidak mengikut permintaannya?

    JAWAPAN:

    Hukumnya haram. Tidak wajar seorang isteri meminta dia diceraikan oleh suaminya. Seorang isteri yang meminta dirinya diceraikan tanpa sebarang alasan yang dibenarkan syarak adalah berdosa. Sedangkan si suami masih memberi nafkah, tempat tinggal, makan minum dan menjaga keselamatan. Jika dia seorang yang berpoligami dan berlaku adil dengan isterinya.

    Isteri berhak meminta cerai jika kehidupan tidak ada kesefahaman, suami tidak melaksanakan tanggungjawab sebagi ketua keluarga. Sekiranya suami gagal bertanggungjawab dan segala bebanan rumahtangga ditanggung oleh si isteri maka tidak salah seorang isteri meminta agar dia diceraikan.

    Namun yang lebih baik ialah suami isteri mesti mencari jalan penyelesaian terlebih dahulu. Sama ada berbincang dengan keluarga mertua sebelah lelaki atau berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan khidmat nasihat.

    Islam meminta agar setiap pasangan suami isteri mencari jalan penyelesaian yang holistik yang membawa kepada pemulihan dan kemurnian rumahtangga dan bukan pula mencari jalan meruntuhkannya.

    Seorang suami yang tidak mengikut permintaan isterinya untuk diceraikan tidaklah dianggap dayus. Sikap si suami bertahan dari menunaikan permintaan isterinya itu adalah demi menjaga keharmonian rumahtangga.

    Jelasnya di sini hikmah Allah meletakkan kuasa talak ini di tangan suami dan bukan pula di tangan isteri. Bayangkan sahaja jika kuasa talak di tangan isteri mungkin bilangan lelaki yang menduda lebih ramai dari yang menjanda. Sebab itulah sembilan nafsu (emosi) yang ada pada orang perempuan tidak dapat mengawal perasaan, bila tertekan bertindak di luar kawalan sehingga meminta cerai.

    Kesimpulannya, si isteri jangan terlalu mudah meminta dirinya diceraikan dan janganlah hendaknya si suami yang mempunyai kuasa talak bermain dengannya dengan mengugut isteri.

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2160
      • View Profile
    Reply #9 14 February, 2011, 09:56:09 PM
  • Publish
  • Stronggirl: usahakan untuk bersama-sama suami membentuk suasana iman dalam keluarga. Jangan berfikirkan poligami & cerai, tapi fokuskan bagaimana anda dan suami dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai suami isteri terlebih dahulu.
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    msa

    • *
    • Posts: 1609
      • View Profile
    Reply #10 15 February, 2011, 12:03:40 AM
  • Publish
  • Boleh dan tidak boleh dalam meminta cerai...

    Klik di sini

    ~ Begin with the End in Mind ~

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #11 15 February, 2011, 07:26:51 AM
  • Publish
  • Adakah berdosa jika isteri mintak fasakh?bukankah fasakh sama erti jugak dengan minta cerai cuma dalam maksud definiisi yg lain....

    Untuk seorang itu memohon fasakh ,dia mesti mempunyai sebab-sebab tertentu. Antara sebab adalah seperti suami panas baran dan kerap memukul isteri (mesti ada bukti dengan laporan perubatan dan laporan polis), suami tidak bertanggungjawap atau suami dalam tahanan (dipenjara atau  sewaktu dengannya.

    Menuntut cerai dengan fasakh adalah berbeza. Menuntut cerai yang dilarang ialah apabila isteri tidak senang dengan suami, ada affair lain, atau sebab -sebab lain bukan masalah besar dalam rumah tangga.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #12 15 February, 2011, 07:33:29 AM
  • Publish
  • BAGAIMANAKH KIRANYA ISTERI MINTA CERAI KERANA TIDAK TAHAN DGN SIKAP SUAMI YANG PANAS BARAN DAN KADANG2 NAIK TANGAN PADA ISTERI DAN SUKA MEMAKI ISTERI?ADAKAH TIDAK AKAN BAU SYURGA JUGA JIKA WANITA TERSEBUT DI DALAM KEADAAN BEGITU JUGA JIKA MINTA CERAI DR SUAMINYA TIDAK AKAN BAU SYURGA?

    Mohon fasakh ke Mahkamah Syariah. Nyatakan sebab-sebab disertakan bukti agar permohonan lebih mudah diuruskan. Jika dipukul, sertakan laporan polis dan laporan doktor.

    Perlu dilihat kenapa isteri dipukul. Sebab-sebab suami memukul isteri. Adakah memukul untuk memberi pengajaran atau memukul atas sebab nafsu amarah atas kesalahan kecil yang remeh tetapi kerana tidak memiliki sifat sabar.

    Apabila selalu dipukul yang kesalahan bukan berpunca dari isteri, tetapi sikap panas baran suami, dianggap mendera dan menganiya isteri. Apabila ini berlaku, isteri berhak menuntut fasakh, dibebaskan dari ikatan perkahwinan.

    farahiyah0394

    • *
    • Posts: 551
      • View Profile
    Reply #13 15 February, 2011, 01:18:02 PM
  • Publish
  • Stronggirl: usahakan untuk bersama-sama suami membentuk suasana iman dalam keluarga. Jangan berfikirkan poligami & cerai, tapi fokuskan bagaimana anda dan suami dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai suami isteri terlebih dahulu.


    kak ummu... tengok sini..!
    Dilema  Antara Poligami  dan Sendirian

    selesaikan masalah strong girl ni.. sedih pula bila baca..

    NURUL FAYYADHAH

    • *
    • Posts: 29
      • View Profile
    Reply #14 01 April, 2012, 09:27:23 AM
  • Publish
  •  :)
    Salahkan seorang isteri meminta cerai dari suaminya,sedangkan seorang suami tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah zahir kepada anak-anak serta isterinya?

    deuteromalay

    • *
    • Posts: 282
      • View Profile
    Reply #15 01 April, 2012, 09:59:59 AM
  • Publish
  • Salaam....banyak songehnya sayang niii...kat sini takde Qadhi...yang ramai peminat P.Ramlie dan Kasma Booty jadi awak tengok2lah cerita P.Ramlie...walaupun dia tak lulusan Universiti tapi gaya dia perli kita mengundang seribu erti...wasSalaam.

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #16 01 April, 2012, 10:03:13 AM
  • Publish
  • silakan cik nurul ke blog ini:  http://bhalaqah.blogspot.com/

    selepas tu lihat sini: Penceraian:Bolehkah isteri nusyuz tuntutan mutaah dan iddah?

    jika rajin sambung sini: Ingin poligami tetapi isteri mintak cerai

    lagi rajin ke sini pula: Hak-Hak Isteri Selepas Bercerai

    kot kot nak lagi pi sini: Isteri Mohon Cerai Ketika Dipukul.

    maaflah naa, saya ter merapu tunjuk thread forum saja,

    memang salah lah minta cerai, dulu nak menikah, minta bersama, tak sabar, tak mohon kebaikan ke, asyik negatif dapatlah sakit dan kecewa

    subhanallah

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14488
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #17 01 April, 2012, 10:34:11 AM
  • Publish
  • :)
    salahkan seorang isteri meminta cerai dari suami
    sedangkan seorang suami tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami
    dan mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah zahir kepada anak-anak serta isterinya?

    Sebelum kita lihat kekurangan orang lain, cuba lihat diri kita, adakah kita telah laksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Selideki kenapa suami tidak melaksanakan tanggungjawabnya? Kenapa mengabaikan? Lihat punca masalah yang terjadi, berbincang dan berdoa moga ada petunjuk dan jalan kelaur masalah.

    Perceraian   adalah jalan kelaur terakhir sekiranya tidak ada lagi usaha-usaha untuk berdamai. Memang Allah halalkan perceraian tetapi sebelum itu perlulah ikut  caranya.

    Bukan sesuatu yang mudah untuk seorang isteri memohon cerai jika suami tidak mahu menceraikan. Tuntutan fasakh pula mengambil masa yang lama dan mesti disertakan berbagai dokumen sokongan.

    Semoga bersabar , cari orang tengah untuk bantu mencari jalan keluar masalah antara puan dan suami.

    Fakir Billah

    • *
    • Posts: 916
      • View Profile
    Reply #18 01 April, 2012, 10:36:18 AM
  • Publish
  • :)
    salahkan seorang isteri meminta cerai dari suami
    sedangkan seorang suami tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami
    dan mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah zahir kepada anak-anak serta isterinya?

    Meminta cerai itu tidak salah, cuma salah laku siapa mencerai siapa.
    Penceraian berlaku bilamana ikatan diputuskan, diniat , dilafaz dengan perbuatan yang waras.
    Di sini berlaku sesudah adanya saksi.

    Sebelum ucapan dan permintaan cerai itu, sebaiknya pihak isteri berkelakuan baik yakni sampaikan kepada si suami apakah niat, kenapa lafaz yakni untuk apa persoalan cerai ( memulai dengan sifat berlapang dada ).  Menerima pendapat si suami dengan ikhlas dan bukan perasaan ( nafsu ).

    Kerenah suami , si isteri terkadang tidak faham apa yang sebenarnya.
    Si isteri selalunya melihat dari kacamata luaran.  Masalah si suami adalah berat, terkadang memerlukan masa, pengorbanan keluarga dan bantuan semangat.
    Si suami mana yang mahu rumahtangganya hancur, tak seorang pun mahu demikian rupa.

    Si isteri sepatutnya boleh meminta cerai masalah rumahtangga dengan masalah yang ditanggung si suami.  Bukan minta cerai perkahwinan.
    Beri masa si suami berubah, mohon pertolongan Allah dan kedua dua pihak sama sama bermohon.
    Sama sama ceraikan masalah yang ada dan bukan cerai bila ada masalah. 
    Setiap apa yang kamu makan, kamu rasa, kamu sentuh, kamu lihat , kamu hidup adalah dari Allah.  Kamu hakmilik Allah, dan bukan hakmilik sesiapa di dunia ni.
    Kamu patut berserah pada Allah, bukan pada perasaan semata mata. Hukum diri sendiri dan bukan orang lain.  Terima ujian dengan suka dan bukan hanya hendakkan suka, tetapi datang duka, semua jadi gila.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    13 Replies
    2516 Views
    Last post 23 April, 2011, 12:05:37 AM
    by cahayE_matE
    5 Replies
    502 Views
    Last post 05 March, 2014, 02:48:10 PM
    by Paduka81
    21 Replies
    1376 Views
    Last post 14 July, 2014, 03:41:35 PM
    by Akmal Razak