Selawat Tafrijiyah

Author Topic: Selawat Tafrijiyah  (Read 10758 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14507
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
23 October, 2010, 08:24:49 PM
  • Publish Di FB

  • Selawat  Tafrijiyah

    Selawat TAFRIJIYAH atau dipanggil Selawat NARIYAH





    "Ya Allah! Limpahkanlah   rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada   junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu   yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta   didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul   Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan   lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada   keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas   dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai   seluruh alam".



    Selawat Nariyah disebut juga selawat   "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini   jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT.   Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan   lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan   selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia   mampu.


    Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan   dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau   di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah   dibaca sehingga 4,444 kali.


    Kata Imam Addainuri Rahimahullah   sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11   kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan   mencapai ke derajat yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang   membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT   hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala   peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.

    1. Menurut   Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari   setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan   mendapat kedudukan yang tinggi.

    2. Menurut Imam Al-Qurtubi,   barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan   menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

    3.   Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan   terbuka beberapa rahsia ghaib.4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444   KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat. 
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 23 October, 2010, 08:26:55 PM
  • Publish Di FB
  • Selawat Tafrijiyah.wmv




    Kita sebagai umat Baginda seharusnya tidak putus2 berselawat baginya   semata-mata kerana bersyukur dan mengharap syafaat dari Kekasih Allah   ini.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #2 23 October, 2010, 08:37:43 PM
  • Publish Di FB
  • Sholawat - Sholawat Nariyah


    Ambil bacaan selawat ini sebagai latihan untuk melancarkan bacaan  selawat bagi sesiapa yang ingin menghafalnya. Jangan pulak lihat siapa yang mendendangkannya.

    mas3105

    • *
    • Posts: 54
      • View Profile
    Jawab #3 23 October, 2010, 09:07:37 PM
  • Publish Di FB



  • Subhanallah..syukran atas perkongsian Ummi..
    akan diamalkan.. :ins:

    muslimahh

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Jawab #4 01 December, 2011, 09:57:05 AM
  • Publish Di FB
  •  :)

    ada ssiapa yg tahu matan hadith ni?
    sy lg brsemngt nk aml ssuatu bila tahu ianya ma'thur..

     :ins: :jaz:

    Ace Abbas

    • *
    • Posts: 417
      • View Profile
    Jawab #5 23 January, 2012, 04:56:32 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Saya dapat salawat ni dari ustad saya. Ustad suruh baca 11 kali sebelum tido dan 11 kali selepas Subuh. Kalau saya buat amalan ni selama 202 hari, insha Allah, saya dapat habiskan 4444 tu. Jadi, saya nak tanya, pasal khasiat salawat ni yang keempat tu.

    "4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444   KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.  "

    Kalau saya baca satu hari 22 kali selama 202 hari, adakah saya sudah dikira melakukan 4444 kali tu?

    Terima kasih.

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #6 23 January, 2012, 06:43:01 PM
  • Publish Di FB
  • Yang terbaik, dendang dan alunkan selawat ini atas rasa cinta mengharapkan keberkatannya...sesuai ayat quran...innallahawamalaikatahu yusollu na'alannabiyy, ya ayyuhallazina amanu sollu alaihi wasallimu tasliima...

    Dalam bilangan yang disebut itu ada ilmu dan kefahamannya...1,3,7, 21, 33 adalah bilangan ganjil...Allah suka kepada yang ganjil..313 itulah bilangan tentera Islam dalam Perang Badar yang kekuatan mereka menewaskan bilangan musyrikin yang jauh lebih besar....4444 pun ada cerita dan rahsianya....yang dimaksudkan mencukupi bilangan itu ialah istiqamah setiap hari...Bila kita mengamalkan selawat, pelihara sunnah dan adabnya seperti mandi jangan bertelanjang, kencing jangan berdiri, jangan marah kecuali marah yang hak dan lain-lain lagi..

    Bacaan selawat tak perlu matan...cuba faham maksud ayat quran di atas...Banyak para ulama' dan wali menyusun selawat tersendiri menyatakan rasa kasih kepada baginda saw...Amal saja asal maksud selawat itu baik...setiap selawat ada kenaikannya yang tersendiri kepada para pengamalnya...
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    Ace Abbas

    • *
    • Posts: 417
      • View Profile
    Jawab #7 23 January, 2012, 08:41:51 PM
  • Publish Di FB
  • Ajaran ustad pun dimulakan dengan lafaz nafi isbat sebanyak 313 kali pada permulaan. Ustad yang lagi satu pulak kata, tak ada bid'ah dalam salawat. Ummul Mukminin Sayyidatina Aisha RA pun pernah puji Rasulullah SAW tapi Rasulullah SAW tak ada pun kata, "itu bid'ah, ya Aisha!". Adik saya dapat salawat syifa dari cikgu dia. Tapi tak ada pulak suruh lafazkan dengan bilangan tertentu.

    Saya ada terbaca satu cerita tentang Sheikh Nariyah. Katanya Sheikh Nariyah hidup zaman Rasulullah SAW dan pada suatu malam Sheikh akan baca Salawat Tafrijiyah/Nariyah ni selama 4444 kali. Dan satu hari tu, Sheikh jumpa dengan Rasulullah SAW dan minta untuk dimasukkan ke syurga. Rasulullah SAW pun doa supaya Sheikh masuk syurga dan Sheikh Nariyah pun dijamin ke syurga. Lepas tu ada seorang lagi sahabat minta untuk masuk syurga. Tapi Rasulullah SAW tak doakan. Sebab Rasulullah SAW tahu amalan Sheikh Nariyah setiap malam. Sedangkan sahabat yang satu lagi tu tak beramal macam Sheikh Nariyah.

    Sumber: http://www.indospiritual.com/artikel_mengenal-keampuhan-sholawat-nariyah.html

    Cerita ni agak menimbulkan tanda tanya bagi diri saya. Pertama, siapa sebenarnya Sheikh Nariyah? Saya tak pernah tahu Rasulullah SAW ada sahabat bernama Sheikh Nariyah dan saya tak pernah tahu ada gelaran "Sheikh" pada zaman Rasulullah SAW.

    Yang kedua, saya rasa agak mustahil untuk lafazkan Salawat Nariyah ni sebanyak 4444 kali dalam satu malam. Sebab satu kali salawat pun dah amek masa lebih kurang 30 saat ke satu minit. Kalau 4444 kali, dah amek masa 2222 minit ke 4444 minit (atau antara 37 jam hingga 74 jam).

    Saya tak meragui salawat tu. Saya beramal dengan salawat tu. Salawat tu ada unsur spiritual dan puji-pujian yang tinggi serta merupakan suatu tawassul. Tapi yang saya ragui ialah cerita tentang Sheikh Nariyah ni. Harap dapat pencerahan.
    « Last Edit: 23 January, 2012, 08:54:23 PM by Ace Abbas »

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #8 24 January, 2012, 03:45:52 PM
  • Publish Di FB
  • Jika ragu tentang cerita berkenaan Syeikh Nariyah tu, jangan percaya. Saya pun tak pernah dengar juga. Jadi amalkan saja berapa saja bilangan yang disukai dan yakin dengannya. Jika rasa mustahil, cuba dulu, ambil cuti untuk beramal sampai tamat, Lepas tu rasakan sendiri sinaran selawat tu..

    Jika ikut disiplin ilmu guru-guru yang saya temui, kita buat stok selawat untuk diri sebanyak 12,000 kali. Zikir nafi itsbat (tahlil) tu stoknya 70,000 kali, baru cantik jika nak jadi naqib atau khalifah tahlil, insya Allah sampai pahala, maksud dan tujuan majlis tahlil tu kepada siapa yang diniatkan. Nak buat stok, niatnya of course lillahi ta'ala...

    Ace Abbas

    • *
    • Posts: 417
      • View Profile
    Jawab #9 24 January, 2012, 04:37:13 PM
  • Publish Di FB
  • Okay, insha Allah. Terima kasih. Jazakallah.

    Ustad saya yang satu lagi tu pun pernah khabar, kalau nak selamat daripada seksaan api neraka yang paling kecil, lafazkan nafi isbat 70,000 kali. Kalau nak atasi nafsu amarah, lafazkan (kalau tak silap saya la) "la ilaha illallah, muhammadur rasulullah, fi kulli lamhatin wa nafasin 'adada ma wa si'ahu 'ilmullah" sebanyak 70,000 kali. Alhamdulillah saya dah selesai 70,000 nafi isbat tu. Tapi still buat lagi sampai sekarang. Sebab 70,000 kali yang saya buat dulu tu, saya rasakan tak semuanya berkualiti. Wallahu a'lam.

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #10 24 January, 2012, 04:38:57 PM
  • Publish Di FB
  • Okay, insha Allah. Terima kasih. Jazakallah.

    Ustad saya yang satu lagi tu pun pernah khabar, kalau nak selamat daripada seksaan api neraka yang paling kecil, lafazkan nafi isbat 70,000 kali. Kalau nak atasi nafsu amarah, lafazkan (kalau tak silap saya la) "la ilaha illallah, muhammadur rasulullah, fi kulli lamhatin wa nafasin 'adada ma wa si'ahu 'ilmullah" sebanyak 70,000 kali. Alhamdulillah saya dah selesai 70,000 nafi isbat tu. Tapi still buat lagi sampai sekarang. Sebab 70,000 kali yang saya buat dulu tu, saya rasakan tak semuanya berkualiti. Wallahu a'lam.
    Ya betul tu..

    nursolehah

    • *
    • Posts: 135
    • "Perbaiki diri dan serulah orang lain"
      • View Profile
    Jawab #11 24 January, 2012, 04:57:33 PM
  • Publish Di FB
  • Okay, insha Allah. Terima kasih. Jazakallah.

    Ustad saya yang satu lagi tu pun pernah khabar, kalau nak selamat daripada seksaan api neraka yang paling kecil, lafazkan nafi isbat 70,000 kali. Kalau nak atasi nafsu amarah, lafazkan (kalau tak silap saya la) "la ilaha illallah, muhammadur rasulullah, fi kulli lamhatin wa nafasin 'adada ma wa si'ahu 'ilmullah" sebanyak 70,000 kali. Alhamdulillah saya dah selesai 70,000 nafi isbat tu. Tapi still buat lagi sampai sekarang. Sebab 70,000 kali yang saya buat dulu tu, saya rasakan tak semuanya berkualiti. Wallahu a'lam.
    Ya betul tu..
    Sabda Rasulullah SAW" Tidak berguna hari ini bagiku andai tidak bertambah ilmuku pada hari ini"

    IbnuFauziSunni

    • *
    • Posts: 16
      • View Profile
    Jawab #12 29 September, 2013, 06:46:40 PM
  • Publish Di FB
  • Tahlil ﻟﺎ ﺍﻟﻪ ﺍﻟﺎ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﺤﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﻓﻲ ﻛﻞ ﻟﻤﺤﺖ ﻭﻧﻔﺲ ﻋﺪﺩ ﻣﺎ ﻭﺳﻌﻪ ﻋﻠﻢ الله

    Bukan ke tahlil dari tarekat sufi Ahmadiah Idrisiah???

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4918
      • View Profile
    Jawab #13 29 September, 2013, 07:38:05 PM
  • Publish Di FB
  • ASAL SELAWAT 

    Salawat Munjiyat
    Salawat Nariyah atau Tafrijiyyah
    Salawat Syifaa
    Salawat Li Tausii’il Arzaaq
    Salawat Fatih
    Salawat Ibrahimiyah
    Salawat Nur
    Salawat Futuh
    Salawat Sir
    Salawat Tafrijiyah Lil Imam As Sanusi

    dari mana asal semua selawat ini?


    Bismillahi wal hamdulillah ,

    Al-Jawab :

    Memang banyak terdapat selawat-selawat Nabi saw yang ‘direka-reka’ oleh golongan tertentu dengan disertai fadhilat serta kelebihan-kelebihan tertentu yang akan diperolehi oleh mereka-mereka yang membacanya dengan jumlah-jumlah tertentu.Seperti :

    1. Jika membaca 300 kali selawat munjiyat akan terselamat dari karam atau tenggelam di lautan.Bila

    membacanya 500 kali pula akan mendapat rezeki yang banyak.

    2. Membaca Selawat al-Fatih seperti yang dinukil oleh Al-Kabir Sayyid Muhammad al-Bakri sebanyak 11 kali setiap kali lepas sembahyang akan mendapat hati yang tenteram dan diampun segala dosa-dosanya.Jika dibaca 21 kali akan dilapangkan rezeki dan bila dibaca 1000 kali akan bermimpi berjjumpa Rasulullah saw.

    3. Jika membaca sebanyak 313 kali selawat Nariyah / tafrijiyyah akan terbuka beberapa rahsia ghaib.

    Dan banyak lagi……..

    Apa yang jelas , kesemua selawat-selawat di atas adalah hasil karangan beberapa tokoh ulama dimasa lalu sehinggalah ianya dijadikan amalan dan pegangan masyarakat Nusantara.

    Kami ingin memetik sebuah hadis Baginda rasulullah saw tentang persoalan bagaimana caranya untuk kita berselawat kepada baginda saw :

    قد أمرنا الله أن نصلى عليك ، فكيف نصلى عليك ؟ قال : قولوا : اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على آل ابراهيم وبارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على آل ابراهيم ، والسلام كما قد علمتم.

    Maksudnya : “Sesungguhnya kami telah diperintahkan untuk berselawat ke atas kamu , maka bagaimanakah caranya kami ingin berselawat ke atas kamu?….Berkata Rasulullah saw : Katakanlah oleh kamu : Allahumma solli ‘ala Muhammad……………………………………………………….. dan berilah salam sebagaimana yang kamu ketahui.

    ( Hadis SAHIH Riwayat Imam Muslim : 1 / 305 / 405 , Tirmizi : 3220 , Malik (Al-Muwattho) : 1/165/397 , Ahmad : 22406 )


    Maka , berselawatlah dengan bentuk selawat yang diajarkan oleh Baginda saw kepada kita dalam amalam harian kita semua.

    WA

    Ruj :

    Jalaul Afham fi as-Solati was Salami ‘ala khairil Anam , oleh al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziah.

    tambahan

    UZAR - Manhaj Terbaik dalam Ibadat Doa & Zikir (Istighfar, Selawat)

    786

    • *
    • Posts: 277
      • View Profile
    Jawab #14 29 September, 2013, 11:42:04 PM
  • Publish Di FB
  • berapa panjang selawat daaa .. Nabi s.a.w. ajar lagi senang ... dan tu direct terus dari Nabi, maknanya direct dari Allah juga, bukan dari mana-2 tok guru ... jadi, jika ikut pertimbangan, selawat yg mana lebih POWER!!!???

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #15 30 September, 2013, 09:45:59 AM
  • Publish Di FB
  • Yang Nabi saw ajar pun amalkan. Yang diperolehi@diijazahkan oleh tok guru pun amal juga. Nak bagus lagi cari dari mana pula asal selawat yang dikatakan dari tok guru tu. Mesti ada kisahnya. Masing-masing tok guru yang amal selawat tu dan terima dari tok guru sebelumnya ada kisah tersendiri. Terutama tok guru yang 'amilin dan teramat dalam fahamnya terhadap sesuatu ilmu yang diamalkannya.

    Orang sekarang ni banyak songel, komplen macam-macam. Itu salah satu bezanya dengan orang dulu yang hebat tapi tak angkuh dan sombong, berhati suci. Orang sekarang,hujah hebat kalah imam-imam mujtahid, tapi kosong. Dalam hati penuh takabbur tapi tak mau sedar. Punyalah sombong dan angkuh. Selalu menidakkan tok guru yang tawaduk. Perasan diri hebat dan alim.. @ujub. Wana'uzubillah..
    « Last Edit: 30 September, 2013, 09:49:21 AM by nazri0070 »

    786

    • *
    • Posts: 277
      • View Profile
    Jawab #16 02 October, 2013, 12:52:59 AM
  • Publish Di FB
  • Ini bukanlah masalah sombong, angkuh, perasan diri hebat atau apa saja yang ingin anda katakan, semuanya itu hanya terbit dari sangkaan anda semata-2 ... Cumanya kita lebih percaya pada selawat yang Nabi sendiri ajarkan ... kalau kita lihat disiplin para sahabat, andai ada sesuatu yang baru pasti mereka akan selidik sama ada ianya datang dari Rasulullah s.a.w atau sebaliknya ? Sahabat bertegas terhadap apa saja amalan yang tiada sumbernya dari Rasulullah s.a.w. Adakah anda nak kata yang sahabat Nabi s.a.w angkuh dan sombong?

    Benarlah kata Nabi s.a.w, akhir zaman Islam akan kembali asing sebagaimana asingnya (malah dianggap sombong, angkuh dan takabbur) mereka yang beriltizam dengan amalan-2 sunnah dan meninggalkan ibadah-2 rekaan.


    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #17 02 October, 2013, 08:26:33 AM
  • Publish Di FB
  • Masalahnya kita semua bukan sahabat nabi saw. Kita umat nabi saw. Sahabat berjumpa secara terus hidup-hidup dengan nabi saw. Kemudian sahabat pula menggantikan nabi saw. Tabi'in mengambil ilmu termasuk hadis dari sahabat. Kemudian tabi'in pula menggantikan sahabat. Begitulah bersambung-sambung sehingga sampai kepada tok guru kita. Satu lagi masalah iaitu hadis. Hadis tidak dikitabkan sehinggalah pada abad ke2 hijriyyah. Lain dengan Quran. Quran dikitabkan sejak nabi masih hidup dan dikumpulkan sejak Abu Bakar ra menjadi khalifah.

    Kita justeru mendapat khabar melalui kitab dan mulut tok guru. Elok benar kita mendapatkan kefahaman yang baik melalui berguru, bukan hanya membaca lebih kurang, guna logik lalu terus membuat kesimpulan. Akhirnya kefahaman kita terhadap sesuatu ilmu agama menjadi cetek. Kita juga yang rugi.

    Tapi bab keduniaan pandai pula kita memahaminya mengikut selera nafsu. Dari tiada apa, bilik solat panas kita pasang kipas, tak tahan panas, cari duit pasang hawa dingin. Walhal dalam hadis-hadis yang kita baca Rasulullah saw sujud pun atas tanah. Bilik tak de kipas dan hawa dingin. Di rumah nabi saw tak de kerusi meja. Sungguh sederhana. Masya Allah. Berkenderaan naik unta dan kuda.

    Walau apa sekalipun. Rukun tetap rukun. Yang wajib tetap wajib. Yang haram tetap haram. Kecuali ada rukhshah dan darurat. Hukum amal selawat di luar solat waktu tahiyat, apa pula? Sunat? Sunat muakkad? Atau apa?

    Banyak lagi sebenarnya ilmu yang kita masih blurr... Justeru usah mudah menghukum.

    Dah ramai terlahir wali Allah. Bersama mereka terlahir juga selawat tertentu. Masya Allah.
    « Last Edit: 02 October, 2013, 11:21:37 AM by nazri0070 »

    stampan

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Jawab #18 02 October, 2013, 09:03:25 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum,

    amalan yang saya dapat:

    Baca Yasin Fadhillah

    setiap ayat berakhiran "mubin"  baca Sholawat Fatih 10x Pagi, Sholawat Munjiat 10x petang(sore), Sholawat Nariyah 10X Malam.

    Inshaa Allah, pintu rezeki, kemulyaan dan ridho Allah SWT bercurah  :aamiin:

    INFO
    didalam surat Yasin ada 7 ayat yang berakhiran "Mubin"....

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #19 02 October, 2013, 10:38:47 PM
  • Publish Di FB
  • Ya stampan. Benar. Ilmu Allah tu luas... Masing-masing beramal mengikut kefahaman. Fahm cetek, dapat cetek. Faham dalam, tinggi nilaiannya. Macam orang menyelam laut dalam, dapat mutiara yang tinggi harganya.. Insya Allah.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    8 Replies
    20545 Views
    Last post 05 October, 2009, 07:44:35 AM
    by Ummi Munaliza
    2 Replies
    4795 Views
    Last post 23 November, 2012, 10:27:01 AM
    by yop
    4 Replies
    2987 Views
    Last post 03 October, 2013, 06:27:36 PM
    by al_ahibbatu