Zikir, Kaedah dan Cara Paling Afdhal

Author Topic: Zikir, Kaedah dan Cara Paling Afdhal  (Read 65968 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

nazri0070

  • *
  • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
    • View Profile
Reply #40 22 October, 2010, 10:46:14 AM
  • Publish
  • Berkenaan logik akal, bagi saya ada seksyen-seksyen tertentu akal logik wajib tewas kepada Al Quran dan Hadis-hadis sampai kiamat takkan berubah. Antaranya ialah dalam bab hukum-hakam agama seperti apa yang telah diharamkan dan telah dihalalkan oleh Allah dan RasulNya, tidaklah sama sekali boleh dilogikkan untuk mengubah hukum, nescaya akidah akan terbabas.Tetapi jika keilmuan dan kefahaman ada, direnungi sedalam-dalamnya akan sebab-musabab hukum itu, insya Allah akan terhurai 1001 hikmah atas pengharaman dan penghalalan sesuatu itu bagi orang yang mahu mengambil pelajaran dan pengajaran.

    Tapi dalam bab kehidupan dunia, hukum-hukum sains, fizik dan seumpamanya, ada waktunya akal logik boleh diambilkira.

    Bicara ilmu ketuhanan, ilmunya teramat luas. Yang pasti jangan sesekali kita mensyirikkan Allah, Tuhan seru sekalian alam. Bawalah tauhid, ilmu kenal Allah sekenal-kenalnya di mana-mana, setiap ketika dan dalam keadaan apa sekalipun, dengan amalan hak yang murni...insya Allah...beruntung.. itulah slogan semua para Nabi dan Rasul...Itulah jalan auliya' dan solihin...

    Perkara mencarik adat, pada sesetengah orang dipanggil karomah, akal logik tak berperanan lagi.
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    RS^

    • *
    • Redha&Syukur: Rohku, ingat detik kembalimu kpdNya
      • View Profile
    Reply #41 22 October, 2010, 11:39:46 AM
  • Publish
  • Saya cuba memahami isu yang diketengahkan, kerana hujah masing-masing panjang, pening gak nak menghadamnya senyum*


    Faham tak faham isu..saya tumpang sekaki.


    CD ni belajar secara tak interaktif, kita tak dapat bertanya balik apa yang kita kurang faham atau was2.


    Saya kenal sistem pembelajaran sekolah agama johor, ustaz setelah terangkan secara teori contohnya berwuduk & solat, dia tunjukkan contoh pratikal. Lepas itu seorang demi seorang murid praktis depannya. Ustaz lihat betul tak betul murid buat, dengar sekali bacaan murid menepati sebutan/makraj atau tidak. Ustaz ini pun mengulangi proses/cara belajar dengan gurunya dulu.


    Bila belajar dari CD, guru dalam CD tak dapat 'mengiyakan' betul tak betulnya kita beramal/berzikir. Zikir ini makraj kena betul secara lafaz arabnya, jika berdasar ejaan rumi lagi tak tepat makrajnya.


    Sebut tentang Halaqah, Halaqah online ini tak sama kaedah/cara dengan halaqah sebenar/nyata. Halaqah sebenar ada seorang mas'ul (ketua) atau murrabi (guru) yang meneliti kefahaman kita betul atau tidak dari segi sebutan dan praktisnya. Mas'ul/murrabi ini dia pun ada halaqah lain yang dia jadi murid, ada mas'ul/murrabi di atasnya. Jadi sistem pengajiannya masih tak terputus sanad.


    Halaqah.net ni...kita datang2..kita terus bahas je..siapa ketua kita? Kita muridkah atau kita lantik diri jadi ketua? Jika nak disistemkan, yang baru datang mesti diletakkan di bawah seorang ketua. Ketua ini jaga 5 atau 6 orang anak murid. Ketua ini perlu ada satu halaqah lain yang dia pula jadi murid antara yang 6 itu. Jika payah nak faham pasal saya tak ada cartanya senyum*
    Aku musafir yg mencari kebenaran. Seorang manusia yg mencari erti kemanusiaan di antara manusia. Seorang warganegara yg mencari negerinya kemuliaan, kebebasan, kestabilan & kehidupan yg baik dlm naungan Islam yg hanif.

    http://bro-rs.blogspot.com/

    http://lamanpuisi-rs.blogspot.com/

    nazri0070

    • *
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #42 22 October, 2010, 12:01:24 PM
  • Publish
  • اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم


    anda mungkin rasa seperti di awang²an,
    anda mungkin rasa seperti di dalam ketuhar!!
    anda mungkin rasa seperti berada di puncak Gunung!!
    Ini semua terserah kepada Pencipta kita. Wallahualam....
    Saya belum mahu komen kenapa jadi begini apabila sesetengah orang dalam berzikir berlaku sesuatu ke atas dirinya. Secara ibaratnya, itulah dirinya buat orang di peringkat ini mengikut kefahaman yang ada.


    Nikmat zikir bukannya begini ...ini  masih pada peringkat makhluk ..Namun  syukur Alhamdulillah dalam waspada dan hati2 kerana ia mungkin ghalib pada hal ..yak ni pada zikir itu dari Allah kepada kamu ...baguslah jika diperhalusikan lagi ...kerana peringkat ini peringkat rasa atau ahwal ..boleh jadi benar boleh jadi muslihat musuhmudengan pimpinan dari zikir begini akan menuju pada nikmat Ilahiyyah dan Rabbaniyyah ...ini antara juzuk zikir ...Zikir Diri yang Berzikir ...yakni dari Allah kepada Allah dan bukan lagi dari Allah kepada kamu ...jika mahu maju ..maka perlukan pimpinan ...mudah2an kerana itulah ketaatan itu AnugerahNya ...pada diri akan menjadi keyakinan bilamana berzikir ..kerana itulah juzuk iman ...yakin yang bukan dibuat-buat  yakin dan iman yang tidak boleh dibuat2 beriman ..kerana Allah jualah yang menambah iman dan Allah jualah yang menambah keyakinan inilah antara huraian "memperbaharui" iman ...kerana yakin yang diyakinkan olehNya itu bersifat kekal kerana Dia bersifat Baqa (Kekal) yang Mutlak lagi sempurna jika yakin yang bukan dari yakin Dia ..itulah yang bermusim ...sekejap dalam ketuhar ..sekejap atas gunung ...sekejab di awang2an ..hal sedemikian tiada di dalam pernyataan ayat bagi ahli zikir Mohonlah padaNya yang bersifat Rahman dan Rahim ..Kerana mengingatiNya itu  ..yakni menyebut NamaNya ...Allah .. itu dengan kasih sayang dan pengharapan ...kerana namaNya AsmaNya itu tidak bercerai dengan DzatNya diriNya ..berbanding makhluk ..namanya bercerai dengan empunya nama ...Dia Dzat Suci tidak bercerai AsmaNya dengan Empunya Asma (DiriNya)Mudah2an Allah permudahkan ..Kembalikan kepada Allah ...Allahumma Amin ya Lathiff

    ..Benar nasihat Pak Din, perlu dibimbing dan dipimpin supaya lebih sempurna dan cantik. Ijazah tu maknanya lebih kurang memberi izin beramal, murid beramal dengan amalan yang dijazah/diizin seorang guru dengan ilmu dan kefahaman tertentu (apa sahaja jenis amalan) yakni menuntut ilmu secara lebih halus dan mendalam, antaranya belajar bila terjadi begini, apa petandanya dan sebab-musababnya? Kenapa wirid begini datang, rasa menjadi begini dan begini? Lain pula halnya, jika si murid mengambil bai'ah (janji) dengan guru, kebiasaanya dalam kumpulan-kumpulan tarikat atau kerohanian tertentu adanya bai'ah ni. Iaitu bai'ah untuk beramal dengan amalan-amalan tertentu.
    Lalu murid beramal atas bai'ah tu di bawah pimpinan dan bimbingan guru.

    Ada orang yang arif dapat mengawal rasa yang pelbagai tu datang kepada orang di bawah bimbingannya. Ada orang yang arif mengenal orang yang dibimbingnya lebih kenal dari ibunya sendiri yang kenal akan anaknya. Ada orang yang arif membimbing orang lain dan orang lain itu pula menjadi lebih hebat darinya sendiri contohnya bagaimana terzahirnya Wali Allah seumpama Syeikh Abu Yazid Al-Bustami dan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani atau Syeikh Bahauddin Al-Naqsyabandi atau Syeikh Abul Hasan As-Syazili atau Tokku Paloh atau Tok Kenali atau Tuan Tulis? Bila dah cantik berwirid, berzikir datanglah warid. Tapi contoh tuan ifahuzir beri tu, adakah warid begitu halnya?


    Natijahnya membawa seseorang kepada ketaqwaan hakiki yang diredhai Allah dan RasulNya. Menjadi insan soleh yang bertaraf hamba Allah insan kamil..punya hati nurani.

    Reply #43 22 October, 2010, 12:25:29 PM
  • Publish
  •  :syukur:
     
    "'DIA' mengkhususkan bahasan tentang keadaan hambaNya ketika menghadap Allah, dia bahas secara detail, sebuah bahasan yang tidak kami temukan dalam tulisan lainnya."
     
    So.. maksudnya disini... saya x lah salah kan.. kan..kan..? (* dalam keadaan gembira sesangat..)
    Apa yang saya rasa dan apa yang saya fikir.. ianya untuk saya... DAN saya ingin kongsikan kepada pembaca semoga pembaca yang membaca mendapat sedikit motivasi agar tidak meninggalkan apa yang telah mereka buat demi untuk DIRI SENDIRI.. jika ia mengaibkan diri sendiri pun saya akan nyatakan disini..
    apakah kuasa saya.... nak mengadu kat guru, x caya kat guru.. Ngadu kat Allah s.w.t je lah.. dan kat forum camnih.. :sedihnya:...

    Semoga Allah memberikan keikhlasan bagi penulis sekelian yang memberi perkongsian nasihat dan ilmu serta cara melaksanakannya, dan sy harap, tulisannya dapat bermanfaat bagi kaum muslimin. Sesungguhnya tiada daya dan upaya serta kekuatan diri ini kecuali kerana Allah s.w.t.
     
    Pesan Nabi s.a.w "DIAM itu lebih baik dari banyak berkata²".
     
    maafkan saya.. saya pohon maaf kepada semua ahli dan admin forum.. harap dimaafkan.

    Reply #44 22 October, 2010, 02:51:44 PM
  • Publish
  • BANYAK SEBENARNYA CARA-CARA, MAKAM-MAKAM, PERNAFASAN DAN SEBAGAINYA BILA BERZIKIR....INSYA ALLAH JUMPA KITA SEMBANG-SEMBANG

    Nak tau yang nih... (*merengek² cam dak kecik..)
     
    kongsi ilmu ni dalam forum ni xleh ker tuan?..
     
     

    Reply #45 22 October, 2010, 03:40:31 PM
  • Publish
  • Satu perkongsian dari Kulafah Al-Rasyiddin yang terAkhir..
     
    "Ada sekelompok orang yang beribadah kepada Allah karena menghendaki keuntungan. Itu ibadahnya pedagang.
    Ada lagi sekelompok orang yang beribadah kepada Allah karena takut akan siksa. Itu ibadahnya budak.
    Kemudian, ada sekelompok orang beribadah kepada Allah semata-mata karena cinta dan wujud syukur kepada-Nya. Itulah ibadah orang merdeka."Ali ibn Abi Thalib
     
    dimana saya? erm... tetiga ader.. :sedihnya: camner tu?

    nazri0070

    • *
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #46 22 October, 2010, 06:41:27 PM
  • Publish
  • Tuan ifahuzir, ummu fatimah! Cara saya begini, setiap hari......

    1.Istighfar banyak-banyak, sambil mengenang dosa-dosa dengan Allah dan dengan manusia...Astaghfirullahal'azhiim, wa atubuilaih (ni kalimah istighfar yang paling pendek) sebab Nabi saw yang dijamin Allah masuk syurga pun istighfar juga. Dari riwayat hadis..jumlah sehari-hari Nabi beristighfar 70x@100x....takkan kita umatnya 100x juga kut! Dalam bab duit mesti nak yang terbanyak, kan? Jadi jika mampu 1000x. Jika mampu buat yang lebih panjang (yang biasa kita dengar di mana-mana)...saya pun sesekali terlebih sibuk urusan dunia, badan letih kerana nafsu...terkurang juga sekali-sekala...tapi bangun semula...azam lagi 1000x tiap-tiap hari. Yang baiknya nak cepat lagi 5000x lagi power....tapi penuh kefahaman...kena iring solat sunat taubat dan mandi taubat...

    2. Solawat ke atas Nabi saw...Allah dan para malaikatNya bersolawat ke atas Nabi, wahai orang-orang yang beriman bersolawatlah ke atas Nabi...Allah yang berfirman...macam kat atas juga bilangannya....pilihlah mana-mana solawat yang disukai..bila dah amal solawat, maka kena buat amalan sunnah yang termampu sebagai contoh..jangan kencing berdiri...jangan mandi koboi ya..

    3. Hauqalah (lahaulawala...azhiim)...serahkan semuanya kepadaNya....bilangannya lebih kurang macam atas...tapi saya amal 100 aje...kalimah ni jadi pohon dlam syurga

    4. Tadarus Quran jangan lupa sebab inilah kalamNya.....jika mampu fahami maksudnya sedalam-dalamnya...

    5. Usahakan agar senantiasa dalam berwuduk.....Nabi dengar sepatu Bilal dalam syurga..

    6. Lain-lain zikir seperti Allah, la ilaha illallah terpulanglah...sefaham saya zikir tahlil tu, siapa yang buat stok 70000x menjadi tebusannya dari api neraka...nak jadi ketua dalam majlis-majlis tahlil pun elok ada stok 70000x, insya Allah baru sampai untuk orang lain...Sendiri miskin, macamana nak beri kat orang, kan? Lebih baik lagi dalami Ilmu Allah ni dan lailaha illallah muhammadarasulullah ni lebih dalam supaya dapat kefahaman yang lebih dalam..

    7. Solat sunat yang muakkad iringi selalu sebelum@&selepas solat fardhu...jangan lupe, solat witir sebagai penutup amaln hari tersebut....

    8. Buat segala kebajikan (semuanya) kerana Allah bukan kerana guru, bukan kerana nak syurga, bukan nak pahala dan bidadari dan bukan dan bukan....semata-mata cinta, rindu dan syukur...bukti cinta solat tahajud jam 3 ke 3.30 pagi...sedang orang nyenyak tidur..zzzzzzzzzzzzzz, bukti cinta, laksanakan juga solat sunat yang tak muakkad - dhuha, tasbih, sunat wuduk, hajat, istikharah dan seumpamanya...adakala saya pun tak mampu...Ya Allah, aku banyak dosa......ampunilah aku....

    9. Cari ilmu untuk dapat kefahaman yang dalam akan sesuatu perkara (Ya Allah anugerahlah kami ilmu dan kefahaman, amin)..

    Nota: Canggih juga tu zikir Allah, Allah sebanyak-banyaknya..hebat zikir ni (setahu saya zikir ni salah satu zikir Rabi'atul Adawiyah pencinta Allah, seorang wali Allah perempuan yang hebat dan canggih, tapi ujiannya teramat besar. Saya akui belum mampu...Urusan dunia banyak bro....

    Lahaula walaquwwata illa billahil 'aliyyil 'azhim....Ya Allah bimbinglah kami untuk sentiasa mentaatiMu, mencintaiMu..

    Reply #47 25 October, 2010, 09:36:37 AM
  • Publish

  • Nota: Canggih juga tu zikir Allah, Allah sebanyak-banyaknya..hebat zikir ni (setahu saya zikir ni salah satu zikir Rabi'atul Adawiyah pencinta Allah, seorang wali Allah perempuan yang hebat dan canggih, tapi ujiannya teramat besar. Saya akui belum mampu...Urusan dunia banyak bro....

    Lahaula walaquwwata illa billahil 'aliyyil 'azhim....Ya Allah bimbinglah kami untuk sentiasa mentaatiMu, mencintaiMu..

     :ins: Lahaula walaquwwata illa billahil 'aliyyil 'azhim.

    Terima Kasih Tuan Nazri, Sesungguhnya Perkongsian Ilmu tuan amat memberi manfaat. Semoga tuan mendapat apa sahaja yang diHajati.

    Saya masih "tidak tetap" dalam kaedah PERNAFASAN ketika berzikir.

    Kadang² dalam satu nafas sahaja, sebutan "ALLAH" tu boleh mencapai sehingga 40x lebih..

    kalau ditanya  kepada Ilmuan, dia kata Alhamdulillah.. Boleh jer katenyer..

    Hmmm... Cara sebenar berzikir tu bagaimana sebenarnya??

    ada pendapat yang saya perolehi menyatakan sebutan "ALLAH" satu nafas (Hembus), kemudian apabila 'tarik nafas' pun boleh sebut "ALLAH" gak..
    disamping pemahaman dan "perasaan" kita sepertimana penjelasan tuan di atas.

    kemudian, yang kedua, persoalan berkaitan kedudukan hati.


    saya salin semula la ayat tu sebiji² untuk perkongsian :-

    "Sesungguhnya AKU (ALLAH) bertahta dalam baitulmukarram, itu rumah tempat laranganKU,
    berdiri di ‘dalam dada adam’. Yang ada di dalam dada itu ‘hati’, yang ada di antara hati
    itu jantung, dalam jantung itu budi, dalam budi itu jinem, yaitu angan-2, dalam angan-
    2 itu suksma, dalam suksma itu rahsa, dalam rahsa itu AKU. Tidak ada Tuhan kecuali
    hanya AKU (ALLAH) dzat yang meliputi keberadaan yang sesungguhnya.

    Kedudukan Hati itu… adalah

    Di antara hati terdapat jantung,

    Di dalam jantung ada budi

    Di dalam budi ada angan-2

    Di dalam angan-2 ada suksma

    Di dalam suksma ada rahsa

    Di dalam rahsa ada AKU (ALLAH)"

    Amat susah untuk membayanginya.. :sedihnya:.. harap pas amal zikir, lama kelamaan akan datang perasaan atau Ilham dari Allah berkenaan ini.. Lahaula walaquwwata illa billahil 'aliyyil 'azhim.

    Berikutan daripada  perkongsian daripada PakDin (muridin) semua zikir yang menyebut perkataan “ALLAH” sekiranya boleh hendaklah ditujukan kepada “HATI” (latifatul rabbani). sy x dapat nak Quote post dia kat sini.. maaf ek..
    Hrmmm... Apa tujuan nya ek? adakah untuk mengelakkan daripada terlintas perkara duniawi dalam fikiran (Nak Kusyuk) atau memang ada tenaga misteri berkenaan perkara ini?

    Semoga dengan penjelasan tuan dapat menambah Iman (Keyakinan) dalam diri Saya Khususnya dan pembaca.

    Reply #48 25 October, 2010, 01:01:27 PM
  • Publish
  • kata Imam Malik ra
    bahawasanya paling senang untuk berdoa bacalah rabbana atina fidunniya hasanah wafil akhiratihasanah waqina azzabannar
    semoga dapat mentafsirkan ayat ini kerana banyak kelebihannya

    nazri0070

    • *
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #49 25 October, 2010, 05:19:37 PM
  • Publish

  • Nota: Canggih juga tu zikir Allah, Allah sebanyak-banyaknya..hebat zikir ni (setahu saya zikir ni salah satu zikir Rabi'atul Adawiyah pencinta Allah, seorang wali Allah perempuan yang hebat dan canggih, tapi ujiannya teramat besar. Saya akui belum mampu...Urusan dunia banyak bro....

    Lahaula walaquwwata illa billahil 'aliyyil 'azhim....Ya Allah bimbinglah kami untuk sentiasa mentaatiMu, mencintaiMu..

     :ins: Lahaula walaquwwata illa billahil 'aliyyil 'azhim.

    Terima Kasih Tuan Nazri, Sesungguhnya Perkongsian Ilmu tuan amat memberi manfaat. Semoga tuan mendapat apa sahaja yang diHajati.

    Saya masih "tidak tetap" dalam kaedah PERNAFASAN ketika berzikir.

    Kadang² dalam satu nafas sahaja, sebutan "ALLAH" tu boleh mencapai sehingga 40x lebih..

    kalau ditanya  kepada Ilmuan, dia kata Alhamdulillah.. Boleh jer katenyer..

    Hmmm... Cara sebenar berzikir tu bagaimana sebenarnya??

    ada pendapat yang saya perolehi menyatakan sebutan "ALLAH" satu nafas (Hembus), kemudian apabila 'tarik nafas' pun boleh sebut "ALLAH" gak..
    disamping pemahaman dan "perasaan" kita sepertimana penjelasan tuan di atas.Luas sebenarnya ilmu nafas ni. Ada yang hurai lagi nafas, nufus, ampas, tanafas...Salah satu zikirnya Hu Allah (ha wau, alif lam lam ha), tarik nafas ingat hu, lepas nafas ingat Allah, ada maqamnya lagi turn naik tu, Tuan ifahuzir kena la jumpa guru untuk amalinya ambil izin/ijazah amalan serta ilmu dan kefahamannya. Ada lagi yang menghuraikan amalan yang lebih detail..melalui tali nyawa...

    kemudian, yang kedua, persoalan berkaitan kedudukan hati.


    saya salin semula la ayat tu sebiji² untuk perkongsian :-

    "Sesungguhnya AKU (ALLAH) bertahta dalam baitulmukarram, itu rumah tempat laranganKU,
    berdiri di ‘dalam dada adam’. Yang ada di dalam dada itu ‘hati’, yang ada di antara hati
    itu jantung, dalam jantung itu budi, dalam budi itu jinem, yaitu angan-2, dalam angan-
    2 itu suksma, dalam suksma itu rahsa, dalam rahsa itu AKU. Tidak ada Tuhan kecuali
    hanya AKU (ALLAH) dzat yang meliputi keberadaan yang sesungguhnya.

    Kedudukan Hati itu… adalah

    Di antara hati terdapat jantung,

    Di dalam jantung ada budi

    Di dalam budi ada angan-2

    Di dalam angan-2 ada suksma

    Di dalam suksma ada rahsa

    Di dalam rahsa ada AKU (ALLAH)"

    Amat susah untuk membayanginya.. :sedihnya:.. harap pas amal zikir, lama kelamaan akan datang perasaan atau Ilham dari Allah berkenaan ini.. Lahaula walaquwwata illa billahil 'aliyyil 'azhim.

    Berikutan daripada  perkongsian daripada PakDin (muridin) semua zikir yang menyebut perkataan “ALLAH” sekiranya boleh hendaklah ditujukan kepada “HATI” (latifatul rabbani). sy x dapat nak Quote post dia kat sini.. maaf ek..
    Hrmmm... Apa tujuan nya ek? adakah untuk mengelakkan daripada terlintas perkara duniawi dalam fikiran (Nak Kusyuk) atau memang ada tenaga misteri berkenaan perkara ini?

    Semoga dengan penjelasan tuan dapat menambah Iman (Keyakinan) dalam diri Saya Khususnya dan pembaca.Berkenaan hati ni, banyak juga khilaf ulama' sufi, tarikat dan kerohanian...Tengok cara, ilmu dan kefahaman guru tu dari aliran yang macamana...Bagi saya semuanya benar cuma yang terlebih benar tu yang nak diketahui (sebab tu darjat para wali berbeza-beza. Ada sampai kutub, abdal dan seumpamanya) supaya insya Allah berkat ilmu yang penuh faham dalam kebenaran lebih terasa YAKINNYA

    halawah

    • *
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #50 25 October, 2010, 05:28:06 PM
  • Publish
  •  :)

    .   سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِـهِ وَرِضَـى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ  وَمِداَدَ كَلِمَاتِهِ.         (ثلاثا)

     Maha Suci Allah dan puji-pujian untukNya,
    sebanyak bilangan makhlukNya,
    sebanyak bilangan keridhaanNya,
    sebanyak timbangan ‘ArsyNya dan sebanyak tinta untuk menulis kalimatNya.    (3X)


      لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ عَدَدَ مَـا خَلَـقَ فِي السَّمَـاءِ،
     لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ عَدَدَ مَـا خَلَـقَ فِي الأَرْضِ،
     لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ عَدَدَ مَـا بَيْـنَ ذَلِـكَ،
     لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ عَدَدَ مَـا هُوَ خَـالِقٌ.
            (ثلاثا)

      Tiada tuhan melainkan Allah,
     sebanyak bilangan ciptaan-Nya di langit,
     tiada tuhan melainkan Allah,
     sebanyak bilangan ciptaan-Nya di bumi, tiada tuhan melainkan Allah,
     sebanyak bilangan ciptaan-Nya di antara keduanya, dan tiada tuhan melainkan Allah,
     sebanyak bilangan ciptaan-Nya.  (3X)

    اللهُ أَكْبَرُ عَدَدَ مَـا خَلَـقَ فِي السَّمَـاءِ،
      اللهُ أَكْبَرُ عَدَدَ مَـا خَلَـقَ فِي الأَرْضِ،
      اللهُ أَكْبَرُ عَدَدَ مَـا بَيْـنَ ذَلِكَ،
      اللهُ أَكْبَرُ عَدَدَ مَـا هُوَ خَـالِقٌ. (ثلاثا)
      Allah Maha Besar, sebanyak bilangan ciptaan-Nya di langit,
    Allah Maha Besar, sebanyak bilangan ciptaan-Nya di bumi,
    Allah Maha Besar, sebanyak bilangan ciptaan-Nya di antara keduanya,
    dan Allah Maha Besar, sebanyak bilangan ciptaan-Nya.       (3X)

    Tidakkah akan tenang apabila kita mengingati Tuhan sekelian Alam?
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    nazri0070

    • *
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #51 25 October, 2010, 10:21:09 PM
  • Publish
  • Salam ya Ifahuzir ...

    namapun perkongsian ...

    Sudah beginilah jalan pak din ..
    kerana perkongsian pakdin zikir pada thoriqah naqsyabandiyah qodiriyah
    thoriqah itu jalan kewalian jalan kenabian menuju ketuhanan ...selayak kamu hambaNya
    kerana disiplin pak din di ambil dari pimpinan 2 orang WaliNya (manusia yang dimuliakan)
    dengan darjat kewalian pada maqam Muhammadiyah MINTA MAAF PAK DIN SEKADAR NAK TANYA, APA MAKSUDNYA DARJAT KEWALIAN PADA MAQAM MUHAMMADIYAH?...SETAHU DAN SEFAHAM SAYA TIADA INSAN ATAU SEBARANG MAKHLUK PUN BAIK NABI-NABI, RASUL-RASUL APATAH LAGI SELURUH PARA WALI BAHKAN MALAIKAT SESEKALI TAKKAN MENYAMAI MAQAM KEDUDUKAN USWATUN HASANAH SAYYIDUL MURSALIN HABIBULLAH MUHAMMAD RASULULLAH SAW. ATAU PAK DIN ADA KEFAHAMAN YANG LAIN PADA MAKSUD LAFAZ INI? BOLEH TERANGKAN?
    2 orang sahaja "Mahyuddin" di dunia ini yakni
    as Syeikhul Akhbar  Mahyuddin Ibnu Arabi
    dan Saiyidinal Qutub ar-Rabbani wal Ghaus as Syeikh Mahyuddin Abdul Qadir al Jailani ...
    itulah Naqsyabandiyah Qadoriyyah
     
    kerana Naqsyabandiyah itu terbit dari perkataan Naqasya
    Naqasya yakni Nukilan Hati ..
    Hati ini Nukilan AsmaNya ...
    Tempat berlabuh AsmaNya
    Tempat tilikan yakni pandanganNya ...
    maka Pakai Pasang dan Pahatlah pada dirimu ..

    Allah dah pesan ingat Dia banyak-banyak ...
    Dalam apa jua keadaan dalam berdiri duduk baring ...
    tak kiralah ..berdiri sembahyang ..berdiri tunggu angka giliran ..berdiri pegang mesin rumput ..berdiri pegang kayu golf
    tak kiralah ..waktu duduk ...duduk berzikir ..duduk bersembang ..duduk drive kereta ..
    tak kiralah ..berbaring ...berbaring dalam solah ..berbaring kerana sakit ..atau berbaring dalam berjimak ...
    Semuanya .."wajib" padaku ..menaqasyakan AsmaNya ...
    cuma bezanya ..dizahirkan pada lafaz atau dizahirkan pada "mulut" hati ...atau pada diri

    Pak din pun tak suruh ikut pak din ...dah namapun perkongsian ..
    (ketawa)
    Kerana pak din sendiri ada pimpinan ...
    dan pak din sendiri ada memimpin ....
    kerana beginilah  kaifiatku ..menyebutNya  Allah ...Allah ...Allah ..
    pada lafazku begini ...Allah Allah Allah
    pada hatiku begini ...Allah Allah Allah
    pada kerdipan mataku begini ...Allah Allah Allah
    pada perbuatanku begini ...Allah Allah Allah
    pada turun naik nafasku begini ....Allah Allah Allah
    pada ingatanku begini ....Allah Allah Allah
    dan pada sir qalb dan ruh ku ..begini ...Allah Allah Allah
    sampailah pada penyaksianku ...tiadalagi sebutan tiada kerdipan tiada lagi perbuatan

    jadi sudah pasti berbeza dengan kamu dan halaqian yang ada ...
    yang sama tulisan sahaja disini ..Allah Allah Allah
    namun pada matlamat kita sama kerana kamu membaca Quran Wahyu Qalam yang sama
    ..ingat Dia banyak2 ...
    jadi tidak ada beza pada pak din berdiri baca doa ..dengan berdiri nyanyi lagu negaraku ...
    kerana hakikat berdiri itu pada Zikir Diri yang Berzikir ...

    ya ifahuzir ..
    pak din tidak menyeru dirimu pada pak din ...
    tapi pak din menyeru dirimu kepada Dia dan kekasihNya ..
    carilah pimpinan ...
    kerana sebutan kalimah Allah ..berbeza kaifiat padamu pada pak din
    tetapi sama tulisan padamu ...dan pada pakdin ...

    Amatlah tidak adil jika kamu ditipu oleh seorang "guru" ..
    kemudian menghukum diri tidak mahu berguru dan lagi tidak adil pula kamu menghukum semua guru itu sama ...penipu (aisey)
    Ambillah iktibar ..kerana pak din pun guru juga ..
    guru yang menanggung hukum fardhu ain pada muridnya ..
    guru yang mengangkat hukum fardhu ain pada muridnya ...
    carilah pimpinan iya ...
    yang pasti bukan pimpinan dari pak din-lah ...
    (ketawa) ...
    carilah orang lain ...yang serasi denganmu ..
    boleh type tanya Mr Google dan Mrs Yahoo


    Mudah2an Allah permudahkan ...
    Allahumma Amin ya Lathiff

    Reply #52 26 October, 2010, 01:44:34 PM
  • Publish
  • Nah PakDin.. soklan Mr. Nazri Double 0 Seven 0.. Jawab Pleeezz..

    Yang saya ni memang x la menunjukkan kefahaman Hakiki.. Tapi mana tau la kan.. kan.. kan??
    Tetiba terbukak plak Hijab Pintu hati melalui Mata nih.. bukan mata hati.. mata betol.. (ketawa..)

    Nabi ada bersabda berkenaan "RAHMAT"
    "terdapat 100 rahmat Allah s.w.t tetapi hanya 1 sahaja diberikan kepada makhluk di bumi untuk mereka berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya agar tidak terpijak anaknya"
    (namaa buku x ingat.. "ingatan kepada hati yang lupa" kot.. karangan sape tah.. :sedihnya:)

    Yang 1 tu lah segala yang ada dimuka bumi ini.. yang kita kecapi sekarang sehingga mati..
    kongsi²kan lah yer PakDin.. x di Ijazahkan pun xper.. x kisah pun (senyum..)

    nazri0070

    • *
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #53 27 October, 2010, 09:15:31 AM
  • Publish
  • Salam ya Ifahuzir ...

    namapun perkongsian ...

    Sudah beginilah jalan pak din ..
    kerana perkongsian pakdin zikir pada thoriqah naqsyabandiyah qodiriyah
    thoriqah itu jalan kewalian jalan kenabian menuju ketuhanan ...selayak kamu hambaNya
    kerana disiplin pak din di ambil dari pimpinan 2 orang WaliNya (manusia yang dimuliakan)
    dengan darjat kewalian pada maqam Muhammadiyah MINTA MAAF PAK DIN SEKADAR NAK TANYA, APA MAKSUDNYA DARJAT KEWALIAN PADA MAQAM MUHAMMADIYAH?...SETAHU DAN SEFAHAM SAYA TIADA INSAN ATAU SEBARANG MAKHLUK PUN BAIK NABI-NABI, RASUL-RASUL APATAH LAGI SELURUH PARA WALI BAHKAN MALAIKAT SESEKALI TAKKAN MENYAMAI MAQAM KEDUDUKAN USWATUN HASANAH SAYYIDUL MURSALIN HABIBULLAH MUHAMMAD RASULULLAH SAW. ATAU PAK DIN ADA KEFAHAMAN YANG LAIN PADA MAKSUD LAFAZ INI? BOLEH TERANGKAN?


    Salam
    Benar (tahkik)
    tiada yang boleh menyamai apatahlagi melebihi atau mengatasi kekasihNya ...
    Kesemua mereka itu berada di bawah qudum kekasihNya
    kerana hanya kekasihNya jualah yang mengenali Allah  ...
    selebih dari itu ..kenal juga ...ibarat memandang di luar cermin ..
    tetapi baginda tidaklah memandang sedemikian krana tiada terhijab ...

    Di dalam kewalian itu sendiri ada maqam-maqam tertentu dan amat banyak ...BENAR, SAYA SETUJU[/b]
    Maqam Mahammadiyyah ialah maqam kedudukan tertinggi di kalangan ummat kekasihNya
    Muhammadiyah itu rujukan khusus kepada ummat kekasihNya yang mencapai zikir "makrifah"  kepadaNya
    itulah maksud "Mahyuddin" ..kerana inilah "Muhammadiyah" pada wali2Nya dari ummat kekasihNya ..SEUMPAMA KEDUDUKAN YANG TERPUJILAH ERTINYA
    bukan pada menyamai makam baginda s.a.w kerana itu MUSTAHIL ...apatahlah melebihi 2x MUSTAHIL .
    Dan MUSTAHIL ini tahkik (putus) tidak sekali-kali akan berlaku.



    Mungkin tuan nazri0070 tahu apakah Ilahiyah Muhammadiyah ? ini mungkin maksud "Maqam Muhammadiyah" pada tuan nazri0070
    dan inilah maksud "Maqam Muhammadiyyah" pada pak din ... yang hanya baginda s.a.w sahaja yang layak. Kerana pada baginda s.a.w Ilahiyat Muhammadiyah ...pada ummatnya Muhammadiyah ..YA BENAR KENA MEMAHAMI LEBIH DALAM NUR MUHAMMAD DAN HAQIQAT MUHAMMAD
    Yang mana susur galur baginda s.a.w berikan kepada 4 sahabatnya yakni Saiyidina Abu Bakar , Umar , Uthman dan Ali .yang menjadi wajib pada sahabat mencintai 5 orang ini termasuk baginda s.a.w seperti yang dipesankan oleh Ibnu Abbas r.a.BENAR

    Kerana Rahsia Kesempurnaan pada tirai Muhammadiyyah itu 3
    -Diri
    -Rahsia Diri
    -Yang Empunya Rahsia Diri
    (rasanya sedia maklum pada tuan nazri0070)INSYA ALLAH MUDAH-MUDAHAN

    Perjalanan sampai kepada maqam ini  ....hanya pilihanNya
    kita hanya mampu buat pada qadar kemampuan kitalah ...pada hal keadaan kitalah
    cuma jangan pula kita menyamakan ...kerana yang mengiktiraf sesuatu maqam itu hanyalah Dia dan kekasihNya
    Sebab itu syarat Muhammadiyah ini ..bertemu kepada baginda s.a.w ...
    kerana hanya baginda s.a.w jualah yang mengenali Allahu Jalla Jalaluhu ...
    di dalam thoriqah yang lain keadaan atau juzuk awal pada perjalanan ini dinamakan fana' Rasul ...
    inilah jalan selamat ...
    kerana TuhanMu diperkenalkan oleh kekasihNya ...(kelaziman pada thoriqah)
    inilah maksud Muhammadiyin  menuju Muhammadiyah
    ibarat ummat menuju kepada penghulu diperkenalkan kepadaNya ...SAYA SETUJU
    (perkara ini amat halus dan seni bagi mereka yang awam )

    sekadar perkongsian
    (nasik tambah lauk tambah bukan menambah2 lak )

    kerana jalan menuju kepada Dia  ada 2
    -satu dinamakan Tajalli Asma'
    -satu lagi memusyahadahkan Nur Muhammad  . PAK DIN, NAK TANYA, BAGAIMANA DENGAN TAJALLI AF'AL, TAJALLI SIFAT DAN TAJALLI ZAT? BOLEH KONGSI TAK? ADAKAH SESUDAH MUSYAHADAH NUR NABI BARU SAMPAI KEPADA TAJALLI AF'AL, SIFAT DAN ZAT? ATAU BAGAIMANA? SYUKRON PAK DIN..
    kedua2 jalan ini menuju baginda s.a.w jua ....
    Tidak semestinya jalan ini sahaja
    Allah yang bersifat Rahman dan Rahim juga mengenalkan DiriNya
    kepada yang dikehendaki ...tidak semestinya kepada yang berthoriqah (khusus) bahkan kepada mereka yang awam juga berlaku
    misalnya pada perkara Jazbah dan Majzub ..BETUL BETUL BETUL.
    Jazbah dan Majzub boleh juga berlaku pada mereka ini
    1. Jazbah mereka yang berthoriqah
    2. Jazbah mereka yang tidak berthoriqah
    bezanya yang pertama itu ada taraqi dan tanazull kerana adanya wasitah amal 
    maka yang ke dua itu tiadanya taraqi ( naik terus ) lazimnya tatkala tanazzul ..itu yang tercari2 ..tertanya2 ..
    inilah yang awam itu padanya Jazbah ...lazimnya pak din risau tatkala mereka tanazzul kembali ..
    Banyak dah berlaku perkara begini ...SAYA SETUJU.

    kedua2nya baik ..namun bilamana terkumpul
    2 kebaikan maka yang mana lebih kesempurnaan itu ia lebih dituntut ..

    inilah maksudnya ....
    hilang dirimu tatkala adanya gurumu ..
    hilang dirimu hilang gurumu tatkala adanya mursyidmu
    hilang dirimu hilang gurumu hilang mursyidmu tatkala adanya kekasihNya
    hilang dirimu hilang gurumu hilang mursyidmu hilang jua nabimu ..tatkala itu ADANya Dia 

    (jangan pula ditanya mana hilangnya kekasihNya itu ....(ketawa) )
    rasanya tuan nazri0070 faham apa yang pak din katakan ini.INSYA ALLAH, MUDAH-MUDAHAN. AL INSANU SIRRI, WA ANA SIRRAH..

    Mudah2an Allah permudahkan ..
    Allahumma Amin ya Lathiff

    amrizal

    • *
    • Mati pada Jalan Allah cita-cita Kami
      • View Profile
    Reply #54 27 October, 2010, 09:52:56 AM
  • Publish
  • Zikir tu kan mengingati... kalau kita selalu mengingati Allah setiap masa tu kan kita berzikir...bukan sekadar di tikar sembahyang aje kita berzikir...tapi setiap masa..

    Pada pandangan saya, cara zikir terbaik adalah zikir yang Rasulullah ajarkan...bukan apa yang kita rasa betul..
    Dapatkan tudung bidang 60 dengan harga serendah RM19.90 sehelai. Sila layari link dibawah untuk maklumat lanjut.
      http://www.modernmuslim.co.cc

    nazri0070

    • *
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #55 27 October, 2010, 10:12:07 AM
  • Publish
  • Zikir tu luas maksudnya....Solat tu pun zikir. Sebut namaNya pun zikir, baca quran pun zikir,mendengar ilmu pun zikir, membaca hadis-hadis Nabi saw pun zikir, ambil wuduk pun zikir, matahati memandangNya selalu pun zikir walau sedang bekerja, makan, minum dan sebagainya....Rasulullah dah ajar, kita kena keluar cari ilmu dan kefahaman yang dalam....Nabi ada bersabda: Apabila Allah hendak membaikkan seseorang, diberiNya orang itu FAHAM akan agama (yufaqqihu fiddiin).

    Seorang isteri taatkan suami, buat kerja-kerja rumah, menjaga harta, maruah diri dan anak-anak semasa suami tiada dan seumpamanya kerana dia tahu itu perintah Allah, zikir la jugak tu..Tiba waktu solat, dia pun solat untuk mengingatiNya, bukan sebab dia solat kerana suami paksa atau suruh atau kerana sejak kecil lagi dia tengok mak bapak dia buat, dia buat la tapi dia solat sebab Allah perintah mengingatiNya, lalu dia pun solat la...zikir jugak..

    Reply #56 27 October, 2010, 01:42:11 PM
  • Publish

  • sekadar perkongsian
    (nasik tambah lauk tambah bukan menambah2 lak )

    kerana jalan menuju kepada Dia  ada 2
    -satu dinamakan Tajalli Asma'
    -satu lagi memusyahadahkan Nur Muhammad  . PAK DIN, NAK TANYA, BAGAIMANA DENGAN TAJALLI AF'AL, TAJALLI SIFAT DAN TAJALLI ZAT? BOLEH KONGSI TAK? ADAKAH SESUDAH MUSYAHADAH NUR NABI BARU SAMPAI KEPADA TAJALLI AF'AL, SIFAT DAN ZAT? ATAU BAGAIMANA? SYUKRON PAK DIN..
    kedua2 jalan ini menuju baginda s.a.w jua ....
    Tidak semestinya jalan ini sahaja

    :senyum:.. Sempat gak PakDin Tuju Kat orang yek (senyum..) terasa tertusuk "Nur" kat dada nih.. (jangan Petir sudah!!)

    NI solan lagik PakDin.. Jangan Lupe kongsikan disini yer.. PakDin nak bukak buku pun xper.. kami x nampak pun.. hehee

    Zikir tu luas maksudnya....Solat tu pun zikir. Sebut namaNya pun zikir, baca quran pun zikir,mendengar ilmu pun zikir, membaca hadis-hadis Nabi saw pun zikir, ambil wuduk pun zikir, matahati memandangNya selalu pun zikir walau sedang bekerja, makan, minum dan sebagainya....Rasulullah dah ajar, kita kena keluar cari ilmu dan kefahaman yang dalam....Nabi ada bersabda: Apabila Allah hendak membaikkan seseorang, diberiNya orang itu FAHAM akan agama (yufaqqihu fiddiin).

    Seorang isteri taatkan suami, buat kerja-kerja rumah, menjaga harta, maruah diri dan anak-anak semasa suami tiada dan seumpamanya kerana dia tahu itu perintah Allah, zikir la jugak tu..Tiba waktu solat, dia pun solat untuk mengingatiNya, bukan sebab dia solat kerana suami paksa atau suruh atau kerana sejak kecil lagi dia tengok mak bapak dia buat, dia buat la tapi dia solat sebab Allah perintah mengingatiNya, lalu dia pun solat la...zikir jugak..

    SubhanAllah.. Meluasnya Zikir ni yer?? saya ingatkan dia setakat ucapan
    lepas Solat jer.. sebelum nak doa.. (sebab tu la saya bukak tread ni..) luas rupenyer.. :sedihnya:

    OoOoOoOOooO... Sebab tu la sy dengar² wali² x g semayang kat Masjid rupenyer... depa tu tau
    Imam tu x kusyuk sembahyang.. buat penat nanti dia kene solat 2 kali..

    Ermmm... PakDin pulak... Solat katner? ( senyum kerang busyuk..)

    Reply #57 27 October, 2010, 02:46:59 PM
  • Publish
  • Sejahtera ke atas kalian

    Nabi ada bersabda: Apabila Allah hendak membaikkan seseorang, diberiNya orang itu FAHAM akan akhlak

    yg kerap diucap ... apa la makbapak budak ... dah la tak suruh anak solat dan tak diajar bersikap ngan baik ... tak ingat Allah kot depa nie

    zikir apa yg tertunjuk tu yeeee

    Reply #58 27 October, 2010, 03:10:50 PM
  • Publish
  • Di atas IzinNya dan Limpahan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

    Pujian hanya bagi Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya..

    Maha Hebat Allah,.. setiap manusia tak sama perjalanan menuju kepada-Nya..ada bermacam-macam, cap jari pun tak sama, ...apa-apa pun mohon pertunjuk dan taufiq dari Allah SWT semoga kita semuanya berada dijalan yang lurus..

    Manusia sentiasa diberi peringatan oleh Allah SWT..tapi tak semua yang menyedari hakikat ini...melainkan diatas IzinNya dan limpahan RahmatNya.

    Saya begitu tertarik dan menghormati sekali dgn cara penerangan dan bimbingan ilmu yg disampaikan oleh Tuan Muridin, ini satu contoh terbaik buat kita meneliti serta merenungi cara-cara sebagai ahli berilmu, samada yg sdg dlm pencarian, mendapat bimbingan ataupun sdg memimpin..Syukran Tuan Muridin, dan Puan ifahuzir..begitu juga dgn sahabat-sahabat yg lain,.. sama hebat dlm soalan dan jawapannya erti bicara disini... 

    Masing-masing Guru atau Muursyid, ahli yg berilmu itu mempunyai sistem atau kaedah nya yg tersendiri dlm menuju Ketuhanan, berdzikir dan warid, mencapai haqiqat Ketuhanan, rabitah, riadah, uzlah, mujahadah, musyahadah, mukasyaf, muraqabah dsbgnya lah…

    Ada yg menempuh jln dgn cara Takhalli, Tahalli, dan Tajalli..ada yg menempuh dgn cara berdzikir ataupun di namakan Mulazamatu fizikkri merasai Allah dlm matahatinya ( ainul basyirah )..Syaidina Ali pernah bertanya dgn Baginda Mulia Junjungan Besar Nabi Muhammad RasulAllah saw “ Bagaimanakah jalan yg terdekat mencapai Ketuhanan “ Baginda Mulia RasulAllah saw menjawab “ tidak lain dpd berdzikir kpd Allah “…
     
    Tetapi sehingga saat ini berbagailah cara / kaedah bagi penyempurnaan demi penyempurnaan berdzikir itu sendiri di lakukan / di amalkan dgn bermacam tingkatan pendedahan ilmuNya mahupun pemahaman serta pencapaiannya..ada beberapa perkara lagi yg menghubung kait halatuju dgn bicara-bicara ini di antaranya menjadi panduan dan pedoman buat kita menyusuri perjalanan berdzikir..itulah Niat ( ikhlas ) mencari KeredhaanNya, dan tetap memegang teguh dgn dua wasiat utama dari Junjungan Mulia RasulAllah saw..InsyAllah..

    Junjungan Mulia juga pernah berkhalwat, bertahannuts, bertafakkur, berdzikir, bertaubat, bersolat sampai larut malam dan banyak lagi cara pengajaran dari Baginda untuk kita renungi sesama yg ditinggalkan ajaran untuk umatnya di akhir zaman…cara menguatkan kebatinan, keyakinan dlm menuju Ketuhanan.

    Berdzikir bagi org yg bertaubat itu lain kaedahnya, berbanding dgn org yg zahid ataupun org yg mencintai Allah dgn dzikir org-org yg arif..tidak sama pada dasarnya , namun tetap menjadi satu pada pengertiannya, Allah yg akan menilainya…tercetus kerana / dpd rasa takut dan bimbang dan tercetus kerana / dpd rasa rindu dan cinta sangat-sangat dkt Allah..terbenam akan Kemurahan dan Limpahan RahmatNya, terharu dgn KecintaanNya sehingga merasai dan mengetahui bahawa semua amal dzikir itu tidak akan berdiri dan tercetus melainkan di atas IzinNya dan Limpahan RahmatNya.

    " Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan ". ( Al-Hujuraat : 18 ).

    Jangan mudah terpengaruh dgn segala tipu daya dari iblis dan hawa nafsu,.. Syaidina Umar bin Al Khattab pernah berdoa “ Ya Allah, Ya Tuhanku ! Sesungguhnya aku berlindung diri kepadaMu daripada kejahatan diriku..

    " Janganlah kamu turutkan orang yang hatinya telah Kami alpakan dari mengingat Kami ( dzikir ), orang yang hanya mengikuti hawa nafsunya saja, dan keadaan orang itu sudah keterlaluan ". ( QS Al Kahfi : 28 )..

    Ilmu sastera tidak mampu di ukur dengan ilmu matematik, semuanya miliki kebenarannya masing-masing. Ia di perlukan kerana saling menunjang utk kesempurnaannya.

    Bicara sebegini keberangkalian sulit untuk di fahami dan dirasai, jikalau tidak di laksanakan atau di amalkan, kerana semuanya cara / kaedah  berupa tali hubungan dan rangkaian perjalanan Kerohanian mencari kebenaran dalam menuju Ketuhanan..

    Pandanglah semesta alam, dan renungilah dlm dirimu sedalam-dalamnya, kita akan tahu siapa Allah. Dialah Tuhan semesta alam..Rabbul 'alamin. Kita akan melihat fitrah Allah yang harus di patuhi. Itulah agama Allah yang lurus..

    FirmanNya " Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah pada jalanNya supaya kamu mendapat keberuntungan " ( QS Al Maidah : 35 )..


    Sebenarnya Allah tidak akan menyesatkan hamba-hambaNya yang mahu menuju kepadaNya..Yaqinlah..dengan syarat bersungguh-sungguh..FirmanNya  " Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNya." ( Al Insyiqaaq : 6 ).

    ..emm, bukan janji kita , tapi janjiNya..Allah Maha Suci....

    “Ya Allah, tolonglah, berikanlah pertunjuk dan hidayahMu kpd kami untuk sentiasa merasai, mencintai,  menyebut-Mu dan mensyukuri-Mu dan sempurnakan setiap peribadatan kami hanya kepada-Mu.” Amin Ya Rabbul'alamin.
    Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

    nazri0070

    • *
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #59 28 October, 2010, 10:23:14 AM
  • Publish
  • Subhanallah Walhamdulillah Wa laa ilahaillallah Wallahu akbar Wa lahaula wala quwwata illa billahil 'aliyyil  azhiim..

    Teruskan beramal ibadah mengabdikan diri kepadaNya setulus-tulusnya serta bersama-sama berjuang, jika diizinkan Dia, siapa yang melalui jalanNya, akan bertemu di alamNya, Insya Allah..

    Kita sudahi dengan tasbih kaffarah dan surah al 'asr...
    Bismillahir rahmanir rahim (bersama membacanya , insya Allah........................Sekian adanya...

    divider3
    halaqahforum4