Zikir, Kaedah dan Cara Paling Afdhal

Author Topic: Zikir, Kaedah dan Cara Paling Afdhal  (Read 65332 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Reply #20 21 October, 2010, 11:56:30 AM
  • Publish
  • Bergurulah kamu dalam menuntut ilmu.. Barangsiapa yang tidak berguru, maka gurunya adalah syaitan..
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    Reply #21 21 October, 2010, 12:22:49 PM
  • Publish
  • Diatas IzinNya dan Limpahan RahmatNya, Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat KurniaanNya..

    Syukran Tuan / Puan yg sentiasa mahu berbicara topik-topik seperti ini dan yg berkaitan dgnNya...

    Berbicara dlm topik ini sudah tentu sekali tidak akan ada kesudahannya, betapa Hebatnya Allah SWT menyediakan sedikit IlmuNya buat para hamba-hambaNya untuk menuju, mendekati, mengenali lantas terus merindui dan mencintaiNya..AllahHu Akhbar..

    Sebenarnya perbicaraan sebegini akan menjadi lebih asyik, andainya hati dan pemikiran itu lebih dahulu dibersihkan dpd segala sifat-sifat tercela, mahu saja mengingati hanya Allah SWT..

    Kita menghormati saranan dari sahabat -sahabat yg sentiasa untuk mencari Guru dlm menuju kaedah perjalanan seperti ini, itu juga baik dan tak salahpun, begitu juga yg mahu berjalan sendirian dlm mencari kebenaran dlm mengingatiNya pun baik juga dan tak salah pun..semuanya Allah peruntukkan cara dan kaedah buat menghubungiNya...

    Semua jenis dzikir, kaedah dan cara yg selagi mengikuti Kitabullah dan Sunnahnya adalah cara yg paling afdal...cuma tahap penerimaan Ilmu itu ada tahap dan tingkatanNya dan kepelbagaiannya..

    Setiap pernyataan Ilmu akan menjadi terbantut, asyik- asyik baru sahaja nak mula berbicara..itu kena cari Guru, .. atau ini adalah rahsia, ini kena bai'ah dahulu, kena terima ijazah, dsgnya..tak bebas, walaupun terbang tetap masih dlm sangkar...

    Kita terhijab dengan sedikit anugerah Ilmu dari Nya, kita tetap mengingatiNya, dlm masa yg sama lupa dgn KeMahaanNya dlm segala segi, Dia Maha Mencipta sesuatu..Dia boleh menghiaskan musuhNya dgn pakaian para waliNya, Dia boleh memulakan hal para kekasihNya di dlm sifat-sifat seteruNya, Dia Maha Mencipta segala-sgalaNya...

    Perumpamaan cerita Bal'aam bin Ba'uraa semasa zaman Nabi Allah Musa a.s., renung kan FirmanNya " Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya bukti-bukti kekuasaan Kami, lalu dia menyisihkan diri daripadanya, maka dia telah didatangi syaitan, dan terjadilah dia dari golongan orang-orang yang sesat. " ( Al-A'raf : 175. )

    Sungguh sedih sekali betapa banyak orang yg berdzikir mengingati Allah, padahal HATInya melupai Allah SWT..betapa banyak orang yang menyeru kepada Allah sebagi da'i, dsbgnya, namun dia sebenarnya amat jauh disisi Allah SWT..

    " Barang siapa yang di beri pertunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat pertunjuk, dan barang siapa yang di sesatkanNya, maka kamu tidak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang dapat memberi pertunjuk kepadanya.( AL KAHFI : 17 )

    " Dan ketahuilah, bahawasanya Allah mengetahui apa yang tersimpan di dalam diri kamu, oleh itu hendaklah kamu berhati-hati terhadapNya !. " ( Al Baqarah : 235 ).

    Mohon perlindungan padaNya wahai saudara dan sahabatku dari kezaliman dan kejahatan syahwat dan hawa nafsu kita, sesungguhnya Allah semulia-mulia tempat buat kita tetap mengingatiNya dan bermohon segala-galanya...Amin.

    Wallahu'alam.

    Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

    nazri0070

    • *
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #22 21 October, 2010, 12:56:10 PM
  • Publish
  • TUAN KENA BERGURU! BETUL KATA UMMU FATIMAH, MEMBACA BEGITU SAHAJA BOLEH MENJADIKAN TUAN DISERAPI KEFAHAMAN YANG MENYESATKAN DARI SYAITAN YANG TUAN SENDIRI TAK NAMPAK,SYAITAN IBLIS  GHAIB YANG BOLEH BERADA DALAM ALIRAN DARAH TUAN SENDIRI, YANG BOLEH MEMPENGARUHI KEPALA OTAK TUAN! ADA HADIS NABI BERKENAAN INI!

    Memang benarlah Kata-kata Allah s.w.t yang bermaksud.. “seJengkal Hambanya menghampiri Aku, Aku menghampirinya seHasta” – (lupe sape yang tulis) DALAM ILMU MAKRIFATTULLAH@MENGENAL ALLAH(AKU), ADA HURAIANNYA IAITU ALLAH(AKU) TU YANG MANA? ZAT? SIFAT? ASMAK? ATAU AF'AL? BEGITU JUGA DENGAN HADIS-HADIS dan AYAT AL QURAN KAT BAWAH YANG TUAN TULIS NI!!!!

    “Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu)". Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); ia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di akhirat).” (Saba' 34:46) 

    “(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya” “Dia lah yang mengajarkan Al-Quran.” (Ar-Rahmaan 55:1-2)

    “Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,” - (Al-'Alaq 96:4)


    “Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Al-'Alaq 96:5) 


    "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)," (Al-'Alaq 96:1)

    Bukan kerana apa-apa, ini kerana telah diJANJIkan.. seJengkal kita menuju kepadaNya, Dia akan menuju kepada kita Sehasta.. 1 cm  kepadaNya 1 meter Dia kepada kita.. dan seterusnya.. dan yang nyata Dia ada dekat dengan kita lebih dekat dari URAT LEHER KITA!!! SUBHANALLAH.. kita jer yang tak sedar.. (ni dari hasil pembacaan... bukan guru yang bagitau..).... (senyum jer...) 
    Jadi.. apabila kita terus menerus menyebut namaNya, dengan ilham yang diberikan kepada hambaNya itu, “Automatik” lama-kelamaan akan timbul rasa Cinta kepada hambaNya itu.. MASYAALLAH..  HADIS NI PERLUKAN PENERANGAN YANG LEBIH DETAIL SUPAYA LEBIH FAHAM, TUAN JANGAN INGAT BOLEH FAHAM BEGITU AJE GUNA KEPALA OTAK TUAN YANG BANYAK GUNA LOGIK DAN FAHAM SECARA ZAHIR MACAM TU AJE?

    Dan susulan daripada itu.. terus berzikir… secara “istiqomah” terus menerus..... akan datang satu perasaan kepada kita (perasaan tu bukan rahsia saya... perasaan tu akan rasa pada empunya badan yang lakukan sahaja... sy pun xtau nak cerita bagaimana rasanya.. :sedihnya:.. mintak maap yer..) perasaan tersebut dan terus berkembang dan berkembang disamping satu per satu permintaan hambaNya itu akan diperkenankan tanpa disedari oleh orang yang TIDAK BERFIKIR.. SadaokAllahula'zim.. 
    Maka, sebagai Hamba yang menyintai Dia.. sudah tentu segala gerakkan yang hendak dilakukan oleh hamba tersebut akan di “REPORT” kepada Dia yang dicintainya.. 

    Dan “REPORT” tersebut ditambah baik dan digabungkan dengan DOA… Apa maksud saya disini? 
    Soalan saya kepada pembaca : adakah tuan akan berdoa ketika hendak keluar rumah? Nak ke tandas? Nak tidur? Apabila bangun? Apabila lihat cermin? 

    Nah.. itu la dia salah satu ciri-ciri perasaan cinta yang saya maksudkan.. “Standard” sebagai orang yang sedang bercinta.. Telipon pulak ada kat tangan di bila-bila masa.. nak g makan, Tipun awek bagitau nak g makan.. nak tidur, tipun awek bagitau nak tidur dan sebagainya semuanya nak “REPORT” kan..kan..kan ?
     
    Begitu lah juga Hamba dengan Penciptanya.. (taktau lah kalau ada buku yang menyatakan camnih.. kawan rasa sendiri..)
    Jadi.. bagaimana cara dan kaedahnya? Seperti yang telah dicoretkan di awal tread ini.. ia terserah kepada setiap individu.. saya dengan cara saya..
     
    tuan-tuan boleh mencubanya.. x perlu lah saya IJAZAHKAN kepada anda.. (Senyum..) jika anda percaya kepada seruan dan ceramah² di majlis Ilmu.... ikut dan istiqomahlah.. dari sedikit.. dari mengesot sehingga merangkak, kepada berjalan, kepada berlari.. kepada naik motor.. berkereta.. naik kapal terbang.. UFO.. Soyus.. Kapal angkasa.. dan sebagainya ikut tuan lah. Nasihat saya.. sabar bebanyak...
     
     
    Jadi.......... 

    Perlukah mengetahui dahulu bagaimana cara paling AFDHAL? Pada saya, afdal ke x afdhal ker ape nak kisah??? Niat kawan nak mengenal diri, mintak tunjuk jalan yang lurus.. bermula dengan zikir.. zikir.. zikir… kemudian akan timbul ihsan.. akan datang ikhlas… INSYAALLAH.. rasa x cukup afdhal? Create tread baru.. tanyer sahabat kat dalam forum camni.. InsyaAllah akan di reply.. Percaya dan Yakinlah dengan Kata² dan janji² Allah s.w.t. ni.. seJengkal kita menghampirinya, Sehasta Dia menghampiri kita..
     
    Sesungguhnya aku tiada kuasa atas segala tindakan dan kelakuan aku tanpa izin dariNya..

    Haiya’alalFalah!!!! Lahaulawalakuwataillahbillah…

    (Marilah kongsi pengalaman saudara bersama saya.. kadang² Motivasi saya untuk terus berZikir ni akan menurun.. sekiranya rakan-rakan dapat kongsikan pengalaman sebenar.. sendiri melalui pengalaman tersebut, sedikit sebanyak akan menaikkan motivasi saya dan rakan-rakan untuk bersama merasainya.. InsyaAllah..)-AYAT-AYAT NI SENDIRI MENUNJUKKAN TUAN PERASAN AJE DATANGNYA SATU RASA CINTA KEPADA ALLAH, YANG TUAN BANDINGKAN CINTA DENGAN AWEK (TUAN GUNA ANALOGI ZAHIRIAH/LOGIK AKAL FIKIRAN) TU! BUKAN BEGITU JADINYA BILA MERESAPNYA RASA CINTA HAKIKI DAN SEJATI KE DALAM RASA DIRI SI HAMBA YANG DICINTAI ALLAH DAN MENCINTAINYA! PETANDA DAN PETUNJUK NAK JATUHNYA RASA RINDU, KASIH, SAYANG DAN CINTA KEPADA ALLAH YANG TAK DAPAT DITAFSIRKAN DENGAN PERKATAAN DAN CONTOH-CONTOH. TUAN TETAP KENA TELUSURI SUNNAH DAN PERJALANAN RASULULLAH SAW YANG TELAH MEMBIMBING PARA SAHABAT SETERUSNYA PARA SAHABAT MEMBIMBING TABI'IN YANG TELAH MENCAPAI TARAF WALI ALLAH, PARA WALI TU PULA MEMBIMBING ORANG SETERUSNYA SAMPAI KIAMAT.


     TUAN PERLU GURU! TUAN HANYA PERASAN SAJA. JANGAN MENJADI PENGIKUT IBLIS SYAITAN YANG GHAIB TU YANG MENAWAN KEFAHAMAN DALAM KEPALA OTAK YANG TUAN MILIKI SERTA MENGHASUT HATI TUAN YANG PUNYA RASA. IBLIS BOLEH MASUK KE DALAM RASA YANG TUAN MILIKI. IBLIS LEBIH MENGENAL ALLAH TAPI DIA ENGKAR DAN DERHAKA. KERJANYA TAK LAIN - BERDUSTA, MENGHASUT, MEMPERDAYA, DEGIL DAN MENYESATKAN ANAK ADAM SUPAYA IKUT DIA MASUK NERAKA. ITULAH SUMPAHNYA DENGAN ALLAH!IBLIS SYAITAN BOLEH MENIPU MANUSIA MELALUI BISIKAN/KATA-KATA HATI/RANGSANGAN PERASAAN. KITA PERASAN SAJA HATI ATAU RASA ATAU PERASAAN KITA WALHAL IANYA DIDATANGKAN OLEH IBLIS SYAITAN KAT DALAM OTAK, JANTUNG DAN DARAH KITA! GURU YANG ARIF AKAN MENGETAHUI DAN DAPAT MENGENALNYA.....

    TUAN YANG SAYA AMAT SAYANGI! BERGURULAH. TAK BERDOSA ADA GURU, ATAU SAHABAT YANG DAPAT MEMBIMBING YANG TELAH MELALUI JALAN SUNNAH RASUL NI, SERTA BERJUANG DAN BERJIHADLAH PADA JALAN ALLAH ATAS BIMBINGAN GURU ATAU SAHABAT TU, SAMA MACAM PARA SAHABAT DIBIMBING NABI SAW. KELAK PASTI ALLAH AKAN MEMBIMBING TUAN SAMPAI TUAN PUN JADI GURU YANG MEMBIMBING ORANG LAIN PULA YANG TERABA-RABA DALAM CAHAYA YANG TERANG BENDERANG.


    SIAPA-SIAPA YANG MENGAKU SAMPAI MAKRIFAHNYA KEPADA ALLAH SWT TANPA MELALUI CARA RASULULLAH SAW(KEKASIH ALLAH NO 1), MAKA PENGAKUANNYA BOHONG. DIA TERTIPU OLEH NAFSUNYA SENDIRI YANG DIPENGARUHI BISIKAN
    IBLIS SYAITAN..DAH RAMAI YANG GAGAL DAN TERSESAT JADI MACAM BARA'A BIN BAL'AM SERTA BARSISHA YANG ANAK MURIDNYA YANG DAPAT TERBANG DI UDARA, BAHKAN RAMAI DARI KALANGAN 'ABID YANG TERPESONG TANPA ILMU YANG HAK!
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    Reply #23 21 October, 2010, 02:36:55 PM
  • Publish
  •  :syukur: Tuan-tuan sekelian..
     
    Jika ditanya Sahabat Nabi s.a.w sekalipun akan soalan ini.
     
    Anda Confirm masuk syurga kan? Allah dah cakap camtu.. Nabi s.a.w yang bagitau..
     
    Apa jawapan sahabat? DIA X AKAN jawab IYA pun.. :sedihnya:..
     
    tanya wali Allah? dia pun sama.. sesiapa pun akan jawab yang sama... kecuali Nabi Musa a.s
     
    kalau di ikutkan logik saya, saya akan cakap... "apsal diaorang ni?? jawab cam xder SYURGA jer??"
     
    Alhamdulillah.. saya rasa tuan lebih berIlmu dari saya..
    bantu saya.. JANGAN kenalkan GURU pada saya.. Saya mahu tuan.. iya tuan yang tunjukkan saya. BERANI ker???
     
    semestinya tidak... (ketawa..) anda marah? (itu nafsu tuan sahaja..) bertaubat dan berzikirlah lagi..
     
    Bersama saya Al-Quran... Sunnah Semua nabi ada sebahagian ceritanya dalam Al-Quran tersebut..
     
    Mari bantu saya.. BANTU SAYA..
     
    dari mana nak ajar? Rukun Iman? Rukun Islam? Asma' Allah?....
     
    ini soal rasa tuan.. Logik pun sebab dari perasaan RASA juga..
    contoh : anda rasa secawan ini air kopi..
    kemudian.. anda pergi London.. bawak kopi tersebut untuk dirasa orang sana.. depa cakap ni kapucino..
    bagaimana?
     
    anda mahu tetapkan bahawa yang anda bawa tu kopi atau kapucino???
     
    Ujian kepada orang beriman itu amat berat saudara... Berat...
     

    Reply #24 21 October, 2010, 02:45:29 PM
  • Publish
  • Dengan nama  Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

    Diatas IzinNya  dan Limpahan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat KurniaanNya..
     
    Tajuk topik lain, bicara jadi lain dah pulak…sekali lagi  kita terperangkap dgn halatuju perbicaraan ini…sebenarnya berkaitan juga..

    Banyak orang yang terjebak dalam menilai sesuatu, dan seolah dipaksa  ataupun terpaksa untuk percaya terhadap suatu kepatuhan dan keyakinan, tanpa  pernah memahami mengapa kita harus mematuhinya dan meyakininya..

    Berguru dgn  cara cara yg di tuntut serta di redhai Allah melalui perintah dan ajaran  ( Islam ), mengikut wasiat seperti yg di  tinggalkan oleh Junjungan Besar lagi Mulia Nabi Muhammad RasulAllah SAW..InsyAllah  memang tak berdosa…, begitu juga andainya tak berguru pun, tetapi tetap berada  di atas landasan, mengikut semua ajaran berpandukan Al Quran dan SunnahNya,  InsyAllah.. pun tak berdosa..punya  pilihan tetapi Ingat keputusan tetap dariNya…

    SamiAllahu liman Hamidah…Rabbana  Walakal Hamdu Mil ussamaawati wa milul ardhi wa mil umma syi’tamin syai’un  ba’du.” Allah Maha Mendengar orang yang memujinya… Ya Allah Ya Tuhanku, milikmu  segala puji sepenuhnya langit dan bumi dan sepenuh sesuatu yang Engkau  kehendaki selepas itu.

    …dan lagi, ada yg masih mengatakan bahawa yg tidak  bersandarkan kpd para Syeikhnya, Guru Murshid,.. maka amalan, zikirnya tertolak  atau berguru dgn syaitanlah, mudah  menjadi sesat ( reti ka yg selama ini sesat tu apa ) ?? ..

    Menurut penafsiran Prof. Ali Ash Shabuni dalam kitabnya  Shawatut Tafaasir, surat Al Kahfi : 17 hal 185, Yang dimaksudkan ( Waliyam Mursyada ) bukanlah seorang Syeikh  pembimbing, melainkan Allah swt sendiri, DiaLah yg memberi bimbingan ruhani,  DiaLah yg menyesatkan org kafir, DiaLah yg menunjukkan jalan yg  lurus..Haqiqatnya DiaLah segala-galaNya.. Allah Maha Agung, Maha Dekat, Maha  Besar, Maha Mengetahui segala-galaNya..

    Utama dan dahulukan  Allah dlm segala segi, rupa, bentuk dan apa-apa saja..Nak berguru pun  wajib tanya dan mohon pada Allah dahulu, bukannya  sekadar tanya dgn manusia  sahaja..

    Sesiapa yg mahu menyerahkan dirinya kpd Allah dengan  berusaha sungguh-sungguh, sabar dan yakinlah.. maka Allah yg akan menguruskannya..samada memberikan jodoh dan pertemuan, rezeki..bertemu dgn para  Ulama’.. pewaris Nabi, Mursyid, Sheikh, Murabbi, kiai dsbgnya ..semua itu  diatas Kehendak serta KudratNya...Allah yg Maha Mengetahui..

    Betapa banyak orang yang membaca Kitab Allah ( Al Quran ), namun dia tersisih daripada ayat dan Mutiara FirmanNya..

    FirmanNya "Maka  bertanyalah kepada orang yang pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui. ( An  Nahl : 43).

    Solat, ibadat, hidup dan matiku hanya padaMu YaAllah..

    Silalah ” BACA “ dan kembali semula pada tajuk asal topik ini..wahai  sekelian saudaraku, mudahan bicara disini mendapat Keredhaan Ilahi..mudahan  Allah SWT sentiasa memberi Taufik dan HidayahNya dalam Ilmu Nya yang tersembunyi..Amin.

    Wallahu’alam.

    nazri0070

    • *
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #25 21 October, 2010, 02:52:13 PM
  • Publish
  • BENAR SOAL RASA. RASA TAK DE SUARA, TAK DE RUPA, TAK DE HURUF. ORANG LONDON TU RASA KAPUCINO. SAYA YAKINKAN LA DIA. THAT'S COFFEE MY FRIEND, NOT CAPPUCINO. YOU DON'T KNOW KA THE DIFFERENCE BETWEEN COFFEE AND CAPPUCINO? (SLANG BROKEN ENGLISH) LANTAKLAH DIA NAK YAKIN KE TAK?
     
    SAYA BERANI. BILA BOLEH JUMPA? KAT MANA?

    Reply #26 21 October, 2010, 02:55:08 PM
  • Publish
  • Ayat yang mudah:-
    1. Kuncinya Ikhlas.. Hanya golongan mukhlisin yang selamat dari gangguan syaitan..
    2. Hanya azazil yang buat amal banyak-banyak hingga rasa dirinya lebih baik dari orang lain. Inilah tandanya kita dah kena tipu.
    3. Jadi, tak kiralah dengan asyik berzikir hingga dikatakan gila, dikurniakan kasyaf, karamah, dan segala2nya.. Selama mana kita berasa diri lebih baik, orang lain salah, maka selama itulah kita masih ditipu syaitan..
    4. Kita memang tak akan tahu syurga milik kita, hinggalah sakaratulmaut menjelma, masa tulah kita dapat tengok kat mana tempat kita..
    5. Nak berguru atau taknak, terpulanglah. Hanya Allah tempat kembali..

    Wallahua'lam.. 

    Reply #27 21 October, 2010, 03:18:29 PM
  • Publish
  • Betulla tu tuan awit, kita semua dah terangkan awal tadi. Tapi mereka taknak terima. Lama-lama jadi berdebat pulak. Pastu, 'aku betul, kau salah' maka di saat ini, hindarilah perselisihan.. Hanya dengan rahmat Allah, pintu kebenaran akan dibuka.. Hidayah itu milik Allah.

    Reply #28 21 October, 2010, 05:47:58 PM
  • Publish
  •  :msya: Segala-galanya Kepada Dia.. Dia Pengatur Segala Makhluk-makhlukNya..
     
    Saya di KL sahaja.. berulang ke Sepang.. InsyaAllah.. Dengan IzinNya, kita akan berjumpa.. xleh lambat².. Tersesat lagi jauh saya ni nanti.. Al-maklumlah.. saya ni bukan Uztadz sepertimana yang telah saya Declare di awal-awal treade nih.. ayat pun terabur.. men ikut hati jer tulis..
     
    Pendapat saya mudah.. selagi ia tidak melanggar SYARIAT, saya buat.. selagi ia logik dan DIYAKINI, saya teruskan.. Zaman nabi s.a.w dulu kalau benda x logik.. ADA KER SAHABAT nak ikut?.. sume ada penjelasan yang LOGIK kan??
     
    maafkan saya.. saya tak tau istilah² ilmuan cam "mazmudah" "mazsusah" nih.. lagi² ada perkataan arab² cam "khasaf" lah, "ijazah" lah tah ape tah.. Langsung ZERO.. Bahasa pasar boleh sy tau.. InsyaAllah.. bahasa selalu orang pakai..
     
    alhamdulillah.. berkat Rahman dan Rahimnya.. saya lum lagik buat andaian seperti x perlu solat wajib atau x perlu solat sunat..
     
    cuma persoalan dan jawapan yang saya dapat dilogikkan. Contoh : "Mengapa??" orang berdoa?
    mengapa masuk tandas berdoa? syariat kata supaya iblis x lumur tubuh badan kita dengan najis.. betul?
     
    sy nyatakan kerana ada sedikit perasaan "CINTA" kepada Allah s.w.t. jadi... sebab dalam bercinta secara automatik kita akan buat "Report" apa yang sedang dirancang untuk dibuat dan memberitahuNya..
     
    seolah-olah.. seperti Orang sedang bercinta sesama insan.. Anda kan pernah bercinta.. x pernah ker??
    kan bila nak makan, tipun awek cakap "abang nak makan" nak keluar g jalan, Tipun awek bagitau "abang nak g kuar jumpe sipolan²"  itu contoh dan meng "Qisas"kan sesuatu dengan sesuatu.. dan bila dah ber isteri pun masih report mereport.. kan bahagia camtuh??
     
    x bahagia ker? x bercinta ker korang???
     
    disamakan.. DISAMAKAN keadaan tersebut..
    Nak keluar rumah.. baca doa.. mintak perlindungan..
    Nak Minum.. baca doa.. mintak selamat..
    Nak naik kenderaan.. baca doa..
    Nak ape yang tak perlu doa???? kalau dah ada rasa.. RASA CINTA dengan Pencipta.. MasyaAllah.. rasa Dunia ni ada Dia dengan kita jer.. alahh.. cam orang bercinta sesama insan la jugak... lantak la kawan² nak cakap ape pun.. kan.. kan... kan??
     
    TAPI.. Pandangan orang lain.. camner?? "GILA BUDAK NI" kan?? bercinta pun agak-agak la.. jaga la adab² ketimuran tunjuk kat masyarakat..
     
    Nah... itu Natijahnya.. sepatutnya saya tak menceritakannya di sini.. Maafkan saya..
     
    Saya hanya nak berkongsi .. tapi semua ini salah pada saudara sekelian.. x apa lah..
    saya tulis sume ni sebab saya cam x percaya apa yang berlaku atas saya.. dan.. memang betul lah sangkaan saya.. X BETUL.. kan.. kan.. kan..? Jangan percaya mahupun di ikut..
     
    Atleast, kalau betul pun andaian saya.. dan saya tinggalkan.. bila ditanya "mengapa kamu...." di padang Masyar nanti.. leh la jawab "KAWAN DALAM FORUM SAYA CAKAP SALAH, SAYA TINGGALKAN LAH" , "KENAPA? ENGKAU TANYA LA DEPA"
     
    peace..
     
    AMARAN : Perkara ini tidak boleh dibuat mainan. saya hanya berkongsi pendapat.. Ini apa yang saya rasa.. Tuan dah tentu la rasa lain.. Pembaca-pembaca lain pun mesti rasa lain.. MEMANG akan rasa lain.. Tak caya.. ANDA BOLEH cuba TRY.. hehehee
     

    Reply #29 21 October, 2010, 05:51:54 PM
  • Publish
  • Kalau agama ikut logik, tidaklah khuf dicuci bahagian atas semasa berwudhu' sedangkan yang kotor bahagian tapaknya..

    Reply #30 21 October, 2010, 05:57:04 PM
  • Publish
  • Kalau agama ikut logik, tidaklah diterima peristiwa isra' mikraj yang berlaku hanya dalam 1malam.. Byk perkara tak logik tapi para sahabat r.a tak pertikai dan berbantah2.. Wallahua'lam.

    5zul

    • *
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #31 21 October, 2010, 07:32:19 PM
  • Publish
  • 1 + 1 = dulu aku tak tahu.. setelah sekolah ( berguru kini ku tahu )
    haram dan halal = setelah ibubapa ku menerangkan maka ku tahu ( ibubapa ku guru )
    senang bagi yg mensucikan...
    Insyallah- Ilmu itu 1 jihad-
    (senyum)
    -ceria ceriakan selalu....
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    5zul

    • *
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #32 21 October, 2010, 07:35:47 PM
  • Publish
  • Kalau agama ikut logik, tidaklah khuf dicuci bahagian atas semasa berwudhu' sedangkan yang kotor bahagian tapaknya.. Kata saidina ali k.w

    senang bagi yg mensucikan... Insyallah- ada penyelesaian....
     
    Al-Maidah
    6- Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah – debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.

    Reply #33 21 October, 2010, 08:36:12 PM
  • Publish
  • :-) syukran ya ustaz.. Er, nak tanya.. Ada keliru sikit.. Kalau tak silap, masa ust saya tunjuk pasal berwudhu' dengan khuf tu.. Katanya, dinegeri2 musim sejuk, mereka tidak membuka khuf untuk berwudhu' maka beginilah caranya.. (air dilalukan dan tangan disapu dibahgian atas khuf)
    wallahua'lam..

    nazri0070

    • *
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #34 21 October, 2010, 09:26:24 PM
  • Publish
  • Banyak perkara yang tak logik sebenarnya berlaku semasa zaman Nabi saw. Ikut logik adakah dengan alat ketenteraan yang dhaif dan bilangan tentera Badar yang 313 boleh menewaskan tentera quraish yang canggih kelengkapan ketenteraan dengan 1000 bilangan askar mereka?

    Ikut logik najis mughallazah (anjing dan babi), suci atau bersih kah dengan air tanah 1x + 6x air mutlak? Walhal najis binatang je. Semua binatang makan berak keluar tahi. Tapi yang 2 ekor ni apa logiknya kena cuci sampai macam tu? Sampai sekarang kena cuci sampai macam tu, logiknya pakai sabun yang boleh bunuh kuman lagi bagus, kan? Banyak lagi lah perkara dalam agama tak boleh logik.

    Saya di Shah Alam, elok kita jumpa di KL. Saya cadangkan di sekitar keramat atau di sebelah Gombak ke? Tak pun di sekitar Wangsa Melawati ke?
    Ok , kejap lagi saya PM no telefon saya. Kita jumpa, jika perlu kita terus muzakarah mencari kebenaran yang hakiki dengan baik  tanpa emosi, dengki dan dendam dalam mencari redha Allah, Tuhan yang kita sembah, Tuhan yang kita kenal, Tuhan sekalian Alam., Tuhan yang kita cintai, kasihi, rindu-rindui dan sayangi lebih dari segala-galanya.

    Ok?

    Reply #35 21 October, 2010, 09:35:34 PM
  • Publish
  • Huh.. Tuan dekat shah alam? Kecik sungguh dunia.. Tak jauhla dengan sepang.. InsyaALLAH, niat menuntut ilmu, Allah permudahkan perjalanan tuan2.. Para malaikat mendoakan tuan.. :-)

    Reply #36 22 October, 2010, 08:14:34 AM
  • Publish
  •  :syukur: Orite Tuan Nazri double O Seven O.. (* dalam senyuman kesyukuran..)
     
    Pas solat jumaat ker sebelum? atau selepas waktu kerja? nak kat gombak pun ok.. sy nak g serbis kete harini..
     
    bagaimana?
     
    semoga dipermudahkan segala urusan..
     
    "AllahummaYassir walatu'assir wa at'mimbil khair.."
    "Rabbishrah li sadri wa yassir li amri.."

     
    Ya ALLAH
    yang Maha Agung lagi Maha Suci
    Engkau alirkan kalimah
    Lailaha illallah‘ ke dalam saliran darahku
    Engkau alirkan kalimah
    Lailaha illallah‘ ke dalam jaringan urat-uratku
    dan Engkau alirkan kalimah
    Lailaha illallah‘ ke seluruh anggota tubuhku
    agar dengan kalimah inilah
    kami mampu mengharungi kehidupan dunia ini
    sebagai hamba dan khalifahMu
    Ya ALLAH
    yang Maha Mengatur segala sesuatu
    Jadikanlah kehidupanku ini
    berada di atas orbit fitrah kejadianku
    yang Engkau ciptakan dengan penuh kesempurnaan
    sehingga ke akhir hayatku
    Iey ya kana' budu wa ieyya kanas ta 'ienn..
    Amiin ya ALLAH
    Amiin ya RAHMAN
    amiin ya RAHIM
    Psst: Jom la g sama rakan-rakan sekelian...
             Peluang yang sangat baik ni..
    peace..

     
     

    Reply #37 22 October, 2010, 08:17:53 AM
  • Publish
  • Diatas IzinNya dan Limpahan RahmatNya, Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat KurniaanNya..

    Syukran Tuan / Puan yg sentiasa mahu berbicara topik-topik seperti ini dan yg berkaitan dgnNya...

    Berbicara dlm topik ini sudah tentu sekali tidak akan ada kesudahannya, betapa Hebatnya Allah SWT menyediakan sedikit IlmuNya buat para hamba-hambaNya untuk menuju, mendekati, mengenali lantas terus merindui dan mencintaiNya..AllahHu Akhbar..

    Sebenarnya perbicaraan sebegini akan menjadi lebih asyik, andainya hati dan pemikiran itu lebih dahulu dibersihkan dpd segala sifat-sifat tercela, mahu saja mengingati hanya Allah SWT..

    Kita menghormati saranan dari sahabat -sahabat yg sentiasa untuk mencari Guru dlm menuju kaedah perjalanan seperti ini, itu juga baik dan tak salahpun, begitu juga yg mahu berjalan sendirian dlm mencari kebenaran dlm mengingatiNya pun baik juga dan tak salah pun..semuanya Allah peruntukkan cara dan kaedah buat menghubungiNya...

    Semua jenis dzikir, kaedah dan cara yg selagi mengikuti Kitabullah dan Sunnahnya adalah cara yg paling afdal...cuma tahap penerimaan Ilmu itu ada tahap dan tingkatanNya dan kepelbagaiannya..

    Setiap pernyataan Ilmu akan menjadi terbantut, asyik- asyik baru sahaja nak mula berbicara..itu kena cari Guru, .. atau ini adalah rahsia, ini kena bai'ah dahulu, kena terima ijazah, dsgnya..tak bebas, walaupun terbang tetap masih dlm sangkar...

    Kita terhijab dengan sedikit anugerah Ilmu dari Nya, kita tetap mengingatiNya, dlm masa yg sama lupa dgn KeMahaanNya dlm segala segi, Dia Maha Mencipta sesuatu..Dia boleh menghiaskan musuhNya dgn pakaian para waliNya, Dia boleh memulakan hal para kekasihNya di dlm sifat-sifat seteruNya, Dia Maha Mencipta segala-sgalaNya...

    Perumpamaan cerita Bal'aam bin Ba'uraa semasa zaman Nabi Allah Musa a.s., renung kan FirmanNya " Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya bukti-bukti kekuasaan Kami, lalu dia menyisihkan diri daripadanya, maka dia telah didatangi syaitan, dan terjadilah dia dari golongan orang-orang yang sesat. " ( Al-A'raf : 175. )

    Sungguh sedih sekali betapa banyak orang yg berdzikir mengingati Allah, padahal HATInya melupai Allah SWT..betapa banyak orang yang menyeru kepada Allah sebagi da'i, dsbgnya, namun dia sebenarnya amat jauh disisi Allah SWT..

    " Barang siapa yang di beri pertunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat pertunjuk, dan barang siapa yang di sesatkanNya, maka kamu tidak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang dapat memberi pertunjuk kepadanya.( AL KAHFI : 17 )

    " Dan ketahuilah, bahawasanya Allah mengetahui apa yang tersimpan di dalam diri kamu, oleh itu hendaklah kamu berhati-hati terhadapNya !. " ( Al Baqarah : 235 ).

    Mohon perlindungan padaNya wahai saudara dan sahabatku dari kezaliman dan kejahatan syahwat dan hawa nafsu kita, sesungguhnya Allah semulia-mulia tempat buat kita tetap mengingatiNya dan bermohon segala-galanya...Amin.

    Wallahu'alam.

    May Allah Bless Us..
     
    Terima kasih atas sokongan, dorongan serta nasihat Tuan yang Mulia...

    nazri0070

    • *
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #38 22 October, 2010, 08:49:46 AM
  • Publish
  • Hari ni tak dapat. Hari lain. sms saya nanti kita arrange pertemuan.

    Ok...

     :)
      Amanah ya Tuan. Atas nama Allah yang tuan kenal, sembah dan puja dan atas nama Allah yang saya kenal, sembah dan puja. No henfon saya untuk tuan seorang saja. Tuan pun kena  perkenalkan diri nanti. Kita set kat kedai mamak pun ok. Jangan bawa kawan ramai. Rasa saya nak bawa seorang kira ok la. Bukan apa nanti soalnya pelbagai. Bidang ilmu dan kefahaman serta pengalaman dan amalan nak dikira juga...Analoginya, susah juga nak membincangkan ilmu-ilmu tertentu jika bercampur penuntut tadika, sek rendah, menengah, kolej dan universiti serentak atau pomen kereta cerita pasal enjin dengan petani yang tak pernah buka enjin kereta. Nabi pun pesan nak kena tengok akal menyampaikan sesuatu....Insya Allah  bila saya free nanti kita jumpa. Buat masa sekarang agak sibuk juga selepas pejabat. Hari minggu pun ada hal. Next week orang tua datang dari   kampung. Mungkin selepas cuti sekolah. Anak-anak saya hantar pergi kem belajar. Insya Allah.

     :msya:

    nazri0070

    • *
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #39 22 October, 2010, 10:15:59 AM
  • Publish
  • Untuk itu dapat dirumuskan di sini adalah..
    a. Sebelum berZikir, dimulai dengan Solat 2 rakaat atau lebih. (dhuha ker, tahajjud ke, sunat biasa, apa² niat solat sunat lah..)
    b. MenHADIAHkan Al-Fatehah (standard prosedur), Al-Ikhlas 3x/7x/10x, Al-Falaaq dan Al-Naas kepada
        b1. Nabi junjungan kita Muhammad s.a.w (Hadiahkan surahtul fatihah buat junjungan mulia kekasihNya ....)
        b2. Para Anbia & Aulia'
        b3. Khalifah Alrashidin, Wali², pecinta Allah
        b4. Ibu & Bapa
        b5. Mukminin dan Mukminat, Muslimin dan Muslimat.
    c. Bertahmid "SubhanAllah" 40x. "Alhamdulillah" 40x dan "AllahuAkbar" 40x
    d. Afdhal zikrullahu "laillahhaillah" 100x (untuk permulaan) dan meningkat sehingga berjuta²
    e. Selawat keatas Nabi s.a.w dan Beristigfar & tawakal..
     
    Dengan hati yang Insaf, Tunduk, Merendah diri & Penuh Kesyukuran serta gembira..... abis satu kisah..
     
    Alhamdulillah.. tamat satu citer..SAYA AMAT SETUJU, ANTARA CARA MEMULAKAN ZIKIR, BEGINILAH. SEBAIKNYA TAMBAH 1 LAGI. HADIAH FATIHAH BUAT DIRI SENDIRI DAN JANGAN LUPA DALAM KEADAAN BERSUCI@ADA WUDUK. JIKA DAPAT SOLAT SUNAT TAUBAT DAHULU!
     
     
    Ini Cerita Lain pulak iaitu.. bagaimana cara / kaedah /  nak khusyuk ketika berzikir.
     
    Pada saya, nak khusuk dalah berzikir dengan mengikut rentak nadi/ degupan jantung.. ;p
    Memang.. Memang sukar nak lakukan.. degupan jantung anda ketika khusyuk amat mengagumkan!!! Saya sangkakan sebelum ini, jika dalam keadaan khusyuk, degupan jantung akan perlahan seolah² ia dapat di control nak kasi degup perlahan.. Tetapi sangkaan saya SALAH!!
     
    Ketika khusyuk, degupan jantung saya amat laju.. seolah² mahu keluar dari jasad!!! Subhanallah... ada sahabat saya, Tasbih yang digunakan berbelit² di tangan beliau dan putus!!!! kejadian perkara ini setiap orang adalah berbeza pengalamannya..
     
    anda mungkin rasa seperti di awang²an,
    anda mungkin rasa seperti di dalam ketuhar!!
    anda mungkin rasa seperti berada di puncak Gunung!!
    Ini semua terserah kepada Pencipta kita. Wallahualam....ADA SEBAB-MUSABABNYA KENAPA ORANG-ORANG TERTENTU BERZIKIR DIA MENJADI MACAM KAT ATAS TU, ADA CERITA DI SEBALIK PENGALAMAN MASING-MASING TU...INSYA ALLAH JUMPA NANTI KITA MUZAKARAH..SEBAHAGIAN PENGALAMAN/CERITA KAWAN-KAWAN SAYA..ADA YANG BERZIKIR, TIBA-TIBA MENANGIS SEDU-SEDAN TANPA DAPAT DIKAWAL...ADA YANG TIBA-TIBA BANGUN MENCAKAR-CAKAR DINDING RUMAH...ADA YANG MELOMPAT-LOMPAT...ADA YANG NAMPAK, PERUTNYA KELUAR TERBURAI...ORANG YANG ARIF BOLEH MENERANGKANNYA..INSYA ALLAH,BILA DAH TAHU DAN FAHAM NANTI, TERPULANGLAH NAK MENERIMA ATAU TIDAK APA YANG AKAN DIBERITAHU KELAK
     
    kali pertama berzikir, anda tidak akan merasainya.. dan setelah banyak kali, anda akan rasa bengong dan rasa macam orang bodoh jer.. anda perlu bersabar.. dan bersabar... dalilNya adalah :
     
    "(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya)." (Al-Muzzammil 73:5)
     
    Anda sudah bersedia untuk menerima perintah² yang berat tersebut????? Ilmu mesti beserta dengan amal.. Harap dengan penulisan saya ini, saya dapat beribadah dengan lebih baik dari semalam InsyaAllah.
     
    so.. harap perkongsian ini dapat menambahkan keimanan tuan puan sekelian. Mengikut maklumat yang saya dapat melalui bacaan, Zikir juga terdapat makam² dan cara bernafas dimana tenaga perlu dipusatkan di Pusat, Kepala, Bahu kanan dan bahu kiri (Jantung). Bagaimana susunannya saya pun belum memahaminya.. "Lahaulawalakuwataillahbillah"
     
    Ingatlah..
    Tarekat adalah Al-Quran dan Sunnah para Nabi² a.s
    Hakikat adalah Kenyataan hakiki yang tiada persoalan diatas jawapan yang diberi.
    Makrifat adalah Jalan sebenar Mengenal Allah.
     
    TK....BANYAK SEBENARNYA CARA-CARA, MAKAM-MAKAM, PERNAFASAN DAN SEBAGAINYA BILA BERZIKIR....INSYA ALLAH JUMPA KITA SEMBANG-SEMBANG

    divider3
    halaqahforum4