Zikir, Kaedah dan Cara Paling Afdhal

Author Topic: Zikir, Kaedah dan Cara Paling Afdhal  (Read 35188 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

ifahuzir

  • *
  • Posts: 524
    • View Profile
19 October, 2010, 12:37:59 PM
  • Publish Di FB
  •  :ws: :syukur: Syukur ke khadrat Illahi berkat rahman dan rahimNya, saya dapat berkongsi dan mencari Ilmu di ruangan Forum ini.
     
    Pertama-tama sekali, Saya nak Declare yang saya ini bukan Ustaz yang berkelulusan tinggi. Belajar Agama pun xder.. Ini semua menurut bacaan saya. Menurut dari bahan bacaan yang saya baca, Zikir.. bukan setakat ucapan lisan semasa diri dalam keadaan "terkejut" atau "Terperanjat" dimana, zikir selalu diucapkan oleh orang kebanyakan. bila depa terperanjat jer sebut "YA ALLAH" "Allah HuAkbar" dan sebagainya.
     
    Zikir, sepertimana yang ramai orang ketahui, adalah satu amalan supaya kita dekat kepada Yang Maha Pencipta Dan Pengatur segala urusan ciptaanNya. Saya tidak mahu mencerita lebih mengenai khasiat Zikir dan Ucapan Zikir disini kerana saya ingin kongsikan bagaimana, dimana, cara mana, kaedah apa yang dipakai untuk mendapatkan "Rasa" yang lebih menusuk ke sanubari / hati lalu memancarkan penglihatan dari Mata Hati setanding dengan Ahli² kitab di zaman pemerintahan Nabi Sulaiman a.s yang Agong.
     
    Seperti sedia maklum, Solat Tahajjud bukanlah sebarangan solat. Solat ini mempunyai pelbagai "rahsia" yang tidak dapat difikirkan melalui a'kal.. dan ia pastinya bukan solat SUNAT!!!. Dalil² nya saya akan cuba nyatakan di sini.
     
    "Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat)," (Al-Muzzammil 73:2)
     
    salah satu dalil yang dinyatakan dalam Al-Quran, bahawa Allah mengarahkan org muslim bangun solat tahajjud diwaktu  malam. Ada saya buat?? maaf yer.. Saya memang tak buat.. kalo terbangun kol 3 sekalipun, amat payah untuk melaksanakan kerana apa? syaitan? iblis? nafsu?.... bukan.. ini semua sebab Nabi s.a.w tak wajibkan..
     
    Kenapa? kenapa yer? anda dapat jawab? kenapa tu saya pun x dapat nak jawab.. kita leh la bincangkan di forum ini di tread yang lain InsyaAllah..
     
    berbalik kepada zikir tadik, dalil seterusnya..
     
    "Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya." (Al-Muzzammil 73:6)
     
    "Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan." (Al-Muzzammil 73:8)
     
    Nah.. satu kaedah yang diperolehi dari dalil yang dinyatakan..
    1. Nak berzikir, se elok²nya dilakukan di waktu lapang lagi sunyi.. sebab semasa ayat yang diturunkan ini.
     
    kenapa saya katakan sebab semasa ayat yang diturunkan ini? kita kan digalakkan supaya berfikir.. jangan terima bulat².. dari pemikiran saya, adalah Solat Tahajjud ini TIDAK sesuai dilaksanakan oleh Orang yang bekerja di Shift MALAM? DalilNya adalah:
     
    "Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa." (Al-Baqarah 2:179)
     
    Diwaktu lapang lagi sunyi.. waktu ini lebih sesuai untuk berzikir kerana ketika ini, kiwa kamu dalam keadaan tenang.. "Wahai jiwa yang tenang..." dengan ini, tumpuan dapat dilakukan sebulat-bulan tumpuan sepertimana dalil yang saya kongsikan di atas (AQ 73:8)
     
    Tumpukan kepadaNya Sepenuhnya!! disini ia bermaksud supaya Ikhlas.. Beribadat, Berzikir atau melakukan apa-apa kerja / perbuatan dimuka bumi ini dengan penuh perhatian dan IKHLAS!!!!!
     
    p/s: yang ini masih tiada dalam hati saya.. sebab saya sembahyang ketika dalam keadaan susah dan keadaan tidak dapat dikawal oleh saya.. contohnyer, masa sesak, masa terperangkap dalam jem, masa lampu minyak kete dah  menyala tanda nak abis padahal bayangan stesen minyak pun x nampak.. :senyum:. seperti yang saya bagitau awal² tadik.. saya bukan Ustaz..
     
    Dan setelah difahami, mesti ada orang yang tanya.. baper banyak nak baca (bilangan zikir), Nak baca zikir apa? Soalan ini saya mintak dibincangkan di forum ini. Imam Al-Ghozali ada menyatakan dalam kitab dia mengenai zikir harian nih. Tuan boleh kongsikan disini jika tahu.
     
    Untuk itu dapat dirumuskan di sini adalah..
    a. Sebelum berZikir, dimulai dengan Solat 2 rakaat atau lebih. (dhuha ker, tahajjud ke, sunat biasa, apa² niat solat sunat lah..)
    b. MenHADIAHkan Al-Fatehah (standard prosedur), Al-Ikhlas 3x/7x/10x, Al-Falaaq dan Al-Naas kepada
        b1. Nabi junjungan kita Muhammad s.a.w (Hadiahkan surahtul fatihah buat junjungan mulia kekasihNya ....)
        b2. Para Anbia & Aulia'
        b3. Khalifah Alrashidin, Wali², pecinta Allah
        b4. Ibu & Bapa
        b5. Mukminin dan Mukminat, Muslimin dan Muslimat.
    c. Bertahmid "SubhanAllah" 40x. "Alhamdulillah" 40x dan "AllahuAkbar" 40x
    d. Afdhal zikrullahu "laillahhaillah" 100x (untuk permulaan) dan meningkat sehingga berjuta²
    e. Selawat keatas Nabi s.a.w dan Beristigfar & tawakal..
     
    Dengan hati yang Insaf, Tunduk, Merendah diri & Penuh Kesyukuran serta gembira..... abis satu kisah..
     
    Alhamdulillah.. tamat satu citer..
     
     
    Ini Cerita Lain pulak iaitu.. bagaimana cara / kaedah /  nak khusyuk ketika berzikir.
     
    Pada saya, nak khusuk dalah berzikir dengan mengikut rentak nadi/ degupan jantung.. ;p
    Memang.. Memang sukar nak lakukan.. degupan jantung anda ketika khusyuk amat mengagumkan!!! Saya sangkakan sebelum ini, jika dalam keadaan khusyuk, degupan jantung akan perlahan seolah² ia dapat di control nak kasi degup perlahan.. Tetapi sangkaan saya SALAH!!
     
    Ketika khusyuk, degupan jantung saya amat laju.. seolah² mahu keluar dari jasad!!! Subhanallah... ada sahabat saya, Tasbih yang digunakan berbelit² di tangan beliau dan putus!!!! kejadian perkara ini setiap orang adalah berbeza pengalamannya..
     
    anda mungkin rasa seperti di awang²an,
    anda mungkin rasa seperti di dalam ketuhar!!
    anda mungkin rasa seperti berada di puncak Gunung!!
    Ini semua terserah kepada Pencipta kita. Wallahualam....
     
    kali pertama berzikir, anda tidak akan merasainya.. dan setelah banyak kali, anda akan rasa bengong dan rasa macam orang bodoh jer.. anda perlu bersabar.. dan bersabar... dalilNya adalah :
     
    "(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya)." (Al-Muzzammil 73:5)
     
    Anda sudah bersedia untuk menerima perintah² yang berat tersebut????? Ilmu mesti beserta dengan amal.. Harap dengan penulisan saya ini, saya dapat beribadah dengan lebih baik dari semalam InsyaAllah.
     
    so.. harap perkongsian ini dapat menambahkan keimanan tuan puan sekelian. Mengikut maklumat yang saya dapat melalui bacaan, Zikir juga terdapat makam² dan cara bernafas dimana tenaga perlu dipusatkan di Pusat, Kepala, Bahu kanan dan bahu kiri (Jantung). Bagaimana susunannya saya pun belum memahaminya.. "Lahaulawalakuwataillahbillah"
     
    Ingatlah..
    Tarekat adalah Al-Quran dan Sunnah para Nabi² a.s
    Hakikat adalah Kenyataan hakiki yang tiada persoalan diatas jawapan yang diberi.
    Makrifat adalah Jalan sebenar Mengenal Allah.
     
    TK
     
    « Last Edit: 20 October, 2010, 04:23:53 PM by ifahuzir »

    muridin

    • *
    • Posts: 196
    • Kenal diri Nyata-Nyata , Baru Kenal Yang Maha Esa
      • View Profile
    Jawab #1 19 October, 2010, 03:21:07 PM
  • Publish Di FB

  • Salam


    Allahumma Solli 'ala Saiyidina Muhammad
    Wa 'Ala Ali Saiyidina Muhammad


    Samalah ...ana pun bukan ustadz ...tapi dah lama dah start ..
    saja nak mencelah ..manalah tahu boleh jadik nasi tambah


    Zikir ini ingat Allah banyak-banyak ..
    dalam hikmah masaNya dalam hikmah waktuNya dalam hikmah tempatNya
    yakni Dia menjadikan masa waktu dan tempat agar hambaNya ingat padaNya
    setiap masa setiap waktu dan di setiap tempat tidak kiralah dimana jua bukan sekadar
    di masjid di surau tapi di mana-manalah ..tidak kira dalam kaifiat jahar (terang nyata) lebih2 lagi
    pada qalbi ...


    maka martabat zikir itu terbahagi 3 ini dah umum dah dalam CB selalu ana huraikan
    1. Zikir Mujahadah yakni berusaha hati kamu mengingati Dia ..
    2. Zikir Muroqabah yakni hati yang kekal dan tetap ingat Dia ..
    3. Zikir muqabalah yakni hati yang sudah tidak berpaling lagi dari selain Dia.


    itu semua peringkat hati kemudian sampai pada
    peringkat Ruh diri  ( tak perlulah hurai yang mengetahui merasai ) hinggalah
    pada yang dinamakan sebagai Zikir Diri yang Berzikir ..
    Apa kaifiat (kaedah / cara ) kenalah berguru atau carilah masyaikh agar disusun
    diijazahkan (dibenarkan) dan dipimpin  sebagai permulaan ..bila dah boleh terbang sendiri
    no hal ...terbang sendiri ..nak sorang-sorang ker ..nak terbang dengan kawan2 ker no hal ...
    nak buka "empayar" sendiri pun no hal ...


    Sembahyang malam itu mujahadah yang mana pada asalnya wajib sehingga turun perintah ayat
    lain maka ia menjadi sunat .


    bab rumusan tu dah eloklah ...tuan ifahuzir
    cuma sedekah fatihah tu eloknya tukar jadi hadiah ...( itu pada diri analah orang lain no komen )
    Hadiahkan surahtul fatihah buat junjungan mulia kekasihNya ...
    Kerana kisah salman al farisi ada kisah sedeqah dan hadiah ini ...


    mudah2an


    Allah permudahkan
    Allahumma Amin ya Lathiff

    Ayam Serama Ditangkap Lepas,  Dikejar Lari si Anak Penghulu,
    Selagi Hidup Berdalilkan Nafas,  Turun Naiknya Beserta Allahu.

    ifahuzir

    • *
    • Posts: 524
      • View Profile
    Jawab #2 19 October, 2010, 04:13:20 PM
  • Publish Di FB
  •  :syukur: ada gak Insan Kamil yang memberi peringatan.. setelah di"review" 21 kali.. :msya:
     
    Hati ini masih kosong.. tuan muridin, bolehkah sekiranya saya berkongsi cerita dengan tuan.. kerana saya belum mula mempercayai mana-mana guru seperti tuan nyatakan tu "berguru atau carilah masyaikh"
     
    kadang-kadang ilmu tu x datang menerusi bacaan semata-mata.. mengikut rakan, semasa ucapan "Laillahhaillah" tu, benarkah perlu mengalirkan tenaga dari pusat ke kepala kemudian dada kanan dan kemudian ke jantung? jika nak ikutkan, kepala automatik akan angguk² dan geleng².. hehehee.
     
    dikhabarkan ia berbentuk huruf "LamAlif" yang diterbalikkan..
     
    Tapi... jika diperhatikan ia seperti Orang Kristian yang "Cross"kan badannya.. cuba bayangkan.. tangannya ditunjuk ke pusat, kemudian di dahi.. kemudian di bahu kanan dan seterusnya dada kiri..
     
    p/s: soalan ni x penting pun nak jawab.. tapi menggangu konsentrasi kawan masa nak berzikir.. hehee
     
    « Last Edit: 19 October, 2010, 04:33:18 PM by ifahuzir »

    bidadari_syurga

    • *
    • Posts: 39
    • Mendidik Diri Menjadi Bidadari Syurga
      • View Profile
    Jawab #3 19 October, 2010, 04:26:27 PM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum...mohon saya nak print artikel nih semua....
    saya nak tanya rakan seguruan saya dan minta pandangan guru saya
    di kampung....
    mohon saya hamba yang hina....
    ~Mendidik Diri Menjadi Bidadari Syurga~
    ~Kelembutan, Kesantunan, Kecantikan, Ketulusan, Kesetiaan~~Mengintai Suami Di Balik awan Dengan Penuh Kerinduan~

    muridin

    • *
    • Posts: 196
    • Kenal diri Nyata-Nyata , Baru Kenal Yang Maha Esa
      • View Profile
    Jawab #4 19 October, 2010, 04:28:03 PM
  • Publish Di FB
  • Salam ...


    Itu antara kaifiat ...zikir jihar / jahar yakni zikir nafi isbat ...


    La itu dari pusat ke ubun-ubun ...
    ilaha itu ke kiri ...
    illallah itu bukan di jantung ...tapi di hati ...
    kalimah la ilaha illallah ini ..dalam satu nafas ...
    kemudian dengan nafas baru ...menyebutnya  ...
    jadi jika 3 kali sebutan menyebut La ilaha illallah ..maka 3 nafas baru ...
    cuba sebut La tu ...dengan nafas baru tentulah naik sedikit kepala tu ...


    tak jadi masalah dan tak salah pun ....malah ia latihan kamu menghadapi nazak ..
    pada turun naik nafas kamu atur dengan kalimah La ilaha illallah ..

    zikir itu sedia nazak ...solat itu sedia mati ....itu insyaratnya ...

    ada juga kaifiat lain ...
    pak din tak mahu hurai detail lah ...cuba kamu lihat tanda sabdu pada ilallah ...
    kemudian setiap huruf padanya yang tidak ada huruf bertitik ...
    kemudian ada 24 huruf pulak tu ...dengan Muhammadur rasulullah

    Zikir Jahar ..nyata dan terang kerana itu disebut Zikir Nafi Isbat
    Zikir Qalbi  ..itu sembunyi2 ..disebut Zikir Isbat ...

    pada Mujahadah hati ..La ilaha illallah ..
    pada Muroqabah hati ..Ya Allahu Ya Allah ..
    pada Muqabalah hati .. Allahu  Allahu  Allahu ..
    pada ruh diri ...ini tak boleh jajalah merasa mengetahui ...
    carilah guru iya ...

    yang penting ingat Dia banyak-banyak ...
    maksudnya jangan lalailah

    Bab guru atau masyaikh ini ..terpulang lah ...
    itu dinamakan rezeki ..berdoalah ..mudah2an ada pembukaanNya yang boleh pimpin kamu

    Mudah2an ...
    Allahumma Amin ya Lathiff

    « Last Edit: 19 October, 2010, 04:31:24 PM by muridin »

    nilabiru

    • *
    • Posts: 338
      • View Profile
    Jawab #5 19 October, 2010, 04:31:34 PM
  • Publish Di FB
  • AFDHOLUZZIKRI..LAAILAHAILLALAH...Zikir yang paling afdho, LAAILAHAILLALAH

    nilabiru

    • *
    • Posts: 338
      • View Profile
    Jawab #6 19 October, 2010, 04:35:58 PM
  • Publish Di FB
  • boleh tak Pak Din atau sesiapa yang boleh terangkan apa itu "Zikir Khafi" dan cara-cara mengamalkannya..

    muridin

    • *
    • Posts: 196
    • Kenal diri Nyata-Nyata , Baru Kenal Yang Maha Esa
      • View Profile
    Jawab #7 19 October, 2010, 04:37:46 PM
  • Publish Di FB
  • Salam ..


    ya ifahuzir ..mana2 kalimah Allah ..maka jatuhkan pada hati kamu ...
    misalnya Subhanallah ..Alhamdulillah juga Allahu Akbar
    dimana kalimah Allah ..labuhkan di hati ...
    kerana hatimu menjadi tilikan Dia ...
    maka labuhkan AsmaNya pada hati ...itu martabat awal Tauhidul Asma ...
    yak ni Tauhidul Asma padaNya ..kepada hambaNya menjadi hati ...tempat berlabuh
    AsmaNya ..Allah Allah Allah ..Hu Allah Hu Allah Hu Allah ...


    Usahakanlah hingga nyata pada tajali (kenyataan) Asma-Nya  buat diri
    mudah2an ...


    merasa mengetahui ...


    Mudah2an
    Allahumma Amin ya Lathiff



    muridin

    • *
    • Posts: 196
    • Kenal diri Nyata-Nyata , Baru Kenal Yang Maha Esa
      • View Profile
    Jawab #8 19 October, 2010, 04:41:38 PM
  • Publish Di FB
  • boleh tak Pak Din atau sesiapa yang boleh terangkan apa itu "Zikir Khafi" dan cara-cara mengamalkannya..


    Zikir khafi itulah nama lainnya zikir Qalbi ..


    kerana ada pecahan 3 disitu ..Qalbun Sirrun Ruhun ...
    itu sebab satu lafaz jadi 7  ....pada lidah pada hati pada ruh ..
    jika 100 pada lafaz Allah ..hakikatnya 700 lafaz ...


    buatlah pada qadar kemampuan diri ...
    pelan2 kayuh ...


    Mudah2an Allah permudahkan ...
    Allahumma Amin ya Lathiff


    ifahuzir

    • *
    • Posts: 524
      • View Profile
    Jawab #9 19 October, 2010, 04:44:49 PM
  • Publish Di FB
  • Hmm.. Pada hati,? pada fahaman saya, hati tu jantung..
     
    asbabnya, ada 4 bahagian, (ikut sains) sepertimana 4 peringkat syariat, tarikat, hakikat dan makrifat..
     
    dimana hati sebenarnya? sama seperti ilmu sains yang bermaksud hati tu ker tuan muridin?

    azrinkun

    • *
    • Posts: 1659
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Jawab #10 19 October, 2010, 04:47:20 PM
  • Publish Di FB
  • 17 cara menghapus dosa
    Amalkan Tasbih, Tahmid dan Tasbih selepas solat fardhu.:سبحان الله وبحمدهBertasbih pada pagi dan petang 100 kali.: حول ولا قوة إلا بالله العلى العظيملا إله إلا الله، والله أكبر، ولاMembaca tasbih di atas.:Membaca 100 kali Tasbih, Tahmid dan Takbir selepas solat.:Bertasbih 100 kali selepas solat: على كل شيء قدير، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم، سبحان الله والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبرلا إله إلا الله وحده لا شريك له ، له الملك وله الحمد وهوMembaca doa di atas ketika berada di atas tikar atau katil.: Menunggu solat Dhuha selepas solat Subuh dalam keadaan berzikir.: الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليهأستغفرBeristighfar dengan lafaz di atas 3 kali selepas solat asar.: Mereka yang sentiasa melakukan solat Dhuha: إلا باللهلا إله إلا الله، والحمد لله، ولا حول ولا قوةMembaca lafaz di atas semasa berpijak di bumi aAllah SWT.: القيوم وأتوب إليهلا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك ولهMembaca doa di atas semasa bangun dari tidur.: القيوم وأتوب إليه،أستغفر الله العظيم لا إله إلا هو الحيMembaca lafaz di atas sebelum solat jumaat.: القيوم وأتوب إليهأستغفر الله الذي لا إله إلا هو الحيMembaca lafaz di atas semasa hendak tidur.:سبحان الله وبحمدهBertasbih 100 kali setiap hari.: Solat sunat 6 rakaat selepas solat fardhu maghrib.: Bersalaman apabila bertemu dengan saudara seagama.: الله أكبر، وسبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله وحده لا شريكله، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيمMembaca lafaz ini 100 kali setiap kali selepas solat.

    maafkan saya..hahahaaahah jaddi lagu nie
    Syahadah no.1 ..  Ikut Rasulullah saw..
    jalan islam itu tauhid. jalan mukmin itu syahadat

    cahaya^bulan

    • *
    • Posts: 143
      • View Profile
    Jawab #11 19 October, 2010, 04:48:18 PM
  • Publish Di FB
  • Maaf ya..
    konfius..
    satu lafaz jadi 7?
    maksudnya? bukankah dipecahkan kepada 3?
     

    muridin

    • *
    • Posts: 196
    • Kenal diri Nyata-Nyata , Baru Kenal Yang Maha Esa
      • View Profile
    Jawab #12 19 October, 2010, 04:48:29 PM
  • Publish Di FB
  • Hmm.. Pada hati,? pada fahaman saya, hati tu jantung..
     
    asbabnya, ada 4 bahagian, (ikut sains) sepertimana 4 peringkat syariat, tarikat, hakikat dan makrifat..
     
    dimana hati sebenarnya? sama seperti ilmu sains yang bermaksud hati tu ker tuan muridin?


    itulah Latifatul Rabbani yang menuntut setiap Lataif


    ya Lathiff ....


    (fuh sedap nama ni ..nak hampir macam namaku )

    nilabiru

    • *
    • Posts: 338
      • View Profile
    Jawab #13 19 October, 2010, 04:49:25 PM
  • Publish Di FB
  • boleh tak Pak Din atau sesiapa yang boleh terangkan apa itu "Zikir Khafi" dan cara-cara mengamalkannya..


    Zikir khafi itulah nama lainnya zikir Qalbi ..


    kerana ada pecahan 3 disitu ..Qalbun Sirrun Ruhun ...
    itu sebab satu lafaz jadi 7  ....pada lidah pada hati pada ruh ..
    jika 100 pada lafaz Allah ..hakikatnya 700 lafaz ...


    buatlah pada qadar kemampuan diri ...
    pelan2 kayuh ...


    Mudah2an Allah permudahkan ...
    Allahumma Amin ya Lathiff


    InsyaAllah, terima kasih Pak Din.

    ifahuzir

    • *
    • Posts: 524
      • View Profile
    Jawab #14 19 October, 2010, 04:56:04 PM
  • Publish Di FB
  • Hmm.. Pada hati,? pada fahaman saya, hati tu jantung..
     
    asbabnya, ada 4 bahagian, (ikut sains) sepertimana 4 peringkat syariat, tarikat, hakikat dan makrifat..
     
    dimana hati sebenarnya? sama seperti ilmu sains yang bermaksud hati tu ker tuan muridin?


    itulah Latifatul Rabbani yang menuntut setiap Lataif


    ya Lathiff ....


    (fuh sedap nama ni ..nak hampir macam namaku )

    Maafkan saya.. dari Pembacaan saya, ilmu yang ada pada saya, pada Pak Din mungkin di muka yang pertama selepas menyelak kulit buku Pak Din.. kan?
     
    Saya x faham.. Tiada kamus di hadapan saya sekarang.. :sedihnya:...

    muridin

    • *
    • Posts: 196
    • Kenal diri Nyata-Nyata , Baru Kenal Yang Maha Esa
      • View Profile
    Jawab #15 19 October, 2010, 05:00:55 PM
  • Publish Di FB
  • Maaf ya..
    konfius..
    satu lafaz jadi 7?
    maksudnya? bukankah dipecahkan kepada 3?


    bab ini ...bab sulit ...
    nak buka ...tak boleh ...eloklah tak faham ...
    cari guru ....untuk elak keliru ..
    jika benar pada jalan kewaliannya guru itu nescaya ia akan angguk ..


    Memadailah ...
    bermulah zikir mujahadah ...kemudian muroqabah then muqabalah ...
    insya-Allah ..nanti fahamlah apa yang pak din katakan ini ..
    ibarat anggota hati ..semuanya berzikir ...
    untuk menegakkan zikir  yakni ingat kan Dia ...Zikir diri yang berzikir ...


    itulah huraian ..ingat Allah banyak-banyak


    Dalilnya ...
    Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi;
    dan   carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung. 

    surah al Jum'maafkan saya ayat 10


    banyak-banyak pada jumlah kah .. huraian banyak-banyak pada lafaz dan sebutan atau ingatan ?
    banyak-banyak pada diri kah ... huraian banyak-banyak pada diri ?


    yang 7 itu ...maksud pada ingat Allah banyak2 pada diri ...
    lazim orang bahas hurai ..100x 1000x 10000x dsb itu pada jumlah ...
    ada lagi huraian yang halus dan seni ...tuntutlah dari ahlinya ..
    yakni Ahlilullah ( Ahli Allah ) ...


    mudah2an
    Allahumma Amin ya Lathiff

    cahaya^bulan

    • *
    • Posts: 143
      • View Profile
    Jawab #16 19 October, 2010, 05:07:04 PM
  • Publish Di FB
  • Maaf ya..
    konfius..
    satu lafaz jadi 7?
    maksudnya? bukankah dipecahkan kepada 3?


    bab ini ...bab sulit ...
    nak buka ...tak boleh ...eloklah tak faham ...
    cari guru ....untuk elak keliru ..
    jika benar pada jalan kewaliannya guru itu nescaya ia akan angguk ..


    Memadailah ...
    bermulah zikir mujahadah ...kemudian muroqabah then muqabalah ...
    insya-Allah ..nanti fahamlah apa yang pak din katakan ini ..
    ibarat anggota hati ..semuanya berzikir ...
    untuk menegakkan zikir  yakni ingat kan Dia ...Zikir diri yang berzikir ...


    itulah huraian ..ingat Allah banyak-banyak


    Dalilnya ...
    Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi;
    dan   carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung. 

    surah al Jum'maafkan saya ayat 10


    banyak-banyak pada jumlah kah .. huraian banyak-banyak pada lafaz dan sebutan atau ingatan ?
    banyak-banyak pada diri kah ... huraian banyak-banyak pada diri ?


    yang 7 itu ...maksud pada ingat Allah banyak2 pada diri ...
    lazim orang bahas hurai ..100x 1000x 10000x dsb itu pada jumlah ...
    ada lagi huraian yang halus dan seni ...tuntutlah dari ahlinya ..
    yakni Ahlilullah ( Ahli Allah ) ...


    mudah2an
    Allahumma Amin ya Lathiff

    Thanks for the respons, pak din.

    muridin

    • *
    • Posts: 196
    • Kenal diri Nyata-Nyata , Baru Kenal Yang Maha Esa
      • View Profile
    Jawab #17 19 October, 2010, 05:59:04 PM
  • Publish Di FB
  • Maaf ya..
    konfius..
    satu lafaz jadi 7?
    maksudnya? bukankah dipecahkan kepada 3?


    bab ini ...bab sulit ...
    nak buka ...tak boleh ...eloklah tak faham ...
    cari guru ....untuk elak keliru ..
    jika benar pada jalan kewaliannya guru itu nescaya ia akan angguk ..


    Memadailah ...
    bermulah zikir mujahadah ...kemudian muroqabah then muqabalah ...
    insya-Allah ..nanti fahamlah apa yang pak din katakan ini ..
    ibarat anggota hati ..semuanya berzikir ...
    untuk menegakkan zikir  yakni ingat kan Dia ...Zikir diri yang berzikir ...


    itulah huraian ..ingat Allah banyak-banyak


    Dalilnya ...
    Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi;
    dan   carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung. 

    surah al Jum'maafkan saya ayat 10


    banyak-banyak pada jumlah kah .. huraian banyak-banyak pada lafaz dan sebutan atau ingatan ?
    banyak-banyak pada diri kah ... huraian banyak-banyak pada diri ?


    yang 7 itu ...maksud pada ingat Allah banyak2 pada diri ...
    lazim orang bahas hurai ..100x 1000x 10000x dsb itu pada jumlah ...
    ada lagi huraian yang halus dan seni ...tuntutlah dari ahlinya ..
    yakni Ahlilullah ( Ahli Allah ) ...


    mudah2an
    Allahumma Amin ya Lathiff

    Thanks for the respons, pak din.


    Yupp ...
    justeru 70x  istighfar atau 100x istighfar oleh baginda s.a.w
    itu bukanlah hanya pada bahasan jumlah ...
    begitulah ...
    banyak-banyak itu bukan pada bahasan jumlah ...
    tetapi banyak pada diri juga ...

    mudah2an ...
    Allah permudahkan ..
    Allahumma Amin ya Lathiff

    azrinkun

    • *
    • Posts: 1659
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Jawab #18 19 October, 2010, 07:55:31 PM
  • Publish Di FB
  • 5 Martabat Zikir
    Berzikir dengan lidah tanpa dengan hati.Berzikir dengan hati tanpa dengan lidah.Berzikir dengan akal.Berzikir dengan cara rahsia.Berzikir dengan ain mazkur ( Iaitu diri Allah SWT )Sarah Hikam. m/s : 110.
    [/color][/size]

    ifahuzir

    • *
    • Posts: 524
      • View Profile
    Jawab #19 20 October, 2010, 10:53:06 AM
  • Publish Di FB
  • ermm.. huraian diperlukan..
     
    maafkan saya.. tujuan saya create tread ini adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu untuk diamalkan.. bersama penjelasan dan cara yang terbaik.. bukankan menyampaikan ilmu adalah satu ibadah?
     
    "sampaikan ilmuku walaupun satu ayat"
     
    maafkan saya.. pencapaian saya dalam ilmu wirid ni ibarat pipit dan enggang.. berbeza kelajuan, tinggi terbang dan fizikalnya..
    Oleh yang demikian, saya berharap rakan² yang saya hormati (Ilmuan sekelian) agar dapat membantu saya dalam usaha yang sedikit..
     
    "Ya Allah, Kurniakanlah rasa cintaku terhadapMU.. sepertimana rasa cinta manusia yang menyintaiMU.. Ibarat Orang yang teramat dahaga/ penat menerima pemberian air sejuk daripadaMu untuk diminum"
     
    Pendapat saya, Rasulullah s.a.w tidak menuntut ilmu dari guru.. Malaikat Jibril menyampaikan.. bermula dengan Bacalah, Dengan nama Pengatur Segala Makhluk (rabb).. fahaman saya adalah, Malaikat adalah sebagai penyampai.. bukan guru.. (betulkan saya jika salah.. Dan bagi dalil sekiranya ada yer..  :'( )
     
    Jadi Qisas yang direka oleh saya adalah, Bukan Guru yang Mengajar.. yang diperlukan adalah "Penyampai" iaitu manusia yang menyampaikan..
     
    Istilah sampai menyampai ini tidak tertakluk kepada manusia semata-mata, ia juga dapat disampaikan melalui burung-burung sepertimana Qabil/ Habil mendapat ilmu daripada burung agar menanam saudara yang telah dibunuhnya...
     
    Harapan saya adalah perkongsian ilmu Allah s.w.t seumpama ini dapat dikongsikan dengan lebih berkesan.. Demi menegakkan kembali Daulah Khulafah.. Oleh itu, Bertekad demi Kejayaan Islam (ekonomi, Akhlak, muamalah, munakahat, dan segalanya) di Dunia yang fana ini, semestinya dapat mencerahkan lagi peluang kita ke Syurga yang dijanjikan Allah s.w.t kepada Umat Islam khususnya.
     
    bukan apa.. sebagai contoh.. walaupun ber jual beli dengan org kafir adalah harus, dan berjual beli dengan org mukmin juga harus..
    Tetapi bukankah kita telah dinasihati supaya mencari harta didunia seolah² akan hidup seribu tahun lagi?? dan Beribadah seolah² kita akan mati besok hari???
     
    Jika saya Mati besok, dan Ilmu yang saya mahukan hari ini ada pada rakan² sekelian... adakah tuan² semua tidak berasa apa²?
     
    Logik kah?
    1. Ilmu yang selepas di ijazahkan oleh guru sahaja yang dapat disebarkan? sedangkan Allah tidak meng ijazahkan kepada Jibril untuk menyampaikan ilmu kepada Nabi s.a.w?
    2. Mengamalkan zikir yang didapati atau diperolehi hanya dari Guru dari hasil pembelajaran.. sedangkan Allah s.w.t sahaja yang Mengizinkan sesuatu perkara terjadi.
     
    Tahukan korang apa maksud riak? adakah pergi bersolat dan memberitahu orang lain di sekitar kita yang kita mahu bersolat itu adalah riak??
    tidak kah korang tau, rasa malu jika orang nampak kita menuju ke tempat solat juga adalah RIAK??!!
     
    Akhir Nya.. Tahukan Korang tujuan kita diwujudkan dimuka bumi ini?? :senyum:..
    1. diciptakan rupa yang berbagai rupa dan warna kulit yang berbeza adalah semata untuk kita berkenal² dan tolong menolong.
    2. Setelah kita berkenal², berilah khabar berita gembira kepada mereka.. sesungguhnya hanya Allah s.w.t yang wajib disembah.
    3. Sebarkan Ilmu Allah s.w.t walaupun hanya sepotong ayat.
     
    "Sesungguhnya Tiada Jual beli dalam urusan Allah s.w.t" Dalilnya adalah
     
    "Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim." (Al-Baqarah 2:254)
     
    "Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, sama ada dengan merahsiakan pemberiannya itu atau dengan terbuka; sebelum datangnya hari yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan)." (Ibrahim 14:31)
     
    Soalan saya, tidakkah menderma yang dimaksudkan di atas  itu hanya tertumpu kepada harta benda sahaja?? tidak ilmu??
     
    Perlukah Guru dalam Wahyu di Atas?
     
    "Demi Masa!" (Al-'Asr 103:1)
    "Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian" - (Al-'Asr 103:2)
    "Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Al-'Asr 103:3)
     
    Akhir la jugak..
    "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)," (Al-'Alaq 96:1)
    "Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah," - (Al-'Alaq 96:3)
    "Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan," - (Al-'Alaq 96:4)
     
    dari Fahaman saya.. Tidak la ada Perkataan "GURU" pun..
    Adakah kata-kata Allah s.w.t dan janji-janji Allah tidak benar??
       
    p/s : penulisan saya ini hanya sekadar tulisan yang tidak memberi kesan kepada siada yang membacanya dengan Nafsu Amarah.
    "Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat." (Al-Ahzaab 33:11)
     
    Sekian.. semoga bermanfaat..
     
    Pssssssst.... : Dimana kedudukan Hati yang sebenar²nya?? :sedihnya:..
     

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    8 Replies
    2560 Views
    Last post 14 June, 2012, 02:16:01 PM
    by Fakir Billah
    1 Replies
    1448 Views
    Last post 15 July, 2010, 01:14:14 PM
    by 5zul
    1 Replies
    344 Views
    Last post 17 October, 2012, 09:30:26 PM
    by hasin