Pelarian Rohingya

Author Topic: Pelarian Rohingya  (Read 4699 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

zunita

  • *
  • Posts: 745
    • View Profile
19 October, 2010, 10:35:28 AM
  • Publish Di FB
  • Penghapusan Etnik Umat Islam Rohingya dan Kaman


     :)

    Marilah kita sama-sama membantu umat islam Rohingya.     
     Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
    khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my 

    DENGAN tangan kiri yang berbalut dan langkah longlai, seorang wanita yang berumur dalam lingkungan umur 40-an membawa sepinggan nasi kosong. Nasi itu putih dan berkilat. Tiada langsung lauk-pauk yang melengkap hidangan.

    Di ruang tamu rumah sewanya yang agak bersepah, beberapa orang kanak-kanak menunggu untuk menikmati menu makan tengah hari.

    Sambil menggaul nasi tersebut, tangannya pantas menyuakan makanan itu kepada seorang anak kecil yang sedang menangis.

    Walaupun pada mulanya kanak-kanak terbabit enggan membuka mulut, namun nasi putih kosong itulah yang menjadi santapannya.

    Mungkin kerana lapar, anak kecil yang langsung tidak mengetahui corak kehidupan yang dilaluinya itu menerima apa sahaja yang disuapkan si ibu.

    “Tengoklah, itu sahaja makanan yang ada di rumah ini. Nasi kosong yang digaul dengan minyak dan sedikit garam. Jadilah buat alas perut mereka,” ujar Faridah Fazal Ahmad, 36, salah seorang wanita Rohingya pelarian Myanmar yang fasih berbahasa Melayu dan menetap di rumah usang tersebut.

    Ditanya mengapa tangan wanita itu berbalut, Faridah dengan wajah yang sayu berkata, ia disebabkan rutin mengetuk besi buruk untuk dijual bagi menampung kehidupan.

    Itu sebahagian insiden yang menyentuh hati apabila menyaksikan kedaifan komuniti pelarian Rohingya Muslim di sekitar kawasan Kampung Tasik Tambahan, Ampang, Selangor.

    Jika dilihat mengenai berita-berita yang merakamkan kesengsaraan etnik yang tertindas dan dinafikan hak-hak politik, sosial dan budaya oleh pemerintah junta di Myanmar itu, sudah terlalu banyak untuk dihitung.

    Namun, isu sejak puluhan tahun itu masih belum bernoktah. Etnik yang 90 peratus daripadanya beragama Islam itu tetap tidak diakui kewujudan mereka.


     NASIB anak-anak pelarian Rohingya ini perlu dibela agar tidak menjadi orang gelandangan apabila dewasa kelak. 

     

     
     
    Malah, mereka kehilangan tanah yang diserahkan kepada etnik Rakhin beragama Buddha.

    Penindasan yang berterusan menyebabkan mereka terpaksa menjadi pelarian dan mencari perlindungan di negara lain.

    Memetik kata-kata jurucakap Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR), Kitty McKinsey menyebut bahawa etnik Rohingya mungkin merupakan golongan masyarakat yang langsung tiada rakan di dunia, merupakan satu penghinaan kepada mereka.

    “Secara keseluruhan, tiada kumpulan atau masyarakat yang menyokong mereka. Boleh dikatakan tidak ada walau seorang pun daripada mereka mempunyai status sah menduduki mana-mana negara di dunia,” kata McKinsey dalam satu temu bual bersama agensi berita antarabangsa AP pada bulan Februari 2009.
    Faridah yang datang ke Malaysia sejak dua dekad lalu mengakui sebagai etnik pelarian, mereka merupakan golongan yang terpinggir di bumi asing.
    Namun, dia bersyukur kerana masih bernafas dan meneruskan survival di negara orang.

    Ibu kepada lima cahaya mata yang berusia di antara 16 hingga dua tahun itu memberitahu, untuk menyara kehidupannya sekeluarga, dia menjual bunga di sekitar kawasan tersebut. “Apa sangatlah keuntungan hasil daripada menjual bunga. Nak dapatkan RM10 sehari pun susah. Tetapi, saya kena bekerja untuk cari rezeki yang halal,” jelasnya.

    Ditindas tentera Burma

    Menurut Koordinator Program Arakan Rohingya Refugee Committee (ARRC) Malaysia, Mohamad Sadek Ali Hossain, 38, kehidupan di Arakan boleh digambarkan seolah-olah neraka dunia kepada etnik tersebut.

    “Sejak tahun 1962 kami ditindas oleh rejim tentera Burma ketika itu akibat tekanan politik. Mereka tidak membenarkan kami menunaikan solat di masjid, dihalang mendapat pendidikan dan menerima rawatan perubatan.

    “Sebaliknya, kami dipaksa bekerja sebagai askar dan perlu membayar duit kepada pemerintah untuk membina kuil-kuil Buddha sedangkan mereka tahu bahawa kami adalah penganut agama Islam.


    HARUN (kanan) menggunakan ilmu yang ada untuk menabur bakti pada anak-anak Rohingya dengan mengajar mereka mengenal al-Quran. 

     

     
     
    “Selain itu, masyarakat Rohingya juga dihalang berkahwin untuk mengelakkan perkembangan zuriat dan selama tiga hari seminggu, kami wajib bekerja secara percuma tanpa gaji,” terang Mohamad Sadek yang datang ke Malaysia sejak empat tahun lalu.

    Dianggarkan kira-kira 750,000 etnik Rohingya menetap di kawasan pergunungan utara di wilayah Rakhine atau Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh.

    Mereka dipercayai berasal daripada keturunan pedagang Arab dari abad ketujuh.Warna kulit mereka agak gelap berbanding rakyat Myanmar yang berkulit cerah.Di Malaysia, hanya 26,000 pelarian Rohingya diiktiraf oleh UNHCR.

    “Kami hanya bergantung kepada kad keahlian UNHCR dan tidak memiliki sebarang dokumen yang sah. Ini menyebabkan kami tidak boleh mendapat sebarang pekerjaan.

    “Lebih malang, anak-anak Rohingya tidak berpeluang menerima pendidikan formal,” tutur Muhammad Husson Ali, 59, pula.

    Asas-asas Islam

    Buat masa ini, terdapat lapan buah sekolah Rohingya di bawah kendalian UNHCR, namun enam daripadanya menerima bantuan daripada persatuan Buddha dan Kristian.

    Situasi itu amat membimbangkan Muhammad Husson apabila memikirkan masa depan generasi muda Rohingya. Tidak mustahil mereka menjadi murtad atau memilih agama selain Islam.

    Bagi Harun Bashir, 44, yang sudah 18 tahun menetap di Malaysia, dia terpanggil untuk mengajar asas-asas Islam kepada anak-anak etnik Rohingya yang berada di rumah-rumah atau di pejabat ARRC.
     

     

     
     
    Dia yang pernah bergelar guru di sebuah sekolah pondok di daerah Arakan satu ketika dahulu bersyukur kerana mereka mudah menerima apa yang diajar.
    “Alhamdulillah, anak-anak ini boleh membaca Muqaddam dan al-Quran dengan baik. Setiap minggu, saya akan mengajar selama lima hari dalam tempoh satu hingga dua jam.

    “Saya harap, dengan cara ini setidak-tidaknya ada usaha bagi mengelakkan berlakunya insiden murtad di kalangan generasi muda Rohingya. Saya tidak mahu mereka hilang agama,” ungkap Harun yang melakukan kerja sampingan seperti mengambil upah memotong rumput.

    Salah seorang murid Harun, Siti Nurhaliza Nor Mohamed, 10, berkata, dia sudah pandai membaca al-Quran pada usia tujuh tahun.

    Anak bongsu daripada tujuh adik beradik itu juga berjaya menunaikan ibadah puasa selama sebulan tanpa meninggalkan sehari pun. Adakah dia mengetahui sejarah etnik Rohingya? Anak kecil itu pantas menggeleng.

    “Saya tak tahu sangat pasal itu. Tapi, apa yang saya tahu kami adalah pelarian yang menumpang di negara orang,” tutur Siti Nurhaliza yang fasih bertutur bahasa Melayu. Dia juga bercita-cita untuk menjadi seorang guru, satu impian tinggi yang mungkin tidak akan dapat dicapai jika nasib pelarian Rohingya tidak dibela.

    Taraf kerakyatan
     

     

     
     
      Sementara itu, Pensyarah Politik dan Pen tadbiran Awam di Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, isu pelarian Rohingya ini hanya akan selesai sekiranya negara mereka kembali pada kerajaan demokrasi.

    “Seluruh dunia tahu bagaimana penghinaan yang diterima etnik tersebut daripada kerajaan pemerintah junta Myanmar.

    “Jadi, agak sukar untuk mana-mana negara berurusan dengan mereka terutama dalam isu pelarian ini,” jelasnya sambil memberitahu terdapat dua jenis pelarian Rohingya iaitu pelarian politik dan biasa.

    Tambahnya, isu tersebut memang memberi kesan besar terhadap masalah sosial, pengemis dan meningkatkan lagi jumlah orang gelandangan di Malaysia.

    Namun, sedar atau tidak, ramai pelarian Rohingya dieksploitasi oleh pihak tertentu yang mengambil kesempatan di atas nasib buruk mereka.

    “Antaranya diberi upah yang terlalu rendah untuk kerja-kerja buruh atau pelayan restoran dan sebagainya.

    “Justeru, pada pendapat saya mereka ini terutama yang sudah menetap begitu lama di Malaysia perlu diberi taraf kerakyatan (PR) yang secara tidak langsung akan menanamkan sifat sayangkan negara ini,” ujarnya sambil menegaskan bahawa satu jawatankuasa pemilihan perlu ditubuhkan untuk tujuan tersebut.
    Kepada sesiapa yang ingin menghulur sumbangan peribadi kepada komuniti Rohingya sama ada dalam bentuk kewangan, pakaian mahu pun makanan, boleh berhubung dengan Mohamad Sadek di talian 016-309 4599 atau layari laman web http://www.arrcrohingya.ning.com
         


    لا إله إلا الله

    adeq_fauzy

    • *
    • Posts: 692
    • :: KeranaMU ya Allah ::
      • View Profile
    Jawab #1 15 June, 2012, 05:42:06 PM
  • Publish Di FB


  • Dikala kita leka dengan EURO 2012, adakah kita terlupa pesanan Rasulullah?

    عن أبي هريرة قال: قال رسول الله لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا، ولا يبع بعضكم على بيع بعض، وكونوا عباد الله إخوانا، المسلم أخو المسلم، لا يظلمه ولا يخذله، ولا يكذبه، ولا يحقره، التقوى ههنا، ويشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ من الشر أن يحقر أخاه المسلم، المسلم على المسلم حرام دمه، وماله، وعرضه -رواه مسلم.

    Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim. Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.

    Rohingya merupakan kaum minoriti yang paling teruk ditindas di dunia. Tiada tempat ingin pergi, tiada negara ingin menerimanya termasuklah negara sendiri. Pilihan hanya ada 2.
    Lari meninggalkan yang tersayang
    Mati di bunuh di rumah.


    Mari kita mendoakan kesejahteraan umat Islam terutama di Myanmar dimana aktiviti penghapusan etnik bermaharajalela seperti  menyembur ubat nyamuk.

    « Last Edit: 31 December, 2012, 04:09:23 PM by PenaHalaqah »
    SUMBANGAN TABUNG HALAQAH
    CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services
    "Saham akhirat anda, insyaAllah.."

    Hj Naim

    • *
    • Posts: 715
      • View Profile
    Jawab #2 15 June, 2012, 05:49:18 PM
  • Publish Di FB
  • Baca dan sebarkan jika anda sayang saudara Islam anda di Myanmar..
     

     
    Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa kerajaan dan pemimpin Islam di Malaysia dan seluruh dunia segera mengambil berat perkembangan yang sedang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar sekarang ini.
     

     
    (Gambar antara 8 orang pendakwah islam dalam perjalanan dari daerah Akyab ke Yangon ( ibu negera Myammar) melalui jalan darat tongu. Mereka telah dibunuh secara kejam oleh sekumpulan peganut Budhan dan NASAKA secara secara kejam antara tindakan kekejaman merekakencing keatas mayat dan membaling botol arak kepada mayat tersebut, ini merupakan penghinaan dan keganasan terhadap terhadap umat islam minoriti yang tertindas di Myanmar)
     
    Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote , daerah Tongu di bunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.
     
    Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya.
     

     
    Lanjutan itu kami dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap , ibu negeri Arakan.
     
    Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah di bakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal.
     
    Akibatnya ketegangan telah tercetus bila orang Islam Rohingya terus dijadi sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk dikawasan kampung lain diseluruh wilayah Arakan.


     
    Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima , polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.
     
    Dari maklumat langsung dari Maungdaw kami diberi informasi bahawa sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempuh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network , dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.
     
    Namun mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan . Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini.
     
    Namun pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan kepada kami mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.


     
    Lebih memeranjatkan kami , pihak keselamatan , polis dan tentera , kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim.
     
    Walaupun dharurat di istiharkan di Maungdaw dan kini diseluruh Arakan , pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.
     
    Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakkan penduduk , namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran dibawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.
     

     
    Setakat ini , berita yang diterima , empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi telah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.
     
    Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan , namun bukan untuk melindungi mereka , akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah . Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.
     

     
    Kelmarin , 9 hb Jun 2012 , sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar.
     

     
    Terbaru , 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar , iaitu Warlispara dan Saki Para ( dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya ) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar.
     
    Dari maklumat terkini , semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan.
    hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.


     
    Kami mengutuk dengan keras terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya . Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.
     

     
    Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh , 60,000 di Thailand , 150,000 di Pakistan ,40,000 di Malaysia .

    Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.


     
    Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat keatas Umat Islam Rohingya yang maseh berada di wilayah Arakan , Myanmar .
     
    Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah , tanah , ternakan , pemusnahan masjid , arahan tidak dibenarkan membaikki mana-mana Masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha , perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera , penangkapan , penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.
     
    Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memilikki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon bimbit.
     
    Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi . Sekretariat ASEAN perlu melaksanakan polisi melindungi hak Asasi Manusia dikalangan anggotanya terutama selepas Persidangan Kemuncak ASEAN pada 2009.
     
    Kami juga menyeru supaya kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan Umat Islam oleh regim tentera Myanmar yang memberi kerjasama kepada golongan rasis nasionalis Rakhine Buddha.

    Kami menegaskan jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan , kami akan bertindak dengan lebih tegas dan berkesan supaya regim tentera Myanmar tidak sewenangnya menzalimi Umat Islam Rohingya di Myanmar.
     
    Abdul Ghani Samsudin
    Pengerusi SHURA
     
    Mohd Azmi Abdul Hamid
    Setuausha Agong MAPIM
     
    Sumber : IKRAM


    http://naimqlate.blogspot.com/2012/06/part-2-penghapusan-etnik-umat-islam.html
    « Last Edit: 15 June, 2012, 08:23:50 PM by Hj Naim »

    adeq_fauzy

    • *
    • Posts: 692
    • :: KeranaMU ya Allah ::
      • View Profile
    Jawab #3 15 June, 2012, 05:52:46 PM
  • Publish Di FB
  • Hj Naim, minta semak semula link gambar. Tiada paparan kerana URL gambar tersebut tidak sah. Dengan gambar mesej yang ingin disampaikan mudah-mudahan lebih mudah.

    rahmanw

    • *
    • Posts: 1154
      • View Profile
    Jawab #4 15 June, 2012, 08:49:14 PM
  • Publish Di FB
  • pada yang berkesempatan...boleh pi ziarah madrasah hashimiah yang menempatkan anak2 pelarian rohingya...madrasah ni sebenarnya adalah sekolah tahfiz bagi anak2 rohingya tu selain bebarapa matapelajaran lain seperti bahasa melayu...bahasa inggeris...matematik dan sebagainya...

    pihak halaqah.net juga pernah bersama sama menjayakan program dengan anak2 rohingya ni...
    Program Bersama Anak Yatim Pelarian Rohingya (2009/2010)


    qalamm

    • *
    • Posts: 203
    • bersatu hati dan jiwa keranaMU..
      • View Profile
    Jawab #5 19 October, 2012, 09:05:00 PM
  • Publish Di FB


  • Jika tidak dapat membantu projek Qurban ini..infak sedikit wangpun boleh..
    no. akaun bank seperti di atas..keikhlasan anda hanya ALLAH SWT akan menilainya..
    Insyaallah..terima kasih.


    p/s:kepada saudara2 semua..jika sudi..tolong sebarkan info ini ..terima kasih.
    « Last Edit: 19 October, 2012, 09:10:39 PM by qalamm »
    cinta ini biar sampai syurga...

    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Jawab #6 02 January, 2013, 03:17:56 PM
  • Publish Di FB
  • Rakyat minoriti Rohingya dan Kaman di Myanmar semakin tertindas. Sekatan ke atas kampung mereka dan pencabulan ke atas wanita Rohingya makin berleluasa.

    Dan yang amat dikesali juga tahu bahawa pihak berkuasa di Arakan memaksa etnik Rohingya untuk mendaftarkan diri sebagai Bengali, identiti mereka tidak tergolong dalam rakyat Mynmar, melalui proses Pendaftaran yang termasuk mengambil cap jari digital dan gambar-gambar yang kekal akan membuat identiti Rohingya mereka hilang. Sekarang, NaSaKa di Nagpura (NgaKhuRa) kampung Maung Daw mula untuk memaksa penduduk Rohingya untuk menandatangani sendiri "Bengali."

    Kekejaman dan Pembunuhan beramai-ramai ke atas etnik Rohingya  dan Kaman sedang berterusan sedang berlaku di Arakan.

    Apa tindakan kita dengan saudara seakidah ini? Allah sudah beri kita nikmat keamanan, adakah kita lupa untuk membantu saudara kita yang lain ?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #7 02 January, 2013, 03:27:53 PM
  • Publish Di FB
  • MAPIM sebuah NGO yang akan merancang ke Arakan pada 19 Januari 2013 ini. Sesiapa yang ingin turut serta boleh menyertainya.


    MAPIM and SHURA
    31st December 2012


    MYANMAR IS IGNORING INTERNATIONAL CALL FOR JUSTICE TO THE ROHINGYA AND KAMAN MINORITIES

    The Malaysian Consultative Council of Islamic Organizations (MAPIM) and the Secretariate for the Ulama Assembly of Asia (SHURA) abhore and condemn the prevailing suppression of the Rohingya and Kaman Muslim minority still on going in Myanmar, executed by the security forces.

    Myanmar stance of ignoring international call to stop the continued oppression against the Rohingya and Kaman ethnic Muslims cannot be allowed unaddressed by the international community.

    The recent report on the early morning of Saturday, 29th December 2012 depicting that the Authority has carried out mass arbitrary arrests in Maung Daw is most condemnable.

    The village of Khadir Bil (Nyaung Chaung), Maung Daw has been under the besiege and blockage of a joint department of Police, Hluntin (Security Forces), NaSaKa (Border Security Froces) and Military. The joint department is carrying out mass arbitrary arrests of innocent Rohingyas in the village.

    They have put blockades around the village since then so that no Rohingya from the village can escape. It is reported that the joint department is raiding every house in the village and arbitrarily arresting innocent Rohingyas. Besides, they have been harassing Rohingya women in the village. Meanwhile, some innocent Rohingyas are being released after extorting money.

    We regret that U Khin Maung Shwe , the Judge of the Court of Maung Daw Tsp, has been issuing arbitrary arrest warrants of Rohingyas in Maung Daw with the baseless accusations of their involvements in the violence.

    We are most disturbed by the action carried out by the authority and administration of Arakan, who are mainly composed of Rakhine extremists, and are notoriously carrying out violence, arbitrary arrests and tortures against Rohingyas and Kamans without the permission and acknowledgement from NayPyiTaw (or Central Government).



    It is deplorable also to know that the authority in Arakan is forcing Rohingyas to register themselves as Bengali, an identity they don’t belong to , through a Registration process that includes taking digital fingerprints and photographs that will permanently make their Rohingya identity disappear. Now, the NaSaKa in Nagpura (NgaKhuRa) village of Maung Daw started to force Rohingya villagers to sign themselves “Bengali.”

    We regret that the continued pogroms and all kinds of atrocities against Rohingyas and Kamans have been being carried out in Arakan for months.

    This is an exercise to eliminate the Rohingya and the Kamans from their identity which is genocidal and it will be a humanitarian catastrophe in Arakan if not checked by the international community.

    We call the Myanmar government to immediately stop this unjust elimination of the Rohingya and the Kaman minorities and to take all measures to comply to the international law and universal human rights declaration of the UN in dealing with the prolonged plight of the suppressed communities.

    Myanmar cannot continue endlessly it's policy of denying the basic rights of the Rohingya since the international community will not be passive anymore in addressing the issue of human oppression of minorities in Myanmar.

    The ending of 2012 and coming of 2013 should signify a serious commitment by the Myanmar government to shift its decades of unjust policy towards the minorities.

    The international community has the right to intervene if Myanmar chooses to ignore and stop the attrocities .

    We reassert our call for the UN Security to deploy security mission to Myanmar if the worsening situation is not halted .

    We remind the world community that keeping away from real action on the ground will exacerbate Myanmar as committing crime against humanity.

    Mohd Azmi Abdul Hamid
    Secretary General MAPIM

    Abdul Ghani Samsudin
    Chairman SHURA

    MALAYSIAN CONSULTATIVE COUNCIL OF ISLAMIC ORGANIZATIONS
    Suite 1 , 5 th Floor , Perak Techno Trade Center , Off Jelapang , Meru Jaya , Ipoh ,
    Perak , Malaysia .
    Tel +60194744856
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Jawab #8 25 January, 2013, 12:16:30 AM
  • Publish Di FB
  • Rohingya houses burnt in Buthidaung

    On 23 January 2013 around 10:30pm, at least 2 Rohingya houses were burnt down into aches at Ward No. 1 of Buthidaung Township, Arakan State, Burma, according to a local resident on condition of anonymity.

    Fire broke out from electrical engine house which has been operating by the Rakhine national. There is controversy on the breaking of fire in both residents of Rakhine and ethnic Rohingya, while the Rohingya believe that Rakhine conspired to burn down the Rohingya houses from nearby areas, while the Rakhine claim that the fire was broke out from electric sort, he further told.

    No any person was injured at the house burning incident, while at least Kyat 80 million worth of wealth were brunt down.

    However, the local officials, particularly the members of NaSaKa (Border Security Forces) and other concerned authorities are investigating the real incident. Besides, the losers of these 2 houses are believed to be punished with both imprisonment and fine under the country’s penal code.

    The owners of these 2 houses are feeling fear of unbearable pressures and punishment without fair investigation, while no Rohingya has chance to make enough income for their survival and family support for the reasons of severe restrictions, imposed against them.


    http://www.thestateless.com/2013/01/rohingya-houses-burnt-in-buthidaung_24.html?spref=fb

    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Jawab #9 25 January, 2013, 11:55:56 AM
  • Publish Di FB
  • Rohingya: Only 4 meals in 16 days at sea


    PHUKET: The 179 Rohingya taken into custody north of Phuket yesterday survived on four meals of uncooked rice in their 16 days at sea, one of the survivors told officials.

    Local fishermen spotted the refugees – fleeing escalating ethnic violence in their native Rakhine State in Myanmar – off the Phang Nga coast at about 11am.

    About 30 officers from the Kuraburi District Office, Takuapa Border Patrol Police and Phang Nga Marine Police intercepted the single boat the refugees were travelling in about three nautical miles north of Koh Phra Thong (map here).

    “They departed Rakhine State in Myanmar on January 7. They were at sea for 16 days, hoping to reach Thailand or Malaysia in order to find work,” Kuraburi District Chief Manit Pianthong said. "They all are exhausted."

    “They said they had only four meals of uncooked rice and water since they left the state,” he added.

    The refugees were taken to Kuraburi Community Hall. Nineteen of them were in need of urgent treatment and were immediately placed on saline drips by medical staff.

    “Doctors and nurses were called in to take care of them – some of the refugees have fevers and others have open wounds. Doctors have placed them all on a course of antibiotics,” Chief Manit said.

    “Officers have to provide them with food, drink and other care before handing them over to Phang Nga Immigration for deportation,” he added.

    http://www.thestateless.com/2013/01/rohingya-only-4-meals-in-16-days-at-sea.html

    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Jawab #10 25 January, 2013, 01:24:58 PM
  • Publish Di FB

  • We All Support Humanitarian Flotilla To Arakan

    Lets support Flotilla to Arakan...!!



    Account no. is already stated in the poster ,  use Bank Islam Malaysia Berhad(BIMB) --> 07016010064932




    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Jawab #11 26 January, 2013, 12:01:09 PM
  • Publish Di FB
  • Waiting For Hope



    Sudah pasti semua kita dah sarapan pagi ni. Sat lagi kita makan tengah hari. Depa ni, mangsa kezaliman di Arakan, masih menunggu apakah rezeki mereka hari ini.

    Bantulah mereka, mengikut apa-apa yang kita mampu. Doa, harta, tenaga atau ilmu. Allah tidak tanya banyak mana kamu keluarkan, tapi Allah tanya apa usaha kamu membantu mereka. Kezaliman, kefakiran atas mereka boleh menjadi ladang pahala untuk kita, bagi orang-orang yang punya hati.



    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Jawab #12 26 January, 2013, 12:13:15 PM
  • Publish Di FB
  • A broken boat with a broken hope.



    This is how #Rohingya Muslim families fleeing their own country to survive. May Allah save them and the ones who helping them.


    Rohingya Humantarian Fund, Bank Islam Malaysia Berhad(BIMB) 07016010064932



    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Jawab #13 27 January, 2013, 01:40:56 PM
  • Publish Di FB
  • Rohingya on hunger strike

     Rohingya refugees in Prachuap Khiri Khan province have gone on a hunger strike in demand of an improvement in the meals provided by Thai authorities.

    About 120 Rohingha men have been transferred from Phang Nga province to a detention facility run by immigration police in tambon Khlong Wan, Muang district of Prachuap Khiri Khan province, awaiting their deportation.


    Disease control officials also gave  them physical check-ups with help from Myanmarese interpreters.

    The Muslim refugees will remain at the facility until otherwise ordered. Two large rooms have been put aside for prayers.

    An interpreter said that the refugees are demanding the Thai government to coordinate with the United Nations in helping them seek asylum in another country. They refused to return to Myanmar because they feared for their safety.

    Many of them complained that the 75 baht allocated per day per person for food is not enough. They want better quality food in larger portions. They went on hunger strike, but some were later talked out of it.

    Yusuf Towang, the president of a Muslim organisation in the province, said he has been coordinating with immigration authorities in providing assistance to the Rohingya. The Muslim community will collect donations to buy them food, clothing and other essentials to alleviate their problems before they are to be moved to another location.

    http://www.thestateless.com/2013/01/rohingya-on-hunger-strike.html#more


    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Jawab #14 27 January, 2013, 04:56:09 PM
  • Publish Di FB
  • 96 more Rohingya found at sea

    PHANGNGA - Security forces on Saturday rounded up another 96 Rohingya migrants in the Andaman Sea, the fourth group to reach southern Thailand in less than a month, Spring News Agency reported.

    The 62 men, six women and 28 children were found in a long-tailed boat floating north of Koh Ra in tambon Koh Phra Thong of Takua Pa district.

    All of them were in exhausted condition and some were sick.

    The migrants were arrested by a team made up of border patrol, marine police and administrative officers after they had been alerted to the suspicious vessel.

    The refugees had left Arakan State in western Myanmar on Jan 1, aiming to come ashore in either Thailand or Malaysia. They wanted to look for jobs after their houses and property had been occupied by Myanmar authorities, Spring News reported, quoting local authorities. 

    The illegal migrants, who are in poor physical condition, had brought only fresh water and uncooked rice with them during the 26-day sea journey.

    Officials gave them food and water before sending them to a temporary shelter in Khura Buri district, where they later received health checkups by medical personnel. Doctors gave saline solution to 12 sickened Rohingya.

    Foreign Minister Surapong Tovichakchaikul said earlier that a total of 1,390 illegal Rohingya migrants including children were currently in authorities’ custody. Saturday’s arrest has raised the total to almost 1,500.

    Mr Surapong announced on Friday that Thailand would shelter the Royingya for six months and seek talks with Myanmar and other countries to settle the fate of the illegal migrants.

    The decision was reached in talks between the Foreign Ministry and other security agencies amid growing calls for Thailand not to turn the migrants away after they have entered the kingdom.

    The government will set aside a budget of 12 million baht or 75 baht a day for each of the migrants for a daily allowance.

    Bangkok will hold talks with international agencies including the United Nations High Commission for Refugees, the International Organisation for Migration, and the International Committee of the Red Cross. It would also approach third countries willing to give the migrants a new home, the minister said.

    The Rohingya are a Muslim minority in Myanmar. Most of them live in Rakhine state in the west and face brutal treatment from Myanmar authorities, including the reluctance of Nay Pyi Taw to grant them citizenship.

    The current crisis came to light after authorities rounded up more than 900 Rohingya in separate operations in Songkhla as they were waiting to be sent to work in Malaysia.

    A police investigation found some Thai army soldiers were linked to trafficking them from Myanmar to Malaysia through Thailand. Two of them based in the southernmost region are being probed in connection with the issue.




    http://www.bangkokpost.com/breakingnews/332776/96-more-rohingya-found-at-sea

    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Jawab #15 27 January, 2013, 06:45:41 PM
  • Publish Di FB
  • Sani Araby Al-Kahery
    15 minutes ago via mobile

    Allahuakhbar!!

    PACK barang & Rush Fly off ke Langkawi

    Baru menerima panggilan mengejutkan memaklumkan bahawa pelarian Rohingya yang terdampar di Langkawi dan Pha Nga menghadapi masalah bekalan makanan yang critikal.

    Belayar berhari-hari lamanya dengan sejuta harapan mencari perlindungan namun terdampar ditahan dibumi kita yang kaya dengan isu kemanusiaan.

    ■URGENT APPEAL
    Rayuan khas bantuan makanan pelarian rohingya terdampar malaysia. RM10,000 diperlukan untuk memberi makan kepada pelarian yang baru sampai dan sangat dhaif ini.

    Sumbangan kilat boleh dibank-in terus ke account Saya. Dibuka hanya sampai besok (27 jan) pukul 5ptg. Amanah kalian akan terus ditunaikan dengan membeli bahan makanan pada besok hari di Langkawi atas urgency ini.


    RHB 10714560039776

    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Jawab #16 28 January, 2013, 10:31:51 AM
  • Publish Di FB
  • Mohon bantuan kemanusiaan. Sangat-sangat diperlukan untuk membantu pelarian yang terdampar di Langkawi. Mereka sudah berhari-hari di laut, tiba dengan kelaparan, keletihan.

    Setitik air yang kamu beri akan menyejukkan pancaran matahari di Mahsyar nanti.

    Bantulah mereka. Sila bank ini dalam akaun,




    RHB 10714560039776
    (Ahmad Sani Bin Abdul Alim Araby)


    Akaun peribadi aktivis kemanusiaan, bukan untuk digunakan peribadi tetapi untuk beli makanan. Berilah lah jika kamu yakin dengan bantuan Allah melalui tangan kamu kepada mereka. Apabila kamu telah menghulurkan bantuan, Malaikat di sisi kamu dah catatkan kebaikkan kamu.

    Moga Allah merahmati segala pertolongan kamu kepada mereka yang kelaparan.



    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Jawab #17 28 January, 2013, 03:02:14 PM
  • Publish Di FB
  •  :syukur:   :syukur:   :syukur:  terima kasih kepada yang telah memberikan sumbangan.

    Alhamdullilah, dalam masa 4 jam saja, dari jam 10.16 pagi hingga jam 2.30 petang , pengumpulan dana untuk beli makanan kepada pelarian Rohingya telah mencecah RM9,246.00. Telah mencapai sasarn untuk bantuan kecemasan yang diperlukan. Selanjutnya selepas ini, ketika mereka di dalam tahanan, adalah tanggungjawap pihak berwajib.

    Pagi tadi,  Latest Update:
    Masih perlu usaha untuk kutipan kilat ,sebelum sampai di Langkawi akaun dalam RHB bank adalah sejumlah RM61.02 hanya dapat beli 3 kampit berat beras 10kg saja nanti.

    Sekarang ini,(2.30 petang)  Berdasarkan maklumat dan sms sahabat2 yang menyalurkan bantuan, kutipan kilat SUDAH CUKUP SASARAN dan  account ditutup serta-merta (2:30pm).

    Jumlah Kutipan Terkumpul sehingga saat ini berdasarkan semakan bank,email dan sms adalah sebanyak RM9,246.

    Jika masih ada yang mahu menyumbang , sila hubungi NGO berkenaan isu Pelarian Rohingya.  Sumbangan kilat juga boleh terus disampaikan menerusi NGO Permuafakat. Sila hubungi Akhi Rashid (Penang),di talian 0134145663 atau Dr. Mazzan Mat Desa.


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #18 28 January, 2013, 06:56:19 PM
  • Publish Di FB
  • Ramai orang tidak faham berkaitan isu Pelarian Rohingya ini. Di sini saya cuba cerahkan agar faham , terbuka hati dan minda kenapa kita perlu tolong mereka. Mungkinkah mereka ini seperti orang-orang muhajirin?

    Pengarah Eksekutif Malaysian Relief Agency (MRA), Mohd Shahrulazilan Said, berkata ada tiga kategori kedatangan warga asing ke negara ini. Antaranya ialah pelarian, sekumpulan orang yang meninggalkan negara mereka atas apa juga alasan dan untuk mereka menetap di negara lain. Kedua, adalah Internally Displace Person (IDP) perpindahan yang berlaku antara negeri dalam satu negara yang sama.

    Pertubuhan yang mewakili lapan etnik di Myanmar dan bekerjasama dengan parti pembangkang di negara ini, hari ini menolak Rohingya sebagai etnik minoriti di negara ini.

    Laman web Radio Free Asia yang memetik kenyataan Setiausaha Barisan Demokratik Kebangsaan (NDF), Khun Oh sebagai berkata, etnik Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara Myanmar.


    ‘Asyulum Seekers’ atau status belum disahkan sebagai pelarian kerana masih belum pasti kewarganegaraan asal. “Kita sedia maklum pelarian sememangnya tidak dibenarkan untuk bekerja dan anak mereka juga tidak layak untuk menerima pendidikan di mana-mana sekolah di negara ini. Oleh itu, bagaimana mereka hendak menyara keluarga sedangkan mereka juga mempunyai tanggungan.

    “Adalah menjadi tanggungjawab kita sesama saudara Islam untuk membantu mereka apa yang termampu agar mereka tidak terbiar dan jangan umat Islam negara ini mula melatah jika mereka mula meminta bantuan daripada ‘orang luar’,” katanya.

    Mohd Shahrulazilan berkata, kerajaan Malaysia berusaha sebaik mungkin untuk menangani isu itu, tetapi disebabkan tidak ada satu kata putus mahupun tekanan yang diberikan kepada kerajaan Myanmar menjadikan masalah pelarian kian meruncing.

    Pelarian ini lari hanya kerana mereka berasakan tekanan begitu hebat di negara sendiri hingga memaksa mereka untuk melarikan diri dan mencari perlindungan di negara yang dirasakan mereka selamat daripada sebarang ancaman.

    “Malaysia menjadi pilihan hanya kerana majoriti penduduk negara ini beragama Islam dan kebanyakan mereka juga beragama Islam dan selain Malaysia mereka juga mendapat perlindungan di Indonesia dan keadaan mereka lebih baik di sana kerana mereka ditempatkan di kem pelarian yang keadaannya agak selesa,” katanya.

    Bagaimanapun penempatan mereka di negara ini berselerak dan keadaan ini menyukarkan kawalan ke atas mereka hingga timbul masalah. Tidak dinafikan mereka juga manusia yang memerlukan kehidupan seperti orang lain, tetapi tekanan yang mereka hadapi ada kalanya menyebabkan mereka bertindak di luar batasan.

    Antara masalah ketara yang menjadikan penduduk tempatan kurang senang dengan tindakan kumpulan pelarian ini, mereka seolah-olah memberontak kerana tidak mempunyai pekerjaan yang tetap, anak mereka tidak mendapat pendidikan seperti anak warga negara ini.

    Apakah mereka bukan hamba Allah yang layak untuk berdiri dimana-mana tanah dan menjunjung di mana-mana langit?

    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Jawab #19 31 January, 2013, 12:27:16 PM
  • Publish Di FB
  • Iran to set up camp for displaced Rohingyas in Myanmar
    Sunday Jan 20, 2013




    An Iranian MP says the Islamic Republic plans to set up a camp in Myanmar to help the efforts to provide relief to the country’s Rohingya Muslims.

    On Saturday, Majlis (parliament) National Security and Foreign Policy Committee Deputy Chairman Mansour Haqiqatpour said agreements have been reached with senior Myanmar officials to set up a camp in Rakhine state that can accommodate thousands of Rohingya refugees and where food can be provided for them.

    He stated that Tehran will soon put forward its own plan for the cessation of violence against Rohingya Muslims and the restoration of the social rights of the Muslim community.

    Earlier this month, an Iranian parliamentary delegation visited Myanmar to examine the situation of the Rohingya Muslims and find ways to help them.

    Officials of the Iranian Foreign Ministry, the country’s Red Crescent Society (IRCS), and the Imam Khomeini Relief Committee accompanied the Iranian lawmakers during their visit to Myanmar.

    Some 800,000 Rohingyas are deprived of citizenship rights due to the policy of discrimination that has denied them the right of citizenship and made them vulnerable to acts of violence and persecution, expulsion, and displacement.

    The Myanmar government has so far refused to extricate the stateless Rohingyas in the western state of Rakhine from their citizenship limbo, despite international pressure to give them a legal status.

    Rohingya Muslims have faced torture, neglect, and repression in Myanmar since it achieved independence in 1948.


    Hundreds of Rohingyas are believed to have been killed and thousands displaced in recent attacks by extremists who call themselves Buddhists.

    The extremists frequently attack Rohingyas and have set fire to their homes in several villages in Rakhine. Myanmar Army forces allegedly provided the fanatics containers of petrol for torching the houses of Muslim villagers, who are then forced to flee.

    Myanmar’s government has been accused of failing to protect the Muslim minority.

    Myanmar opposition leader Aung San Suu Kyi has also come under fire for her stance on the violence. The Nobel Peace laureate has refused to censure the Myanmarese military for its persecution of the Rohingyas.

    Rohingyas are said to be Muslim descendants of Persian, Turkish, Bengali, and Pathan origin, who migrated to Myanmar as early as the 8th century.

    Amnesty International and Human Rights Watch have issued separate statements, calling on Myanmar to take action to protect the Rohingya Muslim population against extremists.

    Note :( File photo) A Muslim Rohingya man sits at his burnt home at a village in Minpyar in Rakhine state, Myanmar, on October 28, 2012.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    111 Replies
    12161 Views
    Last post 10 January, 2011, 10:24:52 PM
    by msa
    1 Replies
    291 Views
    Last post 16 November, 2012, 03:35:30 PM
    by kasba
    18 Replies
    2261 Views
    Last post 31 January, 2013, 07:25:00 PM
    by Ummi Munaliza