Adab-Adab Memberi Nasihat

*

Author Topic: Adab-Adab Memberi Nasihat  (Read 14530 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

19 October, 2010, 07:36:07 AM
  • Publish
  • Daripada Abu Ruqaiyyah   Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Agama itu   adalah nasihat.” Kami berkata: “Untuk siapa?” Baginda bersabda: “Untuk   Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan   untuk umat lslam seluruhnya.”
     
      Hadis riwayat al-lmam Muslim.
     
       
      .................................................................................
     
     
     
        Di dalam hadith ke-7 dalam Kitab Hadith 40   yang telah disusun oleh Imam Nawawi ini, jelas telah   digambarkan oleh Rasulullah SAW tentang perihal   pentingnya nasihat menasihati di dalam perkara kebaikan. Nasihat juga   digambarkan besarnya seperti sebuah Agama Islam, menunjukkan bahawa   Islam ini melingkari seluruh aspek kehidupan seharian kita.
     
      Pengertian nasihat
       
      Agama Islam adalah agama Allah, dan agama menurut   Rasulullah SAW adalah nasihat yang terbaik untuk umatnya. Dalam   Bahasa Arab, nasihat membawa maksud yang dinasihati akan mendapat faedah   daripada nasihat yang telah diberi. Ia juga membawa erti   bahawa yang menasihati hendaklah menggunakan perkataan yang terbaik dan   ikhlas bersih dari maksud yang tidak baik.
     
      Adab-adab memberi nasihat
     
        1. Meluruskan niat sebelum menasihati   seseorang supaya tidak ada yang berasa disakiti. Ikhlas menasihati   saudara semuslim semata-mata karena Allah. Seharusnya seorang yang ingin   memberikan nasihat itu perlulah bersih dari segala bentuk niat yang   terpesong kerana ia akan memberi kesan ke atas nasihat yang ingin   diberikan. Janganlah menasihati seseorang itu kerana ingin menunjukkan   kitalah orang yang benar, tetapi tegurlah kerana ingin mengajak sahabat   ke jalan yang benar.
       
        2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati.   Diusahakan supaya menasihati saudaranya dengan tidak diketahui orang   lain. Sebahagian ulama berkata, “Barangsiapa yang menasihati   seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang   sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak   orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang   dinasihati.” Islam mengajar umatnya supaya mempunyai   akhlak yang tinggi. Dalam hal menasihati juga terdapat perkara ini. Ini   menunjukkan bahawa Islam amat menjaga hati dan maruah orang yang   dinasihati supaya tidak berlaku perpecahan kerana perkara nasihat.
       
        3. Bersih hati semasa menasihati.   Menggunakan bahasa yang halus dan menegur hanya untuk perkara-perkara   yang salah. Kadang-kadang kita sering menggunakan perkataan yang sangat   teruk untuk meluahkan nasihat kita. Dalam ceramah-ceramah dan   kuliah-kuliah yang berbentuk menasihati, kita lebih gemar menyatakan   salah orang lain seolah-olah mereka yang melakukan perkara tersebut   sangat jahat dan sudah tiada ruang untuk bertaubat. Seharusnya selaku   seorang pendakwah, nasihat adalah senjata utama yang perlu digunakan   sebaiknya.
     
      4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati   saudara. Seboleh-bolehnya mengenali dulu saudara yang bakal   kita nasihati itu. Nasihatilah mereka dengan kasih sayang dan jadilah   sebahagian dari mereka, kerana dari situ kita akan tahu apa puncanya   mereka begitu.
     
      5. Memberi waktu dan kesempatan kepada   saudara yang dinasihati untuk mengubah sifat buruk/ kesalahan yang   dilakukannya. Manusia perlukan masa untuk berubah, jangan memaksa mereka   untuk berubah mendadak, ia bukan dalam lingkungan tugas seorang   pendakwah. Dalam berdakwah perlu akan sifat sabar dan berserah kepada   Allah. Jadilah orang yang sentiasa mengharap pertolongan Allah dan   jangan mudah putus asa di atas nasihat yang diberikan kerana itu mungkin   ujian yang telah ditentukan oleh Allah untuk menguji kesabaran.
     
      Ayuh semua sahabatku, kita renungkan kembali perkara yang   telah kita lakukan selama ini, nasihat yang telah kita berikan kepada   orang lain atau nasihat yang diperolehi daripada orang lain, adakah kita   sudah melaksanakan amanah ini? Jangan   jadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak sedia   untuk dinasihati.
           
    mencari redha ALLAH...jadilah insan berguna kepada orang lain

    Reply #1 19 October, 2010, 09:09:43 AM
  • Publish
  •  
    NASIHAT menasihati dan berpesan ke arah kebaikan sudah menjadi budaya hidup manusia. Namun, dalam Islam, nasihat memang tidak dapat dipisahkan daripada ajarannya kerana Islam adalah al-Din yang bercirikan nasihat.
    Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
     
     
      “Agama itu nasihat. Agama itu nasihat. Agama itu nasihat. Maka sahabat pun bertanya: Kepada siapa? Jawab Baginda: Kepada Allah, kepada Kitab-Nya, kepada Rasul-Nya, kepada pemimpin kaum muslimin dan juga orang awam muslimin.” (Hadis riwayat Muslim)
       
    Lebih menariknya, amalan nasihat termasuk antara amalan penyelamat seseorang daripada terjerumus ke lembah kerugian.
     
    Firman Allah bermaksud:
     
      “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al-’Asr, ayat 1-3)
       
    Maksud ayat suci itu menyimpulkan antara ciri orang yang beriman kepada Allah ialah sentiasa berpesan atau nasihat-menasihat ke arah kebaikan dan kesejahteraan.
     
     
    Tidak dapat dinafikan, manusia tidak boleh hidup bersendirian, jauh daripada kelompok masyarakat ramai. Justeru, hidup bermasyarakat menjamin kerukunan dan keharmonian sejagat. Untuk itu, nasihat menasihat sewajarnya dijulang supaya yang benar dan hak dapat dijunjung tinggi bersama, sementara yang salah dan batil pula sama-sama dijauhi.
     
     
    Demikianlah hidup bermasyarakat yang seiring jalan sejajar pepatah orang tua ‘duduk seorang bersempit-sempit, duduk ramai berlapang-lapang. Maka, terserlah Islam adalah agama nasihat dan seluruh ruang lingkup Islam adalah nasihat.
     
     
    Bagaimanapun, ada segelintir manusia yang melenting atau marah apabila diberi nasihat dengan alasan dia insan bijak dan pandai dalam segala bidang. Sedangkan, manusia dengan kesempurnaan kejadiannya dan keistimewaannya, selamanya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan serta kesalahan kerana itu sifat semula yang diciptakan Allah.
     
     
    Justeru, setiap insan berhajatkan kepada nasihat untuk kembali kepada landasan yang benar dan insaf dengan kekerdilan serta kedaifan manusia itu sendiri di hadapan Allah SWT.
     
     
    Merujuk kepada hadis berkisar mengenai Islam sebagai agama nasihat, Rasulullah SAW membahagikan nasihat kepada beberapa jenis yang sewajarnya diterapkan penghayatannya dalam rentak kehidupan seharian iaitu:
     
     
    Nasihat kepada Allah yang melahirkan Muslim bertakwa kepada-Nya.
     
     
    Setiap Muslim wajib beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman yang tidak terselit sebarang rasa syak dan ragu yang boleh mencacatkan hubungannya dengan Allah.
     
     
    Pada masa sama, setiap Muslim dituntut patuh dan tunduk kepada segala perintah Ilahi serta menjauhi larangan-Nya.
    Lebih penting, pengisian iman dalam sudut jiwa akan menginsafkan setiap insan dari mana dia datang, untuk apa dia hidup di dunia ini dan ke mana pula dia akan kembali.
     
     
    Iman juga akan menimbulkan kesedaran setiap insan yang bernyawa bahawa sesudah hidup di dunia ini ada lagi kehidupan kekal yang pasti dilalui.
     
     
    Pendek kata, iman adalah harta tidak ternilai yang wajib diburu dan dijejaki setiap insan di dunia ini supaya berbahagia di dunia dan akhirat. Seterusnya, kecintaan kepada Allah hendaklah mengatasi kecintaan kepada dunia, isteri dan anak.
     
     
    Nasihat kepada Kitab-Nya pula bermakna menjulang al-Quran sebagai rujukan utama dalam menyampaikan pedoman dan panduan hidup Muslim seharian. Ia mengandungi hukum-hakam, petunjuk serta peringatan kepada orang beriman kepada Allah.
     
     
    Oleh itu, setiap Muslim dituntut mempraktikkan segala ajaran terkandung dalamnya, tidak cukup sekadar membacanya dan mengetahui hukum-hakamnya, tetapi diterjemahkan dalam kehidupan.
     
     
    Nasihat kepada Rasul-Nya pula bererti meyakini kebenaran perutusan Rasulullah SAW untuk membawa rahmat untuk alam semesta.
    Setiap Muslim wajib menerima segala apa dibawa olehnya sebagai ketaatan mutlak kepada Allah dan berkewajipan menghidupkan sunnah Rasulullah SAW, membanteras segala bentuk bid’ah, khurafat serta ajaran sesat yang bertentangan dengan syarak.
     
     
    Apabila ada kesepaduan kecintaan kepada Allah dan Rasulullah SAW, natijahnya seorang Muslim akan dapat mengecapi nikmat kemanisan iman dalam hatinya.
     
     
    Nasihat kepada pemimpin Muslim pula, kita sebagai rakyat hendaklah memberi sumbangan bermakna kepada kerajaan apabila kerajaan melaksanakan rancangan dan program yang memberi kebaikan serta faedah untuk rakyat.
     
     
    Sebaliknya, jika pemimpin melakukan sesuatu menyebabkan kehancuran dan kemusnahan kepada negara, maka rakyat berhak menegur serta memberi nasihat yang membina dalam usaha mengelak negara daripada terjerumus ke lembah kebinasaan.
     
     
    Ini penting bagi menjamin kerukunan, kesejahteraan serta keharmonian kalangan rakyat dengan kerajaan.
     
     
    Khalifah Abu Bakar al-Siddiq ketika menyampaikan ucapan dasarnya berkata: “Apabila aku melakukan sesuatu yang betul maka bantulah aku, dan apabila aku menyeleweng maka perbetulkan daku.”
     
     
    Akhirnya, nasihat kepada umat Islam seluruhnya mencerminkan kesatuan hati dan keserasian jiwa orang Islam dalam menelusuri titian hidup penuh pancaroba.
     
     
    Nasihat ini termasuk dalam segala tindak tanduk dan kegiatan kemasyarakatan supaya ia selari dengan landasan Islam.Ia merangkumi hubungan institusi kekeluargaan, sesama jiran, masyarakat dan juga dalam pelbagai lapangan hidup manusia.
     
     
    Ringkasnya, nasihat memainkan peranan penting kerana ia bakal menyuburkan perasaan kasih sayang dan kerjasama yang erat sesama anggota masyarakat bagi mengekalkan kelangsungan masyarakat yang harmoni lagi sejahtera.
     
     
    Demikianlah indahnya konsep nasihat menasihat dalam Islam yang mencorakkan identiti sebuah masyarakat Islam yang sejahtera lagi harmoni.
     
     
    Natijahnya, kesatuan ummah dapat dijana di samping pengukuhan iman kepada Allah selain perhiasan ketrampilan akhlak Islam terukir indah pada keperibadian Muslim. Dengan adunan istimewa ini, barulah umat Islam mampu memartabatkan kembali keunggulan dan kecemerlangan dalam segala lapangan hidup sebagaimana pernah dirintis generasi Rasulullah SAW dan generasi sahabat.

    Reply #2 08 February, 2011, 08:38:50 PM
  • Publish
  • :)

    Surah al-a'raf, ayat 164:

    "Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" ....

     Berdasarkan ayat ini, ketika orang Israel melanggar ketentuan hari Sabat iaitu berburu pada hari yang diharamkan oleh Allah itu untuk berburu, maka ada segolongan ingin mengingatkan kaum Israel itu ditegur oleh segolongan lain dengan mengatakan demikian(ayat di atas).Kemudian mereka menjawab,surah al-a'raf,ayat 164(ayat sama):

    "..Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu dan supaya bertakwa."

     Allah SWT juga berfirman dalam surah al-A'la,ayat 9:tafsirnya...

    "Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna)."

    *Dan Rasulullah SAW itu sendiri diutuskan oleh Allah SWT untuk memberi peringatan dan nasihat kepada umat manusia dan Baginda sebaik-baik contoh kepada sekalian umat manusia.

    Jangan menilai saya berdasarkan penulisan atau post saya!!!!!(kalau saya post pasal christianity/pluralisme bukan saya nak ajak anda join agama/fahaman itu!!!!atau saya seorang christian!!!!!TETAPI saya sedang berkongsi apa yang saya belajar!!!!!
    INGAT!!!!DAKWAH IS NOT ABOUT I AM BETTER THAN YOU!!!

    Reply #3 08 February, 2011, 11:22:35 PM
  • Publish
  • Seorang penasihat sepatutnya...

    Sewaktu menasihatkan orang jadilah seperti seorang penasihat yang seolah olah bersifat
    malaikat.

    Dan ketika bersendirian muasabahlah diri anda seolah olah anda adalah orang bodoh dan jahat.

    Jika anda ingin menjadi penasihat jadilah seorang penasihat yang berpengaruh dan jadikan
    pengaruh sebagai alat untuk meningkatkan keberkesanan.
    aku tak takut nerakaNYA..aku tak cari syurgaNYA..yang ku rindu adalah cintaNYA

    Reply #4 09 February, 2011, 01:36:25 AM
  • Publish
  • Penasihat juga perlu ikut nasihat. Jika pandai menasihati namun dia sendiri tidak mahu mengikut nasihat, dia bukanlah seorang penasihat yang bagus.

    Reply #5 09 February, 2011, 05:25:55 AM
  • Publish
  • Penasihat juga perlu ikut nasihat. Jika pandai menasihati namun dia sendiri tidak mahu mengikut nasihat, dia bukanlah seorang penasihat yang bagus.

    Yup, kerana itu seeloknya seorang penasihat itu menasihati diri mereka terlebih dahulu barulah menasihati orang lain,

    Ada pakej orang yang berdakwah begini iaitu,

    Nasihat bil Hikmah dan Maui'zotil hasanah,

    Dua cara menangani masalah melalui al Quran dan Hadis terlaksana
    , :syukur:
    "We pray for our sorrow to end and hopes for our hearts will blend.And who knows, starting a new journey may not be so hard or its already begun"

    Reply #6 09 February, 2011, 11:43:24 PM
  • Publish
  • Penasihat juga perlu ikut nasihat. Jika pandai menasihati namun dia sendiri tidak mahu mengikut nasihat, dia bukanlah seorang penasihat yang bagus.

    Yup, kerana itu seeloknya seorang penasihat itu menasihati diri mereka terlebih dahulu barulah menasihati orang lain,

    Ada pakej orang yang berdakwah begini iaitu,

    Nasihat bil Hikmah dan Maui'zotil hasanah,

    Dua cara menangani masalah melalui al Quran dan Hadis terlaksana
    , :syukur:

    :)

    Reply #7 02 March, 2011, 01:44:43 PM
  • Publish
  • Salam semuanya..

    Maaf ana ingin brtumpang tanya..ada satu ketika dulu ana pnh dgr dalam radio IKIM brkenaan memberi nasihat, di mana sekiranya seseorang itu memberi nasihat tetapi dirinya tidak mengikuti nasihatnya sendiri, maka sama seperti dirinya melakukan dosa.

    Ana flip pages dlm tafsir Quran masih blm menjumpai ayat yg ada kaitan dgn perkara di atas. Ke ana silap dgr? Sekiranya ada hadith or ayat pasal ni mohon share kat ana ye..Terima Kasih.
    Peace

    Reply #8 02 March, 2011, 01:50:07 PM
  • Publish
  • senang ja...kalau nasihat yang kita nak cakap tu memang kita amalkan..so cakap je la..tapi kalau kita pun tak buat..so tak payah la cakap...tapi kalau kita nak nasihat jugak..pastikanlah kita buat apa yang kita cakap tu..
    Say What You Mean and Mean What You Say
    http://amanarab.blogspot.com

    Reply #9 02 March, 2011, 03:40:13 PM
  • Publish
  • sememangnya nasihat menasihati itu elok di amalkan.
    namum di zaman serba canggih ini manusia pun da canggih na nasihat pun kena tengok orang dulu..bukan mudah orang lain na terima apa yang orang lain katakan..kebanyakannya dan tidak semua orang yang merima orang lain katakan itu sebagai satu perkara yang positif ( selalunya mereka akan mencari kelemahan orang yang memberi nasihat itu dahulu sebelum menerima nasihatnya, maka terjadilah nasihat diri sendiri dahulu sebelum menasihati orang lain)

    jadi untuk mengelakkan seperti ini, kan sebaiknya menerima nasihat seseorang itu dengan cara yang positif..jika baik yang dikatakannya..ikut..jika tidak abaikan sahaja..

    namum memang sebaiknya orang yang memberi nasihat itu menjadi tauladan..jadi lihat diri sendiri..renung diri sendiri dahulu sebelum menyampaikan tapi tidak bermakna tidak boleh menasihati orang lain..kerana manusia tiada yang sempurna walaupun ia sebaik-baik ciptaanNya.

    Reply #10 02 March, 2011, 07:51:47 PM
  • Publish
  • itu memang pasti. Itulah sebabnya ana ingin tahu surah mana(kalau mmg betol ana xsilap dgr kat radio tu) or hadith mana yg ada menyatakan perkara ini, supaya boleh jadikan sumber kalau ada org yang bertanya. Yang ana ada jumpa dalam tafsir hampir sama, tapi berkenaan perang, dalam surah 2.

    Reply #11 02 March, 2011, 09:26:30 PM
  • Publish
  • NASIHAT UNTUK DIRI SENDIRI...

    jangan cakap tak serupa bikin...

    Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal(Surah Al-Baqarah Ayat 44)

    jangan sampai putus silaturrahim..

    Daripada Jubair bin Mut'im r.a, Nabi s.a.w. bersabda :"Tidak masuk ke syurga PEMUTUS silaturrahim."(Riwayat al-Bukhari dn Muslim)

    jangan amik hati orang ejek2 bajet ke..poyo ke...yang penting tanggungjawab.

    "Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);"(Surah Al-A'la,ayat 9)

    bila nasihat tu, mesti ade yang bahan..so kene kuat..

    “Sungguh Kami benar-benar akan mengUJI kamu sekalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjuang dan orang-orang yang SABAR di antara kamu sekalian.” (QS. Muhammad:31)
    "Ukhwah fillah takkan musnah..lautan erat takkan mungkin patah..Bertemu, berpisah..hanya KENANGAN SEMATA..Redho Allah, Kita cari..Moga2 kita kan diRahmati..Dengan niat yang suci,bertemu kembali di negeri Abadi.. Salam kemaafan."

    Reply #12 02 March, 2011, 10:57:44 PM
  • Publish
  •  :)

    Sekarang banyak kursus pengucapan yang baik.
    Boleh belajar disana.
    Alang-alang belajar bolehbelajar cara pengucapan Rasulullah bila berdakwah..

    Tak perlu pening-pening.. ^^

    Reply #13 02 March, 2011, 11:02:50 PM
  • Publish
  • adab: sampaikan dariku walau satu ayat, jangan ikut yahudi suka sembunyikan sebahagiannya, jangan ikut nasrani suka putar belit, semuga Ikhlas lah kan

    Reply #14 24 March, 2011, 02:36:43 PM
  • Publish
  •  :)

    Nasihat Menasihati di Perlukan Walaupun Amalan Kalian Masih Belum Sempurna

    Bismillahirrahmanirrahim.
    Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
     
    Sahabat yang dirahmati Allah,
    Mungkin ada sebahagian orang yang tidak tergerak hatinya untuk menasihati manusia, kerana ia merasa banyak melakukan dosa dan tidak layak untuk mengucapkan ucapan kebaikan kepada sesama manusia.
     
    Pandangan seperti itu adalah keliru dan bahayanya sangat besar, serta akan membuat syaitan gembira. Betapa tidak, kerana jika mesti menunggu sampai seseorang bersih dari dosa baru ia layak menasihati manusia, maka tidak ada seorangpun di muka bumi yang layak memberi nasihat setelah Rasulullah S.A.W yang tercinta wafat.
     
    Sebagaimana dikatakan seorang penyair: “Apabila seorang pendosa itu tidak menasihati manusia, maka siapakah yang akan menasihati orang-orang yang berdosa setelah Nabi Muhammad kita”.
     
    Sa’id bin Jubair berkata: “Apabila seseorang tidak memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar, hingga ia menunggu dirinya bebas dari kesalahan, maka tidak akan ada seorangpun yang memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar”.
     
    Imam Malik setelah mendengar perkataan Sa’id bin Jubair berkata: “Benar apa yang dikatakan Sa’id. Siapakah yang tidak memiliki sedikitpun dosa dalam dirinya?”.
     
    Al-Hasan berkata kepada Mutharrif bin ‘Abdillah: “Berilah nasihat kepada sahabat-sahabatmu”.
     
    Mutharrif menjawab: “Sesungguhnya aku takut mengatakan apa yang tidak aku kerjakan”.
     
    Al-Hasan berkata lagi: “Semoga Allah merahmati dirimu. Tidak ada seorangpun di antara kita yang melakukan semua yang diperintahkan Allah. Syaitan akan gembira apabila kita berfikir seperti itu sehingga tidak ada seorangpun yang memerintah kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari kemungkaran”.
     
    Berkata Ibnu Hazm: “Apabila orang yang mencegah dari perbuatan keji mesti orang yang tidak memiliki kesalahan, dan orang yang memerintah kepada kebaikan mesti orang yang selalu mengerjakan kebajikan, maka tidak ada seorangpun yang mencegah dari yang mungkar dan tidak ada seorang pun yang mengajak kepada kebaikan setelah Nabi Muhammad S.A.W ”
     
    (Semua nukilan diatas dapat ditemukan dalam kitab al-Jami’ li Ahkamil Quran: 1/367, al-Qurtubi).
     
    Imam Nawawi berkata:
    Para ulama menyatakan bahawa tidak disyaratkan pada orang yang memerintah kepada kebaikan atau orang yang mencegah dari kemungkaran untuk mencapai kesempurnaan dalam segala hal. Tapi, ia mesti tetap mengajak kepada kebaikan walaupun ia memiliki kekurangan dalam hal yang ia ajak kepadanya, dan ia tetap mencegah kemungkaran walau ia terkadang mengerjakan apa yang ia cegah. Kerana sesungguhnya wajib pada dirinya dua perkara iaitu : mengajak dirinya sendiri ke arah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran; dan mengajak orang lain ke arah kepada kebaikan dan mencegah mereka dari yang mungkar. Tidak boleh ia melalaikan salah satu dari dua perkara tersebut”.
    (Syarah Sahih Muslim: 2/23, An-Nawawi).
     
    Sahabat yang dimuliakan,
    Dari Abu Ruqayah Tamim Ad Daari radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Agama adalah nasihat". Kami berkata: "Kepada siapa?". Baginda bersabda maksudnya : "Kepada Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan kepada pemimpan kaum muslimin dan rakyatnya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
     
    Kandungan Hadis:
     
    1. Agama Islam berdiri tegak di atas upaya saling menasihati, maka harus selalu saling menasihati di antara masing-masing individu muslim.
    2. Nasihat wajib dilakukan sesuai kemampuan.
     
    Kedudukan Hadis
    Hadis ini sangat penting, kerana mengandung seluruh agama. Iaitu mengandung hak Allah, hak Rasul-Nya, dan hak hamba-Nya. Kewajiban penunaian hak-hak tersebut terkandung pada kata nasihat.
     
    1. Nasihat untuk Allah.
    Adalah menunaikan hak Allah S.W.T. seperti telah tersebut pada pembahasan iman kepada Allah.
     
    2. Nasihat untuk kitab-Nya.
    Adalah menunaikan hak kitab-Nya Al-Quran, seperti yang diyakini bahawa Al-Quran adalah kalamullah, mukjizat terbesar diantara mukjizat-mukjizat yang pernah diberikan kepada para rasul, sebagai petunjuk dan cahaya. Selain itu juga membenarkan beritanya dan melaksanakan hukumnya.
     
    3. Nasihat untuk Rasul-Nya.
    Adalah menunaikan hak Rasulullah S.A.W. apabila dilaksanakan semua sunah dan amalan Nabi S.A.W, seperti telah tersebut pada makna syahadat Muhammad Rasulullah.
     
    4. Nasihat untuk para imam.
    Kata imam jika disebutkan secara mutlak maka berarti penguasa, dan adakalanya kata imam berarti ulama. Nasihat untuk para imam, meliputi imam dengan kedua maksud tersebut.
     
    Nasihat untuk penguasa adalah menunaikan haknya, seperti, taat dalam hal yang makruf, tidak taat dalam kemaksiatan, tunduk dan tidak membangkang dan lain-lain yang merupakan hak penguasa yang telah dijelaskan dalam kitab dan sunah.
     
    Nasihat untuk ulama adalah mencintai mereka kerana kebaikannya dan jasanya pada umat berkat ilmunya, dan dakwahnya, menjaga kehormatan dan kewibawaannya serta menyebarkan fatwa- fatwanya.
     
    5. Nasihat untuk kaum muslimin
    Memberi nasihat dan mengajak kepada makuf dan mencegah kemugkaran adalah tanggungjawab kita semua. Jangan diabaikan dan ditinggalkan tugas ini. Kita mengajak kepada kaum muslimin dimana saja mereka berada. Adalah memberikan semua yang menjadi hak mereka demi terwujudnya maslahat dunia dan akhirat mereka.
     
    Sahabat yang dikasihi,
    Marilah sama-sama kita teruskan tugas mulia dan menjadi amalan dan sunah Nabi S.A.W. iaitu nasihat menasihati dan berdakwah kepada sesiapa saja untuk mentaati Allah S.W.T. dan meninggalkan larangan-Nya walupun kita masih serba kekurangan dan masih banyak belum sempurna. Jangan rasa kecewa apabila nasihat kita tidak di dengari dan di ikuti kerana hidayah dan petunjuk itu hak Allah S.W.T. sedangkan hak memberi nasihat adalah tugas kita sebagai hamba-Nya. Allah S.W.T. akan memberi balasannya di hari akhirat apabila kita memenuhi tugas yang diamanahkan-Nya di dunia.

    sumber:
    http://www.facebook.com/notes/abu-basyer/nasihat-menasihati-di-perlukan-walaupun-amalan-kalian-masih-belum-sempurna/10150218640801040

    Reply #15 24 March, 2011, 09:37:29 PM
  • Publish
  • terima kasih kasih atas maklumat yang berguna
    saya pun jenis tak berani nak nasihatkan orang sebab saya tak sebagus mana
    saya terfikir kalau saya nasihat orang, orang mesti kata elleh, macam la dia baik sangat..maluuu...
    padahal itu fikiran negatif saya sahaja..
    insyaAllah saya sedang berusaha membaiki diri kerana Allah..
    semoga saya tidak termasuk dalam golongan orang pandai bercakap sahaja....:)

    Reply #16 24 March, 2011, 09:41:01 PM
  • Publish
  • saya suka bg nasihat
    takut saya plak tak buat
    seperti yg dinasihatkan :'(

    Reply #17 25 March, 2011, 07:25:42 AM
  • Publish
  •  :)

    Paling tak berani nak nasihat orang. Takut tak kena cara. Takut sendiri pun tak sedar buat benda sama. Hmm.. Akhirnya cuma mampu diam.

    Reply #18 25 March, 2011, 08:33:07 AM
  • Publish
  • Suka menasihati orang  dengan harapan oranglain akan menegur  dan menasihati  kesalahan  saya.




    Reply #19 25 March, 2011, 09:46:43 AM
  • Publish
  •  :)

    Bagi pendapat saya, adab untuk memberi nasihat hendaklah dengan ucapan yang sopan dan tegas agar orang yang dinasihatkan itu dapat menerima nasihat kita..terapkan sifat2 yang ada pada Rasulullah dalam diri kita..saya paling tak suka kalau ade unsur2 perli..itu bukan nasihat namanya..

    Sepatutnya kita tak usah fikir diri nie layak tak untuk menasihati orang lain..kerana bagi saya itu satu kesilapan yang besar..nak tunggu kita nie betul2 sempurna baru nak nasihatkan orang..??..tapi sampai bila..??..itulah satu kelemahan umat islam..

    Ingatlah kita sebagai umat islam perlu saling nasihat menasihati..ingat mengingati..itu sebenarnya tanggungjawab kita bersama..kalau semua umat islam lakukan ini.. :ins:..kita semua hidup dalam keadaan aman dan damai..malah Islam akan dipandang lebih tinggi lagi.. :ins: :aamiin:


    peringatan untuk diri sendiri dan semua.. senyum*

    waahualam..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    5894 Views
    Last post 28 December, 2009, 07:40:41 PM
    by jawdan
    19 Replies
    10307 Views
    Last post 06 July, 2009, 10:36:44 AM
    by Ummi Munaliza
    6 Replies
    4546 Views
    Last post 30 October, 2012, 04:02:45 PM
    by halawah