Bengkak di kaki

*

Author Topic: Bengkak di kaki  (Read 9268 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

sabrina80

  • *
  • Posts: 3
    • View Profile
17 October, 2010, 12:03:27 PM
  • Publish
  • assalamualaikum...

    saya selalu bengkak kat kaki.bukan disebabkan terjatuh atau terlangar sesuatu.ade org berpendapat kene gigitan hantu.betul ke?
    « Last Edit: 17 October, 2010, 08:50:26 PM by Ummi Munaliza »

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #1 17 October, 2010, 12:20:47 PM
  • Publish
  • wa'alaikummussalam..tak betul. hantu tak dapat gigit dan menjadikan kaki tu bengkak. Sebab hantu ghaib, giginya pun ghaib. Elok pergi periksa dengan doktor dulu. Tak pun cari tukang urut yang pandai. Kalau tak silap, kaki membengkak tu sebahagian tanda-tanda kesihatan kita bermasalah. Aliran darah mungkin bermasalah atau urat-urat yang problem atau ada organ berfungsi kurang elok. Darah yang kotor dan bertoksik juga berkemungkinan.Pergi klinik dulu. buat ujian darah atau apa-apa ujian yang doktor mahir dan pakar. Banyakkan minum air putih/mineral yang bersih.

    Isteri saya dulu selalu sakit tumit. Lepas tu ada orang nasihatkan jangan makan organ dalaman lembu, ayam, kambing dan yang sebangsa dengannya seperti hati, jantung, hempedu dan seumpamanya. Lepas tu sakit tumit tu dah tiada lagi. Organ dalaman tu tempat berkumpul dan tempat proses bahan toksik, jadi jika kita makan, darah kita bertoksik, lalu berkumpul toksik tu kat bahagian bawah seperti tumit atau jari-jari kaki. Begitu juga makanan laut umpama udang, kerang, sotong dan ketam. Kena kurangkan sebab makanan haiwan-haiwan ni kotor, bahkan mayat manusia pun dimakannya. Ada orang jumpa sewaktu tragedi tsunami, banyak udang, sotong dan ketam didapati dekat mayat manusia.

    Ikan sangat baik untuk dimakan kecuali ikan buntal dan ikan keli. Ikan buntal beracun, hanya yang pandai aje boleh buang racun manakala ikan keli, makanannya macam-macam termasuk bangkai dan najis manusia tapi ikan keli yang dipelihara rasanya makanannya bersih@dedak. Tak tau la kut si pembelanya bagi makan macam-macam supaya cepat membesar, cepat dijual cepat untung.
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2160
      • View Profile
    Reply #2 17 October, 2010, 01:09:16 PM
  • Publish
  • Cuba sabrina ikut nasihat tuan nazri.. Pastu sy nak tanya.. Sabrina mengandung ka?
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    cahaya pencinta

    • *
    • Posts: 1086
    • Dalam pahit hidup, aku merasa manisnya~
      • View Profile
    Reply #3 17 October, 2010, 01:15:59 PM
  • Publish
  •  :)

    kadang ada berkaitan dengan masalah pembekuan darah la kalau gitu kan. pergi la check kat doktor.

    hada_islamic

    • *
    • Posts: 1204
    • ~cintailah DIA yang mencintai kita~
      • View Profile
    Reply #4 17 October, 2010, 01:49:05 PM
  • Publish
  •  :)
    rasanya masalah ni lebih baik lah di rujuk kepada yang pakar...
    semoga dapat jalan penyelesainnya :ins:
    mencari redha ALLAH...jadilah insan berguna kepada orang lain

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #5 17 October, 2010, 01:49:46 PM
  • Publish
  • :)

    kadang ada berkaitan dengan masalah pembekuan darah la kalau gitu kan. pergi la check kat doktor.
    Kalau darah beku tu sudah peringkat serius. Darah yang membeku boleh menjadikan tekanan darah dan jantung bermasalah. Besar effectnya bila darah membeku.

    Suami kepada rakan isteri saya ada masalah ni. Peringkat mulanya, dia sukar bernafas. Pergi periksa doktor, jantungnya bermasalah. Jantung bermasalah ni banyak juga puncanya. Salah satu sebab kolestrol yang berlebihan dalam aliran darah. Lama-kelamaan lapisan kolesterol ni boleh menjadikan salur darah mengecil yang akhirnya salur tu diblok dan ada kemungkinan darah boleh membeku, tekanan darah meningkat, malah boleh kena 'stroke'. Suaminya tu lepas buat pembedahan jantung 'by-pass', tak lama selepas tu, doktor cakap darah di kakinya membeku pulak! Sekarang tak pasti bagaimana kesihatannya.

    cahaya pencinta

    • *
    • Posts: 1086
    • Dalam pahit hidup, aku merasa manisnya~
      • View Profile
    Reply #6 17 October, 2010, 01:55:58 PM
  • Publish
  • maksud saya bukan darah beku, tapi darah lambat beku. sebab ada masalah kat faktor pembekuan. hemophilia orang panggil. orang2 macam ni senang lebam2.

    kalau tak pun, sekadar disebabkan kekurangan zat tertentu. lupa zat ape la pulak. vitamin K ke? yang berkaitan pembekuan darah. jadi, senang dapat lebam2.

    ada tak simptom2 lain macam gusi berdarah? hidung berdarah?

    Duratul_Mujahid

    • *
    • Posts: 608
      • View Profile
    Reply #7 17 October, 2010, 01:58:01 PM
  • Publish
  • Kalau kaki bengkak..gusi berdarah kenapa pula? Simptom apa? Dulu selalu hidung berdarah, gusi berdarah. Doktor bagi vitamin c banyak-banyak.
    Menterjemah Apa Yang Tersirat DI MInda
    http://durratulmujahid.blogspot.com/

    cahaya pencinta

    • *
    • Posts: 1086
    • Dalam pahit hidup, aku merasa manisnya~
      • View Profile
    Reply #8 17 October, 2010, 01:59:53 PM
  • Publish
  • saya nampak id dr riot. tak nak tolong saya jawab ke? :sedihnya:..

    kawan saya ada simptom macam tu. doktor pun syorkan buat ujian faktor pembekuan. disyaki ada hemophilia tu la.

    dr. riot. betul kan hemophilia?

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #9 17 October, 2010, 02:18:30 PM
  • Publish
  • Dulu saya ada terbaca seorang yang anaknya ada masalah tentang darah. Asyik demam-demam, pucat.. Mulanya doktor kata thalassemia, lepas tu anaemia, lepas tu leukimia. macam-macam ubat dia cuba sampai nak buat kemotheraphy. Dia juga ikut nasihat seorang doktor supaya anaknya diberi makanan organ dalaman macam hati dan jantung supaya hemoglobin dalam darahnya bertambah.

    Dia seorang guru sains, katanya dalam ilmu sains begitulah dan dia yakin tentang perubatan macam tu. Dalam masa yang sama dia ada menuntut ilmu-ilmu keagamaan dengan seorang guru. Masalah anaknya itu, si guru tahu dan memberikan serba sedikti petua seperti katanya Rasulullah tak makan organ dalaman, lagipun ada ulama' menghukumkan makruh memakannya. Di samping itu, si guru juga berpesan banyakkan memakan buah delima. Tapi dia kurang yakin, katanya seperti bertentangan ilmu sains dan ilmu agama serta petua-petua lama dalam masalah ini.

    Akhirnya, dia melihat anaknya semakin parah lalu dia ikuti nasihat dan petua-petua gurunya. Berhenti makan organ dalaman dan banyakkan makan buah delima. Alhamdulillah, anaknya semakin sihat...

    Kalau halaqian nak cerita dia tu, saya kena cari dulu artikel tu. Saya dapat melalui e-mel.

    hani muslim

    • *
    • Posts: 847
      • View Profile
    Reply #10 22 April, 2011, 04:22:59 PM
  • Publish
  •  :)
    saya pulak ada masalah ibu jari kaki dua-dua tu selalu bengkak..nak tanya apa petua yang paling bagus hilangkan masalah crack heel??

    cahayE_matE

    • *
    • Posts: 305
      • View Profile
    Reply #11 28 April, 2011, 04:38:00 PM
  • Publish
  • assalamualaikum
    teringat pula kes kawan2 bengkak kat kaki akibat gangguan makhluk halus
    orang panggil sakit denah tu
    tapi tak semestinya pergi check up dulu ye
    :senyum:

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    3 Replies
    9426 Views
    Last post 07 April, 2010, 03:20:49 PM
    by Ummi Munaliza
    1 Replies
    777 Views
    Last post 18 April, 2012, 01:01:18 AM
    by putri_hambali
    1 Replies
    886 Views
    Last post 06 October, 2012, 09:01:55 AM
    by al_ahibbatu