Lidah Anggota Yang Paling Merbahaya

Author Topic: Lidah Anggota Yang Paling Merbahaya  (Read 4365 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

umsha

  • *
  • Posts: 695
  • Be yourself & always remember ALLAH
    • View Profile
29 June, 2007, 11:21:53 AM
  • Publish Di FB
  • Mulut dan lidah dengan fungsinya sebagai alat pertuturan adalah antara anggota yang liar dan merbahaya. Jika tidak dikawal dengan sewajarnya, ia boleh mendatangkan fitnah, permusuhan dan kecelakaan. Hakikat ini telah pun disedari oleh ahli-ahli bijak pandai zaman nenek-moyang kita. Mereka memperkatakannya dalam bentuk bahasa yang indah. Antaranya:

    "Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa".
     
    Antara madah ulama pula ialah:

    • "Peliharalah lidahmu, kerana lidah itu menempah kebinasaan dirimu".(Ibnu al-Mubarak).

    • "Jangan gunakan lidahmu untuk berbicara tentang apa yang boleh mematahkan gigimu". (Imam ufyan al-Tsauri).

    Abu Sufyan bin 'Abdullah al-Saqafi telah bertanya kepada Rasulullah saw, "Apakah anggota manusia yang paling merbahaya?". Rasulullah menunjukkan lidah baginda dan bersabda, "Inilah". Mulut dan lidah itu menjadi begitu merbahaya apabila disalahgunakan. Penggunaannya yang betul akan mendatangkan kebajikan dan kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.

    Penggunaan yang betul dan dituntut ialah untuk:

    • berzikir,

    • membaca al-Quran,

    • menyampaikan ilmu, nasihat dan dakwah,

    • berdoa, berkomunikasi dengan Allah dan manusia untuk menyampaikan hasrat dan atau memohon hajat yang diredai Allah, yang diharuskan oleh syar'i .
    Penggunaan lidah (pertuturan) yang ditegah ialah:

    • berdusta, sama ada secara sungguh-sungguhan atau pun main-main (gurauan),

    • berjanji untuk tidak ditunaikan (berdusta untuk menipu). Rasulullah saw bersabda:
    "Ada tiga perkara yang sesiapa terlibat dengan salah satu daripadanya, maka dia adalah munafiq, walaupun dia mengamalkan puasa dan sembahyang, iaitu, apabila bercakap dia berdusta, apa berjanji dia mungkir dan apabila diamanhkan dia khianati"

    • mengumpat, memfitnahkan orang, menghasut atau menjadi batu api, mencerca, memaki-hamun dan sebagainya). Rasulullah saw bersabda: "Jauhilah kamu daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih jahat daripada berzina. Penzina, apabila bertaubat, mungkin diampuni Allah, tetapi pengumpat tidak diampuni oleh Allah sehingga dia diampuni oleh orang yang diumpatnya".

    • mencacatkan cakap orang dan membenarkan cakap sendiri (mirak) serta berbantahan (jidal). Rasulullah saw bersabda: "Tidak sempurna iman seorang hamba Allah sehingga dia meninggalkan tindakan mencacatkan cakap orang dan berbantahan, walaupun dia benar".

    • memuji diri. Allah Taala berfirman: "Maka jangan kamu mengatakan diri kamu suci (memuji diri). Dia (Allah) maha mengetahui tentang orang yang bertaqwa". (al-Najm : 32)

    • mengutuk dan memaki makhluk.

    • mendoakan kejahatan (keburukan) untuk manusia, walau manusia itu zalim.

    • mengeluarkan kata-kata kotor, kesat, lucah, lucu, sindiran dan gurau-senda dengan tujuan menghina dan memalukan seseorang.

    Menurut Imam al-Ghazali, semua tindakan lisan yang tersebut di atas adalah dikategorikan sebagai "kata-kata haram". Di samping itu, banyak menuturkan "kata-kata harus" yang tidak berfaedah (perbualan yang sia-sia) ditegah juga. Kerana, apabila banyak berbicara, berborak umpamanya, selalunya lidah tergelincir lalu menuturkan kata-kata yang haram itu. Kalau tidak demikian pun, banyak berkata-kata itu sekurang-kurangnya merugikan masa. Mengikut ulama, panjang cakap akan memanjangkan hisab di akhirat kelak.

    Malik bin Dinar bermadah, "Apabila engkau dapati rasa degil bersarang di hatimu, terasa daif beribadat dan sukar mendapat razeki, maka ketahuilah, semuanya itu disebabkan oleh ucapan lidahmu mengenai perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepadamu".

    Di samping menempah dosa, penyalahgunaan lidah juga menjejaskan amal kebajikan dan mempengaruhi anggota-anggota lain untuk melakukan dosa. Abu Sa'id al-Khudri meriwayatkan: Setiap pagi segala anggota manusia berpesan kepada lidah: "Engkau hendaklah selalu menjalankan perananmu dengan betul, mengikut perintah Allah. Jika engkau betul, maka betullah kami. Jika engkau bengkok, maka turut bengkoklah kami".
    Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dghn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga....

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Jawab #1 29 June, 2007, 11:25:17 AM
  • Publish Di FB
  • Di Sebalik Kejadian Lidah


    Maha Kuasanya Tuhan, Maha Besarnya Dia kerana kejadian lidah manusia sahaja pun terasa ayat-ayat kebesaran dan kekuasaan-Nya
    Tapi hati ramai manusia sudah buta,
    tidak terasa lagi kebesaran Tuhan dan kekuasaan-Nya
     
    Lidah kalau merasa makanan atau minuman boleh pula bertukar-tukar rasanya
    Lidah yang satu boleh merasa berbagai-bagai rasa
    Satu lidah rasa yang dia alami sungguh banyak
    Macam-macam yang dimakan, dia merasa berbagai-bagai rasa
    Ada yang dimakan merasa manisnya,
    ada yang dimakan dan diminum rasa masam dan pahit
     
    Begitulah seterusnya ada rasa payau, loya, kelat, tawar
    Ada yang rasa bercampur-campur manis, masam begitulah seterusnya
    Rasanya yang banyak oleh satu lidah
    Satu lidah merasa berbagai-bagai rasa mengikut apa yang dimakan dan diminum
    Maha Besar Tuhan, Maha Berkuasanya Allah
    Kalau apa yang dicakapkan oleh lidah pula,
    berbagai rasa pula yang dirasa oleh orang ramai yang mendengarnya
    Ajaib juga lidah punya hal orang ramai hatinya boleh berlaku bermacam-macam rasanya oleh satu lidah apabila lidah berucap
     
    Percakapan satu lidah boleh orang ramai bermacam-macam rasanya
    Dari lidah orang boleh marah, sakit hati, benci, meluat
    Lidah menjadikan orang bersemangat, pemurah, pemaaf, kasih dan sayang
    Lidah boleh jadikan orang baik, jahat, berdendam dan berbalah
    Dari lidah orang boleh berkelahi, bergaduh, dan berperang bertumpah darah
    Sungguh ajaib lidah di sini dapat terasa Maha Berkuasanya
    dan Maha Besarnya Tuhan (Allah)
    Tapi berapa ramai yang terasa? Kebesaran Allah dan Kuasa-Nya?
    Dari kejadian lidah?
    Tidak ramai yang merasanya, kerana hati manusia sudah ramai yang buta
    Kalaulah hati manusia celik dengan lidah pun sudah cukup,
    gementar hatinya merasa kebesaran Tuhannya

    nukilan Sahibuzaman..
    TuhAN cInTa aGuNg..

    halawah

    • *
    • Posts: 2590
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Jawab #2 14 November, 2009, 04:17:33 PM
  • Publish Di FB
  • Di Sebalik Kejadian Lidah


    Maha Kuasanya Tuhan, Maha Besarnya Dia kerana kejadian lidah manusia sahaja pun terasa ayat-ayat kebesaran dan kekuasaan-Nya
    Tapi hati ramai manusia sudah buta,
    tidak terasa lagi kebesaran Tuhan dan kekuasaan-Nya
     
    Lidah kalau merasa makanan atau minuman boleh pula bertukar-tukar rasanya
    Lidah yang satu boleh merasa berbagai-bagai rasa
    Satu lidah rasa yang dia alami sungguh banyak
    Macam-macam yang dimakan, dia merasa berbagai-bagai rasa
    Ada yang dimakan merasa manisnya,
    ada yang dimakan dan diminum rasa masam dan pahit
     
    Begitulah seterusnya ada rasa payau, loya, kelat, tawar
    Ada yang rasa bercampur-campur manis, masam begitulah seterusnya
    Rasanya yang banyak oleh satu lidah
    Satu lidah merasa berbagai-bagai rasa mengikut apa yang dimakan dan diminum
    Maha Besar Tuhan, Maha Berkuasanya Allah
    Kalau apa yang dicakapkan oleh lidah pula,
    berbagai rasa pula yang dirasa oleh orang ramai yang mendengarnya
    Ajaib juga lidah punya hal orang ramai hatinya boleh berlaku bermacam-macam rasanya oleh satu lidah apabila lidah berucap
     
    Percakapan satu lidah boleh orang ramai bermacam-macam rasanya
    Dari lidah orang boleh marah, sakit hati, benci, meluat
    Lidah menjadikan orang bersemangat, pemurah, pemaaf, kasih dan sayang
    Lidah boleh jadikan orang baik, jahat, berdendam dan berbalah
    Dari lidah orang boleh berkelahi, bergaduh, dan berperang bertumpah darah
    Sungguh ajaib lidah di sini dapat terasa Maha Berkuasanya
    dan Maha Besarnya Tuhan (Allah)
    Tapi berapa ramai yang terasa? Kebesaran Allah dan Kuasa-Nya?
    Dari kejadian lidah?
    Tidak ramai yang merasanya, kerana hati manusia sudah ramai yang buta
    Kalaulah hati manusia celik dengan lidah pun sudah cukup,
    gementar hatinya merasa kebesaran Tuhannya

    nukilan Sahibuzaman..
      :jaz: Renungan yang bermenfaat
    dan semangat bagi belerang... :msya:
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    mai_sara888

    • *
    • Posts: 40
      • View Profile
    Jawab #3 17 August, 2010, 10:03:50 AM
  • Publish Di FB
  • lidah saya sakit tolong la.. dah 3 hari macam ni ...

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1063
      • View Profile
    Jawab #4 17 August, 2010, 03:32:35 PM
  • Publish Di FB

  • dua lubang yang kita perlu jaga kerana dengannya ramai yang masuk ke neraka iaitu lubang mulut(lidah) dan lubang kemaluan

    The Fonz

    • *
    • Posts: 134
      • View Profile
    Jawab #5 17 August, 2010, 03:34:59 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum,

    Lidah boleh menongkat langit ( lelangit )

    Eyda Aam

    • *
    • Posts: 685
    • Wanita solehah adalah sebaik2 perhiasan duniawi
      • View Profile
    Jawab #6 18 August, 2010, 10:53:44 PM
  • Publish Di FB
  • Salam,

    •   Lidah air- Hujung air yang baru naik
    •   Lidah api- Hujung nyala api
    •   Lidah bengkok- Tidak Fasih
    •   Lidah bercabang- Munafik, hipokrit
    •   Lidah bercabang bagai biawak- Munafik, hipokrit
    •   Lidah berputar balik- Munafik, hipokrit
    •   Lidah biawak- Munafik, hipokrit
    •   Lidah buaya- Kuat makan
    •   Lidah Keling- Berputar belita apabila bercakap
    •   Lidah kelu- Tidak dapat bercakap
    •   Lidah Keras- Tidak fasih
    •   Lidah lembut- Bahasa yang sopan
    •   Lidah manis- Kata-kata yang mudah didengar orang
    •   Lidah masin- Permintaan yang makbul
    •   Lidahnya masin- Apa yang disebut, selalu menjadi
    •   Lidah Ombak- Hujung ombak yang di hadapan sekali
    •   Lidah Panjang- suka menyampaikan cerita
    •   Lidah Papan- Bahagian yang menyambungkan papan dengan papan
    •   Lidah Patah- Tidak fasih
    •   Lidah Pendeta-Kata-kata hikmat
    •   Lidah Pengarang- Ruangan editor
    •   Lidah perempuan itu ialah senjatanya yang tiada dibiarkannya berkarat- Perempuan yang pandai berkata-kata
    •   Lidah Serunai- Bahagian serunai yang mengeluarkan bunyi
    •   Lidah tajam-Kata-kata yang menyakitkan hati
    •   Lidah tak bertulang- Mudahnya berjanji
    •   Lidah terkalang- Tidak dapat bercakap oleh kerana terhutang budi
    •   Lidah tiada bertulang- Mudah berjanji
    •   Lidah tidak bertulang, salah petik jiwa hilang- Malang oleh kerana tidak pandai menjaga tutur kata

    Banyak sungguh perkataan lidah yang digunakan dalam peribahasa. Jika tidak pentingnya lidah dalam kehidupan kita, mana mungkin orang dahulu kala mengaplikasi perkataan tersebut dalam peribahasa. Apa-apa pun setiap anugerah Ilahi harus kita syukuri dan gunakannya untuk kebaikan semua.

    Rasulullah Saw. menyuruh kita agar menjaga lidah: "Manusia tidak akan teguh imannya, sebelum teguh hatinya, dan tidak akan teguh hatinya sebelum teguh lidahnya" (Hadith Riwayat Ahmad).

    "Hendaklah kamu diam, sebab diam itu menyingkirkan syaitan dan menolongmu dalam urusan agamamu" (Hadith Riwayat Ahmad dari Abu Dzar).


    ALLAH sentiasa dekat dengan kita.

    joelipan

    • *
    • Posts: 9
    • Kemaman Jiwa Kacau
      • View Profile
    Jawab #7 19 August, 2010, 08:55:32 AM
  • Publish Di FB
  • salam...bagus info ini..10q

    Abi Fauzi

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Jawab #8 21 August, 2010, 03:43:16 PM
  • Publish Di FB
  • MasyaAllah...barulah saya tahu hikmah disebalik penciptaan lidah..
    syukran, buat penulis kerna memberikan ilmu yang berguna.

    qaseh2003

    • *
    • Posts: 313
    • Anugerah Allah
      • View Profile
    Jawab #9 25 August, 2010, 01:58:00 AM
  • Publish Di FB
  • Di Sebalik Kejadian Lidah


    Maha Kuasanya Tuhan, Maha Besarnya Dia kerana kejadian lidah manusia sahaja pun terasa ayat-ayat kebesaran dan kekuasaan-Nya
    Tapi hati ramai manusia sudah buta,
    tidak terasa lagi kebesaran Tuhan dan kekuasaan-Nya
     
    Lidah kalau merasa makanan atau minuman boleh pula bertukar-tukar rasanya
    Lidah yang satu boleh merasa berbagai-bagai rasa
    Satu lidah rasa yang dia alami sungguh banyak
    Macam-macam yang dimakan, dia merasa berbagai-bagai rasa
    Ada yang dimakan merasa manisnya,
    ada yang dimakan dan diminum rasa masam dan pahit
     
    Begitulah seterusnya ada rasa payau, loya, kelat, tawar
    Ada yang rasa bercampur-campur manis, masam begitulah seterusnya
    Rasanya yang banyak oleh satu lidah
    Satu lidah merasa berbagai-bagai rasa mengikut apa yang dimakan dan diminum
    Maha Besar Tuhan, Maha Berkuasanya Allah
    Kalau apa yang dicakapkan oleh lidah pula,
    berbagai rasa pula yang dirasa oleh orang ramai yang mendengarnya
    Ajaib juga lidah punya hal orang ramai hatinya boleh berlaku bermacam-macam rasanya oleh satu lidah apabila lidah berucap
     
    Percakapan satu lidah boleh orang ramai bermacam-macam rasanya
    Dari lidah orang boleh marah, sakit hati, benci, meluat
    Lidah menjadikan orang bersemangat, pemurah, pemaaf, kasih dan sayang
    Lidah boleh jadikan orang baik, jahat, berdendam dan berbalah
    Dari lidah orang boleh berkelahi, bergaduh, dan berperang bertumpah darah
    Sungguh ajaib lidah di sini dapat terasa Maha Berkuasanya
    dan Maha Besarnya Tuhan (Allah)
    Tapi berapa ramai yang terasa? Kebesaran Allah dan Kuasa-Nya?
    Dari kejadian lidah?
    Tidak ramai yang merasanya, kerana hati manusia sudah ramai yang buta
    Kalaulah hati manusia celik dengan lidah pun sudah cukup,
    gementar hatinya merasa kebesaran Tuhannya

    nukilan Sahibuzaman..

    masyaallah... banyak betul info yg boleh dipelajari... Bersamalah kita ingat mengingati.. shukron...
    Nasihat Rasullullah kepada Mu’awiyah : Wahai Mu’wiyah, jauhi sifat marah kerana marah dapat merosakkan iman seseorang sebagaimana pahit jadam merosakkan madu yang manis..

    nur zulaikha

    • *
    • Posts: 516
    • cinta ALLAH ku dmbakn krn merindui rahmatNYA
      • View Profile
    Jawab #10 25 August, 2010, 08:19:45 AM
  • Publish Di FB

  • benar lidah adalah anggota paling tajam
    ketajamannya melebihi ketajaman pedang
    hirisan lidah itu mampu melukakan hati
    lidah yang tajam mampu membunuh orang di sekitarnya

    begitulah bahayanya lidah
    cintai saudaramu mendekati sunah dan suruhan
    rasulmu dan ALLAH
    cintai rasulmu mendekati mu kepada ALLAH...
    cintai ALLAH mendekati kamu dengan keredhaanNYA...

    zunita

    • *
    • Posts: 745
      • View Profile
    Jawab #11 25 August, 2010, 09:16:45 AM
  • Publish Di FB
  • Terima kasih bagi info yang bagus

    " Ya Rahman peliharalah lidahku, kerana lidah itu menempah kebinasaan diriku". :'(
     :aamiin: Ya Allah.
    لا إله إلا الله

    hazanutz

    • *
    • Posts: 426
    • Salam ukhuwah
      • View Profile
    Jawab #12 25 August, 2010, 09:23:06 AM
  • Publish Di FB
  • Lidah Mampu Bawa Manusia Masuk Syurga Atau Neraka

    DUA perkara penting yang diingatkan junjungan Nabi SAW ialah menjaga serta memelihara lidah dan tingkah laku. Lidah termasuk nikmat Allah yang sangat besar kerana kebaikan diucapkannya akan melahirkan manfaat, yang buruk mendatangkan kesan berpanjangan.

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Pesanan itu adalah manifestasi pentingnya menjaga tutur kata, tidak mengucapkan hal yang buruk dan menyakiti hati saudara seagama kerana bertutur sembarangan tanpa berfikir kesannya akan membawa kepada permusuhan, kekacauan bahkan boleh menjurus kepada pertumpahan darah.

    Rasulullah SAW berpesan supaya menjaga lidah dan tingkah laku supaya tidak mengganggu serta melampaui batas atau menyentuh hak orang lain. Sabda Baginda yang bermaksud: “Janganlah kamu berlebih-lebihan dalam beragama.” (Hadis riwayat Ahmad)

    Pada saat pengaruh kehidupan bersalut kebendaan, didapati manusia semakin boros mengeluarkan kata-kata sehingga ada yang terlupa mempertahankan sifat santun dan adab dalam menuturkannya hingga menyakitkan hati pendengarnya.

    Harus diakui manusia memang berbeza pandangan, pendirian dan bebas membuat penafsiran terhadap sesuatu yang dirasakan benar baginya tetapi ketika yang sama, manusia diberi akal dan iman untuk mempertimbangkan ilmu secara beradab.

    Firman Allah yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu wahai Muhammad dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik.” (Surah al-Nahl, ayat 125)

    Debat nabi jelas beretika dan halus budi bahasanya. Setiap patah kata dalam ungkapannya dapat menjadi contoh mereka yang mencintai kebenaran. Tetapi sayang, sebahagian daripada pendebat sekarang menyimpang jauh daripada panduan kerana debat mereka untuk mencari pengaruh dan kemenangan.

    Sedangkan debat yang dicadangkan adalah untuk mencari jalan yang lurus. Oleh itu, berhujah untuk memburukkan lawan, pelbagai kata kasar dan nista terkeluar. Keburukan demi keburukan orang didedah dan diaibkan melalui kata-kata.

    Cucunda Rasulullah SAW, Saidina Hussain berkata, seseorang yang menceritakan keburukan orang lain di hadapanmu, boleh jadi dia akan menceritakan keburukanmu (juga) pada orang lain.

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa mampu menjaga apa yang ada antara dua janggut dan apa yang ada di antara dua kaki, maka aku jamin dia masuk syurga. (Hadis riwayat Sahl bin Sa'ad)

    Apabila seseorang memahami dan mengerti bahawa setiap perkataan diucapkan melalui lidahnya akan dihisab dan dibalas maka, dia akan tahu untuk menjaga lidahnya, menjaga tutur katanya dan mempertimbangkan dengan teliti sebelum berkata-kata.

    Justeru, jangan biarkan lidah itu lebih cepat daripada akal dalam menuturkan kata-kata. Apalagi apabila akal gagal mengawal tutur katanya menyebabkan apa yang terkeluar itu menjadi zarah amarah dan dendam bersalut nafsu semata-mata. Bahaya lidah sebenarnya amat bisa dan tajam.

    Rasulullah SAW pernah mengumpamakan lidah itu sebagai kunci segala perkara, yakni perkara baik dan buruk. Sabda Baginda kepada Muaz bin Jabal yang bermaksud: “Mahukah engkau aku beritahukan mengenai kunci semua perkara ini? Aku (Muaz) menjawab: Mahu wahai Rasulullah SAW. Lalu Baginda SAW memegang lidahnya dengan berkata: Awas, jagalah ini (lidah) baik-baik. Aku (Muaz) pun berkata pula: Wahai Rasulullah SAW, apakah kami akan dituntut atas tutur kata kami? Lalu Baginda SAW menjawab: Moga-moga Allah memelihara engkau. Tiada lain yang akan menjerumuskan manusia menerusi muka atau batang hidungnya ke dalam neraka, melainkan tutur katanya sendiri.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

    Akhir-akhir ini perkataan melaknat dan mengutuk sering menjadi mainan sesetengah individu atau kumpulan dalam masyarakat. Ucapan seperti itu hanya mengundang kemarahan dan perkara itu amat disenangi iblis.

    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullullah SAW ada menceritakan suatu kisah: “Pada zaman Bani Israil dulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap berbeza. Lelaki pertama suka berbuat dosa, sementara yang kedua rajin beribadah. Setiap kali ahli ibadah melihat temannya berbuat dosa, ia menyarankan rakannya itu untuk berhenti daripada perbuatan dosanya.

    Suatu ketika, ahli ibadah itu berkata lagi: “Berhentilah daripada perbuatan dosa. Ahli maksiat pun menjawab: Jangan pedulikan aku, terserah kepada Allah yang akan menilai perbuatanku. Adakah engkau diutus Allah untuk mengawasi setiap apa yang aku lakukan? Ahli ibadah membalas: Demi Allah, dosamu tidak akan diampuni oleh-Nya atau kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah.

    Selepas kedua-dua ahli ibadah dan ahli maksiat itu meninggal dunia, Allah menghakimi kedua-dua mereka di hadapan-Nya. Allah menyoal ahli ibadah: Adakah kamu lebih mengetahui daripada-Ku? Atau adakah kamu dapat mengetahui apa yang berada dalam kekuasaan-Ku?

    Kemudian, Allah berfirman kepada ahli maksiat: Masuklah kamu ke dalam syurga Berkat rahmat-Ku. Sementara kepada ahli ibadah dikatakan: Masukkan orang ini ke dalam neraka.”

    Sesungguhnya Allah menghukum ahli ibadah kerana dia sudah berbuat syirik kepada Allah dengan menentukan seseorang masuk ke neraka. Ini kerana kuasa menghukum mutlak milik Allah, bukan sekali-kali hak milik manusia yang tidak berkuasa atas makhluk lain.
    Abdullah Faqir

    j.mohd_fit

    • *
    • Posts: 13
      • View Profile
    Jawab #13 25 August, 2010, 10:18:18 AM
  • Publish Di FB
  • masyaALLAH....dapat ilmu....alhamdulillah

    Arozi

    • *
    • Posts: 684
      • View Profile
    Jawab #14 25 August, 2010, 10:36:39 AM
  • Publish Di FB
  • Pesan Baginda Rasulullah S.A.W. kepada Anas Bin MAlik R.A.. " MU JAGA NI"" sabda Baginda sambil menjelirkan lidah baginda yang mulia itu seraya kedua-dua jari telunjuk baginda terarah ke situ!... ( MAFHUM HADIS )

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    16 Replies
    3892 Views
    Last post 28 November, 2009, 09:27:09 AM
    by rich_km
    1 Replies
    1499 Views
    Last post 12 May, 2009, 09:18:56 AM
    by Ummi Munaliza
    8 Replies
    2374 Views
    Last post 18 September, 2012, 09:34:24 AM
    by al_ahibbatu