Login  |  Daftar

Author Topik: 3 Ilmu Wajib dipelajari dan diamalkan  (Dibaca 1106 kali)

0 Halaqian dan 1 Tetamu sedang melihat topik ini.

Maliki

  • Newbie
  • *
  • Posts: 13
    • View Profile

TIGA MACAM ILMU
YANG WAJIB DI PELAJARI
DAN DI AMALKAN
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

🔴Soalan:
……………………
Assalamu alaikum shaikh,
Mohon tanyak, apa saja ilmu yang musti kita pelajari.   saya ni orang baru hijrah.  jumpa macam2 ostad, macam2 pulak fatwa.  mohon tanyak sama Shaikh, tolong bagitau apa patut saya belajar dulu, fekah kah, usul kah, tasawuf kah.   
terima kasi banyak shaikh.



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

🔵JAWAPAN:
■■■■■■■■■■■■

Ini jawapan ringkas sahaja.  Untuk keterangan lanjut sila hadir kuliah2 atau program khas MAJLIS TAZKIRAH JILANI.

🌻✨Filirman Allah Ta’ala,

وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا

“Dan katakanlah,‘Wahai Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu’“. 

 [Toha (20) : ayat 114]

🌻✨Rasulullah ﷺ bersabda :

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ

”Menuntut ilmu itu wajib atas setiap muslim”. 

[Imam Ibnu Majah]

🌻✨Sabda Rasulullah ﷺ:

مَنْ أَرَا دَالدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِا لْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَالْاآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

”Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia maka wajib baginya memiliki ilmu, dan barang siapa yang menghendaki kehidupan Akhirat, maka wajib baginya memiliki ilmu, dan barang siapa menghendaki keduanya maka wajib baginya memiliki ilmu”.

[Imam At-Tirmizi]


✅ Setiap muslim laki2 dan wanita WAJIB tuntut ilmu, sekurang2 *fardhu ain*

✅Ulama Ahlus Sunnah sepakat bahawa ilmu fardhu ain atas setiap Muslim adalah  3 macam ilmu. Ertinya, sesiapa tak menuntut ilmu fardhu ain, tersebut maka dia berdosa besar.

✅Sekurang2 Ilmu Fardhu 'ain yang wajib atas _mukallaf_  adalah mengetahui asas tiga macam ilmu iaitu ;

📗✒Ilmu Fiqh

📗✒Ilmu Usuluddin,

📗✒Ilmu Tasawwuf/Toriqat.

✅Beramal tanpa ilmu boleh menyebabkan amalan TIDAK SAH, bahkan boleh bawa kepada kesesatan atau kekufuran.

(rujuk huraian sekurang2 ilmu Fardhu ain yang WAJIB diatas setiap _mukallaf_)


✅Setiap ilmu fardhu ain wajib di pelajari secara _talaqi musyafahah_ ertinya berhadapan dengan Guru, dan dengar sendiri dari mulut Guru.

✅Sebaik2 Guru adalah Guru Mursyid, iaitu Guru yang silsilah pengambilan ilmunya sampai Rasulullah ﷺ

✅ JANGAN sesekali jadikan google, yahoo, fb dan media lain sebagai Guru/ rujukan utama.  Semua khabar dari media letronik hanya boleh di terima setelah meyakini penulis /penyampainya benar2 sahih mengikut Ahlus Sunnah yang benar.

✅AWAS...! Banyak sekali manusia2 menggunakan gelaran PhD, Profesor, Master dll untuk mengabui mata orang awam yang tiada ilmu.  Mereka menyamar sebagai Ahlus Sunnah sedangkan mereka adalah agen2 Yahudi bertujuan memesongkan Ahlus Sunnah dari dalam.   

(Rujuk penerangan lanjut dalam Risalah terdahulu....  " 72 golongan sesat Aqidah,  11 golongan sesat keruhanian zaman dulu  dan 7 golongan keruhanian sesat zaman ini.)

Kesimpulannya...
Ketiga2 ilmu fardhu 'ain tersebut wajib di pelajari sekaligus bukan semata2 utamakan satu ilmu dan abaikan ilmu lain.

Dan lagi wajib pula amalkan semua ilmu tersebut dengan sungguh2.   Untuk amalkan ketiga2 ilmu tersebut dengan sungguh2 perlu lah cari Guru Mursyid yang siddiq (benar) kerana Guru Mursyid yang siddiq adalah sebenar2 pewaris Nabi bagi memimpin ummat kepada Allah Ta'ala.

Inilah pendirian Ahlus Sunnah yang sebenar.  JAUHI semua fahaman sesat terutama syi'ah (rafidhi), wahabiyah~ khawarij dan sekular/liberal yang cuba menyusup masuk secara senyap kedalam pendokong Ahlus Sunnah yang sebenar.

Wallahu A'lam
_______________________________
Jawapan:
           Shaikh Sayyid Aboo Tohir
     Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
          MAJLIS TAZKIRAH JILANI
            🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳