Suami Tidak Bertanggungjawab - Minta Pandangan

Author Topic: Suami Tidak Bertanggungjawab - Minta Pandangan  (Read 7944 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

mnor

  • *
  • Posts: 5
    • View Profile
15 October, 2010, 04:21:09 PM
  • Publish Di FB
  • Salam semua,
    ni first post sy & first day jumpa forum ni..

    ada banyak persoalan yg selalu sy tanya dlm hati tapi tak tau jawapannya..

    jika ada yg nak bagi pendapat sy mintak tolong JANGAN MULAKAN DGN...

    1.sebelum kahwin dulu knp tak fikir betul2
    2.dah tau mcm tu knp kahwin..

    maslah yg timbul selaps kahwin takde sapa yg jangka..sy cuma perlukan pendapat sbg panduan untuk saya buat keputusan yg betul...

    saya bekerja, juga ada kerja partime, anak seorang.

    suami tak bekerja..pun jarang menolong kerja rumah..tak bagi nafkah pakaian, makan, minum & tempat tinggal yg disediakan..

    ... sy ada juga berhutang semata2 untuk tambah pendapatan..dlm hati ni meronta2 nak berhenti kerja & tumpukan sepenuh perhatian pda anak...

    kalau suami ada kerja..dapat duit..duit dijoli...kadg2..sy kena cover maslaah yg dibuat...setiap kali mcm tu....

    saya berkeja tetap & partime..sy tanggung makan hari2 & susu anak, saya bayar sewa & segala bil..sy juga yg tolong cover maslah yg suami buat dgn duit...

    apa fungsi suami sy...

    apa yg saya pasti setakat ni..kalau dia ada gaji beribu pun ...sy takkan sennag..dia akan habiskan duit tu jugak...10 hengget pun jadik berjudi.....

    sy bincang dgn suami..sy bagitau yg dia takkan boleh pegang duit..& sy bersetuju utk cari duit..& dia uruskan anak & rumah...bukan mcm sebelum ni..semua sy usruskan..dia cuma balik tdo, makan &ain dgn anak...

    tapi bila dah berbincang cara mcm ni...mmg lah kerja rumah selesai sikit..tapi..anak dibawa ke snooker, di bawa ke rolex..kdg2 sampai tdo kat sana...


    tak sembahyang, tak bagi nafkah yg perlu pada kami, bawak anak kesana tiap2 hari..tak ajar anak mengaji...apa la yg perlu sy buat....

    kalau sy tak kerja..makan & minum anak teratur..sy boleh ajar mengaji, baca buku & mcm2...kesian anak sy..

    sampai bila la keadaan mesti mcm ni...apa yg perlu sy buat...knp sy tak bertindak...sbb suami sy bukan org jahat..dia penyayang pada anak dia..kalau sy pergi dr suami..anak akan kehilangan kasih syg ayah dia..bila fikir pasal aksih syg anak..sy mmg tak tahan...
    tp samapai bila ek...


    sekarang sy terpaksa tanggung hutang beribu2 yg dibuat oleh suami sy..lepas habis satu..datang yg lain...layakkah suami sy mendapat kerpluan batin dr saya...& apa langakh terbaik yg saya perlu ambil..

    TQ




    « Last Edit: 06 November, 2010, 09:47:23 PM by msa »

    cahayalurus

    • *
    • Posts: 1330
      • View Profile
    Jawab #1 15 October, 2010, 04:27:21 PM
  • Publish Di FB
  • Janganlah bagi dia duit, jangan bayar hutang dia,biar dia bayar sendiri, jangan sediakan makan minum, makan cukup2 kat luar rumah, bila balik buat macam lapar, minta duit daripada dia nk makan
    Mrs. Ikan Pari

    anazahra

    • *
    • Posts: 924
      • View Profile
    Jawab #2 15 October, 2010, 04:35:44 PM
  • Publish Di FB

  • Maaf kak kalau saya bertanya...
    kalau akak xnak jawap, xpe je.
    hmm..

    adakah suami akak seorang yang pembaran @ tak boleh terima pendapat orang lain..??

    Jika suami akak bukan begitu, maknanya suami akak masih boleh dibawa berbincang..
    Bincang baik2 dengan dia, slow talk baik2..
    Jelaskan apa yang dia buat itu tak elok. Salah disisi agama.
    Tanggungjwap mencari rezeki diserahkan pada isteri pula dan suami senang lenang.. Itu silap konsep tu..

    Pendapat saya..
    akak slow talk dengan suami akak..
    bincang elok2..
    jelaskan membawa anak ke tempat judi itu akan memburukkan keadaan..
    Anak itu kecil lagi..
    tapi sedikit sebanyak dia akan terfikir..
    kenapa mama yang bersusah payah, sedang papa goyang kaki..

    Disamping itu, akak bermohon lah pada Allah..
    Dekatkan diri pada Allah..
    berdoalah pada Allah moga Allah memberikan petunjuk pada suami akak..
    Sungguh Allah saja yang mengenggam hatinya..

    Badar

    • *
    • Posts: 146
      • View Profile
    Jawab #3 15 October, 2010, 05:02:00 PM
  • Publish Di FB
  • "Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan"

    Badar

    • *
    • Posts: 146
      • View Profile
    Jawab #4 15 October, 2010, 05:02:19 PM
  • Publish Di FB
  • Yang bernama perwira bukanlah yang banyak menjatuhkan lawan, tetapi perwira sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah"

    Umat Muhammad

    • *
    • Posts: 28
      • View Profile
    Jawab #5 15 October, 2010, 05:05:48 PM
  • Publish Di FB
  • Ini masalah serius. rasa nya masalah ni dah boleh di ajukan ke pejabat agama untuk sesi kaunseling n minta pendapat. Hanya yg berkelayakan sahaja boleh memberi pandangan.
    La ila ha illallah, Astaghfirulllah...Maafkanlah dosa-dan dosaku Ya Allah. Kerna diriku ini memang penuh dengan dosa kepada MU. Sesunguhnya, Engkaula Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

    Badar

    • *
    • Posts: 146
      • View Profile
    Jawab #6 15 October, 2010, 05:07:39 PM
  • Publish Di FB
  • Jalan terbaik untuk keluar dari suatu kesulitan ialah menghadapi dan mengatasi kesulitan itu"

    azrinkun

    • *
    • Posts: 1659
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Jawab #7 15 October, 2010, 05:12:03 PM
  • Publish Di FB
  • Allah Yang Maha Kuasa, dengan IradahNya diciptakan manusia dari satu jiwa, kemudian diciptakan pula pasangannya supaya bersemi ketenangan, kesenangan dan kedamaian. Allah melimpahkan sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya ke lubuk jiwa manusia dengan perasaan cinta serta melimpahkan rasa kasih sayang sebagai landasan kebahagiaan keluarga dalam sebuah rumahtangga.
    Allah berfirman (Surah Ar-Rum : 21), yang berarti; "Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

    Ini kes patot bawa ke mahkamah sahajalah.. kes begini berat OoOo


    http://azrin-kun.blogspot.com/2010/10/selalu-disebutinilah-yang-membuatku.html
    Syahadah no.1 ..  Ikut Rasulullah saw..
    jalan islam itu tauhid. jalan mukmin itu syahadat

    Badar

    • *
    • Posts: 146
      • View Profile
    Jawab #8 15 October, 2010, 05:17:26 PM
  • Publish Di FB
  • Bercakaplah yang benar walaupun ianya pahit'''Tunaikanlah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita dengan jujur''

    Jawab #9 15 October, 2010, 05:39:40 PM
  • Publish Di FB
  • "Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan"
    Ya.. benar ini.. ``orang yang kuat adalah orang yang menahan akan kemarahanya``...

    Assalamua'laik Kak.. Fisrt and  foremost.. Kemaafan dihulurkan andai ada kata2 ana nanti nie mungkin ada yang kurang atau ada yang terlebih kata / terkasar bahasanya.. Terlebih dahulu Nak tanya kakak.. Apa khabar hari ni.. Imanmu bagaimana.. Harapnya bertambah dr hari ke hari, insyaAllah..

    Berbalik pada kes kakak tadi, dari apa yang telah kakak ceritakan.. ianya umpamma kahwin misyar [maaf andainya ada yang silap kata, sekadar beranggapan sebegitu dan tidak ada niat lain]..

    Dari apa yang kakak cerita, perkara sebegini tidak boleh terus2  dibawa ke Mahkamah sebagaimana yang dikatakan oleh azrin|kun. Kalau nak juga buat rundingan sulh [penyelesaian antara kedua belah pihak utk mnyelesaikan permasalahn] Perkara ini kena selesaikan dengan Suami kakak dulu, slow talk dengan dia.. katakan pelahan dengan hikmahnya dalam keadaan sebegini.. jangan terlalu naik amarah dalam mnyelesaikan masalah. Nafkah itu dibawa tanggungjawab seorang suami dan dia wajib melaksanakannya walaupn hanya RM10.. Tanggungjawab lelaki lebih dr seorang isteri..

    Usahakan juga dalam menyelesaikannya.. kena ada rundingan antara suami isteri.. Suami kena faham akan tanggungjawabnya kepada isteri, anak2 dan keluarga.. Memang nak laksanakannya perit.. tapi kakak buat slow.. jangn sesekali mninggikan suara walupn kita marah..

    Sebagai conth kakak kata tadi suami ke tempat judi.. Tempat tu tempat yang mndatangkan dosa.. maaf kalau ana kata, kakak sendiri xnak kan darah yang mngalir buat anak2 itu darah yang brhimpun haramnya, dosanya.. Sama2 bantu suami sementara usaha utk dia hindari dr tempat2 sbegitu.. Harap sanagt2  suami kakak dapat lihat  masa ke hadapan lg.. makin hari kita makin tua [termasuk ana sendiri].. banyakknlah ibadah yang soleh bersama isteri & anak2..

    Banyak lg kalau ana nak katakannya... dr apa yang telh ana degr dr orang yg ceritakn dgn ana.. dapat dselesaikn dgn baik insyaAllah.. Ana dan ahli Halaqian mndoakan semoga kakak tabah & dapat mnyelesaikn masalah ini.. Memang perit utk kita hadapinya.. insyaAllah ana doakan kakak kuat hadapinya dan selesaikn degn cara baik..

    Wallahu'alamm... :ins:

    Badar

    • *
    • Posts: 146
      • View Profile
    Jawab #10 15 October, 2010, 08:45:04 PM
  • Publish Di FB
  • jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah

    azrinkun

    • *
    • Posts: 1659
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Jawab #11 15 October, 2010, 08:57:02 PM
  • Publish Di FB
  • Takutlah kepada perkara-perkara dosa, pasti kamu akan menjadi Hamba Allah SWT terbaik.

    Bertindak dengan tenang adalah ajaran Allah SWT dan Gopoh-gapah adalah ajaran daripada syaitan.

    Sesiapa dapat menahan kemarahannya, allah SWT akan menutup perkara yang memalukannya.

    Jika kamu didatang seseorang lelaki untuk meminang anak kamu, dan dia memiliki nilai-nilai agama dan kemulian akhlak maka terimalah pinangannya atau kahwinkan dia


    mnor

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Jawab #12 18 October, 2010, 03:07:55 PM
  • Publish Di FB
  • Salam,
    pertama sekali terima kasih moderator atas peringatan.. :)
     
    kedua terima kasih kpd yang memberi pandangan..saya suka semua pandangan ..dan juga link yang diberikan...
     
    sememangnya saya tak pernah menyesal berkahwin dengan suami saya..saya cuma menyesal dengan sikap saya yang tak matang dan tak berfikir panjang dalam membuat keputusan memilih teman hidup...
     
    kesimpulan yang saya dapat dari sini & di kala hati tengah tenang & sabar ni....memamg sy kena lebih bersabar & cuba atasi masalah rumahtangga saya...banyak cara , panduan & doa yang ada..cuma kadang2 saya hilang pertimbangan bila musibah tu sekejap2 datang..sebenarnya selalu2..saya tak nafikan bukan suami sahaja penyebab utama..diri sendiri pun ada juga..
     
    apa-apa pun terima kasih kepada yang bagi pendapat..terima kasih lagi sekali.. :)
     

    nkarul

    • *
    • Posts: 269
      • View Profile
    Jawab #13 18 October, 2010, 03:37:51 PM
  • Publish Di FB
  • kadang2

    nasihat dari pihak ke3 lebih berkesan dalam memberi nasihat nie..


    ape kate puan cube try dari diri puan dulu..
    sebab puan kate dia penyayang kan

    so puan tackle hati dia balik, layan dia dengan baik
    pada masa yang same puan boleh slow slow talk
    mungkin lebih berkesan dengan cara yang baik

    kalo dia tak leh terima takpe,..
    next time cube lagi
    tapi jangan buat dia jemu dengar
    bak kate orang quality lebih penting dari kuantiti

    so mungkin buat leh agak mase bila leh jelas dan slow talk dengan dia


    Nur^ Iman

    • *
    • Posts: 690
    • I am proud to be a MUSLIM
      • View Profile
    Jawab #14 18 October, 2010, 04:36:15 PM
  • Publish Di FB
  • puan nor..

    kes Puan ni sama macam kes kawan saya ni..kawan saya lelaki..dulunya tak berkeja kuat berfoya-foya..suami puan bukan panas baran kan? itu sudah petanda yang baik..buruknya cuma sifat berjudi..bapa saya dahulu pun kaki judi sampaikan reloan balik kereta keluarga..buat masa ni ye puan kamu sabar..kamu luangkan masa berkualiti..minta offday ke bersiar2 makan angin..orang macam ni jangan dibebel tapi cakap secara slow talk..minta juga pendapat dia..contoh "abang tak nak berhenti berjudi?". cakap benda yang elok2 lah..cakap niat kamu yang nak seperti keluarga yang normal..kamu lebih tahu isi hatinya daripada kami semua..kadang2 terus terang tu penting..daripada kamu pendamkan tak guna..tengok lah puan..kawan saya sekarang ni sampai sekarang masih bersama dengan istri, mak bapa saya pun masih bersama..ini semua melalui toleransi dan persefahaman masing2..
    I am proud to be a MUSLIM

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #15 18 October, 2010, 05:34:30 PM
  • Publish Di FB
  • Bagi saya, teramat sukar suami puan untuk berubah. Cara hidupnya yang begitu dah mendarah-daging. Silap haribulan, anak puan pun akan jadi macam ayahnya sebab ayahnya hidup bertunjangkan nafsu, terasa sangat lazatnya. Syaitan-syaitan pun dah jenuh dalam aliran darahnya.

    Nak bertaubat pun macam sukar kerana suasana sekeliling memberikan pengaruh yang amat besar.

    Saya cadangkan, puan pergi mahkamah, failkan fasakh. Cari peguam. Puan boleh pergi Biro Bantuan Guaman. Bagi keras sikit tindakan puan, sebab perangai suami yang macam ni. Biar dia terfikir sama akan tanggungjawabnya. Kut-kut dia nak berubah, terkejut dapat surat peguam.

    Dalam berkata-kata dengannya biar masih sopan dan lembut iramanya tapi tegas dengan keputusan.

    Cadangan yang atas ni puan buatlah apabila kesabaran puan dah habis dan puan melihat bala bencana dan musibah kerosakan akan semakin menghantui kehidupan puan dan anak puan.

    Jika puan dapat bersabar dengan sesungguh-sungguh sabar serta dapat pula menambah syukur, puan harungilah hidup ini kerana puan telah memilihnya sebagai suami dan ayah kepada anak puan, terimalah dia. Berdoalah kepada Allah, mohon taufik hidayahNya dilimpahkan kepadanya sambil puan terus-terusan menambah amalan sunat dan kebaktian kepada Allah. Ada orang petuakan saya, bila kita dapat kesusahan dan kepayahan dalam hidup, banyak-banyaklah membaca Alam Nashrah (misalnya 100x tiap-tiap hari)...dan istiqamahlah membacanya...Saya dah amal dulu, alhamdulillah diberi jalan keluar oleh Allah...Sekarang dah lama tak baca...walahaulawalaquwwataillabillahil'aliyyil'azhiim.
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    miftahulQalb

    • *
    • Posts: 160
      • View Profile
    Jawab #16 22 October, 2010, 11:24:42 AM
  • Publish Di FB
  • Salam..saya ada 2 cadangan..
     
    1) Adukan pada pej Agama kalau Puan dah xtahan..ada jalan penyelesaiannye..
     
    2) Sabar dan terus hadapi dugaan dengan penuh rasa syukur dan tawadduk..contoh paling senang Asiah isteri Firaun..ada hikmahnye Puan..

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2264
      • View Profile
    Jawab #17 22 October, 2010, 01:52:45 PM
  • Publish Di FB
  • Sabar-doa-nasihat-doa, doa dan doa lagi. Jangan putus asa puan. Suami puan insyaALLAH boleh berubah. Doa isteri untuk suami, mudah makbul. InsyaALLAH.
    Lgpun puan masih nampak sifat penyayang suami puan, alhamdulillah.. 'ya Allah, dengan sifat penyayang yang Kau anugerahkan pada suamiku, Kau jadikanlah dia seorang yang mentaatiMu..
    Sebolehmungkin, puan mesti halang tindakan suami bawa anak ke tempat judi, sebab dari situ dia akan belajar.. Anak-anak ni macam kain putih ya puan, ibu bapalah yang mencorakkannya..
    Duit judi haram, jadi tak berkat.. Sebabtulah dapat ribu-ribu pun takkan nampak mana hasilnya. Berkat tu tanda-tandanya 'sikit tapi cukup, banyak tapi tak membazir'
    semoga berbahagia..
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    emm

    • *
    • Posts: 133
      • View Profile
    Jawab #18 22 October, 2010, 02:29:26 PM
  • Publish Di FB
  • Salam.. Saya belum berkahwin, tapi insyaallah ada pandangan dan sedikit cadangan.
    Terlebih dahulu saya ingin menyatakan rasa kagum pada puan kerana mampu bersabar sehingga tahap ini.


    Pendapat saya:
    Suami  puan mungkin nak dapatkan wang dengan cara mudah melalui judi. Ye lah. Tak perlu kerja susah-susah. Tapi kita sedia maklum, duit hasil judi dah masuk kategori haram. Kalau suami puan ni masih boleh dengar nasihat puan itu dah cukup baik.


    Cadangan saya :
    1. Cuba dalam masa satu bulan jangan beri wang. Cuma sebelum pergi kerja sediakan makanan secukupnya untuk dia dan anak puan untuk hari tersebut sehinggalah puan pulang dari kerja. Kalau dia minta, suruh dia cari kerja. Jangan takut, puan ada hak. Peringatkan suami tentang tanggungjawab. Bagi syarat, jangan dapatkan wang hasil judi.
    2. Segala respon yang diberikan, catat. Tengok perubahan.
    3. Ada dua kemungkinan, dia ikut atau komen banyak. Kalau komen, jangan putus asa. Teruskan sampai 2 hingga 3 bulan. Kalau dia ikut, jangan mudah puas hati pula. Bimbing dia untuk majukan diri sendiri. Kalau tak mampu tolong puan dalam hal rumah tangga, sekurang-kurangnya untuk urusan diri sendiri dahulu. Apa saja usaha kecil dia, sila lah bagi pujian. Sekurang-kurangnya ucap terima kasih walaupun dia mungkin buat dalam keadaan terpaksa.
    4. Kalau dia tak nak kerja, kenal pasti kebolehan dia. Cadangkan apa yang dia boleh buat untuk dapatkan 'income'.


    From a friend of mine 'a wife's weakness is a reflection of husband's failure. Corrupted husband is a wife's irresponsibility.' Renungkanlah... Sama-sama usaha.
    Semoga terus tabah, cekalkan hati dan gandakan usaha. Insyallah beroleh keberkatan.
    Wassalam...

    emm

    • *
    • Posts: 133
      • View Profile
    Jawab #19 22 October, 2010, 02:37:32 PM
  • Publish Di FB
  • Saya tak perasan perenggan terakhir.. Kalau nama puan tak terlibat jangan bayar.  Biar dia uruskan. Disamping teruskan langkah di atas, sila rujuk pejabat agama untuk dapatkan pembelaan.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    4 Replies
    1426 Views
    Last post 18 January, 2011, 10:15:24 AM
    by sitiaisha
    10 Replies
    1196 Views
    Last post 04 August, 2013, 10:17:37 PM
    by nazri0070
    21 Replies
    1045 Views
    Last post 14 July, 2014, 03:41:35 PM
    by Akmal Razak