Login  |  Daftar

Author Topik: Hukum bergambar lelaki dan perempuan  (Dibaca 1005 kali)

0 Halaqian dan 1 Tetamu sedang melihat topik ini.

Maliki

  • Newbie
  • *
  • Posts: 13
    • View Profile
🔴Soalan:

Assalamu alaikum
Apa hukum lelaki dan wanita bukan mahram bergambar bersama2?

Apa hukum bergambar famili beramai2 campur bukan mahram?

Apa hukum bergambar ramai2 dalam pejabat campur lelaki perempuan?

Apa hukum bergambar dengan guru kelas lain jantina?

Apa hukum lelaki wanita bukan mahram berlakon drama/filem?

Syukran atas jawapan.


🔵JAWAPAN:
■■■■■■■■■■

Di zaman Rasulullah Sahabah dan Salaf, camera bergambar belum wujud lagi, maka kita tidak akan temui hukum berkenaan "lelaki wanita bergambar, berlakon filem dsb".  tidak akan di temui didalam kitab2 Ulama terdahulu.    Walau bagaimana pun hukum ASAS sudah pun ada didalam KItabullah, Sunnah dan Fatwa Ulama Ahlus Sunnah.

Kita perlu lihat dulu asas2 Hukum lelaki wanita ajnabi bertemu, berbual2 dsb.

Baca Risalah "Hukum Wanita berhubung dengan lelaki Ajnabi" dan kemudian  jawapan nya  di sini.

Hukum Bergambar Lelaki wanita bukan mahram

Setelah meneliti penjelasan di atas berkenaan hukum bertemu dan berurusan antara lelaki dan wanita bukan mahram, di antara yang haram dan yang diharuskan, maka kita dapat mencari contoh2 perbandingan untuk hukum bergambar antara lelaki dan wanita bukan mahram.

(1) Lelaki dan wanita ajnabi bergambar berdua-duan

Ini sudah tentu di larang kerana tiada maslahat pada Agama dan bukan urusan muamalah yang di haruskan oleh syara'.  Sebaliknya perbuatan tersebut menyuburkan keinginan untuk berzina.  Maka ini termasuk larangan "jangan menghampiri zina"   

(2) Bergambar beramai2 satu pejabat campur lelaki wanita

Ini juga  sudah tentu terlarang  kerana tiada maslahat pada agama. Ikhtilath ajnabi tak dapat dielakkan.
 JIka ianya menjadi peraturan pejabat,  cuba seboleh2 nya jauhkan diri.  Jika majikan memaksa dan ugut atas dasar nama syarikat, , maka taubat lah,   moga Allah ampuni.


(3) Bergambar beramai2 keluarga sanak saudara

Ini boleh jadi harus dengan syarat tujuannnya untuk silatur-rahim dan kenangan, tetapi dengan dengan syarat2 tertentu.   pertama - Saudara2 yang bukan mahram di asingkan.  kedua  - di yakini tiada fitnah. 


(4) Bergambar dengan Guru

Jika guru nya guru muda yang masih beresemangat, maka sama hukum nya seperti bergambar dengan ajnabi, ertinya di larang.

Jika Guru nya sangat tua serta di hormati akan kesolehan nya, maka boleh jadi harus dengan syarat aman dari ftinah.   Jika di khuatiri boleh terjadi fitnah, maka sudah tentu Allah Ta'ala tidak meredhai  kemungkaran.

(5) Berlakon antara lelaki -wanita ajnabi

Ini tidak syak lagi jatuh haram.

Moga Allah selamatkan kita dari malapetaka akhir zaman. Malapetaka akhir zaman BUKAN dajjal atau yakjuj makjuj yang akan muncul, tetapi petaka yang sebenar sudah dan sedang berlaku iaitu luputnya Agama dan tanggalnya Iman.  Wal Iyazubillah.

Wallahu A'lam

_______________________________
Jawapan:
           Shaikh Aboo Tohir
     Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
          MAJLIS TAZKIRAH JILANI
            🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳