Maksud Bacaan Duduk Antara 2 Sujud - Page 1

*

Author Topic: Maksud Bacaan Duduk Antara 2 Sujud  (Read 24089 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

07 October, 2010, 08:31:17 AM
  • Publish
  • Ketika dalam "duduk di antara dua sujud."
    Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami, sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.
    Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.
    Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah..
     
    Rabbighfirli.. (Tuhanku, ampuni aku..)
    Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah.  Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan.
    Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
     
    Warhamni.. (Sayangi aku..)
    Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.  Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima.  Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.
     
    Wajburnii..  (Tutuplah aib-aibku..)
    Warfa'nii..   (Angkatlah darjatku..)
    Warzuqnii.. (Berilah aku rezeki..)
    Wahdinii..    (Berilah aku petunjuk..)
    Wa'Aafinii.. (Sihatkan aku..)
    Wa'fuannii..(Maafkan aku..)
     
    Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu. Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi).



    Reply #1 07 October, 2010, 08:43:53 AM
  • Publish
  • yup itu lah...
    Ilmu itu sebalik Ilmu.... berada dalam solat dan jangan buat solat sahaja...cuba perhatikan...
    apa yg Muhammad cuba sampaikan....
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Reply #2 07 October, 2010, 10:17:08 AM
  • Publish
  • tentang solat,insya allah pada permulaan sebelum mutholaah kitab musolli, hiyatus salikin, ect.ect. cuba buka2 buku formula solat sempurna tulisan ustaz zaharuddin. sekurang2nya dapat overview kepentingan sempurnakan solat

    Reply #3 07 October, 2010, 12:13:04 PM
  • Publish
  • begitulah indahnya Islam...
    dari sekecil-kecil perkara sampailah sebesar2nya.. semua bil hikmah
    beruntunglah golongan ahlul albab, juga golongan pemikir dan prihatin dalam agama..

    *minta izin masuk blog*
    "Allahumma takhtim lana bihusnil khatimah""Allahumma takhtim lana bissa'adah wa la takhtim 'alaina bissaqawah"

    Reply #4 31 January, 2013, 01:25:52 PM
  • Publish
  • yup itu lah...
    Ilmu itu sebalik Ilmu.... berada dalam solat dan jangan buat solat sahaja...cuba perhatikan...
    apa yg Muhammad cuba sampaikan....
    Setiap rukun dan bacaan dalam solat bila diperhatikan maka itulah mengundang rasa khusyuk dan tertanam sifat tawaddhuk(rendah diri),

    maka inilah persembahan yang hakiki(sebenarnya)untuk kenal berbicara pada siaapa yang dikenal pasti...iaitu Tuhan=AllahuRabbi...

    maka tidak salah dan terhindar rasa Syirik...

    kerana tahu pada Siapa yang Disembah dan pada siapa yang Dipinta...

    dan pastinya dikabulkan segala hajat yang dikehendaki,senang mudah dan tiaad diragukan lagi... ....

    Subhanalalh timbangan yang ringan tapi berat disisiNya

    Alhamdulillah mudah sebutannya tapi tak kenal maka tak Cinta padaNya

    La Ialha Illah= Tiada Tuhan  melainkan hanya Allah saja....

    Tuhan yang sebenarnya=maka Itulah ALLAHU AKBAAR

    Besarnya Nikmat dan Rahmat yang dicurahkan tanpa terdaya menghitung/dikira dan jalan arahmana yang dilorongkan....

     :msya: :msya: :msya:

    Ya Allah Jadiaknlah kami Hamba yang Tahu Bersyukur dan jadikanlah kami Hamba yang dimuliakan olehMU Ya Allah

     :aamiin: :aamiin: :aamiin:
    « Last Edit: 31 January, 2013, 01:27:35 PM by halawah »
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    Reply #5 31 January, 2013, 06:31:37 PM
  • Publish
  • Allah berfirman kepada Malaikat dan Iblis supaya sujud kepada Adam, Hanya Malaikat yang sujud dan Iblis sebaliknya, kerana dia menyangka dia adalah sebaik-sebaik kejadian. Bukankah Allah telah berfirman bahawa “AKU”ingin di kenali, maka sudah tentu mesti ada makhluk yang akan mengenali aku. Maka di ciptakan “ADAM a.s untuk membuktikan ke “WUJUDAN dan Ke ESAANya” setelah Allah bertajalli dari alam Lahut hingga ke alam Insan. Inilah yang di katakan Hakikat Sembahyang. Begitu juga di dalam I’tidal Ruku’ dan duduk diantara dua sujud juga ada hakikatnya, disini penulis bukan untuk mengupas secara mendalam tentang soal solat ini kerana hanya sekadar berkongsi dan berbagi ilmu pengetahuan. Jika saudara pembaca ingin mencarigali dengan lebih mendalam harus mencari guru yang benar-benar Mursyid dan dan Ahli Hakikat di dalam hal ini.

     Di dalam untuk meraih kusyuk dan sempurna di dalam solat itu tidak sekadar hanya apa yang saudara pembaca baca apa yang tertulis di atas, kerana masih banyak perlu di titik beratkan seperti soal rukun solat adab dan tertib ketika di dalam solat. Rukun solat itu terbahagi kepada tiga bahagian, adapun..

    1) Rukun Qolbi,   2) Rukun Qouli dan  3) Rukun Fi’li, adapun Rukun Qolbi adalah Nawaitu dan Hakikat kita mendirikan solat itu sendiri, adapun Rukun Qouli adalah bacaan kita ketika dalam solat, tidak hanya sekadar bacaan harus memahami akan maksudnya, adapun Rukun Fi’li adalah perbuatan atau geraklaku kita di dalam solat,
    nah jika salah satu tidak di lakukan adakah sempurna solat itu..? Didalam solat itu juga sudah terkandung apa yang di katakan (“ Syariat, Tharikat, Ma’arifat dan Hakikat”) Syariat itu adalah perbuatan ataupun tingkahlaku kita di dalam solat, Tharikat itu zikir atau bacaan di dalam solat, Ma’arifat itu kita kenal akan kepada siapa kita sembah dan sujud seterusnya membawa kepada Hakikat. Bukankah sudah jelas hakikat kita di suruh sembah kepada yang Esa.

    petikan sahabat -

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    23794 Views
    Last post 30 August, 2009, 06:48:55 PM
    by Ummi Munaliza
    6 Replies
    8927 Views
    Last post 05 May, 2010, 10:00:11 PM
    by ibnukadri
    0 Replies
    1655 Views
    Last post 21 July, 2011, 07:01:18 AM
    by BelangHitam