rahsia disebalik (alam kubur)! - Page 1

*

Author Topic: rahsia disebalik (alam kubur)!  (Read 7233 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

02 October, 2010, 08:19:49 PM
  • Publish
  •  :)

    1.0 MUQADDIMAH

    Setiap diri (manusia) pasti merasai mati, yakni pasti mati.  Kematian adalah berpisahnya ruh dari jasad seseorang manusia.  Kematian adalah perpindahan insan dari alam syahadah kepada alam Barzakh.  Samada mereka dari kalangan yang mendapat kemuliaan Allah atau kemurkaanNya,  semuanya akan berpindah dari alam yang sementara ini.   

    Menurut pendirian Ahlus-sunnah Wal Jamaah, mayat yang ditanam akan merasai balasan perbuatannya di dalam kuburnya- iaitu alam Barzakh.   Manusia2 yang kafir, munafiq dan fasiq akan merasai kepanasan api neraka, sementara orang2 beriman akan merasai kebahagiaan angin syurga.

    2.0 RASUL, NABI, AULIA ALLAH DAN MU'MIN HIDUP DI ALAM BARZAKH DENGAN MENDAPAT REZEKI DARI ALLLAH....!

    Daripada sekalian orang Islam yang mati dan mendapat basalan di dalam kubur, terdapat Golongan hamba2 pilihan Allah yang mendapat layanan istimewa ;  iaitu mereka hidup di sisi Allah dengan mendapat rezeki dariNya.

    Firman Allah :

    وَلاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُواْ فِى سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَتاً بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ - فَرِحِينَ بِمَآ ءَاتَـهُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُواْ بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلاَّ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ -يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ

    "Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

    (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

    Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman." (Al-Imran : 169,170,171 )

    Dari Tafsir Jalalain:

    (Janganlah kamu kira bahwa orang-orang yang gugur) dengan takhfif atau pakai tasydid (di jalan Allah) maksudnya demi agama-Nya (mati, tetapi) mereka itu (hidup di sisi Tuhan mereka). Roh-roh mereka berada dalam kantong burung-burung hijau yang beterbangan dalam surga ke mana saja mereka kehendaki sebagaimana tersebut dalam sebuah hadis (dengan mendapat rezeki) yaitu dengan memakan buah-buahan surga

     
    Ulama2 Arifin mentafsirkan :

    Ayat diatas ditujukan khusus kepada para syuhada di Perang Uhud. Tetapi makna umumnya adalah di tujukan kepada seluruh mujahidin yang berjuang bersungguh-sungguh bagi menegakkan Kalimah Allah di atas muka bumi mulai dari zaman Nabi sehinggalah ke akhir zaman.

    Iaitu mereka yang benar2 beriman kepada Allah dan bertaqwa kepada Nya, samada mereka yang bersungguh2 mujahadah melawan hawa nafsu untuk menyucikan batin mereka atau mereka yang melaksanakan kerja2 da’wah kepada Ummat atau mereka membuat kerja2 kebajikan untuk untuk membangun Ummat menurut Al-Qur’an dan Sunnah Nabi maka mereka termasuk golongan fisabilillah, berjuang “pada jalan Allah” dan mati mereka termasuk ‘mati pada jalan Allah”

    Dari Tafsir Ibnu Kathir,

    Allah Ta’ala berfirman bahawa walaupun para shuhada’ terbunuh didalam kehidupan dunia ini,  ruh mereka tetap hidup serta menerima rezeki di alam barzakh.  Didalam Sahihnya, Muslim mencatit bahawa Masruq mengatakan, “ Kami bertanya Abdullah berkenaan ayat ini, وَلاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُواْ فِى سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَتاً بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ

    “Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;”

    Beliau berkata,Kami bertanya pada Nabi صلى الله عليه وسلم, soalan yang sama, Baginda bersabda,

    «أَرْوَاحُهُمْ فِي جَوْفِ طَيْرٍ خُضْرٍ، لَهَا قَنَادِيلُ مُعَلَّقَةٌ بِالْعَرْشِ، تَسْرَحُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ شَاءَتْ، ثُمَّ تَأْوِي إِلَى تِلْكَ الْقَنَادِيلِ، فَاطَّلَعَ إِلَيْهِمْ رَبُّهُمُ اطِّلَاعَةً فَقَالَ: هَلْ تَشْتَهُونَ شَيْئًا؟ فَقَالُوا: أَيَّ شَيْءٍ نَشْتَهِي وَنَحْنُ نَسْرَحُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ شِئْنَا؟ فَفَعَلَ ذَلِكَ بِهِمْ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، فَلَمَّا رَأَوْا أَنَّهُمْ لَنْ يُتْرَكُوا مِنْ أَنْ يُسْأَلُوا، قَالُوا: يَا رَبِّ نُرِيدُ أَنْ تَرُدَّ أَرْوَاحَنَا فِي أَجْسَادِنَا حَتَّى نُقْتَلَ فِي سَبِيلِكَ مَرَّةً أُخْرَى، فَلَمَّا رَأَى أَنْ لَيْسَ لَهُمْ حَاجَةٌ، تُرِكُوا»


    Ruh mereka didalam burung2 hijau yang mempunyai lampu, bergantung di bawah Arasy Allah Ta’ala. Dan mereka berterbangan didalam syurga bila2 mereka sukai. Allah melihat kepada mereka dan bertanya, “ Adakah kamu mengharap apa2?”.  Mereka menjawab, “Apa lagi yang kami boleh meminta, sedangkan kami boleh pergi ke mana saja kami suka didalam syurga. Allah Ta’ala bertanya soalan ini tiga kali, dan apabila mereka menyedari bahawa Allah akan tetap terus bertanya sehingga mereka memberi jawapan, mereka pun berkata, “Wahai Tuhan kami, kami berharap ruh kami dikembalikan kepada tubuh kami agar dapat mati syahid dijalan Engkau lagi”  Allah mengetahui mereka tidak mempunyai permintaan lain lagi”

    Anas and Abu Sa`id . رضي الله عنه وسلم menyebut perkataan yang sama.

    Imam Ahmad menyebut  Ibn `Abbas meriwayatkan, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, «الشُّهَدَاءُ عَلى بَارِقِ نَهْرٍ بِبَابِ الْجَنَّـةِ، فِي قُبَّةٍ خَضْرَاءَ، يَخْرُجُ عَلَيْهِمْ رِزْقُهُمْ مِنَ الْجَنَّـةِ بُكْرَةً وَعَشِيًّا»

    Para syuhada berkumpul di tebing sungai berhampiran pintu syurga, didalam khemah berwarna hijau dimana rezeki mereka didatangkan dari syurga siang dan malam.

    Dari catitan ini kita dapat gambaran bahwa terdapat  ”bermacam2 syuhada, setengah mereka berada didalam syurga, dan sebahagian lain tetap ditebing sungai berhampiran syurga.  Kemungkinan juga semua arwah para syuhada’ dihimpunkan dan diberi rezeki siang dan malam.  Allah lebih mengetahui.

    Ahmad dan Ibn Jarir meriwayatkan hadis ini, ianya mempunyai sanad yang baik. 

    Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis yang mempunyai berita baik untuk setiap orang beriman bahwa ruh setiap mu’min akan mengembara didalam  syurga, memakan buah2annya, meni’mati keindahannya dan merasai penghormatan yang telah disediakan oleh Allah untuknya.  Hadis ini mempunyai sanad yang unik dan sahih yang diriwayatkan melalui tiga orang Imam besar, Imam Ahmad meriwayatkan hadis ini dari Imam Shafi’e dari Imam Malik, dari Az-Zuhri, dari Abdur-Rahman bin Kaab Bin Malik bahwa ayahnya menyebut, Rasulullah   صلى الله عليه وسلم   bersabda :

     

    «نَسَمَةُ الْمُؤْمِنِ طَائِرٌ يَعْلُقُ فِي شَجَرِ الْجَنَّـةِ حَتَّى يَرْجِعَهُ اللهُ إِلى جَسَدِهِ يَوْمَ يَبْعَثُه»

     
    “Ruh orang Mu’min akan menjadi burung yang meni’mati makanan pada pohonan didalam syurga, sehingga Allah menghantar nya kembali ketubuhnya pada hari Dia membangkitkannya kembali”

    Hadis ini menyebut bahawa ruh orang Mu’min adalah dalam bentuk burung didalam syurga.  Sementara ruh para syuhada adalah didalam burung berwarna hijau.

    Firman Allah pada akhir ayat ini mengesahkan ini: يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ

    Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman."

    Muhammad bin Ishaq mentafsirkan,  Mereka (para syuhada’) sangat gembira kerana Allah Ta’ala telah memenuhi janjiNya bagi mereka.  Dan untuk pembalasan yang tidak terhingga yang mereka terima.

    Abdur-Rahman bin Zayd bin Aslam mengatakan, “Ayat ini meliputi semua orang beriman. Jarang sekali Allah Ta’ala menyatakan kebaikan serta pemberian yang dianugerah oleh Allah kepada para RasulNya, tanpa mengikutinya dengan apa yang Dia anugerahkan kepada orang Mu’min selepasnya”

    (tamat petikan kitab)

    Seluruh penjelasan di atas menjadi hujjah serta keterangan yang pasti  bahawa para Rasul, Nabi, Aulia’ Allah, para Syuhada’ serta sekalian orang Mu’min pada hakikatnya tidak mati melainkan hidup secara istimewa di sisi Allah dengan mendapat rezeki dari Allah. 

    Mereka dapat mendengar dan melihat sekalian Mu’min serta para sahabat mereka yang sedang berjuang, berjihad dijalan Allah.  Mereka menunggu saat2 dapat bertemu para Mu’min itu syahid dan bertemu dengan mereka di syurga Allah.

    Keterangan ini menolak pendapat segelintir orang Islam (termasuk Ulama2 yang tidak memahami alam Ma’rifat ) yang menda’wa Rasul, Nabi dan Aulia’ Allah yang mati menjadi mayat, terputus hubungan dengan mereka yang hidup.

    Sungguh berbahagialah orang2 Mu’min yang mati di jalan Allah. Mereka tiada kekhuatiran dan ketakutan, kerana mereka telah diberi khabar gembira oleh Allah di dunia ini lagi bahawa mereka akan hidup di alam Barzakh dengan mendapat rezeki dari sisi Allah hingga di bangkitkan kembali di padang Mahsyar!

    ...

    sumber : http://www.facebook.com/home.php?#!/note.php?note_id=117776348279167&id=146390448735837&ref=mf
    oleh : Cahaya Aulia' Allah Sepanjang Zaman

     :ins: akan bersambung
     
    « Last Edit: 03 October, 2010, 12:46:57 AM by syabab33 »

    Reply #1 03 October, 2010, 06:20:37 PM
  • Publish
  • Salam ...
    Allahumma Solli 'ala Saiyidina Muhammad
    Ya Robbi Farham Walidina ..
    Ya Robbi Warhamna Jamiah ...
    Ya Robbi Warham Kulla Muslim  ....
    Ya Robbi Warghfirli kulli muznib khususan ummatan Muhammad s.a.w

    Celikan Mata buat pertama kalinya di alam qubur ..

    Alam Qubur seribu rahsia bagi muqadimmah  akan MurkaNya atau RedhoNya ...
    Insyarat pertama yang mana akan diketahui oleh mereka yang  PASTI akan melaluinya ...
    Begitulah tatkala dikembalikan ruh  pada jasadnya untuk di pertanyakan akan soalan-soalan
    daripada makhlukNya yang patuh pada perintahNya ..yakni malaikatNya ..Mungkar dan Naqir  

    Tatkala celik sahaja matamu buat pertama kalinya di alam qubur ...maka terpulanglah
    pada diri ...apakah yang dilihatnya buat pertama kali lihat di alam itu ...BAHAGIA atau SENGSARA ..
    itu hal keadaan masing2 ...
    Jika terbangun dari tiap kali tidur ..apakah yang dilihat ?
    Jika dibangunkan dicelikkan pertama kali di alam kubur apakah  yang akan kita lihat ?
    Jika kamu berkehendakkan jawapannya ...maka serulah pada mata dirimu  

    Wahai mata setiap tubuh ...
    latihkanlah dirimu melihat kezahiranNya ...
    latihkanlah dirimu memandang kenyataanNya ...
    latihkanlah dirimu menyaksikan keEsaanNya ...
    Mudah-mudahan tidak menyesal atau tiada penyesalan  pada dirimu
    tatkala  "menceliknya matamu" buat pertama kalinya di alam kubur tersebut ..

    Mudah2an Allah permudahkan ...
    Allahumma Amin ya Lathiff  
    « Last Edit: 03 October, 2010, 06:25:25 PM by muridin »
    Ayam Serama Ditangkap Lepas,  Dikejar Lari si Anak Penghulu,
    Selagi Hidup Berdalilkan Nafas,  Turun Naiknya Beserta Allahu.

    Reply #2 03 October, 2010, 09:47:02 PM
  • Publish
  • Kita ini...
    Sejak datang ke alam duniawi
    Telah di jatuhkan hukuman mati
    Tidak kan berubah, ianya pasti
    Kalau kat mahkamah, nama nya mandatori
    Setiap yang hidup akan merasai
    Ia nya berlaku hanya sekali
    Akan tiba masa nya nanti
    Alam kubur sunyi dan sepi
    Gelap gelita seorang diri
    Tiada siapa kanan dan kiri
    Siap sedia lah disoal nanti
    Di soal malaikat bertubi-tubi
    Tentang iman di dalam hati
    Tentang siapakah yang di ikuti
    Tentang solat setiap hari
    Hanya amalan membela diri
    Mulut kita akan di kunci
    Anggota akan menjadi saksi
    Bagaimana kita di sana nanti
    Semuga kita akan di rahmati..

    « Last Edit: 03 October, 2010, 09:51:16 PM by Atuk »

    Reply #3 17 November, 2011, 10:52:17 AM
  • Publish
  • Roh yang tidak diterima bumi/langit?

    dulu cakap....roh tak boleh kembali?

    dulu yang soalan saya berkenaan roh2 syirik tu..inilah dia.

    penceritaan sama...(sama dengan apa yang tok guru saya cerita)..tapi bila dibantah2...saya sendiri pun keliru...hmm??


    Reply #4 17 November, 2011, 11:22:21 AM
  • Publish
  • roh syirik tak ada masalah masuk kubur

    sesiapa berhutang, tak settle, mati, roh tergantung
    sesiapa derhaka, kepada ibu, roh tak naik, silap hari bumi tak terima, takleh di kuburkan

    orang yang roh gentayangan tu memanglah syirik, sebab percayakan JIN, syaitan, suka kepada saka baka, dampingan jin, tuk nenek mereka

    hakikatnya, mintalah guru tu, details kan
    semuga benarlah itu guru, terperinci boleh ceritakan

    semuga bukanlah perdaya syaitan
    subhanallah

    Reply #5 20 November, 2011, 01:40:59 PM
  • Publish
  • Ruh adalah jisim yang tidak di hitung oleh mata nyata..
    ibarat kain yang putih yang di corakkan ....

    ruh syirik bukan sebenar diri ..sedangkan Qarin itu ( teman ) yang rapat jikalau lalai daripada ajaran ALLAH -

    Syirik artinya menyekutukan Allah SWT dalam beribadah dengan salah satu diantara makhluk-Nya.

    bila di katakan antara makluk-Nya... bemakna di lakukan atas perbuatan dan kelakuan.. bukan Ruh yang syirik...

    Memadamkan cahaya fithrah yang bersih. Manusia dilahirkan berada dalam
    fithrah tauhid yang suci, maka orangtua, lingkungan dan hawa nafsunyalah yang
    memadamkan fithrah tersebut dari tauhid yang lurus (QS 30/30).

    ** surah Ar - rum ayat ke 50 -

    (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

    surah Al-Hajj ayat ke 31` -

    (Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya; dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan).


    dosa paling dahsat adalah syirik ...

    Az-Zumar aya ke 65-

    Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.

    An-Nisaa' ayat ke 116 -

    Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.


    An-Nisaa' ayat ke 119

    "Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.

    SYIRIK KECIL IALAH RIAK SALAH satu penyakit batin atau jiwa yang paling parah kepada seorang Muslim ialah riak. Hal ini berasaskan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya apa yang paling aku takuti menimpa umatku ialah riak dan keinginan nafsu yang
    tersembunyi di mana ia lebih tersembunyi daripada seekor semut yang hitam diletakkan di atas batu yang
    hitam pekat pada malam yang gelita.” (Hadis Riwayat Ibn Majah dan al-Hakim)

    Rasulullah SAW pernah ditanya: “Bagaimana untuk mendapat kejayaan? Jawab Baginda SAW: Seorang hamba yang beramal taat kepada Allah jangan beramal kerana mengharapkan sesuatu daripada manusia.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

    Sabda rasululullah s.a.w yang bermaksud: mimpi ada tiga jenis: mimpi yg datang dari allah, mimpi kesedihan yang datang dari syaitan dan mimpi yg datang dari kesan bisikan hati seseorang di waktu sedar, lalu dilihatnya dlm mimpi.

    SYIRIK JALI (syirik yang nyata)
    SYIRIK KHAFI
    (syirik yang tersembunyi) syirik halus lagi tersembunyi (Khaffitu Khaffi).

    Bersabda Rasullullah saw, "Aku khuwatir akan umat ku akan syirik halus lagi tersembunyi, ia diibaratkan seperti seekor semut hitam yang berjalan diatas batu hitam didalam malam yang gelap".

    Didalam surah Al-A'raaf, juz kesembilan, ayat 172, 173 & 174, Allah Ta'ala berfirman :

    Yang bermaksud :Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang sulbi ) belakang mereka (Nabi Adam), dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". Atau supaya kamu tidak mengatakan:" Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?" Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran), dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran).

    Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Nabi s.a.w pernah bersabda: Allah s.w.t telah berfirman kepada penghuni Neraka yang paling ringan siksaannya: Seandainya kamu mempunyai dunia yang penuh dengan kelengkapannya, mahukah kamu menebus dirimu dengan semuanya itu? Orang itu menjawab: Ya! Allah s.w.t berfirman lagi: Aku telah meminta daripadamu sesuatu yang lebih ringan berbanding dengan perkara ini ketika engkau berada di tulang sulbi Nabi Adam, iaitu agar engkau tidak menyekutukan Aku. Aku menyangka engkau melaksanakan permintaan tersebut. Allah s.w.t berfirman: Aku juga tidak akan memasukkan kamu ke dalam Neraka, tetapi kamu ingkar dan tetap menyekutukan Aku.

    ALLAH tidak mengubah nasib kaumnya melainkan kaumnya mengubah nasib nya sendiri ...
    ALLAH maha ADil dan saksama....

    Dari Alam Roh lagi, mereka telah bersumpah TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH dan telah berjanji tidak akan mensyirikkan Allah.

    Insyallah perjanjian itu supaya diri mengenal DIRI siapa tuhan siapa hambanya..
    mula ugama mengenal ALLAH -

    semuga di beritakan perkhabaran yang di rahmati....




    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Reply #6 20 November, 2011, 01:45:10 PM
  • Publish
  • Allah SWT banyak menyebutkan tentang kubur di dalam al-Qur’an baik secara eksplisit maupun implisit, begitu pula Rasulullah SAW di dalam haditsnya yang mulia. Firman Allah SWT tentang alam kubur:
    ”dan sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya; dan bahwasanya Allah membangkitkan semua orang di dalamkubur.” (22:7). ”dan tidak sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati. Sesungguhnya Allah memberi pendengaran kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan kamu sekali-kali tiada sanggup menjadikan orang yang di dalamkubur dapat mendengar.” (35:22)
    ”Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan penolongmu kaum yang dimurkai Allah. Sesungguhnya mereka telah putus asa terhadap negeri akhirat sebagaimana orang-orang kafir yang telah berada dalamkubur berputus asa.” (60:13)
    ”pada hari mereka keluar darikubur dengan cepat seakan-akan mereka pergi dengan segera kepada berhala-berhala.” (70:43)
    ”kemudian Dia mematikannya dan memasukkannya ke dalamkubur.” (80:21) Maka apakah dia tidak mengetahui apabila dibangkitkan apa yang ada di dalam kubur.” (100:9) ”sampai kamu masuk ke dalamkubur.” (102:2) ”yaitu pada hari Dia memanggil kamu, lalu kamu mematuhi-Nya sambil memuji- Nya dan kamu mengira, bahwa kamu tidak berdiam (di dalamkubur) kecuali sebentar saja.” (17:52)
    ”Dan janganlah sekali-kali kamu menshalati (jenazah) seseorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendo'akan) dikuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik.” (9:84)
    ”Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kuburmu) di hari kiamat.” (23:16) ”Berkatalah orang-orang yang kafir:"Apakah setelah kita menjadi tanah dan (begitu pula) bapak-bapak kita; apakah sesungguhnya kita akan dikeluarkan (dari kubur)?” (27:67) ”Dan Yang menurunkan air dari langit menurut kadar (yang diperlukan) lalu Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati, seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari dalamkubur).” (43:11)
    Rasulullah SAW bersabda: ”Apabila seseorang dari kamu berada dalam keadaan tasyahhud, maka hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah dari empat perkara dengan berdoa: yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari siksaan Neraka Jahannam, dari siksa Kubur, dari fitnah semasa hidup dan selepas mati serta dari kejahatan fitnah Dajjal.”
    Dalam Lu’lu’ wal Marjan hadits no. 1822 – 1826

    alam bazarkh adalah alam kebangkitan semula setelah mati di alam nyata dan sebelum di hitungkan kembali pada hari pembalasan...

    persoalan nya di mana ke dudukan nya... selepas mati di alam nyata..
    (Senyum)-

    tips tips dah lama ada... Ikuti saranan Baginda...
    2 ilmuan kekal sehingga kini...
    semuga kamu di rahmati...


    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    50 Replies
    21714 Views
    Last post 23 November, 2012, 07:57:38 PM
    by 5zul
    5 Replies
    2447 Views
    Last post 25 May, 2010, 04:02:09 PM
    by deadfish76
    20 Replies
    4326 Views
    Last post 27 April, 2011, 06:05:44 PM
    by RKAY