Mendidik Suami - bagaimana?

Author Topic: Mendidik Suami - bagaimana?  (Read 5266 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Arine

  • *
  • Posts: 13
    • View Profile
01 October, 2010, 12:31:51 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Segelintir suami tidak mahu memajukan diri sendiri,atau mungkin tak berkesempatan. mungkin kerana ego lelaki? suami rasa mereka sudah cukup ilmu,sedangkan kita dituntut mencari ilmu sampai akhir hayat.apabila isteri menegur dengan memberikan hadis hadis,egonya terus keluar,tidak mahu mendengar,tidak mahu menerima apa yang dikatakan.

    bagaimanakah cara yang sebaiknya untuk isteri mendidik suami secara bijak dan tanpa menyakiti hati suami.ini kerana jika isteri berkata,bercakap,bukan tujuan untuk mengajar suami pun tetapi suami seperti tidak cukup memahami hukum jadi isteri memberikan penjelasan.tetapi kerana ego suami,terus suami tidak mahu menerima pendapat isteri.

    saya sebagai isteri,saya rajin mencari ilmu pengetahuan agama,dengan teknologi kita yang maju sekarang,macam2 ilmu boleh kita dapat terutama melalui internet.saya juga sangat suka mendengar/menonton program halaqah,semanis kurma,bersama dato fadzillah kamsah,usrah,ar-rayyan fatma azzahra..dsb.
    tetapi suami saya tiada masa(bekerja siang malam).so kadang kadang dalam menjalani kehidupan rumahtangga ni,saya banyak tau cara,tips,facts,hukum,hadis n sunnah.

    bagi saya,suami saya tau semua hukum,halal haram wajib sunat..alhamdulillah.maknanya dia tau the basic to be a muslim,the basic as husband and father,yang asas.tapi bila pergi bab tafsir,bab sunah, bila saya bercerita maksudnya begini begini,dia akan terasa hati dan cakap bukan hak isteri nak mengajar suami.

    bukan tujuan saya pun nak mengajar,saya niat baik,kita suami isteri saling tegur menegur kesilapan,kekurangan,atau kurang faham masing masing.tapi mungkin agaknya dari segi bab agama ini,lelaki, suami saya punya ego sendiri.

    bagaimana ya caranya? saya ni pulak bercakap macam lawyer..dengan hujah hujah dan akta akta semua keluar..hehee..
    mungkin dah terdidik dalam keluarga agaknya,bila bercakap mesti berpandukan sesuatu..bukti yang memperkukuhkan hujahan..saya salah ke cakap tak reti nak diam..panjang berjela jela siap bukak quran,bukak buku agama lagi..boleh bagi nasihat?

    keju

    • *
    • Posts: 978
      • View Profile
    Jawab #1 02 October, 2010, 02:06:27 AM
  • Publish Di FB
  • Bila 'mendiamkan diri' serta mengurangkan percakapan itu lebih baik daripada menimbulkan 'kedukaan" dalam perhubungan,
    maka lebih baik diam saja dari berkata2 hatta /walaupun kata2 yg bakal di ungkap itu sebenarnya adalah kalam Allah.

    Kalau dalam seminggu itu, 10 patah perkataan sudah cukup dalam keperluan, dan selebihnya mungkin menimbulkan 'ketegangan'
    kepada pihak suami, maka saya memilih 10 perkataan yg perlu saja.

    Ini adalah pendapat jahil saja tanpa panduan hadis dan quran kerana saya belum pernah rujuk perkara ini lebih lanjut kpd mana2 pihak yg arif.

    Saya utamakan 'amanah' allah swt kpd saya iaitu anak2. Jika mahu bergurau gurau saya memilih anak2 dan sahabat2 dlm halaqah......

    SaYa perlu didik diri sendiri.....

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #2 02 October, 2010, 12:53:28 PM

    Bagus tu pn arine, suka menambahkan ilmu dan kefahaman,menambah amalan kebajikan, petah berkata-kata, lisan yang fasih dalam percakapan, memberikan fakta-fakta dalam berhujah, banyak tips dan petua..Saya suka orang macam ni..

    Seandainya saya jadi suami pn arine, rasanya saya sudi jadi anak murid atau sahabat seperjuangan. Menelaah bersama, bertukar fikiran, pandangan dan pendapat. Mencari kebenaran. Bila buntu rujuk pula orang lain yang lebih alim lagi arif. Bersama menambah amalan hak. Seterusnya menjadikan diri masing-masing punya satu cita-cita, satu tujuan, satu matlamat, satu kehendak iaitu menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya yang layak disebut kekasih Allah atau khalifah Allah. Mudah-mudahan begitu. Terus berjuang hingga akhir nyawa.

    Suami tu raja dalam rumahtangga sekaligus ketua kepada pentadbiran dalam rumah. Jika kita di tempat kerja, tersilap perkataan menasihati BOS, silap-silap haribulan kita boleh dipecat, walaupun kita lebih benar! BOS pula tersilap langkah memecat boleh pula disaman. Menang belum tentu sebab mahkamah dunia hari ini susah benar nak cari yang adil lagi saksama...Kerajaan Malaysia pun satu ketika dahulu, orang no. 2, rasanya ramai yang tahu dan mengenali peribadinya. Begitu juga peribadi orang no. 1. Tapi waktu tu KUASA orang no. 1 lebih TINGGI dan POWERFUL. Dipecat dan terpenjara orang no. 2. Kesian..Naya..

    Analoginya lebih kurang macam tu la..Dalam sebuah negara rumahtangga, suami tu no 1, isteri no. 2....jadi hati-hati ya...Pepatah pun ada bagitahu, BOSS is ALWAYS BOSS but BOSS is not always RIHGT! Jadi nak menegur atau mengajar orang yang lebih berkuasa kena mengetahui dan memahami taktik dan teknik untuk menawan hati (kat sini kena guna psikologi/kejiwaan/tasauf) dan seterusnya menjadi salah satu pemangkin kepada perubahan yang lebih baik.... Tapi kena ingat, hakikatnya seorang hamba hatta Nabi dan Rasul sekalipun hanya mampu menyampaikan kebenaran serta berdoa. Pada hakikatnya, yang mengubah, memberi hidayah, mengabulkan doa, tak lain tak bukan HAK ALLAH swt semata-mata. Tugas hamba berusahalah pada jalanNya. Yang berhajat, kita. Yang menunaikan hajat, DIA!

    Jadi jika nak jadi salah satu pemangkin atau agen perubahan yang mampu memberikan sedikit pecutan ke arah perubahan diri seseorang, cubalah cari jalan dan pendekatan yang lebih berhemah penuh taktik dan teknik yang mampu menawan hati suami atau sesiapa jua. Setiap ruang dan peluang difikir dalam-dalam, direnung kesan, akibat dan asbab serta puncanya. Fikir-fikirkanlah, insya Allah jika banyak ilmu hak, jalan para nabi, para rasul, siddiqin,syuhada', auliya' serta ulama' al-mujtahidin wal mukhlisin yang diamalkan. Allah akan mengilhamkannya kepada puan...Walaupun begitu, setiap masa hati puan akan tetap diuji. Lihatlah sirah para Nabi, Rasul dan pejuang kebenaran. Itulah sunnatullah...Kesabaran yang total amat dikehendaki apabila kita meletakkan jalan kebenaran berteraskan ketuhanan serta sunnah sebagai teras peribadi. Berhati-hati apabila berkata-kata dan menyampaikan kebenaran kerana ada waktunya tanpa kita sedari atau tak sengaja kita tergelincir dan tersalah langkah. Musuh-musuh (iblis, syaitan, nafsu, kaafirun, munafiqun serta orang yang dengki) pun tak pernah jemu mengintai peluang. Salah satu jalannya yang elok dilalui, banyakkan istighfar dan bersolawat serta amalan-amalan sunat..insya Allah..Allah akan tunjukkan jalan..Pada orang-orang yang berjuang pada jalanNya dengan ikhlas, pasti Allah bukakan pintu penyelesaian ke arah kebenaran.  

    Ada ketikanya, perbuatan lebih memberikan kesan dari perkataan terhadap seseorang. Ada waktunya kehilangan sesuatu lebih mendatangkan keinsafan yang lebih murni.

    Pandangan dan pendapat peribadi jer...Apa yang baik, jika boleh guna ambillah, jika tidak terserah. Setiap diri ada hak masing=masing...
    « Last Edit: 02 October, 2010, 01:02:26 PM by nazri0070 »
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    amYunus

    • *
    • Posts: 259
      • View Profile
    Jawab #3 02 October, 2010, 01:46:26 PM
  • Publish Di FB
  • utk arine,
    aku juga sepertimu...aku juga sering berfikir bagaimana cara utk aku mengatakan sesuatu yang benar padanye terutama berkaitan agama. Aku juga minat mendengar rancangan agama seperti al-kuliyyah, tanyalah ustaz, semanis kurma dan sebagainya. Malah aku sediakan 1 buku mencatat segala yang aku dgr, tips, doa2 dan pelbagai lagi ilmu. Aku sering menmpakkan buku itu d depan suamiku supaya minatnya ada. Aku sering berfikir bagaimana cara utk aku betulkan kesalahn suamiku tanpa menyinggung hatinye. Kdang2 aku hantar email padanye tentang solat, puasa dan sebagainya tentang agama. Semalam aku dengar al-kuliyyah yang bertajuk naluri iblis. Aku ceritakan padanya yang aku tgk al-kuliyyah dan aku share ilmu yang aku dapat. Aku bercerita padanya tau tak bang, syaitan ada dlm salur darah kita ni. Patut la kita malas smyg, suka menangguhkan smyg and last2 x sembahyang terus. Dia buat 'dek' jer bile aku cerita. geram betul aku. Leh x bagi idea cam ne nak motivasi suami ni.

    irfan_ismail

    • *
    • Posts: 44
      • View Profile
    Jawab #4 02 October, 2010, 02:56:52 PM
  • Publish Di FB
  •  :)
    Bagaimana isteri hendak mendidik suami?
    mungkin inilah persoalannya yang menjadi kebuntuan setiap isteri yang solehah apabila dia memiliki seorang suami yang mungkin kurang amalan agamanya dan mungkin kurang kesedaran untuk mengamalkan agama...
    Keadaan begini mungkin lebih sukar daripada seorang suami yang soleh hendak mendidik isterinya yang kurang penghayatan agama..

    Oleh yang demikian, mungkin saya boleh memberi beberapa tips untuk dikongsi dengan saudari,

    1.   Berkhidmatlah pada suami sebaik mungkin dan sayanggilah dia dengan ikhlas.
    2.   Jagalah solah anda dan berdoalah untuknya tanpa putus asa
    3.   Jangan cuba hendak mengajarnya.. kerana suami nie biasanya egonya tinggi
    4.   Bangunlah qiamullail dan berdoa sampai menangis minta pada Allah swt.
    5.   Ingat dan fahamlah, bukan kita yang boleh mengubah suami kita,, tapi Allah swt.

    Pengalaman saya sebagai suami, alhamdulilah isteri saya dari tak jaga aurat apabila setahun kahwin dengan saya dah pakai purdah dan sangat jaga amalan agamanya.. kalau sebelum kahwin dulu tidak begitu..

    namun saya pun punya kelemahan... ada juga keburukkan yang saya ada namun.. sukar untuk dia tegur saya... namun berkat doa dan kesabarannya saya sedar akan kesilapan saya dan memohon maaf padanya.. bukannya 1 tahun dia berdoa tapi hampir 7 tahun..

    sekarang dialah penasihat saya dan saya sedia menerima tegurannya.

    SAYANGILAH PASANGAN ANDA KERANA DIALAH INSAN YANG SEDIA MENERIMA KELEMAH KITA.

    BROTHER IN ISLAM
    « Last Edit: 02 October, 2010, 03:19:05 PM by irfan_ismail »

    ana jue

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #5 04 October, 2010, 01:26:14 PM
  • Publish Di FB
  •   :)tak sangka sy ingat sy sorang je yg ada problem mcm arine
    sy skrg tgh pujuk suami nak pergi umrah :ins:
    dia kata camana nak gi duit gaji pun ngam2 je
    memang simpanan belum cukup tp insa allah kalau niat dah ada
    mesti ada rezekinya kan :aamiin:...lagipun kiter bukan jenis goyang kaki je...

    azrinkun

    • *
    • Posts: 1659
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Jawab #6 04 October, 2010, 01:47:30 PM
  • Publish Di FB
  • Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup keseorangan , seperti mana Adam a.s yang minta dijadikan teman iaitu Hawa meskipun telah dilimpahi dengan pelbagai kenikmatan dan kesenangan di syurga. Kita saling memerlukan antara satu sama lain dan saling bergantungan untuk meneruskan survival kehidupan.

    Dalam Islam, konteks pergaulan adalah cukup luas dan mencakupi segenap aktiviti harian kita seperti dalam urusan jual beli, kerja,belajar,perubatan,penyaksian di mahkamah dan sebagainya.

    Kita digalakkan untuk saling mengenali antara satu-sama lain dan ini amat bertepatan dengan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hujurat : ayat 13 yang berbunyi ;

    Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

    yang sudah berkajwin pun pasangan tidak memahami lagi ke?
    Syahadah no.1 ..  Ikut Rasulullah saw..
    jalan islam itu tauhid. jalan mukmin itu syahadat

    althafunnisa6

    • *
    • Posts: 10
      • View Profile
    Jawab #7 31 December, 2011, 08:33:54 PM
  • Publish Di FB
  • Bila 'mendiamkan diri' serta mengurangkan percakapan itu lebih baik daripada menimbulkan 'kedukaan" dalam perhubungan,
    maka lebih baik diam saja dari berkata2 hatta /walaupun kata2 yg bakal di ungkap itu sebenarnya adalah kalam Allah.

    Kalau dalam seminggu itu, 10 patah perkataan sudah cukup dalam keperluan, dan selebihnya mungkin menimbulkan 'ketegangan'
    kepada pihak suami, maka saya memilih 10 perkataan yg perlu saja.

    Ini adalah pendapat jahil saja tanpa panduan hadis dan quran kerana saya belum pernah rujuk perkara ini lebih lanjut kpd mana2 pihak yg arif.

    Saya utamakan 'amanah' allah swt kpd saya iaitu anak2. Jika mahu bergurau gurau saya memilih anak2 dan sahabat2 dlm halaqah......

    SaYa perlu didik diri sendiri.....

    Maaf sy katakan..sy langsung tak setuju dgn cara mendiamkan diri..tak membantu untuk improve life. suami akan tetap dgn perangai lamanya. dan isteri hanya makan hati sepanjang hidup.seharusnya, kena bw berbincang. walaupun suami adalah ketua keluarga, tp isteri bukan kuli atau org yg hanya mengikut telunjuknya semata-mata..walaupun dgn nama manisnya kita panggil isteri.

    Isteri adalah peneman hidup. org yg share segala zahir batin dgn suami. atau omputeh ckp partner in life..so, partner perlu saling membantu antara satu sama lain. tak kira la suami mendidik isteri atau isteri mendidik suami..sama2 harus belajar perbaiki diri..bukan mendiamkan diri sahaja. bukan nak menimbulkan ketegangan tp nak mencari keharmonian dan keserasian dalam hidup berkeluarga.

    Amanah Allah bukan hanya hidup berkeluarga sahaja tp hidup kita sendiri juga. Masing-masing ada hak. Hak itula amanah setiap org. Kalau in case suami kurang pengetahuan dlm sesuatu hal, dia perlu belajar walaupun dr isteri atau mungkin dr anak2nya juga. tak perlu tunjuk ego atau kuasa dlm soal ilmu. Tak perlu sombong dgn ilmu.

    Pendekatan untuk suami yg ego, isteri jugak kena ada ego yg sama level dgn dia. Baru dia rasa tak boleh pijak kepala isteri. Isteri pun ada kepentingan. Isteri perlu lebih bijak menanganinya drp mendiamkan diri. Mendidik suami, mungkin kita boleh ajak dia sama-sama dgr kuliah ustaz kat surau, atau dgr kat tv dan youtube pun banyak.. Banyak cara, tapi yg penting kena kenal hati suami, keinginan suami dulu baru kita sesuaikan pendekatan yg betul untuk dia. Mungkin lelaki ssh nk paham ayat berkias. kalau tak phm sindiran, kena ckp direct je tp dlm masa yg sama dgn cara sopan..Insya'Allah..semoga bermanfaat :)

    althafunnisa6

    • *
    • Posts: 10
      • View Profile
    Jawab #8 31 December, 2011, 08:42:06 PM
  • Publish Di FB
  • utk arine,
    aku juga sepertimu...aku juga sering berfikir bagaimana cara utk aku mengatakan sesuatu yang benar padanye terutama berkaitan agama. Aku juga minat mendengar rancangan agama seperti al-kuliyyah, tanyalah ustaz, semanis kurma dan sebagainya. Malah aku sediakan 1 buku mencatat segala yang aku dgr, tips, doa2 dan pelbagai lagi ilmu. Aku sering menmpakkan buku itu d depan suamiku supaya minatnya ada. Aku sering berfikir bagaimana cara utk aku betulkan kesalahn suamiku tanpa menyinggung hatinye. Kdang2 aku hantar email padanye tentang solat, puasa dan sebagainya tentang agama. Semalam aku dengar al-kuliyyah yang bertajuk naluri iblis. Aku ceritakan padanya yang aku tgk al-kuliyyah dan aku share ilmu yang aku dapat. Aku bercerita padanya tau tak bang, syaitan ada dlm salur darah kita ni. Patut la kita malas smyg, suka menangguhkan smyg and last2 x sembahyang terus. Dia buat 'dek' jer bile aku cerita. geram betul aku. Leh x bagi idea cam ne nak motivasi suami ni.

    Puan kena cakap direct dgn dia. tak mengapa dia tersinggung. sekejap je. sebab tersinggung tu macam inersia.ada sentakan dalam diri dia. baru dia sedar apa yg puan cuba sampaikan selama ni. lagi puan berkias, lagi dia buat derk. fikir la bertindak untuk kebaikan. selagi kita buat benda baik, dia takde hak nak marah atau salahkan isteri. apatah lagi pukul isteri sbb kes isteri nak cari kebaikan untuk dia. Apapun cara nya, sopan dan hormat pada dia. tp jgn tersalah falam maksud hormat dengan tunduk.

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2264
      • View Profile
    Jawab #9 31 December, 2011, 09:31:29 PM
  • Publish Di FB
  • Saya setuju dengan pendekatan dan syor tuan irfan ismail..

    Sebelum isteri nak tegur suami, kena faham dulu skop yang mana isteri boleh 'ketegak@wat keras kepala' dan skop isteri mesti 'tutup mulut' walaupun suami 'mungkin salah'

    isteri boleh berkeras taknak ikut cakap suami, bila membabitkan hak Allah. Tidak ada ketaatan pada makhluk pada perkara menderhakai Allah. Kalau tak bagi solat, tak bagi puasa, suruh wat maksiat, bolehla isteri keluarkan dalil semua.. Tapi, pada perkara-perkara yang sunat, khilafiah, lebih baiklah berdiam diri kerana mentaati suami adalah wajib selagi tidak bercanggah dengan syarak.

    Jadi, muhasabah dulu sebelum nak muzakarah dengan suami yang ego. Banyakkan istighfar, takut-takut syaitan tipu kita kononnya nak perbetulkan suami tapi sebenarnya kita pun salah, semata tujuannya (syaitan) nak pecahbelahkan rumahtangga kita je..

    Wallahua'lam.
    « Last Edit: 31 December, 2011, 09:33:39 PM by Ummu Fatimah »
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #10 31 December, 2011, 09:58:49 PM
  • Publish Di FB
  • Suami tu bukannya tak tahu atau tak reti, cuma mereka belum terima seruan untuk mengamalkan. Mereka bersekolah, mereka dengar radio, mereka juga membaca , cuma mereka tak mahu amalkan apa yang mereka baca, dengar dan tahu.

    Tugas isteri ialah mentaati segala apa yang syarak tetapkan. Mentaati Allah dan RasulNYA. Allah perintah kita untuk mentaati suami, maka taati dia dalam apa jua keadaan selagi bukan perintah yang bertentangan dengan agama islam. Yang mampu isteri lakukan ialah berakhlak mulia, jaga maruah diri, jaga adap susila diri tidak kira dalam apa situasi dan banyakkan berdoa memohon pertolongan Allah untuk suami mendapat hidayah.

    Cuba letak diri kita di tempat Asiah, isteri Firaun. Pernahkah Asiah melawan Firaun, mendidik Firaun dan berdakwah kepada Firaun? Adakah Firaun tak reti atau tak tahu tentang agama Islam?
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    4 Replies
    1399 Views
    Last post 24 May, 2010, 11:04:19 AM
    by mohdazri
    39 Replies
    12888 Views
    Last post 15 April, 2012, 06:09:39 PM
    by Lola Carrero
    7 Replies
    1436 Views
    Last post 08 March, 2011, 08:00:31 PM
    by DaYaNa SyAhIrAH