Subhanallah (سبحان الله)

Author Topic: Subhanallah (سبحان الله)  (Read 18648 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

al_haq

  • *
  • ~Hidup & Mati hanya untuk Islam~
    • View Profile
27 June, 2007, 11:57:42 PM
  • Publish

  • i - Subhanallah (سبحان الله)


    Maksud literalnya adalah "Maha Suci Allah". Jika dikaji dari sudut bahasa, kalimah "Subhaana" adalah membawa maksud tanzeeh, yakni penyucian dan pembersihan dari segala kekurangan dan kelemahan. Ia terdapat dalam beberapa tempat dalam al-Quran:

    "Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) beserta-Nya, kalau ada tuhan beserta-Nya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebagian dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebagian yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu," (al-Mu'minuun: 91)


    " Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha
    Tinggi dari apa yang mereka persekutukan (dengan Dia)." (al-Qasas: 68)


    Daripada ayat-ayat di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa kalimah "Subhaanallah" adalah bermaksud Allah Subhaanahu Wata'ala adalah Suci
    dari segala kekurangan, kelemahan dan ketidak sempurnaan yang tidak layak bagiNya.

    Justeru, apabila melafazkan kalimah "Subhaanallah" , seharusnya terlintas di dalam hati kita bahawa Allah Ta'ala itu Maha Agung, Maha
    Sempurna serta langsung tidak ada kekurangan atau kelemahan. Dari itu, akan lahirlah rasa bahawa diri kita ini adalah hamba yang
    hina kerana kita ini serba kekurangan dan banyak membuat kesilapan. Lalu wajarlah Allah Taala itu disembah dan ditaati, dan kita pula
    langsung tidak layak untuk menderhakai Allah, walaupun sedikit.


    ii- Alhamdulillah (الحمد لله)



    Maksudnya jelas lagi tegas, iaitu: segala pujian itu adalah bagi Allah. Hanya untuk Allah. Iaitu, segala ucapan pujian, kesyukuran dan penghargaan itu hanya layak bagi Allah, kerana Dialah yang menjadikan segala nikmat, dan segala perjalanan dunia ini dialah yang mengaturnya. Maka jika ada sesuatu yang menggembirakan, sememangnya yang paling layak untuk menerima pujian dan penghargaan adalah Allah,kerana dialah yang telah menetapkan
    segala-galanya.

    Seharusnya apabila kita dipuji,sebaik-baiknya kita panjangkan terus pujian itu pada Allah dengan ucapan Alhamdulillah, kerana Dialah yang sebenarnya layak untuk pujian itu, dan dengan berbuat demikian boleh mengelakkan kita daripada takabbur dan bangga diri.

    Dan tidak salah mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan sesama manusia, kerana sabda Rasulullah s.a.w.:

    لَا يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لَا يَشْكُرُ النَّاسَ
    "Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak bersyukur kepada Allah"
    (Hadith riwayat Ahmad, Abi Daud dan Turmuzhi)


    Namun, harus diingat, bahawa ucapan syukur dan pujian sesama manusia adalah bersifat majaz (kiasan) semata-mata, kerana hakikatnya, Allah lah yang menjadikan segala-galanya. Justeru setiap kali kita memuji atau dipuji, haruslah kita ingat bahawasanya yang sebenar-benar layak bagi segala pujian adalah Allah, supaya kita tidak terjerumus dalam lembah kesyirikan dan takabbur.


    iii- Allahuakbar (الله أكبر)


    Kalimah "Akbar" adalah dalam wazan tafdheel, justeru akbar bermaksud yang maha besar, yakni yang paling besar. Justeru kalimah Allahuakbar
    bermaksud, bahawasanya Allah lah yang  paling besar, yang paling penting, dan paling mustahak. Tiada perkara lain yang lebih utama berbanding Allah Ta'ala. Segala perintah Allah mesti didahulukan dari segala urusan yang lain. Larangan Allah mestilah dijunjung dan diutamakan dari tuntutan dan pujuk rayu hawa nafsu. Justeru, Allah lah yang paling utama dan paling besar dalam alam ini, dan paling besar dalam kehidupan setiap hamba.

    Berapa kali sudah kita menyebutnya, terutamanya dalam sembahyang. Siang dan malam. Bayangkanlah jika kalimah ini dihayati, sudah tentu di luar
    sembahyang pun, Allah jualah yang menjadi matlamat hidup dan prioriti utama dalam segala hal.

    Mudah-mudahan selepas kita memahami dan memikirkan maksud kalimah-kalimah zikir ini, dapatlah kita menghayati zikrullah dan seterusnya memberi kesan kepada hati dan menambahkan keimanan. Wallahu 'Alam
    "Semua manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan,yang penting kembali dan bertaubat kepadanya,(aku mengharapkan keredaanmu ya Allah)(",)"

    Reply #1 28 June, 2007, 08:49:05 AM
  • Publish


  • Dan tidak salah mengucapkan terima kasih
    sebagai tanda penghargaan
    sesama manusia, kerana sabda Rasulullah
    s.a.w.:

    لَا يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لَا يَشْكُرُ النَّاسَ
    "Barangsiapa yang tidak berterima kasih
    kepada manusia, dia tidak
    bersyukur kepada Allah"

    (Hadith riwayat Ahmad, Abi Daud dan
    Turmuzhi)


    Namun, harus diingat, bahawa ucapan
    syukur dan pujian sesama manusia
    adalah bersifat majaz (kiasan)
    semata-mata, kerana hakikatnya, Allah
    lah yang menjadikan segala-galanya.
    Justeru setiap kali kita memuji
    atau dipuji, haruslah kita ingat
    bahawasanya yang sebenar-benar layak
    bagi segala pujian adalah Allah, supaya
    kita tidak terjerumus dalam
    lembah kesyirikan dan takabbur.




    alhamdulillah dpt penjelasan yang jelas maksud pujian sesama manusia...
    " Berpuluh tahun kita meninggalkan asal usul kita, demi mencari pengertian sebuah kehidupan. Namun tidak salah untuk kita kembali jatuh cinta pada dunia yang pernah membesarkan kita, dan di sinilah bermulanya kehidupan sebenar "

    halawah

    • *
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #2 31 October, 2009, 11:10:29 PM
  • Publish
  • - Subhanallah (سبحان الله)

    Maksud literalnya adalah "Maha Suci
    Allah". Jika dikaji dari sudut
    bahasa, kalimah "Subhaana" adalah
    membawa maksud tanzeeh, yakni
    penyucian dan pembersihan dari segala
    kekurangan dan kelemahan. Ia
    terdapat dalam beberapa tempat dalam
    al-Quran:

    "Allah sekali-kali tidak mempunyai anak,
    dan sekali-kali tidak ada
    tuhan (yang lain) beserta-Nya, kalau ada
    tuhan beserta-Nya, masing-
    masing tuhan itu akan membawa makhluk
    yang diciptakannya, dan
    sebagian dari tuhan-tuhan itu akan
    mengalahkan sebagian yang lain.
    Maha Suci Allah dari apa yang mereka
    sifatkan itu,"

    (al-Mu'minuun: 91)


    " Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia
    kehendaki dan memilihnya.
    Sekali-kali tidak ada pilihan bagi
    mereka. Maha Suci Allah dan Maha
    Tinggi dari apa yang mereka persekutukan
    (dengan Dia)."

    (al-Qasas: 68)


    Subhanallah
     :jaz:
    Semoga sama-sama kita dapat Hidayah dan Taufiq yang Benar..
    "Ala bizikrillahi Tahtmaiinulquluub"
    Tidakkah hanya dengan berzikir/mengingati Allah hati kita akan menjadi Tenang!
    Sodaqallahul'aziim.
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    tasnim_zue

    • *
    • senyum sokmo....^_^
      • View Profile
    Reply #3 22 April, 2010, 02:31:20 PM
  • Publish
  • <a href="http://www.youtube.com/watch?v=Maflpv4KphU" target="_blank" class="aeva_link bbc_link new_win">Ya Man Yara /يا من يرى</a>
    Tempuhilah setiap ujian yang datang dengan tenang.Kerana ia adalah tanda kasihnya ALLAH pada hamba-Nya.

    dishar

    • *
    • "'cOUpLE' bukan pilihan...jgn dekati zInA"
      • View Profile
    Reply #4 22 April, 2010, 02:32:19 PM
  • Publish
  • salam,
    perkongsian menarik..teruskn berdakwah..

    Reply #5 22 April, 2010, 02:33:23 PM
  • Publish
  • Bismillah Wa Syukrillah

    Tasnim_zue..

    Akak suka lagu ini... Selalu mendengarnya membuatkan kita terfikir dan berfikir.. Allah..Allah..Allah..
    "Alang-alang hidup, hiduplah sebagai da'ie. Alang-alang mati, matilah sebagai syuhada".

    tasnim_zue

    • *
    • senyum sokmo....^_^
      • View Profile
    Reply #6 22 April, 2010, 02:39:53 PM
  • Publish
  • Astaghfirullah..
    ana hanya kongsi..
    buat renungan bersama...
    tafakkur kejadian makhluk...
    dari zikir jadi fikir..
    dari fikir jadi zikir...
    Subhanallah..



    Reply #9 22 April, 2010, 10:05:13 PM
  • Publish
  • syukran..untuk perkongsian kita bersama
    salam ukhuwah

    halawah

    • *
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #10 06 November, 2012, 01:00:08 AM
  • Publish
  • Kalimah Thoyiibah;
    Subhanallah (سبحان الله)
    Seberat timbangan
     :syukur: juga seberat timbangan
    Allahu Akbar jua seberat timbangan

    سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
    الحمدلله على نعمه التي لا تحصى
    لا إله إلا الله محمد رسول الله

    اللهم إغفلر لي و لوالدي و إغفر ياالله للمسلمين والمسلمات الأحياء منهم والأموات




    <a href="http://www.youtube.com/watch?v=Maflpv4KphU" target="_blank" class="aeva_link bbc_link new_win">Ya Man Yara /يا من يرى</a>

    <a href="http://www.youtube.com/watch?v=Maflpv4KphU" target="_blank" class="aeva_link bbc_link new_win">Ya Man Yara /يا من يرى</a>

    seruling

    • *
    • izinkan aku mengingatiMu
      • View Profile
    Reply #11 07 November, 2012, 10:40:15 PM
  • Publish
  • Salam en. Muridin.

    1. Mohon copy  post  di atas tu.
    2. Kalau boleh postlah lagi  :)
    3. Doakan seruling

    Wassalam

    halawah

    • *
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #12 03 January, 2013, 06:35:23 PM
  • Publish
  •  :)
    (سبحان الله)
    Ilmu dari Pak Tua Yang Mulia Al-Ustaz Pak Din usah dilupakan sebagai peringatan sepanjang masa
    harimau mati tingalkan belang manusia mati tinggalkan nama,
    ulamak pergi tinggalkan ilmunya
    ilmunya sebagai pewaris para Nabi saw... :msya: :syukur: amalkan...

    ( Ini adalah perkongsian dengan anaknda situa pakdin suatu masa lagi ketika dahulu maka situa  pakdin kongsikan buat halaqah )

    Bicara Ayah : Tasbih

    بسم الله الرحمن الر حيم
    اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
     
    Alhamdulillah ...
    Bicara ilmu dan amal ini adalah lanjutan dari  pada tasbih(mensucikanNya). Agar anak ayah dapat memahami akan kehendak maksud tasbih itu pada menyebut kalimah Subhanallah . Terlebih dahulu elok anak ayah lihat tasbih juwairiyyah di situ ada ayah letakkan akan Mutlak Taqdis padaNya .

    Apakah maksud tasbih  atau kalimah ini  سبحان الله  ?

    Saiyidina Talhah ibni 'Abdillah r.'anhu ( sahabat yang memegang kunci Kaabah) pernah bertanya kepada baginda junjungan saiyidina Rosul Muhammad al Hadi s.a.w , Apakah makna  سبحان الله  ya rasulullah ? Maka jawab baginda saiyidina Rosul s.a.w :"Membersihkan akan Allah akan tiap-tiap kejahatan" yakni Maha Suci Allah yang disebutkan / yang dilafazkan oleh mereka yang membacanya akan kalimah ini maka Allah s.w.t membersihkan / menyucikan bagi kelebihan mereka yang membacanya baginya itu tiap-tiap kejahatan/kesalahan (dihapus)  mereka. Inilah kalimah yang menghapuskan kejahatan dan kesalahan walaupun kejahatan itu seperti buih di lautan. Inilah maksud menyucikan Dia (pada hambaNya) kerana Allah itu Dzat yang Maha Suci lagi Qadim KesucianNya .
    Maka pada si hamba itu maknanya menyucikan Allah daripada barang yang tiada patut dengan Dia daripada tiap-tiap sifat kekurang inilah tanzih si hambaNya padaNya.

    Saiyidina Abi Dzar r.'anhu juga pernah bertanya kepada junjungan mulia saiyidina Rosul Muhammad s.a.w akan perkataan (bukan amalan tetapi perkataan atau kalimah) yang amat dikasihi oleh Allah. Kata Saiyidina Abi Dzar r.anhu , Ya Rasulullah : Apakah perkataan yakni kalimah yang terlebih kasih kepada Allah s.w.t ? Jawab baginda saiyidina Rosul Muhammad s.a.w : "Barang yang dipilih oleh Allah s.w.t untuk para malaikatNya iaitu سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم yakni Maha Suci Allah dan dengan pujianNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung".
     
    Daripada Abi Hurairah r.'anhu katanya sabda junjungan saiyidina Rosul Muhammad s.a.w : " Apabila berkata hambaNya di dalam ruku'nya sekali akan kalimah سبحان ربي العظيم  dimerdekakan (dilepaskan) sesulus (sepertiga) jasadnya daripada api neraka dan apabila berkata akan ia 3 kali, dimerdekakan sekalian jasadnya daripada api neraka".

    Sabda baginda junjungan saiyidina rosul Muhammad s.a.w lagi : " ya Jibrail khabarkan olehmu akan daku daripada hal orang (ummat baginda s.a.w) yang berkata akan kalimah سبحان ربي الأعلى di dalam sujudnya atau perbuatan  lainnya (memuliakanNya)

    maka kata Saiyidina Jibrail a.s : " Ya Muhammad tiada daripada mu'min lelaki atau perempuan (dari ummatmu) yang berkata akan dia di dalam sujud atau lainnya melainkan adalah baginya pada Mizannya terlebih berat daripada 'Arasy , Qursi dan segala berkat dunia. Dan firmanNya " Telah  benar hambaKu , Aku Tuhan yang Maha Tinggi  atas tiap-tiap sesuatu  dan tiada atasKu sesuatu maka saksikanlah olehmu wahai para malaikatKu sesungguhnya telah Aku ampunkan bagi hambaKu dan Aku masukkan dia akan syurgaKu." . Maka apabila mati akan hambaKu ini, menziarahlah akan dia (hambaKu) ini akan malaikatKu Mikail a.s tiap-tiap hari dan adalah pada hari Qiamat pula menanggung ia(Mikail a.s) akan dia(hambaKu ini)  atas sayapnya, maka dihentikan dia(Mikail a.s) di hadapan Allah Taala maka berkata ia(Mikail a.s) : " Ya Robbi , syafaatkanlah olehMu akan daku padanya (hambaMu ini)."

    Maka firmanNya : " Sesungguhnya Aku syafaatkan akan dikau(Mikail a.s) padanya(hambaNya), pergilah olehmu(Mikail a.s) dengan dia kepada syurgaKu" dan diriwayatkan bahawa yang pertama-tama makhluk mengucapkan akan kalimah سبحان ربي الأعلى  ialah Saiyidina Mikail a.s. (inilah yang dimaksudkan Barang (kalimah) yang dipilih oleh Allah s.w.t untuk para malaikatNya).

    Mudah-mudahan dapat anak ayah mengamalkan kalimah tasbih ini.
    Amin Allahumma Amin ya Lathif

    Ya Allah perliharalah lagi inayahlah anak-anakku

    Reply #13 03 January, 2013, 07:44:13 PM
  • Publish
  • Cubalah selidiki asma al husna

    kalian banyak yang menghafalnya

    semoga tahulah apa sifatnya, apa af'alnya, subhanallah

    silakan ya, semoga dapat ingat sokmo, senantiasa ingat itulah kebahagiaan, subhanallah

    divider3
    halaqahforum4