Maksud Mujaddid

Author Topic: Maksud Mujaddid  (Read 19067 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

kanjeng sunan

  • *
  • Posts: 2192
  • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
    • View Profile
24 May, 2007, 05:28:55 PM
  • Publish Di FB
  • disebabkan telah terciptanya...web baru nie...
    pak kanjeng sambung balik darihal mujaddid...

    1. MAKSUD MUJADDID 
    Di zaman ketika masih ada Nabi dan  Rasul, manusia merujuk kepada para nabi dan Rasul utusan Tuhan. Ketika  kenabian sudah ditutup dengan kedatangan Rasulullah SAW manusia diminta  bertanya kepada para ulama yang haq, ulama pewaris nabi.
    Firman Allah SWT : “Bertanyalah kamu kepada ahli zikir jika kamu tidak mengetahui.”
    Untuk menyelamatkan umat Islam, dengan rahmat dan kasih sayang Allah, setiap awal kurun, Allah kirimkan kepada umat Islam ini ulama besar  yang bertaraf mujaddid (pembaharu).
    Rasulullah saw pernah bersabda : ‘Sesungguhnya ALLAH akan mengutus  pada umat ini (umat Rasulullah) setiap awal 100 tahun seorang mujaddid yang membaharui urusan agamanya. ”
    Mujaddid berasal dari perkataan jaddada
    yujaddidu, tajdidan, mujadidun, mujaddidun
    Jaddada :dia telah membaharui
    yujadidu :dia sedang atau akan membaharui
    tajdidan :pembaharuan
    mujadidun :orang yang membawa pembaharuan
    Mujaddid maknanya orang yang membawa pembaharuan. Mujaddid itu bahasa Arab, dalam bahasa Inggeris dikatakan “Reformer”yang ertinya Pembaharu.
    Apakan maksud memperbaharui urusan agama? Adakah dia membaharui isi Al Quran, atau isi Hadis atau isi Islam? Tidak. Ia tetap membawa Al Quran, Hadis dan akhlak Islam, isi yang lama yang pernah dibawa oleh Rasulullah SAW. Tetapi ia mendapat ilham dari Allah dan membawa satu penafsiran baru tentang Al-Qur’an dan Hadis.
    Penafsirannya yang bersumber dari ilham itulah yang paling tepat dan sesuai untuk diamalkan di zaman itu. Dia tidak hanya menafsirkannya tetapi juga mengamalkan tafsiran tersebut dalam diri, keluarga, jamaah dan perjuangannya.  Dialah Al Qur’an dan ‘hadis berjalan’ di kurun itu.
    Hasil dari keindahan Islam yang dibawa dan diperjuangkannya, banyak orang yang sangat fanatik dalam mencintai dan mengikutinya, tetapi tidak kurang juga yang sangat menentangnya, kerana tidak faham atau hasad dengki dengannya.
    TuhAN cInTa aGuNg..

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Jawab #1 25 May, 2007, 10:56:14 AM
  • Publish Di FB
  • Dia juga membawa style yang baru yang tidak pernah ditempuh oleh orang lain selama ini. Hingga Islam dapat diamalkan oleh masyarakat.
    Dengan kata-kata lain, agama yang sudah lama ditinggalkan itu dapat dihidupkan kembali oleh mujaddid tersebut dengan menggunakan method, uslub, teknik, strategi dan kaedah baru yang sesuai dengan fikiran dan suasana zamannya.
    Dalam ajaran Islam ini tujuan dan matlamat tidak boleh berubah tetapi method dan uslub boleh berubah sesuai dengan fikiran manusia yang senantiasa berubah dan keadaan masa di zaman itu.
    Sebab itu sekiranya ada seorang pemimpin tetapi dia ikut style yang lama, walau bagaimana hebat sekalipun kepemimpinannya tidak dianggap sebagai mujaddid. Lebih- lebih lagi kalau lahirnya bukan di awal kurun.
    Kerana zaman dan situasi yang berbeza antara satu mujaddid dengan mujaddid lain,maka style antara satu mujaddid dengan mujaddid yang lain juga tidak sama. Tekniknya berbeza tetapi perkara yang diperjuangkan adalah sama yaitu mengajak manusia kepada Allah SWT Sebab itu jika kita mengkaji sejarah walaupun Islam tidak menjadi imperium tetapi di tangan mujaddid, Islam tetap hidup dan berkembang. Masih berlaku kesyumulan Islam dalam jemaah pimpinannya.
    Jadi mujaddid itu tidak membawa agama yang baru, kerana  tidak ada Nabi dan Rasul selepas Rasulullah. Dia hanya membawa ajaran Rasulullah. Supaya ajaran Rasulullah SAW itu diamalkan oleh masyarakat, maka dia meniti di atas teknik, method, uslub, cara, kaedah, style dan strategi yang baru yang sesuai dengan kerosakan yang berlaku di zamannya. Sebab itu orang mudah menerimanya, sedangkan pejuang-pejuang lain di zamannya masih lagi mengekalkan style dan cara yang lama. Sebab itu masyarakat tidak dapat menerima mereka. Tetapi pejuang-pejuang yang tidak faham ini kadang-kadang menyalahkan masyarakat yang tidak mahu menerima Islam. Padahal bukan masyarakat yang tidak mahu Islam, tetapi kaedah mereka yang gagal untuk menarik minat orang kepada Islam.Tetapi kepada mujaddid, ALLAH membekalkan padanya melalui ilham satu cara, method dan kaedah yang tersendiri.
    Sehingga hati-hati manusia dapat menerima kaedah perjuangannya.


    sambung lagi..

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Jawab #2 27 May, 2007, 02:27:34 PM
  • Publish Di FB
  • 2. KEDATANGAN MUJADDID MEMPERBAIKI YANG ROSAK 


    Dengan kasih sayang Tuhan, selepas kewafatan Rasulullah SAW didatangkan setiap seratus tahun seorang mujaddid. Kedatangan seorang mujaddid yang membawa satu kaedah, cara teknik dan metod baru yang sesuai di kurunnya, bertujuan untuk memperbaiki yang rosak di waktu itu. Metod itu hanya menyangkut perkara yang telah rosak saja. Supaya yang rosak itu dapat dibetulkan dengan menggunakan metod yang baru.
    Ini bererti, semakin kehujung semakin banyak yang rosak dan perlu dibaiki, makin banyaklah yang hilang, banyak yang rosak, banyak yang biasa wujud sudah tidak wujud lagi. Ertinya mujadid yang datang makin ke hujung, makin berat tanggung jawabnya. Sebab makin ke hujung makin banyak perkara dalam agama Islam yang sudah rosak.
    Kalau begitu, tugas mujaddid pertama tidaklah seberat mujadid kedua. Tugas mujadid kedua tidak seberat mujaddid ketiga. Juga tugas mujadid ketiga tidak seberat mujaddid keempat. Tugas yang keempat tidak seberat yang kelima dan begitulah seterusnya.
    Sebagai contoh, mujaddid pertama ialah Sayidina Umar bin Abdul Aziz. Dia membawa pembaharuan hanya berkaitan dengan masalah negara  saja. Dia tidak menyentuh soal ibadah, akhlak, masyarakat atau ekonomi. Sebab di zamannya semua aspek itu tidak rosak. Yang rosak ialah soal pemerintahan negara.
    Begitu juga kedatangan mujaddid kedua, Imam Syafie. Dia datang bukan untuk membetulkan masalah ibadah, akhlak, ekonomi, atau masyarakat. Dia menyelesaikan hal-hal mengenai ulama. Sebelum kedatangan Imam Syafie, ulama-ulama memberi fatwa tanpa ada kaedah atau cara. Pada masa itu, orang membuat hukum dan fatwa tidak mengikut prosedur. Maka Imam Syafie pun membuat kaedah. Lahirlah dua kaedah yaitu usul fiqh dan khawaidul fiqhiyah. Sampai sekarang ulama menerima dan memakai kaedah ini. Jadi Imam Syafie datang untuk menyelesaikan masalah ijtihad.
    Di waktu kedatangan mujaddid ketiga, Imam Abu Hassan Asyaari, yang rosak adalah aqidah. Sebab di waktu itu Islam sudah mulai meluas, falsafah Barat dan Yunani sudah meresap masuk ke dalam Islam. Jadi mujaddid ini tidaklah menyentuh hal-hal ekonomi, akhlak dan ibadah, tetapi membetulkan aqidah yang sudah keliru. Sebab itu ada kaedah sifat 20 itu dalam ilmu tauhid dan usuluddin.
    Begitulah pula datang mujaddid seterusnya, Imam Fakhrurrazi. Dia membuat kaedah bagaimana mentafsirkan Al Quran.
    Kemudian, kerosakan semakin bertambah berat. Islam sudah  terpecah-pecah. Ibadah sudah tidak ada hubungan dengan akhlak. Aqidah pula seolah-olah tersendiri.

    bersambung..

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Jawab #3 28 May, 2007, 05:08:19 PM
  • Publish Di FB
  • Datanglah mujaddid seterusnya yaitu Imam Ghazali, membawa suatu kaedah untuk menggabungkan ketiga-tiga asas agama yaitu tauhid, fikih dan tasawuf. Dalam setiap amalan umat Islam mesti terangkum tauhid, fikh dan tasawuf. Sebab ketiga-tiga asas tersebut tidak dapat dipisahkan satu sama lain.
    Kalau begitu, makin ke hujung makin besarlah masalah umat Islam. Di kurun ini semua masalah sudah wujud. Sistem pemerintahan sudah rosak, masyarakat rosak, rakyat rosak, ibadah rosak, aqidah rosak, akhlak rosak, tauhid rosak, ekonomi rosak, politik rosak, dan macam-macam lagi  yang sudah rosak.
    Ertinya seluruh aspek kehidupan itu sudah tidak dikaitkan dengan Allah. Sebab itu kedatangan mujaddid di kurun ini tentulah keadaannya lebih sulit lagi dan sangat ditentang. Apabila hendak membetulkan semua perkara tadi, semua golongan yang terlibat dalam kerosakan itu yang mungkin belum faham akan menjadi penentang perjuangan dan kedatangan mujadid ini. Bila semua sudah rosak, ertinya semua golongan yang terlibat akan menentang  kedatangan mujaddid kurun ini.
    Tetapi dengan ilmu ilham yang diberikan oleh Allah dan ketaqwaan yang dimiliki oleh mujaddid tersebut, Insya Allah ia akan sanggup membaiki kerosakan yang ada


    sambung...

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Jawab #4 30 May, 2007, 12:18:16 PM
  • Publish Di FB
  • 3. CIRI MUJADDID DAN JEMAAHNYA


    TERCATAT dalam sejarah, jemaah yang dipimpin oleh mujaddid  luar biasa kepemimpinannya. ALLAH membantu mereka dengan membekalkan ilmu, kemampuan dan kegigihan yang luar biasa sehingga pemerintah di zamannya segan dan takut dengan jemaah dan pimpinannya.
    Allah membekalkan ilmu ilham dan karamah kepada mereka dalam memperjuangkan agama Allah. Mereka sangat berwibawa kerana ketaqwaan mereka. Pengikut mereka, walau sedikit, sangat taat setia, kuat beramal dan dapat membangunkan kesyumulan Islam dalam jemaahnya.
    Namun begitu walau bagaimana hebat pemimpin dan pengikut-pengikut jemaah itu, mereka tidak dapat menguasai negara, kecuali mujaddid kurun yang pertama : Saiyidina Umar bin Abd. Aziz.
    Selainnya, mereka hanya dapat membangun Islam dalam jemaah dan pengikut-pengikutnya saja sehingga  berpengaruh di tengah-tengah masyarakat dan disegani oleh pemerintah di zamannya.
    Kerana itulah pemimpinnya selalu diburu oleh pemerintah dan dimusuhi oleh ulama-ulama suk (jahat) di zamannya.
     Kebiasaannya, jemaah yang dipimpin oleh seorang mujaddid, ia bukan bertaraf ummah, ia hanya bertaraf tho’ifah (jamaah).
    Tho’ifah- tho’ifah inilah yang dilahirkan oleh ALLAH setiap masa, setiap zaman dan setiap kurun dengan tujuan untuk menjaga bara api Islam agar tidak padam.
    Inilah diantara mafhum hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :
    “Akan berlaku di akhir zaman orang yang mempertahankan agamanya seperti orang yang menggenggam bara api.” Riwayat at Tarmizi
    Mereka bukan menyalakan api kerana yang dapat menyalakan api hanya di zaman ummah. Tho’ifah hanya dapat menjaga bara api.
    Itulah yang dimaksudkan olah Allah dalam firmanNya:
    “Mereka [orang-orang] kafir ingin memadamkan cahaya [agama] Allah dengan mulut[ucapan-ucapan] mereka dan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang2 kafir tidak menyukainya [As Shaff :8]
    Apakah wujud kumpulan thoi’fah ini? Selagi dunia ini ada hingga dunia ini dikiamatkan, tho’ifah pasti wujud sesuai dengan sabda  Rasulullah SAW:
    ‘Akan senantiasa ada tho’ifah di kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, mereka tidak akan dirosakkan oleh penentang mereka hinggalah datangnya ketentuan Allah [Kiamat] – Riwayat Muslim
    Thoi’fah-tho’ifah ini wujud antara dua zaman ummah [ zaman  salafussoleh dalam lingkungan 300 tahun pertama], sampai zaman  kebangkitan Islam di akhir zaman. Mereka dapat mewujudkan  kebenaran Islam dalam seluruh aspek kehidupan manusia dan membangun kesyumulan Islam dalam jemaahnya atau zohirina-alal- haq’.
    Kenaikan pemimpinnya luar biasa, terpilih bukan hasil pemilihan dan angkat tangan. Mereka juga mempunyai pengaruh ke atas masyarakat serta disegani oleh pemerintah di zamannya. Kumpulan thoi’fah ini yang berjuang di setiap kurun untuk menzahirkan [merealisasikan] kebenaran Islam di dalam seluruh aspek kehidupan dan mereka tidak dapat dilemahkan atau dihancurkan oleh  para penentangnya sekalipun mereka bekerja sama untuk melakukannya.”
    Di antara ciri yang terpenting adalah setiap mujaddid ini mesti zahir di awal kurun. Sebab itu walau bagaimana hebat sekalipun ketokohan pejuang-pejuang Islam dan memang menepati syarat yang sudah dijelaskan di atas, ia juga tidak dianggap thoifah mujaddid sekiranya ia tidak zahir di awal kurun.
    Di antara ciri yang terpenting lainnya adalah perjuangan mujaddid itu mendapat tentangan yang hebat terutama dari kalangan pemerintah dan ulama suk (ulama yang ada kepentingan) di zamannya. Tetapi jemaahnya tidak dapat dihancurkan oleh para penentangnya sekalipun mereka bekerja sama untuk melakukannya, sebab Tuhan yang menjadi pembelanya.
    Mereka diberi ilham dan isyarat-isyarat ghaib oleh Allah tentang  perjuangan mereka dan usaha-usaha musuh-musuh Islam dalam menentang perjuangan mereka. Kerana itu mereka selalu berada di depan strategi dan perancangan musuh-musuh mereka.
     Sebab itu walau bagaimana hebat sekalipun ketokohan pejuang-pejuang Islam dan memang menepati syarat yang sudah dijelaskan di atas, ia tidak dianggap thoifah mujaddid sekiranya ia dapat dihancurkan oleh para penentang-penentangnya.

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Jawab #5 31 May, 2007, 11:39:42 AM
  • Publish Di FB
  • 4. MUJADDID DIBANTU ALLAH DENGAN KARAMAH DAN ILMU ILHAM
    MUKJIZAT DAN KARAMAH  [/b]


    Rasulullah SAW bersabda :
    ‘Takutilah firasat orang mukmin kerana mereka melihat dengan nur Allah” (hadist Riwayat Tarmizi)
    Dalam sebuah hadist Qudsi Allah berfirman : Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda,
    “Dan hambaKu yang senantiasa bertaqarrub kepada- Ku dengan nawafil (ibadah sunnat) sehingga Aku mencintainya, maka jadilah Aku seolah-olah sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya dun sebagai kakinya yang ia bertindak dengannya. Dan  andaikata ia memohon pasti akan Kuberipadanya. Dan andaikan ia berlindung kepadaKu, pasti Aku lindungi. ”
    Riwayat Imam Bukhari
    Apabila seseorang sangat dekat dengan Allah SWT disebabkan  ketaatan dan keikhlasannya, hatinya senantiasa bersama Allah, takut, rindu dan cintakan Allah, maka Allahpun dekat dengannya dan melimpahkan rahmat, kebajikan dan kurniaNya.
    Allah mengurniakan kepada mereka berbagai kelebihan yang tidak diberikan kepada hamba-hambaNya yang lain.
    Diantara kelebihan yang Allah anugerahkan kepada mereka adalah mendapat petunjuk, mendapat rezeki dari sumber yang tidak diduga, mendapat ilmu secara wahbiah (anugerah) tanpa melalui usaha ikhtiar, mendapat kejadian atau peristiwa luar biasa yang tidak masuk akal sebagaimana Allah mengurniakan mukjizat kepada para Nabi dan RasulNya.
    Mujaddid sebagai hamba Allah yang paling bertaqwa di zamannya tentu saja mendapat berbagai kelebihan, bantuan dan pertolongan yang luar biasa dari Allah SWT yang sangat berguna dalam memperjuangkan agamaNya.
    Adapun peristiwa luar biasa yang tidak masuk akal atau di luar adat kebiasaan itu dapat terbagi menjadi 6 bahagian:

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Jawab #6 03 June, 2007, 12:15:38 PM
  • Publish Di FB


  • 1.Mukjizat, yaitu kejadian luar biasa pada diri Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul sesudah diangkat menjadi Rasul. Mukjizat dapat dikategorikan menjadi 2 jenis. mukjizat lahir seperti  tongkat membelah lautan, tidak merasa panas dibakar, mengerti bahasa binatang, tongkat menjadi ular, membelah bulan dan sebagainya, dan yang kedua mukjizat maknawi misalnya diberi kesabaran untuk mendidik, diberi Al Qur’an untuk mendidik manusia sepanjang zaman dan sebagainya. Mukjizat maknawi  ini biasanya diturunkan kepada Rasul-Rasul yang mendidik manusia dan dia lebih bernilai dari pada mukjizat lahiriah.
    2. Irhash, yaitu kejadian luar biasa pada diri Nabi Muhammad SAW sebelum diangkat menjadi Rasul seperti dada dibelah oleh Malaikat tanpa merasa sakit dan sebagainya.
    3. Karamah, yaitu kejadian luar biasa pada diri wali-wali Allah dan para mujaddid. Karamah juga dapat dikategorikan menjadi 2 jenis. Yang pertama karamah lahir seperti pandai terbang, mengusap daun menjadi wang, tidak merasa panas dibakar, menghidupkan ayam yang sudah mati dengan doanya dan sebagainya,  dan yang kedua karamah maknawi misalnya diberi kesabaran untuk mendidik dan berjuang, diberi ilmu-ilmu untuk mendidik manusia, diberi ilmu-ilmu strategi perjuangan dan sebagainya.
    Wali yang berwatak Nabi biasanya Allah beri banyak karamah lahiriah untuk meningkatkan lagi wibawanya di tengah masyarakat, kerana mereka biasanya tidak berjuang dan tidak membangunkan jemaah.
    Sedangkan wali yang berwatak Rasul dan para mujaddid yang mendidik manusia lain, biasanya Allah beri karamah maknawiyah untuk memudahkan mereka mendidik dan membawa masyarakat kepada Allah.
    4. Ma’unah, yaitu kejadian luar biasa yang berlaku pada diri orang Islam awam. Biasanya terjadi kerana berkat orang bertaqwa.
    5. Istidradj, yaitu kejadian luar biasa yang terjadi pada orang Islam fasik, misalnya tidak lut dibakar, ditetak, ditembak dan sebagainya.
    6. Sihir; yaitu kejadian luar biasa yang terjadi pada orang kafir/orang Islam sekadar nama misalnya tidak lut dibakar, ditetak, ditembak, membuat orang sakit dari jauh dan sebagainya.


    bersambung lagi...

    meow

    Jawab #7 03 June, 2007, 01:38:06 PM
  • Publish Di FB

  • syukran..  :(

    mujaddid zaman ini siapa pula ye?

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Jawab #8 03 June, 2007, 05:10:33 PM
  • Publish Di FB

  • syukran..  :(

    mujaddid zaman ini siapa pula ye?

    nanti akan kita bicarakan..
    ianya pasti ada..
    cuma kita terima atau tidak..
    itu hak kita....
    lagipun cerita pasal mujaddid nie..
    masih ada lagi..
    kita bicarakan sehingga tamat dahulu...

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Jawab #9 04 June, 2007, 10:59:54 AM
  • Publish Di FB
  • ILMU ILHAM DAN ILMU LADUNI 


    Kalau para Nabi dan rasul diberi wahyu oleh Allah yang  kebenarannya 100%,maka wali-wali Allah diberi jalan singkat oleh Allah untuk memahami ilmu-ilmu Allah secara ilham atau laduni. Iaitu ilmu yang  terus dijatuhkan ke hati, tanpa melalui akal.
    Allah berfirman :  “Bertaqwalah (kepada Allah), niscaya Allah akan mengajar kamu” -Al  Baqarah ;282
    “Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka  Allah akan berikan kemudahan baginya  rezeki dari sumber yang tidak diduga. ” -At Tahrim ;4
    Rezeki ini dapat dapat berupa ilmu, wang, makanan, kefahaman, dan lain-lain keperluan lahir batin manusia. 
    Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa yang mengamalkan apa yang dia tahu, Allah akan mengajarnya apa yang ia tidak ketahui. ”
    Ilmu ilham biasanya diberikan kepada wali atau ulama yang  berwatak Rasul yakni yang berperanan mendidik dan memimpin umat, termasuk para mujaddid. Sebaliknya ulama yang berawatak Nabi, yang peranannya lebih kepada mendidik diri sendiri dan tidak wajib menyampaikannya pada orang lain, Allah beri ilmu laduni.
    Kedua-dua bentuk ini berbeza sedikit dari fungsinya. Ilmu ilham banyak diberi atas keperluan masyarakat umum atau perjuangan semasa.llmu laduni diberi bilamana seseorang itu memerlukannya. Misalnya untuk menghurai suatu ayat A1 Qur’an, wali yang berwatak Nabi akan diberi ilmu laduni untuk memahami dan menghuraikannya bagi keperluan dirinya saja. Tetapi wali yang benwatak rasul atau mujaddid diberi ilmu ilham oleh Allah untuk memudahkan berhadapan dengan kejadian-kejadian dan pernasalahan yang sedang terjadi di masyarakat. Misalnya bagaimana memecahkan masalah sosial di suatu tempat, memecahkan masalah krisis kepemimpinan, krisis ekonomi di suatu negara dan sebagainya.
    Dalam memahami tentang ibadah dan mendekatkan diri pada Allah, wali yang berwatak Nabi, ada yang tidak pernah tidur malam sepanjang tahun, hanya tidur sedikit di siang hari saja. Hal ini tidak dapat ditiru dan dicontoh oleh anggota masyarakat secara umum.


    bersambung...

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Jawab #10 06 June, 2007, 11:00:13 AM
  • Publish Di FB
  • Sedang ulama yang berwatak Rasul dan para mujaddid, dalam memahami tentang ibadah dan mendekatkan diri pada Allah, mereka mengatakan bahwa ada 3 (tiga) jenis ibadah :
    1. ibadah asas (zakat, puasa, shalat dan sebagainya),
    2. fadhailul amal (seperti tahajud, baca Qur’an, berzikir dan sebagainya)
    3.ibadah secara umum dimana setiap aktivititi manusia, berniaga, berteknologi, berbincang dan sebagainya, dapat bernilai ibadah dan akan mendekatkan diri manusia kepada Allah asalkan memenuhi 5 (lima) syarat :
    1.niat yang betul,
    2.pelaksanaannya betul,
    3.aktiviti itu betul,
    4.natijah (hasilnya) digunakan dengan betul dan
    5.tidak meninggalkan ibadah asas.
    Dengan konsep ini setiap anggota masyarakat  dimudahkan untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah melalui jalan masing-masing sesuai dengan pekerjaan dan bidang keahliannya.
    Ilmu ilham yang Allah berikan kepada mujaddid dan wali yang  berwatak rasul yang memimpin (wali amri) dan berjuang dapat juga berupa berita-berita ghaib yang akan terjadi pada suatu tempat negara, strategi yang sedang musuh lakukan untuk menghancurkan perjuangannya atau berita-berita lain yang akan memudahkan mujaddid atau wali yang berwatak Rasul tersebut untuk menyusun strateginya dalam berjuang membangunkan Islam dan menyelamatkan umatnya.


    bersambung..

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Jawab #11 08 June, 2007, 12:14:05 PM
  • Publish Di FB
  • 5. MENENTUKAN MUJADDID



    WALAUPUN Al Quran dan Hadis tidak menyebutnya tetapi ulama- ulama telah pun menetap dan menentukan siapa mereka itu. Terdapat khilaf ulama dalam menentukan mujaddid setiap kurun, hanya mereka sepakat terhadap mujaddid kurun pertama : Saiyidina Umar bin Abd. Aziz, mujaddid kurun kedua : Imam Syafie, mujaddid kurun kelima : Imam Ghazali.
    Walaupun perjuangan mereka berbeza waktunya satu dengan yang lain tetapi mempunyai syarat atau faktor penentu kemenangan (taqwa) dan ciri perjuangan yang sama.
    Sejak Rasulullah sudah tiga belas kurun berlalu, bemakna tiga belas mujaddid sudah berlalu. Ini mesti kita yakin sebab ianya sudah disabdakan oleh Rasulullah saw. Jadi ulama-ulama telah menentukan siapa mereka itu.
    Berdasarkan pendapat mereka seramai tiga belas mujaddid telah berlalu untuk tiga belas kurun. Diantara mereka adalah ;
    Mujaddid kurun 1 : Khalifah Umar bin Abdul Aziz
    Mujaddid kurun 2 : Imam Syafei
    Mujaddid kurun 3 :Abul Hassan As-Syaari, Ibnu Suraij A1 Iraqi
    Mujaddid kurun 4 : Imam Al Baihaqi, SyeikhAbu Hamid Isfaraini As Shafie
    Mujaddid kurun 5 : ImamAl Ghazali
    Mujaddid kurun 6 : Imam Fakhrurrazi
    Mujaddid kurun 7 : Ibnu Daqiqi’Id
    Mujaddid kurun 8 : Albalqini
    Mujaddid kurun 9 : Imam As Sayuti
    Mujaddid kurun 10 : Imam Muhammad Ar Ramli
    Mujaddid kurun 11 : Abdullah Salim Al Basri
    Mujaddid kurun 12 :Ad Dardiri
    Mujaddid kurun 13 :Al-Syarqawi
    Mujaddid kurun ini belum disebut dalam kitab sewaktu buku ini  ditulis.


    bersambung lagi..

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Jawab #12 11 June, 2007, 11:23:29 AM
  • Publish Di FB
  • Biasanya yang menentukan siapa mujaddid setiap 100 tahun adalah ulama yang sezaman dengannya. Memandangkan dia mempunyai kelebihan- kelebihan dibandingkan dengan ulama-ulama yang lain terutamanya dari segi perjuangannya, keberaniannya, ketaqwaannya dan kepemimpinannya. Sehingga orang dapat taat dengan kepemimpinannya dan memberi kesan kepada masyarakat.

    Tetapi ada juga di kalangan mereka sendiri yang mengaku dirinya  sebagai mujaddid. Diantaranya ada dua orang yaitu Imam Ghazali dan Imam Sayuti.Imam Sayuti pemah memberitahu, “Saya rasa di kurun ini sayalah mujaddidnya.”Imam Ghazali juga pernah mengaku. Apakah mereka ini salah? Tidak salah!Kalau realitinya memang begitu.Kalau ALLAH sudah mengilhamkan mereka dan mereka juga sudah diberitahu oleh Rasulullah. Rasulullah yang menetapkan mereka itu sebagai mujaddid. Kemudian mereka mengisytiharkannya.
    Ada dua cara mengapa mereka menentukan diri mereka sendiri  mujaddid di zamannya. Pertama, mereka layak untuk berijtihad sendiri. Bila dibandingkan dengan ulama-ulama yang sezaman dengan mereka, mereka rasa ALLAH telah memberi mereka kelebihan dari orang lain. Maka merekapun mengisytiharkannya. Kedua, secara kerohanian atau secara ilham mereka mendapat pengesahan dari Rasulullah. Rasulullah sudah memberitahu kepada mereka bahwa merekalah mujaddid di kurun tersebut.Ini tidak hairan, sebab Imam Sayuti mengaku telah bertemu dengan Rasulullah secara yakazah (jaga) sebanyak 75 kali. Begitu juga dengan Imam Al Ghazali sewaktu ingin mengarang kitab, Rasulullah selalu berada di samping kanannya.Mereka berijtihad, mengaku dan mengisytiharkan dirinya sebagai mujaddid. Mereka tidak dikatakan sombong dan takabur. Mengapa? Sebab masih tidak berlawanan dengan sunnah Rasulullah.Hujahnya, Rasulullah pernah satu ketika berkata
     “Sayalah orang yang paling takut dengan ALLAH” atau “Saya orang yang paling bertaqwa” atau “Saya orang yang pertama masuk syurga” atau “Saya orang yang fasih sekali menyebut dhat” atau “Saya orang yang paling mulia dikalangan orang Arab ataupun dikalangan orang Ajam.”
    Inilah yang dikatakan “At Thaddus binikmatillah. ” Menyebut nikmat yang realitinya memang berlaku pada seseorang itu. Kalau tidak boleh sukarlah kita nanti.


    bersambung...

    frh88

    • *
    • Posts: 11
      • View Profile
    Jawab #13 15 June, 2007, 03:13:26 PM
  • Publish Di FB
  • oooo..
    pada kurun ini ulama' yg saya lihat org selalu ambil rujukan ialah yusuf al-qardhawi
    :sedihnya: walaupun die mungkin bukan mujaddid(saye x tau) tpi saye yakin dialah sumber rujukan utama umat islam kurun ini....

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Jawab #14 15 June, 2007, 03:14:57 PM
  • Publish Di FB
  • oooo..
    pada kurun ini ulama' yg saya lihat org selalu ambil rujukan ialah yusuf al-qardhawi
    :sedihnya: walaupun die mungkin bukan mujaddid(saye x tau) tpi saye yakin dialah sumber rujukan utama umat islam kurun ini....


    boleh jadi juga dia...

    almadani

    • *
    • Posts: 115
      • View Profile
    Jawab #15 25 June, 2007, 12:02:58 PM
  • Publish Di FB
  • isu Rasulullah bersama tu, secara zahir atau batiniah? ana kemukakan persoalan ni..macam dalam frasa yang ni:

    Begitu juga dengan Imam Al Ghazali sewaktu ingin mengarang kitab, Rasulullah selalu berada di samping kanannya

    sekurangnya, menuruti kaedah pembuktian dalam Al-Quran:

    Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasrani. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar.

    Al-Baqarah, ayat 111

    rujuk:
    الرئيسة - القرآن الكريم - موقع الإسلام



    Kepimpinan Mujaddid..
    « Last Edit: 06 September, 2007, 12:43:13 AM by kanjeng sunan »

    Walid

    • *
    • Posts: 495
      • View Profile
    Jawab #16 08 April, 2008, 10:24:20 PM
  • Publish Di FB
  • Sohibul Fadhilah Hazrat Maulana Muhammad Ilyas rahmatullahalaih

    abu salman

    • *
    • Posts: 11
      • View Profile
    Jawab #17 18 April, 2008, 06:21:00 PM
  • Publish Di FB
  • بسم الله الرحمن الرحيم
    mujaddid adalah gelar yang diberikan kepada ulama yang memperjuangkan tauhid dan menghancurkan kesyirikan dan yang membela sunnah serta yang mnghancurkan perkara2 baru didalam agama islam yang tidak ada contohnya dari islam di tengah2 masyarakat .
    diantara mujaddid abad ini Syaikh Muhammad Nashiruddin Al Alban Syaikh Bin Baaz Syaikh muhammad Utsaimin rahimahumullahu taala.
    adapun untuk masalah ilmu laduni ini tidak benar sesungguhnya para ulama mereka untuk mendapatkan ilmu mereka menempuh.rihlah menuntut ilmu bahkan nabi kita Muhammad صلى الله عليه و سلم belajar untuk mendapatkan ilmu sebagaimana melalui malaikat jibril.
    dan ilmu tanpa belajar adalah menyalahi al quran dan as sunnah. hendaknya ikhwah yang menyatakan ilmu laduni itu benar hendaknya membawakan dalil yang shahih dari al quran dan hadits rasulullah صلى الله عليه و سلم. demikian kepada yang membaca semoga tulisan ini bermanfaat bagi antm. و الله أعلم بالصواب
    dakwahkan tauhid tebarkan sunnah http://www.muslim.or.id

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Jawab #18 18 April, 2008, 07:59:39 PM
  • Publish Di FB
  • بسم الله الرحمن الرحيم
    mujaddid adalah gelar yang diberikan kepada ulama yang memperjuangkan tauhid dan menghancurkan kesyirikan dan yang membela sunnah serta yang mnghancurkan perkara2 baru didalam agama islam yang tidak ada contohnya dari islam di tengah2 masyarakat .
    diantara mujaddid abad ini Syaikh Muhammad Nashiruddin Al Alban Syaikh Bin Baaz Syaikh muhammad Utsaimin rahimahumullahu taala.
    adapun untuk masalah ilmu laduni ini tidak benar sesungguhnya para ulama mereka untuk mendapatkan ilmu mereka menempuh.rihlah menuntut ilmu bahkan nabi kita Muhammad صلى الله عليه و سلم belajar untuk mendapatkan ilmu sebagaimana melalui malaikat jibril.
    dan ilmu tanpa belajar adalah menyalahi al quran dan as sunnah. hendaknya ikhwah yang menyatakan ilmu laduni itu benar hendaknya membawakan dalil yang shahih dari al quran dan hadits rasulullah صلى الله عليه و سلم. demikian kepada yang membaca semoga tulisan ini bermanfaat bagi antm. و الله أعلم بالصواب

    p/s .. harap saudara baca dahulu maksud mujaddid dari permulaan topik ini...

    Ketahuilah bahawa "ILMU LADUNI" itu adalah penyerapan Nur Ilham yang terjadi selepas penyempurnaan (JIWA) sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Demi satu jiwa serta Yang Menyempurnakannya" (Surah Al-Syams:7). Perkembalian (kepada asal) ini adalah dengan tiga cara: 1. Mempelajari semua ilmu dan mengambil sebahagian yang lebih besar dari kebanyakannya. (Penjelasannya: ialah dengan mempelajari dasar-dasar semua ilmu, kemudian kebanyakan dari ilmu-ilmu ini hendaklah diketahui pula sebahagian yang lebih besar dari kandungan. Katakanlah lebih daripada 50%). 2. Latihan yang benar dan Murraqobah yang betul, kerana Nabi SAW. pernah menunjukkan kepada hakikat ini dengan sabdanya yang bermaksud: "Siapa yang beramal dengan apa yang telah diketahuinya, Allah akan mempusakakan Ilmu mengenai apa yang belum diketahuinya".

    Bersabda lagi Nabi SAW. yang bermaksud: "Siapa yang menyerahkan dirinya untuk Allah (beramal) selama 40 pagi, Allah Taala melahirkan mutiara-mutiara hikmah dari Qalbu ke atas lidahnya". 3. Berfikir; bahawa jiwa itu bila beramal (menerusi ilmu-ilmu yang dipelajari) dan berlatih (beramal) dengan (keadah) ilmu kemudian berfikir mengenai maklumat menurut syarat-syarat berfikir, akan dibuka kepadanya pintu ghaib seperti seorang ahli perniagaan yang menyelenggarakan hartanya dengan syarat-syarat(yang ditentukan untuk) penyelenggaraan, akan dibuka kepadanya pintu-pintu keuntungan. Bila ia melalui jalan yang salah ia akan jatuh di dalam kerugian. Begitu juga seorang pemikir itu, bila ia menempuh jalan yang betul ia akan menjadi seorang yang bijaksana dan terbuka saluran dari Alam Ghaib dalam Qalbunya; lalu ia menjadi seorang Alim yang sempurna, beraqal, berilham lagi mendapat pertolongan (dari Allah) sebagaimana sabda Nabi SAW. yang bermaksud: "Berfikir sesaat itu lebih baik daripada beribadat selama 60 tahun".

    Syarat-syarat berfikir ini kami paparkan dalam suatu risalah yang lain kerana keterangan mengenai berfikir, cara dan hakikatnya adalah suatu yang samar, memerlukan penerangan yang agak lanjut dan penjelasan dengan pertolongan Allah Taala. Sekarang kami akhiri risalah ini, kerana apa yang tersebut di dalamnya rasanya memadai untuk orang yang sesuai dengannya. Firman Allah yang bermaksud: "Dan sesiapa yang Allah tidak kurniakan kepadanya Nur, nescaya tidak ada baginya sebarang Nur". (Surah An-Nur:40) Dan Allah yang menjadi Wali orang-orang Mukmin, Selawat dan Salam ke atas Sayyidina Muhammad dan Ahli Keluargnya dan Sahabatnya. Cukuplah Allah yang menjadi Wakil. Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Besar. Bermula segala puji-pujian itu bagi Allah Seru Sekelian Alam. Selesailah tanggungjawab Arjuna menyebarkan Risalah ini kepada umum pada hari Jumaat 28 Januari 2005 (9.34 pagi). Semoga Allah memberkatinya dan melimpahkan rahmat kasih sayangnya di dunia dan akhirat. Allahu A'lam.


    dipetik dari...psikologi sufi...

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Jawab #19 18 April, 2008, 08:02:52 PM
  • Publish Di FB
  •     Pengertian Ilmu yang digunakan oleh Hujjatul Islam Imam Ghazali dalam sebuah kitabnya yang bernama Al-Risalatul-liduniyyah adalah seperti berikut :

         * AL-ULUM AL-MAKTASABAH yang bermaksud ilmu-ilmu yang didapati dengan mencurahkan usaha seperti belajar dan membuat kajian. Dengan kata lainnya ialah ilmu-ilmu yang didapati dengan senang (Al-Ulum Al-Dhoruriyah) maksudnya ilmu-ilmu yang didapati dengan mudah sahaja menerusi salah satu daripada anggota-anggota pancaindera seperti rasa manis melalui lidah, mendengar suara melalui telinga dan lain-lainnya.

        * Ilmu GHAIBI LADUNI atau lebih ringkasnya disebut sebagai ilmu laduni yang membawa maksud secara hurfinya 'ILMU KESISIAN' iaitu ilmu disisi tuhan. Sama dengan ILMU ALLAH atau ILMU TUHAN. Sesetengah ahli ilmuan Islam memberikan atau menggunakan berbagai-bagai istilah lain yang sama maksudnya dengan ilmu LADUNI ini dalam usaha mereka untuk mengemukakan pendekatan ilmu masing-masing. Antaranya ialah seperti berikut :

        * Ilmu Batin
        * Ilmu Qalbi
        * Ilmu Mukasafah
        * Ilmu Asyror
        * Ilmu Maknun
        * Ilmu Hakikat
        * Ilmu Makrifat
        * Ilmu Tasauf

         Telah banyak ulama-ulama atau ilmuan zohir terkelincir kerana mereka membantah dan menidakkan ilmu laduni ini. Kita lihat bagaimana satu catatan hal tersebut yang dikemukakan oleh Iman Ghazali yang mengatakan:

        " Seorang daripada kawan-kawanku telah menceritakan kepadaku mengenai seorang alim yang mengingkari ILMU GHAIBI LADUNI yang menjadi pegangan pemimpin-pemimpin tasauf dan tumpuan ahli-ahli thorikat yang berpendapat bahawa ilmu laduni adalah lebih kuat dan lebih tepat dari ilmu-ilmu yang didapati dengan usaha yang didapati dengan belajar.


        Kawanku juga mengatakan bahawa orang alim itu berkata bahawa aku fikir tidak ada seorang pun dalam dunia ini yang boleh memperkatakan tentang ilmu yang sebenar dengan fikiran semata-mata tanpa belajar dan tanpa usaha-usaha untuk mendapatkannya. Aku (Ghazali) berkata seolah-olah orang itu tidak tahu tentang cara-cara untuk mendapatkan ilmu dan tidak tahu pula kerja ' JIWA INSANI ', KEMURNIAANNYA DAN CARA-CARA PENERIMAAN DARI ALAM GHAIB DAN ILMU ALAM MALAKUT." Berkata lagi Imam Ghazali..... Sesungguhnya mereka yang hanya menganggap ilmu kalam seperti fekah , tafsir dan sebagainya sebagai satu-satunya ilmu yang mampu diperolehi oleh manusia adalah merupakan mereka yang telah menyimpang dari method hakikat kerana Al-Salmi ( Abdul Rahman Muhammad bin Al-Husain bin Musa Al-Azdi Al-Salmi seorang ahli tasauf, ahli sejarah, ahli hadis dan hadis tafsir yang telah menulis sebuah kitab tafsir yang bernama 'Aqa'ik Al-Tafsir/ Wafat tahun 1021=412 Hijrah) telah mengumpulkan sesuatu dalam tafsirnya yang diambil dari kata-kata orang-orang muhaqiqin, sedangkan kata-kata itu tidak tersebut dalam semua kitab tafsir yang ada. Kata Ghazali lagi .

        Ahli tafsir tepi jalan ini seolah-olah tidak tahu :
         
        * Bahagian-bahagian ilmu
        * Perincian-perinciannya
        * Tingkat-tingkatnya
        * Kenyataan-kenyataannya dan
        * Batin-batinnya. Memang sudah menjadi adat bahawa orang-orang yang jahil dalam sesuatu akan mengingkari sesuatu itu dan orang yang tersebut itu     tidak pernah merasai MINUMAN HAKIKAT dan tidak mengetahui mengetahui mengenai tentang Ilmu Laduni. Definisi Ilmu Dan Kegunaannya

        Ketahuilah bahawa ILMU(Pengetahuan) ialah konsep(tasawwur) jiwa berakal yang tenang(Al-Nafsunathokhotul Muthomainnah) terhadap hakikat-hakikat sesuatu (hakho-ikul-asyaai) dan rupa-rupanya(suuraha) yang bersih dari benda-benda dengan 'ainnya(a'yaanaha), kualiti-kualitinnya(kaifayaataha), kuantiti-kuantitinya(kamayaataha), jauhar-jauharnya(jawaaharoha), dan zat-zatnya(zawaataha), kalau ia adalah tunggal (mufrad). A'LIM ialah orang yang mengetahui ialah orang yang meliputi, mencapai, lagi mempunyai konsep; manakala "MA'LUM" (apa yang diketahui) ialah zat sesuatu yang terukir ilmunya pada jiwa. Kemuliaan ilmu itu menurut ukuran kemuliaan maklumat dan darjah seseorang alim itu adalah menurut darjah ilmunya.

        Tidak ragu-ragu lagu bahawa di antara maklumat yang paling utama, paling tinggi, paling mulia dan paling besar ialah Allah Pencipta, Al-Haq yang tunggal, ilmu yang berhubung dengannya, ilmu tauhid adalah ilmu yang paling utama, paling besar dan paling sempurna. Ilmu ini adalah sesuatu kepastian. WAJIB mengetahuinya atas sekalian yang berakal sebagaimana sabda rasulullah SAW. yang bermaksud: "Menuntut ilmu adalah fardu atau tiap-tiap orang Islam". Dan baginda rasulullah menyuruh mencari ilmu ini dengan sabdanya yang bermaksud "Carilah ilmu meskipun dinegeri Cina". Orang-orang yang mempunyai ilmu tauhid ini adalah yang paling utama di antara ulama-ulama lain. Sebab inilah Allah Taala menyebut mereka ini secara istimewa pada tingkat yang tertinggi sebagaimana firmannya yang bermaksud: "Allah telah terangkan bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia yang berdiri dengan keadilan dan disaksikan oleh malaikat dan ahli-ahli ilmu."(Surah Al-Imran, ayat 18).

        Oleh itu ulama-ulama ilmu tauhid secara umumnya adalah Nabi-nabi, selepas mereka barulah ulama-ulamayang menjadi ahli waris Nabi-nabi. Ilmu Tauhid ini meskipun mulia dan sempurna pada dirinya, ia tidak menolak lain-lain ilmu, malah ia tidak akan terdapat tanpa bahan-bahan yang banyak dan bahan-bahan ini tidak kan teratur jika tidak dari pertolongan berbagai-bagai ilmu seperti ilmu-ilmu langit dan falak-falak(astronomi dan kosmologi) dan ilmu seluruh ciptaan. Dari Ilmu Tauhid lahir pula ilmu-ilmu lain seperti yang akan kami(Imam Ghazali) akan sebutkan bahagian-bahagiannya pada tempat-tempatnya. Ketahuilah bahawa ilmu itu sendiri adalah mulia tanpa memandang kepada aspek ma'lum, hingga ilmu sihir adalah mulia pada dirinya meskipun ianya palsu. Ini adalah kerana ilmu lawanya kejahilan dan kejahilan adalah dari kelaziman-kelaziman kegelapan dan kegelapan termasuk dalam lingkungan diam dan diam itu hampir dengan tidak wujud.

        Kepalsuan dan kesesatan termasuk dalam bahagian ini. Oleh itu kejahilan itu hukumnya adalah hukum tidak wujud, manakala ilmu hukumnya adalah hukum wujud dan wujud itu lebih baik daripada tidak wujud. Hidayah kebenaran dan cahaya semuanya termasuk dalam lingkungan wujud. Apabila wujud lebih tinggi daripada tidak wujud maka tentulah ilmu lebih tinggi daripada kejahilan, kerana kejahilan serupa dengan kebutaan dan kegelapan, manakala ilmu serupa dengan penglihatan dan cahaya.

        TIDAKLAH SAMA ORANG BUTA DENGAN ORANG YANG MELIHAT, juga tidaklah sama gelap dengan cahaya. Allah Taala telah menerangkan mengenai ini dengan firmannya yang bermaksud; "Katakankanlah(hai Muhammad) adakah sama mereka yang tahu dan mereka yang tidak tahu?".(Surah Az-Zumar ayat 9). Berdasarkan perbandingan di atas dapatlah pula dikatakan bahawa KEJAHILAN adalah dari kelaziman-kelaziman jisim, manakala ILMU adalah daripada sifat-sifat JIWA. Oleh itu JIWA LEBIH MULIA DARIPADA JISIM.Ilmu terbahagi kepada beberapa bahagian yang banyak. kita akan menyatakan satu persatu dalam fasal yang lain, sedangkan seorang alim mempunyai berbagai-bagai cara untuk mendapatkan ilmu itu juga kami akan sebutkan dalam fasal yang lain.

         Yang perlu bagi anda sekarang selepas mengetahui keutamaan ilmu ialah mengetahui bahawa JIWA YANG MERUPAKAN LUH SEGALA ILMU DAN TEMPATNYA. Jisim bukanlah sesuai untuk tempat ilmu kerana jisim adalah terbatas dan tidak dapat dimuati oleh banyak ilmu, malah ia hanya dapat menanggung ukiran-ukiran dan gurisan-gurisan sahaja, sedangkan JIWA MENERIMA ILMU TANPA SEMPIT, SESAK, JEMU DAN HILANG. Sekarang kita akan memperkatakan tentang jiwa secara ringkas.

    dipetik dari psikologi sufi...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    17 Replies
    4536 Views
    Last post 06 December, 2008, 12:23:07 AM
    by muhammad_efendie
    2 Replies
    1729 Views
    Last post 24 September, 2013, 07:54:06 AM
    by al_ahibbatu
    14 Replies
    5123 Views
    Last post 27 March, 2012, 11:48:12 AM
    by norsam