Kahwin Sepupu

*

Author Topic: Kahwin Sepupu  (Read 21631 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Arozi

  • *
  • Posts: 684
    • View Profile
22 September, 2010, 12:41:18 PM
  • Publish
  • KAHWIN SEPUPU

    Soalan:
    Apakah pandangan Islam mengenai perkahwinan sepupu sebelah ibu ataupun ayah? Adakah ia digalakkan?
    leeya

    ina_azalea04@yahoo.com

    Jawapan:
    Islam tidak pernah menegah perkahwinan sepupu atau saudara-mara selain daripada kaum kerabat yang termasuk dalam kategori mahram. Mahram ialah ibu, nenek, anak perempuan, kakak, ibu saudara sebelah ibu dan bapa, ibu tiri, anak saudara, anak tiri, anak atau ibu susuan, ibu mertua, adik perempuan seibu sebapa dan sebagainya. (Rujuk Surah al-Nisak, ayat 23).

    Sepupu tidak termasuk dalam kategori mahram dan tidak haram dikahwini. Rasulullah s.a.w pernah mengahwini sepupunya sendiri, iaitu Zainab binti al-Jahsy. Baginda juga pernah mengahwinkan anak baginda, iaitu Fatimah binti Muhammad dengan sepupu baginda, iaitu Ali bin Abu Thalib. Perkara yang sama diamalkan oleh ramai di kalangan para sahabat baginda.

    Berhubung dengan pendapat yang mengatakan perkahwinan sepupu boleh menyebabkan lahirnya anak yang kurang cedik atau cacat, ia merupakan kemungkinan yang amat rendah. Berkahwin dengan wanita yang bukan kaum kerabat juga ada kemungkinan untuk mendapat anak cacat. Walau bagaimanapun, jika seseorang ingin mengembangkan sanak saudara, lebih baik berkahwin dengan orang luar yang bukan daripada kaum kerabat sendiri.

    ( dipetik dari http://www.alaf21.com.my )

    Arozi

    • *
    • Posts: 684
      • View Profile
    Reply #1 22 September, 2010, 12:45:03 PM
  • Publish
  • Ditulis oleh syukram     
    Sunday, 15 June 2008 
    assalamualaikum....

    apa hukum kahwin sepupu?

    w.salam

    Hukum bernikah antara sepupu itu adalah sah disisi syarak dan tidak ada larangannya dalam agama.

    Perkataan yang mengatakan hukumnya tidak sah atau dilarang dalam agama adalah salah.

    Cuma Nabi saw menganjurkan berkahwin dengan bukan sepupu dengan tujuan untuk meluaskan lagi kekeluargaan bukannya maksud nabi itu dengan tidak sah.

    Ini adalah disebabkan jika kahwin dengan sepupu, kekeluargaan menjadi tidak luas dengan kerana keluarga kedua belah pihak sudah memangnya ada pertalian. Dengan mengahwini orang yang bukan sepupu maka kekeluargaan menjadi semakin berkembang dari kerana dua keluarga yang asalnya tiada pertalian jadi wujudnya  pertalian dengan sebab kahwin tersebut.

    wallahua'lam
     

    ahmad_chill

    • *
    • Posts: 61
      • View Profile
    Reply #2 22 September, 2010, 04:57:08 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum..

    Dari segi perubatan, kahwin sepupu ni tak digalakkan sebab pasangan masing2 adalah pembawa "thalasemia"(maaf jika ejaan salah).
    Thalasemia ni diwarisi mengikut genetik. Jadi sepupu adalah merupakan pembawa genetik yang sama. Kita bersyukur sebab rakyat di negara kita masih lagi ramai untuk dikahwini. Lain pula dengan rakyat negara Nepal yang terpaksa berkahwin sepupu dimana masing2 pembawa thalasemia akibat populasinya yang kian mengecil.

    Wallahualam

    ("Thalasemia?" Nabi tak pernah pun dengar tapi nabi dah pandang pun masa hadapan)

    -Sollu 'alan Nabi-

    zunita

    • *
    • Posts: 744
      • View Profile
    Reply #3 22 September, 2010, 05:29:59 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum..

    Dari segi perubatan, kahwin sepupu ni tak digalakkan sebab pasangan masing2 adalah pembawa "thalasemia"(maaf jika ejaan salah).
    Thalasemia ni diwarisi mengikut genetik. Jadi sepupu adalah merupakan pembawa genetik yang sama. Kita bersyukur sebab rakyat di negara kita masih lagi ramai untuk dikahwini. Lain pula dengan rakyat negara Nepal yang terpaksa berkahwin sepupu dimana masing2 pembawa thalasemia akibat populasinya yang kian mengecil.

    Wallahualam

    ("Thalasemia?" Nabi tak pernah pun dengar tapi nabi dah pandang pun masa hadapan)

    -Sollu 'alan Nabi-

    Saya pun pernah dengar juga tentang kahwin sepupu mudah ada penyakit "thalasemia".
    لا إله إلا الله

    mentaripagi90

    • *
    • Posts: 189
    • senyumlah sokmo
      • View Profile
    Reply #4 22 September, 2010, 05:33:52 PM
  • Publish
  •  :)
    kadang-kadang hubungan kite ngan sepupu dah jadi macam adik beradik(mesra)...
    susah nak terima kalau dia jadi pasangan hidup..
    janggal pun ada...
    ~"semoga hati kita sinarannya bak sinaran mentari di pagi hari,menyuluh dan menerangi alam,tidak pula ia panas lagi memanaskan tapi ianya menenangkan lagi mententeramkan jiwa...  "~

    cahaya pencinta

    • *
    • Posts: 1086
    • Dalam pahit hidup, aku merasa manisnya~
      • View Profile
    Reply #5 22 September, 2010, 05:35:18 PM
  • Publish
  •  :)

    hmm? bukan semua orang pembawa thalessemia kan?

    tak digalakkan kahwin sepupu memang ada kaitan dengan perubatan, tapi tak semestinya thalessemia je. ada macam2 masalah genetik lain yang dikaitkan. sebab bila satu keluarga, kebarangkalian untuk ada masalah genetik yang sama, sama ada dominan (ada penyakit) atau resesif (pembawa) bila gabung- kahwin- dengan pembawa boleh hasilkan zuriat yang ada penyakit tu.

    tapi, nama pun kebarangkalian. boleh jadi, jadi, boleh jadi tidak. berisiko.

    ape pun, jodoh tetap jodoh.

    liefi

    • *
    • Posts: 36
      • View Profile
    Reply #6 23 September, 2010, 03:34:52 AM
  • Publish
  • nk tnye..sepupu sebelah ayah boleh tak  nk berkahwin?
    maksud sy ialah ayah lelaki dgn ayah perempuan tu adalah adik beradik
    jd mereka nk kahwinkn anak mereka....
    boleh tak?


    nazri0070

    • *
    • Posts: 2403
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #7 23 September, 2010, 08:16:23 AM
  • Publish
  • Nak tahu la hadis yang mana ada sebut tentang perkahwinan kerabat dekat tak digalakkan. Ada sapa2 tahu tak?
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    Arozi

    • *
    • Posts: 684
      • View Profile
    Reply #8 23 September, 2010, 09:08:03 AM
  • Publish
  • nk tnye..sepupu sebelah ayah boleh tak  nk berkahwin?
    maksud sy ialah ayah lelaki dgn ayah perempuan tu adalah adik beradik
    jd mereka nk kahwinkn anak mereka....
    boleh tak?



    BOLEH.. cuma, ayah lelaki tu jer yg xleh kawen ngan pompuan tu, sbb pompuan tu anak saudaranya..

    Arozi

    • *
    • Posts: 684
      • View Profile
    Reply #9 23 September, 2010, 09:14:36 AM
  • Publish
  • :)
    kadang-kadang hubungan kite ngan sepupu dah jadi macam adik beradik(mesra)...
    susah nak terima kalau dia jadi pasangan hidup..
    janggal pun ada...

    memang.. tetapi perlu diingat, sepupu sekalipun, dari segi hukum, tetap BUKAM MAHRAM, dan mereka SAH nikah...
    Bila kala gitu, larangan2 syara' terhadap yg BUKAN MAHRAM tidak terkecuali keatas mereka, walau mereka mesra, xder feeling dan dah rasa mcm adik beradik sekalipun, keatas merekaitu tetap HARAM dlm perkara2 yg haram bagi mereka, atas kapasiti BUKAN MAHRAM.

    5zul

    • *
    • Posts: 3025
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #10 23 September, 2010, 09:16:52 AM
  • Publish
  • senyum-
    jng kawen adek kandung dah lah...

    lama terpisah akhir di satu dalam jerat percintaan,, bila nak risik,,,alahai adek aku.....
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Arozi

    • *
    • Posts: 684
      • View Profile
    Reply #11 23 September, 2010, 09:17:18 AM
  • Publish
  • Nak tahu la hadis yang mana ada sebut tentang perkahwinan kerabat dekat tak digalakkan. Ada sapa2 tahu tak?

    Kurang jelas laa, pernah dgnr hadis mengenainya, tetapi  bukan TIDAK MENGGALAKKAN kahwin dgn kerabat terdekat, Hadis tu lebih MENGGALAKKAN kahwin dengan mereka yg jauh dari segi hubungan kerabat tu.. maaf, masih belum jumpa hadis yg sedang ku cari itu...

    Amir~Hasif

    • *
    • Posts: 53
      • View Profile
    Reply #12 23 September, 2010, 11:54:51 AM
  • Publish
  • Nak tahu la hadis yang mana ada sebut tentang perkahwinan kerabat dekat tak digalakkan. Ada sapa2 tahu tak?

    Kurang jelas laa, pernah dgnr hadis mengenainya, tetapi  bukan TIDAK MENGGALAKKAN kahwin dgn kerabat terdekat, Hadis tu lebih MENGGALAKKAN kahwin dengan mereka yg jauh dari segi hubungan kerabat tu.. maaf, masih belum jumpa hadis yg sedang ku cari itu...

    mana ada dalil kawin kerabat xdigalakkan..
    sah je perkahwinan tu..
    yg xdigalakkan tu ikut kajian sains..
    genetik xberkembang dan banyak kesan sampingannya..
    tu pun xdapat dibuktikan dgn sahih..hehh
    ...Apa yg dicari, tidak ada mata utk melihat. tiada telinga utk mendengar. tiada mulut utk bicara. yg tinggal, berseorangan di alam sana~

    Amir~Hasif

    • *
    • Posts: 53
      • View Profile
    Reply #13 23 September, 2010, 12:13:31 PM
  • Publish
  • jgn mengharamkan perkara yg halal dan jgnlah menghalalkan perkara yg haram.

    apa yg halal, tetap halal disisi Allah.. peace~

    ibnushams

    • *
    • Posts: 25
      • View Profile
    Reply #14 23 September, 2010, 01:48:55 PM
  • Publish
  • dari sudut hukum memang halal...tp dari sudut  budaya atau kesihatan mungkin sedikit kurang bgus...tidak digalakkan...klu tak nak kahwin sepupu..kahwinlah ngan mak sepupu...atau bapa sepupu...:-) okaja*

    liefi

    • *
    • Posts: 36
      • View Profile
    Reply #15 23 September, 2010, 02:21:01 PM
  • Publish
  • Quote from: liefi on Hari ini ~ 03:34:52 AM
    nk tnye..sepupu sebelah ayah boleh tak  nk berkahwin?
    maksud sy ialah ayah lelaki dgn ayah perempuan tu adalah adik beradik
    jd mereka nk kahwinkn anak mereka....
    boleh tak?



    BOLEH.. cuma, ayah lelaki tu jer yg xleh kawen ngan pompuan tu, sbb pompuan tu anak saudaranya..
    Quote

    oo...boleh..sy igt xboleh coz  kwn sy cakap xboleh sebabnya ayah  sepupu lelaki tu boleh jd wali si pompuan sekiranya wali si pompuan dh xde...
    terima kasih atas info tu..

    ibnushams

    • *
    • Posts: 25
      • View Profile
    Reply #16 23 September, 2010, 02:36:26 PM
  • Publish
  • yer boleh...dalilnya seperti Saidina Ali dengan Fatimah Az-Zahra...Saidina Ali merupakan sepupu Rasulullah dan menantunya...Fatimah Az-Zahra merupakan anak sepupu dan isteri S.Ali...

    Duratul_Mujahid

    • *
    • Posts: 608
      • View Profile
    Reply #17 23 September, 2010, 09:52:36 PM
  • Publish
  • Soal anak cacat, sakit atau sebagainya..itu urusan Allah. Tak semestinya dengan kahwin sesama sepupu, boleh jamin anak itu akan cacat. Ada pasangan yang kahwin bukan dari kalangan keluarga pun berpotensi dapat anak kurang upaya.
    Menterjemah Apa Yang Tersirat DI MInda
    http://durratulmujahid.blogspot.com/

    Amir~Hasif

    • *
    • Posts: 53
      • View Profile
    Reply #18 23 September, 2010, 10:04:13 PM
  • Publish
  • Soal anak cacat, sakit atau sebagainya..itu urusan Allah. Tak semestinya dengan kahwin sesama sepupu, boleh jamin anak itu akan cacat. Ada pasangan yang kahwin bukan dari kalangan keluarga pun berpotensi dapat anak kurang upaya.

    ye betul.. tepat sekali..
    cacat ke xcacat tu urusan Allah, dan bergantung dgn cara hidup dan pemakanan juga penjagaan adab2 antara suami isteri..
    islam dah lengkap, Allah turunkan Al Quran sbg penawar dan rahmat utk sekalian alam.
    cukup lah Al Quran sbg petunjuk bg kaum muslimin muslimat sbg rujukan utk kesejahteraan dan kemaslahatan keluarga.

    wallahu a'lam~

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1368
      • View Profile
    Reply #19 23 September, 2010, 10:36:38 PM
  • Publish
  • Sejahtera Jua Hendak-NYA ke atas kalian

    Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw.: Lihatlah orang yang dibawahmu, dan jangan melihat orang yang di atasmu, krn demikian itu lebih tepat, supaya kamu tidak meremehkan ni'mat kurnia Allah kepada kamu .

    Disebalik perbincangan mungkin terkandung sesuatu untuk diperhatikan ..... Takut la plak dapat anak yg cacac jika kawin sepupu ..... jgn plak dah sempurna fizikal tu hidup tak menjadi org Islam yg bersaudara. Takpun nama je sempurna fizikal tapi jiwa tak tenang .... malu la pada OKU. Kemungkinan dah cacat menghalang seseorang dari beriman .... tapi kalau sempurna fizikal tak dapat merasai lazat iman ... lagi la malu.

    Pernah suatu hari Abdullah bin Ummi Maktum, seorang sahabat Nsbi SAW yang buta, hendak pergi ke masjid untuk menunaikan shalat berjamaah. Di tengah jalan dia terjatuh dan terperosok di sebuah lubang. Besoknya Ibnu Ummi Maktum pergi lagi ke masjid seperti biasa, namun kali ini ada seseorang yang berbaik hati yang menuntunya. Tentu saja Ibnu Ummi Maktum heran karena orang itu tidak turut sholat berjamaah. Tetapi Ibnu Ummi Maktum  hanya mengucapkan terima kasih seraya berkata “Kau ini baik sekali, siapakah kau ini sebenarnya?” Jawab orang itu, “AKu adalah setan.” Kaget Ibnu Ummi Maktum mengetahui siapa yang telah berbuat baik kepadanya. Kata Ibnu Ummi Maktum, “Apa maksudmu menolongku?” Jawab setan yang berujud orang baik itu “Kemarin ketika kau jatuh terperosok, setengah dari dosamu diampuni oleh Allah. Aku khawatir kalau kali ini kau jatuh lagi, maka habislah dosamu.”

    renung2kan jika saya punyai fikiran ..... pernah mak saya kata kat saya nie ... takde akal ke ... mak saya tegur lagi ... asal je mak minta tolong liatt je kamu nie .... direnung2 ... saya nie cacat akhlak la ... hebat sahabat Rasulullah ... jatuh lubang pun tak maki-hamun
    « Last Edit: 23 September, 2010, 10:40:38 PM by Saya Hamba »

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    12 Replies
    17430 Views
    Last post 17 July, 2012, 11:02:01 AM
    by sobriazmi
    15 Replies
    9766 Views
    Last post 09 February, 2012, 11:58:44 PM
    by al_ahibbatu
    4 Replies
    1141 Views
    Last post 12 April, 2012, 05:26:07 PM
    by Nasiha Sakina