Ikan - Ikan di laut ,sungai, Tasik dan Kolam.

*

Author Topic: Ikan - Ikan di laut ,sungai, Tasik dan Kolam.  (Read 27301 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

anazahra

  • *
  • Posts: 924
    • View Profile
Reply #20 22 September, 2010, 03:21:25 PM
  • Publish
  • 8. Swordfish, max. recorded speed = 64 kilometer perjam


    Pak_Long

    • *
    • Posts: 665
    • Redha MU YA ALLAH ku harapkan.. AMIN
      • View Profile
    Reply #21 26 September, 2010, 11:56:26 PM
  • Publish
  • Ikan yang Paling Pelik Rupanya di Akuarium Sydney

    Mortimer, pemberi maklumat yang berkhidmat untuk akhbar Bild Jerman, amat terkejut apabila ternampak ikan yang rupanya begitu menggerunkan ini di sebuah akuarium di Sydney baru-baru ini.

    Mortimer telah mengunjungi banyak akuarium di merata-rata tempat di dunia untuk mengambil gambar pelbagai spesies ikan. Bagaimanapun, menurutnya, inilah kali pertama dia menemui seekor ikan yang rupanya begitu pelik dan menakutkan.

    Dilihat dari rupanya, ikan ini mungkin seekor belut laut. Disebabkan insangnya sangat kecil, ikan jenis ini hanya boleh menggunakan mulutnya yang cukup besar ini untuk "mengepam" air supaya masuk atau keluar dari tubuhnya.

    Sesiapa yang dikalangan kamu yang melihat kemungkaran,maka ubahlah dengan tangannya,jika dia tidak mampu,maka ubahlah dengan lidahnya dan jika dia tidak mampu (walau hanya dengan lidah) maka ubahlah dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah Iman. Muslim

    Pak_Long

    • *
    • Posts: 665
    • Redha MU YA ALLAH ku harapkan.. AMIN
      • View Profile
    Reply #22 27 September, 2010, 12:03:44 AM
  • Publish
  • Ikan Tapah ialah satu spesies ikan duri air tawar dalam famili Siluridae yang terdapat di bahagian selatan Asia dari Pakistan ke Vietnam, Malaysia, dan Indonesia. Ikan ini juga dilaporkan terdapat di Afghanistan. Bandar Tapah di Perak, Malaysia, dinamai sempena ikan ini.
    Taburan dan biologi
    Ikan Tapah hidup di sungai dan tasik yang besar, dengan dasar sungai yang berlumpur dan air yang mengalir dengan perlahan. Ikan ini amat lembap dan biasa menyembunyikan diri di dalam lubang-lubang yang terdapat di tebing sungai dan terusan atau mengekalkan diri di dasar sungai untuk mencari makanan.

    Ikan Tapah adalah pemangsa yang kuat makan. Makanan untuk ikan dewasa termasuk ikan yang lebih kecil, krustasia, dan moluska, manakala anak ikan biasanya makan serangga. Oleh itu, ikan ini adalah ikan perosak, khususnya terhadap ikan-ikan lain yang lebih bernilai.
    Ikan Tapah membiak pada musim panas sebelum musim hujan. Oleh itu, banyak ikan duri ini boleh ditemukan pada musim panas.

    Badan Ikan Tapah panjang dan amat padat. Ikan ini boleh tumbuh sehingga 2.4 meter (8 kaki) panjang. Kepalanya lebar, dengan mulut yang besar dan melekuk. Sudut-sudut mulutnya menjangkau ke belakang matanya. Gigi ikan ini amat tajam dan boleh menggigit manusia. Matanya kecil sahaja, dengan tepi di sekelilingnya. Ikan Tapah mempunyai dua pasang duri, dengan sirip dorsal yang kecil dan sirip belakang yang amat panjang.



    mmmmmmmmm,kalau buat masak lemak tempoyak pun sedap...

    Pak_Long

    • *
    • Posts: 665
    • Redha MU YA ALLAH ku harapkan.. AMIN
      • View Profile
    Reply #23 27 September, 2010, 12:07:19 AM
  • Publish
  • IKAN PARI KUALA PAHANG 40KG

    Ikan Pari adalah bersaudara dengan ikan jerung. Tetapi tidak seperti ikan jerung, yang merupakan pemangsa yang menggerunkan dengan rahang yang berkuasa, ikan pari jarang sekali menugut manusia dan mulutnya yang kecil bukanlah ancaman sama sekali.
    Berhampiran pangkal ekor ikan pari terdapat taji sekitar 8-inch yang diselitupi dengan bahan yang sama yang membentuk sisik yu, yang dikenali sebagai dermis dentikle (dermal denticles). Hujung ini, yang menjadi keras dan tegang apabila ikan pari merasa terancam, berbentuk seperti pisau daging bergerigi dan memiliki bisa yang mengancam pemangsa.
    Sebahagian besar racun itu sendiri adalah toksin berasaskan protein yang menyebabkan kesakitan pada mamalia dan boleh juga mengubah kadar degupan jantung dan pernafasan, mengikut pada Makmal Mote Marine.
    Ikan pari jarang menyerang manusia, bagaimanapun sekiranya ia dipijak, ikan pari akan menggunakan tajinya sebagai satu bentuk mempertahankan diri," mengikut Nancy Passarelli dan Andrew Piercy bagi Florida Muzium Sejarah Semulajadi. "Walaupun ditikam oleh ekor ikan pari amat menyakitkan, ia adalah jarang menjadi ancaman kepada nyawa manusia."
    Terdapat kira-kira 200 spesies ikan pari. Ia terdapat di kedua-duanya air tawar dan di lautan. Kebanyakannya tidak mempunyai keupayaan untuk menyengat.



    qaseh2003

    • *
    • Posts: 306
    • Anugerah Allah
      • View Profile
    Reply #24 27 September, 2010, 11:22:03 AM
  • Publish
  • Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.

    Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.
    Ikan Keli yang dijual di pasar.

    Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati adalah:-

       1. Ikan Keli Kayu
       2. Ikan Keli Bunga
       3. Ikan Keli Eksotika
       4. Ikan Keli Limbat
       5. Ikan Keli Mata Kati
       6. Ikan Keli Rusia
       7. Ikan Keli Afrika
       8. Ikan Keli Jeram
       9. Ikan Keli Hutan


    Nasihat Rasullullah kepada Mu’awiyah : Wahai Mu’wiyah, jauhi sifat marah kerana marah dapat merosakkan iman seseorang sebagaimana pahit jadam merosakkan madu yang manis..

    qaseh2003

    • *
    • Posts: 306
    • Anugerah Allah
      • View Profile
    Reply #25 27 September, 2010, 07:40:02 PM
  • Publish
  • Ikan Mas (bahasa Inggeris: Goldfish ), Carassius auratus, merupakan salah satu ikan terawal yang dibela jinak, dan masih merupakan ikan akuarium yang dipelihara. Selain daripada merupakan ahli yang agak kecil kepada famili ikan kap (yang merangkumi ikan kap koi serta kap krusian), Ikan Mas ialah versi bela jinak kepada ikan kap kelabu tua/perang yang berasal dari Asia Timur (dibela jinak buat pertama kali di China)[1]  dan yang dibawa masuk ke Eropah pada akhir abad ke-17. Nama saintifiknya Carassius auratus. Mutasi yang melahirkan Ikan Mas juga diketahui daripada spesies-spesies siprinid yang lain, seperti kap biasa dan tench.

    Ikan Mas boleh tumbuh sehingga 23 inci (59 sentimeter) panjangnya dan 9.9 paun (4.5 kilogram) beratnya, walaupun saiz ini jarang dicapai; sebenarnya, tidak banyak Ikan Mas yang dapat mencapai sehingga separuh saiz ini. Dalam keadaan-keadaan optimum, Ikan Mas boleh hidup selama 20 tahun lebih (rekod dunia ialah 49 tahun), tetapi kebanyakan Ikan Mas yang dipelihara di rumah umumnya hanya hidup selama enam hingga lapan tahun, akibat selalu dipelihara di dalam mangkuk. [2]







    qaseh2003

    • *
    • Posts: 306
    • Anugerah Allah
      • View Profile
    Reply #26 27 September, 2010, 07:47:11 PM
  • Publish
  • Lumba-lumba Ambu (bahasa Inggeris: Finless Porpoise) ialah salah satu daripada enam spesies lumba-lumba. Di bahagian utara Jepun, haiwan ini dikenali sebagai sunameri. Jenis air tawar yang didapati di Sungai Yangtze di China digelarkan oleh orang-orang tempatan sebagai jiangzhu atau "babi sungai". Nama sainsnya Neophocaena phocaenides.


    Taburan

    Lumba-lumba Ambu hidup di perairan pinggir laut Asia, khususnya di sekitar India, China, Indonesia, dan Jepun. Jenis air tawar yang unik terdapat di Sungai Yangtze. Taburannya yang paling barat termasuk sepanjang pantai barat India sehingga Teluk Parsi.

    Lumba-lumba Ambu hidup berhampiran dengan pantai di dalam perairan cetek sehingga 50 meter dalam. Perairan tersebut sering mempunyai dasar laut yang lembut atau berpasir. Dalam kes-kes kekecualian, haiwan ini terdapat sehingga 100 batu dari pantai di China Timur dan Laut Kuning, walaupun masih dalam air cetek.


     Huraian fizikal

    Lumba-lumba Ambu hampir langsung tidak mempunyai ridip. Sebaliknya, haiwan ini mempunyai satu rabung rendah yang dilitupi dengan kulit tebal yang mempunyai dentikal seolah-olah gigi kecil. Ini membuktikan bahawa bentuk badan yang dipilih oleh evolusi untuk Yu, dolfin, dan lumba-lumba bukannya bentuk badan tunggal yang mungkin bagi haiwan laut.

    Lumba-lumba Ambu dewasa mempunyai warna kelabu muda yang seragam. Kebanyakan bayi haiwan ini berwarna hitam dengan warna kelabu di sekeliling kawasan rabung dorsal. Bagaimanapun, warna haiwan ini menjadi kelabu selepas 4-6 bulan. Haiwan dewasa ini boleh mencapai 1.55 meter panjang. Haiwan jantan menjadi matang tentang seks antara 4.5 - 9 tahun, berbanding dengan haiwan betina yang mencapai kematangan antara 3 - 7 tahun. Lumba-lumba Ambu makan berbagai-bagai ikan, udang, serta sefalopod, atau apa-apa sahaja yang ada.
     Pemuliharaan

    Tidak terdapat data yang mencukupi untuk memasukkan Lumba-lumba Ambu dalam senarai spesies terancam, kecuali di China di mana haiwan ini benar-benar terancam. Kecendurungan haiwan ini untuk hidup berhampiran dengan pantai mendedahkannya kepada bahaya kegiatan menangkap ikan. Banyak Lumba-lumba Ambu dibunuh setiap tahun oleh jala-jala atau mata-mata kail yang ditempatkan di seberang sungai-sungai.

    Tidak terdapat juga anggaran-anggaran yang baik untuk bilangan Lumba-lumba Ambu yang masih hidup. Bagaimanapun, perbandingan antara dua tinjauan, satu pada lewat 1970-an dan yang lain itu pada tahun 1999/2000, menunjukkan kemerosotan bilangan dan taburan haiwan ini. Ahli-ahli sains mempercayai bahawa kemerosotan ini telah berlangsung selama berdekad-dekad dan bilangannya yang terkini hanya merupakan sebahagian kecil daripada bilangan sejarahnya.







    Eyda Aam

    • *
    • Posts: 685
    • Wanita solehah adalah sebaik2 perhiasan duniawi
      • View Profile
    Reply #27 28 September, 2010, 06:00:14 PM
  • Publish
  • !



    Para penyelidik di Monterey Bay Aquarium Research Institute membuat penemuan mereka selepas menggunakan kamera khusus untuk mencatat ikan di kedalaman 800m.

    "Sejak" Barreleye fish " atau ikan Macropinna microstoma pertama kali ditemui  pada tahun 1939, ahli-ahli biologi marin mendapati  bahawa mata berbentuk tabung  itu  sangat baik untuk mengumpul cahaya,"

    "Namun, matanya  diyakini tetap di tempatnya  dan tampaknya hanya menyediakan sebuah terowong-visi " iaitu pandangan yang hanya tepat di atas kepala ikan."

    Masih tidak ditemui jawapanya kenapa kepalanya yang telus sangat rapuh dan tidak pernah bertahan hidup pabila  dibawa ke permukaan.

    [Maha Suci ALLAH , Tuhan Pencipta ALAM, kadang-kadang ciptaanNYA tidak terjangkau dek akal.
    Sesungguhnya DIA MAHA mengetahui akan segala ciptaanNYA.SUBHANALLAH


    ALLAH sentiasa dekat dengan kita.

    nilabiru

    • *
    • Posts: 338
      • View Profile
    Reply #28 29 September, 2010, 10:08:43 AM
  • Publish
  • IKAN BELACAK



    Ikan Belacak atau juga dikenali sebagai Ikan Tembakul atau Ikan Belodok, merupakan ahli subkeluarga Oxudercinae (suku: Periophthalmini), dalam famili Gobiidae (Gobies). Ikan belacak merupakan ikan afimbia, disesuaikan secara unik bagi habitat muara pasang surut, berbeza dengan kebanyakan ikan di habitat sedemikian, yang hidup dengan air surut dengan bersembunyi di bawah rumpt laut basah atau dalam kolam pasang surut.Ikan belacak agak aktif semasa di luar air, makan dan berinteraksi sesama sendiri, contohnya mempertahankan kawasan mereka.
    Ikan Belacak hanya terdapat di kawasan tropika dan separa tropika, termasuk keseluruhan Lautan Hindi-Pasifik dan Lautan Atlantik di persisiran Afrika.



    Berbanding dengan gobies air sepenuhnya, ikan ini menampilkan sejumlah tabiat khusus dan adaptasi fisiologi bagi cara hidup afimbia. Ini termasuk:
    Adaptasi secara anatomi dan tabiat yang membenarkan menreka bergerak dengan berkesan di daratan dan juga di air.
    Keupayaan untuk bernafas melalui kulit dan lapisan mulut mereka (mukosa) dan kerongkong (pharynx). Ini hanya berlaku semasa ikan belacak lembab, menghadkan ikan belacak kepada habitat lembab dan memerlukan mereka mengekalkan diri mereka lembab. Kaedah pernafasan ini, menyerupai yang digunakan oleh haiwan afimbia, dikenali sebagai pernafasan udara kutaneous (cutaneous).Adaptasi penting yang lain adalah yang membantu pernafasan adalah kamar insang dibesarkan, di mana mereka mengekalkan udara. Ini bertindak sebagai silinder oksigen penyelam, dan turut membekalkan oksigen semasa di daratan.
    Menggali sarang jauh ke dalam mendakan lembut yang membenarkan ikan mengekalkan haba (thermoregulate);mengelak pemangsa semasa air pasang ketika ikan dan sarang di bawah air and for laying their eggs.
    Periophthalmus gracilis (dari Malaysia hingga Utara Australia)
    Sungguhpun ketika sarangnya tenggelam, ikan belacak mengekalkan gelembung udara di dalamnya, yang membenarkan ia bernafas dalam kepekatan oksigen amat rendah.

    afiQoh

    • *
    • Posts: 773
    • bakal jenazah
      • View Profile
    Reply #29 18 December, 2012, 12:12:32 PM
  • Publish
  • Lumba-lumba Ambu (bahasa Inggeris: Finless Porpoise) ialah salah satu daripada enam spesies lumba-lumba. Di bahagian utara Jepun, haiwan ini dikenali sebagai sunameri. Jenis air tawar yang didapati di Sungai Yangtze di China digelarkan oleh orang-orang tempatan sebagai jiangzhu atau "babi sungai". Nama sainsnya Neophocaena phocaenides.


    Taburan

    Lumba-lumba Ambu hidup di perairan pinggir laut Asia, khususnya di sekitar India, China, Indonesia, dan Jepun. Jenis air tawar yang unik terdapat di Sungai Yangtze. Taburannya yang paling barat termasuk sepanjang pantai barat India sehingga Teluk Parsi.

    Lumba-lumba Ambu hidup berhampiran dengan pantai di dalam perairan cetek sehingga 50 meter dalam. Perairan tersebut sering mempunyai dasar laut yang lembut atau berpasir. Dalam kes-kes kekecualian, haiwan ini terdapat sehingga 100 batu dari pantai di China Timur dan Laut Kuning, walaupun masih dalam air cetek.


     Huraian fizikal

    Lumba-lumba Ambu hampir langsung tidak mempunyai ridip. Sebaliknya, haiwan ini mempunyai satu rabung rendah yang dilitupi dengan kulit tebal yang mempunyai dentikal seolah-olah gigi kecil. Ini membuktikan bahawa bentuk badan yang dipilih oleh evolusi untuk Yu, dolfin, dan lumba-lumba bukannya bentuk badan tunggal yang mungkin bagi haiwan laut.

    Lumba-lumba Ambu dewasa mempunyai warna kelabu muda yang seragam. Kebanyakan bayi haiwan ini berwarna hitam dengan warna kelabu di sekeliling kawasan rabung dorsal. Bagaimanapun, warna haiwan ini menjadi kelabu selepas 4-6 bulan. Haiwan dewasa ini boleh mencapai 1.55 meter panjang. Haiwan jantan menjadi matang tentang seks antara 4.5 - 9 tahun, berbanding dengan haiwan betina yang mencapai kematangan antara 3 - 7 tahun. Lumba-lumba Ambu makan berbagai-bagai ikan, udang, serta sefalopod, atau apa-apa sahaja yang ada.
     Pemuliharaan

    Tidak terdapat data yang mencukupi untuk memasukkan Lumba-lumba Ambu dalam senarai spesies terancam, kecuali di China di mana haiwan ini benar-benar terancam. Kecendurungan haiwan ini untuk hidup berhampiran dengan pantai mendedahkannya kepada bahaya kegiatan menangkap ikan. Banyak Lumba-lumba Ambu dibunuh setiap tahun oleh jala-jala atau mata-mata kail yang ditempatkan di seberang sungai-sungai.

    Tidak terdapat juga anggaran-anggaran yang baik untuk bilangan Lumba-lumba Ambu yang masih hidup. Bagaimanapun, perbandingan antara dua tinjauan, satu pada lewat 1970-an dan yang lain itu pada tahun 1999/2000, menunjukkan kemerosotan bilangan dan taburan haiwan ini. Ahli-ahli sains mempercayai bahawa kemerosotan ini telah berlangsung selama berdekad-dekad dan bilangannya yang terkini hanya merupakan sebahagian kecil daripada bilangan sejarahnya.




    tercari2 tak jumpa lagi...bercakap dengan hewan best2..

    ikan tetap dengan dirinya meski duk tempat lain..cuma kalau duk atas darat lama2 boleh mampus sebab bukan tempat dia la tu...heheh
    ~kurangkan bicara soal hati,pasti jiwa mu mati tapi banyakkan bicara dalam soal mati pasti hatimu sentiasa hidup~

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    jala ikan dan mancing ikan

    Started by fairuzniza Ad-Da'wah

    2 Replies
    3175 Views
    Last post 06 June, 2007, 07:46:49 AM
    by abu atiyah
    8 Replies
    3510 Views
    Last post 20 June, 2012, 02:46:50 PM
    by Ummu Fatimah
    37 Replies
    6953 Views
    Last post 09 April, 2011, 07:09:00 PM
    by annur nafisah