Ikan - Ikan di laut ,sungai, Tasik dan Kolam.

Author Topic: Ikan - Ikan di laut ,sungai, Tasik dan Kolam.  (Read 27222 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Nur_Ain

  • *
  • Posts: 228
    • View Profile
22 September, 2010, 09:08:41 AM
  • Publish
  •  :)


    Kita buat encyclopedia ikan dalam topik ini. Penuhkan dengan gambar ikan , mesti  ada nama melayu,nama saintifik dan nama inggeris. Untuk memudahkan loading, post hanya satu gambar  sahaja dengan sedikit info mengenai ikan itu.

    Terima kasih di atas kerja sama.
    « Last Edit: 22 September, 2010, 09:26:35 AM by Nur_Ain »

    Nur_Ain

    • *
    • Posts: 228
      • View Profile
    Reply #1 22 September, 2010, 09:54:18 AM
  • Publish

  • Ikan tergolong dalam benda hidup, kumpulan haiwan, mempunyai tulang belakang. Ciri-ciri haiwan ikan adalah seperti berikut :-


        * Hidup di dalam air.
        * Mempunyai sisik yang berlendir.
        * Mempunyai sirip untuk bergerak.
        * Bernafas melalui insang.
        * Membiak secara bertelur.
        * Berdarah sejuk.

    Terdapat lebih daripada 27,000 spesies ikan, dan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori utama:


       1. ikan bertulang keras (22,000 spesies)
       2. ikan bertulang rawan (800 spesies)
       3. ikan tanpa rahang (75 spesies)

    Contoh-contoh haiwan dari keluarga ikan :-


       1. Ikan Angel
       2. Ikan Arowana
       3. Ikan Barb
       4. Ikan Baung
       5. Ikan Cencaru
       6. Ikan Gelama Papan
       7. Ikan Jelawat
       8. Ikan Kalui Sabah
       9. Ikan Keli
      10. Ikan Patin
      11. Ikan Pelaga
      12. Ikan Tilapia
      13. Ikan Tapah
      14. Ikan Semilang Laut
      15. Ikan Bujuk
      16. Ikan Ketutu
      17. Ikan Sebelah Laut
      18. Ikan Toman
      19. Ikan Kap Kepala Besar
      20. Ikan Mas
      21. Ikan Pari
      22. Ikan Sia
      23. Ikan Belida
      24. Ikan Baung
      25. Ikan Kerapu
      26. Ikan Pelaga Siam
      27. Ikan Sepilau
      28. Ikan Sekila
      29. Ikan Siakap
      30. Ikan Siakap Merah
      31. Ikan Tilapia Merah
      32. Ikan Keli
      33. Ikan Lomah
      34. Ikan Ketutu
      35. Ikan Lampam Sungai
      36. Ikan Temperas
      37. Ikan Sia
      38. Ikan Terbul
      39. Ikan Seluang
      40. Ikan Tengalan
      41. Ikan Tengas
      42. Ikan Kelabau
      43. Ikan Toman
      44. Ikan Ketutu
      45. Ikan Sebarau
      46. Ikan Temakang
      47. Ikan Jelawat
      48. Ikan Lampan sungai
      49. Ikan Lomah
      50. Ikan Tengalan
      51. Ikan Sebarau
      52. Ikan Lampam Sungai
      53. Ikan gupi
      54. Ikan Tengas
      55. Ikan Kelah
      56. Ikan Baung
      57. Ikan Tengas
      58. Ikan Seluang
      59. Ikan Biji durian
      60. Ikan Daun
      61. Ikan Diskus
      62. Ikan Kepar
      63. Ikan Puyu
      64. Ikan Yu


    Nur_Ain

    • *
    • Posts: 228
      • View Profile
    Reply #2 22 September, 2010, 10:04:59 AM
  • Publish


  • Ikan herring sebagai rantai makanan laut yang penting


    [float=left][/float]Ikan herring adalah ikan laut yang memiliki warna cerah keperakan. Sekilas mirip bandeng namun memiliki panjang tubuh yang jauh lebih pendek. Ikan herring merupakan ikan yang penting peranannya dalam rantai makanan perikanan laut, karena ikan ini merupakan ikan yang dijadikan makanan utama hampir semua predator laut seperti ikan tuna, ikan hiu, ikan lumba – lumba, ikan paus, singa laut dan lain – lain. Perkembangan ikan ini di laut bebas merupakan indikator keberadaan ikan besar yang menjadi pemangsa mereka.

    Ikan herring terdapat dalam dua spesies yaitu ikan herring atlantic dan ikan herring pasifik. Ikan ini memiliki nama genus clupea. Habitat hidupnya, ikan ini menghabiskan hidupnya di perairan tengah dan dalam. Dengan pola hidup mengelompok, ikan ini mencari makanan hewan – hewan renik seperti udang – udangan, crustacea dan cumi. Namun ikan herring paling banyak mengkonsumsi plankton dalam hidupnya, dengan menggunakan insangnya yang istimewa ikan herring menyaring kandungan plankton di dalam air dan menjadikannya sebagai makanan utama.

    Di perairan tengah dan dalam, ikan herring hidup dalam kelompok besar yang bisa terdiri dari ribuan ikan dalam kelompok tersebut dan mereka berpindah dan menghindari mangsa juga tanpa meninggalkan kelompok besarnya. Kemunculan ikan herring di perairan berarti membawa berkah bagi ikan – ikan predator yang berada di sekitarnya. Jika anda melihat kemunculan ikan herring di perairan dalam hampir bisa dipastikan terdapat banyak ikan besar seperti ikan tuna, salmon, hiu dan paus yang dekat dengan kawanan itu karena ikan herring adalah salah satu pakanan ikan predator di laut.

    Sebagai ikan peraira tengah dan dalam, ikan herring menjadi makanan banyak spesies laut, sehingga ikan ini sering dipakai oleh para nelayan untuk umpan pemancingan tuna Dengan dipotong – potong dangingnya. Pemancingan dasar atau casting dapat juga menggunakan umpan ikan ini meskipun amat jarang dipakai di Indonesia. Namun penggunaan pola warna ikan herring yang mengkilap dan terang dijadikan pilihan bagi berbagai macam umpan buatan seperti jig atau popper. Warna cerah dari berbagai umpan tersebut menjadi pilihan karena bisa menarik minat ikan untuk memakannya.

    Ikan herring merupakan ikan konsumsi juga di berbagai negara. Dengan hasil produksinya yang banyak dan melimpah, ikan ini dijadikan berbagai makanan dengan rasa dan berbagai metode masakan. Di Jepang ikan ini dikenal sebagai bahan makanan sashimi yang bisa dimakan mentah dengan saus dan sake yang nikmat. Di negara lain yang beriklim dingin ikan herring dijadikan acar yang dapat disimpan sebagai cadangan makanan yang awet berbulan – bulan.

    Nur_Ain

    • *
    • Posts: 228
      • View Profile
    Reply #3 22 September, 2010, 10:12:03 AM
  • Publish

  • Ikan Angel

    [float=left][/float]Ikan Angel (Pterophyllum Sclare) berbentuk pipih dan hujung mulutnya tajam. Sirip dorsal dan analnya terbuka lebar ke arah ekor. Di bahagian dada terdapat sepasang sirip yang terjuntai menjangkau ke ekor berwarna putih. Warna di bahagian bawah tubuhnya kelabu berkilat. Di bahagian atas kepalanya coklat kehitaman. Ikan ini boleh membesar sehingga 15cm. Morfologinya yang berbentuk cakera dan suka berenang di pertengahan akuarium menjadikan ia sangat digemari sebagai ikan hiasan. Ikan ini tahan lasak dan pemakanannya mudah. Ia diberi makan Blood worm, Daphnia sd., Moina sp., jejentik dan pelet. Ikan ini sesuai diternak secara berkumpulan. Ikan jantan mempunyai badan lebih besar daripada ikan betina. Jika dipandang dari atas kelihatan perutnya pipih dan kepalanya lebih besar. Bahagian atas antara mulut dan sirip dorsal (dahi) berbentuk cembung. Warnanya lebih terang. Liang genitalnya kecil panjang dan berbentuk 'V'. Ikan betina bersaiz lebih kecil. Pandangan dari atas kelihatan perutnya lebih besar dan kepalanya lebih kecil. Bahagian antara mulut dan sirip dorsal rata. Warnanya tidak secerah ikan jantan. Liang genitalnya lebih tebal dan membengkak berbentuk 'U' apabila ikan telah matang. Tabiat ikan betina juga kurang agresif daripada ikan jantan.


    Pembiakan

    Apabila ikan angel jantan dan betina yang matang mendapat pasangan yang sesuai ia akan sentiasa berdua-duan, dan akan mencari permukaan untuk bertelur. Ikan angle melakukan pesenyawan luaran. Telur mereka boleh menjangkau hingga 800 biji.

    Nur_Ain

    • *
    • Posts: 228
      • View Profile
    Reply #4 22 September, 2010, 10:19:53 AM
  • Publish

  • Ikan Kelisa


    Scleropages formosus
    [float=left][/float]Ikan Kelisa (bahasa Inggeris: Arowana) juga dikenali sebagai "Dragon Fish" atau "Bony-tongued Dragon" oleh sesetengah masyarakat Cina serta para pengeksport/pengimport khususya, adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah kerana spesies ini mampu mempamerkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi.

    Semua ikan kelisa mempunyai kepala yang agak bertulang, dan badan memanjang yang dilitupi sisik besar dan berat dengan corak mozek terusan. Sirip dorsal dan dubur mempunyai sinar lembut dan agak panjang, manakala sirip pektoral dan ventral adalah kecil. Nama bony-tongue (lidah-tulang) berasal dari tulang bergigi di dasar mulut ikan kelisa, 'lidah', yang menggigit kepada gigi di lelangit mulut. Digelar dragon (naga) pula kerana sisik dan sesungutnya yang besar, menyerupai naga Cina. Ikan kelisa boleh mendapat oksigen dari udara dengan menyedutnya ke dalam pundi renangnya, yang berkedut dengan kapilari seperti tisu peparu.


    Kelakuan

    Ikan kelisa merupakan haiwan karnivor. Mereka pandai melompat, dan banyak yang mencari makan berhampiran permukaan air.


    Pengelasan

    Ikan kelisa terbahagi kepada sepuluh spesies: tiga dari Amerika Selatan, satu dari Afrika, empat dari Asia dan dua lagi dari Australia.



        * Kelisa Emas
              o Ikan Kelisa Emas Malaysia (Malaysian Golden atau Asian Bonytongue; nama sainsnya Scleropages formosus)
              o Ikan Kelisa Emas Indonesia: (Indonesian Golden atau Red-Tailed Golden Arowana; nama sainsnya Scleropages aureus)

    Ikan Kelisa adalah di bawah CITES (Convention on International Trade in Endangered Species). Dilarang menjual atau membeli Ikan Kelisa tanpa permit. Kebanyakan Ikan Kelisa di dalam akuarium rumah adalah daripada "fish farm" yang membiak ikan ini untuk dijual dan dieksport ke negeri lain, seperti Jepun dan Amerika.

    Nur_Ain

    • *
    • Posts: 228
      • View Profile
    Reply #5 22 September, 2010, 10:27:37 AM
  • Publish

  • Ikan Barb

    Tiger Barb
    [float=left][/float]Ikan Barb cantik, aktif mudah dipelihara dan dibiakkan. Ia berasal dari kawasan Asia dan Afrika. Spesies Asia terdapat di India, Malaysia dan sebahagian Negeri China. Terdapat beberapa spesies dalam kumpulan Ikan Barb, iaitu Tiger Barb ( Barbus tetrazona), Tiger barb tempatan (Barbus pentazone) Golden Barb (Barbus schuberti), Cherry barb ( Barbus conchonius), Black Ruby barb (barbus nigrofasciatus) dan Rosy barb ( Barbus conchonius). Ia adalah sejenis maserba kecuali beberapa spesies seperti Lampan Sungai ( Puntius Swanenfeldii) dan Lampan Siam (Puntius altus) ialah jenis maun. Ikan Barb boleh menyesuaikan diri dalam semua kualiti air. Ternakan di dalam akuarium memerlukan system penapisan dan pengudaraan. Jenis yang biasa diternak dalam akuarium ialah jenis yang kecil. Ikan ini dapat hidup selama 2-3 tahun ia sangat cantik jika dipelihara dalam kumpulan nonospesies.


    Terdapat beberapa jenis baru di pasaran seperti ' Green barb' yang mempunyai belang ( stripe) yang besar berwarna hijau berkilat dan jenis " Albino barb", yang berwarna kemerah-merahan dari spesies ikan Tiger Barb. Jenis lain ialah Rosy barb yang mempunyai sirip dorsal, ventral dan ekor yang panjang dikenali sebagai ' long-finned Rosy Barb'. Jenis-jenis baru seperti ini biasanya lebih laris dipasaran.

    Nur_Ain

    • *
    • Posts: 228
      • View Profile
    Reply #6 22 September, 2010, 12:37:14 PM
  • Publish

  • Ikan Puyu

    [float=left][/float]Ikan Puyu (Anabas testudineus) merupakan spesis ikan air tawar yang paling lasak, Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesis ini, bersisik dan bersirip keras memudahkan spesis ini bergerak diatas tanah yang berair, kerana pada ketika tertentu pada musim hujan kebanyakkanya berhijrah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain.


    Ia paling layak digelarkan spesis yang suka hijrah. Spesis ini juga mampu bertahan tanpa air hingga beberapa jam. Spesis ini hidup secara berkumpulan, dan kerana itu spesis ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti jaring, pukat, jala, tuba, & pancingan yang keterlaluan. Terdapat kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesis ini mampu menghalang gangguan makhluk halus. Kerana itu, masyarakat Melayu lama memelihara spesis ini di dalam rumah untuk tujuan itu.

    qaseh2003

    • *
    • Posts: 306
    • Anugerah Allah
      • View Profile
    Reply #7 22 September, 2010, 01:26:51 PM
  • Publish
  • PIRACUCU SI RAKSASA AIR TAWAR

    piracucu merupakan ikan air tawar bertubuh besar dan dapat mencapai berat lebih dari 200kg,kira-kira seukuran Big Show gtu lah…

    Ikan langka ini dapat mencapai ukuran lima meter dan dapat hidup di lingkungan yang kering dengan kadar oksigen yang sedikit. Lidah ikan ini oleh penduduk setempat sering dijadikan ampelas atau kikir untuk menghaluskan permukaan kayu. Keunikan lainnya apabila air di lingkungannya kering, ia akan menggulung menjadi bola dan membenamkan diri ke lubang sampai air kembali datang

    ikan jenis ini sudah dikembang biakan di indonesia,tepatnya di sea world

    wah tp ikan ini termasuk ikan jenis purba jd mungkin dulu hidupnya juga bareng sama dinosaurus bahkan bisa jadi ikan ini makanan dinosaurus.
    Nasihat Rasullullah kepada Mu’awiyah : Wahai Mu’wiyah, jauhi sifat marah kerana marah dapat merosakkan iman seseorang sebagaimana pahit jadam merosakkan madu yang manis..

    rhetoric

    Reply #8 22 September, 2010, 01:41:29 PM
  • Publish

  • ikan matahari-sunfish-mola mola


    fakta paling menarik tentang ikan ini:
    larvanya cuma sebesar(panjang) 2.5mm...tapi ia mampu membesar sehingga 1000kg...subhahanallah..
    « Last Edit: 22 September, 2010, 02:12:07 PM by Ummi Munaliza »

    qaseh2003

    • *
    • Posts: 306
    • Anugerah Allah
      • View Profile
    Reply #9 22 September, 2010, 01:45:14 PM
  • Publish

  • Ikan pelaga

    Ikan pelaga mempunyai pelbagai jenis yang di jelaskan melalui ekornya , warnanya dan pelbagai ciri - ciri kecantikannya. Pakar pembiak ikan pelaga barat kini sudah membiak pelbagai jenis ikan pelaga misalnya butterfly , marble dan sebagainya. Ikan pelaga yang jenis halfmoon amatlah jarang ditemui di Malaysia , walau ianya ditemui , tetapi harganya amatlah mahal:
    Semua jenis ikan pelaga yang ditunjukkan itu adalah gambar yang dibesarkan. Semua jenis ikan pelaga tersebut adalah jantan.





    [box2 title=Ulasan ADMIN]
    Mohon maaf,hanya satu atau dua gambar yang telah dicompress  diupload.
    [/box2]
    « Last Edit: 22 September, 2010, 02:08:39 PM by Ummi Munaliza »

    rhetoric

    Reply #10 22 September, 2010, 01:58:18 PM
  • Publish
  • candiru-canero-toothpick

    penghuni sungai amazon
    keluarga catfish parasit,hisap darah apa saja yg berdarah dalam air..
    disebabkan ikan ini,tak ada sesiapa yg akan kencing ketika mandi di sungai amazon..
    candiru akan tertarik dgn air kencing dan akan memasuki lubang kencing mereka yg kencing...
    fuuuhhh azab la kalo kono.....


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14486
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #11 22 September, 2010, 02:05:32 PM
  • Publish


  • Mohon gambar yang diupload, di compress,kecilkan pixelnya... kalau besar,loading lambat dan ada user langsung tidak dapat lihat gambar ikan.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14486
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #12 22 September, 2010, 02:22:37 PM
  • Publish


  • Kiriman di  sini  adalah berkaitan  gambar ikan-ikan, info  dan fakta. Tidak ada komen yang tidak bermanafaat  kerana mahu menjadikan topik ini topik ilmiah seperti encyclopedia sains.

    Harap maklum, mana -mana  kiriman  yang tidak berkaitan akan dipadamkan.

    anazahra

    • *
    • Posts: 924
      • View Profile
    Reply #13 22 September, 2010, 02:45:55 PM
  • Publish
  • Ikan cantik dan unik yang terpantas di dunia

    1. Sailfish, max. recorded speed = 110 kilometer perjam

    anazahra

    • *
    • Posts: 924
      • View Profile
    Reply #14 22 September, 2010, 02:56:28 PM
  • Publish
  • Ikan cantik dan unik yang terpantas di dunia

    2. Marlin, max. recorded speed = 80 kilometer perjam


    anazahra

    • *
    • Posts: 924
      • View Profile
    Reply #15 22 September, 2010, 02:57:38 PM
  • Publish
  • Ikan cantik dan unik yang terpantas di dunia

    3. Wahoo, max. recorded speed = 78 kilometer perjam


    anazahra

    • *
    • Posts: 924
      • View Profile
    Reply #16 22 September, 2010, 03:00:55 PM
  • Publish
  • 4. Tunny, max. recorded speed = 74 kilometer perjam


    anazahra

    • *
    • Posts: 924
      • View Profile
    Reply #17 22 September, 2010, 03:04:35 PM
  • Publish
  • 5. Bluefish tuna, max. recorded speed = 70 kilometer perjam


    anazahra

    • *
    • Posts: 924
      • View Profile
    Reply #18 22 September, 2010, 03:13:53 PM
  • Publish
  • 6. Great blue shark, max. recorded speed = 69 kilometer perjam


    anazahra

    • *
    • Posts: 924
      • View Profile
    Reply #19 22 September, 2010, 03:20:25 PM
  • Publish
  • 7. Bonefish, max. recorded speed = 64 kilometer perjam


    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    jala ikan dan mancing ikan

    Started by fairuzniza Ad-Da'wah

    2 Replies
    3170 Views
    Last post 06 June, 2007, 07:46:49 AM
    by abu atiyah
    8 Replies
    3502 Views
    Last post 20 June, 2012, 02:46:50 PM
    by Ummu Fatimah
    37 Replies
    6939 Views
    Last post 09 April, 2011, 07:09:00 PM
    by annur nafisah