Zoo Impian Ku

*

Author Topic: Zoo Impian Ku  (Read 16781 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14514
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
22 September, 2010, 08:40:53 AM
  • Publish
  •  :)

    Penuhkan topik ini dengan gambar binatang dan nama serta sedikit info yang menarik mengenai binatang itu. Nama melayu, nama sainstifik dan nama inggeris.

     :jaz:
    « Last Edit: 22 September, 2010, 10:33:35 AM by Ummi Munaliza »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Pak_Long

    • *
    • Posts: 661
    • Redha MU YA ALLAH ku harapkan.. AMIN
      • View Profile
    Reply #1 22 September, 2010, 09:02:23 AM
  • Publish
  •  :)


    Mamalia jenis "Vegetarian" ini sangat besar dapat ditemui di perairan dari Afrika Timur ke Australia, termasuk Laut Merah, Lautan Hindi, dan Pasifik.
    Dapat bertahan di dalam air selama enam minit sebelum muncul ke permukaan. Kadang-kadang bernafas dengan "berdiri" di ekor mereka dengan kepala mereka di atas air. Subhanallah, hebatnya kekuasaan Allah..
    « Last Edit: 22 September, 2010, 09:16:53 AM by Ummi Munaliza »
    Sesiapa yang dikalangan kamu yang melihat kemungkaran,maka ubahlah dengan tangannya,jika dia tidak mampu,maka ubahlah dengan lidahnya dan jika dia tidak mampu (walau hanya dengan lidah) maka ubahlah dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah Iman. Muslim

    Pak_Long

    • *
    • Posts: 661
    • Redha MU YA ALLAH ku harapkan.. AMIN
      • View Profile
    Reply #2 22 September, 2010, 09:34:28 AM
  • Publish
  •  :)



    Haiwan reptilia  yang mendiami bumi  hampir 230 juta tahun dahulu, yakni pada zaman Mesozoik  yang merupakan "Zaman Dinosaur". Perkataan "dinosaur" bermaksud "cicak yang dahsyat" dalam bahasa Greek dan pertama digunakan oleh Dr Richard Owen untuk menggelarkan haiwan-haiwan ini pada tahun 1842. Bukan semua haiwan yang hidup pada zaman prasejarah  itu dianggap sebagai dinosaur.

    Dinosaur juga terdapat dalam pelbagai jenis dan saiz. Saiznya berbeza daripada 30 meter panjang (100 kaki) dan 15 meter tinggi (50 kaki) sehingga saiz seekor ayam. Kehidupan dinosaur juga berbagai-bagai. Ada spesies yang hidup dalam kawanan dan ada yang hidup bersendirian. Ada yang makan daging dan ada juga yang makan tumbuh-tumbuhan.

    Dinosaur mempunyai ciri-ciri pembiakan seperti burung, iaitu membuat sarang, bertelur serta menjaga anak. Telur dinosaur berkulit keras. Telur ini ditimbus di dalam sangkak yang dibuat daripada ranting-ranting kayu, tumbuhan kering ataupun daripada lumpur. Telurnya juga boleh ditimbus di dalam lekuk di atas tanah yang dilindungi dengan tumbuhan atau pasir.

    Bestnya, ummi benarkan paklong pelihara dinosaur. Tak pernah termimpi nak pelihara dinosaur ni.  yahooo*  boleh kongsi2 info. Terima kasih...
    « Last Edit: 22 September, 2010, 11:18:21 AM by Ummi Munaliza »

    Nur_Ain

    • *
    • Posts: 228
      • View Profile
    Reply #3 22 September, 2010, 11:24:43 AM
  • Publish

  • Armadilo


    [float=left][/float]Armadilo ialah sejenis binatang daripada famili Dasy­podidae yang bersisik tebal, mengorek tanah dan menggulingkan badannya seperti bola apabila diserang, biasanya terdapat di benua Amerika.

    Nur_Ain

    • *
    • Posts: 228
      • View Profile
    Reply #4 22 September, 2010, 11:29:28 AM
  • Publish

  • Platipus


    [float=left][/float]Platipus atau Mallangong (Ornithorhynchus anatinus) ialah mamalia separa-akuatik kecil endemik di bahagian timur Australia, dan satu dari empat unjuran monotreme, kumpulan mamalia tunggal yang bertelur dan bukannya beranak (tiga yang lain adalah echidnas). Ia merupakan wakil tunggal bagi keluarga (Ornithorhynchidae) dan genus (Ornithorhynchus), walaupun fossil keluarga berkait telah dijumpai, sebahagian mereka juga tergolong dalam genus Ornithorhynchus.

    Nama saintifik Ornithorhynchus secara harafiahnya bererti 'hidung burung' dalam bahasa Yunani, dan anatinus bererti 'itik'. Nama biasanya [float=right][/float]bererti 'kaki leper' dan asalnya diberikan sebagai nama genus Linnaean, tetapi ia kemudiannya diketahui telahpun diberikan kepada Kumbang Ambrosia pengorek kayu.

    Nur_Ain

    • *
    • Posts: 228
      • View Profile
    Reply #5 22 September, 2010, 11:35:02 AM
  • Publish

  • Tenggiling

    [float=left][/float]Tenggiling (bahasa Inggeris: Malayan Pangolin) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Manis javanica.

    Ciri-ciri

    Tenggiling adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Mamalia. Dalam aturan  , tergolong dalam keluarga .Tenggiling adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.

    Jantung Tenggiling terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

    Apabila ia merasakan bahaya, ia akan menggulungkan tubuhnya sebagai suatu pertahanan dengan menggunakan sisiknya yang keras.


    Makanan

    Makanan utama tenggiling ialah semut dan anai-anai.


    Pembiakan

    Sebagai mamalia, Tenggiling berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Tenggiling akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.


    Habitat

    Biasanya suka berehat dalam lubang-lubang yang terdapat pada bahagian akar pokok yang besar, dan juga mengorek lubang dalam tanah.


    Pengekalan

    Tenggiling merupakan haiwan yang dilindungi and memerlukan lesen pemburuan.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #6 22 September, 2010, 12:54:35 PM
  • Publish


  • Kiriman di  sini  adalah berkaitan haiwan-haiwan. Tidak ada komen yang tidak bermanafaat  kerana mahu menjadikan topik ini topik ilmiah seperti encyclopedia sains.

    Harap maklum, mana -mana  kiriman  yang tidak berkaitan akan dipadamkan.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #7 22 September, 2010, 02:32:18 PM
  • Publish

  • Mohon gambar yang diupload, di compress,kecilkan pixelnya... kalau besar,loading lambat dan ada user langsung tidak dapat lihat gambar binatang/haiwan.

    qaseh2003

    • *
    • Posts: 306
    • Anugerah Allah
      • View Profile
    Reply #8 22 September, 2010, 02:58:14 PM
  • Publish
  • Bigfoot merupakan saki baki haiwan peninggalan pra-sejarah iaitu dari spesies monyet gergasi yang didakwa masih hidup sejak zaman kuno iaitu daripada jutaan tahun dahulu hingga kini namun misteri kebenarannya masih menjadi tanda tanya. Bigfoot yang bersaiz dua kali ganda manusia biasa dikenali oleh sesetengah masyarakat sebagai Siamang, Orang Mawas atau Hantu jarang gigi yang dikatakan haiwan pemalu dan sentiasa menjauhkan diri daripada kehidupan manusia. Dunia yang dahulunya luas lama kelamaan semakin mengecil dari hari ke hari akibat penerokaan hutan oleh manusia menjadikan kehidupan golongan ini sangat terhad. Namun, misteri kemunculan Bigfoot bukanlah perkara baru tetapi telah lama diketahui masyarakat dahulu kala. Hanya mereka yang bernasib baik sahaja dapat melihatnya. Bermacam-macam kisah cerita telah didengar, pelbagai gambar telah disiarkan dan banyak penemuan saiz tapak kaki telah direkodkan termasuklah bukti-bukti lain yang boleh menyokong tanda kewujudannya dari seluruh dunia. Jika difikirkan, mungkin ada logiknya kerana setakat ini pun masih terlalu banyak kehidupan alam yang belum diterokai, dan setiap hari pastinya ada penemuan baru.

    Akan tetapi, ada pihak yang mendakwa kononnya Bigfoot bukanlah dari jenis monyet gergasi tetapi sebenarnya adalah sejenis jin atau hantu raya dan makhluk halus ciptaan tuhan. Teori ini diperkuatkan lagi, bahawa sehingga kini tiadanya bukti penemuan tulang temulang Bigfoot apatah lagi untuk menangkapnya. Andai kata teori ini benar, maka segala bukti tentang kemunculan Bigfoot merupakan cerita rekaan semata-mata oleh sesetangah golongan yang cintakan publisiti murahan dan jika semua ini berlaku, ianya merupakan satu penipuan besar kepada dunia amnya. Namun kita tidak boleh menafikan terus menerus kisah cerita tentang Bigfoot kerana ianya merupakan suatu kisah misteri sejak azali dan kisah misterinya pasti tidak akan hilang ditelan zaman. Bagaimana pula dengan anda? Percayakah anda dengan kewujudan Bigfoot?

    Nasihat Rasullullah kepada Mu’awiyah : Wahai Mu’wiyah, jauhi sifat marah kerana marah dapat merosakkan iman seseorang sebagaimana pahit jadam merosakkan madu yang manis..

    baby_whiterose

    • *
    • Posts: 84
    • babygurl whiterose
      • View Profile
    Reply #9 22 September, 2010, 03:39:27 PM
  • Publish
  • PANDA



    ASLI CINA

    Panda ialah binatang asli Tiongkok. Biasa tinggal di hutan buluh di daerah pergunungan, seperti di Sichuan dan Tibet. Nama Cinanya ialah ‘mao-xiong’, maksudnya ‘kucing- beruang’. Di Barat, mamalia yang termasuk ke dalam keluarga beruang (Ursidae) ini dikenal dengan nama latin Ailuropoda Melanoleuca, atau Panda, yang bermaksud “Kaki-Kucing Hitam-Putih”.

    PANDA DAN UKURAN TUBUHNYA


    Ketika baru lahir, berat panda hanya sekitar 90-130 gram. Seperti bayi manusia, bayi panda tidak boleh lepas dari ibunya. Panda hanya makan dari air susu ibunya sampai usia 8-9 bulan. Pada usia 18 bulan, panda mulai  hidup sendiri. Biasanya usia panda antara 14-20 tahun, tapi boleh juga mencapai usia 30 tahun. Panda mencapai usia dewasa pada umur 5 sampai 6 tahun. Ketika mencapai usia ini, panda sudah siap untuk berpasangan. Musim mengawan biasanya terjadi pada musim semi, iaitu antara bulan Mac dan Mei.

    NASIB SI PANDA

    Kini, nasib panda terancam. Panda hampir tidak ada lagi di muka bumi. Cuma tinggal sekitar 1600 ekor lagi yang hidup di alam bebas mahupun di kebun binatang. Tingkat kelahirannya pun sangat rendah sekali. Sayang sekali. Makanya, sekarang spesies panda amat sangat dilindungi. Sehingga pertengahan tahun 2005, pemerintah Cina telah mencipta lebih dari 50 hutan buatan sebagai tempat yang selesa bagi 980 ekor panda. Sisa yang hidup di alam liar masih terancam kelangsungan hidupnya. Apalagi, hutan-hutan buluh tempat tinggal panda sering ditebang untuk berbagai keperluan, seperti tempat pemukiman, pertanian,  tanaman ubat, atau pembangunan kota. Sedangkan panda ialah binatang yang sangat pemalu dan penyendiri.Selain itu,panda masih sering dijualbeli oleh orang yang tidak bertanggung jawab.

    TUBUH PANDA YANG UNIK


    Panda diselimuti oleh bulu tebal, hangat, berwarna putih,berwarna hitam yang cantik di sekitar mata, telinga, muncung, kaki, dan bahunya. Ditambah lagi, bentuk tangannya yang selalu mengepal seperti tangan bayi. Sebenarnya hal ini merupakan struktur tulang pergelangan tangan panda yang digunakan untuk menggenggam, menghancurkan, dan makan daun buluh.



     
    RAJIN adalah penawar yang paling mujarab, sedang MALAS adalah racun
    yang sangat berbisa

    baby_whiterose

    • *
    • Posts: 84
    • babygurl whiterose
      • View Profile
    Reply #10 26 September, 2010, 08:14:27 PM
  • Publish
  • LANDAK



    Landak merupakan sejenis haiwan mamalia yang unik. Landak dikenali sebagai "porcupine" dalam bahasa Inggeris yang terdiri daripada gabungan dua perkataan Latin yang bererti babi berduri. Keluarga landak terbahagi kepada dua iaitu Hystricidae dan Erethizontidae. Landak di Amerika adalah dari keluarga Erethizontidae sementara landak di tempat lain adalah dari keluarga Hystricidae.

    TUBUH LANDAK


    Secara amnya, landak mempunyai bulu keras yang meliputi bahagian atas badan mereka. Duri landak ini merupakan salah satu alat pertahanan landak yang berkesan. Sekiranya landak diserang atau terasa terancam, landak akan cuba melarikan diri dengan pantas ke dalam sarang mereka yang biasanya terletak di bawah tanah.Seseekor landak itu mampu memecut dengan laju untuk melarikan diri dari pemangsa seperti harimau. Sekiranya landak tidak sempat melarikan diri mereka, landak akan mengembangkan bulu keras ini sehinggakan seluruh tubuh mereka kelihatan penuh dengan duri tajam yang keras berceracakan. Sesetengah landak turut mengundurkan diri dengan laju ke arah pemangsa, menyebabkan durinya tercucuk kepada pemangsa tersebut.Tetapi bukan semua spesies landak mempunyai bulu yang keras. Terdapat juga landak yang mempunyai bulu yang lembut seperti Trichys lipura di Borneo.

    JENIS LANDAK

    Di hutan Malaysia hanya terdapat tiga spesies landak dari Famili Hystricidea (Legakul & Mc Neely 1977, Medway 1978, Nowak 1999) iaitu spesies Hystrix brachyura (Landak Raya), Trichys fasciculata (Landak Padi) dan Atherurus macrourus (Landak Nibung).


    Pak_Long

    • *
    • Posts: 661
    • Redha MU YA ALLAH ku harapkan.. AMIN
      • View Profile
    Reply #11 26 September, 2010, 11:00:39 PM
  • Publish
  • Harimau (Panthera tigris) merupakan spesies binatang terbesar di kalangan empat jenis "kucing besar" dalam genus Panthera, dan anggota famili Felidae.[4] Harimau yang berasal dari Asia timur dan selatan ini ialah sejenis haiwan pemangsa dan maging. Subspesies harimau yang lebih besar boleh mencecah panjang 3.3 meter (11 ka) dan berat 300 kilogram (660 paun).[5][6]  Selain kebesaran dan kegagahannya, ciri-ciri terpenting yang dimiliki harimau ialah corak belang menegak berwarna gelap yang melapisi bulunya yang berwarna keputihan atau merah kejinggaan.

    Harimau yang mempunyai ciri amat mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, terdapat dari kawasan taiga Siberia, ke padang rumput terbuka, ke paya bakau tropika, antara lainnya. Harimau ialah haiwan yang biasanya gemar bersendiri dan berkelakuan kewilayahan, dan sering memerlukan kawasan habitat yang amat luas untuk menampung keperluan memburu mangsanya. Dan kerana mudah didapati di sebilangan kawasan di dunia yang paling padat kependudukan manusianya, menyebabkan sering terjadinya konflik antara harimau dan manusia. Tiga daripada sembilan subspesies harimau moden sudah diisytiharkan pupus dan enam yang selebihnya digolongkan sebagai terancam. Punca-punca utama harimau terancam ialah kemusnahan dan fragmentasi habitat, dan juga kegiatan memburu. Harimau yang pernah menduduki kawasan-kawasan seluas Mesopotamia dan Caucasus hingga Asia Selatan dan Timur, kini semakin berkurangan bilangannya. Walaupun semua spesies yang masih ada diberi perlindungan undang-undang, namun pemburuan, kemusnahan habitat dan kemurungan pembiakbakaan dalam tetap menjadi ancaman.

    Walau apapun, harimau tetap menjadi salah sejenis megafauna berkarisma yang paling terkenal di dunia. Harimau banyak memainkan peranan penting dalam mitos dan budaya rakyat, di samping masih mendapat tempat dalam bidang perfileman dan kesusasteraan moden. Lukisan harimau sering dijumpai pada bendera dan jata negara, sebagai maskot sukan, dan haiwan kebangsaan sebilangan negara Asia, termasuk Malaysia.



    Pak_Long

    • *
    • Posts: 661
    • Redha MU YA ALLAH ku harapkan.. AMIN
      • View Profile
    Reply #12 26 September, 2010, 11:12:27 PM
  • Publish
  • Beruang Hitam Asia (Ursus thibetanus), juga dikenali sebagai beruang bulan[2] atau beruang berdada putih[3] ialah satu spesies beruang bersaiz sederhana yang sesuai menjalani kehidupan arboreal di seluruh Asia Selatan, kawasan timur laut China, Timur Jauh Rusia dan Jepun. Beruang ini digolongkan sebagai spesies terjejas oleh IUCN, terutamanya disebabkan oleh pembasmian hutan dan kegiatan memburu untuk anggota badannya. Spesies ini serupa morfologinya dengan sesetengah beruang sejarah, dan dipercayai oleh sesetengah saintis sebagai leluhur kepada semua spesies beruang yang lain.[2] Walaupun pemakanannya maun (herbivor), namun beruang hitam Asia boleh bersikap agresif terhadap mansuia, hinggakan sering menyerang orang walaupun tanpa dikacau. Spesies ini disifatkan oleh Rudyard Kipling "spesies beruang yang paling aneh sekali."


    Pak_Long

    • *
    • Posts: 661
    • Redha MU YA ALLAH ku harapkan.. AMIN
      • View Profile
    Reply #13 26 September, 2010, 11:20:09 PM
  • Publish
  • Burung hantu merupakan spesies burung pemangsa yang aktif pada waktu malam (nokturnal) dan mempunyai bentuk muka yang berbeza dengan burung biasa. Muka burung hantu berbentuk rata seperti muka manusia dengan kedua belah matanya menghadap ke hadapan.

    Burung hantu dikelaskan dalam susunan Strigiformes, kumpulan yang berkait rapat dengan burung tukang (nightjars). Susunan ini terbahagi kepada dua famili (yang masih wujud):

        * Tytonidae yang merangkumi 18 spesies, termasuklah burung hantu jelapang (bahasa Inggeris: barn owl); dan
        * Strigidae yang merangkumi lebih daripada 194 spesies.

    Ciri-ciri

    Burung hantu mempunyai paruh bengkok ke bawah yang tajam, dan mempunyai bulu jambul yang lembut. Kedua-dua jantina kelihatan serupa, walaupun burung hantu betina biasanya 25% lebih besar berbanding burung hantu jantan.

    Mata burung hantu dapat melihat dengan baik dalam cahaya yang kurang. Burng ini juga dapat memusingkankan kepalanya 135 darjah ke kedua-dua belah, memberikannya bidang penglihatan yang bagus. Bagaimanapun, burung ini mengalami rabun dekat, ia tidak dapt melihat dengan jelas apa-apa yang berada betuk-betul di hadapannya.

    Burung hantu adalah haiwan maging. Makanan utamanya haiwan mamalia kecil seperti tikus, cencorot, burung lain dan sebagainya.

    Sebagaimana burung yang lain, burung hantu membiak dengan bertelur. Telurnya berwarna putih dan mempunyai cangkerang yang keras yang dieramkan di dalam sarang yang dibina oleh burung hantu betina.



    Pak_Long

    • *
    • Posts: 661
    • Redha MU YA ALLAH ku harapkan.. AMIN
      • View Profile
    Reply #14 26 September, 2010, 11:33:44 PM
  • Publish
  • Katak ialah sejenis haiwan amfibia dalam susunan Anura (bermaksud "tidak berekor", dari bahasa Greek: an-, tanpa + oura, ekor), dahulunya digelar Salientia (bahasa Latin saltare, "melompat"). Katak dewasa bercirikan kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata jongang dan ketiadaan ekor. Kebanyakan katak menjalani hidup mata jongang, tetapi juga mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat. Katak biasanya bertelur di lopak, kolam atau tasik; dan larvanya, iaitu berudu, berinsang dan bertumbuh dalam air. Katak dewasa merupakan haiwan maging yang gemar memakan haiwan artropod (terutamanya serangga), annelid dan gastropod. Katak paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam, terutamanya ketika musim mengawan.

    Katak boleh didapati dari kawasan tropika ke subartik, tetapi kebanyakan spesis katak terdapat di hutan hujan tropika. Katak merupakan antara kumpulan vertebrata yang paling banyak kepelbagaian, merangkumi lebih 5,000 spesis yang dikenali. Namun begitu, populasi spesis katak tertentu kian merosot.

    Katak dan kodok sering dibezakan berdasarkan wajahnya yang disebabkan penyesuaian yang tertumpu kepada persekitaran kering di kalangan haiwan yang bergelar kodok; bagaimanapun, pembezaan ini tiada dasar taksonominya. Satu-satunya famili yang diberi nama am "kodok" secara eksklusif ialah Bufonidae, tetapi banyak spesis dari famili lain turut dipanggil "kodok," dan spesis di bawah genus kodok Atelopus digelar "katak badut" (harlequin frogs).


    Pak_Long

    • *
    • Posts: 661
    • Redha MU YA ALLAH ku harapkan.. AMIN
      • View Profile
    Reply #15 26 September, 2010, 11:37:20 PM
  • Publish
  • Ular Kapak merupakan sejenis ular berbisa dari keluarga Viperidae. Di Malaysia, jenis ular yang tergolong dalam keluarga ini adalah semua jenis ular kapak. Ular Kapak Bodoh, Ular Kapak Sumatra, Ular Kapak Gunung, Ular Kapak Tokong, Ular Kapak Hidung Pipeh, Ular Kapak Bakau, Ular kapak Hijau.

    Ular dari keluarga Viperidae ini amat mudah dikenali berdasarkan kepalanya yang seakan-akan bentuk segi tiga. Di antara mata dan lubang hidungnya terdapat lubang (pit) yang berfungsi sebagai deria pengesan haba yang amat sensitif kepada haiwan berdarah panas.

    Kelenjar racun ular ini terletak di kedua belah pipinya. Bisa daripada ular jenis ini adalah dari jenis racun darah (haemotoksin) dan racun sel (sitolitik) yang biasanya bertindak terhadap sistem saluran darah dan tisu yang menyebabkan berlakunya pendarahan pada mangsa sama ada di dalam atau luar tubuh.

    Gigitan ular ini adalah sakit dan akan menjadi bengkak. Sebagaimana keluarga Elapidae, keparahan mangsa gigitan ular ini juga bergantung kepada jumlah racun yang disuntikkan ke tubuhnya dan juga jenis ular yang menggigit.

    Mangsa gigitan ular jenis ini biasanya akan mengalami pendarahan kesan daripada luka yang berlaku pada saluran darah dan pencairan darah merah yang mana darah sukar untuk membeku. Pendarahan akan merebak serta-merta dan ia akan berterusan selama beberapa hari. Pendarahan pada gusi, muntah darah, ludah atau batuk berdarah dan air kencing berdarah adalah kesan nyata bagi keracunan bisa ular dari keluarga ini. Walaupun tragedi kematian adalah jarang, kehilangan darah yang banyak akan mengancam nyawa mangsa.

    Biasanya, ular kapak akan menggetarkan ekornya apabila didekati ataupun diusik. Ekornya yang bergetar itu apabila terkena kepada rumput atau daun-daun kering akan menghasilkan bunyi yang memberi amaran bahawa ia tidak suka diganggu dan akan mematuk pada bila-bila masa sahaja.
    [sunting] Kedudukan taring Viperidae

    Ular dalam keluarga Viperidae yang berbisa biasanya mempunyai taring yang panjang dan boleh digerak-gerakkan.


    Kesan gigitan

    Antara tanda-tanda gigitan ular jenis ini ialah:

        * Sakit yang amat sangat pada tempat gigitantan (dalam masa 5 minit)
        * Bekas gigitan akan membengkak dan perubahan warna akan berlaku pada kulit dalam masa setengah jam.
        * Pendarahan yang tidak berhenti pada kesan gigitan.
        * Pendarahan pada gusi, usus dan saluran kencing.
        * Darah tidak membeku.
        * Keracunan yang teruk boleh menyebabkan bahagian lutut dan lengan atas membengkak dalam masa 2 jam disertai dengan pendarahan.



    qaseh2003

    • *
    • Posts: 306
    • Anugerah Allah
      • View Profile
    Reply #16 27 September, 2010, 11:05:22 AM
  • Publish


  • yang ini adalah spesis yang pelik sikit,..
    manusia yang mixkan dia..
    mixkan kuda belang dengan kuda biasa
    jadi spesis Zorse..
    macam2 laaaa...

    Eyda Aam

    • *
    • Posts: 685
    • Wanita solehah adalah sebaik2 perhiasan duniawi
      • View Profile
    Reply #17 27 September, 2010, 05:21:48 PM
  • Publish



  • Selain dari nama kongkang, kita juga boleh panggil species ini dengan nama Kera Duku atau nama glamour dia adalah Nycticebus coucang

    Ciri-ciri fizikal kongkang.:
    Pergerakan dia samada berjalan, memanjat dahan, sangat la perlahan
     ( slow motion gitu).
     Agaknya species kera yang paling slow  pergerakannya dalam dunia.
    ~kongkang adalah mamalia .Bila kita sebut pasal mamalia apa yang kita leh dapat tahu? 
     Mamalia biasanya melahirkan anak, menyusukan anak, menjaga anaknya.

    ~kongkang bermata besar.
    Mata yang comel ini sebenarnya mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Itu yang menyebabkan haiwan ini hampir pupus.
    Jadi Kongkang ini telah di daftarkan dalam senarai spesis yang terancam.

    ~kongkang adalah ‘Nocturnal’
    Nocturnal ni adalah aktif di waktu malam. Sebab tu agaknya mata dia besar.kan? senang nak nampak waktu malam.
    Ini juga merupakan tabiat kongkang . Aktif pada waktu malam,tinggal di atas pokok

    p.s. lepas ni boleh la marah kan student saya “ eh kamu ni buat kerja macam kongkang   
           la…Slow la  tu”  (gurau je). berasalam*

    ALLAH sentiasa dekat dengan kita.

    irfan_ismail

    • *
    • Posts: 44
      • View Profile
    Reply #18 27 September, 2010, 05:26:54 PM
  • Publish
  • Carilah pengajaran di sebalik kisah ini....


    Kera dan Ikan
     Seekor kera tinggal di sebuah pohon di tepi telaga. Di telaga itu antara lain tinggal seekor ikan yang menjadi sahabat sang kera. Setiap hari mereka bercakap-cakap dengan akrabnya. Mereka merasa begitu cocok satu sama lain. Kepada sang ikan, sang kera kerap menceritakan apa-apa saja yang dilihatnya dari atas pohon. Juga pengalaman-pengalamannya bersama teman-temannya. Sang ikan pun menceritakan kepada sang kera situasi di bawah air dan kehidupannya bersama teman-temannya. Bertahun-tahun mereka menjalin persahabatan.

    Pada suatu hari turun hujan lebat sehingga air di telaga itu semakin naik dan semakin naik. Dari atas pohon sang kera dapat melihat, bahwa kalau air terus naik semakin tinggi dan terjadi banjir, maka sang ikan, sahabatnya akan terbawa air entah ke mana. Saking cintanya dia pada sang sahabat, begitu ada kesempatan, segera disambarnya sang sahabat dan dibawanya ke atas pohon. Dia mengira, bahwa dia telah menyelamatkan sahabatnya, tetapi dengan sedih dia melihat bahwa tindakannya itu justru membuat dia kehilangan sang sahabat selama-lamanya.

    baby_whiterose

    • *
    • Posts: 84
    • babygurl whiterose
      • View Profile
    Reply #19 27 September, 2010, 07:20:25 PM
  • Publish
  • KUDA LAUT



    KEUNIKAN KUDA LAUT


    Kuda laut termasuk dalam jenis ikan iaitu bernafas menggunakan insang. Ukuran kuda laut ialah sekitar 4 hingga 30 sentimeter dan biasanya tinggal di sepanjang pantai.Kuda laut tidak berenang jauh dan sering menambatkan ekornya pada karang atau celahan batu. Makanan kesukaan kuda laut adalah udang-udang kecil. Kuda laut memiliki mata yang unik. Mata kuda laut boleh melihat dua benda yang berbeza pada waktu yang sama. Tubuhnya indah berwarna-warni (merah, kuning, hijau, dan hitam) namun boleh berubah sesuai dengan banyak dan sedikitnya sinar matahari yang menyinari tubuhnya,bergantung dengan keadaan tubuhnya sendiri.

    CARA BERENANG

    Cara berenang kuda laut juga dipengaruhi oleh sistem yang tertentu. Kuda laut bergerak naik-turun di dalam air dengan cara mengubah isi udara dalam kantung renangnya. Jika kantung renang ini rosak dan kehilangan sedikit udara, kuda laut akan tenggelam ke dasar laut. Kecelakaan yang sedemikian menyebabkan kuda laut mati. Perubahan yang sangat tipis boleh menyebabkan kematian makhluk tersebut. Keseimbangan yang peka ini menunjukkan sesuatu yang sangat penting. Kuda laut dapat bertahan jika keseimbangan ini dijaga. Dalam erti kata lain, kuda laut dapat bertahan hidup kerana telah dilengkapi dengan sistem ini saat pertama muncul di dunia.

    PEMBIAKAN KUDA LAUT


    Kuda laut membiak dengan cara yang sangat aneh iaitu bukan induk betinanya yang mengandung tetapi yang jantan yang mengandung. Pipefishes dan kuda laut adalah spesies di dunia binatang yang mengalami “male pregnancy”.Kuda laut jantan memiliki kantung benih yang digunakan untuk menyimpan telur yang diberikan sang betina. Ketika mengawan, mereka saling melilitkan ekor dan sang betina memasukkan tabung panjang yang dinamakan ovipositor ke kantung benih sang jantan.

    Pada minggu ketiga, satu persatu kuda laut-kuda laut kecil akan lahir dan menjadi kuda laut yang cantik. Kuda laut jantan memerlukan waktu sekitar 30 minit untuk melahirkan anak-anaknya. Setiap kali melahirkan anak, jumlahnya boleh mencapai 15 hingga 1000 ekor, bergantung kepada jenisnya.Kuda laut memiliki 50 jenis berbeza di dunia. Keunikan lainnya, kuda laut adalah pasangan yang setia. Kebanyakan spesies dari kuda laut merupakan pasangan sehidup semati. Hal ini merupakan sesuatu yang jarang terjadi di dalam dunia ikan.

    « Last Edit: 27 September, 2010, 09:01:37 PM by baby_whiterose »

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    1336 Views
    Last post 07 February, 2008, 10:35:09 AM
    by halawah
    4 Replies
    1233 Views
    Last post 19 May, 2011, 03:16:28 PM
    by hani muslim
    3 Replies
    1416 Views
    Last post 30 April, 2011, 09:05:57 PM
    by hani muslim