Renungan serta kesedaran buat menujui kebenaran.

*

Author Topic: Renungan serta kesedaran buat menujui kebenaran.  (Read 3290 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

22 September, 2010, 12:48:06 AM
  • Publish


  • Diatas IzinNya dan limpahan RahmatNya, Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya.

    FirmanNya “ Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar terdapat ayat-ayat Allah bagi orang-orang yang beriman. Dari pada penciptaan kamu dan bintang-bintang yang melata yang tersebar ( di muka bumi ) terdapat ayat-ayat ( tanda-tanda ) kekuasaan Allah bagi kaum yang yakin, dan pada pergantian malam dan siang serta hujan yang diturunkan Allah dari langit sebagai rezeki lalu di hidupkan-Nya bumi sesudah matinya dengan air hujan itu, dan pada perkisaran angin terdapat pula ayat-ayat ( tanda-tanda ) kekuasaan Allah bagi mereka yang beraqal. Itulah ayat-ayat Allah, Kami membacakannya kepadamu dengan sebenarnya, maka dengan perkataan manakah lagi mereka akan beriman sesudah ( kalam ) Allah dan ayat-ayat-Nya.” ( Al Jaatsiyah : 3-6 )..

    Berulang kali syahadat di ucap setiap hari terutama setiap waktu bersolat..apakah kesannya..??

    Sudah benarkah persaksian kita ?? sejauh mana ucapan syahadat itu dpt mengendali segala ingatan serta setiap perbuatan kita ??

    Pertanyaan dan persoalan sederhana ini harus dimulai dlm diri kita sendiri, rasa keimanan, ketaqwaan bukan sekadar hanya ucapan dibibir malah berkeyakinan dlm hati shj, tetapi pembuktian realiti hidup dlm kehidupan sementara ini..sudah ada kesedaran,? Keinsafan,? pernah berusaha berjalan mencari kebenaran ?   

    Mari bersama kongsikan sedikit pengetahuan serta pengalaman...Mudahan mendapat keredhaanNya.
    Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

    Reply #1 22 September, 2010, 09:34:37 AM
  • Publish
  • Aku bersaksi bahawa tiada yang sebenar2 disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.

    Bila setiap orang Islam bersaksi begitu, lalu terjadi apa ya?
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    Reply #2 22 September, 2010, 11:50:18 AM
  • Publish
  •  :)

    Jawapan ada pada anda sendiri..

     "Aku mengaku tiada Tuhan yang ku sembah melainkan ALLAH,dan aku mengaku Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAh.."

    bila kita bersaksi,kesangsian akan berlaku pada jiwa dan nafsu kejahatan kita..maka mengaku dan akuilah akan ia..nescaya akan hilang kesangsian itu..Insyaallah...

    Reply #3 22 September, 2010, 01:27:50 PM
  • Publish
  • assalamualaikum...

     kadang2  rasa macam 'blur' bile terfikir-fikir apa yang telah dilakukan sekarang untuk masa depan.. mungkin terlalu merancang masa depan mengikut kehendak nafsu semata-mata  buat kita terlupa yang akhirnya nikmat di atas dunia akan ditinggalkan jua akhirnya,, walhal sepatutnya.. "sesungguhnya solatku, amalanku dan matiku hanyalah untuk Tuhan Sekalian Alam.. "

      akal sering terfikir-fikir dan hati sering tertanya-tanya.. mampukah aku mempertahankan iman dan islam hingga akhir hayatku? mampukah aku menjadi hamba yang diredhaiNya? alquran dibaca.. tafsir difahami.. tetapi masih sukar mendidik diri menjadi insan yang murni..

     Tatkala terfikir kebesaran dan KehebatanNya,  jiwa terasa begitu kerdil sekali. Rasa malu menjadi hamba hina di hadapanNya..dan diri yang lemah ini sentiasa berdoa agar hidayahNya sentiasa menyubur hati ini agar dapat merasai manisnya CINTA RABBI..

     

         

    Reply #4 25 September, 2010, 03:13:14 PM
  • Publish
  • Diatas IzinNya dan limpahan RahmatNya, Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya.

    Syukran wahai saudara dan sahabat yg sudi berbicara dan berkongsi dgn ilmu dan pengalaman yg ada..

    Kebanyakkan manusia mahu ketenangan, kesenangan. kemudahan dan kebebasan dalam hidup ini, jarang manusia yg berhajat kepada kedukaan, kemiskinan serta kerumitan dan kepayahan...dan tidak ada lagi nikmat peluang kehidupan kebebasan yg dirasai selain kehidupan kebebasan yg diberi Ilahi.

    Beruntunglah mereka yang dibimbing dan ditunjukki dengan liku-liku jalan yang sering rebah dan bangun dalam perjalanannya menuju kehampiran dengan Allah, dengan pengalaman dan pengajaran yang penuh dengan hikmat dan keindahan ini..

    Mari kita mula dengan langkah kesedaran yg pertama dlm mencari kebenaran dan keredhaanNya..

    Di dlm hidupnya makhluq yg bernama manusia akan di nilai ataupun kebanyakkannya melakukan setiap perilaku peribadatan mahupun amalan kerana nilai..menyebut mengenai pengertian “ nilai “ disini mudah buat kita memahami...sesuai dgn hadith Nabi:

    “ Sesungguhnya segala perbuatan itu di sertai niat. Dan seseorang diganjarkan sesuai dengan niatnya.” ( HR. Buqhari Muslim ).

    Dlm hadith tersebut jelas dan nyata, setiap perilaku mempunyai dasar tujuan ( niat ), dan jika niat itu masih bersifat relatif, maka nilai tersebut akan tergantung kpd dasar yg di guna pakai ataupDisinilah ( pada permulaannya ) sudah rosak, apabila permulaannya tidak betul ia akan berakhir dengan natijah yang tidak betul. Niat-niat yang seperti itu tidak lain adalah niat mencari keduniaan. Ia tidak lari dari perasaan inginkan kemasyhuran atau dimuliakan oleh manusia. Apabila niatnya bersubahat dengan hal-hal dunia, ia tidak akan mendapat natijah yang benar. Apabila ia berzikir, zikirnya tidak akan membentuk sifat hati yang mulia sehingga tersingkap hatinya dengan rahsia Tuhan, ia terhijab dengan nafsu kebodohannya dengan nilai yang rendah dalam kaca mata para 'ArifbiLlah..

    Setiap perilaku dlm peraturan samada bersolat, dzikir dll.. agama Islam sangat menekankan orientasi niat yg jujur benar berpaksikan “ Lillahi Ta’ala “... Niat yang ikhlas adalah semata-mata mendapatkan keredhaan Allah SWT.

    Wallahu'alam.


    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    7 Replies
    3106 Views
    Last post 07 June, 2009, 05:52:31 PM
    by ahmad_siddiqui
    6 Replies
    2230 Views
    Last post 16 May, 2009, 03:15:52 PM
    by fadhila
    8 Replies
    1920 Views
    Last post 22 May, 2011, 05:13:08 PM
    by lislam