Formula Mengubati Penyakit Mulut Celupar Daripada Rasulullah

Author Topic: Formula Mengubati Penyakit Mulut Celupar Daripada Rasulullah  (Read 6185 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Duratul_Mujahid

  • *
  • Posts: 612
    • View Profile
18 September, 2010, 01:23:05 PM
  • Publish Di FB
  • Adakah anda sedar anda bermulut celupar? Pernahkah anda berusaha untuk berubah tetapi tidak berjaya?

    Artikel ini membincangkan teknik mengubati penyakit mulut celupar daripada Al-Quran, khusus untuk mereka yang berniat untuk berubah, Insya Allah.

    Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

    Pertama, nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”

    [1]Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari.

    Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.

    Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.

    [2]Berhubung dengan zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’.”

    [3] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.

    [4]Ketiga, sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, “Bagaimanakah engkau dengan istighfarmu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t.seratus kali setiap hari.”

    [5] Istighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati. Jika nabi yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?

    Wallahu’alam. Selamat mencuba,
    Bahaya Mulut Celupar Di Dunia Dan Akhirat

    http://ummycute-hotummie-ummycute.blogspot.com/2010/08/formula-mengubati-penyakit-mulut.html
    Menterjemah Apa Yang Tersirat DI MInda
    http://durratulmujahid.blogspot.com/

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1364
      • View Profile
    Jawab #1 18 September, 2010, 05:56:38 PM
  • Publish Di FB
  • saya pun nak jadi pendiam  macam saranan Nabi SAW

    bukan apa, nak kurangkan  dosa ngumpat serta bercerita hal2 yg bukan2

    sebab saya nampak ramai yang tak sedor tu ngumpat pasal sana sini dan cakap hal bukan2

    so terjadilah mgumpat sesama sendiri…

    saya ni plak terdengar jugak la ….so terkena jugak tempias dosa jugak kan…

    nak buat hal sendiri pulak, kang nanti dikatakan saya sombong

    so, jadi la macam talam dua muka… tau cerite dua2 pihak, tapi masuk campur untuk kasi damai …. kawan ngn semua….

    maaf la saya baru je celupar mulut mengumpat saudara2 saya k ... Semoga diampuni Allah akan pandangan kami ini ...

    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 820
      • View Profile
    Jawab #2 22 January, 2011, 05:08:33 PM
  • Publish Di FB
  • Macam mana nak diamkan diri ek?
    nak jadi pendiam...bercakap bila perlu.orang tanya sepatah, kita jawab sepatah.
    maksud Iffah, untuk mengelakkan bercakap pasal perkara yang lagho....
    contoh, tergelak-gelak, ejek-mengejek..last2, masuk part mengumpat. hancusssss..
    Thabit bin Qurrah berkata: "Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan."

    PhantomKid

    • *
    • Posts: 18
    • Alif Lamm Mim~~~
      • View Profile
    Jawab #3 22 January, 2011, 05:13:30 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    ubat untuk menhentikn air liur drpd kluar ketika brckp adr x?

    hada_islamic

    • *
    • Posts: 1204
    • ~cintailah DIA yang mencintai kita~
      • View Profile
    Jawab #4 22 January, 2011, 05:27:33 PM
  • Publish Di FB
  •  :)
     :ins:

    akan berusaha untuk menjaga diri daripada terus2an berdosa mengumpat orang...sama2lah kita berusaha ye
    mencari redha ALLAH...jadilah insan berguna kepada orang lain

    jaimejoothman

    • *
    • Posts: 232
    • striving for an independent soul
      • View Profile
    Jawab #5 22 January, 2011, 05:51:16 PM
  • Publish Di FB
  • saya dah berusaha kurang bercakap dan agak menjadi, namun benda tu menimbulkan masalah dan isu kepada orang sekeliling yang tak faham dengan situasi saya yang mahu membaiki diri dan lebih banyak berkomunikasi dengan Allah berbanding makhluk. Beberapa orang mengatakan saya semakin jauh dari mereka. Saya cuma cakap ukhwah itu diikat dengan iman bukan lidah.masa kan kita semakin jauh jika tak kering saya memohon doa usai solat untuk kamu.
    A Long Walk Home - http://jaimejoothman.blogspot.com ~ Kerugian & kemiskinan yang paling mengerikan; bahwa surga itu seluas langit & bumi; tapi kita tak beroleh sepijakpun tempat di sana~

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1063
      • View Profile
    Jawab #6 04 June, 2011, 08:03:45 AM
  • Publish Di FB
  • orang yang berzikir setiap saat dan setiap kelipan matanya dan setiap tarikan nafasnya mana mungkin melakukan fitnah,menyakiti hati orang lain dengan sengaja,membuat maksiat dan bertelagah kerana dia merasakan sentiasa dilihat oleh Allah s.w.t

    jamilaripin

    • *
    • Posts: 68
      • View Profile
    Jawab #7 04 June, 2011, 07:20:17 PM
  • Publish Di FB
  • Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

    jamilaripin

    • *
    • Posts: 68
      • View Profile
    Jawab #8 04 June, 2011, 07:25:12 PM
  • Publish Di FB
  • Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui. An-Nur ayat 21

    keju

    • *
    • Posts: 978
      • View Profile
    Jawab #9 04 June, 2011, 08:37:38 PM
  • Publish Di FB
  • :)

    ubat untuk menhentikn air liur drpd kluar ketika brckp adr x?



    Ada = bagi payung kat orang sebelah

    ismahani

    • *
    • Posts: 12
      • View Profile
    Jawab #10 04 June, 2011, 11:46:20 PM
  • Publish Di FB
  • Dalam hal ni, kekadang kita nasihat orang tapi kita pun... alahai tak boleh control juga

    azy mazyah

    • *
    • Posts: 94
      • View Profile
    Jawab #11 08 June, 2011, 11:29:44 AM
  • Publish Di FB
  •  :)
    macam mana pula kalau kita nak berhadapan dengan orang yang
    mulut laser/celupar ni? contohnya dari kalangan ahli keluarga yang sememangnya
    setiap hari setiap masa, kita bersama mereka. Contoh lain pula dgn rakan serumah.
    Sakit dan berdosa sungguh rasa telinga ni dengar perkataan2 yg mencarut,
    maki hamun umpat orang.
    cantik wanita kerana kejernihan wajah,manis wanita kerana senyuman,
    hebat wanita kerana kesabaran, mulia wanita kerana keimanan dan kecintaan Ilahi...

    ismahani

    • *
    • Posts: 12
      • View Profile
    Jawab #12 08 June, 2011, 07:08:28 PM
  • Publish Di FB
  • Selemah-lemah iman ialah menyangkalnya dalam hati. Diam, dan jangan mengiakan apa yang mereka cerita. Lama-kelamaan mereka diam lah bila tak ada respon. Dalam hati banyakkan istighfar.. Insya Allah

    ieda_syhiro

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Jawab #13 29 June, 2011, 10:02:36 PM
  • Publish Di FB
  • DIAM...MEMANG OK.. MALAS NAK LAYAN DENGAN ORANG YANG SUKA SANGAT BERCAKAP TANPA BERFIKIR..GERAM PUN ADA.BILA DIAM,KATA KITA SENSITIF LA...ADUHAI,PAYAH BERKAWAN DENGAN ORANG YANG TALAM DUA MUKA INI...BAIK2 GAK LA,TAPI DARI SEGI SUDUT LAIN ....EM...RASA TERCABAR DAN MLAMPAUI BATAS GAK ORANG INI....SABAR J LAH....

    maliki

    • *
    • Posts: 608
    • LAILLAHAILLAHAH-TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
      • View Profile
    Jawab #14 08 July, 2011, 08:23:21 AM
  • Publish Di FB
  • fuhh nasib baik saya ni memang pendiam orangnya.lalal...kurang dosa mengumpatku.hihi
    Nama diberi Ahmad Maliki.ukwah fillah senyum*
    Ape yang baik itu semuannya dari Allah taala,dan ape yang buruk itu datangnya dari kelemahan ana sendiri.Maaf.

    faddye

    • *
    • Posts: 34
      • View Profile
    Jawab #15 14 July, 2011, 02:55:37 AM
  • Publish Di FB
  • syukran wahai sahabat... inshaallah akan dipraktikkan

    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 820
      • View Profile
    Jawab #16 14 July, 2011, 08:50:48 AM
  • Publish Di FB
  • fuhh nasib baik saya ni memang pendiam orangnya.lalal...kurang dosa mengumpatku.hihi

    Baguslah maliki kalau awak seorang yang pendiam...
    Dalam hati pun kena diam jugak. jangan mulut jer diam, hati pulak masih bersangka-sangka dan berkata-kata...

    Ana Tholibah

    • *
    • Posts: 1338
      • View Profile
    Jawab #17 11 August, 2012, 01:44:27 AM
  • Publish Di FB
  • fuhh nasib baik saya ni memang pendiam orangnya.lalal...kurang dosa mengumpatku.hihi

    Baguslah maliki kalau awak seorang yang pendiam...
    Dalam hati pun kena diam jugak. jangan mulut jer diam, hati pulak masih bersangka-sangka dan berkata-kata...

    yupp..setuju with kak iffah Muhsin..
    tu la..kadang2 nak jaga hati nie lagi payah dari nak jaga lidah nie..sebab hati nie jenis 'terdetik' terus....
    husnuz0n... :ins:
    "The spirit of knowledge is action"..

    burberry

    • *
    • Posts: 18
      • View Profile
    Jawab #18 11 August, 2012, 02:37:33 PM
  • Publish Di FB
  • apa yg tluah dari mulut dtg dr hati
    jd, sama2lah kita jg hati masing2 :ins:

    nur cahaya wati

    • *
    • Posts: 3
    • jaga iman, jaga hati..
      • View Profile
    Jawab #19 16 August, 2012, 12:22:08 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    saya selalu jumpa dengan orang yang celupar ni..lebih-lebih lagi bila dia anggap diri dia hebat sebab punya segala-galanya. kadang-kadang kalau saya nak elakkan  dari orang macam ni, saya akan tanamkan dalam hati bahawa semua manusia ni sama jer..datang ke dunia melalui jalan yang gelap, lubang kencing yang hina tanpa sedikitpun harta, dalam keadaan busuk, hanyir, bodoh, dungu, pekak, bisu, buta, capek dan hodoh sekali...hihi..jadi tak kira la apa orang celupar nak cakap tentang diri kita, kita tak usah pening-pening sebab kita xda beza pun dengan mereka. susah-susah anggap jer mereka tong kosong yang bila diketuk berbunyi nyaring...hihi..


    sekadar pendapat...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    1444 Views
    Last post 15 October, 2009, 11:16:23 AM
    by mannsanni
    12 Replies
    8029 Views
    Last post 15 July, 2012, 07:09:58 AM
    by khattab_01
    9 Replies
    1287 Views
    Last post 12 November, 2012, 08:49:59 PM
    by Hairizal