Mazhab, Al Quran & Hadith yang mana wajib diutamakan

*

Author Topic: Mazhab, Al Quran & Hadith yang mana wajib diutamakan  (Read 3377 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Hussin

  • *
  • Posts: 4
    • View Profile
12 September, 2010, 11:27:45 PM
  • Publish
  •  :)

    Saya keliru dengan pegangan mazhab -mazhab yang di amalkan oleh umat islam seluruh dunia.
    Soalan:-
    1. Sebenar bila masa sebenar kita harus merujuk kepada mazhab-mazhab ini?
    2. Adakah Wahhabi satu mazhab baru?
    3. Adakah penggunaan kitab Mazhab-mazhab ini tidak bertentangan dengan hadith Nabi yang menyuruh kita senantiasa berpegang kepada Al-Quran & Hadith sebagai pedoman hidup ?
    4. Jika diperhatikan sekeliling kita dan umat islam seluruh dunia umumnya bagaikan berpecah megikuy mazhab masing-masing dan sekiranya dibiarkan berterusan berkemungkinan besar agama Islam seolah-olah tidak ada perbezaan dan agama kristian seperti kristian katholik etc.
    5. merujuk soalan no.3 . mungkinkah disebabkan kita abaikan nasihat Rasulullah , kita menghadapi macam- macam masalah seperti perzinaan yang bebas sehingga lahir anak luarnikah; negara islam tidak pernah aman sering berperanga sesama sendiri, tiada kekuatan iman untuk menentang sebarang ancaman dan kecaman dari pihak musuh?

    sekian terima kasih

    syarqowy

    • *
    • Posts: 172
      • View Profile
    Reply #1 13 September, 2010, 01:41:45 AM
  • Publish

  • 1. Sebenar bila masa sebenar kita harus merujuk kepada mazhab-mazhab ini?


    Seseorang wajib merujuk kepada salah satu daripada empat mazhab yang mutkabar jika dia tidak mampu menggali hukum daripada Al-Qur'an dan AS-Sunnah secara langsung. Ia dipanggil sebagai taqlid, iaitu mengikut perkataan seseorang tanpa mengetahui dalilnya. Orang yang tidak sampai ke tahap Mujtahid (boleh mengali hukum terus daripada Al-Qur'an dan AS-Sunnah kerana telah menguasai kesemua ilmu-ilmu berkaitan kedua-duanya) wajib bertaqlid, iaitu mengikut salah satu daripada mazhab tersebut.

    Empat mazhab yang muktabar (diterima oleh seluruh ulama' Islam secara sepakat) adalah:

    Mazhab Hanafi yang dipelopori oleh Al-Imam Abu Hanifah Nu'man bin Thabit r.a.

    Mazhab Maliki yang dipelopori oleh Al-Imam Malik bin Anas r.a.

    Mazhab Syafi'e yang dipelopori oleh Al-Imam Muhammad bin Idris As-Syafi'e r.a.

    Mazhab Hanbali yang dipelopori oleh Al-Imam Ahmad bin Hanbal r.a.

    Sebahagian ulama' Usul (Usul Fiqh) mengatakan bahawasanya, masyarakat awam sesuatu kawasan wajib mengikut fatwa muftinya. Mazhab muftinya adalah mazhabnya. Kalau di Malaysia, secara umumnya (kecuali Perlis) para ulama' mufti bermazhab Syafi'e. Maka, masyarakat awam di Malaysia wajib mengikut mazhab mufti mereka iaitulah mazhab Syafi'e dan fatwa-fatwa mereka dalam isu-isu semasa.


    2. Adakah Wahhabi satu mazhab baru?


    Wahabi bukan satu mazhab tetapi ianya adalah satu aliran pemikiran yang baru. Beza antara mazhab dengan aliran adalah, mazhab dalam fiqh selalunya tidak saling bertentangan dan saling menolak antara satu sama lain seperti Mazhab Syafi'e tidak pernah menolak dan menyalahkan Mazhab Maliki dan sebagainya. Sedangkan, aliran pemikiran Wahabi ini bersikap menyalahkan pendapat-pendapat yang tidak sehaluan dengan mereka dengan tuduhan sebagai bid'ah, quburi, syirik, kufur dan sebagainya.

    Ia diasaskan oleh Muhammad bin Abdil Wahab yang berasal dari Najd. Lalu, setelah menguasai tanah HIjaz dengan bantuan Bani Sa'ud, lalu membentuk kerajaan Saudi, ianya dikembangkan secara meluas dan terus dipertahankan. Mereka yang berfahaman wahabi ini sebenarnya adalah pengikut Mazhab Hanbali selagimana tidak menyalahi mazhab Ibn Taimiyyah. Jika Mazhab Hanbali bertentangan dengan pegangan Ibn Taimiyyah, maka mereka mengikut pegangan Ibn Taimiyyah selagimana tidak menyalahi pemikiran Muhammad Abdul Wahab. JIka pegangan Ibn Taimiyyah ada yang menyalahi pemikiran Muhammad Abdul Wahab, maka mereka mengikut pemikiran Muhammad Abdul Wahab.


    3. Adakah penggunaan kitab Mazhab-mazhab ini tidak bertentangan dengan hadith Nabi yang menyuruh kita senantiasa berpegang kepada Al-Quran & Hadith sebagai pedoman hidup ?


    Panduan Rasulullah s.a.w. menyuruh kita berpegang dengan Al-Qur'an dan Hadith sebagai pedoman hidup adalah melalui kefahaman para ulama' dan ahli ilmu, bukan secara sendiri-sendiri tanpa ilmu. Merujuk Al-qur'an dan As-Sunnah bererti merujuk kedua-duanya dengan kefahaman yang benar dan cara memahami kedua-duanya yang benar, bukan semata-mata merujuk kedua-duanya sahaja.

    Pernah berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. sendiri, beberapa sahabat r.a. keliru dalam memahami Al-Qur'an lalu salah dalam mengeluarkan hukum. Antaranya adalah kisah seorang sahabat r.a. memahami tempoh berpuasa bermula setelah terzahir benang putih daripada benang hitam secara literal, padahal maksud ayat itu adalah: "setelah terzahir waktu siang daripada waktu malam" iaitulah subuh. Lalu, sahabat r.a. itu merujuk kepada Rasulullah s.a.w. sehinggalah akhirnya Rasulullah s.a.w. menjelaskan maksud sebenar ayat tersebut.

    Ini menunjukkan bahawasanya, merujuk Al-Qur'an dan As-Sunnah bererti merujuk kedua-duanya secara sahih dengan kefahaman yang sahihi. Siapakah yang dapat dirujuk untuk mendapatkan kefahaman yang sahih terhadap kedua-duanya?

    Mereka adalah para ulama' mujtahidin. Ini menunjukkan kepentingan kita merujuk para ulama' selagimana kita tidak mampu menggali hukum daripada Al-Qur'an dan As-Sunnah. Maka, mazhab-mazhab yang empat tersebut adalah himpunan kefahaman ulama' terhadap dalil-dalil dan sumber-sumber hukum dalam masalah syariah. Sudah pastilah, antara sumber rujukan mereka dalam mengeluarkan hukum antaranya adalah Al-Qur'an dan AS-Sunnah.


    4. Jika diperhatikan sekeliling kita dan umat islam seluruh dunia umumnya bagaikan berpecah megikuy mazhab masing-masing dan sekiranya dibiarkan berterusan berkemungkinan besar agama Islam seolah-olah tidak ada perbezaan dan agama kristian seperti kristian katholik etc.


    Kemunculan mazhab-mazhab fiqhiyyah seperti mazhab hanafi, maliki, syafi'e dan hanbali tidak pernah mencetuskan perpecahan besar dalam masyarakat Islam. Bahkan, kebanyakan ulama' keempat-empat mazhab saling bertoleransi dan mengamalkan adab-adab dalam perbezaan pendapat. Mereka menguasai usul fiqh dan memahami sebab-sebab perbezaan dalam sesuatu masalah tanpa perlu mencetuskan ketegangan. Keharmonian antara mazhab ini kekal sehinggalah kemunculan aliran wahabi yang cuba menjadi jaguh dalam lapangan fiqh Islam sehinggakan hanya pendapat mereka sahaja yang betul sedangkan pendapat yang bercanggah dengan mereka samada bid'ah, sesat, haram, syirik atau sebagainya.

    Cara untuk mengharmonikan perselisihan pendapat bukan dengan berusaha melenyapkan perselisihan pendapat seperti cara fahaman wahabi, tetapi toleransi terhadap perselisihan dengan memahami sebab-sebab perbezaaan pendapat dan mengamalkan adab-adab berbeza pendapat iaitu tidak menyalahkan pendapat ulama' lain sewenang-wenangnya.

    Kita takkan keliru dengan perkembangan yang berlaku dalam institusi ulama' Islam dengan institusi gereja kerana kemunculan mazhab dalam Islam adalah berkaitan dengan cara memahami Al-Qur'an dan As-Sunnah sedangkan kemunculan mazhab dalam Kristian didasari oleh masalah perbezaan dari sudut ketuhanan, dari sudut keaslian kitab-kitab tertentu dalam Bible, pertembungan politik dan sebagainya.

    Bahkan, sejarah kemunculan mazhab-mazhab juga sangat dekat antara satu sama lain lalu membentuk kerjasama dan keseragaman intelektual. Kedua-dua murid besar Imam Hanafi, pelopor mazhab Hanafi adalah guru kepada Imam As-Syafi'e yang merupakan pelopor mazhab Syafi'e. Imam Malik, pelopor mazhab Maliki juga adalah guru Imam AS-Syafi'e. Imam Ahmad bin Hanbal yang merupakan pelopor mazhab Hanbali adalah murid kepada Imam AS-Syafi'e. Maka, para pengikut mazhab imam-imam tersebut memahami hakikat ini dan sememangnya sudah mengamalkan toleransi dan kerjasama antara mazhab.

    Sejarah kemunculan Protestant pula sangat jauh berbanding dominasi Katholik dan ianya turut melibatkan masalah tidak mempercayai sebahagian kitab-kitab di dalam Bible sendiri. Ia diikuti dengan pengaruh gereja Katholik yang terlibat dalam beberapa siri penindasan terhadap masyarakat awam di Barat turut menyemarakkan pertembungan antara dominasi gereja ini.

    Hal tersebut tidak ada dalam sejarah Islam melainkan pertembungan antara aliran atau firqah yang luar daripada ahli sunnah wal jamaah. Misalnya, pertembungan antara aliran Sunni dengan Syiah. Kemudian, kemunculan Wahabi menambah lagi pertembungan ini.


    5. merujuk soalan no.3 . mungkinkah disebabkan kita abaikan nasihat Rasulullah , kita menghadapi macam- macam masalah seperti perzinaan yang bebas sehingga lahir anak luarnikah; negara islam tidak pernah aman sering berperanga sesama sendiri, tiada kekuatan iman untuk menentang sebarang ancaman dan kecaman dari pihak musuh?


    Banyak sebab mengapa munculnya gejala-gejala buruk dalam masyarakat Islam. Apa yang diandaikan dalam soalan no3 tidak tepat. Soalan no 3 itu sudah dijawab dan cara kamu memahaminya tidak tepat. Fahaman wahabi sahaja yang menimbulkan idea seolah mazhab-mazhab fiqh tidak mengikut pedoman Rasulullah s.a.w. padahal mazhab-mazhab tersebutlah yang meneruskan pedoman Rasulullah s.a.w. itu. Al-Qur'an dan As-Sunnah dijaga oleh para ulama' daripada tafsiran orang-orang jahil. Itulah antara peranan mazhab dalam bidang syariat Islam.

    Wallahu a'lam...


    generasifakih

    • *
    • Posts: 22
      • View Profile
    Reply #2 13 September, 2010, 08:46:44 PM
  • Publish
  • Ana ada musykilah..berkaitan dengan mazhab ni, apakah fungsi sebenar mazhab ni...adakah kita rakyat di malaysia wajib untuk berpegang kepada mazhab syafiee? dan apakah hukum sekiranya kita berpegang kepada mazhab lain? bagaimana pula kita berpegang kepada semua mazhab dengan mengikut pendapat yang paling rajih sebagai contoh 4 mazhab telah mempunyai khilaf dalam sesuatu masalah tetapi tetapi pendapat imam Hanafi paling rajih lalu kita berpegang dengan pendapatnya..? Boleh sesiapa tolong bagi respon..Syukran

    syarqowy

    • *
    • Posts: 172
      • View Profile
    Reply #3 14 September, 2010, 12:05:22 AM
  • Publish
  • Ana ada musykilah..berkaitan dengan mazhab ni, apakah fungsi sebenar mazhab ni...

    Al-Fiqh Al-Islami adalah suatu lapangan ilmu yang sangat luas. Apa yang dimaksudkan dengan Al-Fiqh Al-Islami di sini adalah suatu ilmu yang membahaskan tentang amalan para mukallaf samada wajib, sunat, haram, makruh mahupun mubah (harus/boleh). Ia berkaitan dengan hukum-hukum yang Allah s.w.t. sampaikan kepada mukallaf.

    Sumber hukum yang utama yang disepakati oleh para ulama' adalah:

    Al-Qur'an
    As-Sunnah
    Al-Ijma'
    Al-Qiyas

    Al-Qur'an dan AS-Sunnah adalah teks-teks yang menyimpan segenap panduan kepada manusia. Namun, bukan semua manusia mampu menggali ajaran Al-Qur'an dan A-Sunnah secara langsung daripada kedua-duanya. Antara contoh-contoh halangan bagi seseorang untuk berinteraksi secara langsung dengan Al-Qur'an dan AS-Sunnah adalah:

    Al-Qur'an dan As-Sunnah itu dalam bahasa Arab. Sudah pasti halangan perbezaan bahasa menyebabkan orang-orang bukan Arab tidak mampu berinteraksi dengan Al-Qur'an dan AS-Sunnah secara langsung untuk mendapatkan panduan dan mengali hukum daripada kedua-duanya. Maka, ini membawa kepada kepentingan untuk merujuk ulama' yang sudah menguasai bahasa Arab dan mampu memahami kedua-duanya.

    As-Sunnah itu tidak dibukukan pada generasi awal salaf. Maka, tidak ramai orang yang mempunyai rujukan hadith-hadith ini. Maka, ini juga membawa kepada kepentingan untuk merujuk para ulama' yang telah menyusun dan menghimpunkan hadith-hadith.

    Setelah As-Sunnah dibukukan, teks-teks ucapan Rasulullah s.a.w. sudah bercampur lalu membawa pelbagai kemusykilan. ADa teks-teks yang zahirnya saling berbeza dan bercanggah padahal ianya adalah tentang teks kedua memansuhkan hukum dalam teks hadith pertama. Bagaimana seseorang mampu tahu keadaan sebegini kalau semata-mata membaca kitab-kitab himpunan hadith-hadith tanpa merujuk para ulama'? Ini juga membawa kepada kepentingan untuk merujuk para ulama' yang tahu antara teks yang diamalkan dengan teks hadith yang tidak diamalkan samada kerana sanadnya lemah, ianya mansukh dan sebagainya.

    Kesimpulan daripada beberapa isu ini, kita fahami, kepentingan merujuk ulama' dalam menggali hukum daripada Al-Qur'an dan AS-Sunnah. Maka, di situlah letaknya fungsi mazhab, iaitu perantaraan bagi masyarakat awam untuk berinteraksi dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah kerana kelemahan mereka untuk menggali hukum sendiri.

    adakah kita rakyat di malaysia wajib untuk berpegang kepada mazhab syafiee?

    Sudah semestinya rakyat di Malaysia secara umum, jika mereka adalah awam, iaitu tidak menguasai ilmu-ilmu untuk berijtihad (menggali hukum secara langsung daripada sumber-sumber hukum seperti Al_Qur'an dan AS-Sunnah) wajib mengikut dan bertaqlid kepada mufti-mufti mereka. Di Malaysia, para mufti bermazhab Syafi'e (kecuali di Perlis) dalam masalah fiqh secara umum melainkan dalam isu-isu semasa yang kecil. Maka, masyarakat awam wajib berpegang dengan mazhab Syafi'e yang menjadi mazhab umum para mufti di Malaysia (kecuali Perlis).


    dan apakah hukum sekiranya kita berpegang kepada mazhab lain?

    Lihatlah siapa "kita" yang dimaksudkan? Seseorang boleh memilih ijtihad ulama' yang ingin diikuti olehnya selain mazhab asalnya jika sudah sampai sekurang-kurangnya tahap Ahli Ilmu yang boleh berijtihad. Maksudnya, dia sudah menguasai ilmu-ilmu yang melayakkan dia berijtihad. Sekurang-kurangnya ada 15 cabang ilmu yang membawa kepada kelayakan berijtihad antaranya adalah ilmu Nahu, Ilmu Fiqh, Usul FIqh, Qawa'id Fiqhiyyah, Tafsir, Hadith dan sebagainya. Dia juga boleh memilih mazhab lain setelah menguasai ilmu-ilmu tersebut apabila dia mampu membandingkan pendapat-pendapat antara mazhab secara "usul fiqh" mazhab-mazhab tersebut, bukan mengikut hawa nafsu atau mencari pendapat mana yang lebih mudah (tatabbu' rukhsah).

    bagaimana pula kita berpegang kepada semua mazhab dengan mengikut pendapat yang paling rajih sebagai contoh 4 mazhab telah mempunyai khilaf dalam sesuatu masalah tetapi tetapi pendapat imam Hanafi paling rajih lalu kita berpegang dengan pendapatnya..?

    Peringkat tarjih (menguatkan pendapat dan ijtihad ulama') adalah peringkat yang tinggi dalam bidang ijtihad. Ianya sebenarnya adalah suatu peringkat ijtihad juga yang dikenali sebagai ijtihad tarjihi. Para ulama' meletakkan ukuran yang sangat tinggi untuk sampai tahap sebegini.

    Mungkin kita menganggap pendapat itu rajih kerana ada ulama' yang mengatakan pendapat itu yang rajih. Itu masih dalam lingkungan bertaqlid kepada ulama' yang mentarjihkannya. Maka, selagi mana masih bertahap taqlid, perlulah bertaqlid kepada mazhab yang digunakan di sesuatu tempat. Kalau di Malaysia, ikutilah mazhab Syafi'e. Melainkan, jika seseorang itu sudah menguasai lebih 15 cabang ilmu yang dimaksudkan yang membawa kepada kelayakan untuk berijtihad.

    Kita perlu faham, berbeza mazhab juga bererti berbeza usulnya. Para ulama' bermazhab Hanafi misalnya, menguatkan sesuatu pendapat dalam sesuatu masalah kerana menilai sesuatu sumber hukum dengan kaedah yang berbeza dengan para ulama' mazhab lain. Oleh kerana itulah, setiap ulama' dalam setiap mazhab menguatkan pendapat dalam mazhab mereka (melainkan dalam beberapa isu yang amat jarang) kerana melihat sesuatu masalah dengan usul mazhab masing-masing. Maka, tidak adil seseorang melemahkan pendapat mazhab Syafi'e dalam sesuatu masalah dengan kaedah dan usul fiqh mazhab Maliki. Kalau dia melihat masalah itu dengan kaedah dan usul fiqh mazhab Syafi'e, sudah pasti dia akan melihat pendapat dalam mazhab syafi'e lebih kuat dalam masalah tersebut. Maka, selalunya, berbeza pendapat dalam mazhab berkaitan dengan berbeza usul dan kaedah fiqhiyyah yang diamalkan dalam sesuatu mazhab.

    Wallahu a'lam...

    syarqowy

    • *
    • Posts: 172
      • View Profile
    Reply #4 14 September, 2010, 01:42:21 AM
  • Publish
  • bagaimana kalau kite berpindah ke negara yang mengamalkan mahzab yang lain..?
    adakah kite perlu menukar mahzab..?

    Tengoklah bagaimana keadaannya. Adakah kita berpindah secara kekal atau sementara? Kalau tanya perlu atau tidak, maka jawapannya tidak sampai tahap "perlu".

     Apa yang penting, jika kita seorang awam, maka kita pelajari fiqh Islam dengan mazhab mufti di tempat asal kita. Apabila kita sudah mengamalkan mazhab Syafi'e dalam ibadah dan sebagainya, kemudian berpindah ke negara lain, maka boleh meneruskan mazhab yang sedia diamalkan dalam hukum-hakam ibadah yang sudah kita biasa amalkan seperti dalam solat, puasa dan sebagainya. Boleh juga mengamalkan mazhab yang diamalkan di tempat tersebut.

    Adapun dalam masalah fatwa, maka, ikutlah fatwa mufti tempat tersebut. Ini bagi orang-orang awam. Apa yang penting, di kebanyakan negara Islam, toleransi antara mazhab sangat baik. Jadi, apa sahaja mazhab yang diamalkan tidak akan saling bertentangan. Oleh yang demikian, orang Malaysia yang sudah menggunakan mazhab Syafi'e di Malaysia boleh terus mengamalkan mazhab Syafie di negara-negara Arab Islam yang lain seperti Mesir, Syria dan sebagainya. Ini kerana, perbezaan mazhab tidak menjadi hambatan.

    Wallahu a'lam...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    3 Replies
    3506 Views
    Last post 08 May, 2009, 09:16:34 PM
    by nurizmi
    3 Replies
    831 Views
    Last post 29 June, 2011, 05:17:30 PM
    by hasin
    8 Replies
    1889 Views
    Last post 29 October, 2012, 09:46:45 AM
    by nazri0070