Dosa Berkuku Panjang

*

Author Topic: Dosa Berkuku Panjang  (Read 7165 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

nur huda

  • *
  • Posts: 96
    • View Profile
08 September, 2010, 08:51:27 AM
  • Publish
  •  Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,  dosanya  sama seperti memelihara  sekandang
                        babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku  yang  panjag....   bayangkanlah  dosa  yang  telah  kita tanggung
                        untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

                        Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.

                        Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun  kerana ia tidak membayangkan
                        kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

                        Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh  atau  pun  degil dan suka melepak
                        sebab diberi makan bahan kotor  yang berada  di  kuku  jari  emaknya  semasa  menyediakan  makanan  seperti
                        memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,  dll.   Apa  ilmu  pun  yang  di ajar pun tak akan boleh
                        diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

                        Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu
                        yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

                        Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai  dan mendengar kata
                        pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

                        And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis  kuman  seperti  yang  terdapat  dalam  najis manusia, iaitu
                        E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun  kita mencuci  tangan  dengan  sabun.   Oleh itu,  sentiasalah
                        berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

     

    Shohib Mirbat

    • *
    • Posts: 363
    • MurkaNya adalah Rahman, CintaNya adalah Rahim
      • View Profile
    Reply #1 08 September, 2010, 09:25:16 AM
  • Publish
  • Gara-gara menyimpan kuku...entah sebagai senjata atau apa...sekali tergaru-garu, bergaris-garis habis satu badan...







    Ada yang sengaja simpan untuk pecah rekod dunia...kuku terpanjang... =D



    Ikutlah sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dalam memelihara kuku agar sentiasa pendek dan kemas...sunnah kuku dipotong di hari Isnin dan Khamis...




    "Hitori no kamisama shika hoka ni kami ha nai, Muhanmado ha kamisama no shito"

    Eyda Aam

    • *
    • Posts: 685
    • Wanita solehah adalah sebaik2 perhiasan duniawi
      • View Profile
    Reply #2 08 September, 2010, 10:09:29 AM
  • Publish
  •  :)
    Teringat ustazah saya masa sekolah selalu marah-marah bila ada student yang berkuku panjang.
    "Hampa simpan kuku panjang macam buat jamban kat setan2. Dia dok be--- kat celah kuku hampa.
    Lepaih tu hampa makan nasi makan sekali dengan najis-najis setan tu.! Hampa bukan nampak!!" dengan nada
    yang marah dia tegor student2 tu.
    Mungkin itulah kot kuman E-coli tu.

    Apapun berkuku pendek ni kelihatan bersih dan kemas.
    Pernah dengar orang tua2 kata :
    Nak tengok kebersihan seseorang, salah satunya ,tengok kuku dia.

    wALLAHu'alam
    ALLAH sentiasa dekat dengan kita.

    honey_date21

    • *
    • Posts: 39
      • View Profile
    Reply #3 08 September, 2010, 09:19:24 PM
  • Publish
  • salam,
    nak tanye....



    kenapa susunan potong kuku ikut sunnah Nabi Muhammad camni ye?
    mungkin ada sebab saintifik kenapa turutannya macam ni?
    Yang ingin tahu..

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1061
      • View Profile
    Reply #4 08 September, 2010, 09:32:58 PM
  • Publish

  • potong kuku merupakan sunnah nabi yang ada yang tidak tahu,teknik memotong kuku ikut sunnah sudah pasti ada kaitan dengan sains.sama-sama kita buat kajian.jangan dibiarkan sunnah nabi dalam keadaan misteri

    nur huda

    • *
    • Posts: 96
      • View Profile
    Reply #5 08 September, 2010, 11:46:57 PM
  • Publish
  • nak buat ape la bela kuku panjang panjang sebab nak cipta rekod dunia....
    bukan nya cantik sangat pon ...

    nursa

    • *
    • Posts: 105
      • View Profile
    Reply #6 08 September, 2010, 11:53:41 PM
  • Publish
  • tapi kan ade orang kate kalau perempuan yang ma'zurah tak per potong kuku.
    tapi ade pendapat yang kata tak elok potong, sebab kuku tu tak disucikan lagi kalau kuku tu dibuang merata-rata...
    huhuhuhu.......

    pia

    • *
    • Posts: 50
      • View Profile
    Reply #7 09 September, 2010, 12:52:44 PM
  • Publish
  • yang merah tu cantik bro... leh buat garu blakang badan aku tu....xpun buat sapu sampah ke... letak seploh jari lah.. wat cangkul
    tanah kubo pun boleh gak tu,,  hahhaha...

    nursa

    • *
    • Posts: 105
      • View Profile
    Reply #8 09 September, 2010, 02:35:35 PM
  • Publish
  • geli tengok kuku terpanjang tu..
    tapi kuku perempuan yang terpanjang tu dah patah
    sebab kemalangan jalan raya..

    Shohib Mirbat

    • *
    • Posts: 363
    • MurkaNya adalah Rahman, CintaNya adalah Rahim
      • View Profile
    Reply #9 10 September, 2010, 06:44:34 AM
  • Publish
  • Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:

    لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث …. وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

    Maksudnya: “Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”

    Berkata Saidatina Aisyah bermaksud:
    Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.
    (Riwayat Muslim).

    Dari Anas bin Malik bermaksud:
    Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
    (Riwayat Muslim).

    Menurut Imam Shafie:
    Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.

    Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
    Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
    (Riwayat Ahmad).

    Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
    Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
    (Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

    RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
    Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

    Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

    Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

    Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

    Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

    Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

    Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

    Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

    Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.

    Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

    Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan.

    Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

    Memotong kuku ketika ma'zurah (Haid atau Nifas atau Junub), menurut kitab Al-Ihya' Al-'Uluumuddin,
     "Jangan dia memotong sesuatu yang jelas zahir pada badannya samada kuku, rambut, atau mengeluarkan darah SEBELUM dia mandi Junub kerana segala potongan itu akan kembali kepadanya dalam keadaan berjunub di Akhirat kelak".
    « Last Edit: 10 September, 2010, 06:50:32 AM by Shohib Mirbat »

    honey_date21

    • *
    • Posts: 39
      • View Profile
    Reply #10 10 September, 2010, 10:00:40 AM
  • Publish
  • geli tengok kuku terpanjang tu..
    tapi kuku perempuan yang terpanjang tu dah patah
    sebab kemalangan jalan raya..

    betul ke??emmm bagus la tu

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #11 10 September, 2010, 04:01:10 PM
  • Publish
  • Dalam kisah dialog antara Iblis dengan Rasulullah saw, Iblis menyebut bahawa pada musim (waktu) panas, anak2nya akan berteduh/bernaung di bawah kuku2 manusia.....
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    rin10

    • *
    • Posts: 23
      • View Profile
    Reply #12 09 October, 2010, 08:32:35 PM
  • Publish
  • Salam..

    Memotong kuku termasuk dalam salah satu fitrah (sunnah).

    Sudah menjadi trend hari,membiarkan panjang salah satu kukunya dan menyimpan kesemua kukunya. Mereka ini boleh diibaratkan seperti menyerupai binatang buas dan meyerupai orang kafir. Rasa menjengkelkan apabila kita memandang mereka yang menyimpan kuku panjang. Dan juga perbuatan ini menyalahi fitrah(sunnah).

    walluhualam...

    msa

    • *
    • Posts: 1599
      • View Profile
    Reply #13 09 October, 2010, 09:45:04 PM
  • Publish
  • Memotong kuku ketika ma'zurah (Haid atau Nifas atau Junub), menurut kitab Al-Ihya' Al-'Uluumuddin,
     "Jangan dia memotong sesuatu yang jelas zahir pada badannya samada kuku, rambut, atau mengeluarkan darah SEBELUM dia mandi Junub kerana segala potongan itu akan kembali kepadanya dalam keadaan berjunub di Akhirat kelak".

    Makanya boleh atau tidak potong kuku atau rambut ketika haid? ada kata boleh ada kata tak boleh...ustaz saya pernah kata dulu...kuku dan rambut tu akan datang balik kepada kita di akhirat kelak menuntut kerana ia tidak disucikan....betul ke??
    ~ Begin with the End in Mind ~

    thia

    • *
    • Posts: 11
      • View Profile
    Reply #14 10 October, 2010, 02:11:46 AM
  • Publish
  • kuku klu x de parah gak..klu simpan panjang2 patah pown prob gak..
    klu pkai kuku palsu boley x???ke dosa dia sme cam kte simpan kuku gak???
    sket tol mata tgk owg simpan kuku ne..klu pada kcik dia bljar gigit kuku pown bagos..
    lawa sgt ke simpan kuku???

    thia

    • *
    • Posts: 11
      • View Profile
    Reply #15 10 October, 2010, 02:18:35 AM
  • Publish
  • dlu sye pnh smbang psl bnde ni dgn kwn sye..dia skunk tgh amek pengajian islam..
    dia tnye npe sye pye kuku panjang??
    sye pown ckp la ya dtg bulan..
    tp dia ckp..
    "boleh potong kuku waktu datang bulan sb anggota badan yang dah terputus dari badan kita x pyah di suci kan lg.."
    dia jgk ckp "dia x tau mane dtg idea x bley potong kuku time datang bulan."
    n skunk sye confuse boley ke x sbnrnye???

    Zarith Annissa

    • *
    • Posts: 95
      • View Profile
    Reply #16 10 October, 2010, 08:12:49 AM
  • Publish
  • berdasar kan pengatahuan saya, bdibenarkan kerana kuku ni macam rambut jugak.. sentiasa tumbuh.. macam ia bukan tetap.. camne ea nak terang.. tapi harap2 faham ye.. ia bukan macam tubuh badan yang lain, yang tetap.. haa, gitulah.. jadi, memang boleh potong pun.. tak salah.. wallahualam.

    Shohib Mirbat

    • *
    • Posts: 363
    • MurkaNya adalah Rahman, CintaNya adalah Rahim
      • View Profile
    Reply #17 10 October, 2010, 08:41:14 AM
  • Publish
  • Berikut mengenai fatwa yang telah diwartakan oleh Mufti-mufti Kerajaan Negeri Johor dan Negeri Kedah berkenaan perkara "memotong kuku semasa berlakunya hadas besar (junub)"...mudah-mudahan jelas jawapan akan persoalan ini...

    Sumber rujukan : Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
    Laman Web : http://www.infad.usim.edu.my

    Soalan:

    (a)   Adakah di dalam hadith atau kitab-kitab yang lebih tinggi ataupun ulama’-ulama’ yang membolehkan seseorang di dalam junub membuang kuku @ memotong rambut sebelum mandi wajib?

    (b)   Apa hukum guru yang membolehkan murid berbuat demikian?

    Jawapan:

    (a) Ulama’ telah berkata MAKRUH atas orang yang ada junub itu makan, minum, tidur dan jima’ sebelum sebelum ia membasuh kemaluannya dan wuduk sebagaimana yang terdapat di dalam hadith. Tersebut di dalam kitab "At-Tuhfat Wa An-Nihayah" mengikut imam Al-Ghazali iaitu tidak digalakkan mencukur rambut atau memotong kuku@ memotong rambut ari-ari@ mengeluarkan darah @ memotong sebahagian daripada anggotanya dan ia sedang di dalam junub kerana segala yang tersebut itu akan dibalikkan kepadanya di akhirat maka balik benda-benda itu junub, dan ada orang mengatakan taip-tiap rambut menuntut kepadanya dengan sebab junubnya begitulah setengah ulama’-ulama’ mengatakan ianya barangkali dari segi Qias.

    (b) Tidak mengapa kerana memotong kuku dan mencukur rambut di dalam junub itu HARUS tetapi setengah ulama’ berkata tidak digalakkan berbuat demikian itu, ini adalah menunjukkan BUKAN HARAM.

    Negara asal : Malaysia
    Negeri : Johor
    Badan yang mengisu fatwa : Mufti Kerajaan Johor
    Penulis/Ulama : Dato’ Said Alwe Tahir Al-Haddad
    Tarikh Diisu : 1936-1961

    Soalan:

    Adakah bulu-bulu dan kuku-kuku itu mesti dihimpun dan dibawa mandi bersama-sama ketika mengangkat hadas besar?

    Jawapan:

    Bulu dan kuku yang bercerai sebelum mengangkat hadas besar tiada dikehendaki himpun dan bawa mandi bersama-sama ketika mengangkat hadas besar, adapun menanggal kuku atau menggugur bulu sebelum daripada mengangkat hadas besar hukumnya makruh.

    Negara asal : Malaysia
    Negeri : Kedah Darul Aman
    Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman
    Penulis/Ulama : Dato Paduka Sheikh Abdul Majid Bin Mohd Nor
    « Last Edit: 10 October, 2010, 12:43:36 PM by Shohib Mirbat »

    naim_mahmood

    • *
    • Posts: 367
      • View Profile
    Reply #18 10 October, 2010, 08:49:57 AM
  • Publish
  • Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,  dosanya  sama seperti memelihara  sekandang
                        babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku  yang  panjag....   bayangkanlah  dosa  yang  telah  kita tanggung
                        untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.


    sanad dan riwayat please

    mine

    • *
    • Posts: 339
      • View Profile
    Reply #19 15 December, 2010, 06:43:52 PM
  • Publish
  • tak ada faedah pun nak simpan kuku panjang ni....dah tu kalau ambik air sembayng belum tentu akan kena air...takut-takut tak sah je...

    pengajarannya : SENTIASA POTONG KUKU SEBAB KITA PERLU JAGA KEBERSIHAN DIRI

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    12 Replies
    5470 Views
    Last post 28 June, 2012, 05:28:54 PM
    by misz_sha
    38 Replies
    5895 Views
    Last post 07 July, 2011, 04:33:36 PM
    by flowerpink
    2 Replies
    1438 Views
    Last post 06 September, 2012, 07:41:33 PM
    by al_ahibbatu