Persetubuhan Disiang Hari Di Bulan Puasa

Author Topic: Persetubuhan Disiang Hari Di Bulan Puasa  (Read 9641 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

auaa

  • *
  • Posts: 2
    • View Profile
06 September, 2010, 01:47:04 AM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Saya ada persoalan mengenai suami/isteri yang bersetubuh di siang hari di bulan puasa.

    Dengan ilmu yang masih cetek, si A telah bersetubuh dengan isterinya selepas azan subuh di bulan puasa (ketika hari masih lagi gelap). Pada pemahamannya, hari yang masih gelap adalah masih boleh melakukan persetubuhan. Selepas beberapa ketika, dia mendapat tahu yang puasa tersebut adalah tidak sah, batal.

    Persoalannya:

    1. Jika perkara tersebut telah berlaku 2 kali (contoh) sepanjang bulan Ramadhan, bagaimanakah caranya untuk membayar kafarah?
    2. Bolehkah dibayar kepada wakil2 zakat (amil) atau yang lainnya, kerana tidak sanggup berpuasa 2 bulan berturut-turut?
    3. Berapakah kadarnya?

    Terima kasih atas penjelasan.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 06 September, 2010, 02:14:43 AM
  • Publish Di FB


  • Kewajipan kaffarah ke atas orang yang membatalkan puasa dengan sengaja


    Orang-orang yang berbuka puasa atau membatalkan puasanya dengan sengaja –tanpa ada keuzuran Syara’- ada dua jenis;

    1. Membatalkan puasa dengan bersetubuh


    Bagi kes ini, ijma’ para ulama’ menyatakan bahawa orang yang melakukannnya wajib membayar kaffarah di samping wajib mengqadha’ puasanya. Kaffarah tersebut hendaklah mengikut urutan di bawah;

    a) Membebaskan seorang hamba mukmin sama ada lelaki atau wanita

    b) Jika tidak didapati atau tidak mampu, hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut (yakni tanpa selang),

    c) Jika tidak mampu, hendaklah ia memberi makan 60 orang miskin dengan setiap orang satu cupak makanan asasi penduduk setempat. Bagi penduduk di Malaysia ini, makanan asasinya ialah beras.
    (*Perihal tentang makna kaffarah ini dan dalilnya telahpun kita terangkan diawal tadi (bersama dengan penerangan tentang Qadha’ dan Fidyah). Oleh itu tidak perlu kita ulangi lagi di sini)

    Cuma di bawah ini sebagai huraian lebih lengkap tentang hukum kaffarah ini, kita kemukakan perincian berikut;

    a) Termasuk dalam erti persetubuhan yang mewajibkan kaffarah (apabila cukup syarat-syaratnya ialah; mensetubuhi faraj, dubur (iaitu meliwat), persetubuhan melalui zina atau syubhah atau dalam nikah yang fasid, sama ada mensetubuhi lelaki atau perempuan, manusia atau binatang. Persetubuhan-persetubuhan ini memberi kesan yang sama kepada puasa jika cukup syarat-syaratnya iaitu; (1) Mewajibkan qadha’ puasa, dan (2) Mewajibkan kaffarah.

    b) Syarat yang mewajibkan kaffarah itu ada lima, iaitu;

    i) Hendaklah orang yang melakukan persetubuhan mengingati bahawa ia sedang berpuasa. Jika ia terlupa –semasa sedang melakukan persetubuhan itu- bahawa ia sedang berpuasa, tidaklah batal puasanya dan tidak wajib atasnya kaffarah.

    ii) Ia mengetahui bahawa perbuatan tersebut adalah haram bagi orang yang sedang berpuasa.

    iii) Persetubuhan itu bukan berlaku kerana paksaaan

    iv) Puasa yang dibatalkan dengan persetubuhan itu adalah puasa Ramadhan. Jika puasa yang dibatalkan itu adalah puasa qadha’, puasa nazar atau puasa kaffarah, maka tidaklah wajib kaffarah kerana hadis Nabi s.a.w. hanya menggkhususkan puasa Ramadhan dengan kaffarah tersebut, tidak puasa-puasa yang lain.

    v) Ia bukan orang yang mendapat rukhsah kerana musafir. Maka seorang musafir yang membatalkan puasanya dengan bersetubuh, tidak wajib kaffarah ke atasnya kerana Syara’ memberi keharusan kepada musafir untuk berbuka.

    c) Menurut mazhab Syafi’ie, kaffarah hanya dikenakan ke atas lelaki sahaja tidak ke atas perempuan. Jadi, apabila suami dan isteri bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan, yang diwajibkan menunaikan kaffarah ialah si suami sahaja.

    d) Apabila berbilang hari berlaku persetubuhan maka berbilang jugalah kaffarah yang mesti ditunaikan. Contohnya, jika persetubuhan belaku pada empat hari, maka kaffarah yang mesti ditunaikan ialah empat juga.

    e) Adapun jika persetubuhan berlaku berulang-kali pada hari yang sama, maka kaffarah yang dikira hanya sekali sahaja.[1]

    f) Bagaimana jika seseorang itu membatalkan puasa dengan perkara lain selain persetubuhan (seperti dengan makan), kemudian setelah puasanya batal barulah ia bersetubuh dengan isterinya, apakah wajib ke atasnya kaffarah? Jawapannya ialah; ‘tidak wajib’ kerana kafffarah diwajibkan ke atas orang yang membatalkan puasanya dengan jima’ (persetubuhan). Dalam masalah ini, puasa itu batal dengan sebab makan, adapun persetubuhan maka ia berlaku setelah terbatalnya puasa.

    2. Membatalkan puasa dengan perbuatan yang lain dari bersetubuh (seperti makan, minum, mengeluarkan mani melalui cara lain dari bersetubuh seperti dengan tangan, menontot filem lucah, berkhayal atau sebagainya)

    Tidak ada khilaf di kalangan ulama’ bahawa orang yang membatalkan puasanya dengan makan, minum dan mengeluarkan mani dengan tangan atau sebagainya tersebut, ia wajib mengqadha’kan puasanya itu. Namun apakah ia wajib membayar kaffarah sebagaimana orang yang membatalkan puasanya dengan bersetubuh tadi? Dalam hal ini terdapat dua pandangan;

    Pendapat pertama; Imam Malik, Abu Hanifah, ath-Thauri dan beberapa ulama’ lagi mereka berpandangan; Orang yang sengaja membatalkan puasanya dengan makan atau minum, wajib ke atas mereka Qadha’ dan Kaffarah sebagaimana orang yang sengaja membatalkan puasa dengan bersetubuh. Ini kerana tujuan perbuatan mereka adalah sama iaitu berbuka puasa dengan sengaja (tanpa ada keuzuran yang diakui oleh Syara’) di mana mereka telah mencabul kehormatan puasa dan bulan Ramadhan.

    Pendapat kedua; Imam Syafi’ie, Ahmad dan ahli Dzahir berpandangan; yang wajib ke atasnya orang yang membatalkan puasa dengan perkara selain persetubuhan (sama ada dengan makan, minum atau mengeluarkan mani dengan tangan dan sebagainya selain bersetubuh) hanyalah qadha’ sahaja, tidak wajib kaffarah. Ini kerana hadis hanya mengkhususkan kaffarah ke atas orang yang membatalkan puasanya dengan bersetubuh sahaja.

    (Rujuk: Bidayatul Mujtahid, Imam Ibnu Rusyd, jil. 1, hlm. 398 dan al-Majmu’, jil. 6, hlm. 354)

    Nota Kaki;

    [1] Hanya persetubuhan yang membatalkan puasa sahaja yang mewajibkan kaffarah. Jadi apabila persetubuhan berlaku berulang-kali pada hari yang sama, sudah tentunya persetubuhan kali pertama yang membatalkan puasa. Adapun persetubuhan-persetubuhan yang lain, maka ia berlaku setelah puasa telahpun batal.

    USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
    http://fiqh-am.blogspot.com/2008/09/qadha-puasa-fidyah-kaffarah-12.html

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #2 06 September, 2010, 02:32:23 AM
  • Publish Di FB

  • جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: هَلَكْتُ يَا رَسُوْلَ اللهِ. قَالَ: وَمَا أَهْلَكَكَ؟ قَالَ: وَقَعْتُ عَلَى امْرَأَتِي فِيْ رَمَضَانَ. قَالَ: هَلْ تَجِدُ مَا تَعْتِقُ رَقْبَةً؟ قَالَ: لاَ. قَالَ: فَهَلْ تَسْتَطِيْعُ أَنْ تَصُوْمَ شَهْرَيْنِ مَتَتَابِعَيْنِ؟ قَالَ: لاَ. قَالَ: فَهَلْ تَجِدُ مَا تُطْعِمُ سِتِّيْنَ مِسْكِيْنًا؟ قَالَ: لاَ. قَالَ: ثُمَّ جَلَسَ فَأَتَى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَرَقٍ فِيْهِ تَمْرٌ فَقَالَ: تَصَدَّقْ بِهَذَا. قَالَ: أَفْقَرَ مِنَّا؟ فَمَا بَيْنَ لابَتَيْهَا أَهْلُ بَيْتٍ أَحْوَجُ إِلَيْهِ مِنَّا فَضَحِكَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى بَدَتْ أَنْيَابُهُ ثُمَّ قَالَ: اذْهَبْ فَأَطْعِمْهُ أَهْلَكَ


    Datang seseorang kepada Nabi n dan berkata: “Wahai Rasulullah, aku telah binasa.” Rasulullah n bertanya: “Apa yang membinasakanmu?” Orang itu menjawab: “Aku telah menggauli (berjima’-pen) istriku di siang Ramadhan.” Rasulullah n kemudian menyatakan: “Mampukah engkau untuk memerdekakan budak?” Ia menjawab: “Tidak.” Kemudian kata beliau: “Mampukah engkau berpuasa selama dua bulan berturut-turut?” Ia menjawab: “Tidak.” Kemudian kata beliau: “Mampukah engkau memberi makan enampuluh orang miskin?” Ia menjawab: “Tidak.” Kemudian iapun duduk dan Rasulullah n memberi satu wadah kurma (sebanyak enampuluh mudd-pen) dan beliau berkata: “Shadaqahkan ini.” Orang itu bertanya: “Kepada yang lebih fakir dari kami? Sungguh di kota Madinah ini tiada yang lebih membutuhkan kurma ini dari kami.” Mendengar itu Rasulullah n tertawa hingga terlihat gigi taringnya, kemudian beliau n berkata: “Pulanglah dan berikan ini kepada keluargamu.”

    Hadits di atas diriwayatkan oleh Abu Hurairah z dalam Kutubus Sittah selain An-Nasai (Al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah) dari jalan Az-Zuhri Muhamad bin Muslim dari Humaid bin Abdurrahman dari Abu Hurairah z.

    Dari Az-Zuhri diriwayatkan dari sembilan jalan:
    1. Ibrahim bin Sa’d dikeluarkan oleh Al-Bukhari dari jalan Musa bin Ismail (lihat Fathul Bari, 10/519) dan Ahmad bin Yunus (Al-Fath, 9/423).

    2. Sufyan bin ‘Uyainah dikeluarkan oleh Al-Bukhari dari jalan Ali bin Abdullah (Al-Fath, 11/604) dan Al-Qa’nabi (Al-Fath, 11/605), sementara Muslim dari jalan Yahya bin Yahya dan Abu Bakar bin Abi Syaibah dan Zuhair bin Harb dan Ibnu Numair (7/224), sementara Abu Dawud dari jalan Musaddad dan Muhamad bin ‘Isa (‘Aunul Ma’bud, 7/15), sementara At-Tirmidzi dari jalan Nasr bin ‘Ali dan Abu ‘Ammar Al-Husain bin Huraits dan beliau menyatakan: hasan shahih (Al-‘Aridhah, 3/198). Juga Ibnu Majah dari jalan Abu Bakr Ibnu Abi Syaibah (2/312).

    3. Syu’aib bin Abi Hamzah dikeluarkan Al-Bukhari dari jalan Abul Yaman (Al-Fath, 4/193).

    4. Manshur dikeluarkan Al-Bukhari dari jalan ‘Utsman dari Jarir (Al-Fath, 4/204), sementara Muslim dari jalan Ishaq bin Ibrahim dari Jarir (7/226).

    5. Al-Laits dikeluarkan oleh Al-Bukhari dari jalan Qutaibah (Al-Fath, 5/264), sementara Muslim dari jalan Yahya bin Yahya, Qutaibah dan Muhamad bin Rumh (7/226).

    6. Ma’mar dikeluarkan Al-Bukhari dari jalan Muhamad bin Mahbub dari Abdul Wahid (11/604), sementara Muslim dari jalan ‘Abd bin Humaid dari Abdurrazzaq (7/227), sementara Abu Dawud dari jalan Al-Hasan bin ‘Ali dari Abdurrazzaq (‘Aunul Ma’bud, 7/16)

    7. Al-Auza’i dikeluarkan Al-Bukhari dari jalan Muhamad bin Muqatil dari Abdullah (10/568).

    8. Ibnu Juraij dikeluarkan Muslim dari jalan Muhamad bin Rafi’ dari Abdurrazzaq (7/227).

    9. Malik dikeluarkan Abu Dawud dari jalan Al-Qa’nabi (‘Aunul Ma’bud, 7/18).

    Hadits ‘Aisyah Ummul Mukminin:
    Hadits ‘Aisyah  semakna dengan hadits Abu Hurairah  di atas dan dalam Kutubus Sittah selain An-Nasai, diriwayatkan dari jalan Muhammad bin Ja’far bin Az-Zubair dari ‘Abad bin Abdullah bin Az-Zubair dari ‘Aisyah.

    Dari Muhammad bin Ja’far bin Az-Zubair diriwayatkan dari dua jalan:
    1. Abdurrahman bin Harits dikeluarkan oleh Abu Dawud dari jalan Muhamad bin Auf dari Sa’id bin Abi Maryam dari Abdurrahman bin Abi Zinad dari Abdurrahman bin Al-Harits.

    بِعَرَقٍ فِيْهِ عِشْرُوْنَ صَاعًا
    (Al-‘Aun, 7/20).

    2. Abdurrahman bin Qasim dan darinya diriwayatkan dari dua jalan:

    1). ‘Amr bin Harits dikeluarkan Al-Bukhari secara mu’allaq dari Al-Laits (Al-Fath, 12/134) dan disebutkan secara maushul oleh Al-Hafidz Ibnu Hajar dalam Taghliqut Ta’liq (5/237). Sementara Muslim dari jalan Abu Thahir bin Sarh dari Ibn Wahb (7/229), dan Abu Dawud dari jalan Sulaiman bin Dawud Al-Mahri dari Ibn Wahb (Al-‘Aun, 7/20)

    2). Yahya bin Sa’id dikeluarkan oleh Al-Bukhari dari jalan Abdullah bin Numair dari Yazid bin Harun (Al-Fath, 4/190), sementara Muslim dari jalan Muhammad bin Rumh dari Al-Laits (7/228) dan dari Muhammad bin Mutsanna dari Abdul Wahhab Ats-Tsaqafi (7/228).

    Fiqhul (kandungan) Hadits:
    1. Orang yang disebut dalam riwayat di atas adalah Salamah bin Shakhr Al-Bayadhi, sebagaimana dikuatkan oleh Ibnu Hajar dalam Al-Ishabah, juga oleh Ibnu Abdil Bar dalam At-Tamhid dan Ibnu Mulaqqin dalam Al-I’lam.

    2. Hadits ‘Aisyah x di atas dikeluarkan Al-Bukhari dalam Shahih-nya pada bab:

    إِذَا جَامَعَ فِيْ رَمَضَانَ

    Menurut Al-Hafidz, yang dimaksud adalah orang tersebut telah melakukan jima’ di siang hari pada bulan Ramadhan dengan sengaja dan ia tahu keharamannya sehingga ia wajib membayar kaffarah.

    Al-Imam Al-Bukhari dalam bab yang sama juga membawakan riwayat dari Abu Hurairah  dengan sighah tamridh:

    وَيُذْكَرُ عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَفَعَهُ: مَنْ أَفْطَرَ يَوْمًا مِنْ رَمَضَانَ مِنْ غَيْرِ عِلَّةٍ وَلاَ مَرَضٍ لَمْ يَقْضَهُ صِيَامُ الدَّهْرِ وَإِنْ صَامَهُ. وَبِهِ قَالَ ابْنُ مَسْعُوْدٍ

    Disebutkan dari Abu Hurairah  secara marfu’:
    “Barangsiapa yang berbuka di bulan Ramadhan tanpa sebab dan bukan karena sakit maka ia tidak bisa membayarnya dengan puasa selamanya kalaupun ia lakukan.”

    Al-Hafidz berkata: “Riwayat di atas disebutkan secara maushul oleh Abu Dawud, An-Nasai, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah dalam Sunan mereka dan dishahihkan Ibnu Hazm dari jalan Sufyan Ats-Tsauri dan Syu’bah, keduanya dari Habib bin Abi Tsabit dari ‘Ammarah bin Umair dari Abul Muthawwas dari ayahnya dari Abu Hurairah z, mirip dengan riwayat di atas. Dalam riwayat Syu’bah dengan lafadz:

    فِيْ غَيْرِ رَخْصَةٍ رَخَّصَهَا اللهُ تَعَالَى لَهُ لَمْ يُقْضَ عَنْهُ وَإِنْ صَامَ الدَّهْرَ كُلَّهُ

    “… Tanpa rukhshah yang Allah berikan baginya maka ia tidak akan bisa membayarnya walaupun ia puasa sepanjang masa.”

    3. Lafadz
    هَلَكْتُ
    yang dimaksud adalah “Aku terjatuh pada dosa”, karena melakukan hal terlarang yang diharamkan ketika puasa yaitu jima’. Dalam riwayat Muslim dari ‘Aisyah  dengan lafadz
    احْتَرَقْتُ
    : “Aku telah terbakar”, maka Nabi n bertanya kepadanya: “Mengapa?” Jawabnya: “Karena aku menggauli istriku di siang hari bulan Ramadhan.”

    4. Hadits ini menunjukkan wajibnya bertanya tentang hukum syariat dari yang dilakukan orang ketika menyelisihi syariat dan kekhawatiran dari dampak bahayanya dosa.

    5. Juga menunjukkan bolehnya mengungkap maksiat bagi orang yang ingin membersihkan dirinya dari dosa dan akibat dosa itu.

    6. Pelajaran adab agar seseorang menggunakan kata kiasan dalam hal-hal yang tidak pantas disampaikan seperti penggunaan kata muwaqa’ah atau ishabah sebagai isyarat dari jima’.

    7. Hadits ini pula menunjukkan wajibnya membayar kaffarah bagi orang yang berjima’ dengan sengaja, dan ini merupakan madzhab seluruh ulama kecuali yang menyelisihinya dengan pernyataannya tidak wajib membayar kaffarah demikian. Diriwayatkan dari Asy-Sya’bi dan beberapa ulama lainnya, hal ini mereka kiaskan dengan shalat karena tidak ada kaffarah bagi yang merusaknya. Namun kias ini tidak berguna dengan adanya nash, selain juga karena perbedaan yang jelas dimana tidak ada jalan bagi harta untuk mengganti shalat. Berbeda dengan puasa, buktinya orang tua yang lemah dan lainnya yang tidak mampu puasa (menggantinya dengan harta, -red).

    Mungkin mereka akan mengatakan, bila kaffarah itu memang wajib maka tidak akan gugur karena ketidakmampuan. Pernyataan inipun lemah karena justru gugurnya kewajiban membayar kaffarah menunjukkan bahwa kaffarah itu wajib, karena kalau tidak demikian (yaitu tidak wajib -red) tidak akan dinyatakan gugur hukumnya.

    8. Jika seseorang melakukan jima’ di siang hari Ramadhan karena lupa, apakah puasanya batal sekaligus berkewajiban bayar kaffarah? Dalam masalah ini ada tiga pendapat para ulama dan yang benar adalah dalam madzhab Asy-Syafi’i bahwa puasanya tidak batal dan tidak wajib pula membayar kaffarah.

    9. Susunan pembayaran kaffarah dalam hadits yaitu memerdekakan budak, puasa dua bulan berturut-turut dan memberi makan enam puluh orang miskin. Susunan ini dilakukan secara berurutan dan tidak dengan pilihan secara bebas, demikian menurut pendapat mayoritas ulama.

    10. Hadits ini juga menunjukkan bahwa jima’ antara suami istri hanya terkena satu kaffarah, dimana tidak disebutkan dalam riwayat di atas kewajiban kaffarah atas si istri. Demikian pendapat terbenar bagi Al-Imam Asy-Syafi’i juga madzhab Dawud dan madzhab Dzahiri. Sementara ulama lain membedakan antara istri yang dipaksa melakukan jima’ -baginya tidak berkewajiban bayar kaffarah- dengan istri yang melakukan jima’ dengan kesadaran -wajib membayar kaffarah-. Demikian madzhab Malik, Al-Imam Ahmad dan Hanafiyyah. Adapula di kalangan ulama yang menyamakan antara istri yang dipaksa maupun tidak tetap berkewajiban bayar kaffarah, yaitu Al-Imam Al-Auza’i.

    11. Madzhab jumhur ulama menyebutkan bahwa puasa kaffarah ini dilakukan dua bulan dengan syarat berturut-turut.

    12. Sabda Rasulullah n:

    اذْهَبْ فَأَطْعِمْهُ أَهْلَكَ

    “Pergi dan berikan ini pada keluargamu”

    Artinya yang paling benar menurut Ibnul ‘Arabi, Al-Baghawi, Ibnu Abdil Bar dan Ibnu Daqiqil ‘Ied adalah Rasulullah n memberikan shadaqah itu kepada orang tersebut untuk dibagikan kepada keluarganya karena kefakirannya, sementara kewajiban kaffarah tetap dalam tanggungannya dan harus ia bayar ketika mampu. Ini adalah madzhab Malik bin Anas. Oleh sebab itu Al-Bukhari memberi judul bab:

    إِذَا جَامَعَ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَيْءٌ فَتُصَدِّقُ عَلَيْهِ فَلْيُكَفِّرْ

    Jika berjima’ dan tidak memiliki sesuatu kemudian mendapat shadaqah maka hendaknya ia membayar kaffarah.Kata Al-Hafidz, ini menunjukkan bahwa ketidakmampuan seseorang tidaklah menggugurkan kewajiban membayar kaffarah, namun hal itu tetap menjadi tanggungannya.(Al-Fath, 4/204)

    13. Hadits di atas juga mengajarkan berlemah lembut pada orang yang belajar dan memberi pengajaran dengan cara lunak. Juga mengambil simpati orang dalam agama.

    14. Hadits itu juga mengajarkan penyesalan dari perbuatan maksiat dan merasa takut dari akibat buruknya.

    15. Bolehnya duduk di masjid untuk selain shalat tapi untuk kemaslahatan lainnya seperti belajar dan mengajar.

    16. Bolehnya tertawa ketika ada sebabnya.

    17. Diterimanya berita dari seseorang berkaitan dengan hal pribadinya yang tidak diketahui kecuali dari dirinya.

    18. Ta’awun dalam ibadah dan membantu seorang muslim dalam hajatnya.

    19. Orang yang mudhthar (sangat butuh pada apa yang ia miliki) tidak berkewajiban untuk memberikan itu atau sebagiannya pada orang mudhthar lainnya.

    20. Jumhur ulama berpendapat wajibnya membayar puasa (meng-qodho) bagi yang merusak puasanya dengan jima’ dengan alasan puasa yang diwajibkan kepadanya belum ia laksanakan (karena batal disebabkan jima’), maka (puasa itu masih) menjadi tanggungannya. Sama dengan shalat dan lainnya ketika belum ia lakukan dengan syarat-syaratnya.

    Walaupun sebagian ulama menyatakan tidak wajib lagi puasa atasnya karena telah tertutupi dengan kaffarah. Juga karena Rasulullah  diam dan tidak memerintahkan puasa kepadanya.

    Ada pula yang menyatakan bila dia tunaikan kaffarah dengan puasa maka telah terbayar hutang puasanya. Tetapi bila tidak, maka tetap harus dia bayar karena jenis amalannya berbeda, demikian pendapat Al-Auza’i.

    Termasuk yang menguatkan pendapat yang mewajibkan membayar puasa bersama dengan kaffarah adalah lafadz
    صُمْ يَوْمًا مَكَانَهُ
    : “Dan puasalah sehari sebagai gantinya.” Dari riwayat Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari kakeknya, juga tersebut pada hadits Abu Hurairah z dari jalan Abu Uwais, Abdul Jabbar dan Hisyam bin Sa’d, semuanya dari Az-Zuhri, juga dalam mursal Sa’id bin Musayyib, Nafi bin Jubair, Hasan dan Muhamad bin Ka’b. Berkata Al-Hafidz Ibnu Hajar, dari keseluruhan jalan di atas diketahui bahwa tambahan perintah untuk bayar puasa memiliki asal (ada benarnya) (Al-Fath: 4/204)

    21. Hadits dan atsar ini menurut Ibnu Hajar sengaja dibawakan oleh Al-Imam Al-Bukhari untuk menunjukkan bahwa kewajiban membayar kaffarah diperselisihkan oleh salaf, dan bahwa yang membatalkan puasa dengan jima’ maka wajib membayar kaffarah, sementara hadits Abu Hurairah z beliau mengisyaratkan kelemahannya dengan sighah tamridh (bentuk pasif). Kalaupun shahih, maka isinya menguatkan pendapat yang tidak mewajibkan qadha (membayar puasa) bagi yang membatalkan puasanya dengan makan, tetapi tetap hal itu menjadi tanggungannya sebagai tambahan balasan baginya. Hal ini karena dengan diqadha berarti terhapus dosa darinya, namun bukan berarti dengan tidak bisa diqadha berarti gugur pula kewajiban membayar kaffarah pada sebab yang disebutkan yaitu jima’, dan pembatalan karena jima’ berbeda jelas dengan pembatalan karena makan.

    22. Hadits ini juga menunjukkan bahwa orang yang menyampaikan udzur yang dengannya gugur suatu hukum darinya atau berhak dengannya mengambil sesuatu, maka keterangannya diterima dan tidak dibebani untuk mendatangkan bukti, karena orang ini mengaku bahwa dirinya fakir dan mengaku telah merosak puasanya.

    23. Hadits ini ditulis sebagai sebuah karya secara tersendiri tentang penjelasan dan keterangannya oleh Al-Imam Abdurrahim bin Hussain Al-‘Iraqi, dimana beliau membahas dan meng-istimbath tentang 1001 masalah dalam satu hadits ini. Dan ini cukup sebagai bantahan terhadap ahlul bid’ah yang menyatakan bahwa ulama hadits hanya tersibukkan dengan periwayatan, pembicaraan tentang sanad, al-jarh wat-ta’dil dan sejenisnya, dan tidak mengerti tentang fiqh hadits.

    وَالْعِلْمُ عِنْدَ اللهِ تَعَالَى وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ


    Sumber Bacaan:

    1. Al-I’lam bi Fawa ‘id ‘Umdatil Ahkam, Ibnul Mulaqqin
    2. Tuhfatul Ahwadzi, Muhammad bin Abdurrahman Al-Mubarakfury
    3. Sunan Ibnu Majah
    4. ‘Aridhotul Ahwadzi, Ibnul ‘Arabi Al-Maliki
    5. ‘Aunul Ma’bud, Muhammad Syamsul Haq Al-Adzimi Abadi
    6. Fathul Bari, Ibnu Hajar Al-’Asqalani
    7. Syarah Shahih Muslim, An-Nawawi


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #3 06 September, 2010, 02:49:17 AM
  • Publish Di FB
  • :)

    Saya ada persoalan mengenai suami/isteri yang bersetubuh di siang hari di bulan puasa.

    Dengan ilmu yang masih cetek, si A telah bersetubuh dengan isterinya selepas azan subuh di bulan puasa (ketika hari masih lagi gelap). Pada pemahamannya, hari yang masih gelap adalah masih boleh melakukan persetubuhan. Selepas beberapa ketika, dia mendapat tahu yang puasa tersebut adalah tidak sah, batal.

    Persoalannya:

    1. Jika perkara tersebut telah berlaku 2 kali (contoh) sepanjang bulan Ramadhan, bagaimanakah caranya untuk membayar kafarah?
    2. Bolehkah dibayar kepada wakil2 zakat (amil) atau yang lainnya, kerana tidak sanggup berpuasa 2 bulan berturut-turut?
    3. Berapakah kadarnya?

    Terima kasih atas penjelasan.

    Jawapan :


    1. Jika merujuk kepada artikel yang disertakan  dari Ustaz Ahmad Adnan Fadhil,  persetubuhan berlaku  2 kali pada 2 hari yang berlainan, maka kaffarahnya juga 2 kali.

    2. Kaffrah disebabkan persetubuhan mesti dilakukan mengikut turutan, tidak boleh menlangkau memilih mana suka.  Susunan pembayaran kaffarah dalam hadits iaitu memerdekakan budak, puasa dua bulan berturut-turut dan memberi makan enam puluh orang miskin. Susunan ini dilakukan secara berurutan dan tidak dengan pilihan secara bebas, demikian menurut pendapat majoriti ulama.

    Kaffarah disebabkan jimak

    Bagi kes ini, ijma’ para ulama’ menyatakan bahawa orang yang melakukannnya wajib membayar kaffarah di samping wajib mengqadha’ puasanya. Kaffarah tersebut hendaklah mengikut urutan di bawah;

    a) Membebaskan seorang hamba mukmin sama ada lelaki atau wanita

    b) Jika tidak didapati atau tidak mampu, hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut (yakni tanpa selang),

    c) Jika tidak mampu, hendaklah ia memberi makan 60 orang miskin dengan setiap orang satu cupak makanan asasi penduduk setempat. Bagi penduduk di Malaysia ini, makanan asasinya ialah beras.

    Oleh kerana tiada hamba pada zaman ini, maka berpuasa. Jika tidak mampu berpuasa memberikan makan 60 orang fakir miskin.

    Kaffarah Jima' (bersetubuh pada siang hari dalam bulan Ramadhan)

       1. Memerdekakan seorang hamba
       2. Puasa selama 2 bulan berturut-turut
       3. Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin

    3. Bagi 1 kaffrah

     Nilaian untuk memberi makan kepada 60 orang miskin adalah sebanyak segantang beras bagi setiap seorang. Ini bermakna sebanyak 60 gantang beras (bersamaan 168 kg [anggaran setiap satu gantang berharga RM 3.75] menjadikan jumlah keseluruhan 60 gantang = 60 orang miskin = RM 225). Namun begitu, mengikut kebiasaan masyarakat di Malaysia tidak makan nasi kosong semata-mata. Justeru, berdasarkan pandangan daripada Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi nilai ini haruslah dianggarkan kepada jumlah nilai hidangan yang mengenyangkan berdasarkan realiti masyarakat setempat. Justeru, mengikut kesesuaian masyarakat setempat pihak PPZ-MAIWP mengesyorkan agar nilai harga makanan bagi satu hidangan yang lengkap ialah sebanyak RM5. Oleh itu jumlah kaffarah yang perlu dibayar ialah RM300.


    auaa

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #4 08 September, 2010, 06:48:10 AM
  • Publish Di FB
  • Terima kasih atas penjelasan di atas, amat membantu menambah kefahaman saya. Sebahagian persoalan telah pun terjawab.

    Maaf, saya juga ingin bertanya lebih lanjut lagi. Adakah sebarang kelonggaran dalam "hukuman" yang dikenakan kepada si A, memandangkan pada masa tersebut dia kurang ilmu dalam hal2 berkaitan persetubuhan di siang hari puasa? Dia tidak berniat utk membatalkan puasa, cuma pemahamannya yang "masih boleh bersetubuh ketika hari masih gelap (belum siang). Atas pemahamannya inilah dia meneruskan niat bersetubuh, bukannya "sengaja" bersetubuh (meremehkan hukum Islam).

    Sukar juga mencari fakir miskin di kawasan tempat tinggal si A (Shah Alam, Selangor). Bolehkah jika kaffarah itu dilunaskan dengan wang ringgit sebagai ganti, dibayar kepada wakil agama yang bertauliah, seperti Pusat Zakat Selangor misalnya?

    Terima kasih.

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #5 10 September, 2010, 04:59:38 PM
  • Publish Di FB
  • Terima kasih atas penjelasan di atas, amat membantu menambah kefahaman saya. Sebahagian persoalan telah pun terjawab.

    Maaf, saya juga ingin bertanya lebih lanjut lagi. Adakah sebarang kelonggaran dalam "hukuman" yang dikenakan kepada si A, memandangkan pada masa tersebut dia kurang ilmu dalam hal2 berkaitan persetubuhan di siang hari puasa? Dia tidak berniat utk membatalkan puasa, cuma pemahamannya yang "masih boleh bersetubuh ketika hari masih gelap (belum siang). Atas pemahamannya inilah dia meneruskan niat bersetubuh, bukannya "sengaja" bersetubuh (meremehkan hukum Islam).

    Sukar juga mencari fakir miskin di kawasan tempat tinggal si A (Shah Alam, Selangor). Bolehkah jika kaffarah itu dilunaskan dengan wang ringgit sebagai ganti, dibayar kepada wakil agama yang bertauliah, seperti Pusat Zakat Selangor misalnya?

    Terima kasih.
    Pada saya seeloknya berusaha dan berikhtiarlah serta panjatkan permohonan keampunan(banyak beristighfar) dalam taubat sehari2, supaya kaffarah dapat dilangsaikan dan mudah2an dosa2 dapat Allah mengampuninya, walaupun dahulunya kerana kejahilan si A terlanjur terbuat larangan itu. Sambil itu bergerak keluar menuntut ilmu yang menjadi fardhu 'ain atas setiap mukallaf....Sabda Nabi saw...Menuntut ilmu itu fardhu ke atas setiap muslim...Demikian sabda Nabi saw...berkenaan fakir miskin tak semestinya di shah alam, pada saya boleh di tempat lain, tapi berkenaan menggantikan beras dengan wang ringgit, sila rujuk ahli fikih@ulama', barangkali ada dalam pendapat imam2 mazhab berkenaan ini...Sesungguhnya Allah melihat usaha ikhtiar, pengharapan hati, niat dan kesungguhan hambaNya....
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #6 11 September, 2010, 06:34:55 AM
  • Publish Di FB

  • Maaf, saya juga ingin bertanya lebih lanjut lagi. Adakah sebarang kelonggaran dalam "hukuman" yang dikenakan kepada si A, memandangkan pada masa tersebut dia kurang ilmu dalam hal2 berkaitan persetubuhan di siang hari puasa? Dia tidak berniat utk membatalkan puasa, cuma pemahamannya yang "masih boleh bersetubuh ketika hari masih gelap (belum siang). Atas pemahamannya inilah dia meneruskan niat bersetubuh, bukannya "sengaja" bersetubuh (meremehkan hukum Islam).


    Walaupun kejahilan memahami istilah masih gelap, tetapi menurut kirman yang pertama ada menyatakan  "
    Dengan ilmu yang masih cetek, si A telah bersetubuh dengan isterinya selepas azan subuh di bulan puasa (ketika hari masih lagi gelap)."
    Sekurangnya,memang puan memahami bahawa waktu puasa itu bermula dari masuk waktu subuh hingga maghrib. Tidak ada kelonggaran di dalam menunaikan kaffarah ini kerana ia tertanggung atas diri sendiri.

    Seperti kata nazri, berdoalah kepada Allah memohon kekuatan untuk melaksanakan kaffarah itu. Berniat dan berusaha untuk melaksanakan.Kaffarah ini ibarat hutang  dengan Allah. Jika di bayar semasa di dunia, maka ia terlepas di  akhirat nanti. Jika tidak dilaksanakan,maka akan dituntut di akhirat nanti.

    Sukar juga mencari fakir miskin di kawasan tempat tinggal si A (Shah Alam, Selangor). Bolehkah jika kaffarah itu dilunaskan dengan wang ringgit sebagai ganti, dibayar kepada wakil agama yang bertauliah, seperti Pusat Zakat Selangor misalnya?


    Fakir miskin boleh dicari di luar kawasan Shah Alam. Jika ingin membayar kepada Pusat Zakat Selangor, sila ke tempat mereka untuk bertanya samada menerima  atau tidak.

    Hj Naim

    • *
    • Posts: 715
      • View Profile
    Jawab #7 17 July, 2012, 06:29:47 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum WBT,

    Hadis Rasulullah s.a.w. daripada Abu Hurairah r.a. yang bermaksud: Telah mengadu seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w. dengan berkata: "Aku telah memusnahkan diriku wahai Rasulullah, baginda bertanya: Apa yang menyebabkan kamu musnah? Lelaki itu menjawab: "Aku telah melakukan persetubuhan di siang hari pada bulan Ramadan". Baginda bertanya kepada lelaki itu : " Adakah engkau memiliki hamba untuk dibebaskan? Lelaki itu menjawab: Tiada wahai Rasulullah. Baginda bertanya lagi adakah kamu mampu berpuasa selama dua bulan berturut-turut? Lelaki itu menjawab tidak mampu wahai Rasulullah. Kemudian baginda bertanya lagi, adakah kamu memiliki makanan yang cukup untuk diberi makan kepada 10 orang? Masih lagi dia menjawab tidak mampu. Kemudian Nabi s.a.w. duduk. Dalam pada itu Nabi s.a.w. telah diberikan satu karung yang berisi tamar. Baginda meminta dia menyedekahkan tamar tersebut sebagai kaffarah terhadap perbuatannya itu. Lantaran lelaki itu menjawab kepada Rasulullah dengan berkata: Adakah perlu saya berikan tamar ini kepada orang yang lebih fakir daripada kami, kerana tiada rumah yang lebih berhajat kepada tamar ini melainkan rumah kami (lelaki itu menggambarkan kemiskinan keluarganya ), pergilah kamu dengan bekalan ini dan berilah ahli keluarga kamu makan daripadanya. (riwayat al-Bukhari: 2600 dan Muslim: 1111) .

    Hadis di atas menjelaskan perihal kaffarah, sekali gus menjelaskan pensyariatan kaffarah serta perkara yang membatalkan puasa dan menuntut kaffarah.

    Persoalannya, adakah kaffarah di wajibkan bagi orang yang membuka puasanya dengan makan kemudian bersetubuh. Pertamanya setiap orang yang beriman yang dituntut ke atasnya berpuasa jika berbuka di siang hari, sepakat ulama wajib keatasnya mengqada.

    5zul

    • *
    • Posts: 3047
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #8 17 July, 2012, 06:35:09 PM
  • Publish Di FB
  • di dalam surah Al-baqarah ada nyatakan....

    wajib keatas diri yang masih ....

    Al-baqarah 184-185 -

    (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
    [/pre]
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Arozi

    • *
    • Posts: 684
      • View Profile
    Jawab #9 17 July, 2012, 06:44:37 PM
  • Publish Di FB
  • Rasanya, tajuk ni... kene letak Larangan Bersetubuh DI SIANG HARI Di Bulan Puasa laa... dak gitu?

    Sekali baca, SEKSa juga siang malam nak menahan...hahahahahaa...

    khattab_01

    • *
    • Posts: 35
      • View Profile
    Jawab #10 17 July, 2012, 06:48:23 PM
  • Publish Di FB
  • Alhamdulillah syukron dengan info ilmu yang diberikan,semoga dapat dijadikan panduan.Amin.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #11 17 July, 2012, 10:45:38 PM
  • Publish Di FB
  • Persoalannya, adakah kaffarah di wajibkan bagi orang yang membuka puasanya dengan makan kemudian bersetubuh. Pertamanya setiap orang yang beriman yang dituntut ke atasnya berpuasa jika berbuka di siang hari, sepakat ulama wajib keatasnya mengqada.


    Huraian hadith di atas jelas diterangkan di sini, Re: Persetubuhan Disiang Hari Di Bulan Puasa

    1.Bagaimana jika seseorang itu membatalkan puasa dengan perkara lain selain persetubuhan (seperti dengan makan), kemudian setelah puasanya batal barulah ia bersetubuh dengan isterinya, apakah wajib ke atasnya kaffarah? Jawapannya ialah; ‘tidak wajib’ kerana kafffarah diwajibkan ke atas orang yang membatalkan puasanya dengan jima’ (persetubuhan). Dalam masalah ini, puasa itu batal dengan sebab makan, adapun persetubuhan maka ia berlaku setelah terbatalnya puasa.

    2. Membatalkan puasa dengan perbuatan yang lain dari bersetubuh (seperti makan, minum, mengeluarkan mani melalui cara lain dari bersetubuh seperti dengan tangan, menontot filem lucah, berkhayal atau sebagainya)

    Tidak ada khilaf di kalangan ulama’ bahawa orang yang membatalkan puasanya dengan makan, minum dan mengeluarkan mani dengan tangan atau sebagainya tersebut, ia wajib mengqadha’kan puasanya itu. Namun apakah ia wajib membayar kaffarah sebagaimana orang yang membatalkan puasanya dengan bersetubuh tadi? Dalam hal ini terdapat dua pandangan;

    Pendapat pertama; Imam Malik, Abu Hanifah, ath-Thauri dan beberapa ulama’ lagi mereka berpandangan; Orang yang sengaja membatalkan puasanya dengan makan atau minum, wajib ke atas mereka Qadha’ dan Kaffarah sebagaimana orang yang sengaja membatalkan puasa dengan bersetubuh. Ini kerana tujuan perbuatan mereka adalah sama iaitu berbuka puasa dengan sengaja (tanpa ada keuzuran yang diakui oleh Syara’) di mana mereka telah mencabul kehormatan puasa dan bulan Ramadhan.

    Pendapat kedua; Imam Syafi’ie, Ahmad dan ahli Dzahir berpandangan; yang wajib ke atasnya orang yang membatalkan puasa dengan perkara selain persetubuhan (sama ada dengan makan, minum atau mengeluarkan mani dengan tangan dan sebagainya selain bersetubuh) hanyalah qadha’ sahaja, tidak wajib kaffarah. Ini kerana hadis hanya mengkhususkan kaffarah ke atas orang yang membatalkan puasanya dengan bersetubuh sahaja.

    (Rujuk: Bidayatul Mujtahid, Imam Ibnu Rusyd, jil. 1, hlm. 398 dan al-Majmu’, jil. 6, hlm. 354)

    Nota Kaki;

    Hanya persetubuhan yang membatalkan puasa sahaja yang mewajibkan kaffarah. Jadi apabila persetubuhan berlaku berulang-kali pada hari yang sama, sudah tentunya persetubuhan kali pertama yang membatalkan puasa. Adapun persetubuhan-persetubuhan yang lain, maka ia berlaku setelah puasa telahpun batal.

    war

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Jawab #12 16 August, 2013, 12:16:15 AM
  • Publish Di FB
  • SAYA NAK TANYA,
    BERKENAAN KES Persetubuhan Disiang Hari Di Bulan Puasa.
    1. BOLEH ATAU TIDAK JIKA KITA BAYAR KAFFARAH SAHAJA KEPADA 60 FAKIR MISKIN SEBAB TIDAK MAMPU UNTUK BERPUASA 2 BULAN BERTURUT-TURUT?
    2. ADAKAH MAKSUD TIDAK MAMPU DI ATAS,BOLEH JELASKAN?ADAKAH SEBAB BERKERJA ATAU UZUR?

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4918
      • View Profile
    Jawab #13 16 August, 2013, 05:55:53 AM
  • Publish Di FB
  • SAYA NAK TANYA,
    BERKENAAN KES Persetubuhan Disiang Hari Di Bulan Puasa.
    1. BOLEH ATAU TIDAK JIKA KITA BAYAR KAFFARAH SAHAJA KEPADA 60 FAKIR MISKIN SEBAB TIDAK MAMPU UNTUK BERPUASA 2 BULAN BERTURUT-TURUT?
    2. ADAKAH MAKSUD TIDAK MAMPU DI ATAS,BOLEH JELASKAN?ADAKAH SEBAB BERKERJA ATAU UZUR?

    KES Persetubuhan Disiang Hari Di Bulan Puasa telah Jelas hukumnya

    MAMPU pun sudah ada hadisnya
    maksudnya, Allah izinkan kamu

    sedangkan melanggar adat, budaya, dan hukum itu adalah permainan Nafsu syaitan
    hendak memperdayakan manusia

    apabila diri tiada yakini Allah, manakan mampu untuk taat
    lalu ujudlah bisikan Nafsu, sebab bekerja tak mampu, sebab uzur tak mampu

    sejauh mana Ingat Allah, akan ada kemampuannya

    silakan

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    9 Replies
    2358 Views
    Last post 02 September, 2010, 05:26:48 PM
    by insan mawar
    28 Replies
    22849 Views
    Last post 20 August, 2013, 07:03:28 PM
    by al_ahibbatu
    1 Replies
    1780 Views
    Last post 07 December, 2011, 06:34:28 AM
    by al_ahibbatu