Harta Kecemasan sebelum ditakdirkan menjadi Ibu Tunggal!!!

*

Author Topic: Harta Kecemasan sebelum ditakdirkan menjadi Ibu Tunggal!!!  (Read 1668 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

alibara

  • *
  • Posts: 30
    • View Profile
04 September, 2010, 01:13:31 AM
  • Publish
  • Salam,

    Mengikut statistik Jabatan Pembangunan Wanita, bilangan ibu tunggal di Malaysia pada tahun 2000 ialah seramai 128,810 orang. Dari jumlah ini, kaum Melayu merupakan yang terbesar dengan hampir 60 peratus. Ianya diikuti dengan kaum Cina sebanyak 23 peratus dan kaum India sebanyak 9 peratus. Sementara itu, kumpulan umur di antara 45 hingga 54 tahun merupakan taburan ibu tunggal yang tertinggi bagi setiap kaum.


    Sumber : Jabatan Pembangunan Wanita

    Dari 128 810, ada segolongan wanita menjadi ibu tunggal adalah disebabkan kematian suami. Kematian suami bermakna hilang sumber pendapatan utama bagi keluarga secara tiba – tiba.Selain itu, terdapat juga kes – kes di mana suami hilang upaya bekerja selamanya akibat dari kemalangan dan juga penyakit kritikal.

    Masalah yang sering dihadapai oleh ibu tunggal ini adalah :

    1) Kesusahan mencari sumber pendapatan

    2) Tidak dapat menumpukan kepada usaha membesarkan anak – anak kerana keluar bekerja mencari rezeki siang dan malam

    3) Masalah hutang piutang yang ditinggalkan suami

    4) Perancangan pendidikan universiti untuk anak – anak

    5) Menderita mental dan emosi akibat kesusahan yang ditanggung setelah kehilangan suami

    ———————————————————————————————–

    MASALAH IBU TUNGGAL PADA HARI INI


    Suami yang sihat bekerja akhirnya hilang upaya bekerja sebelum meninggal dunia. Apalah daya si isteri suri rumah sepenuh masa ini ?


    Kemalangan antara punca utama isteri menjadi ibu tunggal secara tiba – tiba


    Walaupun tidak dikategorikan sebagai ibu tunggal, tetapi ramai wanita yang menderita kesusahan menjaga suami yang terlantar sakit berbulan malah bertahun – tahun lamanya.


    Menyara 8 anak dengan tiada gaji suami seperti biasa merupakan satu cabaran yang paling getir di hadapi oleh ibu tunggal atau ibu yang mana suami mereka hilang upaya bekerja!


    300 000 jadi anak yatim akibat kemalangan ?


    Kemalangan bukan sahaja di Jalanraya, malah di tempat kerja.

    ———————————————————————————————-

    * Bagaimana Seorang isteri boleh membina Dana Kecemasan RM 100 000 sekiranya perkara di atas terjadi ?

    * Bagaimana Seorang isteri boleh mewarisi Gaji bulanan dari suaminya sekiranya perkara di atas terjadi ?

    * Bagaimana Seorang suami boleh mewariskan Harta Warisan RM 100 000 kepada isterinya sekiranya perkara di atas terjadi ?

    Jawapannya :  Ya boleh, melalui MAA Takaful Plan Harta Warisan.

    —————————————————————————————————-

    Apakah Harta Warisan Kecemasan ?

    Harta ini adalah wang yang diterima oleh waris / isteri sekiranya ditakdirkan si suami / Pencari Nafkah meninggal dunia / hilang upaya bekerja selamanya disebabkan apa jua punca yang termaktub. Dengan dana ini, si isteri boleh melaburkan wang berkenaan dalam isntrumen kewangan yang dijamin seperti ASB atau Tabung Haji, dan menikmati pulangan purata 5 – 6% setahun. Setiap tahun, si isteri boleh mengeluarkan dana ini untuk wang sara hidup tahunan. Dan wang sara hidup ini boleh dipanjangkan sehingga 20 – 30 tahun akan datang.

    Dana ini hanya boleh diterima oleh isteri / waris sekiranya si suami meninggal dunia atau hilang upaya bekerja disebabkan pelbagai punca seperti kemalangan dan menderita penyakit kritikal. Cuba fikirkan, jika pada esok hari suami anda hilang upaya bekerja, dari manakah sumber kewangan segera yang boleh diperolehi oleh si isteri ? KWSP ? ASB ? Jual rumah ? wang simpanan bank ? Unit trust ? Minta tolong saudara mara ? Meminta sedekah ? Sebagai isteri, anda perlu ambil tahu, berapa jumlah dana yang suami anda kumpul di dalam KWSP beliau dan adakah beliau sudah meletakkan penama ke atas akaun tersebut ?

    Perbezaan Penama dan Hibah !!

    Adakah suami anda ada meletakkan nama anda sebagai penama dalam mana – mana instrumen kewangan dan akaun simpanan ? Perlu dijelaskan bahawa, dalam Islam, terdapat 2 cara mewariskan harta kepada waris anda iaitu wasi dan hibah. Sebagai pemegang wasi, anda adalah bertindak sebagai pemegang amanah yakni anda dikehendaki membahagikan harta – harta tersebut melalui faraid. Cuba bayangkan setelah dibahagikan, berapa jumlah harta yang anda boleh warisi dari suami anda ? Dan kalau dapat pun harta tersebut, ia memakan proses yang lama. Sistem penama ini banyak terdapat dalam instrumen kewangan seperti KWSP, Insurans, saham amanah dan lain – lain.

    Berbeza di MAA Takaful, di mana jumlah Harta Warisan yang ditinggalkan oleh suami adalah di wariskan 100% kepada isteri / waris melalui sistem Hibah. Hibah bermakna pemberian. Ini bermakna, ketika suami masih hidup, beliau telah memberikan secara rela dan ikhlas hadiah ini kepada isteri sekiranya beliau ditakdirkan meninggal dunia satu hari nanti.

    Oleh itu, Plan Harta Warisan adalah satu instrumen kewangan yang sangat efektif bagi MEWARISKAN HARTA WARISAN KECEMASAN kepada isteri / waris jika ditakdirkan Pencari Nafkah meninggal dunia / hilang upaya.

    Jika anda masih sangsi patutkah anda dan suami menyertai Plan Harta Warisan ini, 3 soalan Penting yang perlu anda tanya kepada diri  iaitu :

    Kenapa anda perlukan Plan Harta Warisan ini?

    Jika anda merasakan gaji suami anda adalah penting bagi menyara kehidupan, maka anda perlu ambil Plan ini bagi menjamin kewujudan gaji suami anda walaupun ditakdirkan suami anda hilang upaya bekerja suatu hari nanti. Cuba bayangkan jika suami anda meninggal dunia / hilang upaya bekerja pada bulan ini, apakah bulan – bulan berikutnya anda masih boleh menikmati gaji dari suami anda ? Tiada majikan yang sudi menyambung gaji pekerjanya apabila sudah tidak lagi berkhidmat dengan mereka. Adakah anda sebagai isteri boleh menggantikan tempat suami untuk menyambung gaji beliau ? Mustahil bukan. Adakah anda sebagai suri rumah selama ini sanggup keluar bekerja mencari gaji sebagai pengganti gaji suami anda ? Berat bukan ? Adakah anda sebagai suri rumah yang sudah berumur 40 tahun lebih mudah untuk mendapat pekerjaan di kilang – kilang atau ditempat lain ? Susah bukan ?

    Disebabkan keadaan inilah , ramai ibu tunggal kematian suami atau suri rumah yang mana suami mereka hilang upaya bekerja, mengadu nasib di badan – badan kebajikan seperti Persatuan – persatuan ibu tunggal negeri, Jabatan Pembangunan Malaysia dan lain – lain dengan harapan dapat mencari rezeki untuk sesuap nasi anak.

    Badan – badan kebajikan ini memang banyak sudah menolong para ibu tunggal ini tetapi apalah daya mereka untuk memberi cash money kepada para ibu tunggal kerana sumber kewangan yang terhad. Mereka hanya boleh memberi peluang agar ibu tunggal ini dapat berdikari dan menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Badan – badan seperti PERKESO juga ada membantu ibu tunggal yang kematian suami / hilang upaya dengan memberikan pencen Ilat , tetapi berbanding dengan gaji semasa sihat, PERKESO mungkin dapat menggantikan 1/3 gaji tersebut sebagai gantian kepada bencana yang berlaku.

    Adakah anda merasakan bantuan – bantuan ini cukup ? Untuk megekalkan gaya hidup anda sekarang, anda WAJIB membantu diri anda sendiri dahulu dengan menyediakan satu back up Plan Harta Warisan Kecemasan yang mana dana ini boleh digunakan sebagai pengganti gaji untuk tempoh sehingga 30 tahun.



    Dalam keadaan suami ditimpa nahas dan beliau ditakdirkan hilang ingatan dan hilang upaya bekerja selamanya, Harta Warisan memainkan peranan yang sangat penting bagi menjaga kebajikan keluarga untuk jangka panjang ke hadapan.

    Berapa jumlah Harta Warisan / Gaji Warisan yang anda perlukan dari suami anda ?

    Lihat jadual di bawah, jika anda mahu mewarisi atau maintain RM 2000 sebagai gaji bulanan selama 20 tahun akan datang, anda perlu Membina Harta Warisan RM 300 00 ( dengan anggaran pulangan 5% setahun ) – Sebagai contoh.



    Berapa simpanan bulanan di MAA Takaful bagi mendapatkan Plan Harta Warisan RM 300 000 ini ?

    Bergantung kepada umur, pekerjaan suami, status penyakit dan merokok. Jika suami anda berumur 30 tahun, tidak merokok, sihat tubuh badan, simpanan bulanan di MAA Takaful adalah RM 150 sahaja.


    Mungkin orang bertanya, apa yang perlu di buat oleh isteri / waris ini setelah mendapat dana RM 500 000 ( contoh ) ini ?

    Sebenarnya ada pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh isteri setelah mendapatkan Harta Warisan ini, sebagai contoh, dari RM 500 000 ini, beliau boleh :

    - Melaburkan sebahagian kecil dari dana tersebut dalam saham amanah untuk pelaburan pendidikan anak jangka panjang

    - Melaburkan sebahagian kecil dari dana tersebut dalam saham amanah untuk pelaburan hari tua.

    - Menggunakan sebahagian kecil dana tersebut untuk melangsaikan hutang – hutang suami ( jika ada )

    - Melaburkan sebahagian besar dana ( Contoh RM 400 000 ) ke dalam pelaburan yang dijamin modal seperti Tabung Haji atau ASB untuk tujuan mendapatkan sumber wang sara hidup jangka panjang. Dengan RM 400 000 ini, isteri boleh mengekalkan gaji RM 2500 setiap bulan sehingga 30 tahun lamanya.

    Langkah terakhir sebelum menyertai MAA Takaful Plan Harta Warisan!

    Sebelum menyertai plan ini, anda perlu berbincang baik – baik  dan teliti dengan suami anda akan keperluan suami anda membina Harta Warisan ini bagi kebajikan keluarga jika terjadi perkara buruk ke atas beliau. Sebagai suami, adalah menjadi tanggung jawab beliau untuk menyediakan plan Harta Warisan ini, dan sebagai isteri , anda juga ada hak untuk mendapatkan Plan Harta Warisan ini dengan memohon dengan MAA Takaful bagi pihak suami anda.

    ———————————————————————————————–

    Jika para suami atau isteri yang berminat untuk bertanya mengenai Plan Harta Warisan ini, boleh hubungi saya di :

    malibara@gmail.com      017 427 6046

    http://rancangwang.wordpress.com

    alibara

    • *
    • Posts: 30
      • View Profile
    Reply #1 08 September, 2010, 01:47:40 PM
  • Publish
  • Apakah Harta Warisan Kecemasan ?

    Harta ini adalah wang yang diterima oleh waris / isteri sekiranya ditakdirkan si suami / Pencari Nafkah meninggal dunia / hilang upaya bekerja selamanya disebabkan apa jua punca yang termaktub. Dengan dana ini, si isteri boleh melaburkan wang berkenaan dalam isntrumen kewangan yang dijamin seperti ASB atau Tabung Haji, dan menikmati pulangan purata 5 – 6% setahun. Setiap tahun, si isteri boleh mengeluarkan dana ini untuk wang sara hidup tahunan. Dan wang sara hidup ini boleh dipanjangkan sehingga 20 – 30 tahun akan datang.

    Dana ini hanya boleh diterima oleh isteri / waris sekiranya si suami meninggal dunia atau hilang upaya bekerja disebabkan pelbagai punca seperti kemalangan dan menderita penyakit kritikal. Cuba fikirkan, jika pada esok hari suami anda hilang upaya bekerja, dari manakah sumber kewangan segera yang boleh diperolehi oleh si isteri ? KWSP ? ASB ? Jual rumah ? wang simpanan bank ? Unit trust ? Minta tolong saudara mara ? Meminta sedekah ? Sebagai isteri, anda perlu ambil tahu, berapa jumlah dana yang suami anda kumpul di dalam KWSP beliau dan adakah beliau sudah meletakkan penama ke atas akaun tersebut ?

    Perbezaan Penama dan Hibah !!

    Adakah suami anda ada meletakkan nama anda sebagai penama dalam mana – mana instrumen kewangan dan akaun simpanan ? Perlu dijelaskan bahawa, dalam Islam, terdapat 2 cara mewariskan harta kepada waris anda iaitu wasi dan hibah. Sebagai pemegang wasi, anda adalah bertindak sebagai pemegang amanah yakni anda dikehendaki membahagikan harta – harta tersebut melalui faraid. Cuba bayangkan setelah dibahagikan, berapa jumlah harta yang anda boleh warisi dari suami anda ? Dan kalau dapat pun harta tersebut, ia memakan proses yang lama. Sistem penama ini banyak terdapat dalam instrumen kewangan seperti KWSP, Insurans, saham amanah dan lain – lain.

    Berbeza di MAA Takaful, di mana jumlah Harta Warisan yang ditinggalkan oleh suami adalah di wariskan 100% kepada isteri / waris melalui sistem Hibah. Hibah bermakna pemberian. Ini bermakna, ketika suami masih hidup, beliau telah memberikan secara rela dan ikhlas hadiah ini kepada isteri sekiranya beliau ditakdirkan meninggal dunia satu hari nanti.

    Oleh itu, Plan Harta Warisan adalah satu instrumen kewangan yang sangat efektif bagi MEWARISKAN HARTA WARISAN KECEMASAN kepada isteri / waris jika ditakdirkan Pencari Nafkah meninggal dunia / hilang upaya.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    41 Replies
    7326 Views
    Last post 09 March, 2012, 10:21:55 PM
    by Izuan Aziz
    2 Replies
    1425 Views
    Last post 07 October, 2010, 12:09:11 AM
    by alibara
    42 Replies
    22166 Views
    Last post 12 April, 2014, 07:39:34 PM
    by pn mira