Tanggungjawab Anak, Pengorbanan Isteri

*

Author Topic: Tanggungjawab Anak, Pengorbanan Isteri  (Read 7970 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

qaseh2003

  • *
  • Anugerah Allah
    • View Profile
Reply #40 01 September, 2010, 09:43:09 AM
  • Publish
  • Puan tiara,
    kita sebagai isteri kena redha dengan suami selagi ianya tak menyalahi hukum syarak.. Puan kena ikhlas membantu suami,meringankan beban suami..
    Sebagai seorang isteri,mesti kita tidak mahu suami kita menjadi anak derhaka..Jadi puan kena banyak2 bersabar..bantu suami selagi mampu.. Cuba untuk ringankan beban suami..Insyallah ganjaran berganda daripada allah menanti puan seisi keluarga disana nanti... Kerana redha ibubapa,adalah redha allah.. Wallahualam..
    Nasihat Rasullullah kepada Mu’awiyah : Wahai Mu’wiyah, jauhi sifat marah kerana marah dapat merosakkan iman seseorang sebagaimana pahit jadam merosakkan madu yang manis..

    Reply #41 01 September, 2010, 12:22:55 PM
  • Publish
  • Apakah hukumnya seorang suami yg tpaksa mengenepikan tgungjwb thadap isteri dan anak2 tmasuk lh nfkah wajib utk isteri krna tpaksa mbantu ibubapa dr segi kwangan?  Ini d sbb kn gaji suami yg x mcukupi.  Isteri pula tpaksa pikul tgungjwb suami dgn mbantu dlm semua pbelanjaan rmhtngga tmasuk lh mnanggung mkn minum suami.

     :)

    Hukum suami memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri dan anak2 adalah wajib berdasarkan dalil2 dari Al-Quran, Hadith dan Ijma' ulama. Para ulama bercanggah pendapat pada kadar nafkah yang perlu diberikan. Namun secara umum kadar nafkah adalah mengikut kemampuan suami. Nafkah2 yang perlu diberi termasuklah tempat tinggal, makan minun, pakaian dan keperluan2 harian untuk melangsungkan kehidupan. Sekiranya suami telah menyediakan perkara2 asas untuk kehidupan keluarganya,maka dia telah menjalankan tanggungjawab walaupun dalam keadaan sederhana.

    Allah SWT berfirman : " Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan ( sekadar ) apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan " ( At-Thalaaq : 7 )

    Sebagai isteri kita perlu redha dan bersyukur dengan apa yang diberikan. Tidak dibenarkan isteri meminta-minta lebih dari apa yang diberikan selagimana suami menyediakan keperluan asas isteri dan anak. Tetapi sekiranya suami seorang yang berkemampuan tapi bakhil atau kikir, tidak menunaikan tanggungjawabnya, maka isteri berhak mengambil harta suaminya mengikut keperluan dirinya dan anak2 walau tanpa pengetahuan suami. Ini berdasarkan hadith (mafhum hadith ) Aisya RA  berkata : ketika Hind datang berjumpa Nabi SAW dan berkata bahawa suaminya seorang yang kikir tetapi tidak memberi kepada dia dan anak apa yang diperlukan kecuali apa yang diambilnya tanpa pengetahuan suami. Lalu Nabi SAW menjawab : Ambillah apa yang mencukupi untuk dirimu dan anak2mu dengan baik. ( Riwayat : Ahmad, Bukhari , Muslim, Abu Daud dan Nasai' )
    ( maaf banyak2 saya tak ingat sanad dan matan hadith dengan betul, ini sekadar mafhum atau kandungan dari hadith tersebut )

    Suami tidak berhak keatas harta dan duit ( gaji dan sebagainya ) isteri. Walaupun isteri seorang yang kaya, suami tetap perlu menjalankan tanggungjawab memberi nafkah. Hukum memberi nafkah tidak gugur walaupun isterinya mampu serba-serbi. Tetapi sekiranya isteri redha dan memang berniat untuk membantu suami ia dibenarkan. Jadi pada saya tidak ada salahnya jika Puan tiaralyana membantu suami sekadar termampu.
    Puan patut bersyukur mempunyai suami yang bertanggungjwab terhadap ibubapanya, dan patut terus menyokong kerana walau apa keadaan sekali pun....suami perlu mendahulukan ibubapanya. Lagi2 sekiranya ibubapa dalam keadaan tidak berkemampuan dan uzur. InsyaAllah akan ada ganjaran untuk Puan kelak.

    Moga dapat membantu sedikit sebanyak. Mohon dibetulkan mana yang salah. Harap puan terus bersama Halaqah.net sebab banyak info2 yang kita boleh dapat, jangan disebabkan sedikit salah faham kita tinggalkan perkara yang banyak memberi manfaat. Kita ambil mana yang baik dan tolak tepi perkara2 buruk.  senyum*

    sumber :
    Al-Quran
    Fikh Sunnah : Said Sabiq
    Bidayah Mujtahid Wa Nihayah Muqtasid : Ibn Rusyd Al-Qurtubi

    Reply #42 01 September, 2010, 01:26:36 PM
  • Publish
  • tidak semestinya nafkah itu wang... cuba kita fikir2kan apa yang suami dah bagi kat kite sepanjang perkahwinan...

    Reply #43 01 September, 2010, 01:32:51 PM
  • Publish
  • tidak semestinya nafkah itu wang... cuba kita fikir2kan apa yang suami dah bagi kat kite sepanjang perkahwinan...

    Benar..
    Nafkah seorang suami pada isterinya tempat tinggal,makan-minum,pakaian dan nafkah batin(hubungan kelamin dan kasih sayang)..
    Jika suaminya meletakkan dia di pondok usangmakan nasi berlauk ikan kering air sejuk,sehelai pakaian,terlepas sudah tanggungjawabnya pada isterinya..
    tidak semestinya wang..
    jika suami tidak menyediakannya tetapi ia ganti dengan wang tidak mengapa..
    bukan wang itu sendiri yang menjadi nafkah..
    apapun masing-masing..
    terpulang cara pengurusan suami isteri itu sendiri

    Reply #44 18 December, 2010, 02:34:04 PM
  • Publish


  • Hubungan menantu dan Mentua.

    Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua kepada Rasul dan ketiga kepada ibu dan ibu mentua manakala keempat bapa dan bapa mentua. Kelima barulah isteri.


    Jadi, isteri kena faham jika suami sayang dan melebihkan ibu bapa kerana itu memang wajar. Sebaliknya, anak perempuan, yang pertama Allah, kedua Rasul dan ketiga suami.




    Assalamualaikum Ummi Munaliza,

    Adakah ayat Al-Quran atau Hadith Nabi SAW yg boleh saya gunukan sebagai rujukan untuk dua kenyataan di atas?
    Saya ingin menyebarkan kepada sahabat sahabat saya yang sudah berumah tangga dan kebanyakkan daripada mereka mendahulukan isteri berbanding ibu bapa. Namun saya masih mencari ayat ayat Al-Quran atau Hadith Nabi SAW berkaitan perkara di atas.

    Mohon bantuan dan bimbingan.

    Terima Kasih

    Reply #45 18 December, 2010, 02:44:36 PM
  • Publish
  • Apakah hukumnya seorang suami yg tpaksa mengenepikan tgungjwb thadap isteri dan anak2 tmasuk lh nfkah wajib utk isteri krna tpaksa mbantu ibubapa dr segi kwangan?  Ini d sbb kn gaji suami yg x mcukupi.  Isteri pula tpaksa pikul tgungjwb suami dgn mbantu dlm semua pbelanjaan rmhtngga tmasuk lh mnanggung mkn minum suami.

     :)

    Moga dapat membantu sedikit sebanyak. Mohon dibetulkan mana yang salah. Harap puan terus bersama Halaqah.net sebab banyak info2 yang kita boleh dapat, jangan disebabkan sedikit salah faham kita tinggalkan perkara yang banyak memberi manfaat. Kita ambil mana yang baik dan tolak tepi perkara2 buruk.  senyum*


    Assalamualaikum Sharida,

    Indah bahasamu. Terima kasih. Setelah membaca komen sebahagian daripada kita yang cenderung untuk menyakiti hati sebahagian daripada yang lain, kata kata seperti inilah yang boleh mendamaikan.

    Buat Puan Tiaralyana,

    Insyaalah, anda akan dapat banyak ilmu di sini. Cuma seperti tidak dapat di elakkan masih ada yg cenderung untuk mengkritik dan menyakiti berbanding berkongsi ilmu. Terus terang saya katakan, saya selalu membaca blog ini tetapi tidak mendaftar sebagai ahli. Namun setelah membaca post Puan dan beberapa reply awal dari segelintir ahli yang kurang elok didengar bahasanya menyebabkan saya tertarik untuk mendaftar dan post entry ini. Pastikan hati Puan tidak dikuasai emosi kerana Allah sentiasa bersama org org yang sabar. =)


    Reply #46 19 December, 2010, 10:34:55 AM
  • Publish
  •     " Sesungguhnya hanya yang menjalankan perlaksanaan tanggungjawab berhak menuntut haknya ".
           
              Seorang wanita pernah datang menemui Baginda (SAW) lalu berkata , & diakhir ucapannya kepada Baginda (SAW) dia bertanya kepada Rasullullah SAW ;

    .........' Sedang kami kaum wanita @ isteri , kamilah yang memelihara mereka (lelaki / suami). Kami akan mendapat apa ?.

    Lalu balas Baginda (SAW) didalam sabdanya (maksudnya), mahfumnya ;
    ' Tidak pernah aku lihat , dengar , perkataan / pertanyaan sebaik ini '.

    Tambah Baginda (SAW) lagi ;
    ' Sampaikanlah kepada setiap kaum wanita yang kamu jumpai ,bahawasanya TAAT kepada suami ,
    MEMENUHI hak-hak suami SAMA pahalanya dengan Jihad. TETAPI SEDIKIT sahaja diantara kamu yang melakukannya '.
                                                                                                                        (Hadis dari Ibn Abbas)

              Kesimpulannya adakah setiap dari dalam diri pasangan kita khususnya wanita @ isteri benar-benar peka ,
    maklum & menyedari tanggungjawab & hak masing-masing dalam erti kata lain tidak ' Buta Hak ' sehinggakan sampai menggaburi hak & kewajipan ?

    ingat Ingat INGAT
    Allahu balas kebaikan, setiap yang melakukan dengan ikhlas, without complaint

    jika kamu bersyukur
    AKU akan tambah nikmat Ku pada mu

    subhanallah

    Reply #47 19 December, 2010, 10:38:14 AM
  • Publish
  • “ seorang itu tidak menemui Allah SWT dengan membawa dosa yang sangat besar dari kejahilan isterinya “.

                            Sabda Rasulullah SAW

    Reply #48 27 June, 2011, 11:56:18 AM
  • Publish
  • up balik topik lama...

    mmg tak dinafikan ramai lelaki yg keliru antara tanggungjawab terhadap ibu bapa
    dan tanggungjawab terhadap isteri.

    adakah ini bermaksud, apabila seseorang perempuan (ibu) sudah mempunyai anak,
    tanggungjawab memberi nafkah dsbgnya sudah bertukar kepada anak, tidak lg suaminya ( si bapa)?

    sbnrnya nafkah itu tetap diatas tanggungjawab suaminya, sekiranya si ibu itu merungut duit tidak cukup dll,
    maka berdosa la si bapa.
    tanggungjawab itu akan beralih kepada si anak apabila ibubapa itu sudah tidak mampu
    menyara dirinya sendiri dan berkeadaan daif.

    tetapi sebagai anak yg baik, mmg patut ditolong ibubapa mengikut kemampuan selagi tidak mengabaikan peranan
    sebagai suami dan bapa kpd keluarganya sendiri

    ketaatan kpd ibubapa tu mmg penting selagi ianya tidak melanggar perintah Allah, tidak memudaratkan
    dan tidak melibatkan keluarga si anak.
    Waallahualam...

    Reply #49 27 June, 2011, 12:30:32 PM
  • Publish
  • Bismillah Wa Syukrillah

    Kerana itu pentingnya saling ingat mengingati akan peranan dan tanggungjawab antara satu sama lain. Kerana tanggungjawab itu tidak terhad kepada satu sahaja bahkan ianya bercabang dari ibu bapa, suami/isteri, anak-anak dan diri sendiri. Ini dalam aspek kekeluargaan, jika dikaitkan lagi dengan aspek saudara seakidah, masyarakat dan sebagainya, tanggungjawab itu pasti dan pasti akan berkembang sama ada kita sedari ataupun tidak. Begitulah juga dalam soal nafkah dan sebagainya. Allahu a'lam.
    "Alang-alang hidup, hiduplah sebagai da'ie. Alang-alang mati, matilah sebagai syuhada".

    Reply #50 27 June, 2011, 12:45:11 PM
  • Publish
  • yer.... saling mengingatkan... kadang - kadang manusia keliru dan kadang - kadang manusia terlupa....
    YA ALLAH....ampunilah dosaku hari ini,semalam,dan hari2 yg akan dtg..
    kuatkanlah hati ini semoga thabat dlm perjuangan agamaMU..

    Reply #51 27 June, 2011, 12:49:21 PM
  • Publish
  • Sebelum kawin mesti dah bincang dan rancang kan? Tapi sebaliknya yang berlaku. Tulah orang kata...masa bercinta ni jauh beza dari alam perkahwinan. Bercinta ni perlu habiskan duit untuk bergayut ja... Bila dah kawin? Bukan sekadar topup, mak ayah isteri anak-anak semuanya kena "topupkan"...Sampai berciciran orang yang ditanggung tu sebab tak tertanggung...ishh...

    Ingatkan suami yang kena tanggung isteri, tapi yang berlaku isteri tanggung suami, suami tanggung mak ayahsaja dan tak payah fikir pasal isteri....Saya faham perasaan Puan TiaraLyana ni. Sebagai seorang isteri, mungkin dia rasa terbeban dan terabai. Dia pun nak kan perhatian jugak... Biasalah ..perempuan kan... Hidup berumah tangga bukan untuk sehari dua. Takkan Puan TiaraLyana nak tanggung suami selama-lama..Ingat, kita ni bukan hidup dengan malaikat. Kita ni cuma manusia biasa. sesekali kita berbuat silap denagn merungut dan mengeluh dengan kehidupan ni walaupun dah tahu hukum hakamnya seperti itu.
    Thabit bin Qurrah berkata: "Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan."

    Reply #52 27 June, 2011, 12:52:53 PM
  • Publish
  • Bismillah Wa Syukrillah

    Tertarik dengan komen saudari Iffah Muhsin. Benar, kita takkan dapat lari dari sikap mengeluh dan merungut. Kerana itulah kita dinamakan insan. Jatuh kemudian bangun, begitulah perumpamaannya.

    Reply #53 27 June, 2011, 01:00:43 PM
  • Publish
  • tidak lari dari mengeluh dan merungut... sangat sukar untuk mengelak dari semua itu.... hanya hambaNya yang kuat dan sabar

    Reply #54 27 June, 2011, 03:55:22 PM
  • Publish
  • insya allah kalau ada kesempatan jen akan cuba mintak pendapat ustaz2 bab ini.

    tapi sefaham jen, nafkah ikut priority ialah, diri sendiri (suami), isteri dan anak2. ibu bapa hanya perlu diberi nafkah kalau mereka amat miskin sampai tak cukup makan.

    kalau bapa dia membiarkan ibu dia tanpa nafkah, maka bapa dia berdosa.

    kalau suami membiarkan isteri tanggung portion nafkah, maka pada dasarnya dia telah berhutang dgn isteri. Wajib dia membayar pada sekian waktu bila dia dah mampu.

    Tetapi kalau isteri ikhlas dan redha, maka dia mendapat pahala.

    sebabnya kena ingat, kalau di dunia kita tak selesaikan sst perkara (mintak kebenaran/minta maaf etc), kita akan berdepan balik dgn org yg mempunyai masalah dgn kita itu. takut2 nanti kita termasuk orang yg muflis.

    so, tolonglah suami sekadar mampu, simpan sikit belakang2 tu...

    Reply #55 27 June, 2011, 04:26:43 PM
  • Publish
  • insya allah kalau ada kesempatan jen akan cuba mintak pendapat ustaz2 bab ini.

    tapi sefaham jen, nafkah ikut priority ialah, diri sendiri (suami), isteri dan anak2. ibu bapa hanya perlu diberi nafkah kalau mereka amat miskin sampai tak cukup makan.

    kalau bapa dia membiarkan ibu dia tanpa nafkah, maka bapa dia berdosa.

    kalau suami membiarkan isteri tanggung portion nafkah, maka pada dasarnya dia telah berhutang dgn isteri. Wajib dia membayar pada sekian waktu bila dia dah mampu.

    Tetapi kalau isteri ikhlas dan redha, maka dia mendapat pahala.

    sebabnya kena ingat, kalau di dunia kita tak selesaikan sst perkara (mintak kebenaran/minta maaf etc), kita akan berdepan balik dgn org yg mempunyai masalah dgn kita itu. takut2 nanti kita termasuk orang yg muflis.

    so, tolonglah suami sekadar mampu, simpan sikit belakang2 tu...

    Cuba yea dptkan pendapat dr ustaz2 tu... :)
    Sbnrnya saya pernah terbaca satu artikel yg penjelasannya lebih kurang sama seperti saudari ni

    moga2 penjelasan yg baik dpt dijadikan panduan & iktibar semua diluar sana. InsyaAllah...



    divider3
    halaqahforum4