Tanggungjawab Anak, Pengorbanan Isteri - Page 2

*

Author Topic: Tanggungjawab Anak, Pengorbanan Isteri  (Read 7904 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Reply #20 01 September, 2010, 08:21:52 AM
  • Publish
  • Thanks, crew milo.  Thats the kind of answer I want.  And I want to know more about this coz I am a Mualaf.  I have little knowledge of issues on marriage... Pliz give me more information.
    Puan tiaralyana,

    Seorang suami mesti mendahulukan ibu bapanya dari isterinya dalam apa jua urusan dan keperluan.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim

    Reply #21 01 September, 2010, 08:23:00 AM
  • Publish
  • Saya masuk web sbegini utk meminta ilmu dan pengalaman tapi as a mualaf saya jumpa seorg Islam yg not welcome me as one of them on my first day and first post.  What do you think?

    hahahahhaahaah...kelako....abeh lembu nih bukan muaalaf?
    aiya,,,sulah masuk islam aaa,,,talak baik tau cakap olang bolo,,,,

    Mohon maaf kelako...orang bodoh kan...almaklumlah.. "Makin bertambah ilmuku makin terasa kebodohanku”
    Syahadah no.1 ..  Ikut Rasulullah saw..
    jalan islam itu tauhid. jalan mukmin itu syahadat

    Reply #22 01 September, 2010, 08:24:59 AM
  • Publish
  • nafkah memang wajib diberi..mampu atau tidak..itu sebab awal2 lagi..sebelum kawen lagi kena ada perancangan.(bila sudah dialam rumahtangga)
    Akulah Milo

    Reply #23 01 September, 2010, 08:26:32 AM
  • Publish
  • Tanggungjawab Suami

    Suami adalah ketua keluarga.Antara tanggungjawab suami terhadap isteri dan keluarganya,ialah:

    Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.
    Membayar mas kahwin kepada isterinya.
    Suami mestilah sentiasa melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.
    Sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:

    “Berwasiatlah kamu supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri.Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT”-(riwayat At-Tirmidzi)

    Sabda Nabi yang lain:

    “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya”-(riwayat Abu Daud)

    Dalam keadaan lain,Al-Quran juga sentiasa menyarankan suami supaya berbuat baik dengan isteri mereka.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

    “…dan bergaullah kamu dengan mereka(isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.Kemudian jika kamu(merasa)benci kepada mereka(disebabkan tingkahlakunya,janganlah kamu terburu-buru menceraikannya);kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu,sedang Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak(untuk kamu)-(Surah An-Nisa’ 4:19)

    Sebagaiman hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib yang bermaksud:

    “Rasulullah SAW bersabda:Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya,dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku.Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita,kecuali dia seorang yang mulia.Tidak ada yang menghina wanita,kecuali oarang yang rendah pekertinya”-(riwayat Abu Daud)

     4. Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjukajar yang baik terhadap isteri mereka dengan didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa mereka.

    Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

    “Wahai orang-orang yang beriman!Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya:manusia dan batu (berhala)….-(Surah At-Tahrim 66:6)

    5.   Memberi layanan yang baik,samada dari segi tingkah laku,perbuatan,tutur kata dan contoh teladan yang baik.

    6.   Memenuhi nafkah zahir dan keperluan asasi,seperti pendidikan,pakaian,tempat tinggal dan makanan mengikut kadar kemampuan suami.

       Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

    “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya,maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah SWT kepadanya (sekadar yang mampu) ;Allah SWT tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.(Orang-orang yang dalamkesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah SWT akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.- (Surah AT-Thalak 65:7)

    7.   Memenuhi keperluan nafkah batin

    Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

    “Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan(jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu,dan janganlah kamu hampiri mereka(untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.Kemudian apabil mereka telah suci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepadakamu.Sesungguhnya Allah SWT mengasihi oarng-orang yang sentiasa menyucikan diri”-(Surah Al-Baqarah 2:222)

    8.   Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.

    9.   Berlaku adil terhadap semua isteri jika mereka mempunyai lebih dari seorang isteri.

       Suami mestilah menunaikan tanggungjawabnya dengan memberi nafkah kepada isterinya bergantung kepada keadaan dan keperluannya.Oleh itu Islam tidak menentukan kadartertentu dan tidak ada penentuan yang khusus,ia bergantung kepada pendapatan sert keadaan taraf hidup,kemampuan suami serta menilai keadaan keperluan.

       Biarpun nafkah adalah tanggungjawab suami,namun dalam sebuah rumahtangga yang sederhana dan suami yang berpendapatan kecil,tidak menjadi kesalahan untuk isteri bekerja dan membantu suaminya demi memantapkan kehidupan rumahtangga mereka.Selain itu juga,Islam menegah isteri menuntut nafkah serta keperluan yang tidak termampu oleh suaminya.

        Seterusnya untuk menjamin keutuhan dan keluarga yang bahagia,masing-masing mestilah merelakan dan sanggup menerima hakikat keadaan rumahtangga masing-masing,terutamanya bagi suami yang tidak mempunyai pendapatan yang lebih atau tidak mampu berusaha lebih dan disebabkan taraf hidup yang tinggi,contohnya di kota dan hidup di bandar.Walaubagaimanapun,suami mestilah berusaha dan mencari rezeki yang halal dengan bersungguh-sungguh dan menunaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.

    sebelum itu Anda sudah bersedia untuk melangkah alam perkahwinan.? sudah mampu..sudah bersedia..dipersilakan

    Reply #24 01 September, 2010, 08:29:18 AM

    Aiyoo...ape kaitannya dengan masalah yang diajukan.. encik milo...masalah di sini...suami tu tak tunaikan tanggungjawab dia sebab dia dahulukan mak dia..jadi penyelesaiannya berbeza ya.
    Menterjemah Apa Yang Tersirat DI MInda
    http://durratulmujahid.blogspot.com/

    Reply #25 01 September, 2010, 08:29:46 AM
  • Publish
  • ada kene mengena la...

    Reply #26 01 September, 2010, 08:30:21 AM
  • Publish

  • En CrewImilo,

    tolong jawap pertanyaan Puan Tiara... post yang berkaitan antara isteri dan ibu,mana lebih diutamakan.

    Reply #27 01 September, 2010, 08:30:49 AM
  • Publish
  • Wajib bagi suami mendahulukan ibunya... Manakala Isteri pula perlu mendahulukan suami berbanding ibunya.. Kerana syurga suami di bawah tapak kaki ibu manakala syurga isteri di bawah tapak kaki suami.

    Reply #28 01 September, 2010, 08:33:55 AM
  • Publish
  • Ibu (Ummi) -> Suami (Zauj) -> Isteri (Zaujah) -> Anak (Aulad)

    Turutan macam ni agaknya yang sepatutnya kita tahu...
    "Hitori no kamisama shika hoka ni kami ha nai, Muhanmado ha kamisama no shito"

    Reply #29 01 September, 2010, 08:35:30 AM
  • Publish

  • Surah Luqman
    Ayat 14 & 15

    وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ  

    Dan Kami perintahkan kepada manusia pada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah demi lemah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu.

    وَإِن جَاهَدَاكَ عَلى أَن تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ  

    Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

    Sebab Turun Ayat

    Surah Luqman ayat 15
     
        * Diriwayatkan bahawa Sa’ad ibn Abi Waqqas r.a menceritakan: “Aku merupakan pemuda yang taat kepada ibuku. Apabila aku memeluk Islam, ibuku berkata: “Wahai Sa’id, agama baru apa yang telah kau cipta ini? Tinggalkan agamamu ini, atau aku tidak akan makan atau minum sehingga aku mati, lalu engkau akan malu dan digelar sebagai pembunuh ibu sendiri. Maka ku katakan padanya: “Jangan begitu, ibu, kerana aku tidak akan meninggalkan agama ini!”

        * Kemudian ibuku seharian tidak makan dan minum sehinggakan dia lemah, pada hari seterusnya pun beliau tidak makan dan minum sehingga menjadi lebih lemah. Apabila keadaanya menjadi terlalu lemah, aku berkata kepadanya: “Ketahuilah wahai ibu, seandainya ibu mempunyai 100 nyawa pun, jika diambil satu persatu – aku tetap tidak akan meninggalkan agama ini. Oleh itu, ibu makan dan minumlah seperti biasa”.

    Ringkasan Kandungan Ayat

        * Berbuat baik dengan ibu bapa adalah cara yang paling minimum untuk membalas kesusahan ibu mengandungkan dan membesarkan.
        * Menghargai jasa ibu bapa dgn mengenang jerih payah mereka
        * Mendahulukan tuhan dari ibu bapa
        * Tetap menghormati ibu bapa yang berlainan agama

    rhetoric

    Reply #30 01 September, 2010, 08:35:38 AM
  • Publish
  • Ibu (Ummi) -> Suami (Zauj) -> Isteri (Zaujah) -> Anak (Aulad)

    Turutan macam ni agaknya yang sepatutnya kita tahu...

    shohib,,hang tolong buat carta organisasi ok

    Reply #31 01 September, 2010, 08:37:43 AM
  • Publish
  • ermm ana nak tahu jugak la.. isteri (ibu) atau pun isteri punya emaknya? =.="

    Reply #32 01 September, 2010, 08:42:55 AM
  • Publish

  • Hubungan menantu dan Mentua.

    Puan Tiara,

    Kita wajib mentaati dan menghormati ibu bapa mentua. Mentua juga mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Jika mereka berkecil hati, samalah seperti tersinggung hati ibu bapa kita.

    Kita sayang anaknya, jadi mengapa tidak turut menyayangi orang yang melahirkannya? Saya tahu, ada menantu berkecil hati dan memendam rasa terhadap mentua yang terlalu mengambil berat terhadap anaknya dan anaknya juga amat menjaga dan mengambil berat ibu bapanya.

    Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua kepada Rasul dan ketiga kepada ibu dan ibu mentua manakala keempat bapa dan bapa mentua. Kelima barulah isteri.

    Jadi, isteri kena faham jika suami sayang dan melebihkan ibu bapa kerana itu memang wajar. Sebaliknya, anak perempuan, yang pertama Allah, kedua Rasul dan ketiga suami.

    Jalan pintas ke syurga bagi anak selain Allah adalah ibu bapanya. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.

    Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah. Isterinya pun tidak mengenali mentuanya. Menantunya berkasar, menyebabkan Nabi Ibrahim berkecil hati tetapi sebelum pulang, Nabi Ibrahim berpesan kepada menantunya itu, meminta suaminya menukar alang rumah kepada yang baru.

    Apabila Nabi Ismail pulang ke rumah, isterinya menggambarkan rupa lelaki berkenaan yang menyampaikan pesanan. Nabi Ismail sedar, itu adalah bapanya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbolik kata-kata bapanya bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan.

    Kemudian Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa baginda. Nabi Ibrahim tertarik dan sebelum pulang, baginda berpesan lagi, dengan mengatakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

    Semoga menjadi iktibar, teladan dan panduan di dalam melayari rumah tangga bahagia. Kebahagiaan itu lahir apabila kita berupaya membahagiakan orang-orang yang kita sayangi.

    Reply #33 01 September, 2010, 08:43:38 AM
  • Publish
  • Dalam konteks begini, suami dan isteri harus berpakat untuk pembahagian tugas saraan keluarga kerana suami wajib mengimbangi saraan antara ibu bapanya dan isteri serta anak-anaknya juga. Kesederhanaan itu penting, meninggalkan perkara yang ada haqnya masing-masing adalah suatu kezaliman.

    Tidak salah menyara ibu bapa, maka berpakatlah dengan isteri untuk sama-sama berganding bahu dalam saraan keluarganya...insyaa-Allah kedua-dua haq dapat ditunaikan dengan saksama...gaji kecil atau gaji besar bukan masalah tetapi pembahagian tugas menjadi peranan utama dalam menyediakan saraan keluarga agar teratur dan seimbang semuanya.

    P/S: Inilah masa untuk sama-sama tackle hati mentua...baru le berkat rumah tangga =)
    « Last Edit: 01 September, 2010, 08:46:00 AM by Shohib Mirbat »

    Reply #34 01 September, 2010, 08:54:35 AM
  • Publish
  • Saya masuk web sbegini utk meminta ilmu dan pengalaman tapi as a mualaf saya jumpa seorg Islam yg not welcome me as one of them on my first day and first post.  What do you think?

    hahahahhaahaah...kelako....abeh lembu nih bukan muaalaf?
    aiya,,,sulah masuk islam aaa,,,talak baik tau cakap olang bolo,,,,

    Saya harap i love ummi tidak melebih-lebih dalam bergurau. Situasi dalam kehidupan manusia ini berbeza-beza.
    Pendekatan yang digunakan juga berbeza.
    Mualaf perlukan perhatian dari pelbagai sudut.
    Antara parasit mualaf kembali kpd agama asal, ialah dari mualaf yang lain.
    Sama-sama kita beringat akan hal ini.

    Sebab tu kita kena berilmu dalam beramal..
    SUMBANGAN TABUNG HALAQAH
    CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services
    "Saham akhirat anda, insyaAllah.."

    rhetoric

    Reply #35 01 September, 2010, 08:56:56 AM
  • Publish
  • Saya masuk web sbegini utk meminta ilmu dan pengalaman tapi as a mualaf saya jumpa seorg Islam yg not welcome me as one of them on my first day and first post.  What do you think?

    hahahahhaahaah...kelako....abeh lembu nih bukan muaalaf?
    aiya,,,sulah masuk islam aaa,,,talak baik tau cakap olang bolo,,,,

    Saya harap i love ummi tidak melebih-lebih dalam bergurau. Situasi dalam kehidupan manusia ini berbeza-beza.
    Pendekatan yang digunakan juga berbeza.
    Mualaf perlukan perhatian dari pelbagai sudut.
    Antara parasit mualaf kembali kpd agama asal, ialah dari mualaf yang lain.
    Sama-sama kita beringat akan hal ini.

    Sebab tu kita kena berilmu dalam beramal..

    hihihiihi,,,aku juga yg jadi parasit,,,,tak kisah

    Reply #36 01 September, 2010, 09:11:01 AM
  • Publish
  • Suami Adalah pemimpin sebuah keluarga yang bahagia.. akan tetapi Tugasan Harian suami adalah pada HalNya rumahtangga...
    dan tanggungjawabNya adalah berat di mata batin bukan di zahir yer...(senyum) maksudNya
    Aku mempunyai 2 tapak syurga yg keduaNya adalah sama bagi ku...sebelah Ibu ku dan sebelah Mertua ku...
    Kedua harus di jaga demi kebahagian dan restu perjalanan hidup ku sementara kedua Ibuku masih bernafas...
    Benar tuan puan dan tok cik cakapkan... Suami pentingkan Hal Nya Ibu daripada isteri itu memang benar.. dan isteri harus taat kepada suami itu memang benar... Harus di ingat...kebijaksanaan pada Suami akan membuat kebahagian itu ADIL.
    (senyum)
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Reply #37 01 September, 2010, 09:11:37 AM
  • Publish

  • Saya bawakan satu kisah seorang menantu...
    (teks penuh di laman ini.  http://bhalaqah.blogspot.com/2010/02/belajarlah-pikat-hati-mertua.html )

    ''Kerana penyakit ini juga saya di bawa suami pulang ke rumah emak mertua saya. Ketika itu diri saya seperti orang yang hampir mati. Tetapi emak saya memikirkan saya menghadapi masalah tekanan perasaan, tekanan jiwa, jika tidak dirawat dengan betul saya mungkin boleh hampir kepada gila. Emak tak percaya cerita-cerita hantu, sihir, buatan manusia dan sebagainya.

    ''Tetapi apabila sampai ke rumah mertua di situ saya merasakan perubahan layanan mereka saya bukan sahaja dihantar berubat malah mereka sentiasa menjaga saya dengan baik. Malah kakak dan adik ipar saya sanggup bercuti dan bergilir-gilir menjaga saya terutama ketika saya sedang mengalami serangan sakit yang teruk.

    ''Ketika itu saya benar-benar 'berperang' untuk hidup, Saya mahu bebas dari belenggu gangguan yang tidak elok supaya saya dapat membalas jasa mereka. Ketika itu juga keinsafan dan kekesalan datang silih berganti dalam jiwa saya kerana selama ini saya mempunyai persepsi buruk terhadap keluarga mertua saya. Kini saya rasa amat bersyukur kerana dikurniakan mertua yang amat penyayang, memahami dan bertimbang rasa.

    ''Memang benar kadang-kala saya pernah merasakan mertua saya seolah-olah melebihkan anak lelaki mereka dan menganggap saya menghabiskan wang ringgit anaknya, tetapi itu perkara normal dan tidak sukar difahami.

    ''Ibu mana yang tak sayangkan anak lelaki mereka yang telah mereka besarkan dari kecil sehingga dewasa? Ibu mana yang tidak bersikap melindungi terhadap seorang manusia yang telah dikenali dan disayangi jauh lebih lama dari kita?

    ''Menyayangi dan mengasihi mertua kita lebih daripada satu tanggungjawab kerana ia adalah satu perbuatan yang juga mendatangkan 1001 hikmah kepada kita sebagai seorang manusia bergelar wanita. Kini saya benar-benar faham apakah maksudnya 'berkahwin dengan seorang lelaki/ wanita sama seperti mengahwini seluruh keluarganya'.

    ''Saya juga bangga menyatakan saya terlampau sayangkan keluarga mertua saya terutamanya nenek dan mertua dan saya juga rasa tidak mampu hidup dengan bahagia tanpa kehadiran mereka dalam hidup saya.

    Sykurlah menantu ini mendapat mertua yang baik, cuma sesetengah mertua sahaja yang masih belum berubah. Namun sebagai isteri kita mesti ingat, satu hari nanti dengan izinNya mungkin kita juga menjadi mertua. Ketika itu, jadilah mertua yang terbilang kerana baik disayang dan timbang rasa kita kepada menantu kita.

    Dan ingatlah apa juga keburukan yang anda buat hari ini akan datang jua pembalasan keburukan itu ke atas anda ketika anda masih hidup lagi, bukan sahaja di akhirat.

    Reply #38 01 September, 2010, 09:33:07 AM
  • Publish
  • Saya masuk web sbegini utk meminta ilmu dan pengalaman tapi as a mualaf saya jumpa seorg Islam yg not welcome me as one of them on my first day and first post.  What do you think?

    hahahahhaahaah...kelako....abeh lembu nih bukan muaalaf?
    aiya,,,sulah masuk islam aaa,,,talak baik tau cakap olang bolo,,,,

    Saya harap i love ummi tidak melebih-lebih dalam bergurau. Situasi dalam kehidupan manusia ini berbeza-beza.
    Pendekatan yang digunakan juga berbeza.
    Mualaf perlukan perhatian dari pelbagai sudut.
    Antara parasit mualaf kembali kpd agama asal, ialah dari mualaf yang lain.
    Sama-sama kita beringat akan hal ini.

    Sebab tu kita kena berilmu dalam beramal..

     :)
    pendapat saya pun sama..iluu dah keterlaluan dalam mengeluarkan pendapat..
    tak semua orang boleh terima gurauan yang kasar macam tu.. Jadi mulai sekarang iluu kena lebih berhati2 dalam mengeluarkan kata2 kasar..
    Hati manusia tak semuanya sama..Lebih2 lagi hamba allah yang di dalam masalah...
    Maaflah kalau iluu terasa,tp iluu kena berubah,tak semua perkara kita boleh jadikan bahan gurauan... Wallahualam..
    Nasihat Rasullullah kepada Mu’awiyah : Wahai Mu’wiyah, jauhi sifat marah kerana marah dapat merosakkan iman seseorang sebagaimana pahit jadam merosakkan madu yang manis..

    rhetoric

    Reply #39 01 September, 2010, 09:36:13 AM
  • Publish
  • Saya masuk web sbegini utk meminta ilmu dan pengalaman tapi as a mualaf saya jumpa seorg Islam yg not welcome me as one of them on my first day and first post.  What do you think?

    hahahahhaahaah...kelako....abeh lembu nih bukan muaalaf?
    aiya,,,sulah masuk islam aaa,,,talak baik tau cakap olang bolo,,,,

    Saya harap i love ummi tidak melebih-lebih dalam bergurau. Situasi dalam kehidupan manusia ini berbeza-beza.
    Pendekatan yang digunakan juga berbeza.
    Mualaf perlukan perhatian dari pelbagai sudut.
    Antara parasit mualaf kembali kpd agama asal, ialah dari mualaf yang lain.
    Sama-sama kita beringat akan hal ini.

    Sebab tu kita kena berilmu dalam beramal..

     :)
    pendapat saya pun sama..iluu dah keterlaluan dalam mengeluarkan pendapat..
    tak semua orang boleh terima gurauan yang kasar macam tu.. Jadi mulai sekarang iluu kena lebih berhati2 dalam mengeluarkan kata2 kasar..
    Hati manusia tak semuanya sama..Lebih2 lagi hamba allah yang di dalam masalah...
    Maaflah kalau iluu terasa,tp iluu kena berubah,tak semua perkara kita boleh jadikan bahan gurauan... Wallahualam..

    kesiankan aku?dia 'puji' aku takpe,,korang tak cakap apa pun

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    4413 Views
    Last post 22 March, 2012, 11:35:55 AM
    by elsanxs
    6 Replies
    1598 Views
    Last post 10 June, 2010, 10:53:56 AM
    by easteamaywa
    26 Replies
    25362 Views
    Last post 16 November, 2012, 09:22:28 AM
    by 5zul