Login  |  Daftar

Author Topik: PENGALAMAN MERAWAT PESAKIT GANGGUAN MAKHLUK HALUS (Punca dan cara gangguan)  (Dibaca 380 kali)

0 Halaqian dan 1 Tetamu sedang melihat topik ini.

Maliki

  • Newbie
  • *
  • Posts: 6
    • View Profile
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

BENTUK2 GANGGUAN
□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Gangguan makhluk halus datang dalam berbagai bentuk :

(1) Sihir - iaitu bomoh / dukun / pawang yang menjadikan jinn sebagai khadam nya untuk menggangu manusia.

Manusia2 berniat jahat sering menggunakan khidmat bomoh2 ini untuk melakukan perkara buruk kepada orang lain.

(2) Saka - ini adalah jinn yang di warisi dari nenek moyang yang telah meninggal.  Lazim nya dia akan mencari anak atau cucu unruk di jadikan teman.  Erti nya saka ini mendampingi anak cucu nya sebagai kawan tetapi kemudian nya melakukan berbagai kerosakan. Antara mengganggu ibadah, menjadikan nya pemalas,  sering sakit2.dll gangguan dlm hidup.

(3) Rasuk dan sampuk - Ini adalah jinn umum nya yang mengganggu manusia tanpa suruhan dari manusia.

Histeria, emosi berlebihan secara tiba2, penyakit2 misteri adalah antara kesan2 perbua
tan jinn.



PUNCA GANGGUAN

□□□□□□□□□□□□□□□☆
Pada keseluruhan nya, punca kesekalian gangguan seperti di atas adalah daripada bangsa jinn dan syaiton.

Jinn dan syaiton adalah dua makhluk halus yg sentiasa menunggu peluang merosakkan kehidupan manusia. Samada merosakkan pemikiran nya, hati nya atau juga menggangu fizikal tubuh badan nya sehingga terganggu ibadah dan kerja2 harian.

Kebanyakan kita sedar dan tahu penyakit2 tubuh badan seperti demam, selsema, batuk dll di sebabkan oleh virus dan bakteria yg terdapat di dalam udara.

Tetapi adakah kalian sedar, sebahgian dari kuman2 dan racun tersebut di sebarkan oleh jinn ?

Kuman2 dari jinn ini tersebar pada manusia melalui ludah, hingus, kencing dan berak makhluk halus itu.  Tetapi oleh kerana sifat nya yg ghaib,  sekalian gangguan di sebabkan jinn tadi (racun dan kuman)  tak dapat di kesan melalui alat2 letronik moden. 

Dari pengalaman kita, pesakit2 yang kebanyakan nya mengadu berbagai kesakitan pada perut, kepala, belakang, bahu dll telah melakukan berbagai pemeriksaan di hospital termasuk MRI, CT scan, X-ray dll tetapi doktor tak dapat kesan apa2 masalah pada pesakit. Biasa nya mereka akan kata "bersih" tak ada apa2 masalah.

SASARAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Bangsa jinn terutama jinn ifrit  (jinn yang paling jahat) menyerang dan mengganggu siapa sahaja dari kalangan manusia.

Tetapi lazim nya yang menjadi mangsa adalah :


(1) Kanak2 yg baru lahir. 
jinn syaitan mengerumuni bayi ini dan menunggu masa untuk menyerang apabila tiada siapa yg menjaga nya. Atau pun ada penjaga tetapi tidak di bacakan ruqyah pada anak tersebut. Maka mudah jinn masuk mengganggu nya. 

Ini lah sebab nya para salaf dahulu membuat berbagai ruqyah pendinding daripada ayat Qur'an, doa, asma Allah atau zikir guna melindung anak tersebut dari terkena gangguan jinn syaiton.   Tetapi zaman ini ramai tak pedulikan nya bahkan ada yg berani menuduh nya sebagai syirik.   Ini suatu kejahilan yang melampau yg akibat nya masing2 merasai sekarang.

catatan:
Akan datang penjelasan bab ini.  Jangan terkejut nanti apabila dikatakan punca banyak anak2 rosak bila dewasa spt rosak  mental, degil, susah hafal, mudah kena rasuk (perempuan) adalah berpunca dari gangguan2 jinn semasa kecil nya tetapi di biarkan tanpa perhatian.

(2) Wanita yang haid atau baru bersalin.


Wanita yg haid atau baru bersalin tubuh nya sangat lemah.

Jika tiada bantuan yuqyah pendinding dari kejahatan makhluk halus, maka mudah terkena gangguan.

(3) Orang yang selalu tertekan perasaan di sebabkan tekanan hidup, terlalu banyak berfikir, terlampau takut dsb.  Ketika ini jiwa nya sangat lemah. Jika  masalah ini tidak di atasi segera, maka keadaan jiwa yg lemah ini akan di manupulasi oleh jinn syaiton. Ertinya jinn syaiton mengambil kesempatan untuk masuk ke dalam badan dan  mendatangkan lebih banyak gangguan pada pesakit.

(4) Orang yg sering demam panas dan tak menerima sewajar nya terdedah kepada gangguan jinn syaiton.

(5) Orang yang sering meninggalkan ibadah dengan sengaja.