Kaffarah

*

Author Topic: Kaffarah  (Read 13828 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
22 August, 2010, 10:23:24 AM
  • Publish

  • PENGERTIAN

    Kaffarah

    Dari sudut bahasa (al-Kafru) yang bermaksud menutup. Dinamakan kafarah kerana ia menutup dosa dan mendapat keringanan daripada Allah s.w.t.

        * Dari sudut Istilah ia bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakkannya.


    JENIS-JENIS KAFARAH YANG BERKAITAN DENGAN MEMBERI MAKAN KEPADA FAKIR MISKIN (BERSEDEKAH)



    Kafarah merosakkan puasa kerana berjimak pada bulan Ramadhan.


        * Wajib menqadhakan puasanya dan
        * Wajib memberi makan 60 orang Fakir miskin sekira tidak mampu berpuasa 2 bulan berturut-turut.


    Kafarah musafir dan pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia tinggalkan.


        * Wajib menqadhakan puasanya dan
        * Fidyah dengan memberi secupak manakan kepada fakir miskin mengikut hari yang ditinggalkan dan bertambahnya kafarah dengan bertambahnya tahun.
     

    Kafarah orang tua yang tidak mampu berpuasa


        * Fidyah dengan memberi secupak manakan kepada fakir miskin mengikut hari yang ditinggalkan.


    Kafarah wanita hamil dan wanita menyusukan anak apabila berbuka kerana bimbangkan keselamatan anaknya.


        * Wajib menqadhakan puasanya dan
        * Fidyah dengan memberi secupak manakan kepada fakir miskin mengikut hari yang ditinggalkan.


    Kafarah Sumpah

        * Memberi makan sehingga kenyang 10 orang fakir miskin atau
        * Memberi pakaian kepada fakir miskin


    Kafarah Nazar


        *  Sama Kafarah Sumpah
        * Wajib menqadhakan puasanya dan
        * Wajib memberi makan 60 orang Fakir miskin sekira tidak mampu berpuasa 2 bulan berturut-turut.


    Kafarah Zihar

    Memberi makan 60 orang fakir miskin sekiranya tidak mampu berpuasa 2 bulan berturut-turut disebabkan sakit atau tua.


    TAKSIRAN

    1 Cupak beras = ¼ gantang Baghdad
    1 Gantang Baghdad bersamaan dengan 2.7kg
    Kadar Nilaian yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada tahun 2009 secupak beras = RM1.75

    Contoh :

    Kafarah
    Sekiranya seseorang tidak mampu berpuasa 60 hari berturut-turut disebabkan sakit atau tua hendaklah memberi makan 60 orang fakir miskin. Bersamaan 60 x 1.75 = RM 105.00



    Sumber :  http://www.maiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan/fidyah-a-kaffarah.html
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 22 August, 2010, 10:26:49 AM
  • Publish

  • Kewajipan kaffarah ke atas orang yang membatalkan puasa dengan sengaja


    Orang-orang yang berbuka puasa atau membatalkan puasanya dengan sengaja –tanpa ada keuzuran Syara’- ada dua jenis;

    1. Membatalkan puasa dengan bersetubuh


    Bagi kes ini, ijma’ para ulama’ menyatakan bahawa orang yang melakukannnya wajib membayar kaffarah di samping wajib mengqadha’ puasanya. Kaffarah tersebut hendaklah mengikut urutan di bawah;

    a) Membebaskan seorang hamba mukmin sama ada lelaki atau wanita

    b) Jika tidak didapati atau tidak mampu, hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut (yakni tanpa selang),

    c) Jika tidak mampu, hendaklah ia memberi makan 60 orang miskin dengan setiap orang satu cupak makanan asasi penduduk setempat. Bagi penduduk di Malaysia ini, makanan asasinya ialah beras.
    (*Perihal tentang makna kaffarah ini dan dalilnya telahpun kita terangkan diawal tadi (bersama dengan penerangan tentang Qadha’ dan Fidyah). Oleh itu tidak perlu kita ulangi lagi di sini)

    Cuma di bawah ini sebagai huraian lebih lengkap tentang hukum kaffarah ini, kita kemukakan perincian berikut;

    a) Termasuk dalam erti persetubuhan yang mewajibkan kaffarah (apabila cukup syarat-syaratnya ialah; mensetubuhi faraj, dubur (iaitu meliwat), persetubuhan melalui zina atau syubhah atau dalam nikah yang fasid, sama ada mensetubuhi lelaki atau perempuan, manusia atau binatang. Persetubuhan-persetubuhan ini memberi kesan yang sama kepada puasa jika cukup syarat-syaratnya iaitu; (1) Mewajibkan qadha’ puasa, dan (2) Mewajibkan kaffarah.

    b) Syarat yang mewajibkan kaffarah itu ada lima, iaitu;

    i) Hendaklah orang yang melakukan persetubuhan mengingati bahawa ia sedang berpuasa. Jika ia terlupa –semasa sedang melakukan persetubuhan itu- bahawa ia sedang berpuasa, tidaklah batal puasanya dan tidak wajib atasnya kaffarah.

    ii) Ia mengetahui bahawa perbuatan tersebut adalah haram bagi orang yang sedang berpuasa.

    iii) Persetubuhan itu bukan berlaku kerana paksaaan

    iv) Puasa yang dibatalkan dengan persetubuhan itu adalah puasa Ramadhan. Jika puasa yang dibatalkan itu adalah puasa qadha’, puasa nazar atau puasa kaffarah, maka tidaklah wajib kaffarah kerana hadis Nabi s.a.w. hanya menggkhususkan puasa Ramadhan dengan kaffarah tersebut, tidak puasa-puasa yang lain.

    v) Ia bukan orang yang mendapat rukhsah kerana musafir. Maka seorang musafir yang membatalkan puasanya dengan bersetubuh, tidak wajib kaffarah ke atasnya kerana Syara’ memberi keharusan kepada musafir untuk berbuka.

    c) Menurut mazhab Syafi’ie, kaffarah hanya dikenakan ke atas lelaki sahaja tidak ke atas perempuan. Jadi, apabila suami dan isteri bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan, yang diwajibkan menunaikan kaffarah ialah si suami sahaja.

    d) Apabila berbilang hari berlaku persetubuhan maka berbilang jugalah kaffarah yang mesti ditunaikan. Contohnya, jika persetubuhan belaku pada empat hari, maka kaffarah yang mesti ditunaikan ialah empat juga.

    e) Adapun jika persetubuhan berlaku berulang-kali pada hari yang sama, maka kaffarah yang dikira hanya sekali sahaja.[1]

    f) Bagaimana jika seseorang itu membatalkan puasa dengan perkara lain selain persetubuhan (seperti dengan makan), kemudian setelah puasanya batal barulah ia bersetubuh dengan isterinya, apakah wajib ke atasnya kaffarah? Jawapannya ialah; ‘tidak wajib’ kerana kafffarah diwajibkan ke atas orang yang membatalkan puasanya dengan jima’ (persetubuhan). Dalam masalah ini, puasa itu batal dengan sebab makan, adapun persetubuhan maka ia berlaku setelah terbatalnya puasa.

    2. Membatalkan puasa dengan perbuatan yang lain dari bersetubuh (seperti makan, minum, mengeluarkan mani melalui cara lain dari bersetubuh seperti dengan tangan, menontot filem lucah, berkhayal atau sebagainya)

    Tidak ada khilaf di kalangan ulama’ bahawa orang yang membatalkan puasanya dengan makan, minum dan mengeluarkan mani dengan tangan atau sebagainya tersebut, ia wajib mengqadha’kan puasanya itu. Namun apakah ia wajib membayar kaffarah sebagaimana orang yang membatalkan puasanya dengan bersetubuh tadi? Dalam hal ini terdapat dua pandangan;

    Pendapat pertama; Imam Malik, Abu Hanifah, ath-Thauri dan beberapa ulama’ lagi mereka berpandangan; Orang yang sengaja membatalkan puasanya dengan makan atau minum, wajib ke atas mereka Qadha’ dan Kaffarah sebagaimana orang yang sengaja membatalkan puasa dengan bersetubuh. Ini kerana tujuan perbuatan mereka adalah sama iaitu berbuka puasa dengan sengaja (tanpa ada keuzuran yang diakui oleh Syara’) di mana mereka telah mencabul kehormatan puasa dan bulan Ramadhan.

    Pendapat kedua; Imam Syafi’ie, Ahmad dan ahli Dzahir berpandangan; yang wajib ke atasnya orang yang membatalkan puasa dengan perkara selain persetubuhan (sama ada dengan makan, minum atau mengeluarkan mani dengan tangan dan sebagainya selain bersetubuh) hanyalah qadha’ sahaja, tidak wajib kaffarah. Ini kerana hadis hanya mengkhususkan kaffarah ke atas orang yang membatalkan puasanya dengan bersetubuh sahaja.

    (Rujuk: Bidayatul Mujtahid, Imam Ibnu Rusyd, jil. 1, hlm. 398 dan al-Majmu’, jil. 6, hlm. 354)

    Nota Kaki;

    [1] Hanya persetubuhan yang membatalkan puasa sahaja yang mewajibkan kaffarah. Jadi apabila persetubuhan berlaku berulang-kali pada hari yang sama, sudah tentunya persetubuhan kali pertama yang membatalkan puasa. Adapun persetubuhan-persetubuhan yang lain, maka ia berlaku setelah puasa telahpun batal.

    USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
    http://fiqh-am.blogspot.com/2008/09/qadha-puasa-fidyah-kaffarah-12.html

    Reply #2 22 August, 2010, 01:45:42 PM
  • Publish
  • Syukron atas info. Semoga memberi penjelasan kepada sesiapa yang masih samar dalam persoalan ini. Semoga kita dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan dengan sempurna...
    ~ Begin with the End in Mind ~

    Reply #3 05 September, 2010, 02:32:07 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum..
    Saya nak bertanya pada ustaz..
    bolehkah kaffarah di bayar dengan wang..
    bagaimana pula pengiraannya?

    wan_sgmt

    • *
    • Salam ukhuwwah semua..
      • View Profile
    Reply #4 05 September, 2010, 02:42:45 PM
  • Publish
  • Salam.

    Bagaimanakah untuk tunaikan kaffarah.

    Kaffarah Jima' (bersetubuh pada siang hari dalam bulan Ramadhan) / Kiffarah Zihar

        Memerdekakan seorang hamba
        Puasa selama 2 bulan berturut-turut
        Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin

    (Nilaian untuk memberi makan kepada 60 orang miskin adalah sebanyak segantang beras bagi setiap seorang. Ini bermakna sebanyak 60 gantang beras (bersamaan 168 kg [anggaran setiap satu gantang berharga RM 3.75] menjadikan jumlah keseluruhan 60 gantang = 60 orang miskin = RM 225). Namun begitu, mengikut kebiasaan masyarakat di Malaysia tidak makan nasi kosong semata-mata. Justeru, berdasarkan pandangan daripada Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi nilai ini haruslah dianggarkan kepada jumlah nilai hidangan yang mengenyangkan berdasarkan realiti masyarakat setempat. Justeru, mengikut kesesuaian masyarakat setempat pihak PPZ-MAIWP mengesyorkan agar nilai harga makanan bagi satu hidangan yang lengkap ialah sebanyak RM5. Oleh itu jumlah kaffarah yang perlu dibayar ialah RM300.

     

    ii) Kaffarah Melanggar Sumpah/Nazar

    Kaffarah bagi kesalahan ini mengikut pilihan kemampuan ialah :

        Memberi makan kepada 10 orang miskin (atau dengan nilai RM 5 X 10 orang = RM 50) atau
        Memberi pakaian kepada 10 orang miskin (pakaian yang dimaksudkan ialah yang sesuai dan menutup aurat serta boleh dibawa sembahyang) atau
        Membebaskan seorang hamba atau
        Berpuasa selama 3 hari berturut-turut.

     
    iii) Kaffarah Pembunuhan Tanpa Niat/Tidak Sengaja

        Membebaskan seorang hamba
        Membayar diyat (satu bentuk bayaran denda) sebanyak 100 ekor unta (atau mengikut anggaran dalam jumlah wang sebanyak RM 100,000).
        Puasa selama 2 bulan berturut-turut beserta taubat nasuha.

    rujukan : http://zakat.com.my/node/59
    « Last Edit: 05 September, 2010, 03:13:32 PM by Ibnuhamzah »
    Bersama menyumbang ke Tabung Sehati Sejiwa..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #5 05 September, 2010, 02:44:26 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum..
    Saya nak bertanya pada ustaz..
    bolehkah kaffarah di bayar dengan wang..
    bagaimana pula pengiraannya?

    KarlZaha,

    Jawapan ada di Re: Kaffarah.    Mesti  mengikut turutan, tidak boleh terus dengan wang.


    Bagi kes ini, ijma’ para ulama’ menyatakan bahawa orang yang melakukannnya wajib membayar kaffarah di samping wajib mengqadha’ puasanya. Kaffarah tersebut hendaklah mengikut urutan di bawah;

    a) Membebaskan seorang hamba mukmin sama ada lelaki atau wanita

    b) Jika tidak didapati atau tidak mampu, hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut (yakni tanpa selang),

    c) Jika tidak mampu, hendaklah ia memberi makan 60 orang miskin dengan setiap orang satu cupak makanan asasi penduduk setempat. Bagi penduduk di Malaysia ini, makanan asasinya ialah beras.

    Pengiraan :

    1 cupak bersamaan 0.599g

    Sekiranya seseorang tidak mampu berpuasa 60 hari berturut-turut disebabkan sakit atau tua hendaklah memberi makan 60 orang fakir miskin. Bersamaan 60 x 1.75 = RM 105.00
    « Last Edit: 05 September, 2010, 02:49:38 PM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #6 05 September, 2010, 02:52:25 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum..
    Saya nak bertanya pada ustaz..
    bolehkah kaffarah di bayar dengan wang..
    bagaimana pula pengiraannya?

    Lupa nak tanya, kaffarah tentang apa?  Di atas ada dijelaskan tentang jenis kaffarah.

    saiful ikhwan

    • *
    • dari Allah, kerana Allah, untuk Allah......
      • View Profile
    Reply #7 09 March, 2011, 01:19:26 PM
  • Publish
  •  :)  kawan jugek nak bertanya, jika kita ada membuat nazar atas nama Allah ingin berpuasa sebanyak 2 kali, tetapi terlupa bilangan hari yang kita nazarkan itu, bolehkah ini dikira tidak mampu menunaikannya dan bolehkah kita membayar kaffarah sebanyak 2 kali nazar itu iaitu memberi makan 20 orang miskin?

    divider3
    halaqahforum4