Silakan Berpoligami

*

Author Topic: Silakan Berpoligami  (Read 102232 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

koolz

  • *
  • Posts: 92
    • View Profile
Reply #700 01 November, 2011, 04:24:54 PM
  • Publish

  • Responsibiliti yg diamanahkan oleh Allah SWT kpd suami ialah melindungi dan memelihara keluarganya.
    Tapi sanggupkah kaum wanita menerima realiti mengenai had hak mereka. Lebih2 lagi mengenai dua kali kenyang sehari dan pakaian sehelai sepinggang sebagai had minima ? Bahkan ada yg berpendapat yg memasak tu adalah kewajipan suami ?

    Itulah, bahawa kaum wanita harus MENGENALI had dan hak mereka yang sebenar. Bukan bermakna itu sahaja yang dia akan dapat. Malahan mereka TELAH mendapat dengan betapa lumayan sekali.

    Cuba lihat persepsi berikut:
    1. Seseorang yang memberi atau mengembalikan barangan milik kita.
    2. Seseorang memberi sesuatu miliknya kepada kita. dikala kita memerlukan dan tanpa kita pinta.

    Allah dan rasulnya lebih mengenali makhluk yang bernama Lelaki dan juga seorang suami. Lumrahnya seorang lelaki adalah seorang yang budiman, pembela, pembimbing, penjaga, pemberi dan sebagainya. Mereka akan terus memberi selagi terdaya

    Firman: " Al-rijaalu qawwamuuna a'lannisaau bima faddholallahu wabima anfaqu"
    ( bahawasanya kaum Lelaki itu adalah berkuasa, pemimpin, pembela, pelindung dan sebagainya ke atas wanita disegi kelebihan Allah padanya dan juga disegi perbelanjaan atau nafkah).

    Cuma yang harus diketahui dan disedari ialah yang mana kewajipan suami dan juga yang mana pemberian, sedekah, upah dan sebagainya.

    Lelaki juga harus menyedari bahawa seorang isteri itu adalah asalnya bertanggung jawab disegi bersedia untuk ibadah seks sahaja kepada suami selagi tidak terdapat perintah dari suami. (Yakni tidak wajib memasak, berkemas dan lain-lainnya). Namun jika terdapat unsur perintah, maka ia wajib ditaati, samada perintah itu adalah jelas atau perintah itu mengikut adat atau kebiasaanya.

    Namun khidmat isteri sebenarnya adalah suatu ibadah (melalui lombong ibadat) terhadap suami. Mereka bukan semata-mata berkhidmat untuk suami bahkan berkhidmat untuk diri sendiri bagi menuntut pahala dari Allah swt. Kerana 'buku amal' adalah milik diri sendiri masing-masing
    .[/size]


    Salamz Abe Ngoh...

    Suka akan jawapan Abe Ngoh dan pada opinion saya sangat clear. Tapi mengapakah kadar penceraian kita sungguh tinggi ? Bagaimanakah persepsi poligami dapat dimuliakan jikalau perkahwinan monogami ini kebanyakan berantakan ?

    wanizakki83

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #701 01 November, 2011, 10:13:02 PM
  • Publish
  • mampukan lelaki diakhir zaman ini bersikap adil????/..
    dah terlalu ramai kaum wanita dizalimi..diseksa zahir dan batin...
    terlalu byk igauan ngeri berpoligami yg di cerita..
    Poligami bukanlah jalan penyelesaian sesuatu masalah dalam rumah tangga...
    Tetapi permulaan kpd banyak masalah di dalam rumah tangga..
    Wallahuallam..

    Ya, kebanyakan cerita-cerita ngeri mengenai poligami itu datangnya dari orang-orang yang TIDAK PERNAH MELALUI HIDUP BERPOLIGAMI.

    Jangan dikata poligami bukan jalan penyelesaian masalah rumahtangga. Poligami BANYAK menyelesaikan masalah rumahtangga, yang dalam keadaan monogami masing-masing suami dan isteri TAKE THINGS FOR GRANTED.

    Poligami bukan saja membuka segala pintu-pintu perbincangan antara suami dan isteri-isteri mengenai hal-hal yang selama ini tidak berani ditimbulkan, poligami juga menyelesaikan permasalahan sosial, yang impossible dapat diselesaikan jika poligami tidak dibenarkan dalam Islam.

    Poligami MESTI DILALUI baru difahami. Kalau setakat nak dengar cerita-cerita dari orang-orang yang BELUM PERNAH MENGALAMI POLIGAMI, kebanyakan dari cerita-cerita itu sudah distorted. Cerita-cerita yang distorted inilah yang mendapat tempat istimewa dalam hati isteri-isteri monogami, yang begitu takutkan poligami, sedangkan poligami itu sebenarnya TIADA APAP-APA yang pelik atau mengerikan.

    Wallaahu a'lam.


    Bab adil ni bukan kita yg boleh menilainya. Hanya Allah shj yg boleh menilai sejauh mana keadilan suami terhadap isteri2nya. Betul tok, hanya org yg sedang mengalami pengalaman berpoligami faham erti poligami. Bkn semua ppuan fhm apa itu poligami. Ingatlah para isteri, suami itu bukan hak anda, suami itu hak Allah, yg mana bila Dia mahu Dia boleh tarik dr kita. Poligami bkn satu perkara yg haram dlm Islam. Adalah lebih baik berpoligami dr membiarkan suami kita terjerumus ke lembah zina. Poligami tidak membebankan asalkan para isteri faham, dan sabar dgn apa yg telah Allah takdirkan utknya. Kenapa memerangi poligami andai ia bukan sesuatu perkara yg dilarang oleh agama kita?

    Andai poligami itu menyakitkan, apa yg perlu kita buat, ialah bersabar dan terus redha. Krn Allah tidak akan sesekali menyusahkan hamba2Nya. Janji Allah pd hamba2Nya itu pasti. Andai sabar jd taruhan hidup, insyaAllah kenikmatan yg akan Allah kurniakan jauh lebih manis dr keperitan yg kita lalui dalam berpoligami. Wallahu 'Alam...

    Abg Ngoh

    • *
    • Posts: 1101
      • View Profile
    Reply #702 03 November, 2011, 11:40:00 AM
  • Publish
  • :syukur:
    Insyaallah, hajat Hamba untuk memartabatkan kembali sunnah berpoligami, menyelamatkan dari kemurtadan dan kekufuran kaum wanita (dan juga makhluk yang anti sunnah poligami)  terhadap hukum Allah dia atas sebab POLIGAMI,

    Memuliakan insan yang di TAKDIRKAN berpoligami

    Membuktikan apa yang dari Islam adalah yang terbaik

    Walaupun tidak ramai yang menjadi manusia pilihan Allah untuk berpoligami atau beribadah bermadu.......

    Firman: " Tidak sesekali aku jadikan Jin dan Manusia itu melainkan untuk BERIBADAT (kehambaan penuh kepada Allah swt)".

    Ibadah yang mulia itu haruslah besertakan mujahadah (perjuangan).

    " Radhiitu billahi Rabba, wabil islaama diina, wabimuhamadan nabiyya"...

    REDHAKAN segalanya dari Agama. Demi untuk keredhaan syurga dari Allah untuk kita... insyaallah
    .


    Hikam No 5:
    Laksanakan Sunnah Nabi Nescaya Kamu Akan Melihat Keajaiban!   
     
    [/
    center]
    « Last Edit: 03 November, 2011, 01:57:44 PM by Abg Ngoh »

    koolz

    • *
    • Posts: 92
      • View Profile
    Reply #703 03 November, 2011, 04:24:04 PM
  • Publish
  • :syukur:
    Insyaallah, hajat Hamba untuk memartabatkan kembali sunnah berpoligami, menyelamatkan dari kemurtadan dan kekufuran kaum wanita (dan juga makhluk yang anti sunnah poligami)  terhadap hukum Allah dia atas sebab POLIGAMI,

    Memuliakan insan yang di TAKDIRKAN berpoligami

    Membuktikan apa yang dari Islam adalah yang terbaik

    Walaupun tidak ramai yang menjadi manusia pilihan Allah untuk berpoligami atau beribadah bermadu.......

    Firman: " Tidak sesekali aku jadikan Jin dan Manusia itu melainkan untuk BERIBADAT (kehambaan penuh kepada Allah swt)".

    Ibadah yang mulia itu haruslah besertakan mujahadah (perjuangan).

    " Radhiitu billahi Rabba, wabil islaama diina, wabimuhamadan nabiyya"...

    REDHAKAN segalanya dari Agama. Demi untuk keredhaan syurga dari Allah untuk kita... insyaallah
    .


    Hikam No 5:
    Laksanakan Sunnah Nabi Nescaya Kamu Akan Melihat Keajaiban!   
     
    [/
    center]

    salamz Abe Ngoh...InsyaAllah. Terima kasih.
    Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk ALLAH Tuhan sekelian alam.




    Alangkah indahnya kalau lelaki zaman sekaang mencintai ilmu.

    Hidup berumahtangga pasti menjadi indah..

    Lelaki tahu menjadi imam solat berjemaah..lelaki tahu menyampaikan tazkirah kepada isteri dan anak2..lelaki tahu mengawal perbelanjaan keluarga..lelaki tahu merancanakan masa depan keluarga.Kan semua  itu memerlukan ilmu??

    Masalahnya lelaki sekarang..malas...kurang gemar dengan ilmu.Apatah lagi menanam sikap suka membaca.

    Yang memenuhi gedung ilmu hari ini adalah wanita..yang memenuhi ceramah agama..studio tanyalah ustaz semua kaum wanita ..makcik2.

    Bila dah berilmu mestilah mahu beramal......contoh:dah ada ilmu akaun..mesti nak keje buat kira2...jadi keluarlah wanita ini berkerja.......

    masalah mula timbul dalam rumahtangga.....suami mengambil mudah tanggungjawab..(sebab dah rasa isteri serba boleh)

    Suami mula rasa kurang perhatian..sebab isteri sibuk mencari ilmu/rezeki..sedangkan suami setakat tu je..tak mau bergerak2...bila dah boring..cari keseronokan...jumpa pulak..perempuan lain...

    masalah lain pulak timbul bagi pihak isteri..soal suami minta poligami.........soal suami berzina...soal suami abaikan tanggungjawab

    :sedihnya:..inilah rentetan masalah rumagtangga....

    Mana rata2 kaum lelaki hari ini? dipusat serenti? di sel2 penjara? masuk kumpulan ajaran sesat..pakida/3 line....yang cacat anggota/ merempit....??


    Sori Ah Mei, I quote yr text for reference purposes...Hope u dun mind ya :-)

    Adakah ini diantara sebab2 keberantakan keluarga monogami, yg menyebabkan wanita takut untuk menghadapi poligami ?


    « Last Edit: 03 November, 2011, 04:31:09 PM by koolz »

    Mei

    • *
    • Posts: 1068
      • View Profile
    Reply #704 03 November, 2011, 04:34:15 PM
  • Publish
  • Ah Mei tu cakap..boleh jer...

    Sebenarnya bukan kaum wanita menentang poligami....bukan kami kufur..(sehingga ke tahap nak jadi murtad)

    Fahamilah kondisi dan situasi kami (ini ayat tok batu)

    Tak kisah nak berpoligami..ilmu nya harus dipelajari oleh sang suami.ilmu agama pun kurang apatah lagi ilmu poligami...

    Ikut apa yang Islam sarankan sebenar2nya jalan pasti jadi mudah...masalah berpunca daripada tak ikut.....itu sebab monogami pun gagal..apatah lagi poligami.

    Ilmu itu penting..tahu ilmu poligami..isteri pun senang hati..tak payah ukur segi mampu tak mampu/adil tak adil...

    Ramai kaum wanita yang berpendidikan hari..ni..tahu..pro dan kontar berpoligami...

    Masalah yang tak tahu ilmu poligami nih ialah pihak suami....main redah jer berpoligami...

    Sebab itu poligami jadi tak indah..sedangkan caranya mudah...

    Wallahua'lam.

    Abg Ngoh

    • *
    • Posts: 1101
      • View Profile
    Reply #705 04 November, 2011, 04:09:45 PM
  • Publish
  • Salam,
    Apabila didatangkan perkara Agama, maka jangan dipilih-pilih dan gred-gredkan atau didalih-dalihkan.
    ramai diantara golongan kita yang memberi pendangan yang bersalahan terhadap perkara agama.

    Contohnya:
    1. Buat apa pakai tudung, jika tidak mahu solat.
    2. Buat apa bersedekah jika tidak ikhlas
    3. Buat apa belajar jika tidak mahu amalkan.
    4. buat apa tolong orang jika dia tidak kenang budi
    5. Buat apa solat kalau tidak khusyuk
    6. buat apa pergi haji jika balik pun sama
    7. Buat apa poligami kalau monogamipun tak cemerlang. dan sebagainya
    8. Buat apa poligami jika tidak mahu adil

    kita amat terbiasa dengar perkataan-perkataan diatas, apakah BENAR? Apakah malaikat tidak menjadi saksi atas keterangan kita tersebut?
    sesungguhnya setiap sesuatu terbahagi kepada dua perkara iaitu: Pro atau kontra atau +ve/-ve. @ terima atau tolak samada secara halusi atau terang-terangan.
    Apakah itu kata-kata dakwah atau kata-kata dakYah?

    Ternyata ia adalah sesuatu yang amat salah dan lebih salah dari menentang secara terang-terangan. kerana ini adalah teknik halus dan pujuk rayu (was-was) syaitan kepada manusia bagi meracuni iman seseorang.

    Sesungguhnya islam tidak boleh diterima secara sekerat-sekerat atau dipilih-pilih terhadap hukumnya. Semua perkara agama wajib ditauhidkan dan diamalkan mengikut hukum-hukumnya. Walau sesiapapun manusia itu apabila mukallaf samada alim, jahat atau jahil Kerana:
    1. Walau ia tidak solat, namun ia wajib menutup aurat juga
    2. Walau tidak ikhlas bersedekah, namun bersedekah adalah tuntutan agama.
    3. Walau ilmu tidak diamalkan, namun menuntut ilmu adalah fardhu.
    4. Walau tidak dikenang akan pertolongan, namun tolong menolong adalah juga tuntutan agama.
    5. Walau tidak khusyuk namun solat tetap wajib dilaksanakan
    6. Walau balik haji tidak berubah, namun haji tetap menjadi fardhu.
    7. Walau tak cemerlang monogami, namun poligami tetap menjadi sunnah.
    8. Walau tidak berlaku adil, namun poligami tetap dibenarkan oleh agama.

    Apa yang betulnya.
    Semua dari agama Hendaklah diterima dan didakwahkan ( diseru kepada orang lain agar melakukannya).
    Semua yang salah (dari perbuatan itu) tidak menjadi penghalang kepada perkara agama lain.
    Yang salah akan dikira dosa dan akan dihukum diatas dosa mereka
    Yang benar akan mendapat pahala dan akan diganjarkan untuk syurga Allah swt.

    Contohnya;
    Kita sebagai hamba Allah adalah umpama seorang pelajar yang sedang menduduki peperiksaan.
    Contohnya peperiksaan tersebut mengandungi 1000 soalan. Setiap soalan harus dijawab dengan betul. Jangkamasa menjawab soalan terbahagi kepada jawab segera, bertempoh dalam waktu tertentu, jawab bertempoh setahun dan juga bertempoh seumur hidup .
    manakala talian hayat dan rujukan telah disediakan dengan terlalu bebas (Nas-nas, ulamak, guru dan sebagainya).

    Harus diingat bahawa SEMUA SOALAN WAJIB DI JAWAB.
    Jika salah akan dihukum azab NERAKA.

    Apakah kita patut memilih-milih soalan lagi? Apakah juga kita patut menasihati orang lain agar memilih-milih?

    yang nyata teruskan kepada kepada semua soalan tersebut. kiranya kita jahil dan tidak faham, maka WAJIB mempelajarinya. Kiranya rosak, hendaklah diperbaiki. Kiranya tersalah maka pohonlah belas kasihan (ampun) sebelum loceng berbunyi. Kerana hanya itulah tempoh masa atau peluang yang kita ada.

    Sabda; " Tolabul ilmu fariidhotun a'la kulli muslimin wamuslimah" ( Menuntut ilmu adalah wajib kepada semua orang Islam
    ).

    adi-tok pulau m

    • *
    • Posts: 79
      • View Profile
    Reply #706 04 November, 2011, 09:36:01 PM
  • Publish
  • Janganlah cucu-cucu banyak membicarakan perkara yang tidak menjadi realiti.

    Jangan mudah memperlekeh orang solat.
    jangan mudah mempersoal orang bersedekah.
    jangan cari-cari kesilapan orang. jangan sangka dengan kata-kata.
    bila kita buat belum tentu sempurna kyusuk dan ikhlasnya.

    kita manusia awam ini memang banyak kurang. tapi jangan persoal segala peraturan yang
    yang ditetap oleh Allah, lebih-lebih masalah poligami dan segala rukun yang Allah tetapkan.

    Jangan sangka Allah tidak boleh tukar ahli maksiat jadi ahli ibadat.
    Manakala Allah boleh tukar sekelip mata ahli ibadat jadi ahli maksiat macam baksisar dan abdullah bin ubai.

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1375
      • View Profile
    Reply #707 04 November, 2011, 09:41:44 PM
  • Publish
  • Janganlah cucu-cucu banyak membicarakan perkara yang tidak menjadi realiti.

    Jangan mudah memperlekeh orang yg nampak la tak pernah solat.
    jangan mudah mempersoal orang yg nampak macam tak pernah bersedekah.
    jangan cari-cari kesilapan orang. jangan sangka dengan kata-kata.
    kalau dicari memang sahlah sudah tentu tak sempurna kyusuk dan tak ikhlas punyaa

    kalau benar2lah manusia awam ini memang sama2 @ masing2 banyak kurang. tapi jangan persoal segala peraturan yang
    yang ditetap oleh Allah, lebih-lebih masalah jemaah dan segala rukun yang Allah tetapkan.

    Jangan sangka Allah tidak boleh tukar ahli maksiat jadi ahli ibadat.
    kalau dah mula sangka buruk je sekelip mata ahli ibadat jadi ahli maksiat macam .............. perlakuan2 yg tersebut di atas ....

    manissweet

    • *
    • Posts: 36
      • View Profile
    Reply #708 04 November, 2011, 10:27:36 PM
  • Publish
  • [/size]zaman skg kebanyakan poligami hanya mengundang kucar kacir dalam rumah tangga, memberi kesengsaraan batin kepada si isteri... kerana ketidak adilan pihak suami yang ingin berpoligami hanya kerana inginkan isteri yang "baru" dan masih "muda" itu sudah cukup jelas menunjukkan isteri baru di "lebihkan" dan kemungkinan besar isteri pertama terabai... lagi menyedihkan... apabila suami kahwin tanpa pengetahuan isteri... bagaimana pulak dengan hal sedemikian?

    azrinkun

    • *
    • Posts: 1642
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Reply #709 04 November, 2011, 10:32:19 PM
  • Publish
  • Tidak jujur orang yang mengaku mencintai-Nya,tapi tidak menjagaa hukum-hukum-Nya

    biawak masuk tapi menyembunyikan lubang keluar seolah-olah apabila dia masuk lubang,dia tidak akan keluar lagi.
    Syahadah no.1 ..  Ikut Rasulullah saw..
    jalan islam itu tauhid. jalan mukmin itu syahadat

    adi-tok pulau m

    • *
    • Posts: 79
      • View Profile
    Reply #710 04 November, 2011, 10:52:27 PM
  • Publish
  • Jika sayang suami jagalah suami baik-baik ikut sunnah Nabi saw.

    Layanilah suami macam permata belian yang dilekatkan dijari.
    Makan minumnya sentiasa dijaga dengan penuh selera. Kegelisahan suami sentiasa dibelai dengan sejuk mata memandang.
    Kemarahannya dilayani dengan kasih sayang. Kebencian jangan diulangi. Keletihannya disambut dengan rasa simpati dan mengerti.

    Suami adalah raja dimata dan dihati.

    Seterusnya pelihara maruah diri semata-mata untuk suami kerana Allah Rabuljali.
    Bawalah  cita-cita Allah dalam rumahtangga. Pelihara anak-anak penuh citarasa takwa, ternyata anak-anak dikasihi jadi soleh dan solehah.
    Disini terpancar rumahtangga muslim yang sebenar. Nescaya atas nilai-nilai ketakwaan yang tinggi semua pihak, tidak mustahillah seorang isteri akan berusaha memperhebatkan ketakwaan kepada Allah. Seterusnya ingin memiliki ' payung emas' di syura, berusaha mempoligamikan suami tercinta.

    azrinkun

    • *
    • Posts: 1642
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Reply #711 04 November, 2011, 11:00:29 PM
  • Publish
  • dari satu  di antara dua kerosakan dan jangan pula menambahkan lagi kerosakan yang makin besar..

    bukan mati pun tak berpoligami,terpaksa?darurat sampai berpoligami? kerelaan,keikhlasan antara semua pihak ada boleh go on..

    bukannya tidak dikerjakan tubuh akan binasa pun

    Abg Ngoh

    • *
    • Posts: 1101
      • View Profile
    Reply #712 04 November, 2011, 11:38:39 PM
  • Publish
  • Seterusnya ialah:
    Persepsi terhadap ILMU:

    Kita semua juga telah membuat persepsi yang kurang tepat terhadap Ilmu. Ramai dikalangan ilmuan, ulamak, guru atau mana-mana kitab yang juga mengkonsepkan ilmu secara terapung-apung juga. Padahal apa yang menjadi teras kepada Ilmu yang sepatutnya dijelaskan. Mereka banyak menzahirkan secara teori dan juga ada yang berkhilaf diantara mana fardhu dan juga mana fardhu kifayah. Kita terus berputar-putar dengan pengajian demi pengajian sehinggakan ilmu kita tersasar kepada ilmu yang tidak digunakan dan mengabaikan ilmu yang menjadi keperluan  (walaupun ilmu itu betul namun tidak dimanfaatkan) : " al-ilmu la yantafa'u bihi".  atau "al'ilmu bilaa amalin"  (ilmu yang tidak diamalkan).
    MEMANG! perbahasan antara konsep Fardhu ain dan kifayah ini terlalu luas dan sensitif bagi golongan agama. tetapi maaf, saya perlu menjelaskan sesuatu disini.

    Menuntut Ilmu?? Ya menuntut. Tetapi ilmu apa? Untuk apa?
    Ternyata ilmu sebenarnya telah banyak diperdagangkan demi segulung ijazah, status, pangkat, demi pekerjaan atau sebagainya.

    Apa yang ingin saya nyatakan ialah ( secara asas dan amat perlu)
    Fardhu ain: ialah ilmu untuk diri seseorang ( setiap orang wajib mempelajarinya). Namun ia juga telah diletakkan didalam 'kurungan tertentu sahaja'. iaitu ilmu tertentu. Padahal tidak sepertimana yang kita telah belajar atau ambil tahu sebelum ini iaitu didalam pengetahuan atau pendidikan Fardhu ain. Apatah lagi jika ia menjadi subjek elektif.

    Padahal secara BENAR ialah:
    Setiap sesuatu yang berkaitan dengan kita itu sebenarnya adalah ILMU yang wajib dituntut akannya ( fardhu ain).
     
    Ini bermaksud setiap gerakan, tindakan, i'tiqad kita hendaklah dituntut ilmunya.
    Contohnya:
    1. Apabila ingin makan - wajib belajar cara makan, apa yang halal, apa yang haram, sunnahnya dan sebagainya.
    2. Apabila ingin solat - wajib belajar cara solat, apa yang patut buat, hukumnya, takbirnya, sujudnya, sehinggalah selesainya.
    3. Apabila ingin bercakap- wajib belajar cara bercakap, mana yang haram, mana yang wajib, mana mengumpat, mana memfitnah dsbgnya.
    4. Apabila ingin potong kuku, apabila ingin berjalan-jalan, apabila ingin marah, ingin mencintai, ingin membenci, ingin kahwin, ingin bercerai dan sebagainya.

    Pendek kata seluruh perbuatan kita seharian bermula bangkit dari tidur sehinggalah kita kembali tidur hendaklah dituntut Ilmunya. Dan setiap perkara yang datang kepada kita (persoalan) juga wajib dituntut ilmunya.

    Contohnya apabila kita mula mendengar perkataan 'POLIGAMI'- maka dikala ini kita adalah WAJIB menuntut ilmu tentangnya terutama disegi aqidah terhadapnya. Ini bermakna ilmu tersebut bukan hanya wajib dituntut oleh orang tertentu sahaja tetapi oleh KITA SEMUA kerana kita telah mendengarnya.
    bayangkan jika cuba meng'ignore' kannya. Maka kita akan terjerumus kepada salah aqidah terhadap hukumnya.
    yang paling asas terhadap ilmu ialah: YA atau TIDAK atau BOLEH atau TIDAK. (secara objektif) kemudian berterusan kepada pengkajiannya ('tadabbur').

    begitu juga apabila terlihat seekor ayam. harus menuntut ilmu tentangnya samada boleh dimakan atau tidak dan begitulah seterusnya sehinggalah ke tahap 'Pakar Ayam' mengikut tahap ilmu kita terhadap ayam tersebut.

    Kita telah silap persepsi terhadap:
    Sabda; " Tolabul ilmu fariidhotun a'la kulli muslimin wamuslimah" ( Menuntut ilmu adalah wajib kepada semua orang Islam).
    Ramai yang faham bahawa: Kita wajib menuntut ‘mana-mana’ ilmu.
    Padahal ia bermaksud: Setiap sesuatu yang kita dapati itu wajiblah kita ambil tahu tentangnya (ilmunya). inilah yang akan membezakan sesuatu perkara itu samada ia mungkar, ibadat, fardhu, wajib,halal, haram, racun, penawar dan sebagainya. Iaitu kepada perkara yang kita terlibat atau terserempak. (SEMUANYA).

    Yang Paling utama ialah ilmu diantara kita Hamba dengan Khaliq (Allah swt). Bermula dari siapa kita siapa Allah dan terus kepada apakah peranan kita kepada Allah. Inilah yang berkonsepkan kepada ibadat.
    Nas: “ Awwaluddin ma’rifatullah” ( awal2 agama (cara hidup) ialah mengenali Allah).
    Sehinggalah kepada perkara kencing dan berak sekalipun wajib tituntut ilmunya agar tidak terberak dimerata-rata atau agar tahu mensucikannya terutama jika tiada air.

    Sebagaimana firman: " Fas aluu ahliz zikri inkuntum laa ta'lamuun". ( Bertanyalah kepada orang yang tahu apabila kamu tidak tahu).

    Terlalu banyak dan beratkah? Tidak:  kerana ia hanya perkara yang kita lakukan didalam hidup kita sahaja (samada secara rukun, wajib dsbgnya). Namun semakin banyak aktiviti kita maka semakin banyaklah yang perlu dituntut ilmunya.

    Itulah ilmu yang WAJIB dituntut.
    Jadi tidak dapat tidak. ILMU tentang Poligami juga adalah WAJIB dituntut oleh semua. kerana Agama, Rasulullah termasuk kita juga telah terlibat diatas 'perkaranya'.



    Abg Ngoh

    • *
    • Posts: 1101
      • View Profile
    Reply #713 05 November, 2011, 12:55:07 PM
  • Publish
  • Apabila datangnya Sesuatu persoalan.
    Maka tidak dapat tidak kita akan cuba memberi ilmu terhadapnya.
    Dikala ini, jika ilmu tersebut adalah salah, maka itu adalah ilmu yang sesat.
    Manakala jika ilmu yang didatangkan itu benar dan berdalil, maka itu adalah ilmu yang hak dan benar.

    Contoh apabila melihat sesuatu perkara:
    'Melihat seekor lembu yang mati ditepi jalan'.
    Maka akan didapati ramai yang menzahirkan ilmu secara peribadi iaitu dengan berbagai cerita yang bercampur, berlainan, direka, ditipu dan sebagainya.
    Umpamanya seseorang mengatakan lembu itu dilanggar oleh Lori, seorang lagi kata lembu itu dilanggar kereta, ada juga yang kata lembu itu mati termakan racun begitulah seterusnya sehingga ke ratusan jenis cerita (ilmu) tentangnya. Padahal ilmu yang sebenar tentang lembu tersebut memang ada pada suatu sumber yang sengaja diabaikan atau tidak dikhtiarkan untuk menuntutnya.

    Dari yang demikian, mengelak daripada ilmu yang asal sebenarnya telah membawa kepada ilmu yang sesat dan bercelaru yang boleh mendatangkan syak, prasangka, fitnah dan sebagainya. Kerana kita telah terlibat (iaitu terlibat melihat lembu tersebut).

    Inilah juga yang terjadi kepada perkara POLIGAMI
    Inilah juga terjadi kepada perkahwinan, terutamanya 'kahwin muda'
    Dan inilah juga yang sering terjadi kepada bermacam perkara termasuk perkara dari agama
    .


    Kerana kita juga telah memilih-milih diantara Ilmu dengan rambang sekali. Sepertimana kita telah memilih-milih hukum Allah untuk dipercayai.

    Abg Ngoh

    • *
    • Posts: 1101
      • View Profile
    Reply #714 05 November, 2011, 02:34:55 PM
  • Publish
  • Kerana kita juga telah memilih-milih diantara Ilmu dengan rambang sekali. Sepertimana kita telah memilih-milih hukum Allah untuk dipercayai.

    [Maksud memilih-milih ILMU ialah apabila kita mempelajari ilmu yang kita tidak gunakan manakala
    meninggalkan ILMU kepada perkara yang kita terlibat.

    Contohnya: Mempelajari Ilmu Matematik sehingga ke peringkat Ijazah. Tetapi ILMU solat telah diabaikan. Maka solatlah ia didalam keadaan Muqallid (pak turut) yang tidak mendapat pahala diatas perbuatannya itu. Sedangkan ILMU matematik yang tinggi dipelajari itu telah melayakkan dirinya untuk bekerja umpamanya untuk membilang lembu import (bagi kerja Kastam) atau sebagainya.:-). Sedangkan ilmu algebra, kos, tanjen, sinus dan sebagainya hanya melekat disijil sahaja.
    Dalam waktu yang sama ia telah terlibat didalam perkara ibadat, muamalat, tauhid, fiqh, tasawuf, makan minum, berkahwin, poligami dan sebagainya (iaitu dari hujung kaki hingga ke hujung rambut). Maka berlarilah ia diatas jalan tanpa ilmu (JAHIL) didalam perkara yang dia mesti terlibat.

    Inilah yang menyebabkan membawa perkara haram didalam makan minum, membawa perkara haram ke dalam rumah, terkeluar dari akqidah, murtad, sesat dan sebagainya kerana sikap memilih-milih ILMU tadi.

    Terlibat?
    Bukan bermakna melakukannya. tetapi terlibat kerana telah memilih Islam sebagai agama, maka segala yang dari agama hendaklah dipertanggungjawabkan samada disegi ilmunya terhadap akidah (kepercayaan), dakwah, fiqh (kelakuan) atau sebagainya.


    Sesungguhnya setiap sesuatu yang dari AGAMA itu adalah mulia dan terbaik, berhikmah, berajaib dan sebagainya, yang rosak dan bermasalah didalam pelaksanaanya hendaklah diperbaiki dan bukannya menjadi alternatif kepada pembasmian atau menidakkan hukum terhadap sesuatu ibadat tersebut. (termasuk POLIGAMI atau perceraian).

    adi-tok pulau m

    • *
    • Posts: 79
      • View Profile
    Reply #715 05 November, 2011, 10:15:26 PM
  • Publish
  • Bicara poligami menjadi gimik wanita dahulu, kini dan selamanya.

    Jarang benar dunia melihat 100% wanita beriman dengan hukum ini yang Allah tetapkan.
    Kebanyakan mereka menafsir ikut selera nafsu amarah.

    Meskipun bagi mereka yang telah digelar 'madu' atau 'telah bermadu'. Apatah lagi bagi bakal-bakal madu yangmana
    sememang suami-suami mereka  sentiasa sukacita untuk menambahkan isteri  baru supaya cukup menjadi 4 orang isteri dalam satu-satu masa.

    Kemelut keimanan terlalu 'serius' jika dipandang dari sudut krisis keyakinan kepada hukum-hukum Allah. Berlaku sejak dahulu hingga hari ini
    dan masa-masa akan datang. Inilah tragedi utama keimanan seseorang jatuh rebah kebumi, sebelum meninggalkan alam fana ini.

    Kebanyakkan pendakwah hari ini tidak berani untuk menyatakan fasal poligami dalam rumahtangga. Nanti murid-murid dikasihi menjadi musuh yang dibenci.
    Begitulah kebenaran sukar untuk diterjemah diakhir zaman ini, kerana kelalaian telah mengatasi kesedaran dan ketakwaan.

    Apatah lagi bagai tidak pernah berlaku, seorang isteri sanggup meminang  seorang gadis jelita untuk suami tercinta bagi mendapat ' payung emas' di akhirat nanti.  Inilah kelebihan ilmu poligami jika dapat dihayati akan beroleh laba yang tinggi (lumayan). Inilah tujuan hidup di dunia.

    jen

    • *
    • Posts: 249
      • View Profile
    Reply #716 08 November, 2011, 10:27:50 AM
  • Publish
  • Pendakwah mungkin jarang bercakap pasal poligami sb mereka pun tidak mengamalkan. Hanya pendakwah yg beramal tahu ilmu poligaminya.

    Sy cuma nak tanya, adakah sumber rujukan "payung emas" tu dari hadith sahih?

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4856
      • View Profile
    Reply #717 08 November, 2011, 11:47:17 AM
  • Publish
  • Ingin saya tegaskan di sini.... pendapat yang mengatakan ada hadis yang menyebut tentang wanita yang membenarkan suaminya berpoligami akan mendapat payung emas di syurga adalah pendapat yang salah dan tidak benar. Tidak ada satu hadis pun yang menyebut sedemikian.

    Perlu diingat, hadis ialah sebarang perkataan atau perbuatan atau pengakuan yang datangnya daripada Rasulullah SAW, disampaikan kepada kita hari ini melalui riwayat demi riwayat bermula dgn sahabat, tabien, tabi' tabien dan seterusnya. Masalahnya matan hadis yang menyebut wanita yang membenarkan suaminya berpoligami akan mendapat payung emas di syurga bukanlah bermula daripada Rasulullah SAW dan tidak ada kena mengena langsung dgn baginda Rasul atau sahabat atau tabien atau tabi' tabien.

    Asas pensyariatan yang menjadi dalil utama di dalam keharusan berpoligami ialah firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 3 yang bermaksud: “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan) perempuan-perempuan lain yang kamu berkena;, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau memadailah dengan hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman ”.

    orang yang suka kata, ada payung emas tu, kebanyakan ada dalam Kitab, tulisan manusia yang berdampingan Jin, syaitan
    sebab tu geng tu suka tilikan, tilikan mujarobat dan sebagainya
    semuanya adalah perdaya syaitan

    hendaklah yakin kepada Allah tanpa berbelah bagi
    semuga mendapat kebaikan daripada Yakin begitu

    silakanlah cari kebenaran, kitab hadis, sahih, bukhari muslim, bulughul maram, kesimpulan, dan lain lain ada boleh di baca

    jauhi persangkaan ya

    dalam ni saya lihat kejahilan kata kata

    semuga Hidayah Allah dia jumpa

    semuga dia di letakkan di sisi Allah

    subhanallah

    Mei

    • *
    • Posts: 1068
      • View Profile
    Reply #718 08 November, 2011, 12:01:21 PM
  • Publish
  • Harap selepas nih..tak ada lagi pihak suami yang suka menjanji kan pihak isteri dengan payung emas untuk berpoligami.Dan pihak isteri pun dah ada cukup fakta nak mempertikaikan 'payung emas' yang dijanjikan si suami.Kalau nak bagi pun... bagi teruslah 'barang kemas'...sedap sikit hati si isteri..heee

    Abg Ngoh

    • *
    • Posts: 1101
      • View Profile
    Reply #719 08 November, 2011, 01:45:58 PM
  • Publish
  • Isteri yang poligami itu usah merasa segan, malu, aib dan terkurang kerana kalian adalah wanita pilihan Allah yang dijanjikan dengan ganjaran yang amat besar. Jika melalui kitab dan pandangan mutawatir (popular dikalangan ulama). "walau telah hilang matan dan sanadnya.........

    1.   Permasalah GANJARAN adalah perkara yang terlalu kecil walaupun terbukti betapa ganjarannya walau melebihi 10 gunung emas. Namun perkara AQIDAH seseorang terhadap hukum Allah yang paling PENTING dan utama. Menentang Hukum Allah, membenci salah satu perkara sunnah ( berkaitan perilaku Rasulullah). Mempertikaikan perintah Allah (yang membenarkan Poligami).

    Cuba kita lihat kitab 'fadoil a'mal' karangan syeikh Zakaria. Betapa banyak fadoil (kelebihan-kelebihan amal). Namun Fadhoil (kelebihan sesuatu ibadat) adalah tidak popular dikalangan sahabat ataupun para salaful solih malah banyak dipertikaikan oleh ramai pihak. Mereka terlalu menekankan kepada AQIDAH (kepercayaan, keyakinan, kehambaan kepada Allah dan hukum-hukumnya) Serta menyanjungi dan mengidolakan setiap sunnah Rasulullah.

    Sebagaimana Doa taubat yang berbunyi.
    " Wahai tuhanku, aku tidak layak untuk syurgamu, tetapi aku takut akan azab siksamu" ( Al-syafie).

    2. Golongan Ulamak terdahulu mereka mudah mendidik murid mereka dengan hanya "memberitahu dan memperjelaskan sesuatu perkara" tanpa ditakwil oleh murid mereka. Maka dengan ini, melalui kitab mereka, mereka mungkin telah kurang menitikberatkan tentang 'nas atau sanad' sesuatu perkara. Namun mereka 'yakni' guru atau ulamak (terutamanya guru pondok) Mereka adalah mempunyai sanad mereka sehingga ada yang sehingga kepada rasulullah sendiri.

    3. Pendapat tersebut juga adalah mutawaatir dikalangan ulamak terdahulu ( keadaan mutawatir ialah bagaikan mustahil mereka 'yakni ulamak; MEMBOHONGI secara bersepakat. Sehingga ke hari ini, Ulamak bersanad ( terutamanya pengajian pondok) masih menggunakan istilah 'payung emas tersebut'.

    4. Istilah ' payung emas' juga bukan bermakna sesuatu material (benda yang nampak) ia juga mungkin adalah 'tashbih' kepada ganjaran yang semestinya amat bernilai dari Allah, terutamanya ia adalah perkara sunnah, perkara syurga (bidadari) dan sebagainya. Dan hendaklah maklum nilai sesuatu perkara sunnah adalah Melebihi nilai dunia dan isinya, apatah lagi jika hanya dengan satu material dunia.

    5. HANYA dengan satu perkara dari Rasulullah, maka ia melebihi segunung emas, nilainya. hanya dengan anti, prejudis, tidak yakin kepada satu perkara sunnah, maka telah terkeluar daripada Agama yakni Murtad atau kufur. inilah yang paling ditakuti.

    6. Untuk pengetahuan kita hampir 90% hadith adalah tidak sampai kepada kita, bayangkan jika' al-Sultanul hadith' mampu menghafal 500,000 hadith, dimanakah hadith2 tersebut?. Malah yang datang juga banyak yang dhoif, maudu' juga telah dipilih-pilih namun untuk memilih 'tidak' kepada poligami adalah tidak termampu kerana terlalu jelas Rasulullah SAW berpoligami, dengan hadith tentang bilangan isteri baginda. hadith tentang sahabat-sahabat. Malah terdapat juga didalam al-qoran perihalnya.

    7. Apa yang paling dititik beratkan ialah kepatuhan kepada Allah, Rasulullah dan juga MENTAATI suami kepada segala perkara (melainkan syirik/ mungkar) demi kunci syurga bagi Isteri. yakni apabila TELAH bergelar isteri maka, mereka sudah tidak berhak untuk menentang suami kecuali balasannya adalah azab neraka. ( ini adalah mempunyai NAS yang amat saheh dari ratusan hadith dan juga Al-qoran). Dan terbukti POLIGAMI adalah hukum yang dibenarkan olah Agama, apatah alagi sunnah Rasulullah SAW.

    8. Kami Golongan ilmuan agama tidak mampu untuk melabelkan guru-guru kami, ulamak yang terlalu ramai menyebut tentang istilah 'payung emas' sebagai penipu kerana ia adalah masalah 'fadhoil' bukannya masalah aqidah sebagaimana kepercayaan bahawa Poligami adalah sunnah. Kerana perkara fadhoil adalah terlalu dibawah 'rangking' kepada kepatuhan kepada Agama. kami cuma mampu untuk mengatakan bahawa ia popular dikalangan mereka ( ulamak). Percaya atau tidak ia adalah tidak penting apatah lagi jika untuk mempertikaikannya bagi menentang HUKUM POLIGAMI.

    9. Yang dituntut kepada DAKWAH yang paling 'aula', adalah kepada perkara AQIDAH (keyakinan sesuatu yang dari Allah dan Rasulnya).

    10. manakala perkara Poligami adalah berkaitan 'JODOH'. tidak terkecuali kepada sesiapa, walau sedalam mana cintakan kepada perkara sunnah namun jika tidak mempunyai jodoh dan takdirnya, maka ia tidakkan berpoligami. yang hendak dilihat ialah kepada diri RASULULLAH (sumber hukum) apakah berpoligami? bukannya kepada ulamak-ulamak tertentu kerana mereka bukan sumber hukum tetapi hanya 'posmen' yakni membawa khabar, ilmu yang bersumberkan dari Al-qoran dan Sunnahtul rasulullah. dengan kata lain ' pewaris' sebagaimana sabda; " Al-ulamak warathatul anbiaya'.

    Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:

    "Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhammad SAW!!!"

    Apabila kata-kata ulamak sudah dipertikaikan tanpa mempunyai hujah dari Nas yang saheh bahawa kata-kata tersebut adalah salah. iaitu selagimana kita belum menjumpai Nas yang lebih kuat bagi menyalahkan pendapat mereka (ulamak) tersebut. maka pendapat mereka adalah masih terkuat diantara pendapat orang yang dibawahnya (orang awam).

    Itulah formula sesuatu ilmu dan sesuatu hukum.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    247 Replies
    46455 Views
    Last post 22 November, 2013, 03:43:12 PM
    by Haipils
    34 Replies
    7371 Views
    Last post 12 January, 2012, 01:05:37 AM
    by TokDdeka
    19 Replies
    8272 Views
    Last post 24 August, 2011, 04:08:28 PM
    by kamilmalik