Hukum Mengambil Wuduk Dalam Keadaan Berhadas Besar

*

Author Topic: Hukum Mengambil Wuduk Dalam Keadaan Berhadas Besar  (Read 12667 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ayuni_Balqis

  • *
  • Posts: 70
    • View Profile
19 August, 2010, 07:30:17 AM
  • Publish
  •  :)


    1. Apakah hukum perbuatan berwudhuk bagi seorang wanita yang sedang haid?

    2. Apakah hukum jika wudhuknya bertujuan untuk mengikut sunnah Nabi S.A.W seperti sebelum tidur ataupun ketika hendak menghilangkan marah?

    3. Bagaimana cara terbaik untuk menyampaikan perkara ini kepada saudara baru yang bertanya?

    Terima kasih.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14525
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 19 August, 2010, 07:36:25 AM
  • Publish

  • بسم الله الرحمن الرحيم
    الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

    Mana-mana wanita yang didatangi Haid atau Nifas terhalang daripada melakukan tujuh perkara ibadat;

    1)     Mandi Haid/Nifas atau berwuduk
    2)     Solat
    3)     Puasa
    4)     Tawaf
    5)     Membaca Al-Quran, menyentuh dan membawanya
    6)     Masuk Masjid
    7)     Brsetubuh dengan suami walaupun dengan lapik

     Ini merupakan tujuh larangan yang diharamkan kepada wanita yang didatangi Haid atau Nifas untuk melakukannya. Wanita yang didatangi Haid dan Nifas hanya diberi kelonggaran untuk mandi sunat Ihram sahaja, bahkan sunat.

    Mandi junub, mandi sunat ihram, mandi haid @ nifas dan selainnya sama sahaja. Hanya berbeza pada sudut niat.

    BERWUDUK KETIKA HAID/NIFAS

    Berhubungan dengan persoalan penanya menjurus kepada bahagian pertama. Kemungkinan kemusykilan yang ingin ditanya, apakah larangan  berwuduk (bersuci) itu secara mutlak tanpa pengecualian?

    Berkata Syafieyah dan Hanabilah: Mandi Haid@Nifas dan berwuduk hanya dikhususkan kepada mereka yang tidak berhalangan. Perempuan yang sedang didatangi Haid/Nifas tidak akan terangkat hadas mereka dengan mandi atau berwuduk tersebut. Jika dilakukannya dengan tujuan bermain-main, perbuatan ini boleh membawa kepada Riddah.

    Hanafiah berpendapat: Haid hanya menghalang dari sah bersuci tetapi tidak mengharamkannya. Bahkan disunatkan bagi wanita di dalam keadaan Haid berwuduk setiap kali solat dan duduk di tempat solatnya untuk bertasbih dan tahlil sekadar waktu solat dilaksanakan. Perbuatan ini dilakukan supaya dia tidak melupakan adat kebiasaannya.

    DAKWAH KEPADA NON-MUSLIM


           Kurang pasti apa yang cuba dimaksudkan oleh penanya berkenaan “perkara ini”. Adakah perkara ini yang dimaksudkan berwuduk ketika haid atau berwuduk dengan tujuan meniru sunah nabi. Sekadar beberapa prinsip dengan Non Muslim apabila kita ingin membicarakan soal ibadat;

    1)     Perkenalkan kedudukan hamba dibandingkan tuan pada hak dan tuntutan. Semua hamba wajib mentaati perintah tuannya.

    2)     Zahirkan hikmah dan logik yang ada pada sesuatu perintah yang dituntut oleh syarak.

    3)     Pamerkan Islam merupakan agama yang suci dan bersih. Setiap menitik beratkan kebersihan pada semua keadaan. Walaupun wuduk wanita haid tidak sah akan tetapi sikap meninggalkan perbuatan tersebut juga merupakan pahala kerana mentaati perintah Allah.

    KESIMPULAN

    1)     Khilaf di antara Ulama sama ada membenarkan berwuduk atau tidak, bergantung pada niat individu yang melakukannya.

    2)     Diharamkan wanita yang didatangi Haid/Nifas berwuduk jika bertujuan untuk mengangkat hadas dalam keadaan dia mengetahui tidak sah wuduknya, ini kerana dia bermain-main dengan hukum.

    3)     Jika tujuan berwuduk atau mandi junub dengan tujuan membersihkan diri atau menyejukkan badan atau apa-apa saja niat yang tidak melanggar syarie, maka tidak menjadi masalah. Ini pendapat yang dipegang oleh Auzaie, Malik, Thauri dan Abu Thaur.

    4)     Wajar mempertahankan pendapat salaf soleh agar berterusan dengan mengambil waktu solat tersebut dengan berwuduk dan berzikir agar kebiasaan itu tidak dilupakan.

    5)     Para wanita banyak yang dirasuk jin dan menjadi lemah kerana mengabaikan ibadat di waktu uzur. Keuzuran bukan alasan untuk meninggalkan semua ibadat kerana meninggalkan solat pada waktu uzur juga merupakan satu ibadat. Perbanyakan zikir dan wirid pada waktu uzur sebagai menampung kekurangan ibadat di waktu ini.

    6)    Tidak menjadi kesalahan untuk berwuduk sebelum tidur atau pada ketika marah walaupun dalam keadaan uzur.

        Hadis diriwayatkan oleh Muslim daripada Aisyah;

    عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ وَهُوَ جُنُبٌ تَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ قَبْلَ أَنْ يَنَامَ

    Maksudnya: Baginda Nabi apabila ingin tidur di dalam keadaan beliau berjunub, baginda akan berwuduk seperti hendak melaksanakan solat sebelum masuk tidur.

    7)     Berbicara dengan Non Muslim dengan logik dan menzahirkan hikmah perintah Allah disyariakan.

    Allahu A’lam

    Disediakan:
    Muhammad Aidil Azwal Bin Zainudin
    http://www.mymkkk.org/efiqh/view_soalan.php?id=40
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    joelipan

    • *
    • Posts: 9
    • Kemaman Jiwa Kacau
      • View Profile
    Reply #2 19 August, 2010, 08:45:08 AM
  • Publish
  • salam...terima kasih atas info ini

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2403
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #3 19 August, 2010, 09:10:10 AM
  • Publish
  • Saya pun ada juga mendengar dibolehkan wuduk pada perempuan yang uzur.

    Saya setuju dengan Ummi.

    Dalam hadis juga ada tersebut yang maksudnya lebih kurang: "Sekebal-kebal orang ialah yang tak putus wuduknya". Macam Bila b Rabah ra, yang terompahnya kedengaran di dalam syurga oleh Nabi saw ketika Israk Mi'raj...Setidak-tidaknya wuduk menjadi amalan perisai dan benteng. (bolehkan jika diniatkan begini?) umpama sabda Nabi seperti di atas.
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2403
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #4 19 August, 2010, 09:11:34 AM
  • Publish
  • Dalam hadis juga disebut orang yang tidur dalam wuduk, dia tidur bersama malaikat@malaikat menjaganya...

    5zul

    • *
    • Posts: 3025
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #5 19 August, 2010, 09:29:43 AM
  • Publish
  • agar diri terpelihara dunia dan khairat...
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1063
      • View Profile
    Reply #6 19 August, 2010, 09:36:57 AM
  • Publish

  • terlampau banyak kebaikan wudhu meliputi aspek zahir dan batin.sesiapa yang pernah berjumpa dengan manusia yang tidak pernah putus wudhunya maka anda akan tahu apa hikmahnya berwudhu.

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1063
      • View Profile
    Reply #7 19 August, 2010, 09:39:15 AM
  • Publish

  • terlampau banyak kebaikan wudhu meliputi aspek zahir dan batin.sesiapa yang pernah berjumpa dengan manusia yang tidak pernah putus wudhunya maka anda akan tahu apa hikmahnya berwudhu.

    SiNaR aBaDi

    • *
    • Posts: 748
      • View Profile
    Reply #8 19 August, 2010, 01:55:10 PM
  • Publish
  • Alhamdulillah, terjawab segala yang hendak ditanya.   
    Maksudnya dibolehkan berwudhuk, tidak semestinya untuk 7 perkara diatas sahaja. ye kan..

    Wudhuk salah satu cara menenteramkan jiwa & hati yang dalam kemarahan & kerundungan, kerana bila berwudhuk, gugur bersama dosa yang ada.

    Syukran pembuka tread dan ummi.
    SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.;-)

    qaseh2003

    • *
    • Posts: 306
    • Anugerah Allah
      • View Profile
    Reply #9 25 August, 2010, 03:34:48 AM
  • Publish
  • terima kasih diatas info ini..
    harap boleh copy yer...
    Nasihat Rasullullah kepada Mu’awiyah : Wahai Mu’wiyah, jauhi sifat marah kerana marah dapat merosakkan iman seseorang sebagaimana pahit jadam merosakkan madu yang manis..

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1293
      • View Profile
    Reply #10 27 February, 2011, 10:23:20 AM
  • Publish
  • Oleh : Mufti Brunei

    Mengambil Wudhu Dalam Keadaan Berhadas Besar

    (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

    Orang yang berhadas kecil diwajibkan mengambil wudhu untuk mengangkat hadasnya itu bagi membolehkannya melaksanakan ibadah-ibadah tertentu seperti sembahyang, tawaf sama ada wajib atau sunat, sujud syukur atau tilawah dan seumpamanya.

    Namun tuntutan tersebut tidak hanya pada ibadah yang menjadikan wudhu sebagai syarat sah perlaksanaannya, malahan juga dituntut pada keadaan-keadaan yang lain walaupun tuntutan itu hanya berupa sunat semata-mata seperti ketika sedang marah, membaca alQur’an (bukan dengan memegangnya) atau mendengar al-Qur’an, membaca dan mendengar Hadits, memegang kitab-kitab agama seperti kitab-kitab Tafsir atau Fiqh, membaca atau belajar ilmuilmu syara‘ dan membacakannya, ketika masuk atau duduk di dalam masjid, ketika hendak tidur dan sebagainya.

    Di samping itu disunatkan juga untuk sentiasa mengekalkan wudhu kerana amalan mengekalkan wudhu mendatangkan manfaat yang besar kepada orang yang sentiasa mengamalkannya seperti meluaskan rezekinya, disukai oleh malaikat Hafazhah, menjadi benteng (pendinding) dan juga memelihara dirinya daripada melakukan perkara atau perbuatan maksiat.

    Mengekalkan wudhu bagi orang yang berhadas kecil bukanlah suatu perkara yang susah. Mereka boleh saja berwudhu semula jika batal wudhunya atau terus memperbaharui wudhu mereka jika masih dalam keadaan berwudhu bila-bila masa saja yang mereka kehendaki.

    Melihat kepada tuntutan dan keutamaan wudhu ke atas orang yang berhadas kecil, apakah orang yang berhadas besar juga dituntut dan boleh melaksanakannya? Bagaimanakah kedudukan mereka dalam hal wudhu ini?

    Apakah Hukum Bagi Orang Yang Berhadas Besar Mengambil Wudhu?

    Orang yang berhadas besar itu adalah mereka yang berada dalam keadaan berjunub dan perempuan yang dalam keadaan haidh atau nifas. Namun dua keadaaan ini mempunyai kedudukan hukum yang berbeza kerana keadaannya masing-masing.

    I. Orang yang berjunub mengambil wudhu

    Disunatkan bagi orang yang berjunub yang belum mandi wajib untuk mengambil wudhu apabila hendak tidur, makan dan minum dan juga ketika hendak mengulang semula persetubuhan.

    Diriwayatkan daripada Sayyidatuna ‘A’isyah Radhiallahu ‘anha, beliau menceritakan:

    Maksudnya:
    Quote
    “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila hendak tidur, sedangkan Baginda berada dalam keadaan junub, Baginda membasuh kemaluan Baginda (terlebih dahulu) dan mengambil wudhu (sepertimana wudhu) untuk sembahyang.”   ~ (Hadits riwayat al-Bukhari)




    Dalam riwayat lain pula, Sayyidatuna ‘A’isyah Radhiallahu ‘anha berkata:

    Maksudnya:
    Quote
    “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila dalam keadaan junub lalu Baginda hendak makan atau tidur, Baginda mengambil wudhu sepertimana wudhu Baginda untuk sembahyang.” ~ (Hadits riwayat Muslim)



    Kedua hadits di atas adalah dalil mengenai sunat bagi orang yang berjunub untuk mengambil wudhu sebelum tidur atau sebelum makan dan minum. Manakala dalil mengenai dengan sunat berwudhu sebelum mengulangi semula persetubuhan bagi orang yang berjunub itu adalah berdasarkan hadits yang diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudriy Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


    Maksudnya:
    Quote
    “Apabila salah seorang daripada kamu mendatangi (menyetubuhi) isterinya, kemudian ingin mengulangi lagi, maka (sebaiknya) hendaklah dia mengambil wudhu.” ~  (Hadits riwayat Muslim)



    Imam an-Nawawi Rahimahullah menerangkan bahawa hadits-hadits tersebut di atas memberi maksud bahawa orang yang berhadas besar (berjunub) jika dia hendak tidur, makan, minumatau bersetubuh lagi dengan isteri yang telah disetubuhinya atau isterinya yang lain, adalah disunatkan terlebih dahulu mengambil wudhu serta membasuh (membersihkan) kemaluannya (sebelum berwudhu). Beliau juga menyebut bahawa para ulama asySyafi‘iyyah berpendapat adalah makruh hukumnya ke atas orang yang berhadas besar (berjunub) untuk tidur, makan, minum dan bersetubuh sebelum berwudhu.

    Hikmah Sunat Berwudhu Ke Atas Orang Yang Junub

    Terdapat beberapa pendapat ulama mengenai hikmah disunatkan berwudhu ke atas orang yang berjunub jika dia hendak tidur, makan, minum dan bersetubuh.

    Antaranya:

    Pendapat pertama: Untuk meringankan hadas kerana wudhu berperanan untuk mengangkat hadas daripada anggota-anggota wudhu. Demikian juga, ia bermaksud bagi tujuan kebersihan.

    Pendapat kedua: Dengan wudhu merangsang seseorang untuk mandi apabila air terkena pada anggota-anggota wudhu.

    Pendapat ketiga: Bertujuan agar seseorang itu tidur dalam keadaan suci dari salah satu dua hadas (hadas kecil dan besar) kerana ditakuti dia menemui ajalnya di dalam tidur.

    II. Hukum perempuan yang dalam haidh dan nifas mengambil wudhu

    Hukum berwudhu bagi perempuan yang dalam haidh atau nifas itu terbahagi kepada dua:

    I. Jika darah haidh atau darah nifasnya masih keluar (belum kering), tidak disunatkan baginya untuk berwudhu.

    Ini adalah kerana wudhu tidak memberi apa-apa kesan pada mengangkat hadas perempuan haidh atau nifas yang masih keluar darahnya. Maka tidak sah bersuci daripada hadas ketika darah haidh atau nifas masih keluar.

    II. Jika darah haidh atau nifasnya sudah berhenti (kering) tetapi dia belum mandi wajib, maka disunatkan ke atasnya untuk mengambil wudhu jika dia hendak tidur, makan atau minum.

    Ini kerana apabila darah haidh atau nifas perempuan tersebut sudah berhenti, maka hukumnya adalah seperti orang yang berjunub; iaitu sunat ke atasnya mengambil wudhu jika dia hendak tidur, makan atau minum kerana ia memberi kesan pada hadasnya (terangkat hadas kecil).

    Berdasarkan penerangan di atas, tiada halangan bagi orang yang berjunub dan juga perempuan yang kering haidhnya tetapi belum mandi wajib untuk mengambil wudhu pada waktu-waktu tertentu sebagaimana yang disebutkan di dalam beberapa hadits. Sekurang-kurangnya dengan melakukan wudhu dapat meringankan hadas yang ditanggung oleh keduanya sebelum mandi untuk mengangkat hadas.

    Sumber : http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2010/bill28-2010.pdf

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    875 Views
    Last post 28 April, 2011, 04:06:09 PM
    by cahayE_matE
    1 Replies
    182 Views
    Last post 14 July, 2014, 12:46:16 PM
    by al-baab
    2 Replies
    131 Views
    Last post 09 September, 2014, 09:22:18 PM
    by flowerpink