Gejala Sosial Fenomena Menakutkan

*

Author Topic: Gejala Sosial Fenomena Menakutkan  (Read 30382 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

abuyya

  • *
  • Posts: 5
  • Bersama Halaqah Laksanakan Amanah Khalifatul Ardh
    • View Profile
26 June, 2007, 02:29:59 AM
  • Publish
  • GEJALA SOSIAL DAN BAGAIMANA MENANGANINYA

    Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

    “Bauan syurga adalah di tangan para belia.”


    Rasulullah s.a.w pada zamannya tidak pernah memandang remaja sebagai seorang ´kanak-kanak´ yang tidak mengerti apa-apa dan tidak berkepentingan di dalam perkembangan yang berkaitan dengan hal ehwal negara. Malah Rasulullah s.a.w sangat prihatin akan pembangunan dan pembinaan sahsiah remaja. Baginda sering bergaul dengan mereka sambil memberikan nasihat yang berguna serta tanggungjawab untuk umat dan negara pada masa depan.


    Namun, zaman yang bertukar ganti memperlihatkan kehidupan dan kepentingan seorang remaja dilihat tidak lebih daripada seorang kanak-kanak yang sedang membesar dan masih lagi ´kecil´ untuk mengerti apa-apa hal pun yang berkaitan dengan pentadbiran sesebuah negara.


    Remaja kini sering sahaja digambarkan sebagai golongan yang mudah terpengaruh dan senantiasa inginkan kebebasan mengikut perasaan mereka sendiri. Mereka berasakan bahawa mereka sudah bijak untuk menilai baik buruk sesuatu perkara itu tanpa sebarang campur tangan daripada pihak ibu bapa waima sesiapa pun.


    Meneliti keadaan sosial golongan remaja kini, pelbagai aspek perlu diteliti mengenai punca sebenar mengapa dan bagaimana terjadinya kebejatan yang semakin menggugat imej remaja itu sendiri. Antara faktor yang mendorong ke arah kerosakan ini adalah persekitaran.


    Persekitaran mempengaruhi akhlak individu dalam masyarakat dalam erti kata ia menggalakkan perkembangan aspek tertentu namun pada masa yang sama menghindarkan perkembangan aspek lain. Persekitaran yang mengamalkan pengasingan nilai kerohanian daripada urusan keduniaan dan persekitaran sosial budaya yang bersifat sekular liberal dan materialistik.


    Kewujudan pusat-pusat peranginan yang tidak mengikut atau berlawanan dengan budaya Melayu dan agama Islam secara tidak langsung memudaratkan lagi kebejatan sosial di kalangan remaja ini. Percampuran bebas, bercumbuan dan pendedahan aurat yang keterlaluan oleh pelancong-pelancong asing tadi pastinya merupakan suatu perlakuan yang sangat mudah menjadi ikutan para remaja ini.


    Budaya hiburan dan ungkapan ´born to be free´ dan ´muda hanya sekali´, sudah sinonim dengan kehidupan remaja kini. Kehidupan hingar-bingar di kota-kota besar kini seakan keperluan asas bagi remaja ini. ´keperluan´ ini pula secara langsungnya, menghidupkan dan menyuburkan lagi kewujudan pusat-pusat hiburan. Malah, akibat daripada ´sokongan padu´ yang ditunjukkan oleh remaja ini merancakkan lagi pusat-pusat hiburan yang berlesen mahupun tanpa lesen ini memanjangkan lagi waktu operasinya sehinggakan ke dinihari.


    Selain daripada itu, pemujaan kepada golongan artis oleh golongan remaja kini telah sampai ke tahap yang membimbangkan. Masakan tidak, konsert-konsert bergerak yang dianjurkan seolah-olah telah menjadi satu ´trend´ oleh pelbagai pihak tertentu kini. Malahan ada dikalangkan penganjur melunakkan konsep konsert dengan berselindung di sebalik konsert amal seperti konsert membantu penghidap AIDS, mengisi tabung bantuan Tsunami, gempa bumi, malam anak-anak yatim, malam bersama-sama anak-anak cacat dan seumpamanya. Semua ini dengan alasan kononnya di samping meraih keuntungan besar, mereka dapat beramal dengan mendermakan sebahagian hasil kepada tabung amal tadi.


    Masyarakat umumnya dan remaja khasnya boleh dikatakan ketandusan role model yang boleh dijadikan contoh ikutan yang baik (Qudwah Hasanah) sama ada di peringkat individu mahupun di peringkat pucuk kepimpinan. Kita tidak dapat nafikan banyak yang pandai bercakap mengenai kelebihan dan kebaikan cara hidup Islam sebagai suatu cara hidup yang lengkap tetapi berapa ramai yang benar-benar beramal dengannya? Anak-anak muda ini mudah terkeliru dan sering tercari-cari di manakah ´role model´ yang perlu mereka ikuti.


    Malangnya, dengan mengambil jalan pintas, remaja ini sering mengambil role model yang sering mereka tatap dan ikuti perkembangan hidupnya. Contoh yang mudah ialah kehidupan para artis tidak kira dalam atau luar negara. Ini kerana mereka sering mendapat liputan meluas dalam media-media massa. Oleh itu tidak hairanlah apabila artis-artis ini mendapat tempat dalam masyarakat manakala peranan golongan yang sepatutnya menjadi role model yang terbaik seperti golongan para ulama dan ilmuwan sering dipinggirkan.


    Memang tidak dinafikan bahawa peranan media massa banyak memberikan perkembangan dan maklumat kepada masyarakat terutamanya berkaitan dengan hal ehwal semasa, berita dalam negeri hinggalah kepada berita-berita luar negara. Namun, media massa pada hari ini telah disalahgunakan hingga menyebabkan peranan utamanya sebagai agen pengubah tidak berlaku dengan berkesan sehingga banyak perkara-perkara kebejatan berlaku.


    Internet sememangnya telah mengubah pemikiran manusia di seluruh dunia. Termasuk yang sedang diubah adalah pemikiran umat Islam. Mungkin berbanding dengan umat lain, penggunaan internet di kalangan umat Islam masih rendah. Akan tetapi golongan kecil orang Islam yang menggunakan internet sudah tentu tidak terlepas daripada pengaruhnya. Apa yang menyebabkan internet begitu berpengaruh berbanding dengan media yang lain adalah sifatnya yang dapat menerobos sempadan negara. Ia sukar disekat, ditapis dan dihalang tidak seperti media massa lain.


    Maka dengan itu, bahan-bahan lucah dengan begitu mudah memasuki negara yang selama ini dapat menghalang kemasukannya. Begitu juga dengan bahan-bahan subversif termasuklah tulisan yang bersifat menentang agama.Ini sangat berbahaya kepada masyarakat terutamanya umat Islam. Setakat ini tidak ada negara yang dapat menghalang kemasukan bahan-bahan ini. Begitu juga Malaysia Selama ini kerajaan dapat membendung kemasukan bahan-bahan yang bersifat subversif tetapi melalui internet, kebebasan bersuara hampir mencapai tahap mutlak.


    Selain internet pengaruh media massa seperti televisyen juga merupakan salah satu penyebab berlakunya gejala-gejala sosial. Banyak rancangan-rancangan yang disiarkan di televisyen yang memaparkan adegan-adegan ganas, tahayul dan seks.Ini boleh mendorong masyarakat ke arah berlakunya gejala-gejala yang tidak diingini dan kelakuan yang tidak baik.


    Tidak dapat disangkal bahawa media massa dan keterbukaan dalam globalisasi dunia hari ini merupakan antara faktor-faktor penting berlakunya jenayah salah laku remaja secara meluas. Selain daripada media cetak , media elektronik memainkan peranan yang tidak kuran hebatnya dalam mempengaruhi tingkah laku dan sikap anak-anak remaja.


    Melalui siaran-siaran radio TV dan tayangan video, para pelajar terdedah kepada gejala yang tidak sihat seperti unsur-unsur ganas dan luar, budaya barat, budaya dadah, tahayul dan seks bebas. Dengan wujudnya suasana sekeliling yang semakin rosak dan iman yang tipis, para remaja mudah terdorong untuk mencuba aksi-aksi ganas dan adegan-adegan yang berahi yang telah mereka tonton melalui TV atau video lucah yang berleluasa di pasaran. Akibatnya mereka terjerumus dengan perhubungan seks bebas, pelacur murahan, homoseksual, lesbian hingga kepada terjadinya sumbang mahram.


    Selain itu majalah-majalah berbentuk hiburan juga banyak memberi kesan negatif ke atas kelakuan masyarakat pada hari ini. Banyak majalah yang berada di pasaran hari ini yang memaparkan gambar artis-artis Barat dan memaparkan kelakuan-kelakuan dan gaya hidup mereka yang tidak berpaksikan kepada ajaran agama. Pengaruh budaya Barat ini begitu mudah menyelinap masuk ke dalam kehidupan golongan remaja kita. Kebanyakan golongan remaja, terutamanya orang Melayu sangat mudah terpengaruh dengan budaya ini.


    KAEDAH PENYELESAIAN

    1. MENGGERAKKAN KOMUNITI

    Setiap usaha yang dilakukan dalam apa-apa permasalahan masyarakat tidak akan berjaya jika masyarakat di tempat di mana masalah itu berlaku tidak turut sama menggembleng tenaga. Untuk menggerakkan masyarakat Melayu ataupun komuniti Islam, tempat yang paling sesuai dalam mendapat komitmen mereka ialah di masjid-masjid atau di surau-surau. Kerana di sinilah masyarakat berkumpul pada setiap hari, setidak-tidak pada waktu malam sekiranya mereka sibuk bekerja pada siang harinya. Apabila masjid-masjid dan surau-surau mula membincangkan mengenai cara-cara untuk menangani penyakit masyarakat ini, sudah pastilah Pelan Tindakan yang disusun oleh kerajaan negeri melalui agensi-agensi kerajaan dan jabatan yang berkaitan akan menjadi lebih mudah. Apa yang kita mahukan di sini ialah masjid-masjid dan surau-surau menjadi perantara kepada mesej yang hendak disampaikan oleh kerajaan negeri dalam mengubati penyakit ini serta kaedah rawatan yang perlu diambil dan seterusnya kaedah pencegahannya. Apabila mandat diberikan kepada pihak masjid serta surau dan seterusnya komuniti setempat untuk melaksanakan program ini, sudah pasti masyarakat akan memandang tinggi terhadap institusi masjid serta surau, dan mereka akan melihat hubungan jambatan antara komuniti setempat dengan kerajaan negeri.

    Pihak jawatankuasa masjid dan surau hendaklah diberi kefahaman yang sepenuhnya bahawa usaha ini bukannya untuk meraih keuntungan atau sokongan mana-mana pihak, tetapi ianya adalah untuk manfaat masyarakat keseluruhannya. Kaedah ini adalah seperti mana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w di mana masjid dijadikan tempat untuk menyelesaikan segala permasalahan masyarakat, sumber rujukan, pusat kaunseling dan seterusnya.

    2. KEMPEN SOLAT

    Sembahyang adalah merupakan tiang agama. Meninggalkan solat bermakna kita merobohkan tiang agama. Apabila tiang agama itu roboh maka tiadalah sudah pegangan hidup. Dalam Al-Quran disebutkan "Solat itu mencegah daripada pekerjaan keji dan mungkar". Penyakit masyarakat dan gejala sosial yang disebutkan tadi adalah merupakan perkara keji dan mungkar. Ini menunjukkan di sini betapa solat bukan hanya membentuk peribadi Islam malah ianya membentuk masyarakat serta komuniti Islam. Betapa beratnya suruhan mengerjakan solat ini hinggakan ianya wajib dilakukan dalam apa jua keadaan sekali pun, selagi hati boleh berdetik, selagi mata boleh berkelip, selagi akal kita masih waras sama ada dalam keadaan berdiri, duduk ataupun terbaring. Rasulullah s.a.w mengajar kita agar menyuruh anak-anak kita mendirikan solat sejak dari usia 7 tahun lagi.

    Maka kempen solat hendaklah menjadi agenda utama dalam Pelan Tindakan Bersepadu. Kempen solat dalam apa jua keadaan dan masa, kempen solat di masjid dan surau, kempen solat di gedung-gedung perniagaan, kempen solat di tempat kerja malah kempen solat di pusat-pusat peranginan dan rekreasi serta di stadium-stadium. Tidak ketinggalan juga kempen solat semasa perjalanan terutama di musim perayaan baik dalam kereta api ataupun mereka yang membawa kenderaan sendiri. Sekali lagi untuk melancarkan kempen ini, institusi masjid memainkan peranan yang begitu besar untuk menyedarkan orang ramai.

    3. KERJASAMA DENGAN AGENSI KERAJAAN DAN BADAN SUKARELA

    Beberapa agensi kerajaan dan badan sukarela telah pun dibentuk sejak sekian lama dalam menangani penyakit masyarakat. Antaranya ialah Agensi Dadah Kebangsaan, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Majlis Agama Islam Negeri, Polis Di Raja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan dan seterusnya. Institusi masjid dan surau haruslah dari masa ke semasa mengadakan kerjasama dengan pihak yang disebutkan tadi dalam menangani penyakit masyarakat.

    Dalam menangani masalah ragut, pecah rumah, rogol dan sebagainya jalinan kerjasama dan pertukaran maklumat boleh dilakukan dengan pihak PDRM. Dalam menangani kes lepak, ponteng sekolah, penagihan arak dan sebagainya , kerjasama boleh dilakukan dengan Pihak Berkuasa Tempatan dengan memberi maklumat mengenai pusat-pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen, melebihi had masa, penjualan arak tanpa lesen, pengiklanan arak tanpa permit dan seterusnya. Pihak Berkuasa Tempatan juga boleh memberi penerangan kepada masyarakat setempat mengenai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pusat-pusat hiburan, kedai menjual arak, kedai judi dan seterusnya, seperti kewajaran mengadakan kedai-kedai menjual arak serta kedai-kedai judi di kawasan yang majoritinya Islam. Begitu juga dalam menangani masalah penagihan dadah kerjasama antara pihak masjid dan surau boleh diwujudkan dengan Agensi Dadah Kebangsaan.

    Jika selama ini masjid dan surau hanya dijadikan tempat penyampaian ceramah atau kuliah agama, mengapa tidak ianya dijadikan tempat menyelesaikan segala permasalahan yang disebutkan tadi selagi ianya menurut apa yang dikehendaki oleh Islam dan tidak melanggar batas-batas syarak.

    4. KEMPEN MEMUDAHKAN PERKAHWINAN

    Jenayah seksual semakin ketara sekarang ini, malah ianya melibatkan mereka yang berada di bangku sekolah lagi. Islam menyuruh ibu bapa apabila sudah sampai masanya anak-anak mereka berkeinginan untuk berkahwin maka hendaklah ianya disegerakan. Ini adalah untuk menghindari mereka daripada terjebak ke lembah yang hina.

    Kemajuan sains dan teknologi dengan dunia tanpa sempadannya menyebabkan anak-anak muda sekarang ini begitu mudah untuk mendapatkan bahan-bahan yang memberahikan nafsu. Apabila pegangan agama semakin luntur dan nafsu dari hari ke sehari semakin memuncak , maka syaitan akan menguasai jiwa mereka. Apabila syaitan sudah menguasai jiwa mereka , dosa-dosa besar sudah menjadi perkara biasa, mulanya hanya naik motor bersama, kemudian tinggal bersama , apabila terlanjur berlakulah pula kes bunuh apabila bayi yang dilahirkan dibuang begitu sahaja tanpa perasaan belas kasihan. Yang demikian itu sifat mereka lebih teruk daripada haiwan. Oleh yang demikian masyarakat haruslah diberi pemahaman, bahawa perkahwinan adalah salah satu cara yang disyorkan oleh Islam untuk menangani penyakit masyarakat sekiranya mereka tidak mampu menahan nafsu mereka dengan berpuasa. Dan perkahwinan ini hendaklah dipermudahkan agar pasangan suami isteri boleh hidup bahagia selepas majlis perkahwinan. Sesuai dengan apa yang diperkatakan, iaitu Islam itu adalah mudah. Sebagai menarik usaha golongan muda-mudi untuk berkahwin beberapa insentif boleh dikemukakan antaranya ialah kemudahan untuk mendapat pekerjaan, kemudahan untuk mendapat rumah kos rendah, sagu hati perkahwinan dan sebagainya.

    Pihak masjid, surau serta badan sukarela juga boleh menimbang sekiranya perlu untuk menganjurkan majlis perkahwinan beramai-ramai untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan.

    MEMULIHKAN PERANAN INSTITUSI KELUARGA

    Kata orang, 'kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Kalau hendak membina insan biarlah sejak ia masih kecil, kerana anak kecil itu dilahirkan suci 'umpama kain yang putih'. Ibu bapanyalah yang menjadinya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Sememangnyalah anak-anak mudah dibentuk dan akan mengikut suasana dalam keluarga dan persekitarannya.

    Anak-anak adalah amanah Allah Subhanahu Wataala yang perlu diberikan perhatian dan dijaga dengan sebaiknya agar mereka menjadi insan kamil, sempurna, berguna kepada keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Pertalian dan hubungan antara anak dan ibu bapa bukan setakat semasa masih hidup di dunia malah sehinggalah ke akhirat, sesuai dengan hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Muslim dan Ahmad bermaksud:

    "Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariahnya, ilmu yang dapat memberikan manfaat dan anak yang salih yang mendoakan dia."

    Ke arah itu kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab sewajarnya dengan berusaha mewujudkan keluarga bahagia dan harmoni dengan menekankan ciri-ciri positif dalam mengasuh anak-anak. Ada baiknya kita berkongsi beberapa 'tips' dalam mendidik dan menjaga anak-anak. Antaranya termasuklah memberikan didikan Islam dalam pengertian sebenar bukannya konsep Islam berasingan daripada kehidupan serta penghayatan yang secukupnya, penjagaan dan pengawasan yang sempurna, pendidikan rohani dan jasmani yang sempurna, mewujudkan kehidupan yang berdisiplin, mendengar, memahami dan berkomunikasi secara matang dan berkesan, sentiasa bersedia memberikan bantuan dan bimbingan dalam menyelesaikan masalah mereka, memberikan perhatian sepenuhnya dari segi fizikal, emosi dan mental serta memberikan kasih sayang yang secukupnya.

    Selain dari itu kita hendaklah sentiasa memberikan perhatian terhadap tingkah laku mereka, sentiasa berhubung dengan pihak sekolah untuk memantau kemajuan pelajaran dan tingkah laku mereka, sentiasa peka terhadap perasaan mereka, mengenali dan memantau rakan-rakan mereka, tidak terlalu 'mengongkong' sehingga menimbulkan kesan negatif, sentiasa menunjukkan minat apabila mereka mengemukakan dan memberikan pandangan, sentiasa bertolak ansur pada perkara-perkara munasabah, mendidik supaya tidak bercakap bohong dan berahsia dengan ibu bapa dan mencegah mereka dari berpakaian menjolok mata dan kurang sopan.

    Ibu bapa perlu mengelakkan perbalahan dan perselisihan antara mereka yang boleh mengakibatkan anak-anak terasa tertekan, memendam rasa dan tidak selesa duduk di rumah. Mereka akan keluar mencari hiburan dan ketenangan yang menjurus kepada pergaulan bebas. Dari sanalah berpuncanya segala masalah yang disebutkan.

    KESIMPULAN

    Sebagai kesimpulannya dapatlah kita ambil di sini, iaitu semua pihak bertanggung jawab untuk menangani penyakit masyarakat ini. Dari pemimpin negeri ke rakyat jelata, dari pegawai atasan hingga ke pekerja biasa, dari guru besar ke anak murid dan seterusnya. Tiada siapa patut menuding jari pada pihak yang lain, kerana setiap daripada kita adalah merupakan ahli masyarakat. Karenah birokrasi dan perbezaan fahaman politik dan puak haruslah dielakkan dalam melancarkan Pelan Tindakan Bersepadu ini.

    NurWahidaFauzi

    • *
    • Posts: 1193
    • "Dihujung Kelopak CintaNYA"
      • View Profile
    Reply #1 15 October, 2007, 11:02:30 AM
  • Publish
  •  gelaja sosial fenomena yang menakutkan? bukan sahaja menakutkan tapi megerunkan.

    semakin hari, semakin ia amat membimbangkan..
    ~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal,  Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..~

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #2 30 December, 2007, 07:51:42 PM
  • Publish

  • Siapakah Yang Bertanggungjawab Terhadap Gejala Sosial?

     
    Sudah menjadi lumrah apabila berlakunya sesuatu masalah
    atau isu dalam masyarakat, persoalan yang sering timbul
    ialah siapa yang bersalah? Golongan manakah yang sebenarnya
    bertanggungjawab terhadap permasalahan ini? Contohnya,
    apabila berlakunya gejala sosial yang semakin menjadijadi,
    berbagai golongan menjadi sasaran. Ada yang menuding
    jari kepada ibu bapa yang katanya tidak bertanggungjawab,
    ada yang menuduh guru-guru gaga1 mendidik, ada yang
    mempersoalkan tanggungjawab pemimpin dan tidak kurang
    juga yang menyalahkan para ulama yang tidak berperanan.
    Golongan-golongan inilah yang sering menjadi sasaran utama.
    Cuba kita suluh dari perspektif Islam, siapakah yang sebenarnya
    bertanggungjawab dalam masalah ini.

    BAIK TIANG-TIANG SERI MASYARAKAT BAIKLAH
    MASYARAKAT

    Asas utama untuk menyelesaikan masalah masyarakat itu
    ialah tiang-tiang seri atau tunggak masyarakat yang hendak
    bertindak itu hendaklah menjadi baik terlebih dahulu.
    Misalnya kalau di rumah, kedua ibu bapalah ibarat tiang
    serinya. Kalau di sekolah, ia tanggungjawab guru besar serta
    para pendidik. Kalau di sesebuah kampung, ketua kampung
    serta jawatan kuasa kampung (JKK). Kalau di pejabat, pengarah
    serta para ketua jabatannya. Kalau di peringkat daerah,
    wakil rakyat, pegawai daerah (DO) dan penolong pegawai
    daerah (ADO). Kalau dalam sesebuah negeri, menteri besar
    serta exco-exconya dan seterusnya di peringkat negara, ia merupakan
    tanggungjawab Perdana Menteri serta para kabinetnya.
    Mereka ini bukan sahaja perlu bertindak menangani masalah
    yang dihadapi tetapi juga perlu menjadi contoh kepada
    masyarakat.

    Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
    "Dua golongan daripada umatku, apabila mereka baik
    maka baiklah manusia, dan apabila mereka rosak maka
    rosaklah manusia, iaitu umarak dun ularna." (Riwayat
    Ibnu Abdul Barri dan Abu Nuaim)

    Berdasarkan Hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa Rasulullah
    SAW menyebut dua golongan utama yang menjadi
    kayu ukur dan penentu baik buruknya rakyat iaitu ulama dan
    umarak.

    Secara umumnya, semua golongan mempunyai tanggungjawab
    masing-masing mengikut kuasa yang ada padanya di
    'kawasan' masing-masing. Ini adalah kerana, apa bangsa atau
    puak sekalipun, lumrahnya yang atas mendidik yang bawah,
    yang di atas kena memimpin dan mengasuh yang di bawah.
    Contohnya di rumah, ibu bapalah yang bertanggungjawab
    mendidik anak-anak. Kalau di sekolah, guru-gurulah yang bertanggungjawab
    mendidik murid-murid. Kalau dalam jemaah,
    pemimpin jemaahlah yang perlu mendidik para pengikutnya.
    Manakala dalam sebuah negara, pemimpin negaralah yang
    bertanggungjawab mendidik rakyatnya.

    Hal ini tidak berlaku sebaliknya. Pada hakikatnya, bagaimana
    bentuk dan sikap anak-anak itu menggambarkan bentuk
    dan sikap ibu dan ayahnya. Bagaimana sikap murid-murid
    menggambarkan sikap guru-gurunya. Bagaimana sikap
    anggota dalam satu jemaah itu menggambarkan sikap pemimpinnya
    atau ketuanya. Bagaimana keadaan masyarakat menggambarkan
    keadaan pemimpinnya. Itulah rakyat, baik buruk
    rakyat adalah gambaran baik buruk pemimpin.

    Apabila anak-anak majoritinya telah rosak akhlaknya, dan
    perangai mereka menjolok mata, maka ibu bapanyalah yang
    bersalah. Bukankah pepatah Melayu ada berkata, bapa borek
    anaknya rintik.

    Begitu jugalah di sekolah, apabila murid-muridnya sudah
    ramai tidak bermoral dan disiplin diri sudah tiada, majoriti
    guru-gurunyalah yang bersalah. Pepatah Melayu juga ada mengatakan,
    "Bila guru kencing berdiri, anak murid kencing
    berlari".

    Kalau di sekolah pun, di mana manusia dididik, sudah tidak
    mampu lagi melahirkan manusia yang berdisiplin lahir dan
    batin, jangan mimpilah ia boleh berlaku di kilang, di padang,
    di hutan, di tempat-tempat rekreasi, di pejabat, di pusat membeli-
    belah dan di lain-lain tempat dapat melahirkan manusia
    yang terdisiplin lahir dan batin, sedangkan tempat-tempat itu
    bukan gelanggang pendidikan.

    Demikianlah juga apabila rakyat sudah banyak membuat
    masalah dan disiplin diri sudah punah, ini menunjukkan kebanyakan
    pemimpin dan ulama sudah rosak. Kalaupun mereka
    tidak secara terang-terangan membuat maksiat, mungkin
    secara tersembunyi di sebalik tabir. Bukankah Hadis juga ada
    berkata yang bermaksud:

    "Manusia itu mengiku t agama rajanya (pemerin tahnya). "
    Ertinya, bagaimana pemerintahnya begitulah rakyatnya.
    Oleh itu untuk membaikkan golongan yang sudah rosak tadi,
    pemimpin tidak boleh menjadi seperti ketam yang menyuruh
    anaknya be rjalan betul.

    Pemimpin ibarat sebatang kayu, bayangnya adalah rakyat.
    Kalau bayangnya bengkok bererti kayunya bengkok. Kalau
    bayangnya lurus, mesti kayunya juga lurus. Begitulah kalau
    sebuah negara itu rakyatnya banyak yang jahat, ini menunjukkan
    para pemimpin negara itu juga sudah banyak yang jahat.
    Oleh itu untuk membaikkan rakyat, kenalah para pemimpin
    membaiki diri mereka terlebih dahulu sebelum mengajak rakyatnya
    menjadi baik.

    Ini menunjukkan bahawa golongan yang banyak ditentukan
    oleh golongan yang sangat sedikit. Yang sedikit mencorak
    yang banyak. Mencorak di sini termasuklah mencorak jiwa
    atau perasaan, aka1 dan pemikiran. Watak dan perangai
    masyarakat ditentukan oleh siapa yang mendidik dan memimpinnya.
    Kalau begitu, ibu bapa, guru-guru, pemimpin masyarakat,
    pemimpin jemaah, ketua kampung, imam, wakil rakyat,
    pegawai daerah dan ketua negara mestilah di kalangan mereka
    yang mempunyai wibawa yang tinggi kerana merekalah yang
    akan menentukan nasib orang ramai. Baik mereka baiklah
    orang ramai. Jahat mereka, maka jahatlah orang ramai.
    Kalau murid-murid ramai yang jahat, kalau anak-anak ramai
    yang rosak, kalau rakyat ramai yang terlibat dengan gejala
    sosial, maka yang patut insaf terlebih dahulu ialah ibu ayah,
    guru-guru dan para pemimpin. Sepatutnya mereka dulu yang
    perlu bermuhasabah sebelum meminta orang ramai bermuhasabah.
    Jangan salahkan orang ramai, tapi salahkan diri dulu.

    Cuba kita renung sejarah agung kepimpinan para Sahabat.
    Sayidina Umar r.a. contohnya, apabila mendapat tahu ada
    seekor kambing mati di tepi sungai Furat, dialah orang yang
    pertama merasa berdosa di atas kematian itu kerana dia adalah
    khalifah di waktu itu. Dia tidak menuding jari kepada penggembala
    kambing, orang kampung atau pihak-pihak lain
    tetapi terus menyalahkan dirinya. Padahal kes itu hanya
    membabitkan seekor kambing. Tidak melibatkan manusia.
    Begitulah sensitifnya Sayidina Umar r.a. terhadap dosa dan
    tanggungjawab seorang pemimpin yang diamanahkan Tuhan
    kepadanya.

    Jika berlaku dalam sebuah keluarga seorang anak lelaki terlibat
    dengan dadah, manakala anak perempuannya pula terlibat
    dengan pergaulan bebas, sepatutnya ibu bapalah yang
    terlebih dahulu menginsafi diri dan merasa berdosa terhadap
    apa yang menimpa anak-anak mereka sebelum menyalahkan
    anak. Ini adalah kerana anak-anak mencerminkan ibu bapanya.
    Tetapi hari ini apa yang berlaku, bila te rjadi perkara seumpama
    ini, ibu bapa bukan sahaja tidak merasa bersalah malah
    kadangkala mereka membela pula anak-anak mereka dan menuduh
    orang lain yang bertanggungjawab menyebabkan
    anak-anak mereka terjebak dengan maksiat. Bila ibu bapa
    mengambil sikap demikian, bukan mereka sahaja yang rosak
    malah sikap mereka itu turut merosakkan anak-anak mereka.
    Mereka akhirnya mencetus satu lagi kerosakan di atas kerosakan
    yang telah sedia berlaku.

    Begitu juga kalau majoriti rakyat telah rosak. Sepatutnya
    pemimpinlah yang patut insaf dan muhasabah diri terlebih
    dahulu di atas apa yang menimpa rakyatnya. Lebih-lebih
    lagilah kalau berlaku maksiat bertimpa-timpa dan meningkat
    secara mendadak di daerah, negeri atau dalam negaranya, maka
    pemimpinlah yang sepatutnya tidak tidur malam memikirkan
    dosanya yang mana satukah yang menyebabkan rakyatnya
    menjadi begitu. Pemimpinlah yang perlu membaiki
    dirinya terlebih dahulu kerana kerosakan pada masyarakatnya
    adalah gambaran kepada kerosakan peribadi para pemimpinnya.
    Contohnya, kalau sudah ramai di kalangan rakyat yang sudah
    mencuaikan solat, tidak lagi menyembah Tuhan atau lalai
    dalam mengerjakan sembahyang maka itu menunjukkan para
    pemimpinnya juga telah lalai dalam menunaikan perintah
    Tuhan ini.

    Pemimpin ibarat imam, manakala para pengikut adalah
    makmumnya. Bila pemimpin rukuk maka para makmum akan
    turut rukuk, bila pemimpin sujud maka para makmum juga
    turut sujud. Bila pemimpin sudah takut untuk berbuat maksiat
    kerana mengenangkan dosa, maka para makmumnya juga
    akan berperasaan demikian. Tetapi kalau para pemimpin
    sudah lali dengan dosa, tidak cinta dan tidak takut lagi pada
    Tuhan, maka itulah juga yang akan berlaku kepada para makmumnya.
    Imam menjadi ikutan para makmum. Baik imam, baiklah
    para makmumnya, buruk imam maka buruk jugalah para
    makmumnya. Makmum mencerminkan imam, sepertimana
    pengikut mencerminkan pemimpinnya. Apabila para pemimpin
    dan para pendidik telah rosak maka rosaklah manusia.

    Apabila manusia telah rosak, kemajuan lahir dan kemajuan
    material yang wujud tidak mampu lagi mencetuskan keamanan,
    ketenangan, keharmonian dan keselamatan.
    Apabila tiang-tiang seri masyarakat menjadi contoh teladan
    pada rakyat, orang ramai akan segan, sayang dan hormat. Masyarakat
    akan bersatu padu memberi sokongan dan ke rjasama
    dengan sepenuh hati. Bahkan mereka yang terlibat dengan
    gejala sosial pun akan segera malu dan segan untuk melakukan
    maksiat. Usaha para pemimpin akan berkesan bukan
    kerana kekerasan undang-undang tetapi kerana orang ramai
    sayang, malu, hormat dan segan pada mereka. Cakap mereka
    masin dan mudah diterima.

    Yang lebih penting dari itu ialah pertolongan Allah yang
    akan memberi kejayaan melalui usaha-usaha mereka. Bila
    usaha mereka diterima sepenuhnya, masyarakat akan jadi
    malu dan insaf dengan sendirinya. Bantuan Allah pun datang
    kerana ketaqwaan mereka.

    Berdasarkan kepada perkara di atas, ternyata bukan mudah
    untuk menjadi pemimpin sama ada pemimpin kecil atau besar.
    Sebab itulah sesiapa yang bakal menjadi ibu ayah, ertinya sebelum
    mendirikan rumahtangga lagi, mereka perlu menyiapkan
    diri bagaimana untuk menjadi pemimpin kepada anakanak.
    Begitu juga kepada guru-guru, sebelum menjadi gum
    jangan setakat bersandar pada sjjil semata-mata, tetapi mestilah
    lebih dari itu kerana guru mesti memberi contoh yang baik pada
    murid.

    Lebih-lebih lagilah pemimpin besar bertaraf negara, sebelum
    menjadi pemimpin kena mempersiapkan diri dahulu
    untuk memikul tanggungjawab yang cukup berat dan besar.
    Oleh sebab itulah dalam Islam, pemimpin kena mempunyai
    wibawa yang tinggi dan sifat taqwa yang cukup. Begitu jugalah
    kepada setiap golongan yang bertanggungjawab memimpin
    dan mendidik sama ada ibu bapa, guru-guru dan pemimpin,
    mereka mesti mempersiapkan diri dengan perkara-perkara
    berikut:

    1. Ilmu
    Mesti ada ilmu. Bukan saja ilmu secara umum tapi ilmu untuk
    mendidik. Mesti tahu kaedah dan cara-cara untuk mendidik.
    Mendidik tidak boleh hanya bersandar pada teori aka1 sematamata.
    Mesti merujuk pada ilmu yang tepat, sumber yang tepat
    dan kaedah yang tepat bersandarkan kepada Tuhan bukan
    hanya bersandar pada kaedah yang diwarisi turun-temurun.
    Di dalam sejarah, manusia menjadi baik kerana didikan,
    bukan kerana undang-undang. Kalaulah manusia itu hendak
    dibaikkan dengan undang-undang semata-mata, kita akan
    kecundang. Kalau pendidikan kita sudah tidak boleh membaikkan
    orang, kita kena akui sahajalah yang kita belum baik,
    bagaimana hendak membaiki orang. Lebih baik kita serahkan
    pada orang yang leblh layak untuk membaiki masyarakat iaitu
    orang rohani. Ii~tiid ak lain dan tidak bukan ialah orang rohani
    yang jiwa mereka telah terbina dan mempunyai akhlak dan
    wibawa yang tinggi.

    2. Akhlak Mulia
    Para ibu bapa, guru-guru dan pemimpin mesti mempersiapkan
    diri dengan akhlak yang tinggi kerana merekalah yang
    akan menjadi contoh dan ikutan orang di bawah mereka.
    Contohnya seorang anak yang dibesarkan dalam sebuah
    rumahtangga yang porak-peranda, ibu menengking ayah,
    ayah menampar ibu, anak-anak dididik dengar kasar, dengan
    sepak terajang tanpa kelembutan dan kasih sayang, maka
    anak-anak yang dibesarkan dalam rumah seperti ini akan
    menjadi manusia yang kasar, keras, tertekan jiwanya dan tidak
    berakhlak. Rumah dirasakan bagaikan neraka. Jika terus dibiarkan
    mereka akan lebih rosak hingga boleh menjadi penjenayah.
    Berbeza pula dengan anak-anak yang dibesarkan dalam
    sebuah rumahtangga yang penuh kasih sayang. Ayah disayangi
    dan disegani, penuh berwibawa mendidik, memimpin
    dan membawa keluarga kepada Tuhan. Ibu mentaati ayah,
    mengasuh anak-anak dengan lembut dan berakhlak. Rumahtangga
    dirasakan sebagai syurga. Maka anak-anak yang lahir
    daripada rumahtangga seperti ini akan mewarisi akhlak kedua
    ibu bapanya lalu terbentuklah mereka menjadi peribadi yang
    berakhlak mulia dan cemerlang. Atas sebab yang sama, para
    guru dan pemimpin juga perlu menghiasi diri dengan akhlak
    yang mulia. Kepada yang Islam sudah tentulah Rasulullah
    menjadi contoh ikutan sebagai seorang pemimpin yang tinggi
    dan agung akhlaknya.

    3. Ibadah
    Kalau para pemimpin itu Islam, ibadah mereka hendaklah
    baik. Kita contohkan dalam sebuah rumahtangga. Ibu bapa
    dahulu yang mesti mendisiplinkan diri untuk mengerjakan
    solat. Kalau ibu bapa pun tidak sembahyang Subuh, bagaimana
    hendak menyuruh anak-anaknya bangun Subuh. Kalau
    ibu bapa tidak menutup aurat, bagaimana hendak menyuruh
    anaknya memakai tudung. Itu adalah faktor yang tersurat.
    Kalau kita suluh dari segi faktor yang tersirat pula, ibu bapa,
    guru-guru dan pemimpin yang tidak menjaga ibadahnya
    terutama ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa dan lain-lain
    bererti mereka sudah longgar atau terputus hubungan dengan
    Tuhan. Sudah cuai dengan disiplin Tuhan. Bila dengan Tuhan
    sudah tidak ada hubungan, bagaimana hendak mendidik dan
    memimpin manusia dengan kaedah Tuhan. Bagaimana hendak
    mendisiplin anak-anak, murid-murid dan rakyat jelata
    dalam keadaan kita pun sedang melanggar disiplin Tuhan.
    Sedangkan mendidik manusia mestilah dengan kaedah
    Tuhan, tidak boleh bersandar pada aka1 semata-mata. Mereka
    tidak akan mampu, malah takut-takut di tangan merekalah
    generasi akan menjadi lebih rosak.

    4. Sifat Mahmudah
    Antara sifat-sifat mahmudah atau sifat terpuji yang patut ada
    pada diri kita ialah mesra, berkasih sayang, pemurah, mudah
    memaafkan orang, sabar, adil, redha, tolong-menolong,
    MENANGANI GEJALA SOSIAL MENURUT ISLAM
    berkerjasama, bertolak ansur, berlapang dada dan lain-lain
    sifat lagi.

    Cuba kita bayangkan betapa indahnya kalaulah di dalam
    sebuah rumahtangga, ibu bapa berakhlak mulia dan berperanan
    mendidik anak-anak, dan dapat pula menjadi contoh.
    Di sekolah, guru-guru bagaikan ibu dan ayah, mendidik murid
    bagaikan mendidik anak sendiri, penuh dengan kasih sayang
    dan suri teladan. Di kampung-kampung, ketua kampung
    berperanan sebagai pendidik, di mukim dan daerah penghulu
    dan pegawai daerah juga berperanan sebagai pendidik dan
    menjadi suri teladan, begitu jugalah seterusnya di dalam
    masyarakat umum di mana ketua negara, menteri-menteri dan
    wakil-wakil rakyat bersifat mendidik dan menjadi suri teladan
    kepada rakyat, maka gejala sosial yang negatif tidak akan .
    wujud kecuali sangat sedikit.

    Masyarakat akan hidup dalam penuh harmoni, aman damai
    dan berkasih sayang. Tetapi hari ini apakah para pemimpin
    sama ada yang bertaraf kecil atau besar, guru-guru dan ibu
    bapa telah memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab
    mereka sepenuhnya dalam mendidik manusia yang
    berada di bawah tanggungjawab mereka itu? Masing-masing
    boleh memberi jawapannya
    TuhAN cInTa aGuNg..

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #3 31 January, 2008, 06:36:33 PM
  • Publish

  • GEJALA SOSIAL - MUHASABAH DIRI

     
    Gejala sosial bukan sahaja gejala yang menghantui kita di
    dunia, tetapi ia juga akan menghantui kita di akhirat
    nanti. Di dunia, hidup kita jadi porak peranda dengan seribu
    satu masalah. Di akhirat pula, kita bakal diheret ke dalam api
    neraka untuk diazab dengan seribu satu jenis siksaan Tuhan
    yang begitu menakutkan. Lantaran itu, kita wajib mencari jalan
    untuk selamat daripadanya. Ia bukan satu persoalan yang
    melibatkan golongan pemimpin sahaja, tetapi juga setiap
    individu yang bergelar hamba Allah di muka bumi ini.

    Untuk selamat, kita mesti mencari pemimpin yang bertaqwa.
    Allah yang Maha Pengasih itu sudah tentu tidak akan
    membiarkan hamba-hamba-Nya kehilangan punca. Di setiap
    zaman, Tuhan ada menyiapkan 'orang-orang-Nya' yang menepati
    kriteria pemimpin yang bertaqwa ini. Hanya mereka,
    yakni orang-orang Tuhan ini yang benar-benar faham tentang
    masalah manusia kerana mereka diberi faham oleh Tuhan yang
    merupakan Pencipta manusia yang Maha Bijaksana. Dan hanya
    mereka yang mampu menyelesaikan masalah manusia
    kerana mereka bergantung kepada kekuatan Tuhan dan bukan
    kekuatan makhluk-Nya yang sangat terhad itu. Ibarat anak-
    anak bergaduh dan berkrisis sesama mereka, bukankah orang
    tua mereka yang lebih mampu mendamaikan?

    Kita, manusia biasa yang lemah ini tidak perlu bersusah payah
    memerah otak memikirkan cara untuk menyelesaikan
    gejala sosial kerana kita bukan orang yang selayaknya. Bila
    bukan kita orang yang Tuhan kehendaki dan izinkan untuk
    menyelesaikan masalah masyarakat ini, walaupun wang
    berjuta ringgit dibelanjakan, tenaga yang begitu banyak dikerahkan
    dan apa juga usaha lain yang dijalankan, masalah
    ini semakin lama menjadi semakin runlit, semakin kronik. Dan
    inilah senario yang sedang melanda masyarakat kita. Semakin
    lantang suara yang memperkatakan tentang gejala sosial,
    semakin meningkat pula masalah dadah, bohsia, rogol, pembunuhan,
    pencabulan, pecah amanah, pergaduhan, vandalisme
    dan lain-lain lagi. Apakah ini bukan bukti yang cukup
    nyata?

    Sebenarnya, laluan yang Tuhan berikan untuk kita selamat
    dari gejala sosial ini cukup mudah. Kita hanya perlu mencari
    pemimpin yang bertaqwa dan bernaung di bawah kepimpinannya.
    Cuma persoalannya, sudahkah kita benar-benar
    mencari pemimpin tersebut?

    ibnuwalidaini

    • *
    • Posts: 2886
    • .:: StiLL iN JoUrNeY tO kNoW AbOuT LiFe ::.
      • View Profile
    Reply #4 05 February, 2008, 08:52:49 PM
  • Publish
  • so tgk jer la gejala sosial yg dah ada ni yerk..keje kita pi cari pemimpin n wat amalan kita jer..tinggalkan puak2 yang ada masalah sosial ni..sebab itu semua bukan keje kita..camtu ker maksud pak kanjeng?sekadar bertanya..
    " Semua manusia tahu bagaimana
    hendak bercakap tetapi
    tidak semua orang tahu bila dia
    patut bercakap."

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #5 05 February, 2008, 09:19:18 PM
  • Publish
  • so tgk jer la gejala sosial yg dah ada ni yerk..keje kita pi cari pemimpin n wat amalan kita jer..tinggalkan puak2 yang ada masalah sosial ni..sebab itu semua bukan keje kita..camtu ker maksud pak kanjeng?sekadar bertanya..

    maksudnya kat sini..pemimpin yang boleh bawak kita dengan tuhan...
    dan berbalik kepada tuhan bagi penyelesaian tersebut..

    ibnuwalidaini

    • *
    • Posts: 2886
    • .:: StiLL iN JoUrNeY tO kNoW AbOuT LiFe ::.
      • View Profile
    Reply #6 05 February, 2008, 09:34:17 PM
  • Publish
  • nak banteras gejala nih..kene hapuskan segala punca kemungkaran..kelab malam,pusat judi..dunia msia hari nih..nak ubah semua tu kene pegang tampok kepimpinan..so camner tuh?terdapat nya golongan yg nak memperjuangkan islam melaui jalan pilihanraya nih..tapi kita tak sokong..sebab tu persoalan teman..adakah kita hanya sekadar menunggu sahaja bantuan dari Allah tanpa sebarang usaha...hanya berdoa jer ker?

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Reply #7 05 February, 2008, 10:00:08 PM
  • Publish
  • nak banteras gejala nih..kene hapuskan segala punca kemungkaran..kelab malam,pusat judi..dunia msia hari nih..nak ubah semua tu kene pegang tampok kepimpinan..so camner tuh?terdapat nya golongan yg nak memperjuangkan islam melaui jalan pilihanraya nih..tapi kita tak sokong..sebab tu persoalan teman..adakah kita hanya sekadar menunggu sahaja bantuan dari Allah tanpa sebarang usaha...hanya berdoa jer ker?

    dak...kan dah cakap tu..cari pemimpin yang membawa kita kepada tuhan...
    bila kita dah terbawa kepada tuhan..maka segala persoalan yang di sebutkan di atas akan...
    hilang ...so itu jawapannya..bukan nak berdoa jer....tetapi doa juga adalah satu senjata umat islam...

    Nie Feng

    • *
    • Posts: 113
      • View Profile
    Reply #8 06 February, 2008, 06:58:47 PM
  • Publish

  • dak...kan dah cakap tu..cari pemimpin yang membawa kita kepada tuhan...
    bila kita dah terbawa kepada tuhan..maka segala persoalan yang di sebutkan di atas akan...
    hilang ...so itu jawapannya..bukan nak berdoa jer....tetapi doa juga adalah satu senjata umat islam...

    salam pak kanjeng,
    cari pemimpin yang macamana tue?bole jelaskan tak?mudah2 mudahan kita
    berada bawah satu pimpinan..
    Orang yang memberi ilmu kepada si bodoh akan hilanglah ilmu itu; orang yang yang manahan ilmu dari orang yang memerlukannya, adalah membuat dosa'.

    Iskandar

    • *
    • Posts: 3
    • Salam Ukhuwah buat semua sahabat
      • View Profile
    Reply #9 07 February, 2009, 03:23:13 PM
  • Publish
  • gejala sosial di Malaysia semakin menjadi2, pergaulan bebas, merempit dan sebagainya. memang saya tidak nafikan apatah lagi cukup banyak dibina tempat-tempat untuk pasangan bercumbuan dan seterusnya membuat anak. jangan fikir yang bukan2. seharusnya penerapan nilai akhlak itu bermula dari rumah dan pentarbiyahan konsep kefahaman islam yang mendalam bermula dari ibu bapa. lahirnya anak kedunia ibarat kain putih yang bersih maka ibubapanya lah bertindak mencorakkannya. maka bagaimana ibu ayah itu mencorakkannya melahirkan lukisan anak yang dilihat sekarang ini. sekiranya seorang anak itu hati, akhlak dan sifatnya dicuci dan dibasuh dengan keindahan dan ketegasan terhadap hukum islam serta penguncian diri anak tersebut dengan Quran dan Sunnah sebagai jalan hidupnya pastinya gejala ini dapat ditangani. kemana pun dia pergi insyaallah quran dan sunnah akan memimpinnya. dalam konteks negara pula sudah tentu hukum Islam harus dipraktikkan sepenuhnya sudah tentu hukum hudud. firman Allah barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum diturnkan ALlah maka dia adalah kafir. dan dia juga munafikin apatah lagi yang sering memperlekehkan hukum Allah maka azab nya amatlah pedih.

    Wallahu'alam
    Salam Ukhuwah Fillah
    Saya asal dari Kedah tetapi menetap di Perlis
    sudah lama saya mencari suatu tempat atau laman sesawang untuk berkongsi ilmu berkaitan dunia Islam dulu, kini dan kontemperori.
    juga berkaitan perjalanan kehidupan kita sebagai hamba Allah
    Harap bersama kita di jalan itu.....[im

    acapklcc9

    • *
    • Posts: 335
    • Perjuangan Belum Selesai
      • View Profile
    Reply #10 08 February, 2009, 02:13:05 AM
  • Publish
  • gejala sosial skg ni mmg x terbendung lg......
    ada je kat mane2......
    mmg menyakitkan mata yg melihat........

    Sayang_akidah

    • *
    • Posts: 70
    • SAyaNg AkidAH
      • View Profile
    Reply #11 20 May, 2009, 04:19:47 PM
  • Publish
  • GEJALA SOSIAL. Apa yang kita faham mengenai dua perkataan ini. Gejala sosial seperti yang kita ketahui merupakan suatu permasalahan yang kian meruncing berlaku kini terutama yang kita nampak di tempat kita yang melibatkan semua lapisan masyarakat, tidak kira kanak-kanak, remaja, belia, dewasa mahu pun yang tua. Apakah semua ini hasil tuaian oleh Nabi Muhammad S.A.W., junjungan besar yang telah dilakukan lebih seribu tahun yang lampau? Sudah tentu tidak melainkan kita sudah lari dari jalan yang lurus yang telah disampaikan oleh Baginda S.A.W. Sepatutnya perkara ini berlaku dalam hal keadaan di negara kita ini terdapat ramai dari kalangan ulama’ yang diiktiraf dan tinggi ilmunya, namun masalah bukangnya berkurang bahkan kian meningkat dari hari ke hari. Semua adalah kerana salah kita sendiri yang cuba mengasing apa yang Nabi Muhammad S.A.W., dan mensekularkan kehidupan kita seharian. Kononnya, hal-hal agama sudah tidak relevan lagi untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

                Kini, Nabi Muhammad S.A.W. sudah tidak menjadikan contoh teladan buat segolongan daripada kita yang kesemua mereka sudah tentu menghadapi masalah sosial yang teramat teruk gayanya. Masing-masing seolah-olah menafikan bahawa sifat dan keperibadian Rasulullah S.A.W. sebagai insan yang kamil yang akhlaknya Al-Quran. Kononnya ia kolot dan tidak relevan dek zaman sekarang. Ini dusta semata! Lupakah kita pada mafhum sirah, bahawa para sahabat bertandang ke rumah Baginda S.A.W. dan bertemu Saidatina ‘Aisyah r.a untuk bertanyakan tentang keperibadian dan akhlak Baginda S.A.W., lantas jawab Saidatina ‘Aisyah r.a. menjawab bahawa akhlak Nabi Muhammad S.A.W. itu adalah akhlak Al-Quran. Akibat pengabaian ini, jangan kita bingung lagi memikirkan kepincangan dalam ummah akhir zaman sekarang yang diumpamakan Baginda S.A.W. bahawa umatnya ramai di akhir zaman, tetapi ibarat buih di lautan. Sudah tiada kekuatan pada kita. Semuanya kerana kita seperti sebab di atas.

                Jadi marilah kita kambusi kegagalan kita ini dan menjadi seorang insan yang berjaya seperti yang telah Allah S.W.T. nyatakan peribadi insan berjaya ini di dalam Surah Al-Mu’minuun ayat 1-11 ini. Bagaimana caranya? Sudah diterangkan di dalam pengajaran ayat sebelum ini, iaitu perkara pertama yang mesti dititik beratkan ialah solat. Solat yang bagaiman? Juga sudah diterangkan iaitu solat yang khusyu’. Sesungguhnya kekhusyukan yang optimum ini bakal merapatkan jurang antara kita dengan Dia, Sang Pencipta. Ingin tahu apa kelebihan hampir dengan Dia iaitu Allah S.W.T.? Antaranya suara kita didengari Dia walau di mana kita berada. Biarpun ramai yang membenci kita, tetapi jika Dia menyayangi kita, sudah tidak perlu kita berharap pada dunia yang fana ini. Bahkan sentiasa mencari-cari ruang untuk bertemu Dia. Namun, hal ini dianggap bicara yang tiada tampak hasilnya. Manakan tidak, soal dosa pahala ini adalah termasuk hal-hal ghaib, tidak dapat kita nilai amal kita dalam bentuk material. Namun, biarpun demikian, jangan kita lupa, firman Allah S.W.T. di dalam Surah Al-Baqarah ayat 3 yang berikut :Maksudnya :  (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka.

     Nah, ayat ini menyatakan salah satu sifat orang beriman ialah mempercayai perkara-perkara ghaib sebegini. Bila perkara yang tidak nampak seperti ini bertunjuang kuat di dadda seseorang Muslim, maka sudah tentu tahap keimanannya tinggi begitu juga daya tahan dirinya terhadap anasir-anasir luar yang sentiasa mahu menyimpangkan kepercayaannya, maka dia ketepikan segala yang demikian. Maka, ia akan melahirkan seorang insan yang mempunyai pendirian yang berpaksikan kebenaran! Maka, tidak wujud masalah murtad, perlakuan jenayah bahkan untuk melakukan apa-apa kejahatan di muka bumi ini, seseorang yang beriman akan sentiasa ingat bahawa di kanan dan kirinya ada yang menjadi mata-mata Allah S.W.T. untuk memperhatikan segala perilaku hamba-hambanya. Jika semua orang memiliki sifat ini, maka amanlah dunia dan kurang boleh jadi tiada perkara-perkara bertunjangkan thagut ini berlaku di atas muka bumi Allah S.W.T. ini.

                Selain itu, menurut ayat 1-11 surah ini, untuk menjadi seorang yang berjaya, bermula dari penampilan, pertuturan, perwatakan dan perlakuan serta perbuatannya mestilah bukan yang sia-sia. Namun, perkara-perkara seperti ini kurang digemari oleh orang ramai terutamanya golongan muda, kata mereka, semua ini skema, perasan bagus dan entah apa-apa lagi yang ditohmahkan. Sedarkah bahawa yang melaksanakan perkara yang mereka tohmahkan ini adalah apa yang digalakkan Nabi Muhammad S.A.W. dan Islam itu sendiri? Dengan melakukan perkara yang sia-sia pertuturan yang tiada isinya, bukannya akan mengangkat peribadi dan tanggapan orang lain padanya, bahkan dia akan mulai disisihkan oleh masyarakat kerana mereka tidak akan memperolehi apa-apa daripada golongan yang kosong perwatakan mereka. Jadi, golongan yang mana sia-sia hidup mereka? Fikir-fikirkanlah.

                Selain itu, terjadinya gejala sosial akibat masing-masing tidak menjaga kehormatan diri. Sedangkan Allah S.W.T. telah berfirman dalam surah ini (Al-Mu’minuun) ayat 5:Maksudnya : Dan orang-orang yang selalu menjaga faraj (kelamin) mereka.(5)Kecuali terhadap isterinya atau hambasahayanya, maka tidaklah mereka tercela.(6)

    Jelas Allah S.W.T. terangkan antara ciri-ciri Muslim yang beriman dan berjaya di dalam ayat di atas. namun ini yang terjadi. Katanya memakai tudung, ya betul, tetapi bahagian lain terdedah sana sini. Bila jadi suatu yang tidak diingini, baru rasa sedih dan menyesal teramat sangat di dalam hati. Hendak menyesal sudah tiada gunanya lagi. Jadi, supaya pisang tidak berbuah dua kali, segeralah kita kembali pada Dia, perhatikan Firman-Nya ini, dan sama-sama laksanakan dalam kehidupan seharian. Barulah permasalahan sosial ini dapat kita tangkis dari berulang lagi.

    Selain daripada masalah sosial yang berkaitan seperti yang telah disebutkan di atas, masalah pecah amanah, rasuah dan ketidak tanggungjawaban yang jelas kita lihat kini merupakan contoh masalah sosial yang kian menghantui kita. Ia bukan sahaja menjadi jenayah kolar putih bahkan turut berlaku bagi golongan-golongan bawahan. Tahukah kita bahawa sifat tidak amanah ini adalah salah satu dari sifat munafik yang telah Nabi Muhammad S.A.W. titipkan di dalam hadisnya yang bermafhumnya “Sifat-sifat orang munafik itu ada tiga; jika dia berkata-kata atau berbicara dia berbohong , jika dia berjanji, dia mungkiri dan jika dia diberi amanah, dia khianati”. Namun inilah yang berlaku bil sifat amanah tidak ada dalam diri. Sedangkan ayat Allah S.W.T. di dalam surah ini (Al-Mu’minuun) ini jelas membicarakan untuk menjadi seorang yang berjaya, sifat amanah perlu ada dalam dirinya.

                Kesimpulannya, sama-samalah kita kembali kepada Allah S.W.T. untuk mengelakkan semua penyakit dunia yang kian merosakkan kita dan menggoyahkan keamanan dunia ini dengan masing-masing kembali berpegang kepada apa yang dibawa oleh Baginda, Nabi Muhammad S.A.W. Ingatlah bahawa kehidupan kita di dunia ini, bukannya sia-sia kerana kita telah ditaklfkan Allah S.W.T. untuk beribadah padanya. Marilah kita bersama-sama majukan diri kita dan jadikan kita insan yang Muslim dan berjaya di dunia dan akhirat.
    « Last Edit: 16 February, 2010, 09:23:57 AM by Ummi Munaliza »
    Kulabuhkan Punggungku Diampaian Dilema,Menatap Diri Nan Menanti Senja...
    *Image Removed*

    ce buka ni : ---- >>>> http://www.cecomel-akidah.blogspot.com/

    budakcc93

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #12 03 August, 2009, 09:38:21 PM
  • Publish
  • saya bersetuju dengan artikel ni.........tp remaja juga dijadikan alat permainan politik seperti GMI(ANTI ISA) OLEH SESETENGAH PIHAK SPT.....PAS...DAP....PKR...INIKAH PARTI MOTTONYA YANG MEMBANGUN BERSAMA ISLAM-PAS YANG MENIDAKKAN HAK MELAYU SPT ISA

    BuJaNg_SeNang

    • *
    • Posts: 133
    • "hidup segan, mati tak mau"
      • View Profile
    Reply #13 06 September, 2009, 06:55:36 AM
  • Publish
  • saya bersetuju dengan artikel ni.........tp remaja juga dijadikan alat permainan politik seperti GMI(ANTI ISA) OLEH SESETENGAH PIHAK SPT.....PAS...DAP....PKR...INIKAH PARTI MOTTONYA YANG MEMBANGUN BERSAMA ISLAM-PAS YANG MENIDAKKAN HAK MELAYU SPT ISA

    woih...nak caro bab politik pi tempat lain lah... dah sampai umuq ke belum nie ha nak main politik2 nie..

    belia sewajarnya diterap dengan didikan agama islam baru la jadi insan mulia... kalu kita tengok, kebanyakkan mat rempit, mat dadah dan macam2 mat lagi diorang takde didikan agama sebab tu lah dia suka utk bunuh diri. kalau ada didikan agama dan dia tau ada kehidupan selepas kematian dan ada syurga neraka.. confirm diorg takut nak mati katak kat jalan raya atau di lorong2 sunyi.

    halawah

    • *
    • Posts: 2606
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #14 16 February, 2010, 03:43:01 AM
  • Publish
  • Info yang bermenfaat untuk direnungkan agar Iman tertanam benih dan menumbuhkan BUah Yang Ranum,hidup AMAN DAN MAKMUR.AMIN.
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    nazirul razali

    • *
    • Posts: 873
    • HIDUP JIHAD, MATI SYAHID, ALLAH HUAKHBAR.
      • View Profile
    Reply #15 16 February, 2010, 05:47:33 AM
  • Publish
  • harap, umat islam hari ini dapat berubah kepada yang lebih baik lagi..... amin....... insyaAllah..........
    <')))))<                              <')))))<                              <')))))<                              <')))))<                              <')))))<
                         <')))))<

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1661
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #16 16 February, 2010, 08:37:18 AM
  • Publish
  • harap, umat islam hari ini dapat berubah kepada yang lebih baik lagi..... amin....... insyaAllah..........


    memang harapan begitulah dari dada orang baik baik. tetapi usaha ke arah itu, berkehendakkan kepada fikiran positif

    dulu DR Mahathir memimpin negara, selalu berkata, usahakan diri menambah ilmu pengetahuan, semuga berjaya menjadi ................
    sekiranya berfikiran negatif, suka mempermainkan, menuduh, mengeji, pemimpin itu, .........................
    sekiranya berfikiran positif, sendirilah menentukan, menambah ilmu pengetahuan untuk kebaikan diri, bila dapat kebaikan diri, bolehlah berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

    Allah juga setuju dengan positif: Jika kamu bersyukur, AKU akan tambah nikmat KU pada mu

    tak suka komplen: jika kamu engkar, ingatlah azab KU pedih

    jadi harapan kita, kena ada gerak kerja, usaha ikhtiar, mengajak, manusia ke pada Allah, mentauhidkan Allah, Mengesakan Allaah, untuk capai khusyuk tu ketika solat tu berkehendakkan kepada TAUHID. ESAnya Allaah.

    jadi dalamilah Tauhid - sila lihat topik topik berkaitan dalam Halaqah

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    484 Replies
    74308 Views
    Last post 13 January, 2014, 08:05:17 AM
    by Nurul Nawar
    3 Replies
    2947 Views
    Last post 13 November, 2010, 01:03:19 PM
    by al_ahibbatu
    6 Replies
    1952 Views
    Last post 11 January, 2012, 04:55:14 PM
    by nilabiru