Susunan Sembahyang Sunat

*

Author Topic: Susunan Sembahyang Sunat  (Read 37129 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

sutera_kasih85

  • *
  • Posts: 168
  • + Human Is Not PeRfecT +
    • View Profile
26 June, 2007, 12:02:44 AM
  • Publish
  •  :)

    "Waktu 2 pagi ( Pilihlah mana yang dihajati )
    1. Sembahyang Sunat Wuduk
    2. Sembahyang Sunat Tahajud
    3. Sembahyang Sunat Taubat
    4. Sembahyang Sunat Tasbih
    5. Sembahyang Sunat Hajat
    6. Sembahyang Sunat Istiharah
    7. Sembahyang Sunat Witir


    Waktu – Sebelum Waktu Subuh

    1. Sembahyang Sunat Fajar


    Selepas Azan Subuh

    2. Sembahyang Sunat Subuh ***( S.lah.M )

    3. Sembahyang Fardu Subuh ( Bacaan surah yang terbaik ialah Surah Waqiah )


    Waktu 7.15 Pagi - 8.15 Pagi

    * Sembahyang Sunat Isyrak


    Waktu 8.15 Pagi – 11.00 Pagi

    * Sembahyang Sunat Duha


    Apabila Gelincir Matahari

    * Sembahyang Sunat Zuhur ***( S.lah.M & S.lah.H )

    * Sembahyang Fardu Zuhur

    *Sembahyang Sunat Selepas Zuhur ***( S.lah.M )


    Waktu Azan Asar


    *Sembahyang Sunat Asar ***( S.lah.M )

    * Sembahyang Fardu Asar


    Waktu Azan Maghrib

    *Sembahyang Sunat Maghrib ***( S.lah.M )
    * Sembahyang Fardu Maghrib
    * Sembahyang Sunat Selepas Maghrib
    * Sembahyang Sunat Awabin
    * Sembahyang Sunat Izzuliman ( Perlihara Iman )
    * Sembahyang Sunat Taubat


    Waktu Azan Isyak


    * Sembahyang Sunat Isyak ***( S.lah.M )
    * Sembahyang Fardu Isyak
    * Sembahyang Sunat Selepas Isyak
    * Sembahyang Sunat Witir


    Hari Jumaat

    Sebelum Sembahyang Jumaat

    * Sembahyang Sunat Tahiyatul Masjid ( apabila tiba di masjid )
    * Sembahyang Sunat Wuduk
    * Sembahyang Sunat Taubat

    Selepas Azan Pertama

    * Sembahyang Sunat Jumaat
    * Sembahyang Fardu Jumaat
    * Sembahyang Sunat Selepas Jumaat . ***( S.lah.M & S.lah.H )


    *** S.lah.H – Sunat Rawatib Haniah

    *** S.lah.M – Sunat Rawatib Muakat


     
    Bacaan ayat – ayat Al – Quran sementara menunggu diantara Sembahyang Isyak dengan Duha :-

    1. Surah Waqiah
    2. Surah An – Nur
    3. Surah Mulki
    4. Surah Rahman
    5. Surah Akla
    6. Surah Fatihah
    7. Surah Fathi


    from Emel :-\
    Success Through Endeavour
    <img src="http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/banner12.gif?v=0" border="0">

    tanpanama

    • *
    • Posts: 409
      • View Profile
    Reply #1 26 June, 2007, 12:35:06 AM
  • Publish
  • from email tak sedap ni...sumber yg meragukan....

    info tambahan:
    adakah solat sunat isyrak itu wujud???

    lagi satu...solat sunat awwabin juga adalah sama dengan solat dhuha berdasarkan pengetahuan saya. nak detail lagi...ada masa sy rujuk.....
    lani tak dan...beri2 bz
    Kajian Hingga Akhir Hayat...

    meow

    Reply #2 26 June, 2007, 10:28:16 AM
  • Publish
  •  :)

    Ada ulama berpendapat bahawa solat sunat Isyrak tu adalah sebenarnya solat sunat Dhuha yg ditunaikan pada awal waktu Dhuha..

    Sementara solat sunat Awwabin pula setahu saya ditunaikan di antara waktu Maghrib dan Isyak, jadi solat sunat Awwabin dan solat sunat Dhuha adalah dua solat sunat yg berbeza..

    Wallahua'lam

    tanpanama

    • *
    • Posts: 409
      • View Profile
    Reply #3 26 June, 2007, 10:41:44 AM
  • Publish
  •  :)

    solat al-awwabin adalah nama lain bagi solat Dhuha'
    Dalilnya:

    صلاة الأوابين إذا رمضت الفصال " .

    Terjemahnya: solat awwabin dilakukan ketika kaki anak-anak unta mula terasa bahang kepanasannya." [HR Muslim, 748 dari Zaid bin Arqam r.a)

    Dalam lisan al-arab (1/219), awwabin maksudnya orang yang kembali kepada Allah. WA

    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2094
      • View Profile
    Reply #4 26 June, 2007, 10:49:44 AM
  • Publish
  • Simple Reference...

    Sebagai Rujukan Permulaan... Sila lihat wikipedia..
    Kemudian selepas itu sahabat boleh buat lagi pengkajian.
    Begitu juga dengan solat sunat dhuha dan ishraq di sana terdapatnya khilaf ulama'.

    Solat Sunat Awwabin - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    tanpanama

    • *
    • Posts: 409
      • View Profile
    Reply #5 26 June, 2007, 08:07:14 PM
  • Publish
  • khilaf boleh di elakkan jika kita mengkaji dengan teliti.

    Quote
    Tirmidzi berkata, hadis Abu Harairah "gharib" (hanya diriwayatkan seorang rawi yang tidak kuat)

    kesimpulannya, himpunkan hadith yg berkaitan dengan awwabin ini
    kemudian banding jika ada 'percanggahan' berlaku.
    Disini, pendapat mengatakan awwabin selepas maghrib adalah lemah berdasarkan
    komentar Imam Tarmizi sendiri tentang sanadnya yg mempunyai masalah.
    saya tidak pasti adakah ia hadith mungkar atau syazz, tapi kedua-duanya lebih menjurus kepada
    hadis dhaif. walaupun mempunyai takrif yg berbeza.

    pendapat yg mengatakan solat dhuha = solat awwabin ,lebih kuat
    kerana tiada siapa mempertikaikan kesahihan sahih muslim.
    Secara umumnya sahih muslim adalah ranking kedua dalam sunan sittah
    sedangkan sunan tarmizi no 4 atau no 5 dalam sunan sittah.




    komentar ini berdasarkan website wikipedia di atas.

    « Last Edit: 27 June, 2007, 12:07:28 AM by alhaudhie »

    almadani

    • *
    • Posts: 115
      • View Profile
    Reply #6 26 June, 2007, 08:25:26 PM
  • Publish
  • Sunan Tirmizi diletakkan pada kedudukan 4 selepas Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, kemudian selepasnya Sunan Nasaie dan Sunan Ibnu Majah..rujukan, bibliografi Tadwin Sunnah, mukasurat 316, oleh Dr Muhd Matr Zahrani, Pensyarah Kulliyah Hadith, Universiti Islam Madinah, cetakan Darul Khudhairi, cetakan kedua, 1998/ 1419 H.

    almadani

    • *
    • Posts: 115
      • View Profile
    Reply #7 26 June, 2007, 08:30:03 PM
  • Publish
  • Pemilik Tuhfah (Syarah Jami' Tirmizi), menyebut, Difahami daripada formula (kedudukan) dalam Tahzibul Kamal dan Tahzib at-Tahzib dan Taqrib serta Tazkiratul Huffaz bahawa kedudukan Jami' Tirmizi adalah selepas Sunan Abu Daud dan sebelum Nasaie

    rujuk: Tuhfah (1/ 179), fasal 5 dari bab kedua dari pengenalan, ibid, mukasurat 155

    sutera_kasih85

    • *
    • Posts: 168
    • + Human Is Not PeRfecT +
      • View Profile
    Reply #8 26 June, 2007, 10:10:55 PM
  • Publish
  • Quote
    Waktu 7.15 Pagi - 8.15 Pagi

    * Sembahyang Sunat Isyrak

    tak pasti jugak tentang solat sunat Isyrak/isyraq
    sesiapa yang tau lebih jelas tentang solat sunat ni bolehlah kongsi bersama..
    pengetahuan saya solat sunat nih dilakukan pada selepas matahari naik segalah hingga ke dua atau tiga galah iaitu tempoh solat isyraq ni hanya sekadar 15 hingga 30 minit sahaja, duha pula bermula selepas tamat waktu isyraq hinggalah ke waktu zawal iaitu matahari terpacak di tengah kepala.
    saya sebenar tak paham tentang solat sunat nih,sebab banyak sangat khilaf yang menyatakan solat sunat tak wujud
    ade juga menyatakan bahawa solat ni dilakukan oleh ibnu abas...(saya masih kurang jelas)
    sesiapa yang arif tentang solat ini lehla kongsi bersama...  >:(

    zaitihamdan

    • *
    • Posts: 559
    • Suffering from TRUTH decay?Brush up on your Quran!
      • View Profile
    Reply #9 26 June, 2007, 11:26:07 PM
  • Publish
  • yang aku belajar dari ustaz aku, solat sunat awwabin tu ditunaikan antara maghrib dan isyak, juga dikenali dengan nama solat sunat hifzul iman, ditunaikan sebaik sahaja selesai tunaikan solat rawatib maghrib, bilangan rakaat adalah sama ada 4 rakaat (2salam) ataupun 6 rakaat (3 salam)

    manakala solat sunat israq tu aku tak pasti, nanti aku rujuk balik pada beliau pada kuliah seterusnya insyaAllah
    I believe in Islam like the sun rising, not because I can see it, but because by it I see everything else.

    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2094
      • View Profile
    Reply #10 27 June, 2007, 12:07:44 AM
  • Publish
  • khilaf boleh di elakkan jika kita mengkaji dengan teliti.

    Quote
    Tirmidzi berkata, hadis Abu Harairah "gharib" (hanya diriwayatkan seorang rawi yang tidak kuat)

    kesimpulannya, himpunkan hadith yg berkaitan dengan awwabin ini
    kemudian banding jika ada 'percanggahan' berlaku.
    Disini, pendapat mengatakan awwabin selepas maghrib adalah lemah berdasarkan
    komentar Imam Tarmizi sendiri tentang sanadnya yg mempunyai masalah.
    saya tidak pasti adakah ia hadith mungkar atau syazz, tapi kedua-duanya lebih menjurus kepada
    hadis dhaif. walaupun mempunyai takrif yg berbeza.

    pendapat yg mengatakan solat dhuha = solat awwabin ,lebih kuat
    kerana tiada siapa mempertikaikan kesahihan sahih muslim.
    Secara umumnya sahih muslim adalah ranking kedua dalam sunan sittah
    sedangkan sunan tarmizi no 4 atau no 5 dalam sunan sittah.




    komentar ini berdasarkan website wikipedia di atas.



    Keduanya-duanya adalah sunat awwabiin....
    Sholat Dhuha dan juga sunat antara maghrib dan Isya' dikenali dengan sunat awwabiin.

    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2094
      • View Profile
    Reply #11 27 June, 2007, 12:28:36 AM
  • Publish
  • Menurut jumhur ulama yang dimaksud dengan shalat al-awwabin adalah shalat dhuha. Dalam hal ini Nabi saw. Bersabda, “Tidak menjaga shalat dhuha kecuali awwab (orang yang taat dan dekat kepada Allah). Ia adalah shalatnya orang-orang awwabin.” (HR al-Hakim. Menurut adz-Dzahabi, hadis tersebut shahih).
    Namun demikian, ia juga disebutkan untuk shalat sunat sesudah magrib. Menurut para ulama, dianjurkan mengerjakan shalat sunat enam rakaat sesudah maghrib agar termasuk awwabin. Keutamaan shalat tersebut berdasarkan sabda Rasul saw. Yang berbunyi, “Siapa yang shalat enam rakaat tanpa disela dengan pembicaraan buruk, ia senilai ibadah selama dua belas tahun.” (HR at-Tirmidzi. Hadis gharib)
    Menurut al-Mawardi, Nabi melaksanakan shalat tersebut seraya berkata, “Ini adalah shalat awwabin.”
    Karena itu tidak aneh dan pelik kalau shalat awwabin disebutkan untuk shalat dhuha dan juga untuk shalat antara maghrib dan isya.

    Namun masih ada yang tetap berpegang bahawa sunat awwabin hanya sanya untuk sembahyang sunat dhuha sahaja dengan menoplak pendapat yang mengatakan bahawa pendapat yang mengatakan bahawa sunat awwabin adalah sembahyang sunat antara maghrib dan isya'.
    « Last Edit: 27 June, 2007, 12:40:12 AM by alhaudhie »

    faraza

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #12 30 November, 2009, 01:27:50 PM
  • Publish
  • Slm, boleh tak sesiapa berikan makna doa selepas sembahyang sunat dhuha dlm bahasa melayu? T.kasih.

    mad ya

    • *
    • Posts: 16
      • View Profile
    Reply #13 30 November, 2009, 04:01:47 PM
  • Publish
  • Slm, boleh tak sesiapa berikan makna doa selepas sembahyang sunat dhuha dlm bahasa melayu? T.kasih.

    Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha waktu dhuha MU, cahayanya cahaya MU, keindahannya keindahan MU, kekutannya kekuatan MU, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya, jika ada di bumi keluarkannya. Jika adanya jauh maka perdekatkannya, dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuha MU, cahaya Mu, kekuatan Mu dan kesucian Mu, berikanlah kepadaku sebagaimana Kamu berikan kepada hamba2 Mu yang salih. Dan Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga2 dan para sahabatnya serta kesejahteraan. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekelian alam.

     :)

    salam.saudari ambil mana maksud doa 2?? kalu bahasa arab pulak macam mana? ada doa khas ka?
     :jaz:

    Delima^Biru

    • *
    • Posts: 122
    • Kembara ku di Kejora Biru
      • View Profile
    Reply #14 30 November, 2009, 05:21:57 PM
  • Publish
  • :)

    salam.saudari ambil mana maksud doa 2?? kalu bahasa arab pulak macam mana? ada doa khas ka?
     :jaz:

     :ws:

    “Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1661
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #15 30 November, 2009, 08:46:40 PM
  • Publish
  • solat sunat jumaat tu ada dalil kah, kenapa ada yg kata tiada dalam sunnah?

    apakah boleh kita dirikan sunat, sepas sahaja azan di laungkan, atau juga selepas sahaja kita berwuduk, bukankah Bilal rabah melakukan demikian

    hafidzalrahman

    • *
    • Posts: 263
    • لا إله إلا الله ، محمد رسول الله
      • View Profile
    Reply #16 15 January, 2010, 11:03:28 AM
  • Publish
  • solat sunat jumaat tu ada dalil kah, kenapa ada yg kata tiada dalam sunnah?

    apakah boleh kita dirikan sunat, sepas sahaja azan di laungkan, atau juga selepas sahaja kita berwuduk, bukankah Bilal rabah melakukan demikian

    :)
    Betul.. boleh tak tolong terangkan?, bolehkah dilakukan selepas azan pertama atau kedua pd hari jumaat?.. adakah makruh atau ada hukum2 yg perlu dijelaskan?.. terima kasih.
    اَسْتَغْقِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ الَّذِي لاَ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمٌ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ
    Wake up Muslims!

    furqanMH

    • *
    • Posts: 7
      • View Profile
    Reply #17 07 November, 2010, 10:33:32 AM
  • Publish
  •  :)


    solat sunat awwabin kan telah rasullulah sabdakan dalam hadith ini:

    Fadhilat Solat Awwabin

    Sabda Nabi saw yang bermaksud:
    "Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.'Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    38 Replies
    31471 Views
    Last post 14 June, 2012, 12:50:44 PM
    by alhaudhie
    1 Replies
    1818 Views
    Last post 04 October, 2007, 01:41:43 AM
    by alhaudhie
    0 Replies
    2239 Views
    Last post 17 June, 2009, 08:37:05 PM
    by Abi Naim