Suruhan tutup aurat untuk kebaikan lelaki dan wanita

*

Author Topic: Suruhan tutup aurat untuk kebaikan lelaki dan wanita  (Read 4319 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

sutera_kasih85

  • *
  • Posts: 168
  • + Human Is Not PeRfecT +
    • View Profile
25 June, 2007, 11:49:39 PM
  • Publish
  •  :)

    "Oleh Harlina Halizah Siraj
    DALAM membicarakan persoalan cara pakaian wanita dan kaitannya dengan jenayah seksual adalah satu lagi pandangan mengenainya. Ia adalah jenayah seksual melambangkan perlanggaran terang-terangan terhadap peraturan seimbang yang terkandung dalam Islam, yang perlu dipatuhi oleh lelaki dan wanita dalam masyarakat.

    Penyelesaiannya adalah interaksi lelaki dan wanita mestilah kembali kepada penghayatan yang didasarkan kepada asas Islam yang sahih.

    Asas itu adalah:
    * Hubungan habbunminnas antara lelaki perempuan adalah diasaskan atas dasar ukhwah dan persaudaraan, penuh rasa hormat dan saling bantu membantu ke arah iman dan takwa.

    * Tanggungjawab moral terpikul sama beratnya di atas bahu lelaki dan wanita dalam masyarakat. Dalilnya surah an Nur, ayat 30 dan 31. Lebih penekanan harus diberikan kepada pemahaman dan penghayatan ayat 30 sekarang ini (untuk lelaki beriman) – bagi mengimbangi penekanan yang selama ini yang hanya memberikan tumpuan kepada wanita semata-mata.

    Lelaki bertanggungjawab sepenuhnya mengekang nafsu syahwatnya melalui banyak cara yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

    *Kejelasan mengenai perkara asas seperti apa itu kecantikan dan aurat, terutama di kalangan wanita Islam hari ini.

    Aurat meliputi anggota badan manusia yang berkaitan dengan reproduksi.

    Kecantikan pula terbahagi kepada dua iaitu haiwaniah dan insaniah. Kecantikan haiwaniah tertumpu kepada anggota reproduksi. Kalau melihat haiwan seperti kambing dan lembu yang tidak perlu menutup aurat, genitalia yang terdedah perlu untuk menarik perhatian pasangan kepadanya. Seterusnya berlaku kopulasi atau persetubuhan yang akan menghasilkan zuriat keturunan.

    Ia adalah proses asas survival dalam kerajaan binatang. Siapa yang paling cantik dan menarik akan mempunyai peluang untuk membiak. Dengan itu, kita boleh memahami mengapa babun mempunyai punggung merah, Kenapa burung merak jantan mempunyai bulu yang sungguh memukau dan berwarna warni?

    Namun bagi manusia, kita mesti menilai kecantikan dari sudut insaniah dan nilai Ilahi. Kecantikan insaniah hanya dianugerah kepada manusia yang tinggi dan mulia tarafnya.

    Dengan adanya konsep aurat yang diperkenalkan seawal penciptaan manusia pert ama, Nabi Adam, manusia menutup anggota reproduksi lantaran nasab keturunan manusia amat perlu dijaga dan diurus sebaik mungkin.

    Perasaan malu secara fitrah diwujudkan dalam jiwa manusia normal, apabila auratnya terdedah.

    Kecantikan haiwaniah diganti dengan nilai kecantikan insaniah yang dicirikan dengan kesopanan (modesty). Bilakah pula kita boleh tonjolkan kecantikan haiwaniah kita? Masa bersama dengan pasangan yang sah dalam lingkungan dinding kamar tidur bagi memastikan adanya penerusan zuriat manusia.

    Jadi jika ada wanita atau lelaki yang keluar ke khalayak umum mendedahkan kecantikan haiwaniahnya, jangan terkejut jika kopulasi atau persetubuhan haram akhirnya berlaku (sama ada dengan rela atau tidak). Ketika itu perlakuan manusia berkenaan tidak ubah seperti seekor haiwan.

    *Wanita Islam perlu membetulkan niatnya atau nawaitunya. Dia TIDAK mengenakan pakaian menutup aurat kerana semata-mata mahu menjaga kepentingan iman lelaki. Tanggungjawab menjaga dan meningkatkan iman adalah urusan setiap INDIVIDU


    Begitu juga kaum lelaki, lazimnya mereka tidak mengenakan pakaiannya yang menutup aurat kerana niat semata-mata perlu menjaga iman kaum wanita. Maka wanita Islam juga tidak melilit tudungnya dengan memasang niat di dalam hati: "Saya perlu berbuat begini agar lelaki di luar sana tidak akan terliur melihat tubuh badan saya dan gugur iman dan serbannya."

    Kita, wanita menutup aurat dan sanggup melakukan apa saja untuk mematuhi perintah Allah yang mengandungi terlalu banyak hikmah dan kebaikannya. Kita buat ini semua ini bukan kerana orang lelaki.

    Kita menutup aurat sebab iman dan takwa. Kita tidak merokok sebab iman dan takwa. Kita tidak simpan perempuan sebab iman dan takwa. Kita tidak minum arak dan tidak makan bab*, semuanya itu kita buat sebab kita beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

    Kadangkala apabila kita menggunakan alasan saintifik untuk menyokong alasan kita, maka orang yang berfikiran liberal akan sedaya upaya berusaha menumbangkan `teori' kita.

    Contohnya, mengaitkan aurat dengan rogol. Apabila kita kata menutup aurat akan mengurangkan jenayah rogol. Saya pasti banyak dokumen berasaskan penyelidikan dan kajian kes dilonggokkan untuk melemahkan kita dan memalukan Islam.

    Sekiranya dengan wanita menutup aurat, peluang dan tarikan syaitan kurang menyerlah di hati lelaki untuk mencabuli kehormatan wanita berkenaan, tentu sekali itu adalah bukti kepada hikmah yang ditetapkan oleh Allah yang bertanggungjawab memelihara hamba-Nya. Dalam masa yang sama, usaha meningkatkan iman dan kegerunan terhadap azab serta kemurkaan Allah mestilah ditingkatkan dalam diri setiap insan. Barulah masyarakat akan terjamin dari sebarang perlanggaran hak dan sebarang bentuk jenayah akan dapat dibendung.

    (Article ini diterbitkan di Berita Harian di ruang Wadah Wanita Islam)
    Success Through Endeavour
    <img src="http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/banner12.gif?v=0" border="0">

    NuRul IsLam

    • *
    • Posts: 764
      • View Profile
    Reply #1 27 February, 2009, 02:32:07 PM
  • Publish
  • aurat

    Pendedahanmu adakah satu kenikmatan?
    Atau mendedah diri ke arah kejahilan?
    Liritan mata memandang adakah itu satu tujuan?
    apakah yang empunya jasad mahu menjadi tuntutan?
    Atau sekadar menunujuk potongan badan?

    Putih kulitmu satu penghargaan
    Yang sawa matang turut perasan
    Cantik wajahmu itulah kebanggaan
    Sanggup kau gadaikan melalui fesyen pakaian,

    yang ketat menampakkan medan-medan seni yang memberahikan,
    Yang belah menampakkan celah-celah keenakan,
    Mahkota rambut menjadi hiasan
    Biru merah di wajah saduran

    Awas......
    Apabila jejaka mencecah keinginan
    kelibat jantan mula berkeliaran
    seluar panjang sudah dipendekkan
    Mula terpancar keinginan mengawan
    Mata terbeliak bagai kucing merenung ikan

    Awaslah........
    Wahai si manis sepanjang zaman,
    dari ditelan serigala kelaparan
    Tutuplah aurat demi keselamatan
    Itulah Syariat suruhan Tuhan
    Lambang Identiti Muslimah berwawasan.....

    I lOVE ISLAM

    hairilnua

    • *
    • Posts: 1052
    • Allahuakbar....!!
      • View Profile
    Reply #2 12 May, 2009, 02:53:21 PM
  • Publish
  • aurat

    Pendedahanmu adakah satu kenikmatan?
    Atau mendedah diri ke arah kejahilan?
    Liritan mata memandang adakah itu satu tujuan?
    apakah yang empunya jasad mahu menjadi tuntutan?
    Atau sekadar menunujuk potongan badan?

    Putih kulitmu satu penghargaan
    Yang sawa matang turut perasan
    Cantik wajahmu itulah kebanggaan
    Sanggup kau gadaikan melalui fesyen pakaian,

    yang ketat menampakkan medan-medan seni yang memberahikan,
    Yang belah menampakkan celah-celah keenakan,
    Mahkota rambut menjadi hiasan
    Biru merah di wajah saduran

    Awas......
    Apabila jejaka mencecah keinginan
    kelibat jantan mula berkeliaran
    seluar panjang sudah dipendekkan
    Mula terpancar keinginan mengawan
    Mata terbeliak bagai kucing merenung ikan

    Awaslah........
    Wahai si manis sepanjang zaman,
    dari ditelan serigala kelaparan
    Tutuplah aurat demi keselamatan
    Itulah Syariat suruhan Tuhan
    Lambang Identiti Muslimah berwawasan.....



    ana ske tiap baris ayat yg adik nurul islam bagi ni,,, ish,,, tp xbaca penuh pun,, hehhe,,, yg pasti ana tau ana bkn serigala,,, ish,,, ana ni baik tau,, cume sape nk percaya klu ckp diri sendiri baik,, org cme akan kate yg kte ni prasan,,, tu lah,,, susah tul nk ckp,,, tu yg xckp tu,, taip aje,,, hehhehe,,
    Aku insan yg agak selambe..
    X pndai jaga hati orang..
    Suke cari pasal..

    Jangan call @ sms :  0193587327(hehehhe)
    http://hairilnua.blogspot.com
    Ada Brani?

    ana_iman

    • *
    • Posts: 12
      • View Profile
    Reply #3 12 May, 2009, 03:13:05 PM
  • Publish
  • salam.....hu3...syukran nurul islam, insyaAllah bleh dijadikan peringatan buat muslimah...
    "cukuplah Allah menjadi Penolong kami, dan Dialah sebaik2 Pelindung." (ali-Imran:173)

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    82 Replies
    14775 Views
    Last post 13 August, 2012, 10:05:55 PM
    by Abg Ngoh
    17 Replies
    4105 Views
    Last post 03 June, 2013, 06:29:17 PM
    by afiQoh
    3 Replies
    3927 Views
    Last post 05 January, 2011, 10:57:23 PM
    by putri_hambali