Wajibkah Memberi Nafkah jika Isteri Bekerja?

*

Author Topic: Wajibkah Memberi Nafkah jika Isteri Bekerja?  (Read 44942 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

dekatdihati

  • *
  • Posts: 20
    • View Profile
10 August, 2010, 10:40:25 AM
  • Publish
  • salam...

    saya nak bertanya sikit...harap sahabat semua dapat membantu saya... adakah wajib suami memberi nafkah kepada isteri kalau isteri bekerja... betul ke ada pendapat yang cakap... kalau isteri dah bekerja, nafkah hanya 50% untuk isteri?? betul ke?? dan yang terakhir...betul ke duit suami duit isteri juga??  perhatian* keliru*
    « Last Edit: 02 January, 2013, 03:09:46 PM by PenaHalaqah »

    dekatdihati

    • *
    • Posts: 20
      • View Profile
    Reply #1 10 August, 2010, 11:02:44 AM
  • Publish
  • adakah berdoa isteri mengambil duit suami tanpa izin... n adakah di kira mencuri????

    5zul

    • *
    • Posts: 3025
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #2 10 August, 2010, 11:06:56 AM
  • Publish
  • adakah berdoa isteri mengambil duit suami tanpa izin... n adakah di kira mencuri????
    yupp kira berdosa yer...
    walaupun iaNya nampak mudah akan tetapi di disedari ianNya di lalaikan oleh Nafsu...
    keluar rumah tanpa pengetahuan Suami pun berdosa yer...
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    5zul

    • *
    • Posts: 3025
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #3 10 August, 2010, 11:10:28 AM
  • Publish
  • salam...saya nak bertanya sikit...harap sahabat semua dapat membantu saya... adakah wajib suami memberi nafkah kepada isteri kalau isteri bekerja... betul ke ada pendapat yang cakap... kalau isteri dah bekerja, nafkah hanya 50% untuk isteri?? betul ke?? dan yang terakhir...betul ke duit suami duit isteri juga??  perhatian* keliru*
    yupp wajib memberi,yer.

    Suami yg penyayang tetap akan memberi Nafkah kepada IsteriNya dan zakat itu wajib di lakukan oleh wang suami.

    Suami yg mengizinkan IsteriNya berkerja itu sebuah Hikmah...dan Isteri perlu melayan Suami pada dan waktuNya di perlukan...

    tanggujawab Isteri kepada Suami mahu pun zahir dan batin jng di Abaikan...

    Jaga Adab diri segalaNya di permudahkan.. 

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #4 10 August, 2010, 11:20:37 AM
  • Publish
  • Harus diingati  bahawa,membina sebuah rumah tangga ada perkongsian segala-galanya. Memang ikut hukum,walaupun isteri bekerja, suami tetap perlu beri nafkah kepada isteri. Tetapi mesti  diingat, bahawa isteri bekerja dengan izin suami. Kalau suami tidak izinkan bekerja,mana isteri boleh dapat gaji?

    Jika ikutkan, isteri adalah milik total suami,maka apa-apa yang ada pada isteri juga milik suami, ini termasuklah juga dengan pekerjaan dan gaji isteri. Cumanya atas dasar kasih sayang,suami tidak ambik pun duit gaji isteri. Jadi kalau suami tidak berikan duit sebab isteri bekerja itu dah sangat baik.

    Jadi kalau suami tidak berikan  duit nafkah dah kerana isteri bekerja tidak jadi kesalahan. Lagi pun apa tujuan isteri bekerja? Ingin membantu suami? Jika isteri ingin bantu suami  dalam hal  kewangan rumah tangga,maka tidak megapa. Lagipun, apa maksud nafkah pada pandangan dekat dihati?


    Jika suami sediakan rumah,sediakan  makanan, ada kenderaan maka ada kah dikira suami masih tidak sediakan nafkah? Nafkah itu bukan lah semata-mata duit yang diberikan tunai kepada isteri.

    Jadi kena detailkan maksud nafkah itu dahulu.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    hafizul_84

    • *
    • Posts: 322
      • View Profile
    Reply #5 25 February, 2011, 04:28:33 PM
  • Publish



  • Jika ikutkan, isteri adalah milik total suami,maka apa-apa yang ada pada isteri juga milik suami, ini termasuklah juga dengan pekerjaan dan gaji isteri. Cumanya atas dasar kasih sayang,suami tidak ambik pun duit gaji isteri. Jadi kalau suami tidak berikan duit sebab isteri bekerja itu dah sangat baik.

     :)-senyum-
    isteri amanah dari Allah untuk suami..
    jaga elok2 na..jangan kasi rosak..-senyum-
    gaji isteri bukan hak sang suami, jika si isteri memberinya..alhamdulillah
    tugas hang (suami) beri nafkah tu..

    hurulain01

    • *
    • Posts: 83
    • Allahu Rabbuna, ArRasul Zaimuna
      • View Profile
    Reply #6 27 February, 2011, 05:06:19 PM
  • Publish

  • Harus diingati  bahawa,membina sebuah rumah tangga ada perkongsian segala-galanya. Memang ikut hukum,walaupun isteri bekerja, suami tetap perlu beri nafkah kepada isteri. Tetapi mesti  diingat, bahawa isteri bekerja dengan izin suami. Kalau suami tidak izinkan bekerja,mana isteri boleh dapat gaji?

    Jika ikutkan, isteri adalah milik total suami,maka apa-apa yang ada pada isteri juga milik suami, ini termasuklah juga dengan pekerjaan dan gaji isteri. Cumanya atas dasar kasih sayang,suami tidak ambik pun duit gaji isteri. Jadi kalau suami tidak berikan duit sebab isteri bekerja itu dah sangat baik.



    Maaf, saya kurang bersetuju dengan pendapat ummi kali ini. Berikut merupakan beberapa garis panduan yang telah disepakati oleh para ulama berkisar permasalahan ini.


    Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16  bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005 telah membuat ketetapan seperti berikut  :-

    وقد ناقش مجمع الفقه الإسلامي في دورته السادسة عشرة هذا الموضوع ، وخرج بهذا القرار:-
    إن مجلس مجمع الفقه الإسلامي الدولي المنبثق عن منظمة المؤتمر الإسلامي المنعقد في دورته السادسة عشرة بدبي ( دولة الإمارات العربية المتحدة ) من 30 صفر إلى 5 ربيع الأول 1426هـ ، الموافق 9 - 14 نيسان ( أبريل ) 2005م ،
    بعد اطلاعه على البحوث الواردة إلى المجمع بخصوص موضوع اختلافات الزوج والزوجة الموظفة ، وبعد استماعه إلى المناقشات التي دارت حوله ،

    قرر ما يأتي :
    أولاً : انفصال الذمة المالية بين الزوجين :
    للزوجة الأهلية الكاملة والذمة المالية المستقلة التامة ، ولها الحق المطلق في إطار أحكام الشرع بما تكسبه من عملها ، ولها ثرواتها الخاصة ، ولها حق التملك وحق التصرف بما تملك ولا سلطان للزوج على مالها ، ولا تحتاج لإذن الزوج في التملك والتصرف بمالها .

    ثانياً : النفقة الزوجية :
    تستحق الزوجة النفقة الكاملة المقررة بالمعروف ، وبحسب سعة الزوج وبما يتناسب مع الأعراف الصحيحة والتقاليد الاجتماعية المقبولة شرعاً ، ولا تسقط هذه النفقة إلا بالنشوز .

    ثالثاً : عمل الزوجة خارج البيت :
    (1) من المسؤوليات الأساسية للزوجة رعاية الأسرة وتربية النشء والعناية بجيل المستقبل ، ويحق لها عند الحاجة أن تمارس خارج البيت الأعمال التي تتناسب مع طبيعتها واختصاصها بمقتضى الأعراف المقبولة شرعاً مع طبيعتها واختصاصها بشرط الالتزام بالأحكام الدينية ، والآداب الشرعية ، ومراعاة مسؤوليتها الأساسية .
    (2) إن خروج الزوجة للعمل لا يسقط نفقتها الواجبة على الزوج المقررة شرعاً ، وفق الضوابط الشرعية ، ما لم يتحقق في ذلك الخروج معنى النشوز المُسقط للنفقة .

    رابعاً : مشاركة الزوجة في نفقات الأسرة :
    (1) لا يجب على الزوجة شرعاً المشاركة في النفقات الواجبة على الزوج ابتداء ، ولا يجوز إلزامها بذلك .
    (2) تطوع الزوجة بالمشاركة في نفقات الأسرة أمر مندوب إليه شرعاً لما يترتب عليه من تحقيق معنى التعاون والتآزر والتآلف بين الزوجين .
    (3) يجوز أن يتم تفاهم الزوجين واتفاقهما الرضائي على مصير الراتب أو الأجر الذي تكسبه الزوجة .
    (4) إذا ترتب على خروج الزوجة للعمل نفقات إضافية تخصها فإنها تتحمل تلك النفقات .

    خامساً : اشتراط العمل :
    (1) يجوز للزوجة أن تشترط في عقد الزواج أن تعمل خارج البيت فإن رضى الزوج بذلك ألزم به ، ويكون الاشتراط عند العقد صراحة .
    (2) يجوز للزوج أن يطلب من الزوجة ترك العمل بعد إذنه به إذا كان الترك في مصلحة الأسرة والأولاد .
    (3) لا يجوز شرعاً ربط الإذن ( أو الاشتراط ) للزوجة بالعمل خارج البيت مقابل الاشتراك في النفقات الواجبة على الزوج ابتداء أو إعطائه جزءاً من راتبها وكسبها .
    (4) ليس للزوج أن يُجبر الزوجة على العمل خارج البيت .

    سادساً : اشتراك الزوجة في التملّك :
    إذا أسهمت الزوجة فعلياً من مالها أو كسب عملها في تملك مسكن أو عقار أو مشروع تجاري فإن لها الحق في الاشتراك في ملكية ذلك المسكن أو المشروع بنسبة المال الذي أسهمت به .

    سابعاً : إساءة استعمال الحق في مجال العمل :
    (1) للزواج حقوق وواجبات متبادلة بين الزوجين ، وهي محددة شرعاً وينبغي أن تقوم العلاقة بين الزوجين على العدل والتكافل والتناصر والتراحم ، والخروج عليها تعدٍ محرم شرعاً .

    (2) لا يجوز للزوج أن يسيء استعمال الحق بمنع الزوجة من العمل أو مطالبتها بتركه إذا كان بقصد الإضرار ، أو ترتب على ذلك مفسدة وضرر يربو على المصلحة المرتجاة .
    ينطبق هذا على الزوجة إذا قصدت من البقاء في عملها الإضرار بالزوج أو الأسرة أو ترتب على عملها ضرر يربو على المصلحة المرتجاة منه .



    TERJEMAHANNYA :

    1.       Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteri

    Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Shariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap (harta) yang diusahakan, samada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara belanjakannya.

    2.       Nafkah perkahwinan

    Seorang isteri berhak menerima nafkah yang telah ditetapkan mengikut kemampuan suami bersesuaian dengan uruf yang benar juga kebiasaan masyarakat setempat yang diterima syara'. Kewajipan memberi nafkah ini tidak gugur kecuali jika berlaku nusyuz (di pihak isteri).

    3.       Isteri keluar bekerja

    Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu.
    Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara' dengan syarat hendaklah dia beriltizam (menjaga) hukum-hukum agama.

    Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang berkerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri 'nusyuz', tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.

    4.       Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga

    Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).

    Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara' demi menjayakan makna bantu membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri.

    Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan mereka termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.

    5.       Kerja Sebagai Syarat

    Seorang isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.

    Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.

    Tidak harus, pada pandangan syara' bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.

    6.       Perkongsian isteri dalam pemilikan harta

    Apabila isteri benar-benar turut menyumbang harta dan pendapatannya bagi mendapatkan dan memilki rumah, aset tetap atau sebarang projek perniagaan, ketika itu isteri mempunyai hak perkongsian pemilikan terhadap rumah atau projek tersebut mengikut kadar harta yang disumbangkannya.

    7.       Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan

    Sebuah perkahwinan itu mempunyai beberpaa kewajiban bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh Shariah Islam dengan jelas. Justeru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina adalah landasan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Sebarang tindakan yang melangkaui batasan berkenaan adalah haram pada kacamata syara'.

    Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya (isteri) atau diyakini tindakan itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi.

    Demikian juga halnya ke atas isteri (tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan), iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanya hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan.
     
    (Tamat terjemahan)


    * Secara keseluruhannya Islam benar-benar menjaga kemaslahatan sejagat sehingga masalah sebegini turut diperbincangkan diperingkat global. Seharusnya perkara ini juga menjadi satu topik perbincangan penting yang disepakati oleh pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan. Perlulah disedari bahawa wanita hari ini bukan hanya bekerja untuk menjana ekonomi semata bahkan kelebihan yang dimiliki dari segi intelectual sangat diperlukan untuk membangunkan negara dan agama. Sewajarnya kaum lelaki haruslah berusaha meletakkan diri mereka lebih dominan dalam menguasai ilmu agar sumbangan wanita dalam masyarakat lebih terarah(focus) kepada membina keluarga dan mendidik anak-anak menjadi generasi ulul albab yang bakal mengembalikan kegemilangan dan ketamadunan Ummah.

    Wallahua'lam.

    « Last Edit: 28 February, 2011, 06:41:05 PM by hurulain01 »
    Allahu Rabbuna, ArRasul Zaimuna, Al-Quranu Dusturuna
    http://hurulain01.blogspot.com

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #7 27 February, 2011, 09:19:29 PM
  • Publish

  • Harus diingati  bahawa,membina sebuah rumah tangga ada perkongsian segala-galanya. Memang ikut hukum,walaupun isteri bekerja, suami tetap perlu beri nafkah kepada isteri. Tetapi mesti  diingat, bahawa isteri bekerja dengan izin suami. Kalau suami tidak izinkan bekerja,mana isteri boleh dapat gaji?

    Jika ikutkan, isteri adalah milik total suami,maka apa-apa yang ada pada isteri juga milik suami, ini termasuklah juga dengan pekerjaan dan gaji isteri. Cumanya atas dasar kasih sayang,suami tidak ambik pun duit gaji isteri. Jadi kalau suami tidak berikan duit sebab isteri bekerja itu dah sangat baik.



    Maaf, saya kurang bersetuju dengan pendapat ummi kali ini. Berikut merupakan beberapa garis panduan yang telah disepakati oleh para ulama berkisar permasalahan ini.


    Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16  bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005 telah membuat ketetapan seperti berikut  :-

    TEREMAHANNYA :

    1.       Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteri
    Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Shariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap (harta) yang diusahakan, samada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara belanjakannya.

    2.       Nafkah perkahwinan
    Seorang isteri berhak menerima nafkah yang telah ditetapkan mengikut kemampuan suami bersesuaian dengan uruf yang benar juga kebiasaan masyarakat setempat yang diterima syara'. Kewajipan memberi nafkah ini tidak gugur kecuali jika berlaku nusyuz (di pihak isteri).

    3.       Isteri keluar bekerja
     Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu.
    Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara' dengan syarat hendaklah dia beriltizam (menjaga) hukum-hukum agama.
     Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang bekerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri 'nusyuz', tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.

    4.       Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga
     Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami.
    Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).
     Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara' demi menjayakan makna bantu membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri.
     Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan mereka termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.

    5.       Kerja Sebagai Syarat
     Seorang isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.
     Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.
     Tidak harus, pada pandangan syara' bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.

    6.       Perkongsian isteri dalam pemilikan harta
    Apabila isteri benar-benar turut menyumbang harta dan pendapatannya bagi mendapatkan dan memilki rumah, aset tetap atau sebarang projek perniagaan, ketika itu isteri mempunyai hak perkongsian pemilikan terhadap rumah atau projek tersebut mengikut kadar harta yang disumbangkannya.

    7.       Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan
     Sebuah perkahwinan itu mempunyai beberapa kewajiban bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh Shariah Islam dengan jelas. Justeru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina adalah landasan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Sebarang tindakan yang melangkaui batasan berkenaan adalah haram pada kacamata syara'.
     Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya (isteri) atau diyakini tindakan itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi.
     Demikian juga halnya ke atas isteri (tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan), iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanya hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan. 
    (Tamat terjemahan)

    * Secara keseluruhannya Islam benar-benar menjaga kemaslahatan sejagat sehingga masalah sebegini turut diperbincangkan diperingkat global. Seharusnya perkara ini juga menjadi satu topik perbincangan penting yang disepakati oleh pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan. Perlulah disedari bahawa wanita hari ini bukan hanya bekerja untuk menjana ekonomi semata bahkan kelebihan yang dimiliki dari segi intelectual sangat diperlukan untuk membangunkan negara dan agama. Sewajarnya kaum lelaki haruslah berusaha meletakkan diri mereka lebih dominan dalam menguasai ilmu agar sumbangan wanita dalam masyarakat lebih terarah(focus) kepada membina keluarga dan mendidik anak-anak menjadi generasi ulul albab yang bakal mengembalikan kegemilangan dan ketamadunan Ummah. Wallahua'lam.

    Saya teramat bersetuju dengan hurulain01 dan fatwa di atas....
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2160
      • View Profile
    Reply #8 27 February, 2011, 10:50:26 PM
  • Publish
  • Mungkin forumer tersalah faham dengan kata-kata Ummi. Saya dapati Ummi takda kata suami tak wajib bagi nafkah, tapi Ummi membezakan antara Nafkah dan Duit Nafkah..

    Seorang suami yang tidak mampu melunaskan nafkah, barulah isteri diharuskan bekerja. (huraian fatwa) tetapi, yang Ummi tekankan bukan nafkah yang tidak mampu, sebaliknya tentang Duit nafkah sebagai nafkah tambahan selepas nafkah asas; tempat tinggal, makan minum dan pakaian. Jika suami telah mampu serba-serbi, barulah isteri tidak harus bekerja, dan isteri harus berhenti kerja apabila suami mendapati pekerjaannya memberi impak negatif kepada rumahtangga, bila-bila yang dirasakan perlu.

    Jadi, persoalan yang Ummi bawakan ialah.. Adakah isteri bekerja untuk membantu suami? Atau isteri yang bekerja masih membebankan suami- tidak cukup nafkah yang diwajibkan, menuntut yang diluar kemampuan suami, dan tidak mahu pula membantu suami..

    Topik ini bagus sebagai panduan kepada semua isteri yang bekerjaya.
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #9 01 March, 2011, 09:54:41 AM
  • Publish

  • Harus diingati  bahawa,membina sebuah rumah tangga ada perkongsian segala-galanya. Memang ikut hukum,walaupun isteri bekerja, suami tetap perlu beri nafkah kepada isteri. Tetapi mesti  diingat, bahawa isteri bekerja dengan izin suami. Kalau suami tidak izinkan bekerja,mana isteri boleh dapat gaji?


    Hujah akalnya memang betul begini. Suami izin, dapatlah isteri bekerja. Bila bekerja, cukup bulan dapat gaji. Tetapi titik peluh dan kemahiran adalah dari isteri. Bagaimana pula, si suami ada hak dalam pendapatan dan gaji isteri? Jika kita qiaskan dengan masalah pernikahan-anak perempuan diizin dan direstu oleh bapanya selaku wali untuk bernikah dengan seorang lelaki. Apakah nanti bila dapat anak, anak tu boleh jadi anak si ayahnya yang beri izin? Tak kan, tapi jadi cucu. Atau adakah si lelaki yang menjadi suaminya turut menjadi milikan ayah si perempuan? Tak juga, kan? Boleh ke diqiaskan begini? Siapa yang lebih fakih minta jelaskan...Dalil-dalil naqli pun banyak terutama dari hadis-hadis Nabi saw..Isteri boleh beri suami atas ihsan, hadiah, sedekah atau zakat.....ihsan atas budi baik dari hati yang tulus, itulah nanti ganjaranNya teramat besar untuk isteri!

    Quote
    Jika ikutkan, isteri adalah milik total suami,maka apa-apa yang ada pada isteri juga milik suami, ini termasuklah juga dengan pekerjaan dan gaji isteri. Cumanya atas dasar kasih sayang,suami tidak ambik pun duit gaji isteri. Jadi kalau suami tidak berikan duit sebab isteri bekerja itu dah sangat baik.

    Jadi kalau suami tidak berikan  duit nafkah dah kerana isteri bekerja tidak jadi kesalahan. Lagi pun apa tujuan isteri bekerja? Ingin membantu suami? Jika isteri ingin bantu suami  dalam hal  kewangan rumah tangga,maka tidak megapa. Lagipun, apa maksud nafkah pada pandangan dekat dihati?

    Jika suami sediakan rumah,sediakan  makanan, ada kenderaan maka ada kah dikira suami amsih tidak sediakan nafkah? Nafkah itu bukan lah semata-mata duit yang diberikan tunai kepada isteri.

    Jadi kena detailkan maksud nafkah itu dahulu.
    Ya, nafkah makanan ada kat rumah, bawa la bekal jika suami tak beri duit makan bila pergi kerja..kalau tak nak bawa bekal, guna la duit sendiri. Begitu juga pengangkutan. Dah suami tak dapat hantar, suami pun tak cukup duit nak beri tambang, beli kenderaan sendiri atau guna duit gaji sendiri bayar tambang. Pakaian pergi kerja pun sama je caranya. Tak salah guna duit sendiri. Kecuali isteri kedekut, berkira, tiap-tiap hari tulis sebagai hutang suami! (senyum)

    Statement isteri adalah milik total suami, saya kurang setuju sebab tak semuanya yang ada kat isteri adalah kepunyaan suami. Tanah pusaka isteri tetap isteri punya, kereta atau apa-apa hadiah dari orang lain pun isteri yang punya juga...dan yang seumpamanya...kecualilah isteri memang redha, apa saja yang ada dia beri pada suami...tapi ingat-ingat juga, jika ada rumah atau tanah atau harta, jangan ditukar nama semuanya kepada suami, takut nanti isteri bangkrap pulak!!!

    SUGI

    • *
    • Posts: 302
      • View Profile
    Reply #10 01 March, 2011, 10:11:03 AM
  • Publish
  •  :)
    Ada tak perkiraan tentang duit nafkah ini sebagaimana perkiraan Zakat.

    ALLAHU A'lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH

    Anda boroi...? kempiskan perut boroi anda dengan berjogging  semoga mendapat perut seperti perut Nabi Muhammad S.A.W. yang separas dengan dada baginda. Anda mampu mengubahnya...

    chantek taaj

    • *
    • Posts: 149
      • View Profile
    Reply #11 01 March, 2011, 10:26:17 AM
  • Publish
  • :)
    Ada tak perkiraan tentang duit nafkah ini sebagaimana perkiraan Zakat.

    ALLAHU A'lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH

    isteri ada peruntukan rm 3000 (negeri johor) setahun untuk pengecualian zakat.

    SUGI

    • *
    • Posts: 302
      • View Profile
    Reply #12 01 March, 2011, 10:32:53 AM
  • Publish
  • :)
    Ada tak perkiraan tentang duit nafkah ini sebagaimana perkiraan Zakat.

    ALLAHU A'lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH

    isteri ada peruntukan rm 3000 (negeri johor) setahun untuk pengecualian zakat.

    oo sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Income tx tu ke?

    ALLAHU A'lam
    Insya ALLAH
    MAHA SUCI ALLAH

    chantek taaj

    • *
    • Posts: 149
      • View Profile
    Reply #13 01 March, 2011, 10:43:22 AM
  • Publish
  • tak tahulah saya pasal income tax ni. saya tak perhatikan pun detailnya. secara ringkasnya mcm ni

    TOLAKAN YANG TIDAK PERLU DIZAKATKAN, katalah saya ialah suami;

    SARA DIRI
    RM 9000

    ISTERI
    RM 3000

    ANAK
    RM 2000 SEORANG

    SIMPANAN DI MANA-MANA INSITUSI YG MENGELUARKAN ZAKAT (takaful, tabung haji)
    RM xxx

    IBU BAPA
    RM xxx

    PERUBATAN
    RM xxxx

    yg lain2 saya tak ingat pula, sesiapa boleh tolong tambahkan.

    kadar bergantung pada negeri ye. silam periksa di website majlis agama islam negeri masing-masing

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #14 01 March, 2011, 10:53:08 AM
  • Publish
  • Quote from: hurulain01
    Maaf, saya kurang bersetuju dengan pendapat ummi kali ini.
    Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang berkerja tidak gugur menurut Islam,


    Adakah cik hurulain01 faham dengan apa yang saya tulis di dibawah ini?

    Saya bicara duit nafkah bukan nafkah. Kan saya tulis tu, suami sudah sediakan nafkah  seperti rumah,makan minum , pakaian, dan kenderaan, apa lagi yang isteri mahu tuntut?

    Jadi jika isteri bekerja, suami sudah sediakan segala-galanya, seperti yang saya tulis, masihkah isteri mahu  tuntut duit belanja atau duit poket? Itu maksud saya duit nafkah=duit poket.

    Kenapa isteri tidak mahu guna duit dia sendiri? Nak simpan saja gaji tu, sampai duit poket pun minta pada suami. Selepas suami sediakan seperti yang saya nyatakan,suami sudah lepas tanggungjawap dari segi nafkah zahir.

    Harus diingati  bahawa,membina sebuah rumah tangga ada perkongsian segala-galanya. Memang ikut hukum,walaupun isteri bekerja, suami tetap perlu beri nafkah kepada isteri. Tetapi mesti  diingat, bahawa isteri bekerja dengan izin suami. Kalau suami tidak izinkan bekerja,mana isteri boleh dapat gaji?

    Jika ikutkan, isteri adalah milik total suami,maka apa-apa yang ada pada isteri juga milik suami, ini termasuklah juga dengan pekerjaan dan gaji isteri. Cumanya atas dasar kasih sayang,suami tidak ambik pun duit gaji isteri. Jadi kalau suami tidak berikan duit sebab isteri bekerja itu dah sangat baik.

    Jadi kalau suami tidak berikan duit nafkah dah kerana isteri bekerja tidak jadi kesalahan. Lagi pun apa tujuan isteri bekerja? Ingin membantu suami? Jika isteri ingin bantu suami  dalam hal  kewangan rumah tangga,maka tidak megapa. Lagipun, apa maksud nafkah pada pandangan dekat dihati?


    Jika suami sediakan rumah,sediakan  makanan, ada kenderaan maka ada kah dikira suami amsih tidak sediakan nafkah? Nafkah itu bukan lah semata-mata duit yang diberikan tunai kepada isteri.

    Jadi kena detailkan maksud nafkah itu dahulu.

    hafizul_84

    • *
    • Posts: 322
      • View Profile
    Reply #15 01 March, 2011, 11:01:58 AM
  • Publish

  • Harus diingati  bahawa,membina sebuah rumah tangga ada perkongsian segala-galanya. Memang ikut hukum,walaupun isteri bekerja, suami tetap perlu beri nafkah kepada isteri. Tetapi mesti  diingat, bahawa isteri bekerja dengan izin suami. Kalau suami tidak izinkan bekerja,mana isteri boleh dapat gaji?

    Jika ikutkan, isteri adalah milik total suami,maka apa-apa yang ada pada isteri juga milik suami, ini termasuklah juga dengan pekerjaan dan gaji isteri. Cumanya atas dasar kasih sayang,suami tidak ambik pun duit gaji isteri. Jadi kalau suami tidak berikan duit sebab isteri bekerja itu dah sangat baik.



    Maaf, saya kurang bersetuju dengan pendapat ummi kali ini. Berikut merupakan beberapa garis panduan yang telah disepakati oleh para ulama berkisar permasalahan ini.


     :) -senyum-
    mungkin cik nurulhain hanya tidak bersetuju dengan apa yang dia telah quote sahaja manakala penerangan yang lain oleh ummi adalah betul..
    ambil yang dia sikit, ambil yang itu sikit..Alhamdulillah lengkaplah persoalan -senyum-

    mufidah

    • *
    • Posts: 51
      • View Profile
    Reply #16 02 March, 2011, 03:55:36 PM
  • Publish
  • dari segi hukum sememangnya wajib seorang suami itu memberi nafkah kepada isterinya dari segi nafkah zahir atau pun batin..

    dan sekiranya seisteri tadi mempunyai kemampuan ( berkerja ) sesuami masih wajib memberikan ia nafkah kecuali seisteri tadi dengan rela( ikhlas ) menafkahi dirinya sendiri ( nafkah zahir ).




    cahayakaseh

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #17 14 September, 2011, 03:02:23 PM
  • Publish
  • http://halaqah.net/v10/Smileys/default/assalamualaikum.gif
    Saya ingin bertanya, bagaimana pula sekiranya isteri yang menanggung sebahagian besar perbelanjaan rumah (isteri terpaksa bekerja kerana suami tidak membenarkan berhenti kerja untuk membantu beliau-pada mulanya redha kerana niat ingin meringankan beban suami) contohnya ansuran rumah, bil-bil elektrik dan air, barangan keperluan rumah, keperluan anak (termasuk bayaran kepada pengasuh) kerana pendapatan suami hanya mencukupi untuk belanja harian di tempat kerja (termasuk minyak kereta, ansuran kereta suami+penyenggaraan duit bulanan kepada ayah suami)

    Adakah suami sekiranya tidak mampu memang tidak perlu memberi nafkah kepada isteri? sang isteri inginkan kepastian kerana beliau sememangnya tidak mahu dan tidak pernah meminta nafkah dari suami kerana takut/tidak pasti haknya.
    http://halaqah.net/v10/Smileys/default/jaz.gif

    5zul

    • *
    • Posts: 3025
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #18 14 September, 2011, 04:52:28 PM
  • Publish

  • Harus diingati  bahawa,membina sebuah rumah tangga ada perkongsian segala-galanya. Memang ikut hukum,walaupun isteri bekerja, suami tetap perlu beri nafkah kepada isteri. Tetapi mesti  diingat, bahawa isteri bekerja dengan izin suami. Kalau suami tidak izinkan bekerja,mana isteri boleh dapat gaji?

    Jika ikutkan, isteri adalah milik total suami,maka apa-apa yang ada pada isteri juga milik suami, ini termasuklah juga dengan pekerjaan dan gaji isteri. Cumanya atas dasar kasih sayang,suami tidak ambik pun duit gaji isteri. Jadi kalau suami tidak berikan duit sebab isteri bekerja itu dah sangat baik.

    Jadi kalau suami tidak berikan  duit nafkah dah kerana isteri bekerja tidak jadi kesalahan. Lagi pun apa tujuan isteri bekerja? Ingin membantu suami? Jika isteri ingin bantu suami  dalam hal  kewangan rumah tangga,maka tidak megapa. Lagipun, apa maksud nafkah pada pandangan dekat dihati?


    Jika suami sediakan rumah,sediakan  makanan, ada kenderaan maka ada kah dikira suami amsih tidak sediakan nafkah? Nafkah itu bukan lah semata-mata duit yang diberikan tunai kepada isteri.

    Jadi kena detailkan maksud nafkah itu dahulu.
    bergitu lah ummi - zaman sekarang nie semua ambil mudah...
    duit isteri duit isteri...
    benar ker bergitu -
    maksud isteri di benarkan berkerja kerana membantu suami dan adakalah isteri kurang senang di rumah mohon untuk berkerja sedangkan suami nya mampu memberi kan segalanya..
    maka dalam situasi bergini isteri kena peka apa tujuan suami sebenarNya...
    usah lalai dengan persiapan diri untuk suami -
    sedangkan tak minta izin suami keluar rumah itu pun dah kira berdosa besar... di laknat ALLAH -
    apakah lagi di zaman moden ini - suami benar isteri berkerja. maka kerja di pejabat dan sebaliknya...mohon penjelasan.. (Senyum)-
    sedangkan isteri tanggungjawab suami - kebenaranNya tulang yg bengkok di maksudkan MENDIDIK isteri- AMANAH pada ketua keluarga di pimpin oleh suami-

    Dosa dan fitnah memang terjadi - isteri berkerja suami izinkan.. time rehat isteri bershooping maklum lah jumaat panjang - tanpa pengetahuan SUAMI apa hukumNya.. sendiri fikir dan renungkan...
    semuga ada perkhabaran Nya disini -
    (Senyum)-

    uncle jos

    • *
    • Posts: 44
      • View Profile
    Reply #19 15 September, 2011, 04:09:25 AM
  • Publish
  • Pokok nya berbalek semula kepada tujuan isteri itu bekerja.
    Bekerja untuk membantu keperluan keluarga (sekiranya ikhlas) atau untuk kegunaannya sendiri.
    Sekiranya untuk membantu keluarga, masalah di atas tidak timbul. Tetapi jika sebaliknya, jika untuk kegunaan sendiri,
    maka timbul lah sedikit kecelaruan masih kah perlu si suami memberi duit kocek walaupun lain-lain keperluan asas telah dipenuhi.
    Pada pendapat saya, tidak lah perlu suami beri lagi. Kerana mengambil kira tolak ansur dari kedua belah pihak.
    Sekiranya isteri bekerja, adakah ia boleh menjamin hak suaminya sentiasa terjaga? Waktu ia keluar bekerja, waktu ia bawak pulang kerja,
    waktu dia risaukan hal kerja semasa di rumah, dan sebagainya. Mungkin isteri boleh terlalai untuk memberi hak si suami.
    Kemudian pula, memang gaji isteri tu haknya, tetapi takboleh lah digunakan sesuka hati.
    Contohnya, kalau isteri nak beri ibubapa mungkin haknya, tapi janganlah berbelanja sehingga melakukan pembaziran dan sebagainya.

    Apa pun tolak ansur adalah penting untuk mencari kedamaian. (sory! tiada rujukan dan sebagainya, hanyalah pandangan semata2)

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    23 Replies
    6881 Views
    Last post 29 July, 2013, 03:10:40 AM
    by Ajibol
    2 Replies
    2169 Views
    Last post 05 February, 2012, 03:35:30 PM
    by nazri0070
    5 Replies
    3555 Views
    Last post 11 July, 2013, 09:54:31 PM
    by Ajibol